Tuesday, 29 June 2010

Anwar minta maaf dengan Yahud

Bagus si Anwar Ibrahim.
Tentu ada lebih baiknya anda meminta maaf kerana berkasar dengan Yahud daripada meminta maaf dengan sesama Melayu-Islam di negara sendiri.

Beliau baru pulang dari Washington -- rupa-rupanya nak jumpa rakan Yahud meminta maaf kerana 'garang' sangat dalam isu Apco dan demo anti-Israel.

Menurut columnist akhbar utama di ibunegara Amerika, The Washington Post:
He said he regretted using terms such as "Zionist aggression," which are common coin for demagogues like Mahmoud Ahmadinejad. "Why do I need to use it if it causes so much misunderstanding?" he said. "I need to be more careful." 

Begitulah hero Islam yang dinantikan.
Betullah reputation Anwar bercakap dua lidah - di depan satu kelompok beliau kata lain, di depan kumpulan lagi satu lagu lain dimainkannya.
Nasib baik ada akhbar asing dedahkan, baca di sini.

Monday, 28 June 2010

Pelaburan kampus RM300j Singapura di Iskandar

Setapak lagi ke depan?
Kumpulan pelajaran privet Singapour, MDIS (Management Development Institute of Singapore) nak melabur RM300juta di Iskandar.
Buka university-college. Di sini dan sini.



Isu pasir 'seludup' di Johor?
Ministry of National Development Singapore menolak bahawa ada pasir diseludup.
Ada bukti ke? Tak ada, kata agensi pembangunan yang di sebalik HDB dan juga semua jenis construction - di sini dan sini.

Ini selepas cerita The Star, siap dengan gambar-gambar. Juga di sini.

Ini kata sakmongkol - analisa mendalam, sangdiamond!



------------------------------

Nama kucing PM Najib?
Si kiuttttttt (cute) warna oren-putih tu. Gerammmm.
Saya difahamkan nama yang akan dipilih ialah yang dipilih anak.
Leo atau Kiki.
Eeks, so rakyat-jelata one, the name.

Oh well.
Saya sendiri lebih gemar nama Meowtantuya atau Lim Kitty Siang.
Tapi tak apa.
Asalkan bukan Payem, Poyang, Panjang atau Makmu, sudah.

Saturday, 26 June 2010

Sultan Johor mahu projek jambatan dipertimbang semula

Saya di JB pagi tadi (7.30pg dah sampai!) apabila Sultan Ibrahim Ismail menitahkan bahawa kerajaan persekutuan harus menimbangkan semula projek Jambatan di tambak Johor.
Tuanku tidak menjelaskan sama ada mahukan jambatan 'bengkok' atau jambatan penuh dengan Singapura.
Beliau menitahkan demikian semasa melancarkan JB Sentral, pusat pengangkutan keretapi-bas di tepi CIQ Johor (Bangunan Sultan Iskandar).
Hadir di majlis di tingkat 3 JB Sentral itu ialah Timbalan PM Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Abdul Ghani Othman.

Selepas pelancaran, Sultan Johor turun ke bawah pandu sendiri keretapi Blue Tiger KTM ke Kulai.
Saya tak ikut naik train tapi berkereta dengan wartawan lain. Selepas terlajak dan sesat beberapa kali, dapat juga kami berjumpa Kampung Pertanian di Kulaijaya.
Mesra rakyat ialah yang dibisikkan oleh rakyat Johor yang sempat saya interview.
Bertemasya satu kampung di situ, dengan gerai-gerai dan ramai orang di sana.
Tuanku membawa sultanah dan juga anakandanya semua.
Mereka kemudian naik Blue Tiger dan terus ke Kluang, untuk bermalam di sana.
Esok/Ahad, rombongan akan ke Segamat dalam upacara Kembara Mahkota 2010. Program dimulakan tahun 2001 lagi, dengan menaiki Harley beramai-ramai dulu.

Dulu PAS dan Hassan Ali ada program serupa di Selangor. Ceramah lepas tu 'tidur bersama rakyat'.
Dan Pemuda Umno dulu ada program 'Pemuda masuk kampung'.
Ada lagi tak?

Friday, 25 June 2010

Selangor oh Selangor

Kita semua dah baca komplot Azmin Ali, kononnya, nak jatuhkan Menteri Besar Khalid Ibrahim di Selangor Darul DAP. Saya kata konon sebab Azmin dah nafi beliau ada kena mengena atau tahu tentang isu ini.

Darul DAP??? Kan MB ialah orang Melayu dari PKR?
Sama juga dulu PAS megah betul dapat MB di Perak.
Walhal yang lebih banyak kerusi baik di Selangor dan juga Perak ialah DAP.
Ali masih tetap di*babakan. Cuma Melayu PAS dan PKR saja yang bahlul, syiok tak sedar diri.

