Saya ngobrol baru-baru ni tentang geo-political strategy China di Asia dengan projek-projek yang membantu Myanmar.
Dan kerana India khuatir Myanmar, jirannya, akan berbaik rapat dengan China, maka New Delhi pun pam banyak projek dalam Myanmar agar Jeneral Than Shwe sejuk hati.
China juga main cucuk-cucuk di dua point di India - di negeri Arunachal Pradesh dan di Kashmir. Marah mamak India!
Tapi itulah permainan negara Naga ni dengan negara Gajah.
This is part of a strategy game between the Dragon and the Elephant.
Sayugia diingat China dan India ialah dua negara Asia yang paling kuat ekonominya.
Dan negara yang besar kuasa military dan intellectualnya - kedua negara ini membina nuclear systems sendiri, aircraft carrier, jet pejuang, antara lain. Kedua-duanya ada ramai software engineers dan hardware engineers.
Jadi kita semua kena tabik jika tidak tak dapat eksport ke negara itu payah pulak.
Bekas menteri kesayangan ramai, Semi Value, baru saja dilantik pegawai jaga projek-projek Malaysia di India dan Asia Selatan.
Bekas presiden MIC itu kini special envoy kerajaan yang "bertaraf menteri" (ministerial status) - jika tak salah = maknanya gaji beliau masih gaji menteri! (Jika salah, sila betulkan).
Tapi kerana kita semua sayang beliau, ok what!
Di sini saya nak ngobrol tentang satu lagi strategi China hendak kembangkan influencenya.
Di India, mereka gelar strategi ini - String of Pearls strategy - atau strategy Kalung Mutiara.
Kerana strategi ini melibatkan dan mungkin menjejas Asean, syiok juga kita nonton dengan lebih rapi.
Ah moi Cainis kan suka pakai pearls (bukan Rafidah Aziz saja).
Jadi India gunakan nama jolokan 'pearls'.
Jika dipandang dari Beijing, bagaimana nak kembangkan kuasa ke negara lain tanpa meletakkan tentera?
Kerana banyak wang, China melabur untuk membina pelabuhan di sana sini dan juga perbaiki/membina jalan raya dan infra lain .
Lihat peta ini - yang bintang merah tu semua projek yang menakutkan India.
Peta ni tertinggal satu lagi bintang = China sedang membina sebuah pelabuhan di Hambantota, Sri Lanka.
Lihat laporan BBC dan lainnya di sini, sini dan sini.
Kat kepala Gajah, Naga cucuk di Arunachal Pradesh dan Kashmir, Myanmar dan Pakistan.
Kat perut Gajah depa bina pelabuhan! Hahaha, pandai!
Di Pakistan (bandar pelabuhan Gwadar), Sri Lanka (Hambantota), Bangladesh (Chittagong), Myanmar (Sittwei) depa buat pelabuhan dan berbaik-baik dengan negara jiran.
Satu sebabnya ialah boleh hantar kapal perang dan aircraft carrier, kata pakar. Kerana ada 'friendly port' yang dibiayainya.
Juga dapat kembangkan influencenya di luar laut depan China saja. Ah baru kamu faham kan, kenapa South China Sea tu dipanggil Laut Yang Di Selatan China! Bukan Laut Timur Kelantan atau Laut Barat Filipina.
Dan juga dengan ada friendly ports, tanker dan supertanker minyak dari Timur Tengah yang membawa minyak (dan gas) tentunya boleh berhenti kejap kat tempat-tempat ini.
PETA: Perjalanan laut paling pendek (direct route) minyak dan gas dari Timur Tengah ke China. Kira-kira 90 peratus minyak dan gas China datang dari negara Pak Arab dan Pak Parsi.
Adanya pelabuhan-pelabuhan ini meningkatkan Energy Security China agar ekonominya tak terbantut.
Dan China ada rancangan lain nak transport minyak melalui Kedah-Kelantan atau/dan Ishtmus Kra di selatan Thailand. Kedua projek ini kejap jadi, kejap tak jadi, saya pun dah confuse.
Dan China begitu baik dengan negara Asean - Malaysia, Singapork, Indonesia, etc - dengan banyak pelaburan lain.
Ini juga dipandang oleh India sebagai String of Pearl strategy.
CAKAP KASAR: Dia nak buat kalung keliling Leher India. Kalau ko banyak cakap, aku jerut leher kamu.
