Tuesday, 30 March 2010

Model Ekonomi Baru - Gaji berganda dalam 10 tahun

Seperti dijangkakan, tak banyak detail diberikan oleh PM Najib Razak tentang bagaimana beliau nak makmurkan ekonomi Malaysia dalam Model Ekonomi Baru (New Economic Model, NEM).
Cuma garispandu kasar atau framework.
Detail itu akan keluar apabila Rancangan Malaysia ke10 dibentang pada Jun - lagi dua bulan.

Satu perkara menarik ialah rancangan kerajaan nak menggandakan gaji anda dari US$7,600 kepada US$15,000 - per capita income.
Iaitu dari kira-kira RM28,000 setahun kepada RM50,000.

Jika dibahagi gaji setahun itu kepada sebulan, ini bermakna secara purata gaji sebulan rakyat sekarang ialah lebih kurang RM2,200.
Ia nak digandakan kepada RM4,500 sebulan, dalam 10 tahun. Katanya.


Cakap mudah: Jika gaji anda sekarang ini KURANG daripada RM2,200 sebulan, maknanya rendah betul gaji anda, tak balik modal, brader. Sebab ia di bawah purata gaji pekerja seluruh Malaysia!
Gi belajar, tingkatkan ilmu, dan cari kerja lain!

Tapi apapun, dalam 10 tahun lagi, gaji kita semua akan didoublekan kerana NEM ini, kata To' Sri.
Wow.

Cerita yang lainnya tentang ekuiti Bumiputra dan sebagainya, saya tak bincang dulu. Biarkan yang lebih bijak bincang isu ini.
Pada saya, yang perlu diraikan ialah gaji semua, katanya, akan berganda.

Sebab biasanya, kalau kita TIDAK bertukar kerja, dalam setahun gaji kita naik dari RM50 ke RM100.

Katalah gaji kita sekarang ini RM2,200 sebulan.

a) Kalau naik RM50 setahun, maka dalam 10 tahun dapat tambahan RM500. Ini menjadikan gaji anda pada 2020 kepada RM2,200 + 500 = RM2,700.

b) Kalau naik RM100 setahun, gaji kita akan jadi:
RM2,200 + 1,000 = RM3,200 sedekad lagi.

c) Cuma kalau kita naik pangkat - lompatan besar - barulah dalam sedekad lagi boleh dapat RM4,500 itu. Atau lebih!

Sekarang kita kena tunggu, CARA kerajaan nak sampai ke matlamat itu.
Yang dikhuatiri ramai ialah sama ada PM Najib dan kerajaan ada POLITICAL WILL nak buat benda ni.
Sebab semua dapat lihat spin Abdullah Badawi dulu - macam-macam dijanjikan.
Sama seperti apa yang dikatakan PM Najib - no more rent-seeking and patronage = iaitu kontrak cepat kaya akan ditiadakan.
Ini pun kita nak lihat sama ada akan dilakukan, atau beliau akan cepat go-stan apabila dibangkang pihak sendiri.


TAMBAHAN PENTING, PAGI 0830. TAMBAHAN, TAMBAHAN

Apabila bangun saya teringat, terlupa aku nak lihat per capita annual income Singapore ni berapa. Kalau purata gaji setahun di Malaysia ialah US$7,600 (+/- RM28,000), atau RM2,200 sebulan, di Temasek pula berapa ya?
Dan di Thailand, Indonesia, Brunei, Filipina?
Kerana kalau kita dah bandingkan semuanya barulah kita tahu di mana kita.
Kalau aku dah naik Toyota Altis, nak juga tengok orang sebelah tu naik apa. Proton Saga atau BMW X6.

DI SINI ada perangkaan dari IMF, World Bank atau CIA Factbook (yang terakhir ni terkenal mengumpul maklumat mengenai sesuatu negara itu).
Kenapa perbezaan? Economists (ahli ekonomi) ni ada cara masing-masing cara dia mengira.

Kalau mengikut gaji purata setahun -- iaitu gaji semua orang di sesebuah negara dicampurkan, lepas tu di bahagi dengan jumlah pekerja -- per capita income Singapore kini ialah lebih kurang US$35,000.
Secara kasar, dalam RM120,000.
Iaitu kira-kira RM10,000 sebulan. Maknanya, jika gaji kamu sebagai orang Singapore atau pekerja di Singapore ni kurang dari itu (S$4,100), kamu ni kena gi belajar lagi, lepas tu cari kerja lain.
Gaji saya sekarang ini ialah errr.... lebih kurang.... lupa pulak. Yang kamu kepo tu kenapa!?!?! 
Nampaknya kena bertapa di Gunung Ledang aku ni, nak cari ilmu.

Apapun, jika ikut tangga kedudukan - per capita ini, antara yang paling atas ialah Switzerland. Sebab tu pemerintah Singapore ni selalu kata kepada rakyat. Kami janjikan kamu "Swiss lifestyle", "Swiss standard of living" kalau terus sokong PAP.
Singapore di tangga 23 (IMF), 20 (World Bank), 27 (CIA).
Malaysia di tangga 64, 57, 61. 

Baik kita guna IMF saja biar tak pening. Kalau ikut list ini antara negara Asean,

Brunei 20.
Singapore 23.
Malaysia 64.
Thailand 91.
(China 99).
Indonesia 116.
Filipina 121.
(India 139).
Vietnam 137.
Laos 144.
Cambodia 148.
Burma 166.


Yang di tangga di atas, jangan bersorak oi. Sebab ia bermakna, lebih payah nak tarik pelabur asing, sebab gaji kamu tinggi sangat!
Dari sini saja, jelas menunjukkan, secara kasar, kalau saya nak buka kilang besar dan nak pekerja gaji rendah, Brunei dan Singapore ni mahal gajinya jadi mesti ada sebab lain kenapa saya nak buka di sana.
Dan gaji di Burma/Myanmar dan Cambodia ni rendah, tapi mesti ada sebab kenapa saya tak mahu buka di sana.
Antaranya ialah pekerja mahir, boleh bertutur cakap Inggeris, pelabuhan yang dekat dan efficient (senang nak import raw materials, lepas tu nak eksport barangan dah siap), corruption dan red tape yang tinggi/rendah.


Sebenarnya, ada lagi satu ukuran yang digunakan selain per capita income atau gaji purata ini.
Namanya ialah purchasing power parity atau PPP.
Karang saya cerita.
Saya tak pernah masuk bab ni, jadi syiok juga saya pelajari benda baru.
Secara kasarnya PPP ni bermakna, tak semestinya gaji kamu tinggi, kamu lebih mampu membeli sesuatu jika bekerja di negara itu.
Misalnya, harga teh tarik di Malaysia ialah RM90 sen segelas. Mee siam sepinggan ialah RM1.00.
Kat Singapore, harga teh tarik segelas ialah 80 cents Singapore (RM1.90!). Mee siam sepinggan yang sama ialah S$1.50 (RM3.60). Tak mampos kita.
OKlah dulu, nanti saya cerita. Lapar pula dah tulis tentang makanan ni.

Hari ini dalam sejarah - Model Ekonomi Baru

Hari ini, Thalatha (orang moden kata Selasa), PM Najib Razak akan keluarkan framework atau garis kasar Model Ekonomi Baru atau New Economic Model (NEM) yang telah lama diwarwarkan.
Isi penuh NEM ini akan keluar pada Jun dalam Rancangan Malaysia ke10 nanti.

Beliau dan orang-orang kanannya dah lama kerja kuat dan telah 'spin' isu ini sehingga menjadi sesuatu yang besar - iaitu NEM ini akan membawa Malaysia daripada sebuah Middle Income County kepada High Income Country.
Jadi kalau isinya 'lembek', payah lah brader.
Takut credibility gap yang timbul seperti PM sebelumnya, di mana spin doctor beliau pandai 'menspin' (perkataan baru) tapi cakap tak serupa bikin.

Tapi semua orang juga faham bahawa bukan senang nak bentangkan game changer seperti ini. Dan PM Najib kena jaga hati semua orang - ada yang kata tukar semua, dan ada yang kata kena protect orang Melayu yang ramai masih di belakang.

Yang saya khuatir ialah kerana yang akan dibentangkan hari ini sekadar framework, takut nanti orang terkejut kerana tak ada isi yang solid yang membuat orang berkata 'Wow'.
Takut spin lebih dari isi.
Kita tunggu dan lihat.


Hari ini dalam sejarah 2 - Anwar pun nak cipta sejarah

Sementara itu, Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini juga nak bentangkan sesuatu yang nak merosakkan imej kerajaan dan nama PM Najib. Isu Apco dan Israel.
Nak cakap banyak pun susah, nanti orang kata saya sokong sangat Pak Najib.
Saya dah tulis di sini, saya dah merasai bahawa orang dah mual dengan taktik serang-menyerang dalam Parlimen, sedangkan rakyat perlukan kepimpinan/leadership nak dibawa ke mana negara-angkat saya ini, bukan benda-benda yang hanya merosakkan namanya tapi tak tunjuk jalan keluar.
Baik pembangkang atau MP kerajaan, kalau benar apa yang dikatakan itu semuanya fakta, cakaplah di LUAR Parlimen.
Bukan di dalam di mana anda ada imuniti, tak boleh disaman.

Monday, 29 March 2010

Kerajaan tak Google sebelum memilih Apco?

Apabila nak memilih strategist untuk merapatkan negara dengan Amerika, kenalah pilih yang ada clout dan power.
Tapi kena jaga, jangan pula yang sokong fahaman zionist.
Takkan tak ada yang Google 'Apco' dan tanya dengan rapi apa yang dibuatnya? Tak minta CV lengkap?
Dan sama ada dia rapat dengan agen-agen zionist?

Itulah yang kini nak dibawa ke Parlimen Malaysia oleh pembangkang esok/Selasa.
Betul ke tidak apa yang dituduh di sini, saya tak tahu.
Tapi ini benda serious 'bang.
Jika apa yang dituduh oleh Tian Chua setengah pun dah betul, susah.

Saya kata Yahudi pandai, kita bodoh, ramai yang marah. Tapi yang si zionist ni jahat giler.
Dia kata dia kena bunuh berjuta-juta dalam Perang Dunia Kedua, Holocaust, tapi kini membunuh Palestin secara Holocaust juga.
Sejarah umat Islam dan Yahudi ni selalu bertembung. Sedih.


TAMBAHAN 11MLM

Untuk berlaku adil, di sini kenyataan Apco minggu lalu menolak dakwaan pembangkang (terima kasih The Unspinners).

Saturday, 27 March 2010

Renungan: Nak ke mana hidup kita?

A boat docked in a tiny Malaysian fishing village.
A tourist complimented the local fishermen on the quality of their fish and asked how long it took him to catch them.


"Not very long," they answered in unison.
"Why didn't you stay out longer and catch more?"
The fishermen explained that their small catches were sufficient to meet their needs and those of their families.



(GAMBAR: Dari website fishing.net.my)


"But what do you do with the rest of your time?"


"We sleep late, fish a little, play with our children, and take jungle walks with our wives. In the evenings, we go into the village to see our friends, have a few teh tariks, play the guitar, and sing a few songs.

"We have a full life."

The tourist interrupted,
"I have a degree from Oxford and I can help you!
"You should start by fishing longer every day.
"You can then sell the extra fish you catch.
"With the extra revenue, you can buy a bigger boat."



"And after that?"

"With the extra money the larger boat will bring, you can buy a second one and a third one and so on until you have an entire fleet of trawlers.
"Instead of selling your fish to a middle man, you can then negotiate directly with the processing plants and maybe even open your own plant."

