Thursday, 16 December 2010

Myanmar - jade, ruby & projek melimpah

Lagi perkataan emas keluar dari 'em-em lee' (MM Lee) melalui WikiLeaks.
Beliau kata pemimpin Myanmar "stupid" dan "dense" - sini, sini.
Sayugia diingat Singapork - seperti China, India, Thailand dan Malaysia - rapat dengan rejim giler Myanmar yang banyak membunuh dan menekan orang Rohingya dan kaum minoriti lain.
Jadi bila didapati kamu tekan rakan business dalam sonyap, tak syiok.



Saya nak cerita sikit tentang Myanmar ni, kerana sebahagian dari kerja saya. Apa yang LKY kata tu siapa pun tak terkejut.
Tapi apa yang sedang berlaku dengan Myanmar lebih menarik.

Negara yang paling banyak buat business dengan Myanmar - mengikut dollar value - ialah China (projek-projek minyak dan gas, membina pelabuhan, jalanraya) dan India (projek-projek seperti China).
China sedang membuat satu pelabuhan besar tak jauh dari Yangon di Andaman Sea. Lepas itu akan ada satu highway dan paip minyak dari pelabuhan tu terus masuk ke China (Lihat PETA).
Sebabnya? Agar minyak dari Timur Tengah tak payah masuk Selat Melaka - in case tersekat atau disekat (ahem, dia takut Amerika sekat kot). Ini sebahagian dari geo-politic strategy mereka.

India pula, melihat China rapat dengan Myanmar, terpaksa buat baik dengan rejim giler tu juga sebab jika Myanmar rapat betul dengan China, maka makin panjang border dia dengan China.

Kini India dan China lagi tension di Arunachal Pradesh province - milik India yang China kata dia punya. Juga sebahagian dari Kashmir sedang diclaim secara senyap oleh China, membuat India tension (Lihat PETA kedua). Orang Islam Kashmir agaknya gembira dapat superpower nak bantu mereka secara indirect.

Tapi kerana kedua Asian giant ni merebut kuasa, yang untung si Myanmar - dapat banyak projek dan pelaburan agar Jeneral Than Shwe sayang mereka.

Myanmar juga banyak hasil galian - jade hijau dan ruby merah.
Bahasa Melayu: jade = zamrud hijau. ruby = delima.
Di negara ini ada jade auction (lelong) tiga atau empat kali setahun. Kamu boleh beli batu jade seperti dalam gambar ini, atau yang lebih besar lagi! Google Myanmar jade di bawah Images. Ada yang sebesar meja makan!
Jika anda suka ruby merah - ah, kamu terbang masuk Yangon.


Sebab tu dulu si Aung San Syuu Kyi kena jail bertahun-tahun tak ada yang boleh buat apa-apa. Sebab China dan India dan Asean juga, protect Myanmar. Business rules, politics are just words to soothe the stupid public.

Thailand pula sedang membina sebuah bandar perindustrian-pelabuhan yang besar tak jauh dari Bangkok - di Dawei (Lihat PETA ketiga).
Kerana banyak projek "kotor" dan gunakan tenaga buruh murah kena keluar dari Bangkok, Thai akan membina bandar ini untuk tolak semua projeknya ke sana.
Sama seperti Singapork transfer projek buruh kasar dan "kotor" ke Johor dan Batam.



Malaysia pun ada projek minyak dan gas, melalui Petronas. Jadi nak tekan rejim Myanmar pun tak boleh ler.
Singapork, ooi, banyak buat business juga - ia mempunyai reputasi sebagai banker kepada orang-orang atasan Myanmar.

Ah, dapat juga saya masuk cerita Myanmar ni kerana ramai tentu fikir ia negara bodoh dan tongong. Pada saya yang paling pandai main kelentong ialah Jeneral Than Shwe di Myanmar tu.
Dia pandai main chess - kena caci, tapi pelaburan masuk melimpah, dan dia masih boleh tekan semua yang tidak disukainya, dari Muslim Rohingya ke Syuu Kyi.