(*Maaf jika kamu pembaca Cina nak marah. Ini fakta
(Pada saya jika MB seorang Cina lebih baik! Sebab mereka akan go out of their way to please Malay constituents.
(Tanya orang Melayu di Penang - selain yang dari puak Umno - no more nonsense of a few people getting the contracts and no more hanky panky in trying to get licences! CM Guan Eng beri hafiz wang! Dan beri Melayu kontrak lebih banyak!!! Tapi itu cerita di lain masa).


a) KENAPA SAYA SOKONG KHALID IBRAHIM

Beliau cuba bawa imej Selangor ditadbir dengan cara profesional.
Saya dah beberapa kali interview dan hadir dalam press conference beliau.
Semasa bos Kumpulan Guthrie dulu, beliau begitu berani invest di ladang sawit di Kalimantan dan Sumatra, join syarikat milik Cina Malaysia yang bijak, dah masuk sana. Sebab tanah untuk sawit di Malaysia kecil saja.
Lepas tu beliau menjadi MB Selangor, saya sempat ke istana Menteri Besar (dulu Khir Toyo yang besarkan selepas MB lama jatuh) - Ooi.
Sempat saya ngendap bilik di sisi swimming pool (yep, apa kolam renang rumah MB) dan padang rumput fussball. Semua dibuat pakai duit rakyat.
Khalid tak tinggal di situ, hanya digunakan untuk meeting. Maklumlah orang super kaya, ada super giant house di Damansara Heights.

Dan apabila beliau ke Singapore, nak pelajari cara Singapore pulihkan air sungai kotor jadi bersih, saya sempat interview sekali lagi.
Satu fakta yang melekat kepala saya semasa interview tu - beliau nak bersihkan Sungai Selangor, agar dapat projek naik di kiri kanan.
Saya tanya, mana nak dapat duit Tan Sri?
Katanya: Selangor setiap tahun ada revenue dari industri dan sebagainya sebanyak RM1.5 bilion (ulang: BILION). Selepas bayar gaji dan tolak untuk itu dan ini, Selangor dapat untung bersih RM800 JUTA SETIAP TAHUN.
Secara purata, RM66 juta SEBULAN masuk dalam akaun negeri Selangor!!! 

Tapi cara orang tadbir syarikat, dan parti politik dan negeri, lain brader.
Kat syarikat bos boleh ignore apa pekerja kata, boleh sack mereka pun! 'You're fired!'

Tapi jika nak terus jadi MB, kena jaga hati orang politik dan rakyat.
Beliau kata, beliau pentingkan rakyat daripada orang parti politik yang nak jawatan.
Ditadbir secara profesional.


b) KENAPA SAYA SOKONG 'GOLONGAN AZMIN ALI'

Katalah, ahem, cerita ni betul.
Sebenarnya, saya pasti cerita ini betul.
Kumpulan ini marah kerana nak jawatan dalam kerajaan Selangor.
Isu ini sebenarnya dah timbul pun dalam meeting besar PKR beberapa minggu lalu di Kota Baru.
Bukan benda baru.

Mereka kata dah lama kami juangkan parti. Dari zaman Reformasi tahun 1998! 12 tahun dah.
Ada yang kena pukul, tangkap polis, kena blackmark tak dapat kontrak, dibuang kerja, bercerai laki bini.
Kenapa dah berkuasa tak 'kasi chance' pada member sikit?

Lantiklah kami ke jawatankuasa. Kasilah kontrak sikit. Masukkan kami dalam pejabat dan syarikat kerajaan Selangor.

Pada Khalid Ibrahim, ini tak boleh sebab 'kita bukan macam Umno'!
Selangor kini di zaman kerajaan profesional, bukan zaman KKN (kronisma, kolusi dan nepotisma) Umno.

Dari satu segi, betullah tu, jika kamu orang super kaya macam Khalid.
Beliau dan jutawan 50 kali, rumahnya mak oi, saya hidup lima kali belum tahu boleh kumpul harta nak beli KAYU KAYAN yang dibuat hiasan dinding di sekeliling rumah, belum nak beli rumahnya.

Tapi jika kamu golongan Reformasi yang miskin, tak ada kerja tetap, perlukan wang nak sara keluarga setiap hari, ada hutang rumah dan kereta, komplen mereka tu betul.
Kenapa tak beri jawatan agar mereka dapat gaji RM1,500 sehingga RM3,000, misalnya.
Betullah perjuangan parti untuk menaikkan nama negara, membersihkan KKN dan seterusnya.
Tapi kalau tak dapat sesuap nasi, payah beb.

Kamu lihat sendiri - dah ramai orang PKR yang lari. Sebabnya? Kata PKR dan Pakatan: kena suap.
Jika betul, kenapa mudah sangat kena suap?
Jawapannya: Mereka miskin atau tak banyak harta. Nampak RM1 juta, lutut lemah dah. Beli ditambah janji Mercedes lagi.

PKR dan DAP bukan PAS.
PAS janjikan SYURGA!



Jadi saya dapat merasakan kenapa ada yang frust begini.
Cari penyelesaian jalan tengah, brader.
Or lose the state.


c) KENAPA SAYA TAK MAHU UMNO KEMBALI BERKUASA DI SELANGOR


Khir Toyo.
Noh Omar.

Thursday, 24 June 2010

Makin ramai jutawan di Temasek

Data seperti ini menakutkan orang biasa seperti saya.
Lebih ramai jutawan (dikira dalam US$) menetap di Singapoora.
Bukan jealous ke apa, yang saya khuatir ialah jurang kaya-miskin.

Walaupun bagus jika ramai orang kaya ialah mereka ada spending power, yang dikhuatiri ialah orang di bawah akan frust sebab tahu tak akan dapat kejar untuk kurangkan gap itu.
Yang diharapkan ialah yang kaya ini juga ialah job creators - orang business yang akan employ ramai pekerja.
Tapi menurut pengetahuan saya (saya tak ada fakta cuma cakap kosong) ramai di sini yang kaya adalah pekerja profesional di syarikat MNC (banks, syarikat pengeluaran dan juga syarikat serantau yang berpusat di sini - baik mereka warga Singapore atau Foreign Talent).
Yang lain adalah hanya penduduk tetap - mereka warga luar yang ada anak sekolah di sini, jadi ambil PR.