"And after that?"

"You can then leave this little village and move to KL, Penang or even Singapore!
"From there you can direct your huge new enterprise."

"How long would that take?"  

"Twenty, perhaps twenty-five years." replied the tourist.

"And after that?"

"Afterwards? Well my friend, that's when it gets really interesting, " answered the tourist, laughing. "When your business gets really big, you can start buying and selling stocks and make millions!"

"Millions? Really? And after that?" asked the fishermen.

"After that you'll be able to retire,
"Live in a tiny village near the coast,
"Sleep late, play with your children,
"Catch a few fish, take walks with your wife and spend your evenings drinking and enjoying your friends."

"With all due respect sir, but that's exactly what we are doing now. So what's the point wasting twenty-five years?" asked the villagers.


And the moral of this story is:

Know where you're going in life.... you may already be there.   

Friday, 26 March 2010

Psst! Nak software percuma dan berguna?

Dah lama tak masuk bab Internet-software-internet.
Kita jengok kejap dunia siber ni.

1) Ramai orang tentu suka melayari Youtube nak lihat trailer wayang, dengar lagu dan tengok aksi orang politik dan keluarga mereka (cerita 'Rosmah puaka' dulu popular benar! Maaf Datin Seri, saya cuma tulis apa yang semua orang suka buat. Saya tak nonton pun. Errrr, sekali saja adalah....).
Atau mungkin nak lihat Shah Rukh Khan joget, mendengar ceramah agama dan sebagainya.
Kadang-kadang kita syiok benar dengan sebuah lagu atau nasyid. Atau ceramah politik.

Kita nak download ke iPod (atau untuk saya, ke Walkman W Series untuk buat jogging), atau ke PC kita.
Tapi bagaimana nak tukar video dalam Youtube ke format MP3?
Atau bagaimana nak download video itu semua sekali masuk dalam laptop agar kita dapat bawa ke sekolah/kampung tunjuk kawan/keluarga?


2) Kira-kira dua tahun lalu, komputer saya kena malware. Ia bukan virus yang merosakkan system files atau trojan yang mencuri maklumat.
Malware yang saya kena, dah lupa nama, setiap sejam gitu akan flash advertisement nak jual itu dan ini. Kita lagi syiok tulis email atau main game, dia flash advertisement. Kurang ajar betul.
Menggelacat saya kena Google cari 'ubat' nak bunuh malware ini. Berjam-jam dan macam-macam saya cuba, akhirnya dapat bunuh juga.
Nak format semula satu komputer, payah sangat.

Tapi mana kita nak cari 'ubat'?
Who do you call? Ghostbusters?

Atau mungkin kita nak update virus protection, tapi nak yang percuma.
Semua kita nak free sajalah. Biasalah tu.
Mana nak cari? Takut salah download kena attack pulak laptop atau PC kita.


3) Saya nak tanya: Siapa yang menggunakan browser Internet Explorer (IE), angkat tangan!
Kahkahkah, buang masa oi!
Sejak 5tahun lalu, saya gunakan Firefox dan Opera. Saya hanya menggunaka IE di tempat kerja kerana security system tak membenarkan kita gunakan browser lain.
Anda juga mungkin nak cuba Chrome (by Google) atau Safari (by Apple).
Firefox lebih pantas nak upload dan download, dan lebih mudah digunakan dari IE.
Dan kini, jeng jeng jeng, Opera Version 10.5 baru saya download semalam.
Mak oi! Lebih pantas dari Firefox.
Saya kini dah mula gunakan.

GAMBAR ATAS: Logo Firefox. Musang peluk dunia.
GAMBAR BAWAH: Logo Opera. Berbentuk donut warna merah.


4) Atau kita nak cari game atau utility software yang lain. Di mana tempat yang paling selamat kita nak cari?
Percuma dan tak ada virus dan malware yang akan didownload bersama?


5) Atau kita fed up dengan Media Player kat laptop kita. Apa nak buat?
Saya memang agak anti dengan si Microsoft ni. Saya tak gunakan IE dan saya juga, sebolehnya, tak gunakan Windows Media Player.

Saya berminat dengan Real Player.
Dulu saya gemar dengan WinAmp.
Atau mungkin anda nak cuba iTunes dari Apple.
  Sebab saya kurang penggunaan produk Microsoft?
Saya tak mahu hanya satu saja syarikat software control dunia. Nanti dia naikkan harga, mampoi kita semua.
Macam dulu apabila hanya Microsoft dan operating system Windows.
Dia letak harga tinggi pun kita terpaksa bayar.
Kini dia kena lawan dengan Linux dan Apple's Snow Leopard.

Kita tak perlu lagi pakai Microsoft Office.
Dalam GMail ada 'Documents' (lihat atas sekali, sebelah kiri). Buka tu, dan ada Word, Spreadsheet, Presentation. Semuanya percuma!
Dah habis buat, kita save, kat mana ada Internet, kita boleh buka dokumen kita! Data disimpan di cloud computing, yang pernah saya cerita di sini.


Saya dah lama tak pakai Microsoft Word, biar harganya jatuh oi.
Anda juga boleh download secara percuma, OpenOffice.org - Word, Spreadsheet, Presentation semua ada.




BAHAYA MONOPOLI

Nak tambah sikit.
Dulu, hanya ada MAS dan SIA terbang antara KL-Singapore. Harganya RM400 one-way.
Sekarang dah ada AirAsia, Firefly, Jetstar dan Tiger, RM150 boleh dapat. Kadang-kadang lebih murah lagi.
Jadi kalau boleh, mari kita s l o w sikit gunakan produk Microsoft ni.
Sebab itu saya juga tak beli iPod ni. Sebabnya? Laporan menyatakan 70-80 peratus market MP3 dicontrol oleh iPod buatan Apple ni. Eh, bahaya tu!
Nanti tinggal dia sorang saja, mampoi kita semua, dia pasti naikkan harga.
Belilah MP3 buatan Sony, Creative (syarikat Singapore), Samsung dan yang lain.

Si Google ni pun sekarang dah jadi gergasi bahaya.
Dia miliki Google search, Blogger/Blogspot, GMail, Facebook, Youtube, Google Earth, Chrome dan kini ada software telefon bimbit Android.
Sebab tu kita, walaupun hanya orang biasa, kena jaga-jaga.
Sebuah monopoli tu apabila dah besar sangat, bahaya 'bang.

Jika berjuta-juta orang macam kita di seluruh dunia tak gunakan produk mereka, kerana ada produk alternatif, mereka baru nak dengar 'suara rakyat' ini. Mereka lebih prihatin kepada kita.
Samalah macam orang politik.
Dah ramai pembangkang dalam Parlimen, baru si Umno-BN ni ada slogan "Rakyat di Dahulukan, Pencapaian di Utamakan". Kalau dulu, 'Aku di Dahulukan, Pencapaian jadi jutawan di Utamakan'

OKlah, banyak sangat si remgold ni bawa cerita.
Nak tahu macam mana nak cari software bagus, percuma dan selamat (tak ada virus, trojan, malware).

Tuan,puan, Mak Datin, Tok Batin,
Memperkenalkan (kalau belum kenal):
download.com.


Dah bertahun saya gunakannya untuk mendapatkan software percuma.
Kita boleh lihat software yang paling popular, jadi boleh tahu yang nak didownload tu bagus ke tidak.
Ada review oleh pemilik website ini, CNET, sebuah syarikat teknologi gergasi.
Nak cuba software, lepas tu beli pun boleh.

Jadi jawapan-jawapan untuk soalan saya di atas:

1) Nak download video Youtube ke MP3 kita di komputer dan lepas tu upload ke iPod.
Ada software 'Free Youtube to MP3 Converter'.
Kalau nak download video Youtube ke komputer pun ada dalam software ni. Mudah nak digunakan.
Saya download lagu Hindustan sekarang ni. Hahaha.

2) Taip 'anti virus'.
Ada macam-macam software disenaraikan.
Ada yang boleh digunakan untuk dua minggu atau sebulan, lepas tu kena beli.

3) Untuk browser, taip lah apa yang saya dah tulis tu. Lepas tu cuba sendiri.

4) Taip 'free games' atau 'pc games'.

5) Taip 'media player' atau 'free media player'.

Selamat melayari dunia siber.

Thursday, 25 March 2010

Imuniti Parlimen dipermainkan; saya nak muntah

Di Parlimen Singapore satu zaman dulu (saya di bangku sekolah), seorang Ahli Parlimen Melayu membawa isu yang menggemparkan dan melucukan satu negara.
Beliau (yang dah arwah) berkata bahawa ramai orang heboh ketakutan, yang dimaksudkan orang Melayu Singapore, kerana ada berita bahawa bagi setiap jambatan yang sedang dibina, kepala dua-tiga manusia mesti ditanam di situ - lebih kurang begitulah ceritanya.
Masa tu Temasek sedang membangun pesat, tahun 1970an. Heboh Dewan, kerana MP lain semua tertawa besar.
Tapi isu itu perlu dibawa ke Parlimen kerana ia melibatkan keselesaan masyarakat.
Dan ia menjadi isu, kerana banyak sangat desas-desus bahawa anak si polan dari kampung itu dan ini hilang. Ada pula kata kepala dia dah kena tanam kat tepi projek jambatan.
Setelah pemerintah menolak dakwaan itu, isu jadi kluk kluk kluk kejap, lepas tu tak timbul lagi.
Sebab rakyat dah dapat penjelasan bahawa jambatan dikukuhkan dengan besi dan simen, bukan kepala anak Melayu.
 
Inilah antara sebab bahawa dalam sistem perundangan Britain, yang diamali di Malaysia dan Singapore malah Amerika pun, parliamentary privilege atau immunity dikekalkan.
Biar Wakil Rakyat boleh membawa isu apa sekalipun, tanpa was-was. Beliau tak perlu takut ditertawakan, apa lagi takut kena saman.
He has the right to bring any issue of public interest into the House, without fear of being sued for not giving the correct details.



PARLIMEN DISALAHGUNA? 

Sejak kebelakangan ini, Parlimen Malaysia kecoh kerana isu-isu sensasi dibawa ke tengah.
Ada yang berbohong kerana nak score political points, ada yang membawa fitnah tapi tahu bahawa mereka tak boleh disaman, dan ada pula cerita-cerita yang lebih baik dimasukkan dalam blog fantasi, bukan Dewan Rakyat.
Membuang masa rakyat yang dahagakan kepimpinan/leadership.
Merugikan negara yang perlu jalan yang terang untuk terus maju.
Dan merendahkan martabat dan nama mereka yang bergelar Wakil Rakyat dan Yang Berhormat, kerana suka tuduh-menuduh macam budak-budak kecik.
Kamu di pilih jadi Wakil Rakyat untuk selesaikan isu rakyat, bukan nak main political game yang merosakkan negara. Ini saya tujukan untuk kedua-dua pihak.

Ini pada pandangan saya sebagai orang luarlah, mungkin itu yang dikehendaki rakyat Malaysia.

Baik cerita Apco dan Yahudi, Ibrahim Ali ada saham syarikat judi kononnya, isu memburukkan Anwar Ibrahim dan Sept 16, nama Agong dan tentera diheret juga, Zul Nordin kata ada pihak ketiga suruh beliau burukkan nama PM Najib dan isterinya, dan sebagainya.
Aish. Bingung saya lihat.

Betul ke dengan melakukan ini semua rakyat akan membuka mata lalu mengundi kamu dan parti kamu?
Atau sekadar ikut nafsu dan selera masing-masing, tak kisah rakyat mampos ke tidak?
Tak kisah sama ada negara angkat saya ini dipandang rendah oleh orang luar?

