Sunday, 28 February 2010

New global battlefield - Food Farms! (Bah. 2/2)


Ini Bahagian 2. Bahagian 1 di sini.


SELF-SUFFICIENCY IN FOOD PRODUCTION

Di penghujung era Dr Mahathir Mohamad menjadi PM, dan semasa Abdullah Badawi, masa tu Datuk Seri, baru jadi PM, mereka ada idea yang sama (ahem, masa tu belum bergaduh lagi).
Mereka berdua cuba untuk menjadikan Malaysia menjadi negara yang tak perlu lagi mengimport banyak barangan makanan.
Menjadi negara self-sufficient dalam makanan. Masa tu, Malaysia mengimport barang makanan RM25 billion setahun - dari gandum ke beras, daging dan ikan.

Rancangan masa itu ialah nak membesarkan ternakan lembu, ayam dan ikan, menggalak penanaman padi dan sayur lagi, dan ladang buah-buahan.
Saya pernah menuju ke Johor apabila Abdullah lancarkan projek nak pelihara lembu, dan ke hujung Selangor (dekat Rawang-Ijok) untuk projek menanam ladang buah-buahan.
Masa tu Effendi Norwawi menjadi Menteri Pertanian. Macam-macam idea dikeluarkan. Saya pun begitu sibuk ikut beliau ke sana dan sini, lancar itu dan ini.
Syiok membuat penulisan tentang agriculture-pertanian ni. Dan interview pekebun tanam water melon dan sayuran. Mereka lebih down-to-earth (quite literally, too!) daripada orang politik yang hari ni cakap gini, esok tukar haluan.
Koridor utara dan timor yang dilancarkannya pun ada idea nak kembangkan sektor pertanian.

Tetapi akhirnya, tak tahulah apa dah jadi kepada projek-projek makanan itu, kerana Tun Abdullah mengalami terlalu banyak masalah politik sehingga tak dapat nak memajukan idea lain.

Sayang.
Ideanya, pada saya, sangat bagus.
Kurangkan belanja, dan jika ada lebih, boleh eksport.
Kini, negara kaya sedang berebut nak tanam itu dan ini agar ada food security.
Welcome to the world of Contract Farming.
Some people say this is Neo-Colonisation = new colonisation = penjajahan era baru, macam dulu orang British, Portugis dan Belanda datang ke sini suruh kita tanam gambir dan getah, mereka bawa pulang ke negara mereka.

Ini laporan yang saya tulis (di akhbar The Straits Times Singapore Sabtu/27Feb).


GAMBAR HIASAN: Penjajahan era baru atau projek membantu negara miskin?


--------------------------------------------------------
Farming is farmed out

By Reme Ahmad
Assistant Foreign Editor

MANUFACTURING is not the only sector being outsourced in these changing economic times. Farming itself is being farmed out.

China, South Korea, India, and some Gulf states including Saudi Arabia have been busy signing deals to ensure that there is food on the table for generations to come.

They are leasing or planning to lease huge tracts of farm land in Africa, Asia and Latin America to plant rice, wheat and other crops which will be shipped home after they are harvested.

According to estimates by the Washington-based International Food Policy Research Institute last year, the total value of farmland deals signed in recent years, along with those in the pipeline, ranges from US$20 billion (S$28 billion) to US$30 billion.

These outsourced farms cover a total area of about 20 million ha. That adds up to 20 per cent of the entire amount of arable land in the European Union.

Cash-rich countries say that while they keep their own populations fed, such deals provide billions of dollars of funds for poor governments and create jobs in rural economies.

They also gain from infrastructure projects such as roads and ports.

Mr Abdul Rahim Khan, a farmer and general secretary of the Sarhad Chamber of Agriculture in Pakistan, said Gulf companies have signalled interest in the country's farmland.

'There is no risk in it as we will only lease out our lands we are unable to use,' he was quoted as saying by Pakistan's The News daily recently. 'We are not selling out our precious lands to the foreigners.'

Some governments actually canvass for foreign investments in their farmlands. Indonesia, for example, is targeting one of its most remote regions, Papua, for such deals.

But not everyone, including local farmers, are happy with the idea of foreigners coming in to cultivate their land and then shipping the harvest away.

News that Madagascar had agreed to lease about half of its arable land to grow corn for South Koreans caused a backlash. It led to a coup that overthrew the island nation's president last March. The new Madagascar leader promptly scrapped the deal with Daewoo.

In some parts of Africa and Asia, critics are calling this wave of investments 'neo-colonialism', 'new feudalism' or just plain robbery.

The phenomenon was driven partly by the spiralling prices of food in 2008 that made many nations realise their vulnerability to food shortages.

According to a study by a United Nations body, the world's population is expected to jump to 9.1 billion by 2050 from 6.8 billion today - an increase of 34 per cent.

Food supplies will be strained unless more crops are grown. Then there are the issues of water scarcity and climate change to grapple with.

The looming shortages are expected to be aggravated by the practice in some countries to plant crops for biofuel instead of food. Sugar and corn are two examples.

'The inventories of food are the lowest, not in years but in decades. Supply is going to remain down since we have serious production problems,' Mr Jim Rogers, a global investor, was quoted as saying recently by India's Business Standard newspaper.

'At the same time, people are eating more and we are burning some of our foods as fuels.'


TAMBAHAN

Negara dan projek:

  • Egypt runs farms growing corn in Zambia, rice in Niger, and vegetables in Tanzania. Now it plans to grow wheat in Uganda.
  • Pakistan's Board of Investment plans to put about 9.1 million ha of farmland up for lease to foreign countries and companies.
  • An Australian investment group, BKK Partners, says its client is targeting 100,000ha of Cambodian land to grow rice, bananas, sugar cane, palm oil and teak. Investments worth US$600 million (S$847 million) planned.
  • Jordan is planning a joint grain venture with Kazakhstan, involving US$50 million in investments.
  • Investment group Saudi Star is eyeing 350,000ha in Ethiopia to plant rice, maize, sugar cane and oilseeds.
  • Indonesia is targeting 1.6 million ha on Papua island for agriculture projects.
  • Libya is planning farmland projects worth US$500 million in Brazil.
  • United Arab Emirates' Minerals Energy Commodities Holdings is in talks to lease 100,000ha of farmland in Kalimantan, where the company has a railway and coal project worth about US$1 billion.




  • Saturday, 27 February 2010

    Chile kena gempa scala 8.8! Ada tsunami!

    Perbandingan:
    - Haiti baru-baru ini skala 7; 220,000 maut sebab ia berlaku dekat dengan darat.
    - Di Padang, Sumatra tahun lalu, 7.6. Beberapa ratus orang mati.
    - Gempa-tsunami Aceh, Sumatra pada 2004 ialah 9.3; 230,000 orang mati di 14 negara.


    Di Chile (mereka waktu malam sekarang).
    Dah kena gempa skala 8.8, kena aftershock 5.6 pula. Adoi.
    Sejauh ini hanya enam mati. Tapi ini maklumat awal.
    Mengejutkan: bangunan bergegar kira-kira 1 setengah minit. Tentu banyak yang roboh.

    Tetapi yang mengagumkan saya ialah: Hanya beberapa jam selepas kejadian, ramai orang Chile dah hantar Twitter, email dan telefon beritahu apa yang mereka nampak - di BBC di sini.

    Seperti kecoh demonstrasi dan pembunuhan oleh pemerintah di Iran tahun lalu dan juga di Myanmar, pemerintah mana pun kini dah tak boleh sembunyi lagi! Semuanya akan keluar melambak-lambak!

    Ini satu warning juga untuk negara seperti Singapore yang suka nak kekang maklumat. Pilihanraya Umum di Singapore mesti diadakan pada awal tahun 2012, tapi ramai menjangkakan ianya akan dipanggil antara Jun-Disember tahun ini.

    Friday, 26 February 2010

    New global battlefield - Food Farms! (Bah. 1/2)

    (*Tajuk melayu - Medan perjuangan baru - Ladang Makanan.
    (Tajuk saja bahasa mat salleh, heehee. Tapi nanti Bah 2/2 ada citer dalam bahasa Inggeris yang saya tulis).

    LADANG SAWIT MALAYSIA

    Apabila penanaman kelapa sawit di Malaysia menjadi semakin popular kira-kira 15 tahun lalu, para eksekutif syarikat besar, termasuk Golden Hope dan Kumpulan Guthrie (kini telah dikawin paksa; kerja bodoh) berhadapan masalah besar: macam mana nak teruskan business yang sedang membangun pesat ni.

    Tanah di Malaysia, walaupun besau jika dipandang dari pulau kecik Temasek, tak cukup jika nak ditanam ladang sawit yang besar-besar (gede, kata orang Jawa).

    Sawit ni laku seluruh dunia sebab ia minyak makanan lebih sihat dari jagung, soybean dan minyak-minyak lain. Harganya pun berpatutan di pasaran dunia. India dan Pakistan (dan kini Cina) adalah antara negara yang banyak makan sawit Malaysia. Juga digunakan untuk membuat aiskrim, kosmetik, coklat.

    Maka akhirnya, banyak syarikat Malaysia mengembangkan ladang sawit ke Indonesia - di Kalimantan dan Sumatra, kerana sawit mesti ditanam tak jauh dari Equator/Khatulistiwa kerana cuaca dan hujan.
    Jika tidak tak hidup. Sawit mesti ditanam 10 degrees di atas atau di bawah Equator. Baca di sini di bawah tajuk Palm Oil Production.

    Hanya 10 tahun lalu, Malaysia ialah pengeluar minyak sawit terbesar di dunia. Tetapi kerana pelaburan besar ladang-ladang di Indonesia, kini Indonesia dah take over sebagai penjual sawit No.1 di dunia. Malaysia tukar tempat dan kini di tempat kedua. (Sebab itu jangan selalu nak gaduh dengan jiran - sebab hidup kita saling perlu-memerlukan).

    Di bawah ini - cerita yang saya tulis pada 2006 tentang pengembangan industri sawit Malaysia ke Indonesia. Tapi itu cerita lama, tentunya data dah bertukar.
    Cuma yang saya nak jelaskan ialah Malaysia ni ada power kalau nak tembusi pasaran luar negara! Malaysia terus boleh! Nak kembangkan sayap luar (external economic wing) untuk terus makmurkan negara.


    KRISIS MAKANAN 2007-2008

    Tapi sawit ni cerita lain. Kesian Pak Mat dan Datin Piah baru nak minum kopi baca cerita sawit tulisan saya, tersedak. Cerita sebenar saya hari ini ialah perlunya negara-negara kaya dan yang tak banyak tanah pertanian (Singapore, Malaysia samalah tu) perlu mengembangkan Ladang Makanan (Food Farms) ke luar negeri!

    Kita semua (satu dunia) hampir padah pada 2007-2008 apabila krisis harga makanan terjadi dulu. Sampai jadi huru-hara di banyak negara miskin sebab harga barang makanan melonjak. Antara sebabnya ialah harga minyak terlalu tinggi, global warming-cuaca El Nino yang mengurangkan pengeluaran makanan (harvest of crops). Baca di sini.

    Juga, kerana ladang banyak ditukar untuk mengeluarkan bio-fuel - jagung/corn, sawit dan gula/cane sugar ditanam bukan untuk dijadikan makanan, tetapi untuk dimasukkan dalam enjin kereta sebanyak minyak.

    Malaysia dan Singapore pun ada memajukan idea bio-fuel ini. Tetapi kini ramai dah taubat - bahawa jika kita tanam pokok makanan kerana syiok nak naik kereta, mungkin dunia boleh mati kelaparan. Kerana ladang bio-fuel crops ni mesti luas - satu Borneo tu tak cukup. Maklumlah anda nak hidupkan kereta BMW atau Porsche anda, kan banyak pakai minyak tu.

    Kerana krisis makanan itu, banyak negara dah sedar: Food Security is just as important as physical security. Orang tak payah datang bom kamu atau rosakkan ekonomi kamu dengan sabotaj dalaman. Jika harga makanan di dunia tinggi, rakyat kamu akan mengamuk dan tumbangkan kamu. Dan negara boleh kocar-kacir.

    Maka timbullah istilah agak baru sekarang ini - "farmland grab". Perebutan negara-negara kaya di dunia nak membeli atau menyewa/lease tanah di negara miskin nak tanam padi, wheat/gandum (nak buat roti canai), jagung, sayur, buah-buahan.