Uncle Sam melihat ini pun takut juga beb. Sebab sekarang aircraft carrier America berleluasa control semua lautan.
Yang bagusnya untuk negara kita: Seperti di Myanmar, kerana takut kuasa China mengembang, maka India dan America akan 'terpaksa' melabur dengan banyak di sini. Jika tidak, mungkin satu hari nanti - kerana hutang budi kita semua akan banyak import/eksport barangan ke/dari China.
Sebab tu bila China datang ke Singapork dan Malaysia curah projek berbilion ia buka saja kerana menteri kita pandai tarik pelaburan beb. Tapi mungkin kerana negara nak di pearl-string.
'Your country is being pearl-stringed by China' - cable rahsia WikiRem. Hah! Ko ingat ko pandai sangat tarik pelaburan?!?!
SATU lagi. Perdana Menteri China, Wen Jiabao, baru hari ini/Ahad tamat lawatan tiga hari ke Pakistan.
Pakistan banyak diberi bantuan wang (bayar tunai beb) oleh America yang takut pemerintah Islamabad tumbang kena asak oleh Taleban dan extremist Paki.
Tapi China juga rakan baik Pakistan dari dulu - banyak membekal senjata.
Wen sebelum ke Pakistan ke India.
Tapi lihat: 400 businessmen China yang turun ke India sign macam-macam projek bernilai US$16 bil di New Delhi. Di Islamabad, mereka sign kontrak bernilai US$26 bil.
KALAU tanya saya orang kerdil, daripada kamu terus berbuat baik dengan Abang Israel, lebih baik kamu buat baik dengan Beijing.
KATA AKHIR: Seperti biasa, ini buat cerita pakar politik. Hanya ngobrol mamat kedai kopi.
-----------------------------------------
TAMBAHAN - Membaca hubungan politik
Apabila Presiden Obama dan isteri Michelle tiba di lapangan terbang Delhi untuk lawatan rasmi, bulan lalu, yang menunggu di bawah Air Force One ialah Perdana Menteri India Manmohan Singh dan isteri. GAMBAQ 1.
Seorang menteri Kabinet penuh India dijadikan sebagai Menteri Pengiring (Minister in Waiting) untuk Obama. Menteri Pengiring ialah Union Minister for Minority Affairs Salman Khursheed, politikus Muslim dari keluarga politik terkenal di India.
Apabila Premier Wen Jiabao dari China tiba di lapangan terbang Delhi minggu lalu, yang menunggu di bawah ialah Junior Minister of Trade Jyotiraditya Scindia (saya pun tak pernah dengar nama mamat muda ni). Scindia juga jadi Menteri Pengiring. GAMBAQ 2.
PM Manmohan tak datang pun. Esok hari baru diadakan perbarisan terhormat.
Ah kau. Itulah signal kuat yang menunjukkan hubungan tak gitu rapat Naga-Gajah ni.
Samalah jika ada sesiapa datang ke negara kamu. Lihat saja siapa yang menunggu ketibaan Sultan, Presiden, Perdana Menteri tu.
Dan siapa dilantik jadi Menteri Pengiring semasa lawatan rasmi.
KALAU yang datang ke rumah kita orang yang kita suka, kita tunggu kat luar gate lagi!
Jika makcik yang kita benci, tak keluar bilik pun, hantar anak suruh kata 'Abah pening mabuk muntah kedarah'.
LEPAS tu Wen ke Pakistan, Apabila pesawat Wen masuk ruang udara Pakistan, ia diiringi pesawat pejuang Pak beb. Glam giler!
Turun saja, PM Pakistan Yousaf Raza Gilani dah tunggu. GAMBAQ 3.
Siap dengan 21-gun salute!
Menteri Pengiring? Menteri penuh Kabinet, Federal Minister for Petroleum and Natural Resources Syed Naveed Qamar.
Baca cerita cara Pak sambut tetamu.
Cuma yang kurangnya, depa tak suap Wen biryani gam.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago









17 comments:
Cerita pasal China PRC, ini saya ada satu blog yang bagus.
http://obefiend.blogspot.com/2009/09/china-vs-1malaysia.html
Cuba tengok, dia ada cakap macam mana orang yang rasuah dihukum tembak sampai mati.
Kenapa Pak Arab yang kaya raya & control minyak tak ada strategi macam ni untuk tolong negara Islam.