Nak tahu Singapore ni ramai orang kaya atau tidak, senang saja.
Duduk di tepi jalan Orchard atau Raffles Place (pusat kewangan) dan kira berapa banyak Ferrari-Lambo, Maserati dan Aston Martin yang berlalu.
Kat sini orang dah tak main Merc, Beemer, Lexus - ramai sangat yang dah ada.
Semasa 1996 atau 1997, kereta paling laris di Singapore ialah Mercedes! Bukan Proton atau Toyota.
Dan hanya dua hari lalu, akhbar saya melaporkan, Merc kini kereta kedua paling laris selepas Toyota - di sini.
(Toyota ialah kereta paling laris di sini. Untuk orang Singapork, Altis seperti Myvi di Malaysia - almost everyone drives one. Di syarikat saya, Altis ialah transport car untuk bawa wartawan ke assignment, sedangkan di KL, Altis ialah middle-class car).

Saya khuatir bahawa rakyat Singapore sangkut di tengah-tengah.
Di atas warga kaya yang tak ambil pusing tentang orang miskin, sebab mereka tinggal di condo mewah, makan di restoran mahal, shopping di Orchard dan luar negeri.
Yang di bawah ialah FT dari negara miskin yang 'mencuri' kerja orang biasa, dan menekan gaji pekerja blue-collar warga Singapoora.
Di negara lain, masalah besar ialah ramai sangat orang papa. Di sini, terbalik pula.

Tapi janganlah mengeluh panjang sangat. Belajar dan kerja kuat, kamu juga boleh jadi macam yang diatas.

Wednesday, 23 June 2010

You bomb me, I bomb you (?)

Faisal Shahzad, the Pakistani-American who wanted to blow up Times Square with a car bomb, was in court on Tuesday.
See here, here and here.

"Did you look around to see who they were?" Judge Miriam Cedarbaum asked him of his potential victims.
"Well, the people select the government," Shahzad said. "We consider them all the same. ..."
"Including the children?" the judge demanded.

"Well, the drone hits in Afghanistan and Iraq, they don't see children, they don't see anybody," Shahzad fired back. "They kill women, children, they kill everybody. It's a war, and in war, they kill people. They're killing all Muslims."
"One has to understand where I'm coming from," Shahzad told the judge. "I consider myself ... a Muslim soldier."

'I want to plead guilty 100 times because unless the US pulls out of Afghanistan and Iraq, until they stop drone strikes in Somalia, Pakistan and Yemen, and stop attacking Muslim lands, we will attack the US and be out to get them.'


Amerika pandai. Dia datang negeri orang, bunuh sembarangan, lepas tu apabila kena bom di negara dia, dia pusing balik dan kata - Eh ini terrorist.
Tak tahulah betul ke tidak apa yang dikatakan mamat ni menurut syarak. Tapi kita kasi point dia pandai jawab balik ler.
Eh kat ofis PKR pun ada Paki-Amerikan bernama Aasil Kazi Ahmad ....

Tuesday, 22 June 2010

Wartawan top Indonesia pulangkan anugerah



Saya berkesempatan mendengar ceramah oleh wartawan yang disegani di Indonesia, Goenawan Mohamad, apabila menyertai satu program di Jakarta pada penghujung 2008. Blog beliau di sini.

Dalam ceramahnya, beliau bertutur satu persatu, slow and steady, menjelaskan isu dan menjawab soalan.
Jauh bezanya dengan wartawan sure heboh dan hi-hi-bye-bye yang kita selalu jumpa (Macam aku!).
Apabila beliau masuk bilik meeting itu di hotel glam Mulia Senayan, ada kira-kira 50 wartawan dari Asia Pasifik. Saya lihat yang kira-kira 10 dari Indonesia begitu hormat dengannya.


Beliau disegani kerana berani menentang bekas diktator Indonesia Suharto dulu, sebagai bos majalah berita top di sana, Tempo.
Kini tempo ada news website - sini.

Masa Suharto tu, siapa yang menentang kadang-kadang terus 'lenyap' tak dijumpai lagi. Beratus-ratus orang, katanya, telah hilang begitu saja, sampai sekarang tak ditemui, termasuk pemimpin pelajar universiti.
Berani betul mereka yang menentang pemerintah pada zaman itu.
Pak Goenawan, 69 tahun, ialah antara nama di depan gerakan reform dari dulu - iaitu negara besar ini harus diperbaiki dari zaman kronisma dan perampok politik dan korporat.

Pada 2007, Pak Goenawan mendapat anugerah besar di Indonesia yang dibiayai oleh businessman besar dan ahli politik gede, Aburizal Bakrie.
Aburizal bos konglomerate Bakrie Bros dan juga pengerusi parti politik Golongan Karya (Professionals Group), Golkar - bekas parti Suharto.

Aburizal juga pribumi paling kaya di Indonesia.
Malah, menurut Forbes, beliau Indonesian terkaya.
Malangnya, beliau juga dituduh oleh bekas Menteri Kewangan Indonesia Sri Mulyani Indrawati sebagai orang yang anti-reform. Cakap mudah: financial reform dan political reform di Indonesia diblock, kononnya, oleh Aburizal, sebagai pengerusi Golkar, sebuah parti dalam coalition yang memerintah Indonesia.