    Kalau negara kita (Singapore, Malaysia, Brunei - apa khabar Pak Karim) tak lakukan benda yang sama, atau sekurang-kurangnya sedar tentang Food Security ini, mungkin kita akan tewas dan boleh ditumbangkan oleh orang asing atau petualang dalaman apabila harga makanan naik mendadak lagi.

    Baca cerita-cerita di sini - farmlandgrab.org - click laporan akhbar dunia mengenai isu ini. Dan juga baca cerita beras/jagung/gandum di grain.org.

    Saya kena buat research benda ini dua hari lepas. Ooi, takut info yang saya terbaca. Negara Saudi, Korea, Jepun, negara Arab lain (negara padang pasir) dah banyak menyewa/lease tanah di negara miskin nak tanam food crops. Di Ethiopia, Niger, Kazakhstan, Cambodia, dan kini Indonesia pun nak buka tanah di Papua untuk dijadikan food farms.

    OK dulu, baca citer sawit dan pengembangan syarikat Malaysia ke Indonesia.

    Saya tulis ni dulu semasa musim panas bulan puasa dan jerebu sekali lagi menghala ke Singapore dan Malaysia, dan orang ramai mula marah. "Kenapa Indonesia ni selalu gitu?". Maka saya pun korek siapa yang empunya ladang sawit di Sumatra dan Kalimantan.
    Ouch rupa-rupanya banyak syarikat Malaysia.
    Kalau tak ngantuk, nanti di Bah 2/2 citer saya tentang Food Farms ni pula.

    Ingat ya: Ini tahun 2006, masa tu Malaysia masih No.1 pengeluar sawit. Kini Indonesia No.1 sebab walaupun ladang milik Malaysia, pengeluaran di negara lain dikira hasil negara itu.

    Yang syiok lepas tulis citer di bawah ni ada dua - satu, bos saya gembira sebab banyak data baru dikeluarkan. Dua, ada mat salleh palm oil player telefon saya bertanya - banyak betul maklumat syarikat Malaysia yang ada ladang di Indonesia. Dia kata dia pun tak pernah dapat data seperti itu. Di mana saya dapat? Saya kata mudah 'bang - Saya baca semua Annual Report mereka dan saya telefon syarikat yang tak ada data itu. Juga ada rakan di sebuah brokerage saham yang membuat research tentang sawit.

    ------------------------------------------------------

    Don’t blame us, say Malaysian firms
    Palm oil companies operating in Indonesia claim zero-burning policy
    Publication: The Straits Times, 21 October 2006

    Picture Caption: WHOSE FAULT?: A worker carries palm tree seedlings near burning wood on the Seberida plantation in Indragiri Hulu on Sumatra. Malaysian firms blame local Indonesian farmers for setting off the fires.

    By REME AHMAD, Malaysia Bureau Chief

    Kuala Lumpur: OIL palm plantations are now fighting the perception that they are in a large part responsible for the haze which blights the region every year.

    Malaysian officials and companies that operate in Indonesia have denied all responsibility, saying that the haze is caused by poor farmers using fire to clear land near their plantations. They say Malaysian firms in Indonesia have a “zero burning” policy, the same as in Malaysia since 2000.

    “When smallholders burn their land, the fires often intrude into our area,” said a senior official of a Malaysian company which has operations in Kalimantan. “No one can stop them as there is little enforcement in remote areas.”

    Ample land and cheap labour have attracted big Malaysian plantation companies to Indonesia since 2000.

    Today, there are 34 Malaysian plantation companies in Indonesia which together lease about 700,000ha of land – slightly larger than the area of Singapore. This, of course, is reasonably small compared to the 4.1 million hectares in Malaysia which have oil palm plantations on them.

    “Our companies went abroad for land which is cheaper and lower labour costs. Indonesia is also very near compared to, say, investing in Africa,” said an official at the Palm Oil Board, a government agency that promotes the industry.Indonesia has 6 million hectares of oil palm plantations.

    So the bulk of the palm plantations there are in the hands of Indonesians. Malaysians are in second place with 12 per cent of the land, about half of which is yet to be planted. There is a smattering of other foreign players, including some from Britain.

    Malaysia is the world’s largest palm oil producer, with 15 million tonnes of crude palm oil produced last year. It is also the only place in the world for trading in palm oil futures.

    Last year, Malaysia’s export revenue from palm oil products was RM28.6 billion (S$12.2 billion), the biggest foreign exchange earner after manufacturing, tourism and petroleum and gas.

    Indonesia is the second biggest producer, with 13.3 million tonnes of crude palm oil produced in 2005. Industry players say Indonesia is set to become the world’s biggest producer in the next few years as more of its trees mature and bear more fruit.

    But Malaysian planters have not exhausted their expansion plans. Golden Hope Plantations, for instance, has about 30,000ha on long-term lease in Kalimantan. Its group chief executive, Datuk Sabri Ahmad, said in the company’s latest annual report that it plans to increase its holdings to 100,000ha over the next few years.

    Malaysia and Indonesia together supply about 75 per cent of the palm oil products consumed globally. The near monopoly is easily maintained as the plants require a wet tropical climate and temperatures of between 24 deg C and 32 deg C. This means they can be grown only at latitudes of up to 10 degrees above or below the equator. Other parts of the world with oil palms are in Africa and South America, near the equator.

    Kumpulan Guthrie was the first big Malaysian planter to move into Indonesia in 2000. It was quickly followed by others. “The initial investments are heavy as you have to build roads and mills, and plant the land. But after a few years you get good returns,” said an industry official.

    Palm oil is used in cooking oil and a variety of products from ice creams to cosmetics. It is also finding new use as an alternative fuel to run engines – a trend that will result in more land being cleared to house ever-bigger plantations.

    ----------------------------------------------------------

    Major players

    THERE are 34 Malaysian palm oil companies with operations in Indonesia.

    They lease a total of about 700,000ha of land. About 60 per cent of this has been planted.

    The following are the big Malaysian players in Indonesia:

    - PPB Group (283,200ha)

    - PNB’s Kumpulan Guthrie (216,900ha)

    - Asiatic Development (98,300ha)

    - KL Kepong (40,470ha)

    - PNB’s Golden Hope (30,000ha)

    - TSH Resources (12,000ha)

    (By REME AHMAD)



    Thursday, 25 February 2010

    Don't speculate, panic or 'politicise'!

    I wrote this on straitstimes.com Blog.
    See here.


    THREE terms should be banned from the dictionaries of politicians and officials, especially in this part of the world. They are:
    1. Don't speculate.
    2. Don't panic.
    3. Don't politicise.

    1. Don't speculate!

    I was reminded of this infamous trio of terrible terms after reading about a fire at a 200-year old temple in Terengganu in Malaysia.
    The Terengganu police said he was told by the fire brigade that the fire was started when a lit joss stick fell to the floor. There was nothing to suggest otherwise.
    But coming so soon after a series of attacks on churches, mosques and a Sikh temple, there must have been rumours about the "actual" cause of fire.

    So in no time at all, Terengganu police chief Mohd Shukri Dahlan said: "Police investigation showed that there was no criminal element or sabotage or mischief involved, so I hope that the people of Terengganu will accept this as something that happened on its own.
    "I don't want any speculation on elements of sabotage, race or religion," he said.

    The media headline of course simply said: "Don't speculate over temple fire - police".

    But saying "don't speculate" will actually have the opposite effect. It tells the public that whatever the official explanation given for an event, there are many other people who disbelieve this.
    And so the kayporter (kaypo reporter) in all of us will start calling around to find out the alternative explanations!


    2. Don't panic!

    Another infamous term is of course 'don't panic'. I have seen Singaporean and other officials around the world saying this when H1N1 flu and SARS broke out, and at the height of the financial crisis last year.
    Of course, saying "don't panic" is a strong signal to the public that something big is happening. And so, PLEASE do panic.

    The signal that these words send is that many people are already NEAR panic, so what are you doing at the kitchen table sharing chicken pie with your pet dog?

    As an example, just two months ago on the eve of 2010, the Bali governor said there was an indication of a terrrorist attack on the holiday island.
    The US Embassy in Indonesia promptly relayed the information on its website. The embassy said the Bali Tourism Board had widely distributed the governor's message, which added: "Please don't panic, but put your security system to full alert".
    You can bet that many people stayed away from Bali's hot pubs on the eve of Jan 1 and the following nights.


    3. Don't politicise an issue!

    This term, often used by politicians everywhere - "don't politicise" an issue - is more difficult to talk about.
    Do they mean the issue is outside the realm of politics, so should not be talked about? Or do they mean that bringing it into politics will trivialise an important issue?
    Or is it the other way round? A trivial issue becomes important because one "politicises" it?

    My take is this: A politician is saying his foe should not bring a particular issue into politics. Only HE could do that, not others!
    Because, really, which issue is not "politicised" these days? Which issue is so far out that it cannot be linked to politics at all?

    - Religion? (In these days of political Islam, the Christian right and Hindu activists?)

    - Education? (Foreigners will have to pay more to put their children in Singapore schools)

    - The Internet? (Look at issues concerning Google in China)

    - High-tech equipment? (Look at the GT200 bomb devices in Thailand and submarines in Malaysia)

    What I do find intriguing is when a politician, with all seriousness, tells another NOT to politicise an issue; is he kidding anyone?

    SO the next time you see a headline saying Don't Speculate, twitter friends to ask what is REALLY happening out there.
    If someone says, Don't Panic, put on your jogging shoes and run for the exits.
    And when someone says Don't Politicise something, look very closely at him; he might have just landed from Mars.

    Ekonomi Malaysia-Temasek pulih. Bagus, tapi....

    Kita bersyukur ekonomi dah pulih. Dah keluar dari recession, kemelesetan.
    Tetapi jangan melonjak dulu, saudara dan permaisuri. Ada beberapa perkara yang membimbangkan saya.
    Walau kita rasa lega - baik saudara di Malaysia walaupun saya di Temasek, yang mana ekonominya juga dah pulih - apa beberapa tanda menunjukkan api lilin ini belum mantap. Bila-bila masa angin meleset boleh tiup kembali, terus padamkan api.
    Jadi saya kurang selesa dengan announcement kerajaan Malaysia bahawa semuanya dah AOK.
    Pada saya lebih baik buat pengumuman lebih berhati-hati.
    Saya tak kata kerajaan salah, cuma khuatir jika ekonomi go-stan balik nanti, orang kata kerajaan tak cekap membuat bacaan ekonomi, hanya semata-mata nak dapat point politik.

    Di syarikat saya sendiri, gaji kami dipotong dari 2 hingga 8 peratus pada April tahun lalu apabila ekonomi dunia mula masuk longkang. Jika gaji kamu rendah, tahap office girl atau security guard, kena potong 2 peratus.
    Pangkat marketing manager atau editor kena 8 peratus.
    CEO kena potong gaji 10 peratus.

    Dan bulan lalu, apabila surat gaji tahunan 2010 dikeluarkan, kami diberitahu bahawa SPH hanya memulangkan/restore SETENGAH saja gaji yang dipotong dulu, bukan sepenuhnya.
    Maksudnya gaji kami masih kena potong dari 1 hingga 4 peratus.
    Nak sejukkan hati, kami diberi duit sagu hati agar jika dicampur bonus - sangat tipis tahun ini - taklah seteruk sangat. Ada bonus lagi tu dah bagus!
    Dan pemerintah Singapore pun menyatakan bahawa walaupun ekonomi kian pulih, jaga-jaga! Mungkin masuk longkang kembali kerana ekonomi Singapore - seperti Malaysia, China, Thailand, Philippines dan banyak lagi - bergantung kepada perdagangan luar (import-export). Bukan ekonomi tertutup seperti Myanmar, Indonesia dan India, yang mana jika ada global economic crisis pun, mereka AOK.

    Dalam akhbar The Star ada ditulis kenapa ekonomi mungkin lemah kembali di seluruh dunia yang akan menjejas Malaysia, Singapore ni - baca di sini. Jika anda miss, baca ni -

    - The data showed that Government spending had been integral to the expansion of the economy in Q4 and several economists were cautious of growth prospects this year, especially in the second-half when the impact of the stimulus measures recedes and a jobless recovery loomed over the Group of 7 economies.
    - "Bank Islam Malaysia Bhd chief economist Azrul Azwar said the rate of growth would most likely continue into the first half of 2010 but could slow down after that as global recovery was affected by the unwinding of stimulus measures.
    - “When the unwinding begins, there may be questions over how sustainable growth can be while the stubbornly high unemployment in the US and the euro-zone will translate to weak consumer demand that will affect Asia’s manufacturers,” he said.
    - RHB Research Institute Sdn Bhd economist Peck Boon Soon said any recovery in jobs in the developed economies, crucial to export-reliant economies in Asia, would be gradual.
    “Job growth in the US is slowly expanding. Businesses will hire temporary workers first as they see the economic prospects improving before they hire on a permanent basis,” he said.