Asyik kena main saja dek amarika & yahudi.
tolong komen sikit Rem
-Malik-
Ped... hahaha, habis la seluruh teluk benggal, lepas Amerik, sekarang China plak nak ambil penguasaan. Macam mana pun, kita tabik la pada semua kuasa besar. Kita yang kecik ni pun dapat menumpang juga. Kena ingat, gajah takut tikus. Naga suka mutiara, tapi dia mati dengan apa ekss... monyet kot... hehehe. Jangan marah, sesetengah orang memang dah tahu putaran ekonomi itu kemana halanya.. cuma kita bukan orang kaya duit... hehehe..
naisophon x,
bagus betul jika perasuah kita pancung kepala mereka - di masjid klcc hari jumaat, atau di orchard road hari ahad.
nak? hahaha.
atau kita sula perampok negara di bukit bintang dan di raffles place!
boleh? heehee.
tapi waspada bro!
kita semua tak mahu puji sangat negara lain, baik china mahupun spork.
dan tak mahu pandang rendah sangat negara sendiri.
sebabnya? china ni rasuah dia lagi sangat teruk drpd di malaysia.
apabila baca cerita rasuah china ni pun saya gerun - akhbar saya ada empat wartawan di beijing. bila mereka tulis rasuah di china (atau india atau indonesia), terperanjat al-gorilla kita baca.
rasuah di indonesia - menteri dan pegawai jaga wang tabung haji sampi hati songlap duit simpanan haji terang2! berjuta mereka kebas duit orang miskin nak gi haji!
di china pegawai tak payah mencuba dapat kontrak dan projek macam di msia, mereka kebas terang2an. just transfer the money into my account! sama juga di banyak negara lain.
lihat sini, survey transparency int'l:
http://transparency.org/policy_research/surveys_indices/cpi/2010/results.
spore, nz, denmark no.1.
msia 56. ya, memang jauh di bawah dan perlu diperbaiki.
tapi saudara - china di tempat 78. india 87.
antara jiran lain - thailand 78, indonesia 110. filipina 134.
jadi walau baik nak ambil iktibar negara lain, saya selalu takut kita jadi orang yg menghina negara sendiri tapi tak nampak kebaikannya walau sedikit.
di malaysia ada lagi satu kebaikan yg selalu orang yg puji spork tak nampak:
ada tak pembangkang yg dibenarkan serang itu dan ini setiap hari?
keluar negeri utk buruk2an negara?
tubuhkan kumpulan macam2 nak bangkang pemerintah?
ada banyak blog dan website pro-pembangkang seperti kinisidertoday?
main hentam sebarang tanpa bukti tapi didiamkan.
(tapi betul juga: kerajaan msia ni, jika tak ditegur, terus lemak songlap wang rakyat dan bodohkan orang!)
di china, internet disekat ketat!
di msia demokrasi subur, in the long run, ini lebih baik utk masyarakat - sedarkan semua orang supaya berfikir. a thinking society will become a dynamic society. cuma orang melayu masih bodoh, maaf kata. dah lemak diprotect dr mahathir, kini dah tak ada orang yg pandai argue dgn mereka yg menyerang itu dan ini.
....bersambung....
....sambungan...
(ingat ya: seperti biasa, di sini saya berbual kosong. bukan saya konon orang pandai nak talk down kpd anda!)
ini bawa saya kpd Malik,
kenapa negara arab tak sepandai china ni dgn strategy mereka.
jawab paling mudah: umat m bodoh sakan.
dulu saya tulis - umat m bodoh, yahudi pandai, ooi ramai yg herdik saya. syiok.
http://remgold.blogspot.com/2010/01/kenapa-yahudi-pandai-kita-bodoh.html
kerana umat melayu dan umat arab dapat mewah dgn mudah - negeri msia mewah dgn padi, perak (tin), getah, sawit, minyak - sehingga 2-3juta warga asing (termasuk saya dulu) cari makan di msia.
arab dapat minyak berbilion tanpa kerja kuat - berjuta-juta orang asing kerja di sana!
jadi kerana mudah mewah - macam anak kpd orang kaya - dia rilek. wang dah bercurah masuk. kenapa nak susah fikir itu dan ini? kita buat banglo bali kat shah alam sudah, terbang sana sini jumpa rakan di london, berkomplot. action dgn lambo.
saya kerap berfikir kalau saya jadi arab super-kaya. apa saya buat? setelah beli 20 penthouse dan villa di 20 negara eropah dan amerika, dan beli 100 kereta, nak buat apa lagi?