Kini, Pak Goenawan kata baik saja saya pulangkan anugerah ini. Baca di sini dan sini.
Tamparan hebat kepada orang kaya.
Tabik!

Lepas tu, Pak Goenawan tembak:
“For me, he's a political and business figure who has done a lot of violations.”
Ouch.

Para wartawan ni tak banyak kekayaan kami.
Tapi jika berani buat begini kita tabik!.
Sebab biasanya, wartawan di Singapore, bukan di Malaysia ya, mudah di'kawal' dengan harta, pangkat dan gaji besar.

Duit Felda & penjelasan kerajaan

Kerja jadi wartawan ni kadang-kadang payah sungguh sebab orang politik bengap.
Benda yang mudah, tapi kerana mereka TAK PANDAI jelaskan, jadi rumit.

Atau benda yang tak ada apa-apa sangat, tetapi sebab mereka LAMBAT jelaskan, jadi skandal besar.

Lebih rumit lagi apabila ada orang kerajaan, sudah tukar daun, lalu menyerang kerajaan, tapi pihak kerajaan s l o w nak respond.

Tentang isu Felda ni - macam mana wang Federal Land Development Authority ni boleh hampir habis, tapi kerajaan tak pandai menjelaskan.
Jika dulu RM4.5 bilion kini hanya tinggal RM200 juta saja.
Hairan kan?

Ini serangan oleh bekas timbalan menteri tanah. Juga di sini.
Perkara serious ni beb.
Ini bukan Anwar atau Kitty Siang (nama kucing PM Najib?) atau Hadi serang.
Ini luahan bekas orang dalam (dari Gerakan), jadi orang luar tentunya lebih berfikir: Eh jika orang dia sendiri pun dah attack, pastinya betul (Beliau dah join PKR, dah dapat bini baru).

Lepas tu ditambah oleh penyokong PAS di sini.
Jika nama PM sendiri dah kena serang, kamu dalam kerajaan tunggu apa lagi?

Apa yang telah dijelaskan di Parlimen oleh Ahmad Maslan (timbalan menteri di JPM) di sini.

Lihat video youtube di sini - beliau jawab dari segment 6.40min.

Maaf kata, pada saya, tak patut hanya campak number-number besar - kasilah breakdown dan kasi data itu pada wartawan semua dan blogger.
Bagus tu ada video ni - biar semua lihat.
Kasi lagi bertubi-tubi biar orang faham. Jika betul tak ada apa yang nak disembunyikan.

- Replanting fund RM2bilion (over what period? diberi di skim Felda mana? siapa yang handle ni semua? kenapa dulu tak ada pakai sampai RM2bil tapi duit dah banyak dibelanja begitu banyak?),
- isu bangunan HQ Felda baru (berapa banyak dah dibayar, bangunan ni dah berapa peratus siap? kenapa buat di tengah bandar bukan di tapak asal lebih murah Jalan Semarak? kenapa diberi kontrak pada syarikat Naza, tak ada tender - adakah harga ni lebih murah daripada jika ditender? isi bangunan akan disewa agar dapat tambah aset Felda?)
- Saya nak tambah - kenapa buat Hotel Felda ni banyak-banyak? Saya nampak di Kuala Terengganu minggu lalu - besarnya bangunan! Apa strategi dan pemikiran di belakang projek ni? berapa dah dibuat, dibelanja? apa hasil? hotel occupancy? Maaf kata, pada saya, ini nampak macam project for the sake of project. Kalau nak kata mahu naikkan hotelier bumiputera, kan dah ada Seri Malaysia? Jadi kenapa ada pula hotel-hotel Felda ni?

Tentang isu rakyat di bawah ini (baik kisah FT dan pekerja blue collar di Singapore, atau Felda di Malaysia) saya marah sungguh jika saya rasa orang miskin permainkan.

Baik di Singapore (Orchard Road banjir, security problem di MRT) atau di Malaysia, mahupun di Iran dan China, gone are the days when a Cabinet minister says something, maka kita semua kata: Betul datuk, kami percaya!
Zaman internet ni, rakyat tanya balik.
Untuk Felda  - mungkin ada baiknya bawa dan tunjuk wartawan di mana RM2 bil replanting scheme di telah dijalankan, di mana RM600 juta pinjaman buat rumah tanpa riba ni dah dijalankan, bawa ke tapak Felda HQ dan tunjuk progress pembangunan dan data asset dah naik harga.
Banyak kerja, tapi kata nak lawan fitnah pihak musuh.
Kalau penjelasan baik, orang akan hormat kerajaan dan bekas menteri itu malu besar dan PKR nampak bodoh. Kata nak lawan musuh politik?

Sama juga dengan Singapore - orang masih marah dengan isu Orchard banjir dan security lapse di MRT dan issue Foreign Talent ni. Dah tak boleh buat dunno, dan harap rakyat akan terus undi kita.
Kena pujuk hati rakyat kembali. Itulah fakta politik 21st Century.

Saturday, 19 June 2010

Cerita-cerita panas dari Temasek

1) Gereja besar disiasat

Di Singapore, seperti di Malaysia dan Indonesia, kumpulan yang tumbuh paling cepat ialah gereja Kristian.
Mereka rajin bekerja. Dan mereka pandai minta derma. Orang beri derma berjuta-juta bila paderi minta untuk membantu dakwah mereka.
Kumpulan gereja yang paling besar, born-again, ialah City Harvest Church.