    --------------------------------------------------------
    CAKAP MUDAH

    PARA 1 YANG SAYA TUKIL - Ekonomi Malaysia (seperti ekonomi Singapore) diselamatkan kerana kerajaan mengeluarkan belanja besar/pump-priming/stimulus measures agar ekonomi tidak terus kuncup. Negara banyak mengeluarkan barangan elektronik seperti microchips untuk dipasang dalam handphone, komputer, kereta, peti ais dan sebagainya. Tetapi apabila ekonomi Amerika dan Eropah kuncup kerana krisis kewangan tahun lalu, maka pengeluaran barangan jelas kurang. Orang luar tak beli peti ais, TV, kereta, ekonomi kita terjejas.

    Jadi agar ekonomi tak tenggelam, kerajaan Malaysia dan pemerintah Singapore lancarkan projek-projek pembinaan.
    Di Singapore, depa tambah lif-lif baru kepada blok-blok, buat jalanraya atau renovate bangunan pemerintah dan buat lagi banyak blok perumahan. Dan syarikat diberi lebih geran training pekerja yang banyak, agar pekerja yang dah tak banyak kerja boleh terus belajar, tidak kena retrench.
    Sama juga di banyak negara lain, semua ada stimulus measures. Di Amerika pun!

    PARA 2 - Kawan saya, Azrul, berkata apabila "unwinding of stimulus measures" berlaku, jaga-jaga. Para ekonomi ni bila dia cakap, action. Gunakan big words.
    Kata mudah - apabila pemerintah di seluruh dunia, termasuk Malaysia dan Singapore, BERHENTIKAN mengepam wang, barulah kita tahu sama ada ekonomi ni kukuh ke tidak. Pastinya akan perlahan dulu.
    Apabila pemerintah dah tak kasi duit buat projek dan lebuhraya, adakah private sektor akan teruskan pembinaan?
    Adakah orang Amerika dan Eropah akan terus membeli microchips dan minyak dan kelapa sawit pengeluaran Malaysia dengan harga lama? Ini juga belum tahu lagi.

    PARA 3 - Adakah yang akan berlaku ialah "weak consumer demand"? Maksudnya, pada pertengahan tahun karang, adakah orang di Amerika dan Eropah - ratusan ribu dah kena retrench dan terpaksa gadai rumah dan kereta - akan mempunyai kekuatan ekonomi (dah dapat kerja balik? gaji setinggi dulu?) untuk membeli TV set, washing machines, kereta dan sebagainya yang menggunakan microchips buatan Malaysia-Singapore ni? Belum tahu lagi.

    PARA 4 - Ini terpulang kepada "jobs growth" di negara itu. Kalau masih lemah ekonomi dan tak banyak orang dapat pekerjaan, maka weak consumer demand, ekonomi dunia akan lemah kembali.

    Jadi, memang kita harus terus khuatir.
    Janganlah nak beli kereta baru atau isteri baru dulu. Tunggu hingga June.
    Juga, data foreign direct investment (FDI) belum dikeluarkan. Untuk tahun 2009, masih ada banyak ke syarikat yang nak membina kilang dan melabur di Malaysia? Kita kena tunggu dulu.

    Wednesday, 24 February 2010

    Umno = Dunhill = Gaya, Mutu, Keunggulan

    Nasib baik saya tak terjatuh dari kerusi tadi. Masih kat pejabat pula!
    Ini syiok punya cerita terpaksa tulis sekarang juga (Mampos kalau boss tahu).
    Terbahak membaca jenaka (?) seorang pembaca sakmongkol - lihat comments yang Pertama bawah posting tu, oleh dzieta.
    Beliau menyatakan bahawa Umno dulu kalah dalam pilihanraya sebab ia sama seperti Dunhill. Gaya, Mutu, Keunggulan.

    Ia adalah cogankata Umno yang baru!
    Terima kasih dzieta.
    (Nasib baik saya hisap ganja, bukan Dunhill).

    Tuesday, 23 February 2010

    Leslie Lopez menang dua anugerah wartawan


    Wartawan warga Malaysia, Leslie Lopez, menang besar dalam anugerah tahunan keluarga Singapore Press Holdings.
    Beliau menang Journalist of the Year 2009.
    Dan buat tiga tahun berturut-turut, beliau memenangi Story of the Year.
    Tahun lalu, cerita scoop penangkapan Mas Selamat Kastari menggegar dunia!

    Anugerah EMND (English and Malay Newspaper Division, SPH) diadakan dalam majlis penyampaian hadiah tadi.

    --------------------------------------------------------
    EMND = The Straits Times, Business Times, The New Paper, my paper, Berita Harian, dan akhbar-akhbar mingguan mereka - di sini.
    Ada pula kumpulan online iaitu straitstimes.com, asiaone.com, stomp.com.sg etc. Dan juga stesen radio.
    Ada lagi satu division dalam SPH di mana terdapat semua akhbar utama bahasa Mandarin - Zhao Bao, Wan Bao dan Shin Min Daily News.
    Oh ya, SPH juga miliki Tamil Murasu (only Tamil newspaper) and Tabla!, akhbar bahasa inggeris untuk pekerja India dan expat dari negara itu di Temasek (besar kumpulan ini).
    Dan tak lupa juga! SPH memiliki semua majalah utama di negara pulau ni - Female, Her World, Home Decor, Marie Claire, Young Parents, Brides dsbnya - lihat ni.
    Heehee. Semua kena, ahem, control dalam satu kumpulan.

    Kumpulan media kedua di sini ialah MediaCorp - depa ada semua TV channels, banyak stesen radio (dalam empat bahasa rasmi Singapore), dan juga sebuah akhbar kecil, Today.
    --------------------------------------------------------



    Siri laporan saya dan rakan-rakan mengenai gempa di Sumatra, jadi calon Special Award for Excellence. Tapi kalah. Boo hoo hoo.

    Baca cerita akhbar saya tentang kemenangan Leslie di sini.


    TAMBAHAN
    ----------------------------------------------------------

    Leslie Lopez ni memang wartawan terbilang, gemilang dan ikan sembilang di Asia ni. Sebut saja namanya, semua orang kenal dan ramai orang politik segan.
    Dulu beliau dengan Reuters di KL, lepas tu jadi koresponden Business Times Singapura di Jakarta, kemudian dengan Asian Wall Street Journal di Malaysia.
    Dan kemudian join akhbar saya The Straits Times Sinciapo beberapa tahun lalu. Dia cover bukan saja Malaysia, tetapi Asia Tenggara.
    Senior Regional Correspondent.

    Jika ada story besar nak buat di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Philippines, depa lah orangnya yang akan letupkan.


    Reporter ni boleh dikatakan tiga jenis - diary reporter, armchair reporter and scoop reporter.
    Ini saya pandai-pandai kategorikan mereka. Jangan pula ada mamat wartawan kanan Utusan atau NST yang marah pulak.

    Diary reporter adalah mereka yang kena cover event yang ada dalam diari. Iaitu semua wartawan lain pun dah tahu dan akan datang.
    Misalnya, Perdana Menteri lancar itu, menteri muda potong reben, pemaju lancar kondominium, majlis makan malam penyanyi.
    Selalunya wartawan diari ni ialah untuk wartawan muda yang baru belajar.
    Tetapi kerap juga yang tua-tua macam saya tunjuk muka di diary event, sebab nak jenguk apa menteri buat dan terus menjalin hubungan dengan orang di sekelilingnya.
    Kadang-kadang orang politik yang suruh kita datang!

    Armchair reporter adalah wartawan kanan yang banyak sumber. Tak payah attend function pun, boleh telefon kiri kanan dan buat story. Dan mereka juga pandai buat analisa berita. Bukan senang nak 'baca' isu belakang tabir dalam sesuatu isu ni.

    Scoop reporter pula ialah mereka yang jarang kelihatan di press conference, tiba-tiba cerita depa meletup dalam akhbar atau internet. Macam Leslie Lopez ni.
    Kadang-kadang kami kat opis panggil beliau di belakangnya Kueh Lopez. Heehee.

    Saya dah 10 tahun lebih kenal beliau, baru terserempak beliau menghadiri news conference DUA KALI SAJA. Satu dalam tahun 1998-1999.
    Masa tu sidang akhbar syarikat gergasi Renong yang dipengerusikan oleh kepala besarnya Halim Saad. Syarikat bursa terbesar di Malaysia masa itu.
    Sebelum berucap, Tan Sri Halim kata -
    "Saya nak buat pengumuman besar hari ini tentang Renong. Tetapi tak payah saya cakap apa-apa lagi.
    "Panggil saja di Leslie tu (menunjuk kepada Leslie yang duduk bersama wartawan lain) suruh announce.
    "Sebab apa yang saya nak kata semuanya ada dalam AWSJ muka surat 1 hari ini."

    Kali kedua ialah di salah satu announcement keputusan kewangan Petronas, lebih kurang 2002-2004.
    Beliau duduk di belakang, tak tanya apa pun. Story pun beliau tak buat!
    Kasihan, wartawan biasa seperti saya yang kena tulis.
    Beliau di sana 'nak jenguk' Petronas dan orang-orang kanannya. Dua minggu lepas tu, meletup-letup cerita Petronas!



    LESLIE & MAS SELAMAT
    --------------------------------------------------------

    Apabila beliau menulis cerita Mas Selamat ni, bukan saya saja yang tahu.
    Kerana cerita sensitif, akhbar kami kenalah contact pejabat Perdana Menteri Singapore, Lee Hsien Loong, dan Menteri Ehwal Dalam Negeri Wong Kan Seng (menteri jaga abang polis).
    Nak kena confirm.
    Mereka pun terkejut besar kerana ada wartawan dapat tahu berita ini!
    (Macam mana beliau dapat tahu, itu ahem, rahsia besar ST! Saya pun tak tahu).

    Maka terpaksa PM Lee announce kepada jemaah menteri Singapore hari itu juga, yang kebetulan di waktu lunch dan mesyuarat mingguan.
    Hampir kesemua menteri Singapore tak tahu Mas dah kena cekup!!!
    Esoknya, terpaksalah kerajaan Malaysia, pemerintah Singapore dan Indonesia confirm.
    Mak oi.

    Kenapa? Tak percaya?
    Baca sini - PM Singapore keluarkan statement tentang apa yang berlaku!

    Gempa berita ni satu dunia - CNN, BBC, Al Jazeera, akhbar-akhbar NYT, IHT, WSJ, wire agency, dan kesemua akhbar di dunia lain lapor berita ni!
    Southeast Asia's most wanted terrorist, who escaped from Singapore, have been re-captured.

    Begitulah dasyatnya "scoop artist" Leslie ni.

    Monday, 22 February 2010

    Doctors & journalists - like heaven & hell


    We all admire medical doctors.
    They don't have to do anything to gain our admiration.
    In fact we love them more if they poke our backside with a sharp needle, pull our teeth, cut out our stomachs and later give us pricey medical bills that can induce heart attacks.
    We still love them to death.

    Journalists have to be pro- this or that, leaning this way or that - in other words, fulfill people's perceptions of what it is to be "fair and balanced". Doctors do not have to do anything like that.

    Celebs, too, are respected by many.
    But they are disliked by the religious right from whatever religion for promoting nihilism and Me-Beautiful-so-Me-First way of life.
    Doctors are respected by the right, the left, the Godful and the Godless.
    They just have to announce "I am a doctor" and everybody will go, Wah. Fuyoh.

    This is a key part of the modern Hippocratic Oath in my simple mind, as I listened to it being read out loud today:
    "First, do no harm".
    Compare this with the image that mainstream mediamen like me suffer from. People would say that our Hypocritical Oath would be: "First, do the MOST harm to the OTHER side".

    A religious idiot even told me once, after learning that I am a journalist: "Be careful, there are no journalists in paradise."
    Kesian. Aku, rockybru dan brendan semua satu geng.