terus mabuk macam pak arab bahalol yg dgn joe low tu?
atau nak duduk kat makkah dan dlm masjid 24jam saja?
tak mahu tolong umat ke?
imej agama kamu dah dinajiskan satu dunia.
apa salahnya gunakan usd100mil atau usd1bil utk naikkan sikit nama umat.
kalau saya super-kaya saya buat ni (senang ler aku cakap, takut pula dah kaya lupa daratan):
1) bantu naikkan teknologi umat dan pengetahuan teknologi.
negara arab banyak kerja kosong.
kasilah budak dari msia, indon, bangla, paki, palestin dan umat arab lain kerja berpangkat tengah dan atas. kenapa mesti ambik angmor saja?
kalau terpaksa ambil yg lain biar jadikan orang No.2 hingga 10 umat m, agar mereka dapat belajar. dlm 10 thn mereka dapat ilmu, gaji besar. boleh terus stay atau tukar kerja di negara barat atau pulang ke negara sendiri dgn ilmu baru.
(brader pembaca blog ni di doha, mr timur tengah, tolong tambahkan sikit. ini berlaku atau tidak di sana? ada yg kata Ada, tapi ada juga kata pak arab lebih suka bayar angmor gaji berjuta tapi tak banyak latih umat m dari negara lain).
jika kamu tak bantu umat m, takkan kamu nak harapkan syarikat luar di negara lain nak tunjuk ajar.
bukan nak diskriminasi orang bukan umat m, tapi jika lebih ramai bijak pandai umat m, mereka akan jadi middle class dan educated class (atau dipanggil golongan 'elite' di indonesia) yg boleh menyuburkan idea dan mengurangkan sikap marah-bodoh dan miskin-terhina lalu nak letupkan diri.
2) saudi kini sedang menaikkan sebuah universiti
King Abdullah University of Science and Technology.
(http://www.kaust.edu.sa). saya harap sungguh ia dapat menambahkan ilmu umat m, dgn membantu pelajar miskin dari negara m ni.
president universiti itu ialah bekas boss NUS di spore.
http://www.kaust.edu.sa/about/admin/president/presidentoffice.html
dan fakulti banyak dikepalai angmor. takpelah sebab baru lagi. harap lecturer dan researcher masukkan umat m. dan student juga.
harap banyak ler lagi univ seperti ini, selain al azhar dan univ madinah. baru kuat utk tempuhi akhirat dan dunia.
3) jika anda orang kaya di msia, tolonglah sponsor anak2 melayu ni belajar di univ.
di indonesia, orang kaya mereka, aburizal bakrie, sponsor beberapa anak indon belajar di univ ivy league america setiap tahun.
kenapa kaum super-kaya tak buat seperti ini?
spore ada Asean Scholarship. dari semua negara asean, setiap tahun spork sponsor mereka belajar di temasek - termasuk pelajar msia.
tentunya dah graduate mereka kerja kat sana juga.
kenapa yg arab kaya tak buat yg sama? sponsor the best umat m students around the world.
lepas tu bantu mereka dapat kerja di syarikat besar2 dan pupuk mereka jadi umat berguna.
setipa umat m yg berjaya di dunia mat salleh ni, dia tak payah cakap - 'i am a muslim, and i am not a terrorist' (macam shah rukh khan dlm movie barunya). orang akan hormat umat m dgn sendiri.
....bersambung....
...sambungan....
4) (maklumlah saya wartawan) beli Agensi Berita dunia atau kahbar eropah amerika yg besar.
china dulu melalui Xinhua News Agency (macam Bernama, agensi berita milik pemerintah) telah membeli AFX, agensi berita kewangan kecil.
nama ditukar kpd XFN = Xinhua Financial News. kenapa? naikkan nama negara - oh, china ni rupanya pandai dlm kewangan. ada wartawan sendiri.
al jazeera mencuba ini dulu dgn membuka al jazeera english, tapi kerana aggresif tak kena tempat dan ada kaitan dgn al jazeera arab (yg dituduh pro-osama), mereka tak dibenarkan masuk ke market tv terbesar iaitu amerika. dan dihalau dari spork kerana suka nah nak buat berita nak hentam pemerintah temasek.
baru-baru, kenapa tak rilek dulu, buat laporan yg orang boleh terima - take baby steps to acceptance, confidence building stories.