Mereka begitu kaya sehingga baru-baru ini membeli sebahagian daripada Suntec City (big exhibition centre macam PWTC lah gitu) kerana nak gunakan dewannya untuk Sunday service.
Pelaburannya? S$310 juta! Mak oi, RM680 juta.
Ini selepas membangunkan gereja S$48 juta.

Untuk orang luar seperti saya, maaf kata, pelik juga lihat gereja ni.
Ia bukan gereja biasa yang kita faham - yang ada bangunan 'berbentuk gereja' seperti Catholic church dan ada paderi yang berpakaian seperti yang kita faham paderi pakai.
Ketua mereka, Pastor Kong Hee, ada BMW, tinggal di kondo mewah, rambut blonde dan pakaian groovy.
Isterinya terkenal, penyanyi berpangkalan di Amerika yang kadang-kadang berpakaian menjolok mata! Ho Yeow Sun atau Sun Ho akan mengeluarkan album baru di Amerika tak lama lagi.
Ini gereja terbesar di Singapore, ada 33,000 members.


Sama seperti di mana-mana pun, jika polis nak menyiasat gereja, masjid atau kumpulan agama, ia perkara yang begitu sensitif.
Tapi jika rasa ada kes, kena masuk juga dan periksa.
Polis Singapore dah mula periksa buku mereka. Dah 20 orang ditanya dan pejabat mereka telah pun diserbu pegawai pemeriksa dari Commissioner of Charities dan Commercial Affairs Department.
Baca di sini (banyak gambar), sini, sini dan sini.

Ini bukan pertama kali COC dan CAD masuk campur dalam ehwal badan agama. Pernah badan Buddhist diperiksa.
Dan kes terbesar ialah Singapore's biggest charity, National Kidney Foundation, sehingga jadi skandal besar yang memalukan pemerintah.

Masjid dan badan agama Islam di sini? Belum pernah kena serbu, sebab tak ada duit kot. Kahkahkah.
Lagipun di negara Singapoora, umat Muslim semuanya diwajibkan membayar derma masjid, Mosque Building and Mendaki Fund, dari gaji kami. Boleh opt-out jika tak mahu duit gaji dipotong untuk buat masjid.
Jika tidak, setiap bulan, secara otomatik, gaji dipotong.
Misalnya, jika gaji anda S$1,000 dipotong $2, jika $5,000 dipotong oleh majikan $8. Nak suruh potong lebih atau kurang pun boleh.
Jadi masjid baru yang kamu lihat di sini, semua dibina oleh duit dari 400,000 orang muslim yang *"terbongkok-bongkok" dengan kaum Cina.
(*Baca @@ di bawah)


2)  Paderi Kristian hina Taoist, minta maaf

Saya pernah tulis beberapa kali, di Temasek Darul BanjirKilat ni don't play-play tentang agama dan bangsa. Hina agama lain atau bangsa lain di Internet pun, polis akan cari - sini dan sini.
Boleh kena tangkap, atau sekurang-kurangnya warning keras oleh polis.

Ini untuk protect agama lemah di sini (seperti umat Islam yang tak pandai melawan) dan agama yang tak kacau orang (seperti Buddha dan Taoist).

Di negara lain, jika ada orang menghina bangsa dan agama, nanti ada group politik sama bangsa-agama yang akan kata 'OK what! Teruskan'. Sebab nak berkuasa, hina bangsa-agama sendiri pun tak apa.
Makinlah orang kurang ajar. Pelik!

Kini, di Pulau kecik ini, seorang lagi paderi Kristian baru kena warning dan kena minta maaf.
Paderi dari gereja kedua terbesar di sini, New Creation Church, ada video beliau menghina penganut Tao.

Polis Singapork kasi warning, menggelacat beliau minta maaf, sebab kalau tak mahu bertaubat, kena sumbat dalam penjara.
Baca di sini, sini dan sini (response pembaca panas).

Terima kasih polis, jaga umat dari dihina.
Tak apalah jika Dr Mahathir kata, bahawa orang Melayu Singapork ni @@"terbongkok-bongkok" kepada kaum lain sebab lemah. Sekurang-kurangnya Tuan kami jaga juga kebajikan hambanya.



3) Lagi isu Foreign Talent (FT)

Saya tulis panjang lebar di sini mengenai isu FT di Singapore, isu yang ramai percaya akan menjadi isu besar dalam pilihanraya umum, tak lama lagi (mungkin tahun ini pun! Atau selewatnya awal tahun depan, kata orang).

Ramai rakyat Singapore tidak marah kepada pemerintah dan GLC (syarikat milik pemerintah) kerana ambil omputeh dan orang asing jadi kepala syarikat besar.

Baik DBSBank (bank terbesar di Asia Tenggara, sebuah GLC), Singapore stock exchange SGX, Neptune Orient Lines (antara syarikat perkapalan terbesar di dunia, GLC), dan banyak lagi, semuanya ada mat salleh sebagai CEO.
(DBSBank kini diketuai oleh banker berasal dari India yang pernah bekerja di Malaysia dengan Citibank, Piyush Gupta. Kini beliau jadi rakyat Singapore).

Dan syarikat-syarikat besar lain di sini - OCBCBank, cable TV firm Starhub dsbnya - semua ada kepala mat salleh atau orang asing.

Itu semua orang tak kisah sangat, sebab mereka pun tak layak nak apply.
Yang orang marah ialah pekerja biasa yang juga diimport - seperti pekerja restoran, pembersih jalan dan salesgirls - kerana menjejas peluang pekerjaan orang biasa.
Takut juga saya - nanti saya dah tua, nak kerja di Macdonalds atau bersihkan jamban pun tak boleh, sebab dah ramai FT blue-collar ini.