    Anyway, today is the first day for some 200 students at a university in Malaysia of fulfilling that hope.
    They looked kinda nice in their white lab coats, maybe because they haven't even dissected their first mice.
    Go for it, kiddo.

    Saturday, 20 February 2010

    Friday, 19 February 2010

    Isu sebat - kenapa "orang kafir" pun nak penjelasan

    Saya kata nak menulis tentang messages of hope, isu ekonomi, teknologi.
    Nak elakkan politik.
    Ah, ini saya masuk bab ekonomi.
    Nak marah pun suka hati. Jangan mencarut sudah.
    Dan jangan attack secara peribadi.

    Saya rasa kerajaan dan kumpulan Islam salah faham atau buat tak tahu dengan soalan dan kemarahan orang.
    Sama ada para menteri, baik Abim dan yang lain.
    Mereka berkata budak perempuan tiga orang tu setuju disebat, kena rotan pun tak sakit, dan undang-undang pun memang dah ada.
    Menteri Hishammuddin kata penyebatan itu berjalan dengan "perfect", TPM Muhyiddin kata sebatannya "mild".
    Jadi apa masalahnya, kata Abim?
    Janganlah media asing gembar-gemburkan.

    Adoi, salah jawapan Pak.
    Yang menjadi isu kepada orang di luar Malaysia (dan juga yang di dalam) bukan kerana mereka rela disebat, tak sakit pun dan mengikut undang-undang.

    Yang mesti dijawab dengan baik dan penuh ialah:
    Adakah Malaysia kini dah bertukar dan bukan lagi "negara Islam sederhana".
    Cakap kasar: Adakah Malaysia ni nak jadi negara Taliban?

    Maaf saya berkasar, sebab beberapa isu ini telah betul-betul memburukkan nama Malaysia.
    Bukan apa, tetapi kerana yang tukang explain tu tak jawab dengan jelas.
    Tak pandai main media. Tak pandai spin, kata orang sekarang.


    - "Pedulikanlah orang asing, orang sekular, orang kafir, orang Cina dan orang Singapore ni semua"
    - "Menyibuk hal kita buat apa?"
    - "Ini negara Islam, kita tegakkan hukum Allah! Takkan zina dan minum arak nak halalkan?"


    ------------------------------------------------------------
    EXPORT-IMPORT

    Kalau Malaysia negara tertutup seperti Myanmar, Indonesia dan India tak apa.
    Di tiga negara ini, kalau orang tak beli barangan negara, orang tak ramai datang mengunjungi, pelabur asing tak masuk banyak pun, tak apa.
    Mereka terus hidup sebab ekonomi dijana secara dalaman. Iaitu orang dalam buat kilang, dia jual di negara itu saja pun dah cukup nak hidup.

    Sebaliknya Malaysia, seperti Singapura, China, dan banyak negara lain, bergantung kepada perdagangan dan pelaburan asing.
    *Malaysia ialah negara berdagang yang 17 paling besar di dunia. Ada lebih kurang 160 buah negara di dunia, Malaysia di tangga 17 dalam jumlah import-exportnya!
    Wah, terror giler.
    *Malaysia is the 17th biggest trading nation in the world.

    (*Nak kira besar ke tidak perdagangan negara, anda campur jumlah tahunan export dengan jumlah import, dan bandingkan dengan negara lain).

    Lebih kurang satu dari lima (20 per cent) barangan Malaysia dihantar ke US.
    Yang lagi 20 per cent ke Eropah.
    Dan lebih 20 peratus lagi ke Singapore dan negara Asean lain. Peratusan terbesar dalam Asean ialah export-import ke Temasek, sebab tu jangan nak gaduh saja dengan jiran.

    Baca di sini. Data rasmi kerajaan Malaysia (scroll ke bawah muka surat - paragraf 22 ke 24):

    - "Malaysia’s top ten export destinations were the Republic of Singapore, the People’s Republic of China, the United States of America, Japan, Thailand, Hong Kong, the Republic of Korea, Australia, the Netherlands and the Republic of Indonesia."

    - "Malaysia’s top ten trading partners were the People’s Republic of China, the Republic of Singapore, the United States of America, Japan, Thailand, the Republic of Korea, the Republic of Indonesia, Hong Kong, the Federal Republic of Germany and Taiwan. These countries collectively contributed 72.3% to Malaysia’s total trade in 2009."

    Maksudnya, kena explain dengan negara-negara ini juga tentang apa yang sedang berlaku.
    Memang mereka "orang asing" dan "orang kafir". Tapi lainlah kalau Malaysia nak berdagang dengan Pak Arab dan negara Muslim saja.
    Cuma saya tak nampak sebuah pun negara Pak Arab di situ. Yang negara Muslim ialah Indonesia. Satu saja. Mereka pun tak sebat wanita, jadi mereka tak faham.

    Apa barangan yang Malaysia export?
    Lihat di sini. Pekerja di ladang getah dan keluarga kita di Felda tanam sawit, dan yang bekerja di kilang (lihat Manufactured Goods) boleh terjejas dengan isu-isu yang mereka tak tahu pun.


    --------------------------------------------------------
    ISU-ISU YANG PERLU DIJAWAB

    Dah banyak isu yang buat orang luar tertanya-tanya:

    1) Malaysia dah berkelahi mulut selama beberapa tahun tentang isu agama dan bangsa - sejak Abdullah Badawi buka pintu agar semua boleh dibincang dan Anwar Ibrahim menolak ketuanan Melayu-Islam. Itu hak mereka.
    Dan memang betul, yang bukan Melayu-Muslim di Malaysia ada banyak perkara yang mereka tak puas hati.
    Yang mempersoalkan isu-isu ini termasuk media online yang terang-terang menyokong pembangkang.
    Tetapi yang tak syiok, secara kurang ajar cara mereka memperlekehkan isu Melayu dan Islam.
    Pada saya memanglah boleh berdebat, kamu ada hak. Tetapi biar berlapeklah.
    Kalau kat Singapore kamu semua dah kena cekup pun, sebab kurang ajar sangat.

    2) Dah banyak isu mayat bukan Muslim yang dikatakan dah masuk Islam, lalu "direbut" dan ditanam.
    Jika betul pun mereka dah masuk Islam, cara kasar yang kadangkala dilakukan, dan tanpa explain dengan betul, membuat ramai bertanya-tanya.
    Kenapa pihak Muslim tak tunjukkan semua dokumen mereka ni dah masuk Islam? Tunjukkan kepada media dokumen dan bukti.
    Keluarga mereka menggunakan media online nak burukkan penguasa Islam kerana "mencuri" ahli keluarga yang dah mati dan ditanam.
    Kenapa kamu tidak pula mengeluarkan dokumen kepada semua media? Tak payah tunggu mahkamah oi, sebab public opinion dah selalu memburukan Islam.
    Ini kerana satu pihak saja yang menyerang, sedangkan yang Muslim nak guna Mahkamah Syariah.
    Takkanlah orang bukan Muslim setuju nak masuk Mahkamah Syariah?
    Kalau ada Mahkamah Buddha di Singapura dan Mahkamah Hindu di India, dan orang Islam disuruh gunakan mahkamah ini jika nak selesai isu keadilan dan keluarga, kita sanggup ke?
    Isu ini seperti menandakan orang Muslim tak ada sifat toleransi. Nak bully orang minoriti.

    3) Isu Kartika nak kena sebat sebab minum bir.
    Dulunya, akan menjadi pompuan pertama di Malaysia yang kena sebat.
    OK, undang-undang katanya memang dah ada. Tapi kenapa baru ni nak sebat pula?
    Kenapa dulu kena fine dan jail dah cukup.
    Ini seperti menandakan Malaysia dah tukar haluan, sesuatu yang menyusahkan hati pelabur asing.
    Dan orang bertanya: Kenapa orang politik yang merompak duit rakyat (sampai katanya ada yang dijumpai dengan wang TUNAI RM2 juta!), tak dihukum sebat?
    Orang yang memoney exhangekan duit berjuta-juta, sekaligus melanggar undang-undang, kenapa tak diperiksa?
    Kenapa kes-kes ini tak dimahkamah syariahkan?
    Ini ramai dah bertanya.
    There are more serious cases that affect public confidence in the government, so why do you Malay-Muslims only concentrate on small issues like this?
    Are you seeing the trees but missing the forest?
    Kau tengok semut tak nampak gajah?

    3) Isu Allah.
    Sehingga gereja diserang, kuil Sikh juga dan masjid-surau.

    4) Dan kini, secara sembunyi, tiba-tiba announce tiga wanita ini - satu 18 tahun, dua 25 tahun - bukan saja dah dihukum, tetapi dah disebat pun.
    Ada yang bertanya - kalau gitu apa pula kes Razak Baginda yang mengaku ada affair dengan Altantuya? Kenapa kesnya tak dimahkamah syariahkan? Kenapa tak disebat mamat ni?


    Sekali lagi:
    Adakah Malaysia ni nak jadi negara Taliban?
    Betul, tak enak didengar kalau kita cakap gini.
    Kurang ajar, lagi sialan si remgold ni. Menyibuk hal kita. Bongkak.
    Yang tanya bukan saya oi.
    Saya berdagang apa dengan Malaysia?
    Saya melabur kilang apa di Malaysia?

    Isu ini menjadi genting sehingga apabila PM Najib Razak ke New York beberapa bulan lalu jumpa pelabur, beliau ditanya mengenainya.
    Reuters tulis di sini:
    "That case (Kartika minum bir) has put the multi-racial but mostly Muslim country's moderate image under scrutiny at a time when it is trying to draw in investors.
    "Investors in New York last year asked Prime Minister Najib Razak about the Kartika case."

    Jadi perlulah kena sejukkan hati pelabur.
    - Explain mengapa, walaupun kes-kes ni dah berlaku, sebenarnya begini....
    - Bukan, tidak betul kami nak mentalibankan Malaysia. Kami tak suka Taliban sebab mereka tak pakai kot, tak naik Mercedes. Yang berlaku begini ialah kerana....

    (Takkan kerja saya nak jelaskan! Kalau bayar consultant fee, memang boleh saya jelaskan).


    Thursday, 18 February 2010

    Bunuh kucing Temasek, masuk jail 10 minggu


    Memang kita semua tahu ada 1,001 macam undang-undang di pulau yang pernah dilanggar todak. Maaf, make that 100,001 undang-undang.

    Tapi undang-undang ni saya pun baru tahu.
    Kalau kamu menyiksa binatang, parah akibatnya.
    Baca di sini - mamat mabuk bunuh kucing, kena jail 10 minggu. Padan muka dia.
    Agaknya dia ingat dia Alien melawan Predator ke, lalu dia hempas kucing ke tembok? Giler.

    Cerita online ni kena potong - tetapi dalam cerita penuh ada line ini:
    Those guilty of acts of animal cruelty can be fined up to S$10,000 (ie RM24,000) or jailed for up to 12 months, or both.
    Waduh. Enak sungguh pada telinga saya.

    Di Singapore ni ada hukum pelik yang ramai juga tak setuju.
    Penghuni flat pemerintah, HDB, iaitu 85 peratus warga Singapore, tidak dibenarkan memelihara kucing dalam rumah.
    Anjing kecil, boleh, iaitu jenis toy dogs; working dogs macam alsatian, dobermain tak boleh.

    Sebab kucing dilarang? Katanya banyak kes di mana kucing tidak di toilet trained, jadi dia buat hal kat depan rumah jiran.
    Anjing besar tak boleh sebab mereka ni tak boleh tinggal dalam flat kecil. Rimas. Macam tan sri datuk kena tinggal rumah teres. Ego dia besar sangat, tak muat.
    Manakala anjing kecil, katanya, dah toilet trained, dan tidak mengganggu orang sebelah.

    Hukumnya di website Housing & Development Board (HDB) di sini.
    Membacanya pun saya dah mabuk sebab macamlah anjing tak berak sebarangan dan tak buat bising.

    Tapi walaupun kucing tak boleh dibela, ramai juga orang memelihara di flat HDB. Kebanyakannya orang Melayu.
    Tentang kucing ni, orang Singapore berani lawan pemerintah.

    Tetapi kita boleh lihat di bawah banyak blok di sini ada kucing-kucing yang sebenarnya mempunyai tuan. Tapi tidak dibawa masuk rumah.
    Saya sering khuatir keselamatan mereka. Sebab jadi kucing tiri kena duduk bawah blok.