ini masuk spork terus buat cerita homelessness in spore, prostitution in spore. aish. salah strategy. cnn, cnbc, bbc tak kena halau pun.
jika wang arab dapat beli saham sedikit dlm akhbar besar atau agensi berita.
tapi janganlah kamu control editorial dia pulak.
cuma nak tunjuk = we muslims can become shareholder of media w/o insisting that media must follow what we want.
macam pak arab saudi kaya ada saham citibank.
ini arab giler beli syarikat bola. dan kerana wang mudah dapat, dia belanja tak kira bayar mahal. kalau kita kata bodoh, marah pulak.
gunakan wang dgn bijak. masuk bola ni pun ok, nak tunjukkan we are part of the world, tapi saya takut pak arab belanja nak menunjuk dia kaya, dan bukan dapat tunjuk financial prudence yg membuat orang hormat umat m.
kita suka demo dan pekik-pekik. maki itu dan ini. letupkan diri. hidup menunjuk. tapi tak pandai go-stan dan fikir strategi macam yahudi dan china.
lihat sini - istana, mahligai dan villa arab.
http://www.youtube.com/watch?v=VjKS6Pl8qR4
Bro Reme & Bro Malik,
Bro Reme komen panjang sampai 3 sambungan. Bro Malik kalau nak komen pasal soalan tu satu hari tak habis.
Bro Malik punya soalan - asyik kena main dgn yahud dan amerika aje. Dunia Arab ni panjang meluas dari Morroco / Algeria / Libya sampai ke Teluk Parsi (Iraq). Dari nu jauh kat sempadan Turki / Syria sampai ke Yemen (selat Bab el-mandeb) dan sampai melencong ke Sudan. So ada negara Arab miskin ada negara Arab kaya (sabit dek minyak & gas). Kenapa kena main dengan yahud & Amerika – satu sebab Yahud nak Baitulmuqadis (tengok Surah Al-Baqarah Ayat 120) dan Amerika nak minyak & gas (biggest consumer, 2nd China). Tak de minyak kalu, segala macam engine tak jalan, tak de gas kalu musim sejuk macam kat Europe / London sekarang, beku duduk dalam rumah heater tak jalan. Nak masak lagi nak panaskan bangunan lagi, etc. Sekarang GCC pun dah masuk winter, sejuk Bro. sejukkkkkk…..
Kat mana ada banyak minyak, kat Saudi (Ghawar Field dan segala macam field2 yang lain – Ghawar Field aje production dia boleh tahan beratus tahun – boleh google dalam wikipedia atau laman ni http://www.gregcroft.com/ghawar.ivnu), selain Kuwait (buat Saddam Hussein geram sebab tak padan saiz kecil tapi minyak banyak), Iraq (Petronas pun dah masuk joint semangkuk – sekarang ni 60 orang lebih staff Petronas Carigali berkampung dekat Dubai untuk bangunkan Majnoon Field milik Iraq – oil field yang bertaraf super-giant, sementara Ghawar tu super-super giant tahap Gaban).
Biggest single non-associated gas field pulak, ALLAH S.W.T. bagi Qatar (Pok Arab juga). Tahan beratus tahun juga, nama field ni Northern Field, boleh tengok google wikipedia giler besar. Pengalaman aku 14 tahun kat luar pantai Terengganu , Sabah & Sarawak, biasa Petronas, ExxonMobil atau Sarawak Shell Sabah Shell akan belanja dalam RM1 Billion nak develop satu gas field untuk produce sekitar 300+ MMSCFD. Northern Field under RasGas production aje cecah 8 Billion SCFD. Itu production bawah RasGas aje, belum kira production bawah QatarGas, Shell Pearl, Orxy GTL, Dolphin, etc. bermodalkan hanya dengan satu gas field. 3 countries rangking gas i.e. Russia, Iran & Qatar.
Minggu lepas Qatar merayakan 3 celebrations, satu dapat winning right jadi tuan rumah FIFA World Cup 2022, dua celebrate 77 MTA per annum of LNG- Liquified Natural Gas – Tuanku Mizan dijemput sekali yang mana kebetulan dibuat semasa lawatan Tuanku. Ketiga celebration National Days. 3-3 perayaan disambut dengan giler2 sabit menang winning right jadi tuan rumah FIFA World Cup 2022. Jammed giler Bandar Doha.
