Semasa saya baru mula tinggal di KL penghujung 1994, saya tak ada lesen kereta.
Di Singapork, negara kecik. Ada MRT dan banyak teksi. Naik bas pun mudah sebab - ala kecik saja pulau ni - macam Shah Alam ke Gombak. Soksek soksek dah sampai dari hujung ke hujung. Kalau pandu kat highway dari Tuas (Second Link) ke Changi Airport - satu jam dah beres! Kalau naik Zonda saya, 45minit.
Saya cuba dapatkan lesen memandu kat Singapork sekali dua, tapi fail, terus give up.
Lagipun mahal sangat nak beli kereta ni. Pada tahun 1990an itu - harga Honda Civic di KL (lebih kurang RM80,000 masa tu), hanya dapat membeli Perodua Kancil di Singapore.
Atau dilihat dari sudut terbalik: Satu Honda Civic di Temasek harganya ialah sama dengan TIGA Kancil pada masa itu.
Kini dah murah sikit: Harga sebuah Civic di KL (RM130,000), boleh beli Proton Pesona di pulau selatan.
Saya tiba di KL tu baru tukar kerja - lompat dari agensi berita A ke B. Boss di KL masa tu Amerikan.
Opis di Wisma Budiman - masih ada bangunan tua pendek di sebelah Bursa Malaysia.
Masa tu bangunan Bursa belum ada, hanya bukit kosong sebelah Bangunan Maybank, kat hujung Jalan Raja Chulan. Ini cerita 16 tahun dulu ler.
Saya pula sewa rumah di Setiawangsa masa tu (dekat dengan Stesen LRT Setiawangsa, tapi masa tu seluruh sistem LRT belum bikin pun).
Jadi, saya kena tunggu bas setiap pagi.
Kerja agensi berita ni strict brader. MESTI sampai opis jam 0830pagi.
Sebabnya? Pasaran saham start 0900. Jadi mesti dah duduk tengok skrin apabila trading mula, sebab macam-macam boleh terjadi.
Kena juga jenguk pasaran Ringgit (foreign exchange), Money Market (inter-bank loans dan bond) dan juga berita korporat.
Semuanya start lebih kurang 0900.
TAPI kerana tak ada lesen kereta, kena naik bas.
Masa tu saya baru apply belajar memandu dengan sebuah syarikat memandu di Keramat.
Aduhai tunggu bas ni, cik adik.
Masa tu zaman BMW - Bas Mini Wilayah, warna pink. Siapa ingat, angkat tangan!
Paling lewat 0700 dah tunggu kat bus stop. Walhal nak ke opis tu bukan jauh sangat - tak sampai 10km pun.
Tapi traffic jam masa tu teruk sebab sekeliling KLCC kena block sebab projek KLCC tu sedang naik. Jalan P.Ramlee ditutup.
Berdiri tunggu bas 1jam tu biasa brader. Bila sampai bas dah penuh.
Yang saya syiok, nanti mamat tiket bas pekik dengan para akak gemuk - 'Kak, tarik napas, masuk dalam!'
Bayar 50 sen saja boleh pusing satu KL!!!
Pagi bas gerenti penuh selalu. Banyak kali saya bergantung tepi pintu tu! Syiok dan seram pun ada. Asal jangan terlelap saja.
Masa bulan puasa, petang hari - tangan dah lemah pun kena gantung juga kat pintu. Nak cari makan untuk kucing dan ikan dalam kolam.
ARIS, KRU, ELLA, AMY JADI RAKAN
Tapi terima kasih kepada era bas mini itu, maka saya mula tertarik dengan lagu-lagu dan penyanyi Melayu.
Siapa kat Malaysia, pada masa itu, tak kenal Aris Ariwatan dan hitnya Lamunan Terhenti. Amy dan Isabella. KRU dan Ooo-la-la-la-la (lupa nama lagu). Farenheit. Ella.
Kerana pemandu mabuk bas mini selalu main lagu Melayu kuat-kuat, telinga Singapork saya - Englang-spikong dengan Bee Gees, Deep Purple, Olivia Newton-John, Bad Company dan Uriah Heep - telah di ariskan dan diellakan.