Tapi hari ini saya terkejut.
Seorang pegawai tinggi yang rapat dengan pemerintah Singapore, Peter Seah, berkata: Kenapa kita nak terus ambil orang asing sebagai CEO? Rakyat Singapore pun tentu ada yang mampu jadi kepala syarikat besar.
Baca di sini dan sini.

Wow.

Seah ni pengerusi DBS Group (pemilik DBSBank), member Temasek Advisory Panel dan pengarah Government of Singapore Investment Corp (GIC).
(Singapore ada dua sovereign funds - yang terkenal ialah Temasek Holdings. Yang lagi satu ialah GIC).
Seah ada suara dalam kedua-dua syarikat khazanah negara. Maknanya ini mungkin strategik shift pemerintah, sebab dah nampak rakyat marah dengan FT.

Yang lebih penting, if you ask me, saya rasa pemerintah takut jika kamu beri signal omputeh saja pandai, orang berpelajaran akan kata: OK, fine.
Mereka akan lari (dah ramai pun lari!), cari kerja di Australia, Eropah dan Amerika, tak akan balik. Sedangkan omputeh ni, esok ekonomi lemah, depa lari, mereka tak loyal kepada Singapore, hanya kepada wang.

Tapi yang lebih penting bagi orang semakin tua seperti saya dan untuk kaum Melayu di sini, ialah penyekatan pekerja asing gaji rendah.
Agar gaji orang di bawah tidak terus tertekan akibat pekerja kedai kopi dari China, salesgirl dari Filipina, pekerja pembersih dari Sabah dan pekerja construction dari Bangladesh.

Rakyat lagi marah beb, you don't play play kerana pilihanraya semakin dekat.

Friday, 18 June 2010

Mari kita namakan kucing PM Najib!

Susah beb nak dapatkan nama yang baik untuk kucing kesayangan kita.
Semasa kecik di sebuah kampung West Coast Road, Singapore, saya ada kucing yang saya namakan Payem.
Nak panggil dia kucing SIAM (walhal kucing kampung), tapi yang keluar Payem. Budak kecik lah katakan, baru 10-12 tahun.

Adik saya ada yang kucing yang nak dinamakan SAYANG, tapi kami semua panggil Poyang.
Mujur adik saya yang lebih muda dapat panggil nama kucingnya dengan nama yang tepat - kucing ni panjang, lalu dinamakan Panjang.
Ibu ketiga ekor kucing ni kami panggil Makmu.

Kamu jangan tanya kenapa dan mahukan logical explanation. Ini cerita masa kecik di kampung di mana satu kampung kongsi sebuah jamban di atas sungai kecil.
Ini cerita pelik tapi benar - Payem, Poyang, Panjang dan ibu Makmu. Jangan senyum.

Kemudian, semasa semua rakyat Singapore kena pindah tinggal flat dan kampung dipecahkan, sekitar pertengahan 1970s, kucing saya hilang semuanya.
Lepas tu di flat di Holland Drive, ibu saya (seorang amah) diberi seekor kucing Parsi oleh omputeh tuannya. Nama kucing itu Buffy. Putih macam kapas. Garang sakan, dia suka cakar orang.
Ini pun hilang apabila dipinjam adik saya.

Sayang, gambar kucing lama saya tak ada - zaman dulu mana kita orang kampung mampu beli camera?
Yang gambar Buffy pula ada tertinggal dalam sebuah album di KL. Saya ni di Temasek Darul Banjir.


APA NAMA....

Jadi sekarang apa kita nak namakan kuch PM Najib ni?
Visit his blog to add your comment and name of the cat here. So kiuttttttt (cute) kuch tu eh! Gerammm!

Nampak macam kuch pompuan. Apa kata kita namakannya:
1) Seri Pahang?
2) Gucci?
3) First Lady? (Can or not?)
4) Wan Azizah?

Jika kuch jantan, hmmm, maybe kita namakannya:
1) RakyatdiutamakanPencapaiandidahulukan?
2) Wan Malaysia?
3) Marc Jacobs?
4) Anwar?

Apapun, anda dijemput namakan kuch ini. Kesian dia tak ada nama, nanti jadi macam team bola saya semasa saya di sekolah rendah dulu.
Ketua team kami kata, nama team kami ialah: No Name.

Imagine the conversation.
Brader, what's your team's name?
No name.
So your team doesn't have a name.
No it has. It is called No Name.
So your team doesn't have a name then, since it has no name.
It does....

Thursday, 17 June 2010

The best World Cup games guide

Easy to use.
When you want to check when your team is playing, against whom.

Click here.

Malam ni karang, team saya, Argies, lawan.
Kelmarin depa lawan, fancy sey.

Siapa boleh lupa gol Maradona pada World Cup 1986.
The best goal ever of the Cup, kalau tanya saya.
Tapi rupa-rupanya, Messi pun pernah score seperti itu untuk Barcelona. Wooi.
Lihat clip ini.

Tak kata bohong.
Saya pun pernah gelecek secantik itu.
Masa tu main bola dengan anak-anak. Yang jantan 10 tahun, yang pompuan 7 tahun. Di car park kereta depan rumah.

Dua tahun kemudian, masa main bola bersama, anak jantan saya declare: 'We can't play football with you anymore. You run out of breath too quickly, old man.'
Baru tersentak sedar aku dah tua.
Itu 12 tahun lalu! Heehee.