Kalau dilahirkan sebagai Pak Arab Qatari, belajar graduate universiti, lulus je universiti kerajaan akan bagi satu juta, kahwin dapat lagi satu juta, lepas tu dapat tanah free, nak buat rumah kerajaan bagi lagi satu setengah juta, tambah soft loan 2-3 juta. Bila hari jadi raja, kalau nasib baik, kerajaan akan write off hutang juta2 buat rumah tu. Cara dia write off – dia akan buat pengumuman: ok peminjam dari tahun blaa ke tahun blaa akan di write off kan hutangnya. Itu cerita yang aku dengar dari kawan yang dah lama duduk kat sini. Dia orang kata, buta2 kalau mamat Qatar keluar lulus universiti, kahwin, semua yang dia boleh claim dalam 6 juta dari kerajaan. Tu pasal tak payah ada parti2 UMNO cap Qatar ke, KeAdilan cap Qatar ke. Rakyat semua sayang kat raja dia. 80 peratus rakyat (based on survey) bangga dapat winning right FIFA World Cup 2022. Aku boleh kata all Qatari pasang sticker seluruh Toyota Land Cruiser / Lexus GX dia orang dengan sticker raja dan anak2 raja untuk tunjuk rasa sayang dia pada keluarga raja. Bayangkan dari depan sampai belakang termasuk cermin depan dan cermin belakang. Aku pun pelik driver tu boleh nampak ke (?) bila dia memandu. Tapi kahwin mahal beb… belanja hangus & mas kahwin aje 1 juta setengah.
...bersambung...
Komen pasal tulisan Bro Reme pasal angmok – sorry Bro – aku guess Angmok ni ce ya nun alif. Aku rasa kat Saudi ya dia orang ambik angmok bayar gaji juta2 sebulan. Tapi kat GCC yang lain i.e. Qatar, UAE, Kuwait, Bahrain, Oman – aku rasa tak. Yang banyak ialah those coming from India. Sorry Bro Reme sebab kau selalu cakap yang keturunan kau dari Mughal India. The fact is GCC tak akan membangun macam ni punya giler jika tak de buruh murah dari India, kalau tak de syarikat pembinaan dari India – since Bro Reme tulis banyak pasal India vs China. Amerika ~ Middle East GCC ~ India adalah saling kait mengait.
Sama macam buruh Indonesia dan sector pembinaan di Malaysia. Tapi kalau di Malaysia, jarang kita tengok eksekutif2 Indonesia melata-lata kat syarikat2 di Malaysia. Tapi di GCC, dari buruh sampai lah ke eksekutif2 kanan managerial level dan intermediate supervisory, melata-lata expatriate dari India. Syarikat2 JV dengan India pun melata-lata. Ingat tak cerita Sime Darby (?) – pasal nak penetrate market Qatar, di sarankan JV dengan syarikat dari India. Sebab India concurred banyak sector.
Cuba tengok ni laman ni http://gulfnews.com/news/gulf/uae/government/khalifa-receives-indian-president-1.715859 dan ni http://www.khaleejtimes.com/DisplayArticle09.asp?xfile=data/theuae/2010/November/theuae_November622.xml§ion=theuae
Untuk komen on stetement Bro Reme yang – negara arab banyak kerja kosong.
kasilah budak dari msia, indon, bangla, paki, palestin dan umat arab lain kerja berpangkat tengah dan atas. kenapa mesti ambik angmor saja? kalau terpaksa ambil yg lain biar jadikan orang No.2 hingga 10 umat m, agar mereka dapat belajar. dlm 10 thn mereka dapat ilmu, gaji besar. boleh terus stay atau tukar kerja di negara barat atau pulang ke negara sendiri dgn ilmu baru.
Bro Reme – untuk jawap yang atas, memang dah ada kesedaran especially Qatar & Saudi untuk ambil budak Msia dan Indon. Kalau biasa sembang dengan budak2 lama kat Petronas, dia akan istilah 1st wave dan 2nd wave. 1st wave merujuk kepad penghijrahan beratus-ratus tenaga professional minyak & gas dari Malaysia ke Timur Tengah – ini melibat tahun 2006 ke 2009. Jika trend harga naik semula cecah USD100 per barrel, Petronas kena gear-up untuk 2nd wave. Ini pun dah ada dalam pengetahuan Petronas. Gaji yang ditawarkan biasanya 2-3 kali ganda dari apa yang ditawarkan oleh Petronas. Siap dengan rumah free, sekolah anak free international school, air api free, pengangkutan free, tiket pergi balik untuk satu keluarga sekali setahun, etc. Yang di ambil dari junior technician (3 tahun pengalaman kerja) hingga lah Naib Presiden Petronas sendiri.