Pertama kali dalam hidup saya beli album lagu Melayu - Gempaq (1). Hahaha. Syiok.
Dah lupa - Siapa nyanyi lagu Bagaikan Puteri? Juga lagu Ibu (penyanyi baru kena masuk jail lepas curi telefon rakannya di Spore).
Lepas tu saya dapat lesen kereta 3bulan kemudian - sekali test dah pass! Saya tidak bayar under table money, sebab takut! Maklumlah baru tiba dari Temasek - takut dengan undang-undang dunia.
Dah duduk lama kat Malaysia, dah tak takut undang-undang dunia, tapi takut undang-undang akhirat (phwee-weet).
BAS UNTUK POMPUAN
TAPI ini bukan cerita zaman muda dulu (dah 16tahun dulu oi).
Saya teringat naik BMW ni, bayar 50 sen, apabila terbaca KL dah ada bas untuk pompuan saja - di sini dan sini.
Untuk peak hours.
Orang yang introduce tu tak pernah naik bas tiap-tiap hari, agaknya!
Tak pernah menderita tunggu bas berejam-rejam.
Cantiklah nak umumkan bas pink wanita ni. Tapi jika saya dah tunggu satu jam, bas pompuan yang datang, saya yang jantan nak kena tunggu lagi ke?
Kalau saya nak naik dengan isteri atau anak pompuan, macam mana pula? Kena tunggu bas jantan juga?!?! Jadinya bas jantan penuh, bas pompuan syiok kosong.
Kerja bodoh betul mereka ni - maaf biar saya hangjebatkan sikit. Mengamuk giler.
Tolonglah RapidKL - kamu suruh pegawai duduk kat bus-stop tu tiap hari selama sebulan, baru kamu putuskan nak teruskan sistem bas pompuan ni atau tidak.
Lainlah kalau kamu juga announce - kami doublekan jumlah bas-bas kami agar orang semua dapat naik cepat, tak payah tunggu lama.
That is the real solution, bukan gimmick macam ini.
Coach pompuan untuk keretapi KTM tu okay! Sebab yang datang BANYAK gerabak.
Ini bas yang datang SATU saja, lepas tu saya tak boleh naik sebab jantan, walaupun bas kosong.
Kalau ibu ada anak jantan 12 tahun boleh naik. Tapi kalau anak jantan 15 tahun tak boleh - walaupun dia nak ikut emak dia? Bodoh tak kena tempat.
NAK KASI ORANG TUMPANG
Pengalaman 1994 saya tu masih saya ingat. Payah brader tunggu bas lama-lama. Kena berdiri, nak gi toilet takut pulak tertinggal bas!
Selesaikan dongeng: Apabila saya dapat lesen 3 bulan kemudian, beli kereta Toyota Corolla lama warna putih (GAMBAR model yang sama di atas).
Dua hari pertama saya nak pandu masuk KL, saya berhenti di bus stop sama dan bertanya - ada yang nak ke Jalan Raja Chulan? Saya kasi tumpang.
Terperanjat al-beruk semua yang kat bus stop tu! Walhal mereka kenal muka saya yang dulu tunggu berejam-rejam dengan mereka.
Yang jantan ingat saya gay nak molest mereka.
Yang pompuan kat situ ingat saya mamat gatal nak kacau mereka!
Sebab orang Malaysia tak biasa ada skim tumpang kereta ni.
Setelah dua hari orang semua takut nampak Corolla tua berhenti, saya give up.
Saya 'on' lagu Isabella kuat-kuat sangkut dalam kereta traffic jam!
Welcome to Malaysia. Truly Asia. Traffic jam setiap masa.
---------------------------------------------
JENIS-JENIS BAS DI SINGAPOORA
Terima kasih kepada komen WakeUp!, saya nak tunjuk gambar-gambar bas yg digunakan di Temasek. Mungkin dapat digunakan atau diadapt di KL jika nak teruskan skim bas pompuan ni.
1) Bas dua tingkat.
Tak payah panjang cerita sebab semua orang dah nampak.