Terpulanglah. Saya orang kecil dan orang asing.
Tapi rasanya jika banyak blog dan suara-suara luar yang komen bahawa mereka dah nak muntah baca berita-berita begini, mungkin (mungkin saja) Wakil Rakyat kalian akan bertaubat. Dan tanya isu-isu yang boleh membawa manfaat.
Ini antaranya bagi saya.


ISU-ISU PENTING BUAT SAYA 

- Kita tertanya-tanya sama ada ekonomi akan pulih dengan baik, dan bagaimana caranya.
Apa isi New Economic Model yang akan dikeluarkan oleh PM Najib. Adakah ia akan membantu ekonomi atau tidak? Kalau tidak, pembangkang silalah keluarkan cara yang lebih baik. Dapat dimanfaatkan bersama.

- Ramai pekerja asing di Malaysia, dan mereka merendahkan tahap gaji pekerja tempatan. Sehingga diplomat Jepun dengan berani beri amaran kepada kerajaan agar terus mengambil pekerja asing. Kalau begini, siapa yang akan mempertahankan gaji pekerja tempatan? Tentunya Ahli Parlimen boleh bincang di dewan.

- Ramai khuatir tentang kadar jenayah di Malaysia. Rompakan di tepi jalan dan yang pecah rumah seperti begitu berleluasa walaupun polis keluarkan statistik bahawa jenayah dah menurun. Bagaimana pihak kerajaan dan pembangkang dapat bekerja sama (di negeri Pakatan baik di negeri BN) untuk mengurangkan jenayah. Mungkin kalau dah tangkap mereka ni, kita bawa masuk Parlimen cepuk penjenayah ni ramai-ramai di live TV? Kan lebih baik dari pekik-memekik isu titek bengek!?
Memang isu jenayah ini telah ditanya. Tetapi yang saya harapkan ialah debat yang mempunyai hasil yang melegakan rakyat, bukan hentam-menghentam.

- Isu pelajaran juga membimbangkan, kerana nampaknya universiti tidak mengeluarkan pekerja yang pandai berbahasa Inggeris dan yang mahir dalam bidang yang diperlukan majikan. Dan kini, didapati pelajar perempuan lebih ramai dari pelajar lelaki dalam universiti! Yang jantan ke mana? Masuk politik? Nak tambah kerosakan negaralah tu! Apa gunanya ada 19 universiti kerajaan tetapi terus dikatakan oleh majikan mengeluarkan pelajar yang tak pandai berbahasa Inggeris dan kurang kemahiran? Macam mana nak lawan ekonomi India, China, Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina dan Cambodia. Di India dan Filipina, terutamanya, pekerja mahir mereka pandai berbahasa Inggeris. Jadi mereka senang masuk sektor kilang, tourism, restoran dsbnya. Apa yang boleh dilakukan leh kerajaan dan di negeri pembangkang?

- Saya tulis di sini bahawa negara kecik Temasek hasil sektor perkhidmatan - perbankan, pelabuhan, perdagangan minyak. Walaupun tanahnya kecil tak boleh buat pusat kewangan dan pelabuhan lebih besar lagi, dan tak ada hasil minyak.
Thailand menjadi tempat terbesar di Asean untuk membuat dan memasang kenderaan baru. Ini dipanggil the Detroit of Asean (mungkin Asia), kerana semua syarikat besar kenderaan ada kilang pasang kereta di sana untuk dieksport.
Malaysia lebih banyak tanah dan tenaga kerja nak menaikkan nama negara dan kembangkan ekonomi dalam semua bidang ini. Kalau dibincang di Parlimen lah.



- Filipina bersaing dengan Malaysia di Asean untuk menjadi call centre dan BPO, walaupun kedua-duanya kalah kepada India yang mempunyai ramai pekerja biasa yang mahir berbahasa Inggeris.
BPO = business process outsourcing. Maknanya backroom operations sesebuah syarikat. Di Penang (saya rasa masih ada, kurang pasti) syarikat gergasi komputer Dell menjadikan Malaysia sebagai BPOnya. Segala proses dalaman Dell dilakukan di Malaysia.
Begitu juga beberapa buah bank terkemuka di dunia, mereka melakukan BPO mereka di Malaysia, dan juga sebuah syarikat gergasi Singapore! Maaf, saya tak berani beri nama sebab kurang pasti mereka masih menggunakan Malaysia untuk BPO atau dah pindah ke negara lain, di mana kos pekerja tak begitu tinggi tetapi mereka mahir (dalam basic accounting, misalnya) dan pandai berbahasa Inggeris.
Misalnya, jika kita order komputer di Vietnam atau kita komplen bahawa duit kita di bank besar di Jakarta kekurangan, atau ada masalah telekomunikasi di Singapore, semuanya akan dibawa ke pusat BPO di Malaysia untuk diselesaikan.
Begitu juga call centre ini.
Saya pernah ke Cyberjaya kira-kira 5-7 tahun lalu apabila syarikat gergasi minyak (ooi! besar syarikat ni, tapi tak pasti masih di sana ke tidak) membuka call centrenya. Semua masalah atau isu diselesaikan di call centre itu.
Tapi jika Malaysia kekurangan pekerja mahir dan bijak bertutur orang putih, amacam???
Tak boleh bincang isu ini di Parlimen ke? Cara nak menyelesaikannya, bukan tuduh menuduh dan nak score points saja.

- Malaysia ada suatu kekuatan - ia mempunyai sistem perbankan Islam yang terbesar di Asia, antara yang terbesar di dunia. Tapi cukup ke pekerja mahir yang graduate untuk masuk bidang Islamic banking ni?
Jaga-jaga, sebab Singapore dan Hong Kong, London dan Dubai pun dah masuk bidang ini. Dan kerana sistem perbankan tradisional Singapore, Hong Kong dan London lebih baik dari di KL, mungkin Malaysia akan tewas di bidang ini juga. Cuba Ahli Parlimen bawa soalan ini, dan dibincang bersama: bagaimana nak perbaiki sistem bank Islam ni.


Isu-isu inilah yang saya nak dengar, tapi yang kita baca saban hari ialah Wakil Rakyat bertekak nak menjahamkan satu dengan lain, dan mengheret nama negara ke dalam longkang.
Saudara/saudari, jika ada blog atau kenalan politik, suarakan isu ini kepada mereka. Rakyat dah meluat dah.
Atau mungkin saya seorang yang meluat, kamu semua syiok mereka bertegang urat dan tak ada masa nak bela nasib kamu?
Ish ish ish.

Wednesday, 24 March 2010

Suruhanjaya nak tawan hati rakyat cara SMS

Dah bertahun-tahun saya subscribe kepada 'SMS alert' dari PAS dan PKR.
Apabila ada ceramah dalam 2-5 hari lagi, atau isu yang nak disebarkan, mereka menggunakan SMS.

- Misalnya, "Ceramah Anwar, Nizar, Kit Siang di padang bola Keramat AU5 25Mac 8pm. Semua dijemput" (Ini contoh saja, bukan cerita betul).
- Atau "P'hanraya kecil di Perlis setelah ADUN MCA berhenti parti mengejut" (contoh).

Bertahun-tahun lepas tu, barulah The Star, NST, Bernama, The Sun, Malaysiakini mulakan sistem SMS alert ini.
Tapi hingga kini, mungkin saya silap, tak ada sistem SMS serupa untuk Umno-BN.

Syabas kepada PAS dan PKR.
Kerana mereka disekat dari menghebohkan berita di TV3, RTM dan media mainstream lain, mereka menggunakan SMS ini.
Senang untuk wartawan tahu apa isu yang dibenak pembangkang sejak, kalau tak silap, tahun 1999 lagi.
Dan tentunya senang untuk penyokong tahu apa yang berlaku, jika mereka tak percaya lagi dengan mainstream media.

Cakap terus terang: PAP dan parti pembangkang kat Singapore pun tak semaju ini! PAP syiok sebab ada tight control dengan media tempatan, tak perlu gunakan medium lain kot.


Betul, PM Najib ada Facebook, ada blog, dan banyak agensi dan kementerian ada website. Tapi yang hendak diinfluence, disebarkan berita (dan ahem, fitnah), ialah rakyat yang tak ada Internet atau yang jarang pegang komputer.
Lagipun, kalau difikirkan, kan lebih mudah orang ramai diberitahu dengan SMS - sama ada dia lagi tidor, makan, naik kereta, dalam tandas pun, boleh terima SMS.
Dan dia boleh tolong sebarkan berita ini dengan picit Forward kepada rakan.

Sedangkan kalau kamu sedang tidor, makan, naik kereta dan dalam tandas, takkan nak pegang laptop atau PC. Tapi handset dibawa ke mana-mana.
Itulah genius sistem SMS yang PAS dan PKR dah lama buat!

Kini Suruhanjaya  Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM atau MACC akan cuba kaedah SMS ini, selain Facebook, blog dan website sendiri.
Syabas.
Baca di sini.

Cakap terus terang - mungkin orang ramai akan ketawakan sebab agensi ini dipercayai ramai (walau mungkin tak betul) sebagai dicontrol rapi oleh kerajaan. Dan kononnya tak boleh buat apa-apa tanpa okay dari PM dan menteri.
Tetapi sekurang-kurangnya SPRM mencuba nak outreach kepada orang luar.

Cuma saya harap SPRM tak akan seperti agensi berita Bernama. Dulu saya subscribe juga SMSnya. Tapi 'berita' yang dihantar semua berita buang masa.
Contoh - 'Menteri Penerangan Rais seru rakyat supaya jangan dengar fitnah'.
Contoh - 'Rakyat harus tingkatkan produktiviti agar ekonomi berkembang - PM Najib'.
Memanglah kerja dia terpaksa sebarkan apa menteri kata, tapi yang macam ni tak 'yah lah, 'bang.
Akhbar saya di Temasek pun ada gunakan sistem SMS ni, tapi taklah sampai sebarkan propaganda pemerintah yang orang tak mahu baca.

Lepas sebulan, saya cancel servis Bernama.Jangan marah.
Mungkin hari ini dah berbeza kot. Yang saya cerita tu 2-3 tahun lalu.

Monday, 22 March 2010

Anwar, Qaradawi & cucuk-mencucuk

Nama ulama ni Yusuf al-Qaradawi. Beliau seorang yang agak kontroversial baik di Egypt/Mesir mahupun di dunia Islam. America dan UK takut betul dengannya sehingga tak kasi beliau masuk ke sana. Kena ban.

Tapi di Malaysia, status beliau ni macam Nabi (maaf kata). Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab beliau menjadi tokoh Maal Hijrah?
Atau apa yang dikatakannya semua sedap didengar oleh rakyat Malaysia? Iaitu ngam dengan apa yang kita nak dengar? (Garu kepala).

Setahu saya, hanya dalam ajaran Syiah saja ada imam yang apabila memberi fatwa, kita semua kena tunduk menyokong sepenuhnya.
Tapi nampaknya umat Islam Malaysia (dan ada yang di Singapura) begitu gembira difatwakan of Qaradawi ini. Hmmm, kenapa ya?