TENTANG LKY attack Myanmar di belakang tabir - yang lebih menarik ialah apabila beliau kata Asean sepatutnya tidak menerima masuk CLMV countries dulu - Cambodia, Laos, Myanmar dan Vietnam - sini, di bawah tajuk "Asean's problematic new members".
Marah nanti mamat CLMV!
Dalam perbincangan di Asean, apabila merujuk kepada negara-negara termiskin dalam kumpulan 10 negara tu, mereka digelar "CLMV countries". Takkan nak kata "Asean's poorer half" kot.

Yang lain ialah founding members dan negara "kaya" - Indonesia dan Thailand dua ekonomi terbesar di Asean.
Diikuti dengan Singapore dan Malaysia.
Lepas tu Filipina dan Brunei.

7 comments:

Anonymous said...

Perangai pemimpin2 Singapura tidak akan boleh berubah selagi kaya dan makmur.Sikap angkuh nya sudah berjangkit kepada rakyat jelata terutama sekali yg makan gaji dengan kerajaan. "Condescending attitude" dah jadi darah dan daging mereka.

Kini kita ketahui ucapan Lee terhadap Myanmar/Malaysia/India/ yg di-anggap rakan rapat nya...belum kita dengar lagi ucapan nya apabila negara2 tersebut menjadi musuh nya.Ini pun tak mungkin berlaku kerana ada sifat nya yg bertalam dua muka.

Sekira nya mahu melihat bagaimana rakyat Singapura melahirkan takziah mereka terhadap isteri pemimpin yg di-sanjungi mereka silalah lawat laman:

http://www.temasekreview.net/2010/12/02/breaking-news-kwa-geok-choo-has-died/

Anonymous said...

PRC sedang membuat satu pelabuhan besar tak jauh dari Yangon di Andaman Sea. Lepas itu akan ada satu highway dan paip minyak dari pelabuhan tu terus masuk ke China (Lihat PETA).

Jap.. maksudnya disini katakan akan datang Thailand dan malaysia berpakat buat projek Terusan Kra, maknanya tak ada guna lah? sebab PRC dah ada paip sendiri?
Thailand akan buat potong segenting kra, malaysia akan bangunkan Bachok kelantan sebagai pelabuhan timur, thailand akan bangunkan pelabuhan di belah barat. Jadi semua pihak untung. tapi tergendala sebab Pas dapat Kelantan tahun 1990.

remgold said...

Anon 14:38,
rilek brader.
tak boleh kata spork angkuh gitu saja. memang mereka(kami?) angkuh, tapi wikileaks ni keluarkan perbualan di belakang tabir. saya tulis sebelum ini, di belakang tabir kita semua ngobrol tanpa batasan.
kat belakang ibubapa kita, kadang kita maki juga mereka.
jiran yg kita sayang pun tentunya mengumpat pasal kita.

lagipun jika esok wikileaks keluarkan apa yg dibualkan oleh pegawai MALAYSIA mengenai SINGAPORK, apa pula agak isinya?
tentu memaki hamun dan pandang rendah singapura. kan? kan?

-------------------
Anon 23:28,
isu projek Isthmus of Kra.
lihat peta ni dulu:
http://www.archatlas.dept.shef.ac.uk/Portages/Slide03.jpg

thailand, malaysia, singapoora dan juga pelabur negara lain (jepun, china, timur tengah) banyak kali dlm 50 thn ni ada rancangan nak potong LORONG KAPAL melalui selatan thailand - tempat bernama Kra ni. seperti Panama Canal dan Red Sea Canal.
rancangan lagi satu ialah nak buat PAIP MINYAK saja di Kra kerana lebih murah.
dengan adanya Kra Canal, kapal, minyak, barangan dari eropah/timur tengah/india/afrika tak payah lagi turun melalui strait of malacca dan port klang/singapore.
mereka boleh ke andaman sea dan terus keluar sebelah kanan dekat china, taiwan, hong kong, taiwan, jepun.
boleh jimat masa lebih kurang 3hari? seminggu? banyak tu jimat jika dikira dari segi business!
sama juga jika negara east asia export kereta, barang elektrikal elektronik, gunakan laluan yang sama.
jika canal atau pipe dah siap, siapa yg gunakan kena bayar 'tol' agar pembiaya projek dapat pulangan.