Jantan semua kena naik atas?
Pompuan kat bawah agar lebih dekat dengan drebar jika ada masalah. Jantan biar dia belajar naik tangga - dulu kan pandai panjat pokok.
2) Bas super-panjangggg (tak tahu praktikal atau tidak di jalan KL PJ). Dipanggil Long Bus, atau Non-bendy. Sebab tak boleh bengkok macam di Gambar 3).
Lebih panjang dari bas biasa - misalnya bas RapidKL.
Ini menyenangkan orang yang dah tunggu lama. Satu kali bas ini datang, dapat kaut lebih ramai orang berbanding bas panjang biasa.
Jantan semua, tarik napas jalan ke belakang.
3) Bas banyakkkk panjangggggg (tak tahu boleh digunakan di KL PJ). Dipanggil Extra-Long Bus.
Ah! Yang ini jika kamu kata didepan untuk pompuan, di belakang untuk jantan, okay what!
Bas disambungkan dengan 'accordion' getah = sama macam getah yang sambungkan gerabak LRT di KL.
Tapi kesian drebar, dia nak corner manyak susah.
Kalau dia kena u-turn......!?!?!?
Pompuan di depan, jantan di belakang sekali.
Tapi bas 2) dan 3) ni kena pakai conductor/mamat tiket, saya rasa. Takut ada yg masuk dari belakang, tak mahu bayar.
Di Singapore ada strict laws - makin diperketat baru-baru ini: Apabila public bas nak keluar dari bus stop, kereta WAJIB beri jalan.
Jika tidak, boleh kena saman.
Dan setiap public bas ada KAMERA yang dikawal drebar!
Jika ada kereta biasa (bukan teksi atau ambulans) masuk ke lorong bas semasa Peak Hours, drebar tangkap gambar.
Sehari dua karang, saman datang kat rumah kamu. Sebab tu bus lanes kat Singapore selalu clear!
GAMBAR: Ko nampak tu brader! Donch play-play! Kalo drebar marah ko block dia, dia snap gambar, kena saman terus. No discounts in Singapore.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









8 comments:
Bas pompuan adalah untuk keselamatan wanita dari dicabul lelaki yang suka mengambil kesempatan.
Tentu OpEd tak mau dengar cerita adik, kakak atau emak diraba entah siapa bila berhimpitan di dalam bas?
wake up!
pada saya, itu satu equation dari cerita orang naik bas ni.
nak selamatlan 50pct of the population, yg lagi 50pct suffer more.
solutionnya ialah perbanyakkan bas (misalnya dari 100 sekarang ditambah kpd 150 buah), baru saya setuju nak adakan special bas utk wanita.
tapi jika 100 bas sekarang, 20 buah dibagi utk wanita saja, yg jantan nak cari makan tak cukup bas. kerana hanya 80 yg tinggal.
ada ke statistik bahawa setiap kali naik bas ada 10 peratus pompuan kena raba dan cabul?
kalau setakat 1-2 orang sehari pun memang kita marah. tapi ini transport awam, tak boleh buat atas niat baik saja.
kalau saya pompuan kena raba dlm bas penuh, saya akan pekik biar jantan lain dlm bas tu pokol si malaun tu.
saya tak tahu di msia, tapi di mrt spore setiap peak hours penuh sesak, tak ada laporan atau perangai begini. kalau ada orang pekik saya pun nak hentam muka malaun tu.
saya khuatir, jika sekadar buat dasar dgn niat baik, tapi tak calculate secara bigger picture, akan menyusahkan lebih ramai orang.
saya ceritakan susah nak gi kerja tu masa dulu bukan apa - nak kasi example berapa payah naik bas ni walau berkongsi pompuan, jantan. ini lagi kamu nak tarik beberapa bas utk servis kaum wanita saja. abeh yang saya bayar cukai sama, kamu tak kira?
keretapi ktm: saya Sokong Penuh ktm ada gerabak pompuan sebab tidak menyusahkan kaum lelaki yg lebih perlu nak cari makan utk keluarga (more men go to work daily compared to women, secara umum).