SEJARAH HITAM TEMASEK


Di Singapore di tahun-tahun 1990an, umat Islam di Temasek gemar betul memanggil ulama dari Indonesia untuk bersyarah di masjid-masjid kami.
Kalau ada ulama dari Indonesia datang, maka penuhlah sesuatu tempat itu dibanjiri mereka yang dahagakan ilmu dan kewarakan.
Walhal pada masa itu pun, dah ada bisik-bisik orang - Kenapa kita ni syiok sangat dengan mereka?
Kalau semua mereka ni terror dan warak sangat, tentu negara mereka lebih baik perangai umat Islamnya? Sedangkan Indonesia masa tu pun teruk dengan KKN (korupsi, kolusi dan nepotisme).
Tapi semua di Temasek khayal, sebab ini negara Wali Songo dan Buya Hamka.
Ini negara ribuan pesantren!
Kebetulan Pena Minang baru pulang mengunjungi pesantren di Jawa. Syiok baca ceritanya!

Dan pada masa itu, walaupun ada ulama Malaysia seperti Haron Din, Ismail Kamus dan beberapa orang dari Abim, mereka tak sebesar ulama dari Indonesia ni. Masa tu mereka 'masih muda' lagi (25-30 tahun lalu).
Saya masih di kolej pada masa itu, tapi masih ingat lagi - surau di kawasan flat saya pernah adakan maulid (kat Singapore kita panggil majlis 'maulud'), pun kena panggil seorang ulama Indonesia agar surau akan penuh!


PELAJAR MUDA DAN CANTIK

Tapi sesuatu benda yang memalukan terjadi selepas itu, yang sehingga kini, nama ulama Indonesia dah tak laku lagi. Dah 20 tahun lebih - sekitar 1987-1989, jadi saya tak ingat semua detailnya. Ummie, kalau ingat tolong beritahu.
(Ini ditambah lagi selepas peristiwa 9/11 dan Bali bombings - Orang Singapore pun dah 'was was' dengan ulama Indonesia ni kerana dikhuatiri bawa ajaran extremis).


Salah seorang ulama yang paling popular masa itu, maaf saya lupa namanya, mempunyai sebuah pesantren/madrasah.
Dia begitu gah sekali. Agaknya kalau ustaz ni bersyarah di masjid dan Deep Purple ada concert kat Orchard, saya seorang saja yang bernama Islam yang pergi tengok Ian Gillan menyanyi 'Smoke On The Water' (the fire's in the sky!)

Wah kerana beliau begitu pandai bersyarah (ustaz tu, bukan Ian Gillan), maka berduyun-duyun anak Melayu Singapore dihantar untuk belajar di pesantrennya di pulau Jawa (lupa di mana).
Saya masa tu kerja dengan akhbar Singapore, Berita Harian.
Rakan senior saya membongkar cerita ini - dengan diam-diam ustaz besar ni dah kawin dengan seorang pelajar muda dan cantik dari Temasek. Aich.
Kalau tak silap, tak diberitahu ibubapanya.
Dan jika ingatan aku betul (mungkin salah), dia ngap lebih dari seorang pelajar.
Kecoh satu negara.
Berbulan lepas tu, tuduh-menuduh, tuding-menuding terjadi di Singapore - kenapa kita ni fanatik sangat dengan mereka, siapa yang salah - mesti Majlis Ugama Islam Singapura atau masjid-masjid yang suka menjemputnya. Apa nak jadi? Mana barisan ulama kita? Siapa nak tanggung dosa? Dah di dah, kluk kluk kluk. Bising satu kampung.

Dipendekkan cerita: Jangan terlalu fanatik dengan seorang dua ulama.
Ini nasihat wartawan cetek agama: Sebab tu dalam Islam mazhab Sunni, tak ada 'pope', tak ada ayatollah, tak ada sheikh yang kita harus ikut 100 peratus. Diajar kita fikir sendiri.
Tok Kluangman pun dah beri fatwa beliau - di sini.

Kenapa fatwa ulama ini boleh diperkudakan sedangkan kes di mahkamah masih berjalan?
Kenapa pula ada parti politik yang boleh mengeluarkan VCD dan makalah terhadap kes itu (baca paragraf dua terakhir cerita Insider ini)?
Cuba misalnya, kalau kes saya mencuri kereta sedang berjalan, lalu saya keluarkan VCD dan ribuan pamphlet kasi pada orang ramai bahawa saya tak bersalah - kerana ada bukti di tempat lain masa tu - tak kena debik batang hidung aku dengan hakim?
Keluarkanlah bukti dalam mahkamah.

Jangan takut Datuk Seri Anwar. Walaupun hakim mungkin mendapati kamu bersalah, jika kamu keluarkan bukti dalam mahkamah, rakyat akan menjadi hakim.
Mereka akan marah jika bukti kukuh tetapi hakim meyeleweng.
Kalau bukti dirasa tak kukuh, kamu masuk jail, ooi tentu lebih lagi yang marah.
Tapi ini Saiful baru tuduh menuduh sedikit saja, depa dah melenting. Tak syiok lah.
Nak cucuk-mencucuk dengan kerajaan ni, kena guna saluran yang betul. Ini pun, rakyat memerhatikan, Datuk Seri.

Dan kenapa pula orang yang 'membohong' dan 'menipu' - Saiful dan PM Najib Razak - berani bersumpah dalam masjid, tapi yang clean 100 peratus kata tak perlu?
Betul ada ulama kata tak perlu, tapi ada pula yang kata perlu!

Saya tak akan kata kes ni tak ada tekanan politik, dan tidak akan kata Anwar Ibrahim tu bersalah mencucuk di salah tempat.
Tapi penat rasanya rakyat dibawa ke sana ke sini, sedangkan yang kita mahu ialah ekonomi dijaga dengan baik oleh kedua-dua pihak, dan negara aman. Saya menumpang gembira sebagai anak angkat Malaysia.
Orang biasa macam keluarga saya hanya mahukan rasa selamat anak-anak kita ke sana ke mari jalan kaki dan naik LRT, isteri selamat shopping kat pasar tani, dan untuk kita terus bekerja kerana ekonomi mantap.
Mainan politik ni memuakkan.

Saya dah lama tak mahu komen tentang kes Anwar atau isu-isu pembangkang ni sebab ramai yang saya kenal rapat dalam PKR, PAS, DAP dalam kerja sebagai wartawan.
Tapi ini dah fed-up, sebab mereka sekali lagi mengheret nama baik mahkamah - yang memang dah lemah pun - ke arena antarabangsa untuk diejek dan dijadi bahan penghinaan.
Sama juga saya tak suka komen banyak tentang isu-isu Umno-BN, sebab tak mahu hati mereka tergiris. Nanti orang kata juga, kamu tak berani attack pemerintah Singapore, asyik attack kami saja.
Tak kali ni saya dah letih jadi pemerhati.

Nak main game, hati-hatilah tuan/puan.
Nama negara kalau dah busuk, padahnya dirasai oleh 27 juta orang.

Saya pernah tulis di sini - setelah dua tahun Pilihanraya Umum 2008, adakah Malaysia ditahap lebih baik?

Eh, eh, tengok tu 'bang....! (Bah. 4)

Ah Beng was asked to make a sentence using the numerals 1 to 10.
He did.
And then he did a flip-flop, did another from 10 to 1.



1 day I go 2 climb a 3 outside a house to peep. But the couple saw me, so I panic and 4 down. The man rushed out and wanted to 5 with me. I ran until I fell 6 and threw up. So I go into 7-eleven and grabbed some 8 to throw at him. Then I took a 9 and try to stab at him. 10 God he run away.


10 I put the 9 back and pay for the 8 and left 7-eleven. Next day I called my boss and told him I was 6. He said 5, tomorrow also no need to come back 4 work. He also asked me to go climb a 3 and jump down! I don't understand. I am so nice 2 him but I don't know what he 1.


------------------------------------

Dan akhirnya, sama ada orang tua atau muda, kita semua mahu bersantai. Rilek, brader.





Saturday, 20 March 2010

Eh, eh, tengok tu 'bang....! (Bah. 3)

Kadang-kadang kita lapar, tetapi perut tak sedap dan nak ke tandas pada masa yang sama.
Nak lari masuk tandas dulu, atau nak order makanan, lepas tu lari masuk tandas?
Di tempat ini, kita boleh rilek dan order pada masa yang sama.
How convenient! Hahaha.



Di sini pula, tentu kita semua dah biasa ke pejabat kerajaan nak uruskan itu dan ini. Buat pasport, tukar alamat di balai polis, atau nak jumpa doktor di hospital awam.
Tak ada orang yang akan berani buat bising atau komplen, takut nanti tak dilayani pegawai. Jadi kalau bangku dah setengah roboh pun, tak apa lah, 'bang. Duduk diam-diam saja.



Friday, 19 March 2010

Nak makan telor cair dalam kotak? Telor tepung?

Saya baru-baru ini bercerita panjang tentang food farms (ladang pertanian besar-besaran) dan contract farming (menyewakan tanah ladang kepada negara lain), sebagai sebahagian daripada Food Security sesebuah negara. Baca di sini dan juga sini.

Negara besar seperti Malaysia menanam sayuran, menternak ayam di tempat sendiri. Ayam bertelor, dijual di pasar dan supermarket, dan lainnya dieksport termasuk ke Singapore.

Negara kecil di selatan Johor ni tak ada hasil pertanian. Ada ladang sayur, pelihara ayam dan fish farms dekat Pulau Tekong. Tapi semuanya kecil-kecilan saja.

Singapore kaya hasil sektor perkhidmatan - perbankan, pelabuhan, perdagangan minyak.
- Singapura ialah pusat kewangan kedua yang paling popular di dunia. Selepas New York.
- Dan pusat perdagangan minyak terbesar di Asia (walaupun bukan pengeluar minyak, ada banyak refinery dan tanker minyak di sini, kapal tangki banyak berlabuh di laut dan minyaknya didagangkan = Temasek ialah salah satu top bunkering port).
- Singapore juga mempunyai pelabuhan paling sibuk di dunia. Walau pelabuhan Rotterdam pun selalu mengaku juga.

- Dan di Temasek ada paling banyak JUTAWAN di dunia (dihitung dalam US$, bukan S$) - 8.6 peratus penduduk Singapore mempunyai harta paling kurang US$1 juta.

Saya tulis 'penduduk' Singapura, bukan warga. Kerana ia membuka luas kepada siapa saja ahli profesional atau jutawan yang nak jadi Penduduk Tetap (Permanent Residents), maka ramai orang kaya yang mempunyai status itu di sini.
Orang Indonesia bangsa Cina yang kaya, rakyat Hong Kong (dan Malaysia!), warga India dan UK yang kaya, antara yang mempunyai rumah/kondo di sini - termasuk pelakon terkenal Gong Li dan Jet Li.
Mereka terbang keluar masuk, bukan tinggal tetap di sini, tetapi mempunyai status PR.

Cukuplah cerita pulau ni. Nanti dituduh buat spin untuk Temasek, atau nak bongkak megah sebagai warga pulau kecik ni.
Pada saya tak guna juga jika kau kaya mana pun, tapi tak ada apa nak makan minum.
Bila ada bird flu dan SARS dulu, Singapore menghadapi banyak masalah. Ini kerana dia mengimport hampir kesemua makanannya.
Apabila ayam dan itek, telor dari Malaysia, daging babi dari Indonesia dan China dihentikan masuk ke Republik sebesar Perlis ni, eeks, problem!

Kena cari ayam dan telor dari Brazil, Australia, Chile dan banyak negara yang dulu tak pernah ditanya pun, sebab kos tinggi nak bawa masuk dari jauh.
Dan harga barang makanan masa tu di Temasek, semuanya melompat!

Kini import daging lembu dan kambing, ayam, babi, telor semuanya telah dipelbagaikan. Tidak lagi condong kepada import hanya dari satu-dua negara, sebab takut masalah selsema burung dan SARS ni berulang.
Itu namanya Food Security.