Bagi Paki, Bangla, Palestin dan umat arab lain – GCC ni dah jadi kampung no. 2 dia orang dari dulu.
Tapi kalau kau ngobrol dengan mamat Msia dgn Indon, majority tak tahan sebab 1) tak tahan kerja dengan bawang… kena belit sokmo – bawang ni istilah untuk expatriate dari India 2). Seronok lagi kerja kat Msia / Indonesia, rindu kat pasar malam, char kuew teow Penang Kopitiam kat KLCC tu sedap Bro, missed kat nasi lemak Kg Baru dan “anak Pak Teh nak kahwin minggu depan tak dapat Den nak menolong Pak Teh buat kerja kahwin”.
Bro Reme, aku ngobrol panjang sangat. Sebenar untuk jawap soalan Malik tu kena sentuh juga bab T.E Lawrance (Lawrence of Arabia), perananan dia dalam memecah belah kesatuan umat Islam boleh di baca banyak dalam internet. Wikipedia pun ada sentuh juga siapa dia ni http://en.wikipedia.org/wiki/T._E._Lawrence
Salam – Doha, State of Qatar
Bro Reme,
Baru jumpa...ANG MOR GAO (Contributed by Michael Witty) Hokkien for "red haired monkey", a reference to Caucasians.
So bukan ce ya nun alif. So statement kau betul lah... memang dia orang bayar giler2 untuk angmor. Bayaran kat middle east biasa nya ikut nationality.
Salam - Doha, State of Qatar
timur tengah,
tk banyak kamu komen panjang2. kita bual syiok sendiri pun tak apa.
macam kat kedai kopi, yg bual 2 orang saja, yg lain semua belah, boring. tapi asal kita happy, ok what.
aiks: dapat degree, kahwin, buat rumah semua dapat total usd6juta dari kerajaan qatar!?!?!
beb, macam mana aku nak apply jadi warga qatar?
kamu yg dah lama kat sana tak boleh apply ke? nanti kamu ada villa, aku terbang sana kita joli naik rolls royce ler.
cuma yg khuatir, makin malas-bodoh lah rakyat qatar sebab begini.
tapi sayang jika duit melimpah ni dia buat syiok sendiri tak tolong umat naikkan ilmu dan kepandaian.
cuma qatar yg baiknya (pada saya) ada juga gunakan wang buat stesen tv al jazeera - yg bahasa arab dan bahasa english. ada juga dia cuba kembangkan nama arab beyond its borders - mana ada syarikat arab lain yg pergi international macam al j ni? jarang.
ia dicopycat oleh dubai's al arabiyya (tv bahasa arab).
lawrence of arabia - wow. itu hero saya. sebab beliau begitu pandai pecahkan umat arab-turki, atas nama Queen and Country. timbulnya keluarga saud, negara2 arab bersempadan, masalah syria dan jordan, iraq, masalah yahud dan palestin, arab benci turki, turki benci arab hingga hari ini (yg hancurkan empire ottoman tu lawrence ler) ialah kerana beliau dan orang military seperti lawrence ni.
tak ada pula orang berstrategi seperti mereka ni di kalangan umat m.
dulu ada juga - dr m - tapi telah dimomokkan oleh musuh dia sehingga ramai dah benci.
dan dr m ni kelemahan dia (pada saya) ialah keeping one eye closed on corruption.
tapi beliau dulu kalau cakap kaun yew segan, satu dunia ang mor dengar, wartawan satu dunia nak laporkan. bawa masuk orang bosnia dan batu tanpa menyekat rohingya dan pak indon miskin dan bangla (banyak downside juga strategi gini), maki hamun barat tentang isu bosnia sehingga mereka tak tahan bising lalu intervene juga dlm perang tu dengan serb, hebohkan isu palestin, dan baru ni strategist yg bawa masuk kapal aman ke gaza.
strategi lainnya gagal - proton, perwaja steel, naikkan bizmen melayu. tapi yg berjaya: semua middle class msia hari ini ada dua kereta dan holiday abroad, negara banyak highway dan bangunan tinggi dan condo (dibuat cainis, tapi kalo dulu kerajaan dr m dengki tak akan naik pun), ramai melayu middle class dan profesional (kalo tidak, menyusahkan negara mereka miskin kerja kat factory macam orang melayu spork), dan seterusnya.