TAMBAHAN 10mlm

Ah kan! Argies dah bantai mamat Korea 4-1.

Wednesday, 16 June 2010

Antara istana, bangunan Parlimen & pelajar

Nak buat istana baru, RM812 juta.
Nak buat bangunan Parlimen baru di Putrajaya, RM800 juta.
Nak bangunkan lapangan terbang Sungai Besi kepada bandar baru, berbilion.
Dan walaupun dah banyak highway, expressway, nak bina lebih banyak lagi lebuhraya, RM15 bilion (see 'First' item on list - some of the projects won't be financially viable, if you ask me!).

Nak hantar 1,500 anak bijak belajar di luar negeri, errr duit tak ada.
Lebih baik mereka belajar di Malaysia saja, agar tak jadi brain-drain, kata Nazri Aziz.
Pulak.

- Jika setiap anak yang dihantar ke luar negara itu di tanggung sebanyak RM1juta pun, jumlahnya adalah RM1.5 billion setahun.
Mahal sangat ke?
Kalau untuk tempoh 5 tahun pun, hanya RM7.5 billion. Tak boleh tangguhkan projek Istana baru atau Parlimen baru ke?

- Jika mereka lari tak mahu kerja di Malaysia, salah ke? Kan bagus, mereka dapat pengalaman yang akhirnya akan dibawa ke Malaysia? Walaupun 10 tahun akan datang.
Bagaimanapun, saya harap Datuk Seri Nazri dapatlah keluarkan statistik berapa ramai pelajar bijak ini yang tak mahu balik setelah habis belajar.
Dan kenapa kerajaan tak dapat 'paksa' mereka balik - tak ada sign contract ke apabila mereka pinjam duit kerajaan (itu duit pembayar cukai oi, kamu kasi free? Tanpa sekatan dan perjanjian?)

- Semasa mengunjungi Amerika tempoh hari, ada satu cerita pelik yang rusa Geylang nampak tapi belum diceritakan.
Saya suka masuk toilet-toilet di Amerika!
Kenapa? Saya nak lihat, omputeh ni pembersih ke perosak jamban macam kita di Malaysia dan Singapore.
Wooi, malu saya.
Dalam tandas mereka, ada special U-shaped toilet seat cover disiapkan di banyak jamban - agar tak rasa geli bila duduk. Dah pakai boleh buang - gambar di sini dan sini.
Di jamban lain, ada revolving toilet cover dibuat daripada plastik. Gambar di sini.

Sebelum anda parking kat situ, wave saja depan mesin tu, plastik baru akan pusing masuk, jadi tempat duduk sentiasa bersih!

Kalau benda ni dikenalkan di jamban Malaysia atau Singapork, saya pasti kena curi! Hahaha.
Apapun, kenapa saya cerita tentang jamban? Apa linknya dengan pelajar bijak?
Mudah saja: Rusa Geylang dalam dua minggu nampak benda-benda pelik di US yang saya dah cerita panjang sampai orang muak.

Jika anak kita disponsor belajar bertahun di negara orang (UK, Australia, Eropah, US), tentu banyak benda baru yang dapat dipelajarinya. Isu dan cara hidup yang tak akan beliau nampak di UiTM, UM, UKM dan seterusnya.
Bukan sebab universiti tempatan tak bagus, tapi sebab banyak isu sampingan yang boleh dipelajari dibawa pulang.

Jika khuatir mereka lari, tentu apabila nak sign kontrak biasiswa tu boleh diperketatkan.
Suruh mereka bawa ibubapa dan lawyer, sign depan KAMERA dan suruh mereka buat Akujanji depan kamera dan peguam - saya ambil wang RM1 juta daripada pelajaran nak belajar acturial science di University Michigan, atau di mana pun, tapi akan balik bekerja di Malaysia dalam tempoh xx tahun selepas graduate.

Saya takut jika semua belajar saja di Malaysia, pengalaman hidup mereka terbatas. Idea baru tak tercetus sangat.
Istana, Parlimen, highway dan benda lain tu, tangguh sudahlah. Jika negara dipentingkan. Maaf kata, ini pendapat peribadi dari orang menumpang.

Invest in filling up brains with ideas.
Not in empty buildings filled with empty minds.

----------------------------

TAMBAHAN 7.45MLM 

Pagi tadi, hujan di Singapork sungguhhhhhhh lebat.
Macam nak rak kata orang. Nasib baik saya tak kerja.
Dari subuh sampai 10pagi lebat giler. Tak tahu hujan mula jam berapa.

Maka perkara ajaib pun dah berlaku: Orchard Road banjir! GAMBAR dari website The Straits Times. Banyak lagi di sini.
Mampoi orang marah dengan pemerintah.
Selalunya jika lebat pun, yang banjir hanya satu tempat di Bukit Timah - the lowest part of Singapore. Ini apa pasal Orchard boleh banjir! Di depan Borders book store dan CK Tang (Marriott Singapore).
Buat malulah lu orang.
Tak pandai korek longkang.



Kena buat macam KL ada SMART - phwee-weet. Stormwater Management and Road Tunnel. Bila tak hujan collect toll. Bila hujan, jalan jadi longkang. Tabik!