Kini langkah setapak lagi diambil.
Sebab seperti orang lain, mamat dan ah moi Temasek suka makan telor, pemerintah takut jadi problem jika ada krisis itu dan ini. Sebanyak 77 peratus telor yang dibaham di pulau ini kini datang dari Malaysia Darul Ibu Ayam.
Ini harus dipelbagaikan.



Kini pemerintah Temasek nak perkenalkan rakyat (dengan cara education, bukan mendadak macam nak perkenalkan GST di Malaysia) untuk biasa makan:
1) Telor cecair dalam kotak (liquid eggs). GAMBAR ATAS
2) Telor dalam bentuk tepung (powdered eggs). GAMBAR BAWAH

Alamak mamak! Boleh termakan ke? Rasanya sama ke?
Tak tahulah. Nanti saya cari kat supermarket, cuba makan, dan beritahu anda.
Baca cerita dari akhbar saya di sini.


 
Sebab utamanya ialah Food Security.
Jika telor dari negara pembekal tak boleh dibawa masuk, rakyat dah dibiasakan makan telor cara lain.
Buat masa ini liquid eggs dan powder eggs digunakan oleh restoran dan kilang membuat makanan.
Maknanya bila kamu makan scrambled eggs kat Macdonalds atau Coffee Bean tu, ia bukan dari telor biji, tapi dari bungkusan.
Dan kueh dan biskut yang dibeli di kedai, dibuat daripada telor yang telah ditepungkan. Takkanlah kilang nak buat biskut Julie's berton-ton tu kena pecahkan telor sebiji-sebiji? Bila nak siap, akak oi!


Tak seperti telor biji, telor bungkus ni boleh tahan lama lagi.
Harganya mahal sikit, tetapi kalau bekal dah putus, sekurangnya ada supply telor alternatif.

Thursday, 18 March 2010

Amaran Jepun - gaji kilang, harga minyak mesti rendah

Takut juga membaca berita ini.
Cerita dari akhbar The Edge Malaysia - lihat di bawah.
(maaf tak dapat kasi link, sebab server depa rosak agaknya).

Sejak berpuluh tahun, banyak negara kecil di dunia, termasuk Singapura, Malaysia dan negara Asean lain, mengharapkan pelaburan Jepun untuk mengembangkan ekonomi.
Barangan elektronik Sony, Panasonic, Matsushita, Sharp, pemasangan kereta Toyota, Suzuki dan Honda, dan sebagainya.
Jadi bila orang setinggi pegawai No.1 kedutaan Jepun di Malaysia kasi warning seperti ini, tentunya ia menakutkan.
Pada masa yang sama, jika kita nak 'jahat', kita boleh kata mamat diplomatiq ni masuk campur ehwal politik Malaysia. Tetapi mengapa tidak?
Kalau wartawan yang duduk kat Temasek boleh sibuk komen tentang isu dari Perlis hinggalah ke Sabah, apatah lagi negara pelabur besar?

Dalam era hari ini, Malaysia adalah negara middle-income. Iaitu status 'middle class' dari segi gaji tetapi belum boleh mengaku negara kaya seperti Singapura.
Pulau kecik Singapore dah masuk First World, Malaysia masih lagi negara Third World, negara dunia ketiga, jika diukur dari pendapatan setiap kepala/per capita income.
Jadi apabila negara pelabur kata kamu boleh hilang pelaburan dari kami (foreign direct investments = FDI), tentunya semua orang kena bangun dan cuba nak selesaikan.



AMARAN No.1: Tak cukup pekerja kilang.

Beliau tanpa segan silu kata: Syarikat Jepun nak pakai pekerja asing, sebab orang Malaysia tak suka kerja kilang.

Saya rasa salah tu kalau kata orang Malaysia (atau Singapore pun) tak suka kerja kilang. Orang biasa macam kita, kerja mana pun tak kisah, jika gajinya lumayan.
Kalau kerja di sektor pembinaan tu bayar RM10,000, saya pun hendak, walau kerja panas terik (Tak kena matahari pun, kulit aku dah hitam).
Tapi kalau setakat gaji RM1,000-RM2,000, baik aku jadi wartawan - sama gaji dan duduk dalam bilik aircon.
Atau baik aku jadi security guard, kerja rilek, gaji sama.

Jika gaji di sektor perkilangan hanya setakat RM1,000-RM2,000, susah nak dapatkan mamat atau minah kilang kena kerja 3 shift, duduk pasang barang yang sama setiap hari. Ramai lebih suka jadi receptionist atau kerani di office.

Sebenarnya, diplomat ini membandingkan Malaysia dengan pesaing FDI hebat Malaysia di Asean = iaitu Indonesia, Thailand dan Vietnam. Dan juga mungkin Cambodia dan Filipina. Kalau dimasukkan China dan India, lagi menakutkan, sebab gaji mereka semuanya rendah.
Dengan RM300-RM600 boleh dapat mamat dan minah kilang beribu-ribu.

Di Singapore, jika tak silap, gaji pekerja kilang kalau tak lebih dari S$1,500 (RM3,500), tak ada orang datang. Itupun banyak kilang di sini, sebab ramai pekerja Johor, dan pekerja Singapore yang tak berpelajaran (guna bahasa kurang ajar = budak Melayu yang kecik-kecik tak mahu belajar, sekarang buat susah diri sendiri).
Tetapi kilang sanggup bayar sebab mudah dia nak eksport produknya - kerana airport dan pelabuhan Temasek adalah No.1 di Asean.
Bukan sebab besar dan megah, tetapi CONNECTIVITYnya baik. Nak eksport direct ke mana saja, boleh.

Jadi warning ambassador itu untuk Malaysia sebenarnya ialah - kalau kamu tak mahu kalah FDI kepada Indonesia dan Vietnam, China dan India, kena terima gaji kilang yang rendah.
Kena pakai terus pekerja Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan sebagainya.

Macam mana nak galakkan pekerja Malaysia terima gaji RM300-600 ni? Kalau campur overtime pun, tak lebih banyak dari RM1,000 mungkin. Baik aku kerja jadi salesgirl dan waiter kat mall.

Nak marah beliau kerana campur ehwal politik-ekonomi Malaysia, tak boleh. Sebab dia hanya menyampaikan luahan hati pekilang Jepun.
Dan FDI dari Jepun adalah No.1 untuk Malaysia selama lima tahun yang lalu ini!


AMARAN No.2: Jangan naikkan harga minyak.

Waduh, Pak.
Ini lagi masuk campur bab politik tempatan.
Tapi tak boleh marah beliau, sebab kalau harga nak transport barangan mahal, mereka akan lari ke negara lain.
Sebelum membuka kilang, mereka dah buat costing.
Bukan saja gaji pekerja, tapi berapa harga nak keluarkan setiap produk, dan dikira dalam jangka 10-20tahun. Cost to produce each.
Harga letrik di sini, nak sewa lori, nak bawa masuk barangan yang akan disiapkan (seperti kena beli besi keluli, kaca/silica sand, misalnya, kalau nak buat TV)
Nak buat satu televisyen, atau fridge kat Malaysia ni berapa, jika dibandingkan dipasang di Pulau Jawa atau di Hanoi. Atau di Gurgaon (kawasan industri di luar New Delhi di India) atau di Guangdong.
Ini termasuk berapa jauh kilang itu dari pelabuhan yang boleh dihantar product itu terus kepada customer.

Kenapa si Coca Cola tu buka kilang kat Nilai?
Bukan sebab dia nak tengok F1, atau dekat dengan Pantai Port Dickson.
Atau kerana si KJ pujuk, maka lutut dia lemah.
Coke kat situ sebab dekat dengan KLIA.
Dan tak jauh dari pelabuhan Port Klang.
Nak dibuat kilang di PJ, Klang (lebih dekat dengan pelabuhan), tapi tanahnya mahal sangat.
Sewa/beli tanah di Selangor semuanya mahal. Jadi tanah Negeri Sembilan murah lagi.

Sama seperti kenapa bandar Kulim di Kedah tu sekarang banyak factory.
Sebab sewa/beli tanah di Kedah lebih murah dari tanah di Pulau Pinang, termasuk tanah di Seberang Perai.
Dan Kulim tak jauh dari pelabuhan Penang dan airport Penang, hanya 45 minit gunakan highway.
Saya tahu banyak detail tentang Kulim ni sebab pernah beberapa kali membuat story tentang pembangunan pesat di situ, sebab ada beberapa kilang syarikat Singapore di sana.
Dan pada 2004, ada syarikat besar melabur US$1 billion di Kulim. Akhbar Malaysia tak pandai spin cerita ni besar-besar, yang puji Malaysia dengan tulisannya, AKU JUGAK.
Baca kat sini - ah, pandai tak saya naikkan bendera Malaysia Darul FDI?
Itu pun tak dapat jadi datuk, macam mana nak beli X6 (Heehee, jangan marah Tok Rock).

Pelabur tak tahan harga tanah dan gaji mahal pekerja di Penang, lalu lari ke Kulim nak turunkan kos.

Macam mana nak resolve benda gaji dan harga minyak ni?
Saya pun pening. Baik Barisan Nasional, atau Pakatan Rakyat jadi kerajaan esok pun, masalahnya sama. Baik kamu semua duduk semeja nak selesaikan. Agar rakyat terus makmur.
Bukan setakat menghentam saja. Tapi tak bagi jalan keluar.
Kalau kau tanya dia, emak aku pun boleh kalau jadi pengkritik ekonomi Malaysia.


----------------------------------------------------------
Japan envoy cautions Malaysia over manpower shortage, impact on FDI

Written by Regina William
Wednesday, 17 March 2010 15:42


GEORGE TOWN: Malaysia could lose out in foreign direct investments from Japan if the manpower shortage faced by the manufacturing sector prolongs and coupled with the threat of removal of fuel subsidy by the government, Malaysia may not be on the radar for new investments for Japanese companies.


Japanese ambassador Masahiko Horie said on Wednesday, March 17 these two elements would weigh heavily on FDIs and Malaysia may lose its advantage to other countries.

Speaking to journalists during his visit to Penang here, Horie said these were among the main grouses raised by Japanese companies located here. Also present were consul general Tetsuro Kai and deputy consul
general Hiroko Matsuo.

Japan was the highest contributor in terms of FDIs in Malaysia over the past five years, topping the list in 2006 (RM4.412 billion), 2007 (RM6.523 billion) and 2009 (RM7.041 billion). For 2005 and 2008, Japan contributed RM3.67 billion (second on the list) and RM5.60 billion (third), respectively.

Horie said Japanese companies, especially those in the electronics and electrical (E&E) sector were having a hard time employing production operators who were crucial to their operations.

"Since the Malaysian government has disallowed the intake of foreign workers, many Japanese companies are finding it difficult to employ production operators.

"This scenario is not only prevalent in Penang, but also nationwide, and not only limited to Japanese companies," Horie said.

Citing the example of Sony Malaysia in Shah Alam, which had advertised to employ between 1,000 and 2,000 production operators in September last year, Horie said after one day, only 36 locals responded to the
advertisements.

"After some assistance from the government, they managed to bring in some foreign workers. One of the companies in Penang wanted to hire 100 workers, they only managed to employ 30.

"This is the same predicament faced by the manufacturing sector all over Malaysia," he added.

Horie said it was understandable that the Malaysian government was keen to move up the value chain in the manufacturing sector, but some processes were not meant to be high-tech and would require labour.

"We have met the ministers of human resources, international trade and industry and the deputy prime minister and explained why the E&E sector needs these operators.