tapi rancangan Kra ni terus dan terus tak jadi sebab selatan thai kawasan muslim sedang marah. kawasan PULO, orang melayu berbahasa kelantan yg suka sembelih tentera thailand.
jadi takut nanti projek nak korek atau buat paip kena serang tiap hari!
atau dah siap kelak, kapal atau paip minyak kena bom!
lagipun kosnya sangat tinggi. semua takut nak biayai projek takut bankrupt.

apa yg dirancang untuk cina - paip minyak melalui jalan darat myanmar - hanya utk digunakan oleh china saja. china nak tingkatkan Oil Security jika selat melaka tersekat atau disekat.

remgold said...

...sambungan...
tentang projek paip minyak dari kedah ke kelantan, atau thai buat pelabuhan di andaman sea dan kelantan bina pelabuhan di bachok, itu semua omong kosong saja.
sekejap kata jadi, sekejap tak jadi. dan promoternya pun ramai.
sebabnya? ongkos yg begitu tinggi.
selagi minyak belum mencecah usd200satu tong (kini lebih kurang usd80-85), susah nak balik modal buat projek demikian.

sama juga projek ishtmus of kra tu. karang minyak dah usd200 saya gerenti ada orang nak buat, bukan setakat hangat-hangat taik manusia.

anda lihat sendiri projek paip minyak dari kedah ke kelantan. antara teknikal detail yg orang lupa ialah banjaran titiwangsa di tengah semenanjung malaysia. orang yg pernah pandu di lebuhraya timur-barat (east-west highway) tentu tahu. kena pandu panjat gunung.

jadi minyak tu macam mana nak jalan dari kedah ke bachok? di tengah-tengah tu kelak, kena buat oil pumping station yg besar. agar dapat pam minyak memanjat titiwangsa, lepas tu dia turun sendiri ke kelantan.
sebab jika nak korek lubang buat paip minyak ongkosnya tentu terlalu tinggi.
lepas tu ada problem security. walau malaysia tak ada problem orang nak bom itu dan ini, jika dah ada paip minyak besar dan pumping station besar, takut pula ada terroris giler nak letupkan. sebab minyak yg dipam tu utk kegunaan jepun, china, taiwan, korea, juga thailand, philippines dan negara CLMV. maknanya ia jadi economic target.
nanti ada setan buat fatwa mengebom paip masuk syurga.

Anonymous said...

Salam Rem
Yr comment ' .....tapi rancangan Kra ini terus dan terus tak jadi sebab selatan Thai kawasan Muslim sedang marah.'
Hah tengok tu - Minyak = Muslim lagi
Banyak kelebihan umat M tapi ....
....kwang kwang kwang......

Naisophon X said...

Pasal Thai Canal (Kra Canal) benda ni dah dipropose sejak tahun 1677. Masa tu raja Narai Thai Agung telah bagi penerangan pada jurutera Perancis tentang visi baginda. tapi gagal dengan teknologi zaman tu.

Benda ni, Syarikat Hindia Timue pun berminat pada mulanya. Tapi lama lama Raffless marah dan cancel benda ni sebab takut jadi rival pada temasek, yang masa tu baru dibuka. Kang mampui pelabuhan Temasek. :D

Jarak potong paling genting di Semenanjung Kra cuma 44km. Kalau genting Panama, jarak dia 77km. Tu yang jadikan Kra bagus untuk dipotong. Lagipun, selat melaka ni sempit.

Tahun 2005, ada plan China PRC nak buat benda ni.

Naisophon X said...

Abang Ferdinand de Lesseps, jurutera yang buat Canal Panama tu pernah mengadap raja siam, nak kaji kemungkinan ni.. tapi Raja Thai tak kasi dia check