sebab semua gerabak ktm sampai pada masa yg sama - pompuan masuk 1-2 coach, yg lain boleh disumbat jantan.
tapi jika rapidkl kata setiap kali yg datang adalah dua bas - satu utk pompuan, satu utk yg lainnya - saya setuju!
atau ada satu lagi cara - gunakan bas 2tingkat (saya tak tahu praktikal atau tidak di kl - takut langgar jejatas pulak) macam di spore. suruh jantan semua naik atas, yg pompuan kat bawah.
kalau nak bagi bas untuk pompuan saja, re introduce saja BMW warna pink kat depa. satu bas luar dalam pink. drebar pun pompuan jugak.
Jadi yang jantan nak naik pun malu.
Tapi mamat bangla bukan kira pun, macam coach KTM, depa naik jugak.
but still tak practical la buat di kl. how about man's right ? tak adil
sgt stuju utk tmbh bas .. jg KTM komuter .. super sesak trutame hujung mgu ..
Saya sangat setuju dengan Saudara Reme. Sebab saya sampai sekarang tiap-tiap hari naik bas pergi kerja (sebab tu selalu lambat sampai opis). Kebanyakan orang yang buat polisi ni tak penah guna public transport. Kerajaan pun satu, sampai sekarang saya sebagai pengguna public transport sepanjang tahun tak merasa hasil KPI diorang. Penat tunggu!!!
Abang Reme
mak ni golongan lembut (auww ), boleh lah naik bas untuk golongan pompuan ni ya.
mak dah tak kuasa naik bas biasa sebab ada lelaki gatal suka meraba.
mak sokong idea bagus ni.
setuju! setuju! setuju!
kitorang memang sependapat Rem.
idea ko, memang class...
minggu lepas aku masuk singapork.
naik dari pusat ciq kat flat lumba kuda. iyer ker? kalau aku salah tulis tolong ketawakan. haha, hehe!
aku pun bukan suka sangat dengan negara ciput cipork tu!
tapi tentang kecanggihannya...
terasa benor duduk bawah 'bathok' - tempurunglah.
di jb kat ciq tu. wow! scan passport. cap jempol sampai o.k pintu terbuka. imigresen nak kisah!
kalau passport curi, tak sama jempol, tinggal cekup jer!
fuyoooh! jauh tu berjalan. nasib baik ada escalator, elevator, travelator, spekulator, ops! naik urusan cop, lepas tu turun baru naik bas. huh! semput!
tempat tunggu bas, miskin ke, tak tau ler. berdiri memanjang, bersandar kalau berpalang. saje jer ke woodlands interchange. woodlands civic centre.
checkpoint temasek, sama je macam dulu jugak. cuma sama penatnya, naik keatas, berbaris lagi nak cop, sama jer macam dulu. bag pulak masuk scanner. cewing gum? jangan cari pasal! turun ke bawah ke bus stop. besi palang penghadang, cantek membuat pusingan untuk berbaris. lagi cantek! ada palang besi untuk duduk berehat macam gengster. yelah, kaki masuk celah besi belah depan. jangan mimpi korang nak potong que. amoi ke, asooi ke, duduk gitu ler gamaknya. takut jatuh tersungkur. tak kisah pun orang raba meraba ni. agaknya melayu minoriti. lain kali lah cerita. ini cerita pasal bas bus bos. sewaktu mula diperkenalkan kat singpor. tahun 78. nak jadi orang terawal naik bas dua tingkat. dari ang mo kio ke toa payoh. dekat je pun. 50 sen jer.turun ngeteh kat toa payoh. naik lagi balik ke ang mo kio. masa tu mana ada long bus. persoalannya, sistem sudah jauh kemajuannya. bukan nak kondem negara sendiri, abis, macam mana lagi? ada kelebihan, ya ada kekurangannya. macamana pun aku kena suka malaysia jugak. negaraku. cuma yang kontoversial, kontroversi tu amat menyakitkan hati. susah nak jelaskan kat anak anak.
lain kali lain lain hal plak!
terima kasih amigo! besar posting!.
Post a Comment