"We are very supportive and we understand the Malaysian government's aspiration to move upwards into a high technology and knowledge-based economy but no where in the world can the processes for E&E appliances and products, automobile and audio industries be automated.

"These processes will always be manually operated as it requires patience as the work is mostly repetitive and relatively low-wage income.

"However, these processes are indispensable and without this part of manufacturing, no company can achieve production of first-class high precision products," he added.

On the impending removal of fuel subsidy, Horie said many of the Japanese companies had moved to Malaysia due to the low and attractive prices which enabled them to carry out their operations competitively.

"Now, with this increase looming, many are worried if they would lose their competitiveness to operate in Malaysia," he said. Other grouses raised by Japanese companies in Penang, especially in the manufacturing sector, include the erratic power supply.

Horie said a manufacturer had lamented the frequency of such incidences which, even if it lasted for one or two seconds, would result in huge losses due to the operations being disrupted by at least an hour.

He said due to these circumstances, existing manufacturers were also mulling over a relocation to elsewhere. Currently, there are 120 Japanese companies in Penang, out of the 1,200 nationwide and there
were 1,600 Japanese residing in Penang.

There were also 500 Japanese living in Penang under the Malaysia My Second Home (MM2H) programme.

Wednesday, 17 March 2010

Henti berkelahi kejap, tepuk tangan, minum Coke!

TAMBAHAN

- Malaysian investors have 15 per cent stake in the new bottling facility, with the Armed Forces Fund Board holding a 10 percent stake and private firm AAD Equity, led by former finance minister Daim Zainuddin, 5 percent.

- The investment will directly create 600 to 800 new jobs at the bottling plant, and is expected to create between 6,000 and 8,000 jobs with local suppliers, he said.

- kata Glenn Jordan, Asia Pacific boss Coke, dalam wawancara dengan AP.

---------------------------------------------------------------


Mari kita stop sehari dua ni dan tabik kerajaan PM Najib Razak.

Mari kejap ni semua celebrate bersama kerana syarikat minumam gergasi, Coca Cola, nak tanam modal RM1 bilion, mak oi!, di Nilai.

Tentu kita dah penat kutuk PM Najib lemah, flip-flop dan macam-macam ejekan lagi.

Kita berterima kasih kepada semua orang yang terlibat, kerana Coke tak semestinya membuka factory besar di sini.
Mereka boleh pilih Indonesia atau Vietnam - dua pesaing direct investment yang terbesar di Asean.

Mestilah insentifnya banyak. Mungkin tak bayar tax selama 10 tahun, atau tanah diberi murah.
Tak apalah. Kena tepuk tangan kuat-kuat.
Bersatu buat seketika. Salah ke? Tak bangga ke?

Saya nak lihat apa pihak kerajaan akan kata tentang pelaburan ini. Saya harap mereka tak mendabik dada 'Kerana aku dan parti akulah mereka terus berada dan nak buat kilang besar'.
Hello! Pelabur terus di sini juga sebab yakin pekerja Malaysia boleh diharap untuk menyiapkan projek, bekerja keras di kilang agar Coca Cola dapat untung besar.
Janganlah lupa nak puji keringat rakyat.
Dan saya nak lihat si pembangkang ni nak puji, buat dunno atau memperlekeh pelaburan RM1 bilion ni!
Cuba kalau yang dapat Penang atau Selangor.
Nasib baik yang dapat si negeri KJ dan Isa Samad tu.
(Marahku Shamsul nanti marah aku pulak, sebab sebut nama KJ! Hee)

Syabas untuk Malaysia. Singapore pun ada kilang Coke kat Tuas.
Tapi yang di Nilai kelak, besau giler.


GAMBAR: AMARAN PROF DR REMGOLD, PAKAR SAKITPUAN - Kalau nak minum Coke, minum yang Zero ni, atau Coke Light ya!
Kalau tidak, takut kena kencing manis.

Monday, 15 March 2010

Muslim jadi Kristian, bantu Yahud. Yahudi jadi Muslim nak bunuh Kristian

Dunia, dunia!

Jika anda belum sempat membaca cerita ini.
Dah baca kelak, kalau pening terkeliru, tak apa. Boleh makan pasta dan panadol.


KES 1

Dia ni anak pengasas Hamas, kumpulan militan/hero (terpulang pandangan masing-masing) Islam.
Namanya Mosab Hassan Yousef.
Orang panggil dia Green Prince, sebab bendera Hamas berwarna hijau dan dia anak pengasas.
Tapi dia kecewa bila melihat Hamas pun sama dengan Yahudi, menyiksa ganas orang yang ditangkap.
Mukanya stone macam budak dadah Geylang.

Lalu dia masuk Kristian, jadi spy untuk Israel, agar dapat membunuh ketua-ketua Hamas.
Tapi bapanya masuk jail Yahudi saja, tak kena bunuh.
Berapa baik si anak ni. Kini bapanya dah tak ngaku anak lagi.



KES 2

Dia orang Yahudi bernama Adam Gadahn.
Tapi fed up, dia masuk Islam lepas tu katanya masuk AlQaeda.
Ini gambar FBInya - sebelum dan sesudah.

Dulu macam mat rocker Geylang, sekarang macam orang Afghan.
Jadi jurucakap AlQaeda.
Minggu lepas, heboh satu Pakistan dan Amerika, katanya dia dah kena cekup. Rupanya salah orang.

Dia ni dah marah betul dengan Amerika, negara kandungannya, sehingga menggalakkan orang Islam Amerika bunuh warga negara itu sendiri.
Kenapa bunuh orang tak bersalah, Yahiye?

Ha! Tak pengsan/keliru kita semua.

Moral of story:
- Yang disangka rakan baik, mungkin 'scissors inside the fold' (gunting dalam lipatan - aku tulis Inggeris sebab Mossad dan FBI baca kot).
- Yang disangka musuh, mungkin 'hoping for fencing, fencing eats the rice'! (Biar hancuq dia kena translate sendiri. Hahaha).

Saturday, 13 March 2010

Eh, eh, tengok tu 'bang....! (Bah. 2)

Kadang-kadang di bandar memang susah nak cari car park. Tapi bila kita nampak signboard di bawah ni, kita berani nak pergi ke tidak?
Takut yang tukang jaga lapangan meletak kereta tu ialah Jason dari Friday the 13th. Silap haribulan kena 'kapak' pulak Aston Martin kita. Hehehe.
Yang mamat lagi satu pulak, tempat orang jemur baju, dia jemur ayam. Lepas tu dijual, sedap kita makan nasi ayam bercampur spice habuk tepi jalan.











Eh, eh, tengok tu 'bang....! (Bah. 1)

Saya baru dapat siri gambar-gambar lucu kehidupan di Malaysia.
Gelak melihatnya. Manusia tetap manusia, di mana juga.
Saya kongsi dengan anda. Hujung minggu tak 'yah baca citer berat-berat.







Cara membelit nak masuk pintu - atau, Positive Approach

Thursday, 11 March 2010

Pameran kemegahan empayar Mughal di Singapore

Bukan senang nak dapat jolokan seorang lagenda, period lagenda, atau zaman lagenda.

Baik zaman nabi-nabi, jenderal besar seperti Genghis Khan dan Saladin (Salahuddin Al Ayubi) mahupun nak dapat nama bandar lagenda seperti Rome atau Baghdad - hingga kini jadi sebutan ramai.

Mungkin di masa depan zaman Dr M akan dinamakan 'period lagenda Malaysia', atau mungkin juga pemerintahan Nik Aziz Nik Mat di Kelantan.
Lagenda bukan maknanya benda tu baik ke tidak. Genghis membunuh puluhan ribu manusia pun dikira pemerintahan lagenda - hingga hari ini tak habis orang menceritakannya. Lagenda maknanya ia meninggalkan kesan mendalam.


SEJARAH & ILMU ALAM

Masa di sekolah dulu, subjek yang saya minati ialah History dan Geography.
Maths dan Literature pun okay, tapi janganlah Science! Hahaha.
Dulu, cikgu baru ajar Bab 1,2 saya dah nak habis baca buku-buku teks Sejarah dan Ilmu Alam itu semua. Syiok.

Saya kini sedang membaca buku ini - The Rise and Fall of the Great Empires (dah tua-tua ni suka baca buku bergambar, kalau tidak, mabuk).
Dan yang saya suka bawa ke sana sini dulu ialah Warlords.


EMPAYAR MUGHAL

Salah satu empayar lagenda ialah Empayar Mughal di India (1526 hingga 1858).
Ia dikenali sebagai zaman gemilang India zaman dulu.
Nama mereka berasal dari nama orang Mongol yang masuk Islam. Mereka berketurunan jenderal Mongol-Muslim seperti Tamerlane (Timur-i Lang atau Timor the Lame).
 
Zaman empayar Muslim bermula dengan masuknya tentera mereka ke India dengan membunuh ramai orang. Zaman dulu tak pakai undi, ISA atau bayar cukai. Dia pakai pedang tajam. Hahaha.

Tak payah cerita panjang, yang mula masuk ialah kaum Mongol-Afghanistan yang membina Qutb Minar.
Dari mana anda ingat nama 'minaret' (menara muezzin) tu datang?
Kalau anda dah nampak betapa tinggi dan megahnya Qutb Minar di Delhi dan baca sejarahnya, menara yang lain semuanya pendek, jadi dipanggil minaret (anak Minar). 

Pendekkan cerita: Dari zaman itu, maka tumbuhlah Empayar Mughal - mereka lebih dikenali sebagai keluarga beraja yang membina Taj Mahal.


HARTA KARUN MUGHAL DI SINGAPURA

Jika anda nak mempelajari cerita dan kekaguman Mughal ni, kini ada pertunjukkan harta karun mereka di Asian Civilisations Museum di Temasek.
Bermula bulan lepas, akan berlangsung hingga hujung Jun.
Datanglah!
Kalau dah lihat kehalusan seni mereka, baru kita faham sejarah nenek moyang kita (saya, Dr M ada darah India DKK, dan ramai lagi dalam Umno, PAS, PKR dan PAP pun!).


GAMBAR ATAS: Naskah Quran dalam kotak bersalut batu mahal buatan Mughal. Waduh, cantikkkkk sekali!

GAMBAR BAWAH: Taj Mahal dibina oleh Shah Jahan untuk isterinya yang meninggal, Mumtaz Mahal. Diperbuat daripada marble putih.
Tetapi sebenarnya, rekabentuk Taj Mahal (jangan terkejut) di tiru dari bangunan yang diperbuat daripada sandstone warna merah.
Apabila Emperor Mughal bernama Humayun meninggal, isterinya yang begitu sayang dengan beliau, Hamida Banu Begum, membina bangunan ini!
Kini ianya dinamakan Humayun's Tomb (Makam Humayun) yang terletak di New Delhi. Sama kan bentuknya dengan Taj Mahal? Cicit Humayun copy bangunan moyangnya, dan ditambah empat Qutb Minar kecil ('anak Minar').

Jadi kalau pak jantan nak mati, suruhlah isteri binakan makam gini, kat hujung Jalan Ampang.
Atau mak ziza bila nak meninggal kelak, suruhlah pak jantannya bina Taj Mahal kat Kepong.