    GAMBAR: Kucing bawah blok dekat ofis, saya namakan Maryam, diberi makan. Kesian tengok minah kecik ni kurus.
    Sebenarnya dia ada 'ibu' di blok itu yang menjaganya - seorang wanita Cina yang saya pernah beberapa kali ternampak memberikannya makan nasi bungkus dan meninggalkan bekas air untuk dia minum.

    Wednesday, 17 February 2010

    Bos tulis citer raya Cina - teringat kampung lama

    Saya belum buat keputusan nak sambung blog ke tidak. Heehee, actsy.
    Tapi bos saya ada tulis sesuatu yang menarik.
    Kena war-warkan, takut tak naik pangkat. Kahkahkah.

    Di sini Foreign Editor, The Straits Times (ST) menulis tentang pengalaman beliau semasa kecil.
    Malay, and missing Chinese New Years of old.
    Citer ni tak masuk akhbar kami, cuma dalam blog ST saja.
    Beliau dulunya ialah Political Editor.

    Apabila membaca tulisannya, tentu ramai akan teringat kembali citer kita masih kecil-kecil dulu.



    ITU CITER BOS. INI CITER SAYA PULA
    ---------------------------------------------------------
    (Maaf citer panjang. Biar anak-anak saya baca dan insaf citer orang lama).

    Saya membesar di dua kampung - di West Coast Road dekat satu-satunya Japanese School di Asia Tenggara masa itu yang juga dekat Masjid Tentera (di Raja Malaysia). Kini tempat tu dah jadi kondo orang kaya.

    Kampung saya orang namakan Kampung Taik. Betul.

    Sebab ada sungai atasnya ada, ahem, non-flushable loo. Satu kampung pakai. Jika ada penghuni, kena lari masuk semak. Kadang kita dalam semak, ada orang datang, terpaksa bangun cepat-cepat dan tersengeh-sengeh. Eeks.


    Sebelum itu, keluarga kami di Pasir Panjang dekat Haw Par Villa (kini sebahagian dari kampus NUS). Dekat Zehnder Road, Kampung Kiyai Saman (orang alim yang disegani) - bukan nama rasmi, tapi kalau nak cari kami kata saja 'dekat rumah Kiyai Saman'.
    Di kedua-dua tempat cuma rumah sewa saja.

    Yang syiok tinggal kampung zaman 1960an dan 1970an dulu ialah bila ada 'wayang Cina' dan loktang datang ke kampung kami, wah satu kampung pergi tengok! Ini masa Hungry Ghosts Month - dah besar baru tahu kenapa mereka ni setahun sekali masuk kampung.

    Rugi anak-anak zaman sekarang tak pernah tengok loktang mengamuk - macam orang Melayu kena sampuk bila berkuda kepang. Sewel dirasuk setan dan makan kaca.
    Masa tu tak ada video game, TV pun masih black and white, dan Hollywood dan Bollywood masih belum mencengkam hidup manusiawi.

    Lagi satu yang syiok ialah bila ada syarahan atau maulid kat surau kampung. Budak kampung macam saya bukan nak dengar syarahan, tapi nak makan ayam!

    Sekarang ni, kita tiap hari boleh nonton Astro (atau Starhub di Singapore) movie.
    Tiap hari boleh minum air F&N oren.
    Tiap kali makan boleh santap ayam.

    Dulu, setahun tak sekali nonton movie di wayang (citer di bawah). Bila hari raya, baru nampak air oren dalam botol F&N. Jika tidak setakat minum air kosong.
    Dulu bila dibawa makan satay tepi jalan (setahun dua kali mungkin), punyalah syiok.

    Rugi anak-anak kita yang tak pernah susah begini, ya?

    Di kedua-dua rumah sewa lama keluarga juga ialah pantai - sebab tu yang satu nama tempat itu ialah Pasir Panjang, dan satu lagi West Coast!
    Saya tak pandai berenang, tapi pandai sibuk-sibuk main kat tepi air ikut arwah bapa saya pancing ikan. Dia juga pandai menjala.

    Apabila saya berpindah ke flat kecil dua bilik tidur HDB di Holland Drive, dah tak syiok sangat sebab tak ada wayang Cina dan loktang lagi.
    Nasib baik ada surau Holland berdekatan (masih ada lagi!). Dapat makan free bila ada keramaian.

    Flat ibubapa saya, mak oi, di tingkat 17 (dari blok setinggi 22tingkat)! Kalau lif rosak, mati kena naik tangga.
    Pernah sekali blackout, kesemua lima-lima lif tak jalan. Lebih 20minit kena naik tangga.

    Untuk entertainment, ada open-air cinema! Wayang tanpa bumbung.
    Bayar 20sen dapat tengok citer Bruce Lee atau movie dari Malaysia.
    Ini era selepas P.Ramlee dan Saloma, tetapi sebelum AR Badul. Tak ingat apa movie Melayu yang dinonton sebab selalu tak ada duit nak masuk.
    Tahun 1970an dan 1980an, siapa hero dan heroine wayang di Malaysia, ya?

    Di Holland Drive lah pertama kali saya masuk kolam renang untuk orang ramai, public swimming pool.
    Dah tak nampak laut lagi ler. Bayar 10 ke 20 cents dulu, boleh main air puas-puas.

    Di Singapore, mungkin kerana pulau kecil dikelilingi air, hampir semua HDB estate ada public swimming pool. Mungkin pemerintah takut jika rakyat tak pandai berenang, bila Malaysia attack, macam mana orang Singapore nak renang kupu-kupu ke Batam atau Pedra Branca?

    Hari ini, bayar S$1 (RM2.40) kita boleh masuk swimming pool, 50 cents untuk kanak-kanak. Boleh rendam sehari semalam sampai lembut macam ayam baru beli kat pasar.


    TAMBAH SIKIT AWAL PAGI

    Tuan/Puan, selepas menulis ini, saya rasa bersyukur dan insaf, kerana dah jauh perjalanan hidup. Dan banyak perubahan dirasai.
    Sebab tu kadang-kadang kita nak attack ketua-ketua politik kita biar berwaspada. Mereka berjasa besar.
    Memang betul kita bekerja keras nak capai itu dan ini, tetapi orang seperti Kuan Yew dan Dr M dan lain-lainlah yang telah menyediakan conducive environment untuk rakyat.
    Saya dah sujud syukur sebab teringat hidup susah dulu. Anda bila pula?

    Tuesday, 16 February 2010

    To blog or to block remgold, ini soalan berat

    Minta maaf besar, tuanku pembaca dan permaisuri sekelian. Maaf kerana ada yg terkejut saya block free access ke remgold.
    Masih ada yang sayang, rupanya (cesss sabah).

    Kenapa saya block free access? Dah seminggu dah. 7 hari.
    Bukan apa.
    Sejak kebelakangan ini, saya seperti Forrest Gump.
    Dalam cerita wayang itu, Forrest dah boring dengan hidup, lalu dia berlari keluar dari rumah.
    Dia berlari dari satu hujung ke hujung lain Amerika. Lepas tu berulang.
    Ada orang sangka dia gila, ada pula yang tak ada kerja, ikut jejaknya.

    Tetapi satu hari, dah berjanggut pun, sedang dia berlari anak, Forrest tiba-tiba berhenti di tengah jalan (LIHAT GAMBAR).
    Dia berpusing dah berkata dia dah penat, nak balik rumah. Tak mau jogging lagi.

    Saya pun sama: Dah mula bertanya sejak beberapa minggu lalu, what's the point of this blog?
    Apasal aku buang masa tulis nonsense setiap hari? Apa tujuan, apa mesej, apa kesan?
    Balik kerja penat2 - selalunya sampai rumah antara 10-11mlm, lepas tu duduk tulis isi baru atau jawab soalan pembaca. Kadang-kadang curi masa kat tempat kerja nak update. Ish ish ish.



    Kau lebih bagus duduk beribadah (heehee). Konon.
    OKlah, baik main Command & Conquer game ke, atau tengok wayang Hindustan.

    Saya mulakan blog dulu pada Februari 2008 - betul-betul sebelum pilihanraya Mac 2008. Memang masa tu kita belum tahu Abdullah Badawi nak panggil pilihanraya ke tidak.
    Blog dimulakan sebab saya khuatir benar dengan Malaysia ni kerana macam-macam problem, tapi kerajaan macam tak nampak. Hingga ada desas-desus nak panggil pilihanraya.
    'Apa ni?', saya bertanya. Mana para adviser PM yang bijak bistari sehingga dapat projek berguni-guni. Tak nampak masalah di sekeliling ke, tanya saya.
    Guna bahasa kasar: Kerajaan nak mampos ke panggil pilihanraya awal, sedangkan nama kamu dah busuk?
    Maka antara posting saya yang pertama ialah isu CERRI (cherry) di Malaysia. Ini original title saya sendiri tentang masalah yang dihadapi di Malaysia, masa itu - sampai sekarang pun masalah Malaysia masih sama - masalah CERRI.
    Buah apa tu? Baca tulisan asal saya di sini.
    Inilah isu besar untuk kerajaan dan rakyat:
    C = crime.
    E = education.
    RR = race-religion.
    I = investments.

    Dari tulisan itu, saya terbawa-bawa hingga minggu lalu apabila saya berhenti menulis. Baru hari ini saya masuk blog saya sendiri. Tak ada seorang pun yang saya jemput jengok sebab saya rasa nak tutup tirai.
    Tetapi cuba saya post isu nak tutup kedai ni dan lihat apa reaksi.


    Kalau saya sambung, saya rasa nak tukar haluan dalam blog ini.

    Sebab saya merasakan terlalu ramai merasai cynicism dan scepticism (orang Amerika kata skepticism) di Malaysia ni.
    Apa saja kerajaan kata, semua bangkang dan interpret bahawa ada udang di sebalik batu.
    Atau ada saja yang salah. Pandai saja menghentam.
    Yang pro-Umno-BN pula, menghentam Anwar Ibrahim dan pembangkang dalam semua isu. Bukan setakat nak debat, tetapi kedua-dua menghentam pihak lawan walaupun nama negara terus rosak. Seperti mereka tak sayangkan Malaysia lagi, Atau pada pandangan mereka: sebab sayangkan Malaysialah maka kena expose semuanya.


    Dah lah tu, saya pula nampaknya terlalu naive, Saya ingat: aku duduk di Malaysia dan Singapore - ibukota saya ialah Singa Lumpur - maka saya akan cuba tulis tentang perkara baik di Temasek (pada mata saya) biar orang di Malaysia dapat pelajari.


    Dan begitu juga, benda tak baik di Singapore akan ku jelaskan (seperti masalah orang miskin, jurang besar kaya-miskin, kerajaan 'tekan' media, kempen berlebihan) agar Malaysia tak terikut masuk dalam lubang ni.


    Tapi saya lupa - terlalu tinggi cynicism dan scepticism terhadap orang seperti saya dan negara asal saya. Apabila saya memuji Singapore, kena bantai juga. Heehee, kesian aku.


    Nampaknya api 'permusuhan' yang dinyalakan orang politik dalam isu-isu dua hala membakar semua orang yang cuba menjadi jambatan terhadap dua negara - termasuk saya.
    Pada saya, banyak perkara yang jika dipelajari oleh Malaysia atau Singapore, kedua-duanya dapat manfaat.
    Tapi, orang Malaysia tak suka dengar cerita Singapore ni lebih baik (ini secara umum) dalam beberapa perkara.
    Dan orang Singapore pun tak suka jika dikatakan Malaysia ni ada kebaikan yang dapat dipelajari Singapore (seperti media freedom yang lebih, kerajaan lebih 'relax', tidak membuat hukum-hakam dalam semua perkara - sampai tak flush toilet pun kena saman!)



    Maka itu, saya pun kena go-stan sikit dalam isu bandingkan Malaysia-Singapore ni.
    Dan saya rasa akan lebih banyak membincangkan isu teknologi yang saya gemar, dan isu besar luar negara yang menjadi sebahagian dari pekerjaan saya. Dan juga tentang isu ekonomi, yang saya mempunyai pengalaman menjadi pengamat dan penulis selama 10 tahun.


    Dan lagi satu - saya terfikir selama seminggu sejak blog cilik ni di'tutup'. Macam mana nak kurangkan cynicism dan scepticism ni - baik di Malaysia atau Singapore?
    Jawapannya, tulislah mengenai cerita-cerita yang lebih memberi semangat untuk orang. Bukan yang memperkecilkan negara dan bangsa (baik di kota singa mahupun di kuala tak berlumpur).