sebab tu nak benci dr m ni kena jaga mulut juga. sebab selepasnya tak ada strategist lagi utk umat m.
ketua melayu kini - baik anwar mahupun najib (yg kat spork tak ada langsung) lebih gemar berpesta dgn red haired monkey dari betulkan pendirian mereka tentang isu. apa nak buat, perlukan sangat pelaburan dan takut jatuh dari kuasa.
dan baik pak lah, anwar, najib dah tak dengar lagi suara lantang dlm isu palestin.
kini negara hero umat m satu dunia ialah turkey, bukan lagi msia yg terkial2 dimaki hamun rakyat 35 peratus yg ada kemewahan negara 65 peratus, dibantu oleh orang sarban sebab parti yg lagi satu dah busuk.
Op Ed & Timur Tengah
TQ la bagi respond yang panjang lebaq pasai isu strategi ni. Ana baca pasai depa pecah belahkan negara pak arab dalam buku The Kingmaker.
Dah cerita dalam buku pun in detail, pak arab masih slow lagi nak bantu bangunkan umat M.
-Malik-
Bro Malik,
Time line dalam buku tu baguihhh very comprehensive. Bila kau sebut, aku sat tadi baru tengok kat Amazon.com
Bro Reme, bukan USD6 million tapi Qatar Riyal 6 Million, lebih kurang dalam RM 5 Million at QR1.00= RM0.84 punya conversion rates.
Salam - Doha, Stae of Qatar
Aiyo, Rem. How come lah, Temasek Holdings are losing money again?
http://www.temasekreview.net/2010/12/22/indonesias-anti-trust-agency-move-to-seize-13m-from-temasek-holdings/
Any comments?
- Pinggoo
pingoo,
that story is not quite true unfortunately.
nanti saya cerita takut orang kata saya defend temasek pulak (bosnya ialah isteri pm lee).
kamu tentu tahu politics-business dynamics di jak, lebih mencabar dari cara orang kl.
sayang tak boleh beri lebih detail lagi yg saya tahu.
ini kes dah 3-5thn lagi. ada libatkan syarikat dan pegawai besar. oops cukuplah tu.
shortcut - badan KPPU (anti competitive commission) tak boleh esok ketuk pintu dan rampas asset temasek.
masih banyak lagi legal hurdles sebelum dia boleh paksa temasek keluar. dia acah saja.
baca cerita ni. reuters mention nama syarikat russia dan "a number of indonesian business groups", tapi tak explain detail. ada makna tu. perggh terkejut gorilla cerita-cerita di blakang tabir politik dan business di jak ni.
http://www.reuters.com/article/idUSJAK30971220071119
karim raslan pernah bagi talk dulu. lebih kurang:
kat msia, politik dan business adalah macam kita main chess dgn orang duduk di depan kita. tak boleh salah sikit, nanti kena makan orang lain.
di indonesia, ia macam kita main chess beberapa level - yg kat depan, kat atas dan kat bawah. dan satu level boleh cross masuk ke level lain. dan cara mereka pakai undang2 syiok sendiri.
(karim, penulis siri buku "Ceritalah" warga msia, duduk di indonesia 10thn jadi pr consultant kpd businessmen dan syarikat besar2).
Rem, in a subtle manner, you are saying that there's CORRUPTION involved? I guess TH did not want to dance to their tango, that is why they are being threatened.....
- Pinggoo
ah..tak caya lah rem, bila ko super kaya pertama ko bwat adalah- kawin amoi :)
Very brief and informative read, thank you uncle Rem. Negara kita begitu kecil sekali, kena jentik sikit - habis!
Tapi yang aneh, China and India being one of the rising powers in the world tapi ramai yang keturunan asal dari sana tak terusik nak berhijrah pulang semula untuk menikmati pembangunan yang begitu pesat disana?.
Kat Sabah dan Sarawak berpulas, bertikam lidah dan berebut2 nak masuk..Very suspicious kan?
BTW Part1 dah keluar in my posting.. comot2 not professionally maintained, but of so much value to me.. (the sweet childhood memories behind those collection).
One day, Insyallah.. my collections from Australia- Zealang/Thailand+ Vietnam etc/USA+Canada/Europe..
Semuanya exchanged with pen pals. Itu yg rasa benar2 mahal...
Cheers
Post a Comment