Lepas tu kita boleh nyanyi lagu Sheila Majid 'Lagenda'.
"Hingga kini menjadi sebutan
Terpahat namamu di ingatan."
"Patah tak tumbuh lagi
Hilang belum berganti
Kau kebanggaan tersendiri"





TAMBAHAN PAGI 10.15AM

Tempat-tempat bersejarah dan cantik giler di seluruh dunia disenaraikan sebagai World Heritage Sites.
Maknanya ia menjadi kebanggaan semua manusia.
Dan juga mungkin sebagai warning - kamu janganlah jahanamkan tempat tu dengan membina bangunan tinggi di keliling dia, atau buka kedai mamak atau hotel betoi-betoi kat sebelah.
Macam kota tua George Town sikit masa dulu bodoh nak bina bangunan tinggi, macam mana nak terus qualify dalam senarai ini? Ada harta tak tau jaga, bongok sakan.

Taj Mahal, Humayun's Tomb dan Qutb Minar (termasuk Agra Fort di Agra dan Red Fort di Old Delhi yang saya dah kunjungi - kedua-dua castle ini buatan Mughal juga) semuanya termasuk dalam senarai glam ini.

Senarai World Heritage Sites kat sini. Singapore satu habuk pun tak ada tempat bersejarah. Malaysia ada tiga - Gunung Mulu saya belum sampai, yang lain dah pun. Anda pun pasti dah kunjungi.



Wednesday, 10 March 2010

Skandal seks di Temasek; & merokok itu haram

BARU TAMAT PAGI INI
Jack Neo dan isteri mengadakan press conference yang pendek dan mengejutkan - baca di sini.

----------
Ini skandal meletup kaboom di Temasek Darul MoralMajority.


Orang semua kata ia skandal Tiger Woods ala Singapore.
Pelakon dan pengarah paling terkenal di sini, Jack Neo, 50 tahun, mengadakan hubungan dengan pelakon muda pompuan 22 tahun.
Lepas tu, macam Tiger Woods, berbaris pompuan muda lain yang mendakwa Jack juga pernah kejar kita dan cuba nak main kayu 11 (ada sejumlah 11 setakat ini yang dah muncul).
Yang paling muda yang kata dia dikacau oleh Jack berumur 16 tahun masa tu - seorang budak pompuan Perancis warga Singapore.

Orang Singapore pun terkejut berok apabila isteri Jack berkata: 'tak apalah. Jantan kan memang gitu'.

Baca di sini, sini dan sini.
OK cukuplah tu tentang citer seks - part ni semua orang nak hafal, ya?
Saya laporkan sebab nanti ada pula yang kata - takkan kita orang Malaysia saja yang 'jahat', orang Singapore semua mala-ikat.

Kalau aku tak mention seks tak ada yang nak baca sampai kat sini. Ah, sekarang baca ni pula:

SMOKING IS SUICIDE

Fatwa Muhammadiyah bahawa merokok adalah haram. Di sini, sini dan sini.
Muhammadiyah ialah pertubuhan Muslim terbesar di Indonesia, selepas Nahdlatul Ulama.

Kamu yang merokok nak dengar ke tidak?
Pastinya semua buat donno.

Tuesday, 9 March 2010

March 8 - For better or worse? Masih awal nak kata

Dah masuk hari esok baru saya terasa nak menulis tentang March 8, dua tahun selepas tsunami politik Malaysia.
Sebab ramai lebih pandai buat analisa, saya pendekkan kepada beberapa 'cerita' yang saya lihat, dengar dan jalani sendiri.
Kerana ini pandangan peribadi, dan juga daripada seorang yang hanya berada di Malaysia secara part-time, tentunya ada yang tak setuju.
Tapi garis kasarnya gini:


1) Dari sudut nama negara di persada antarabangsa

Tentunya anda boleh bersetuju nama negara semakin teruk. Walau tentu ramai kata ini tak wajar.
Zaman Dr M dulu Malaysia dikenali sebagai negara Islam yang "sederhana", negara perdagangan yang ke-17 terbesar di dunia.
Dan sebagai negara yang lantang bersuara dalam isu-isu Islam-Muslim, Palestin, negara yang menentang pengembangan Amerika tanpa disekat orang lain (selepas kejatuhan Soviet Union sebagai kuasa dunia kedua).
Dr M pun berani selar Singapore jika tak puas hati! Terketar-ketar kadang Singapore nak jawab.

Masuknya zaman PM Abdullah Badawi, dan kini PM Najib R, banyak benda ni dah hilang.
Orang luar negara mempersenda nama Malaysia.
Malaysia kini dikenal sebagai negara yang melarang konsert Beyonce, bergaduh macam-macam tentang isu agama dan bangsa, nak sebat dan dah sebat pun wanita.
Itu kita boleh kata mainan media asing, media Barat.

Yang pasti, pemimpin Malaysia (maaf kata) kurang pandai jaga 'spin' atau mengawal keadaan apabila sesuatu isu itu muncul.
Apabila gereja mula diserang, s l o w betul kerajaan nak respons. Dan responsnya juga, pada saya, hanya dengan berkata: 'Rilek, brader, ini benda kecil'. Bukan nak tunjuk marah.
Itupun OKlah, kita boleh tuduh mainan media.

Yang saya lebih khuatir ialah berita ini - Jika dulu Malaysia di tangga ke 17 negara perdagangan terbesar di dunia (eksport + import) - kini katanya dah jatuh ke tangga 21.
Eksport semakin slow dan import pun sama. Ini cerita sensitif, saya berhenti di sini.
Cuma saya khuatir ini bermakna ekonomi negara semakin slow, jika dipandang dari sudut jangka masa 10 tahun.
Kena tunggu ada ke pemimpin yang akan umumkan berita tak baik ni. Sehingga itu, kata orang putih, I will hold my tongue.


Tetapi dari jarak jauh, isu-isu seperti ini boleh dipandang sebagai masalah sementara. Masih terlalu awal nak katakan damage terhadap nama Malaysia dah permanent.
Setakat demo sesakkan jalan dan 'gaduh' mulut, itu dianggap sebagai demokrasi biasa.
Selagi kilang yang dibuka tak diserang dan warga asing profesional tak kena serang, pelabur dan tourist tetap akan datang.
Yang lebih bermasalah ialah sama ada negara-negara yang bersaing dengan Malaysia di Tenggara Asia - seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam - terus memperbaiki diri untuk menarik pelaburan ke sana.


2) Dari sudut ekonomi + pekerjaan

Terus kita masuk bab ekonomi.
Import + eksport seluruh dunia memang semakin slow, kerana ekonomi dunia pudar dalam jangka beberapa tahun kebelakangan ini (bukan salah Abdullah atau Najib).
Kini, kerajaan nak bentang New Economic Model, tetapi baru kelmarin katanya, benda ini akan dilewatkan lagi pengumumannya kepada June. Pulak.
Dulu katanya September 2009, lepas tu Februari, Mac.

OK tak apa, semua sedar memang susah nak terus pesatkan ekonomi brader. Pemerintah Singapore pun lagi senak nak terus naikkan ekonomi.
Masalah Malpura (Malaisia dan Singa pura-pura) ini sama saja: Rakyat dah biasa dengan ekonomi terus berkembang berbelas tahun, hidup semakin mewah, tetapi jadi orang atas kena fikir cara baru nak tarik pelaburan.

Yang bagusnya: Jika anda pekerja kilang mahupun pekerja biasa, pekerjaan anda masih selamat. Kadar pengangguran Malaysia adalah rendah.
Maknanya, walaupun dalam akhbar dan media online mahupun blog songsang sibuk hoo-ha hoo-ha tentang Umno, Pakatan dan Cina-Melayu-India ditindas dan menindas, hidup di Main Street Malaysia dari segi pekerjaan, tak banyak berubah.

Ya betul, jenayah masih berleluasa dan pendidikan negara masih tidak baik.
Saya khuatir kerana orang Malaysia ni susah sangat nak suruh belajar bahasa Inggeris.
Kenapa politik dipentingkan lebih dari mendapat jaminan lebih kuat bahawa anak-anak kita akan dapat kerja yang baik kelak?
Anak-anak Melayu dalam satu kelas tuition yang saya perhatikan dengan rapat, teruk apabila masuk bab Bahasa Inggeris ni. Dah besar-besar dan anak-anak orang berada, tetapi hancur dalam isu bahasa ni.
Ini mempayahkan anak-anak mendapat pekerjaan taraf antarabangsa di Malaysia kelak, apa lagi jika nak kerja di luar negara.
Sedangkan anak jiran saya pula, bukan saja dia pandai Mandarin dan Inggeris, Bahasa Melayu dia pun ok. Sedih memikirkan.


3) Dari sudut sekitaran politik + media

Yang baiknya kerana banyak perbincangan dan 'expose' (seperti enjin jet hilang, PKFZ, Teoh Beng Hock) isu-isu panas, dan saingan untuk support dari BN dan Pakatan, maka kerajaan dan 'orang-orang' jahat kini kurang nak buat jahat.
Atau kalau nak buat jahat merampok negara pun (termasuk yang di empat negeri Pakatan), terpaksa berhati-hati.
Kena lebih bijak, tak macam dulu. Suka-suka letak harga tinggi nak bina jambatan atau adakan monopoli yang menghakis duit rakyat.
Ini satu perkara positif dalam perkembangan negara: dulu Dr M pernah kata money changed hands bukan under table lagi, tapi above the table.
Kini mereka dah kena sembunyi bawah table kembali! Kalau tidak kena balon oleh NST, Malay Mail, The Star mahupun Kinisider (ini bila Malaysiakini kahwin Insider - sebab dua-dua anti-kerajaan).
Kalau tak kurang pun, perampok wang rakyat kini dah tak terlalu buat cara terbuka.


Conclusion:

Jika nak dipandang cara negatif, betullah. Sibuk sangat bincang politik sehingga kadang-kadang orang politik lupa sebenarnya rakyat dah muak.
Siapa dan di mana pun pemerintah, ramai rakyat biasa hendakkan benda-benda basic.
Anda buat ini, undi akan datang sendiri:

1) Jangan anggap rakyat bodoh apabila masalah timbul.
Ini saya tujukan kepada pemimpin Singapore juga! (Kadang muak dengar puak ini talk down dengan rakyat. Lain kali saya bawa cerita panas tentang pekerja asing di Singapore dan harga tinggi perumahan).
Explain dengan cara baik, bukan anggap 'Aku ni orang politik maka kami pandai, kamu bodoh. Nak ambik ni!'
Yang menaikkan tahap pendidikan kami adalah kamu juga, jadi kami dah pandai, jangan dianggap budak yang boleh diperbodohkan.
Tak boleh buat donno jika ada benda dah 'meletup', kena jelaskan dengan baik.

2) Keselamatan diri dan keluarga.
Jenayah perlu dikurangkan terus.
Susah abang polis kerana kerap kena buat kerja kotor orang politik.
Dan yang saya benci juga - pembangkang kata polis sibuk menjalankan kerja Umno, tetapi yang banyak sibuk buat Laporan Polis untuk siasat benda-benda taik pun mereka juga.
Samalah pada saya kedua-dua pihak BN dan Pakatan - harrass abang polis sehingga mereka pun keliru nak tangkap penjenayah ke nak tangkap orang politik!
Tangkap dua-dua sudah, abang polis. Biar aman hidup rakyat!!!

3) Mahukan pekerjaan selesa.
Tak semua orang boleh jadi, ahem, kroni atau CEO. Mahupun jadi arkitek atau manager.
Tetapi jika anak-anak kita dapat kerja kilang atau jadi security guard pun okaylah. Asal kerja mereka solid, tak kena retrench. Boleh besarkan keluarga, membeli rumah dan kereta kelak.
Dan ada keadaan aman nak gi kerja dan balik.
Dan harga makanan kat kantin ke restoran tepi jalan tak naik mendadak.