    Saya ada menulis tentang teknologi (di sini dan sini) dan cerita ekonomi (di sini dan sini) yang saya rasa memberikan message of hope. Atau sekurang-kurang orang yang membaca akan berkata - 'Ah! Aku tak tahu pun ada benda ni. nasib baik ada si mengong dari Temasek tu tulis!'
    Tapi itu kalau saya nak continue. Belum tahu lagi. Tengoklah macam mana.
    Macam malas nak tulis lagi.



    Akhir kalam, saya berterima kasih banyak kepada mereka yang menghantar email bertanya kenapa blog saya dah dikiamatkan.

    Tuesday, 9 February 2010

    Paderi Singapore kena warning hina agama lain

    DI PERAK

    Isu panas di mahkamah tentang Perak?
    Lepas ini kita lihat wayang pembangkang tak menerima keputusan.
    Pada saya kes ini simple saja: Tiga ADUN Pakatan dah lari keluar.
    Jadi matematik darjah satu menunjukkan Pakatan 29, BN 30.
    Jadi betullah, Zambry menang 5-0, dan Manchester United kalah.

    Kau buat bising tentang lain pun tak guna. Bohong kepada diri sendiri.
    'Oh ini tak sah sebab dia rampas cara paksa!' - Ya ke?
    Yang dulu Anwar buat rancangan nak tumbangkan kerajaan Putrajaya, 16 September, dengan cara defections dan beli orang, kau terima pula.

    Tapi lepas ni, saya harap Zambry bubar ler DUN.
    Kalau kalah pun orang kata gentleman.
    Tapi sebenarnya bukan hak beliau nak bubar. Kena tanya Putrajaya dan Umno-BN. Berani ke berdepan dengan rakyat?

    Pada saya, kalau ada pilihanraya di Perak bagus sungguh sebab menjadi feedback jelas, tiga tahun sebelum pengundian besar 2013.
    Jadi kedua-dua pihak boleh mengatur kembali strategi masing-masing.
    Yang pasti, Pakatan dah kurang hilang undi Melayu di Perak. Tapi sejauh mana, saya tak tahu.
    Dan India ramai dah kembali ke Umno-BN, sebesar mana? Tak tahu.


    -------------------------------------------------------
    DI SINGAPORE

    Kes ini panas! Meletup-letup kat Internet di Singapore.

    Seorang paderi Kristian dipanggil oleh ISD
    - Internal Security Department, sebahagian daripada Kementerian Ehwal Dalam Negeri/abang polis - dan diberi amaran kerana menghina agama Buddhist dan Taoist.

    Orang Singapore ni, kalau sebut nama 'ISD', semua kecut.
    Sebab nama mereka biasanya keluar bila menggunakan ISA (Internal Security Act) tangkap terrorist suspects dan banduan tegar.

    Tetapi hari ini, berita utama muka surat 1 akhbar The Straits Times Singapore:
    'ISD calls up pastor for insensitive comments'.
    Di sini, sini dan di sini.

    Senior Pastor Rony Tan dari gereja independen Lighthouse Evangelism divideotape bercakap kepada dua anggota gereja. Beliau membuat beberapa komen kurang ajar (pada saya) terhadap agama lain di depan kumpulannya.
    Tak boleh, brader.

    Kan saya dah kata, Singapore ada press freedom dan freedom of speech (tak seperti Malaysia yang bebas habis), tetapi dua perkara dilarang keras di Temasek.

    1) Menyerang pemerintah tanpa bukti kukuh.
    Kau nak kata apa pun katalah terhadap menteri dan pemerintah. Tetapi kalau omong kosong tak ada bukti, pemerintah ada hak nak serang balik.
    Itu yang banyak menimpa pembangkang di sini - buat tuduhan melulu, kena bawa ke mahkamah, tak dapat keluarkan bukti, kena saman ratusan ribu, lepas tu salahkan pemerintah dan tuduh PAP kuku besi. Media asing pun sokong mereka sebab underdog!

    Baca tulisan adik angkat saya di sini, namanya Mei Ling, dulu wartawan kini research officer di ISEAS. Dan juga tulisan rakankerja saya tentang isu Melayu di Temasek.
    Boleh kritik pemerintah jika ada isu, bukan tak boleh.

    2) Menghina agama lain.
    Kalau nak ketawakan agama lain, biarlah kat rumah, atau tak ada yang videokan.
    Saya laporkan di sini baru minggu lalu, polis cekup tiga remaja Cina sebab menghina orang India di Facebook.
    Dan polis Singapore pernah dua kali dulu tangkap remaja2 Cina kerana menghina Islam di Internet forum.

    Saya tak mahu post video paderi ni di sini.
    Isu bangsa dan agama, kita semua setuju, adalah terlalu sensitif.
    Mudah sungguh nak tuduh agama lain songsang, bangsa lain bodoh.
    Tapi kalau hingga bergaduh besar, kan tak bagus.
    Rosak nama negara.

    -------------------------------------------------------
    APA KATA ISD:

    'Pastor Tan's comments were highly inappropriate and unacceptable as they trivialised and insulted the beliefs of Buddhists and Taoists.
    'They can also give rise to tension and conflict between the Buddhist/Taoist and Christian communities.
    'ISD told Pastor Tan that in preaching or proselytising his faith, he must not run down other religions, and must be mindful of the sensitivities of other religions.'




    Walau Pakatan berpecah, Umno-BN belum OK

    Selain dari kes-kes mahkamah, ada satu isu yang begitu menarik.
    Saya kata menarik sebab nampaknya ada dalam Umno yang terkeliru.
    Biar saya jelaskan.

    - Berita bahawa pemimpin PKR seperti Zulkifli Noordin dan beberapa lagi di Penang dan Selangor tak puas hati dah tersebar luas.
    Dan kini Zul Noordin dah jadi star dalam TV3. Terkejut juga: eh! Station TV kerajaan kasi muka kepada pembangkang? Zul kata akan ramai keluar dari PKR dalam beberapa minggu ini.

    - Juga dalam PAS pun ada perpecahan - baik di Kelantan mahupun di kalangan orang atasan. Kita lihat Hadi Awang menyuarakan masih nak berkawan dengan Umno, walhal Nik Aziz Nik Mat dan yang lain bertegar tak mahupun dulu. Sampai ada doa supaya perut PM Najib meletup. Sampai gitu.
    Dan pemimpin PAS seperti Husam Musa dan Nasharuddin Mat Isa tetap tak ngam. Ramai lagi yang tak ngam - you tanyalah yang di atas di Kelantan tu.

    - Dan di Penang, kepimpinan Lim Guan Eng dari DAP pun telah diserang. Walaupun mungkin bukan oleh orang dalam, tetapi nampaknya cara beliau memerintah, katanya, agak kasar. Hingga wartawan terkenal (bukan aku), Joceline Tan, menulis mengenai isu ini.

    - Dan juga heboh diperkatakan: demo pro-Anwar lepas solat Jumaat minggu lalu, kononnya nak menentang 'fitnah kedua' iatu kes sodomi, tapi hanya berjaya menarik 30 orang.
    Eeks. Kalau 1998-2000, jika tak seribu orang datang tak dipanggil demo, 'bang.
    Lampu Reformasi dah malap, orang berbisik.


    Tetapi saya khuatir kerana sibuk mencanang dan bertepuk tangan bahawa pembangkang telah berpecah, pemimpin Umno dan orang bawahan mungkin terasa rakyat dah tolak pembangkang.
    Bahawa rakyat kini dah kembali bersama Umno-BN.
    Ada gembira bersyukur: Wah, our deliverance is here. No need to work hard, it shows you that the opposition cannot hold together. How to govern the country? Semuanya OK.

    Masalahnya ialah ini, Tok Sri, tok siak.
    Isu pembangkang berpecah, dan pengundi telah kembali ke Umno-BN, adalah dua perkara yang berbeza!

    Cakap mudah: Walaupun pembangkang mungkin dah bergaduh dan mungkin diambang perpecahan besar pun, ia tidak bermakna sokongan dah kembali ke Umno-BN.

    Cakap lebih mudah lagi:
    Kalau esok ada pilihanraya umum, percayalah, Umno-BN akan kalah teruk sama seperti March 2008, Malah mungkin lebih teruk lagi!

    Kemarahan rakyat masih ditahap sama terhadap Umno-BN di kalangan bangsa Cina dan Melayu.
    Iaitu kebanyakan pengundi Cina masih tidak akan undi Umno-BN.
    Dan pengundi Melayu masih berpecah dua. Kerajaan belum dapat lagi menarik ramai mereka ini ke kem Umno-BN. Masih 50:50 seperti dulu, setengah masih dengan pembangkang.

    Hanya pengundi India saja, saya rasa, yang kini lebih ramai dah berpihak ke Umno-BN. Walaupun begitu, mereka masih boleh lari kembali ke pembangkang jika hati terguris lagi.
    Dan mereka masih mencari siapa ketua kaum mereka - bukan Semi Value, bukan Makkal Sakti, dan bukan pun Hindraf yang sendiri telah berpecah.


    -------------------------------------------------------
    KENAPA? TAK PERCAYA?

    Bayangkan jika pilihanraya umum diadakan hari ini.
    - Kelantan, Penang, Selangor, Kedah dan Perak saya rasa di tangan pembangkang lagi.
    - Terengganu, kerana Umno tongkang pecah, mungkin jatuh juga.
    - Perlis, juga kerana perpecahan Umno, goyang.

    - Negeri Sembilan dan Melaka mungkin tak jatuh tetapi 40:60 pembangkang kalah. Maknanya, banyak kerusi akan dimenangi pembangkang.

    - Johor dan Pahang saja yang stabil.

    - Di Malaysia Timur, saya rasa Sabah dan Sarawak tak akan jatuh sebab orang Pakatan Rakyat dah berpecah - biasalah politik Sabah-Sarawak, semua benda mesti berkelahi sampai kapal pecah dan tenggelam, baru semua puas hati.
    Teapi pastinya, pada saya, banyak kerusi akan dimenangi oleh pembangkang. 35:65 pembangkang:BN.

    Ini pandangan peribadi.
    Tapi yang jelas ialah kerajaan dan Umno-BN masih kena kerja terus jika nak menang hati rakyat.
    Setakat nak tunggu pembangkang berpecah saja tak cukup.

    Untuk pembangkang pula, mereka tak akan menawan Putrajaya sekiranya terus cakar-mencakar, dan tanpa leadership yang jelas - sebab Abang Nuwar sibuk kat mahkamah, dan nama Zaid Ibrahim pun dah mula pahit dalam Pakatan.
    Nampaknya kini Ku Li nak jadi superhero baru Pakatan.
    Beliau nampaknya mahu jadi martyr, mahu sangat ditendang Umno.
    Agar dapat masuk Pakatan dan jadi ketua, in case Anwar kena jail???

    Dan kini PM Najib pula kata New Economic Model tidak akan diumumkan bulan ini, tetapi akhir bulan depan. Mungkin lagi sibuk nak mengatur strategi lebih baik.

    Monday, 8 February 2010

    Minggu mendebarkan - Saiful dan Zambry-Nizar

    Minggu lalu dah banyak perkara terkeluar. Saya tak mahu banyak komen tentang kes mahkamah ini, sebab masih berjalan dan hanya tuduhuan oleh Pihak A kepada Pihak B.
    Minggu ini, cross-examination, tentu akan ada banyak cerita lagi yang akan keluar.
    Alamak - baru diberitahu. kes postpone hari ni sebab peguam Anwar Ibrahim nak disqualify hakim. Wayang Hindustan pun tak suspen macam ni.

    Kes suspen lagi satu: Esok, Selasa, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan 'fatwa' sama ada Zambry atau Nizar patut terus bertakhta di Ipoh.
    Get ready for more wayang.
    Kalau Nizar menang, dia akan terima!
    Kalau dia kalah, tentunya mahkamah dituduh berat sebelah, dibeli kerajaan, diinfluence PM Najib, mahkamah bodoh dsbnya.

    Saturday, 6 February 2010

    Jawapan saya isu Melayu Singapore 'tertindas'

    Di posting saya sebelum ini, ada hamba Allah menunjukkan 'bukti' bahawa Melayu Singapore ni teruk kena tindas, dan kata saya tunjukkan konsep meritokrasi taik kucing.
    OKlah. terpulang. Tetapi saya jawab.
    Dan lepas itu beliau - kasilah nama Abang oi - boleh menjawab. Syiok kita bincang isu ni, daripada gaduh tentang isu liwat dan seluar dalam Levi's.
    Nak kata Singapore banyak masalah suka hatilah. Tapi kalau nak kata orang Melayu Singapore kena tindas ni, pada saya, biarlah gunakan fakta yang tepat.

    Apapun, saya ulangi dulu apa yg ditulisnya:
    ------------------------------------------------------
    Anonymous

    Di Singapura, orang Melayu dijaga dengan amat "baik" oleh kerajaan Singapura. Secara purata, kualiti kehidupan orang Melayu adalah lebih-baik di sana berbanding di Malaysia.
    Inilah hakikat tapi kalau dibanding dengan kaum-kaum lain di Singapura ,orang Melayu akan terasa mereka hanyalah golongan kelas tiga di sana selepas Cina dan India mungkin kelas empat selepas Cina, India, Lain-lain (Eurasian ..)
    Hakikatnya;

    i. tiada menteri kanan Melayu di Singapura, mungkin orang Melayu tiada merit? ...

    ii. kalau orang Melayu masuk kekawasan sensitif tentera untuk bekerja dsb, mereka akan sentiasa diawasi ...orang melayu tidak dipercayai?

    iii. Kalau orang Melayu bekerja disyarikat Cina, berkemungkinan besar orang Cina dari Malaysia yang baru masuk akan dinaikkan pangkat terlebih dahulu dari orang Melayu Singapura...Kawan Melayu Singapura saya kata disebabkan "sakit kulit"

    iv. Budak-budak Melayu kesekolah tidak dibenarkan bertudung sekiranya kesekolah kerajaan tapi anak benggali dibenarkan pula.. takut pulak orang Melayu jadi ekstremis dengan bertudung...

    v. Kalau masuk National Service, orang Melayu dikhususkan menjaga stor,medical dan latihan bersenjata kurang ditekankan.. takutlah tu kalau Singapura dan Malaysia berperang, orang Melayu akan berpaling tadah

    v. walaupun bahasa melayu bahasa rasmi; bahasa Melayu hanya digunakan untuk menyanyi lagu kebangsaan "Majulah Singapura";kesian kan bahasa Melayuvi. Kuota untuk orang Melayu mendapat pendidikan seperti kedoktoran, ikut merit kata pemerintah

    vii. Orang-orang Jawa ataupun orang Boyan,dalam kad pemgenalan tidak diklasifikan sebagai Melayu tapi Jawa atau Boyan. Orang-orang Cina samada Hakka , Foochow akan dikategorikan sebagai Cina. Orang India pun macam tu juga.

    viii. Tiada lagi kampung Melayu di Singapura

    ix. Kuota penempatan orang-orang Melayu.

    Hakikatnya begitulah kehidupan orang Melayu,di penjara, dipusat pemulihan dadah bersepah orang Melayu, macam golongan kulit hitam di Amerika .
    Kalau meninjau di pantai-pantai Singapura telah ada golongan yang hidup merempat dikhemah-khemah sementara rata-rata mereka adalah Melayu. Sedih bukan, begitulah nasib orang Melayu ditanah kelahiran mereka itu.

    Beza sungguh nasib golongan minoriti di Malaysia ni.
    Mereka bukan saja kaya-raya, dibenarkan berpolitik, beragama apa saja, bersekolah aliran mereka. Malangnya mereka-mereka ni tak pernah rasa bersyukur, hak-hak orang melayu dan agama Islam dicabar dan sekiranya orang-orang Melayu yang ingin memperjuangkan hak-hak mereka akan terus dilabel sebagai rasis dan fanatik.

    Saya rasa toksahlah Rem nak menjaja hebatnya kerajaan Singapura dengan konsep 'meritokrasi' taik kucing mereka tu. Kata orang Melayu Singapura; "jangan bedeklah, kita orang dah lama tahu" lah..

    Bekas pencari kupang Sungai Senoko
    6 February 2010 13:20


    ------------------------------------------------------
    JAWAPAN SAYA

    Anonymous,
    i love it when u talk dirty.
    jangan banyak makan kupang, 'bang, nanti kolesterol tinggi :-)
    saya berterima kasih banyak sebab yg diluahkan exactly perasaan saya dulu sebelum berkelana di msia 12 thn dan ditambah pengalaman di negara lain.
    saya dulu rasa melayu spore kelas bawahan, ditindas, dsbnya. yg peliknya apabila bertahun di malaya, saya nampak KEBAIKAN dikelasbawahkan, ditindas (perkataan anda, bukan saya). kata orang tu, kalau dah rasa kena tekan, bila dah 'naik', syiok. Ahem, ini tak ada kena mengena tentang isu Anwar, ok!

    sejarah malaysia berbeza dgn sejarah spore. pada saya respons kerajaan malaysia dgn dasar bumiputra selepas mei 1969 adalah tepat.
    kini dah banyak golongan profesional melayu kerana dasar itu. engineer bumiputra adalah 40 peratus dari jumlah jurutera di msia (data 9th Malaysia Plan). doktor, lawyer, akauntan pun ramai - kira-kira 20-30 peratus dari total di malaysia.
    bangga saya duduk rumah di kl di kiri kanan ada profesional melayu yg dinaikkan kerajaan umno-bn. hidup umno! (mampos orang pakatan tembak aku).

    cuma yg saya nampak kurang ialah golongan entrepreneur. iaitu tycoon business. itulah yg cuba dinaikkan dulu oleh dr m dgn tajudin ramli, halim saad dsbnya. tapi gagal.
    nasib baik ada khazanah naikkan golongan profesional managers di maybank, tenaga, telekom, cimb, dsbnya.
    memang susah nak hidupkan benda yg baik ni.
    dan juga sangat kurang ialah golongan perniagaan runcit. kedai2 di kl dan serata malaysia, jarang nampak melayu yg menjadi pemilik, selain restoran makanan dan boutique pakaian melayu. memang payah, tapi kita tabik malaysia sebab terus mencuba.
    tetapi hari ini, tahun 2010, 40 tahun dah, dasar 1970 ini kena tukar sikit. tetapi sebagai orang luar bukan hak saya nak sibuk-sibuk cakap tentang isu ini (tapi nanti saya sibuk di lain kali!)

    sejarah spore pula dan orang melayu temasek lain. kami jadi minoriti selepas spore dan malaysia bercerai. dan tak seperti kaum cina di malaysia - kaum minoriti tetapi kaya dan kuasai ekonomi. begitu juga minoriti cina di indonesia, thailand dan filipina.
    minoriti melayu di spore ni miskin dan daif (secara purata): tak ada kuasa politik. dan tak ada kuasa ekonomi. talent dan skill pun kurang.
    nak bargain dgn iman saja (eh wah eh wah).

    jadi jawapan saya kepada apa yg anda bangkitkan.
    lepas tu anda jawab balik, biar kita semua pelajari benda baru. saya fahamlah ada yg masih marah dgn pemerintah, tetapi saya lihat ahli keluarga saya - iaitu saudara dekat dan jauh, kebanyakannya tak kaya pun - kemarahan mereka dah kurang berbading puluhan dan belasan tahun lalu. tetapi mungkin keluarga saya songsang kot.
    tak semestinya pandangan saya betul pun! dan ada tempat saya jadi devil's advocate dlm jawapan saya - iaitu saya berikan jawapan yg tak semestinya saya setuju, nak tengok respons anda semua.


    i. tiada menteri kanan Melayu - cabinet spore 21 orang. 1 melayu, Yaacob Ibrahim (bekas lecturer).
    india ada 4 orang menteri kabinet, eurasian/serani 0. Lihat di sini.
    yg india 4 orang - 1 former surgeon, 1 lawyer kanan, 1 banker, 1 bekas lecturer.

    MP melayu kesemuanya ada 12, dari 84 MP yang menang pilihanraya - 14 peratus.
    Ada lagi 9 lagi MP yang dilantik ke Parlimen (nominated MPs) dan seorang MP tanpa kawasanundi (NCMP) - apa kejadah ni? Baca kat sini.
    Maknanya dalam Parlimen Temasek ada 94 jumlah MPs.

    MP melayu senior yg lain a) Abdullah Tarmugi (Speaker of Parliment, anak melayu jadi speaker 'negeri cina'), bekas wartawan.
    b) Zainul Abidin Rasheed (Senior Minister of State foreign affairs - di msia, title equivalent senior deputy minister), bekas wartawan.
    c) Zainudin Nordin, Mayor di town council - kata orang, title/gaji/kerja mayor ni sama senior dgn Minister of State (ini kena check, saya diberitahu).

    sila baca list nama-nama MP melayu-muslim di spore tu di sini, mahupun yg bukan islam. yg pakai tudung pun ada - Halimah Yacob. lihat qualification dan kerjaya mereka. saya gerenti kita pun segan.
    (semua ada alamat rumah, phone no. dan email! senang nak contact).

    masalahnya: ramai melayu bijak pandai lain tak mahu masuk politik, ada rakan saya banker melayu (dua orang!) di dua bank terkemuka di dunia diajak jadi MP. tak mahu. gaji mereka dah lebih dari s$15,000 sebulan, jadi MP elauns katanya s$16,000 sebulan tapi sentiasa diawasi orang ramai. juga ada seorang pendidik melayu terkenal di spore dipujuk, tak mahu.
    jadi jgnlah mudah marah pemerintah sebab melayu ada 'merit' tak masuk PAP, boleh jadi menteri. mereka takut mat kerang kutuk mereka 'belot masuk parti cina' tak?

    ii. orang Melayu dan kawasan sensitif tentera - betullah tu. yg samdol nak mengebom tentera amerika di spore dulu kan anak melayu spore juga. kumpulan JI. jadi tentu pemerintah takut melayu geylang nak jadi jebat taliban!
    kita kenalah bagi mereka 'caya sama kita balik.

    iii. bekerja di syarikat cina - yg melayu gi kerja dgn syarikat cina tu buat apa! samalah misalnya di msia (mahupun indonesia, india, thailand, filipina, jepun, perancis, amerika): tentulah jika naik pangkat ikut bangsa bos!
    misalnya, ada harapan ke cina msia jadi ketua khazanah? ceo petronas? boss maybank? atau melayu msia masuk syarikat genting, public bank, berjaya group - sampai kiamat tak akan jadi bos besar!
    tapi kalau kerja di syarikat antarabangsa lain cerita.
    - anak melayu spore kini jadi MD di bank besar swiss, UBS, di spore.
    - Executive Director UBS Investment Bank pun ialah anak melayu spore.
    - juga CEO Carrefour for msia, spore markets.
    - dan CEO Cathay Organisation.
    - ada MP melayu spore kini - dulu dia jadi CEO SingTel international.
    - seorang lagi MP melayu kini MD syarikat MNC amerika.
    - anak melayu spore pernah jadi bos Apple di spore.
    - dan GM di DHL spore.
    ramai mereka ni saya kenal, jadi tak letak nama. nanti depa kata saya nak 'gaduh' kat blog menjaja nama mereka pulak!

    iv. ke sekolah tidak dibenar bertudung - ini form over function. kita lihat sendiri: di sekolah atau tempat kerja, bila waktu makan atau duduk bersama, semua orang lebih SELESA (bukan pasal racist) dgn bangsa sendiri (atau yg kaki bola dgn gang sendiri, yg sokong PAS/Umno dgn mereka saja).
    jadi dikhuatiri melayu bertudung hanya sesama mereka, dan cina dan india - dah memang susah pun nak ajak kaum lain duduk bersama - semakin tak rapat dgn melayu di sekolah.
    'tapi ini agama kata wajib!'. masalahnya ialah pemerintah takut benar dgn melayu jadi extremis ni. kau nak salahkan depa?
    yg jadi JI 30-40 orang lebih tu semua melayu. yg pakai serba hitam nampak mata saja pun ada di spore, tak banyak campur dgn melayu lain pun sebab mereka suci sangat.
    apa kata kita beri kaum lain selesa dgn kita. kita tunjukkan melayu 'terror' belajar dan pintar bekerja dan rajin tekun, jadi orang segan.
    lepas tu kau pakai selimut masuk sekolah pun orang kasi.
    dikhuatiri melayu spore ni dah lah pembelajaran lemah, nanti duduk sesama sendiri tak mahu cedok pengetahuan dari yg lain.
    kalau tak terima apa yg saya kata ni ada jalan lain - ada empat madrasah kat spore - semua ajar matematik, sains dlm bahasa inggeris - baca di sini - kamu masukkan anak dlm tu lah.
    tapi anak anda rugi sebab tak campur bangsa lain.
    dan lebih penting lagi, orang bangsa lain tak akan tahu tolak ansur yg perlu bila duduk campur dgn pelajar melayu. mereka tak akan tahu cara islam dan cara orang islam.
    akhir kata: betullah ada tak puas hati, tapi the bottomline is brutal: kamu kaum minoriti. dah lah tu lemah lagi. tak suka boleh gi hijrah. ramai pun orang spore bangsa cina, melayu dan india dah calibut ke australia, canada dan US. ini zaman 'talent flows', ada qualification, we don't have to take the bullshit.