Mesej saya untuk anak-anak senang saja: Kau tak jadi jutawan belikan bapak Ferrari pun tak apa (kalau belikan pun aku terima! Yang warna kuning, please).
Tapi apabila bapak dah tua dah retire nak duduk dalam masjid (wee-weet), janganlah menyusahkan aku nak minta duit. Nak komplen tak ada kerja. Gaduh lakibini.
Sekali-sekali belikan aku kuih bakar ke anggur pun, jadilah.

Akhir kata, mesej mudah untuk siapa pun yang berkuasa di mana jua,
a) Utamakan hati rakyat.
b) Jaga hati pelabur dan *tourist.
Barulah c) Jaga hati kroni, keluarga dan puak kamu.
Yang dikhuatiri, pemerintah di banyak negara mulakan dengan c), lepas tu b).

[*Selepas eksport kilang dan penjualan komoditi - minyak/gas dan miyak sawit - wang tourist adalah ketiga penting untuk wang tukaran asing bagi menumbuh ekonomi. Jika mereka tak masuk, maka hotel, airlines, lapangan terbang, mall, restoran, teksi dan sebagainya terjejas teruk]

Sunday, 7 March 2010

Paladin Malaysia - Zul, Uthaya & OTK

Ini lagi satu cerita nostalgik, semasa saya di kampung tinggal di rumah papan, jamban satu saja - satu kampung kongsi! Hahaha.Ada cerita koboi syiok kalau nonton. Nama siri TV itu ialah Have Gun Will Travel.

Heronya bernama Paladin. Dia buat kerja seorang diri saja.

Cara gentleman. Kau tak suka dia tak pe, tapi jangan ajak lawan tembak. Gerenti kalah.

Masa tu TV semua hitam-putih. Kalau ada cerita bagus, satu kampung kerumun kat TV, sebab tak semua rumah ada TV. Begitulah daifnya kita semua dulu, baik di Singapore, Malaysia atau Brunei.
Sekarang ni, di setiap rumah paling kurang ada dua TV - satu di living room, satu lagi di master bedroom. Yang ada dalam jamban pun dah letak TV.

Baca cerita Have Gun Will Travel di sini.



Dan hari ini, jika kita main komputer game jenis fantasy role-playing, heronya selalu seorang knight (hulubalang) dan dari suku-kaum Paladin. Yang jahat ialah Orcs dan Witches.

Di Malaysia pun ada Paladin juga.
Tetapi perangainya berlainan. Nak panggil hero pun belum tahu. Mereka rebel sebenarnya. Mungkin kita sokong apa yang mereka lakukan. Tetapi mereka berani mati.
Sejak dua tiga hari ini, tiga Paladin muncul di Malaysia.


Zul

Menegakkan pendiriannya, tak kisah apa orang lain kata.
Sehingga sanggup mengenepikan rakan-rakan karibnya dalam PKR dan PAS.
Semasa Anwar Ibrahim masuk mahkamah tahun 1998-2000, Zul ialah salah seorang dari sedozen peguam yang berdepan berani menentang.
Begitulah orang berprinsip.
Tapi saya dah kata, tak semua orang setuju caranya.
Bagaimanapun saudara dan datin: Jaga-jaga, sebab sebenarnya apa yang diluahkan secara kasar oleh Zul itu dirasai oleh RAMAI orang Melayu.
Memang beliau tak boleh menang jika diletak dalam pilihanraya nanti, tapi hati Melayu terguris seperti apa yang dikatakanya.
Itulah Paladin Jebat.
Lilin kepada kaumnya.

TAMBAHAN PAGI: Apa bising-bising ni! Wan Azizah suruh Zul letak jawatan sebagai MP, agar kawasanundi dipertandingkan semula. Saya hormat langsung dengan Kak Wan sebagai isteri mithali kepada orang politik, tetapi dulu kan suaminya ada rancangan Septembar 16 galakkan orang tinggalkan parti tanpa letak jawatan MP? OK pulak masa tu, ya?
Kenapa bila batu dah terhantuk kat kepala sendiri baru ada kesedaran, mak datin? Podah (kan aku dah marah! Marah sebab kerja bodoh berat sebelah, takkan puak dia saja betul?)


Uthaya

Menjadi hero orang India seluruh Malaysia dalam November 2007 dengan demo di KLCC.
Pengasas Hindraf dan secara kasar membawa isu komuniti India ke tengah.
Apabila saya mendengar nama penuh kumpulan ini buat pertama kali, saya gerun. Namanya saja dah kasar.
Hindu (agama) Rights (dia ada hak) Action (dia akan bertindak) Force (memaksa? kumpulan tegar?). Fuyoh.
Beliau juga dulu menjadi seorang peguam Anwar dalam kes awal apabila timbalan perdana menteri ni baru jatuh.
Ramai tentu setuju dengan isu yang dibawa walau mungkin bukan dengan cara ianya diketengahkan.
Malangnya, tak dapat control perkembangan Hindraf selepas itu yang kini berkecai mempunyai lima-enam ketua.
Lilin membawa cahaya walapun sendiri terbakar.
Paladin Asoka.


OTK

Orang kata jangan buat, dia buat juga!
Kan dah diberitahu jangan cungkil mendalam kes PKFZ ni!!
Tapi OTK tetap OTK.
Seperti dua di atas, saya salute juga presiden MCA ni kerana berani.
Nak kata berani kena benar, belum tahu juga. Dalam politik ni, kebenaran ialah apabila kita mengalahkan pihak musuh, bukan pihak sendiri. Hahaha.
Kini beliau menjadi seorang pemain utama dalam Romance of the Three Kingdoms.
Pernah dengar?
Terkenal sungguh cerita Three Kingdoms ni sehingga banyak permainan komputer dan buku mempunyai tajuk sama.
Dulu negara China ada tiga kingdom, dan selalu bergaduh. Sehingga Chin dynasty menang.
Di MCA ada kingdom OTK, ada pula dikepalai Chua, dan kingdom ketiga emperornya ialah Liow.
Saya nak panggil OTK ni Paladin Qin Shi Huang.
Tapi tak tahu dia boleh menang ke tidak.
Dia macam lilin di tangan - memberi cahaya, tetapi membakar tangan sendiri.



Begitulah saudara.
Tebal sejarah negara, kini ada darah Jebat, Asoka dan Shi Huang dalam manusiawi bernama rakyat Malaysia.
Teruskankan.

Saturday, 6 March 2010

Piala Dunia - Temasek kena tumpang nonton di JB

Pada zaman dulu (dekat-dekat zaman batu), semasa saya di sekolah rendah di Temasek dan tinggal di kampung, saya penyokong kuat team terkuat di Liga Bola Inggeris (English football league), hari ini namanya ialah English Premier League.

Bukan team Manchester United (mereka masa tu sedang nak jatuh ke Division Pertama! George Best baru retire, hahaha).
Bukan Spurs atau Newcastle atau Chelsea. Semua tak ada habuk.
Yang kuat nak menentang team pujaan saya hanyalah Liverpool kerana ada Kevin Keagan pakai jersey nombor 7, dan Arsenal kerana ada Alan Ball pakai baju nombor 8!

Team No.1 masa itu ialah Leeds United! Ya, itu team saya!
Tak tahu ada yang ingat kapten mereka masa tu, Billy Bremner, pemain handalan (No.7) Peter Lorimer dan golkeeper hero David Harvey. Juga Allan Clarke dan Eddie Gray.
Boss mereka ialah Don Revie.

Leeds menang League Cup tahun 1968, FA Cup 1972, dan menjadi League champions pada 1969 dan 1974.
Baca di sini di bawah 1961-1975 The Glory Years.

Masa tu juga setiap tahun ada British Championships (tak tahu ada lagi ke tidak), di mana empat team bertembung di padang nak tentukan juara UK: England, Scotland, Wales dan Northern Ireland. England saja yang kerap menang.
Begitu terror Leeds ini, pernah pada satu ketika mereka mencapai rekod paling ramai pemain bermain untuk team antarabangsa DALAM SEHARI.

Dalam empat permainan British championships itu, seramai 14 orang pemain Leeds (11 barisan utama dan 3 dari reserves) bermain untuk England, Scotland, Wales dan Northern Ireland, pada hari yang sama!
Saya rasa rekod itu masih dipegang Leeds. Sila betulkan kalau salah, sebab saya tak rasa ada team lain terror macam tu lagi lepas Bremner, Lorimer dan lainnya bersara.

Lepas tu, naik ke sekolah menengah dan kolej, Manchester United dan Liverpool mara, saya pun dah 'tua', hilang minat. Team warna merah kerap menang.
Samalah kenapa saya tak menonton F1. Team warna merah selalu menang. Jemu.

(GAMBAR - Mamat pendek, kapten Leeds Billy Bremner dijunjung selepas menang FA Cup 1972. Yang mengampu kaki kirinya ialah Lorimer. Yang kanan sekali berbaju gelap, masa tu semua goalie pakai baju hijau, ialah Harvey).

-------------------------------------------------------
FIFA TAMAK, TEMASEK RUGI

Tetapi, setiap empat tahun, minat saya terhadap bolasepak akan naik semula.
Saya gemar menonton World Cup.
Yang bongoknya saya, saya gemar menyokong team yang gerenti kalah.
Namanya ialah Italia.
Dan team kedua saya ialah Turkiye. Kumpulan Erdogan, heehee.

(Nak tunggu Malaysia masuk piala dunia ni, mungkin saya dah nazak nak mampoi tahun 2050 agaknya. Nak tunggu Temasek, lagi tak guna).
Kali ini, Turkiye tak masuk pun.
Nama dan kumpulan FIFA World Cup 2010 di sini.

Tetapi ada masalah besar nak menonton World Cup di Singapore kali ini!
Hanya 95 hari sebelum World Cup - Piala Dunia bolasepak bermula di Afrika Selatan.
Tidak seperti Malaysia dan 200 negara lain, Temasek BELUM LAGI sign deal dengan FIFA nak menayangkan siri perlawanan.
Masalahnya mudah: FIFA tamak nak duit berlebihan. Kalau tidak, mereka tak akan benarkan Singapore tayangkan permainan empat-tahun-sekali ini.
FIFA mahukan US$28 juta/Sing$40 juta (RM96 juta).
Kurang ajar betul.

Ceritanya panjang.
Astro di Malaysia dah sign deal. Tetapi kena bayar tiga kali lebih mahal daripada dulu. FIFA ni tamak tak kena tempat.
Setiap negara bayar harga yang berlainan. Dia ada monopoli, boleh buat apa saja.
Baca di sini, sini, sini.

CERITA PENDEKNYA - Selama ini di Temasek, English Premier League dibeli dan ditayang oleh syarikat cable TV utama, Starhub.
Tetapi tahun ini syarikat cable TV yang nak berkembang masuk rumah anda, Singtel mio TV, membayar harga sangat tinggi untuk membeli EPL ni untuk empat season (2010-2013). Harganya Sing$250 juta (RM600 juta). Makkkkkkk oi.
Jadi apabila FIFA mendapat tahu, dia pun berkata dalam hati: Eh eh, syarikat Singapore ni kaya-kaya, mari kita tekan dia dengan harga tinggi.
Starhub dan mio TV membuat bida bersama (joint bid) untuk World Cup agar harga dapat dikawal. Itupun FIFA tamak-nenek-dia-mati-tertelan-bola-plastik-berkecai-dalam-perut.


Kalau dah tiba waktunya, mereka tak tayang juga di Temasek, terpaksa saya terbang ke KL atau masuk hotel JB nak nonton.
Nasib baikkkkkkk ada jiran :-(