    v. National Service, orang Melayu jaga stor dan latihan bersenjata kurang. takut Melayu akan berpaling tadah - dah saya bincang di (ii) di atas.
    memang betul lah tu, pemerintah takut kamu tak tembak askar melayu di raja bila malaysia menyerang spore kelak, tetapi menembak ah chong spore kat sebelah.
    tapi nak kata melayu semua dibodohkan, tak juga.
    dah ada jeneral anak melayu pertama dalam Angkatan Bersenjata Singapura, Spore Armed Forces. saya pernah tulis di sini.
    dan dalam civil defence, apabila gempa di sumatra yg saya cover dulu, ketua team 42 orang itu ialah anak melayu spore. pangkat Lieutenant-Colonel (LTC) - di sini.
    ini bukan sebab team ni di hantar ke indonesia, baru letak budak melayu. dia Commander of Second Civil Defence Division. ada desas-desus mamat ini akan terus naik ke atas sebab cekap.
    kadang orang melayu ni suspicious sangat tentang 'sikap racist' pemerintah spore jadi tak nampak ke-terror-an bangsa sendiri.

    vi. bahasa melayu bahasa rasmi, dah lemah - ini bukan pasal racist ke apa, tapi sebab ekonomi.
    kat spore, cina sama cina gaduh besar sebab bahasa mandarin pun setengah dari masyarakat mereka pandang rendah. sebab tak ada economic value.
    kau nak jadi banker kaya? accountant, lawyer dan surgeon? nak cakap bahasa mandarin saja? tak laku kamu!
    di msia pun bahasa melayu jadi lemah atas sebab yg sama.
    di india tentang bahasa hindi, mereka pun gaduh. ada slogan parti politik hindu BJP: 'Hindu, Hindi, Hindustan' dulu - terkejut orang yg suka tengok filem hindustan.
    maknanya india patut beragama rasmi hindu, berbahasa hindi, dan nama negeri hindustan - negara utk orang2 hindu. BJP menang kejap, lepas tu kena halau, Congress menang kembali!
    di china sendiri, orang berebut nak belajar inggeris.
    memang kesian, tapi takkan nak salahkan pap lagi? esok kupang tak ada pun, kau salahkan pap.

    vii. ada kuota orang Melayu dlm pendidikan seperti kedoktoran - cerita ni dari saya di sekolah dah dengar. tapi ada bukti ke? maaflah kalau setakat tuduh2 tanpa data. tunjukkan budak melayu yg tak dapat masuk sebab kena bilis orang cina, india? saya sendiri nak tahu ni! nak tunjuk kementerian pendidikan. kau ingat aku takut ke kalau ada fakta? tapi jika setakat dengar dari kawan, tah 'yah lah.
    atau kamu nak special quota agar lebih ramai melayu jadi doktor? kalau itu yg disarankan, forget it fool.

    viii. Orang Jawa, Boyan dalam kad pemgenalan tidak ditaraf Melayu tapi Jawa, Boyan. Orang Cina hanya Cina saja. India pun macam tu juga - setahu saya, ini kerana yg hendak begitu ialah orang melayu, jawa dan boyan sendiri!
    mereka bangga dgn keturunan masing-masing masa tu. mungkin saya silap. cuma tanya orang dulu-dulu kalau tak percaya. pemerintah untung apa jika golongkan kamu jawa dan boyan?
    (dan saya nak tambah - di kad pengenalan singapore saya - ada nama saya dalam tulisan JAWI. ya! IC spore saya ada nama saya dlm tulisan JAWI. ini pilihan saya. IC cina boleh letak nama mandarin, india letak tamil. kalau tak mahu pun tak apa. sebab masa tu orang melayu bangga dgn bahasa jawi ni. sekarang dah tak ada dah sebab orang tak bangga lagi).

    ix. Tiada lagi kampung Melayu di Singapura - kampung cina pun dah tak ada kat spore ni. kampung india pun dah tak ada. apasal kamu bising tak kena tempat? satu buah kampung pun dah tak ada lagi di seluruh singapore!
    spore kecik semua dibina flat dan kondo, mana ada tempat nak bersawah, berkampung dan berak dalam jamban atas sungai?
    masjid spore banyak yg tiga, empat dan lima tingkat kau tak nampak pula?
    masjid malaysia semua dua tingkat saja (purata) sebab dia banyak tanah, abang kupang.

    x. Kuota penempatan orang Melayu - ini saya dah bincang dulu kenapa pentingnya orang melayu dicampur dengan bangsa cina di spore - lihat sini.

    Dan kamu ada tambah lagi:
    xi. orang Melayu,di penjara, dipusat pemulihan dadah bersepah.
    xii. di pantai-pantai Singapura ada golongan hidup merempat di khemah sementara, rata-rata mereka Melayu.

    hai! ini pun salah pap juga? kalau melayu merampok, makan dadah kan salah mereka!
    saya ada beberapa anggota keluarga makan dadah, masuk penjara, jadi saya tahu secara detail problem ini. pada saya nasib baik pemerintah membantu mereka ini - dapat kerja lagi.
    kat msia pun melayu bersepah dlm penjara dan pusat pemulihan dadah! tak pula mereka salahkan kerajaan umno-bn!
    jamal abdillah keluar masuk pusat serenti, dan kerap cerai berai - takkan salah umno-bn?

    tentang yg merempat di pantai tak ada rumah - kau gi duduk dgn mereka, macam saya buat.
    tanya 'apa dah jadi brader?'
    kebanyakan mereka ni bercerai berai, makan dadah, malas nak kerja dgn gigih - kerja seminggu, kena marah bos sikit, merajuk. kerja overtime lebih sikit, esok ponteng (masalah gian dadah ialah punca utama).
    atau, ada yg membeli rumah mahal drpd kemampuan, apabila tak boleh bayar kena tendang keluar, lalu bercerai.
    ie ini bukan masalah sebab mereka melayu, tetapi sebab poor planning dan dadah.

    sekali lagi, saya tahu sebab ada anggota keluarga macam ni.
    baru bulan puasa lalu, pemerintah, masjid dan persatuan islam di spore adakan kempen 'Bijak Belanja' di sini. malu aku sebab menunjukkan bodohnya bangsa aku.
    orang melayu ni dia suka beli rumah di luar kemampuan, lalu ditambah balak dgn beli furniture mahal2 dan TV besar2.
    kat spore ni kalau tak ada 40inch TV macam miskin sangat, walhal bapak kerja jadi peon. ini saya cakap tentang ahli keluarga sayalah.
    nak salahkan govt lagi?
    konsep meritokrasi taik kucing? suka hatilah.

    bukan cantik lihat orang spore papa kedana ni.
    tetapi ada social net juga kalau ada masalah - jumpa MP, jumpa persatuan kebajikan, persatuan islam dsbnya.

    kalau tak puas juga - kamu masuklah malaysia: kamu ingat orang msia nak terima kamu jika papa kedana dan tak ada skill?

    jawapan basicnya: elakkan dadah, merokok, berjudi, minum arak (sebab nak jimat wang).
    belanja yg mampu.
    rumah kecil tak apa, duduk kat lantai tak apa, asal hutang tak banyak.
    simpan wang utk hari hujan.

    tolonglah orang melayu spore: jangan gunakan excuse 'kena tindas' ni.
    buang masa fikirkan benda yg pada saya hanya melemahkan semangat. pada saya, tak betul pun. itu cerita lama masa singapore menjadi sebahagian daripada malaysia, kemudian bercerai dan bapak-ibu kita kecewa.

    arwah bapak saya drebar. mak saya dulu amah.
    jadi saya tahu apa itu kemiskinan, tak cukup makan, hidup merempat, dihina orang.
    inilah yg membuat negeri china, india naik kini. orang miskin semua rush nak ke atas.
    mereka tak fikir banyak tentang kena tindas ni, walau ada sistem komunis di china, sistem kasta di india.

    kamu orang melayu buat ni: naikkan taraf pelajaran anak2.
    naikkan taraf pelajaran anak2.
    dan naikkan taraf pelajaran anak2 kalian.

    Singapore cekup 3 remaja kerana hina bangsa lain

    Jumlah penduduk Temasek Darul Kecik ialah hampir 5 juta.
    Dari jumlah itu, orang Singapore tulen ialah 3.2 juta, bakinya 1.8 juta ialah penduduk tetap dan pekerja asing.
    Dan di negara sebesar Pulau Pinang ini (atau untuk orang KL: Negara sebesar Gombak ke Shah Alam), kaum majoriti Cina berjumlah kira-kira 76 peratus dari 3.2 juta rakyat.

    *Malay-Muslim ialah kira-kira 15 peratus, dan 9 peratus kaum India.

    (*Malay-Muslim ni ialah istilah rasmi yang digunakan secara meluas. Sebab kalau kira orang Melayu saja kira-kira 13 peratus atau 400,000 orang. Yang lainnya ialah kaum India Muslim, Arab Muslim dan orang bangsa lain yang masuk Islam, converts. Kalau campur semua, agaknya adalah 450,00 Melayu-Muslim ni.
    (Ramai juga kaum convert di pulau ni sehingga ada tiga kumpulan untuk aktiviti mereka - yang utama ialah Muslim Converts' Association -Darul Arqam Singapore.
    (Dua kumpulan lain membantu aktiviti converts - Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Singapura -Pergas dan Muslim Missionary Society Singapore -Jamiyah).

    Dan di Temasek ada lagi satu 'kaum' yang diterima rasmi dalam kad pengenalan - Eurasians.
    Iaitu kacukan orang Asian dan mat salleh dulu.
    Sehingga ada persatuan mereka sendiri, Eurasian Association Singapore. Saya ada kenalan dan rakan Eurasian bernama Fernandez, D'Silva, Desker.


    Kalau kamu nak kata Melayu Singapore tertindas pun suka hatilah.
    Pada saya, yang lebih tepat ialah: kami ni ramai yang miskin, iaitu di taraf ekonomi yang lemah, jadi ada yang merasakan tertindas.
    Itupun pemerintah menghulurkan bantuan macam-macam, termasuk ada dua persatuan - Yayasan Mendaki dan Association of Muslim Professionals - membantu keadaan pelajaran dan sosio-ekonomi orang Melayu-Muslim ni agar tak tertinggal jauh sangat di belakang dalam serba-serbi.
    Pemerintah takut kalau si Muslim ni tertinggal di belakang sangat, boleh jadi problem terrorist pula, agaknya. Saya pernah menulis tentang isu ini di sini.


    Tetapi kerana sikit sangat kaum minoriti kami ni, dan daif lagi, kenalah pemerintah protect masyarakat kami - yang Melayu, India dan Eurasian.
    Kalau tidak mampos kami kena 'bantai' dengan kaum majoriti Cina, agaknya.

    Sekarang sedang gempar di Singapore - pemerintah telah menangkap tiga remaja Cina kerana serangan berbaur rasis dalam Facebook. Juga di sini dan di CNN di sini.
    Mereka menghina orang India dalam sebuah group di Facebook.

    Di Singapore ni, hak rakyat minoriti dijaga. Takut benda kecil nanti jadi isu perkauman yang merebak, lagi parah.
    Ini bukan pertama kali pemerintah menangkap orang yang menghina agama-bangsa lain di Internet.
    Pernah dua kali, remaja bangsa Cina kena cekup sebab menghina orang Islam Singapore (dah lama terjadi, nanti saya cari referencenya dan link kat sini).

    Memanglah Singapore ni ada macam-macam undang-undang.
    Tetapi yang ini saya sokong.
    Kalau kamu menghina kaum dan agama lain, tangkap dia dan bawa ke mahkamah, agar tak kurang ajar sangat.