Tuesday, 15 June 2010

Kuala Terengganu & zaman internet

GAMBAR di Ri-Yaz resort (kawasan Monsoon Cup) - bot Batman? Lihat di kiri ada orang nak turun, kecil saja dia. Besau bot ni! Batman pun datang Ganu nak beli songket! Maaf gambar kelabu sebab camera sejuk baru keluar kereta, lalu lensnya ada 'kabus'. Baca komen saya di bawah posting ini (komen No.16).
POSTING AWAL

Selesai muktamar PAS di Kota Baru hari Ahad, saya dan seorang rakan wartawan dari KL check-out dari Hotel Renaissance pada 5pagi. Ya, 5pagi. Kiasu giler.
Kami berteksi ke Kuala Terengganu, aka Kay Tee.
Ini kerana di bandar lahirnya Masjid Kristal dan tempat tinggal hartawan besar Idris Jusoh, sebuah kumpulan bernama Gertak telah menjemput Dr Mahathir untuk berucap Isnin (semalam). Topik: Kueh Bangkit, oops Melayu Bangkit.

Tiba di situ 7.30pagi, kami singgah di penthouse pemain Liverpool di KT. Beliau juga bekerja sebagai wartawan di bandar itu. Tumpang beg dan laptop. Lepas tu gi sarapan dan kemudian ke indoor stadium KT untuk program Melayu Bangkit.

Tak ramai yang datang. Bagaimana saya tahu?
Wartawan selalu dituduh salah kira crowd yang hadir di majlis politik atau demo. Anda sendiri pernah membaca - Jika demo, misalnya nanti ada blogger tulis 10,000 hadir, website berita kata 5,000, agensi berita tulis 4,000 dan akhbar tempatan 2,500 orang saja.
Jadi bila di majlis dalam dewan, saya selalu mengira berapa kerusi yang ada di situ sebelum majlis bermula.
Di stadium tertutup tu ada 7,000 capacity (fixed seats around the terraces). Tapi pagi tadi, banyak kerusi di letak di tengah gelanggang. Saya kira tadi ada 33 buah kerusi dari hujung kiri ke kanan, dan 55 kerusi dari belakang ke depan. Jadi 33 x 55 = ada 1,815 kerusi di gelanggang.
Setengah jam selepas Dr M berucap, kira-kira separuh kerusi ada 'penduduk', dan di bahagian fixed seats dalam stadium tu ada kira-kira 100 lagi pengunjung.
Jadi total 1,815 bahagi dua + 100 = 1,000 hadir.

Pada saya, majlis itu satu failure dari segi yang hadir.
Takkanlah masa cuti sekolah, Dr M dijemput, dah diwarwarkan satu Malaysia, yang datang 1,000 orang saja. Mana geng Pekida (yang datang sikit) dan Umno satu Ganu?

-------

Dah selesai majlis, kami makan lunch jap, lepas tu check-in ke Hotel Primula.
Kali terakhir saya ke KT ialah pada pertengahan 2003 apabila Dr M nak retire (beliau bersara pada Oktober 2003) dan PAS masih memerintah 'Ganu Kite, Hok Kite'.

Dah tujuh tahun tak datang.
Bandar KT sama saiz saja! Masih XS, extra small. Heehee.
Kota Baru, tanpa duit wang ehsan, dah semakin besar.

Bulatan Penyu di Kay Tee dah lama hilang, diganti dengan Bulatan Batu Bersurat.
Tak lama lagi saya pasti akan diganti dengan Bulatan iPad kot.

Bandar nampak bersih - very good. Lebih bersih daripada KB. Itu bagus. Tentunya sebab kerajaan ada banyak wang minyak lalu mampu employ pekerja pembersih yang ramai.

Oops saya silap rupanya - Dah lebih banyak bangunan di KT - termasuk yang membazir duit rakyat seperti Masjid al-Keristal dan Taman Tamat-dun Islam.
Dan projek-projek di tapak Monsoon Cup al-Badawi. Habis duit rakyat daripada wang petroleum dikerjakan.

YANG SEDIH: Kenapa, why oh why, hotel milik kerajaan Terengganu al-DuitBanyak ni masih seperti hotel yang saya tinggalkan tujuh tahun lalu!?!?!

Marah betul saya di Primula ni. Bilik masih zaman lama - furniture lama, TV lama, toilet zaman P.Ramlee dan bocor.
Masa saya nak check-in ada satu guest sedang mengamuk sebab air toilet dalam biliknya berwarna coklat, macam mana beliau nak mandi dan masak air? Nak minta pindah bilik.

Yang paling sedih untuk saya ialah hotel itu TIDAK ADA internet dalam bilik. 'Ada wi-fi di lobi, encik'. Aaaaaaaaaaaaaaah! Apasal!?!?!?
Macam mana aku nak tulis story, hati menjerit.
Para wartawan, selain menulis cerita harian dalam office hours, suka kerja dan membaca online sekitar dini hari sebelum dia tidur. Sebab kadang-kadang dapat inspirasi nak tulis lewat malam. Untuk saya, ada blog lagi.
Sebab tu tak dapat berblog semalam. Kini saya ni di Lobi, bingit ramai orang, nak hantar blog.
Saya tulis story semalam pakai Blackberry.

A decade into the 21st century, in a state overflowing with oil money where billions have been lost on stupid projects, no one thought of upgrading the state-owned hotel to attract more tourists?
No one at least thought of putting in internet connections for each room?
OhmyAllah!

And now they dare have direct Singapore-KT flights!
Luckily most Singaporeans go straight to offshore islands, else they would scream! Singapore is like the highest interconnected country in Asia after South Korea, so a hotel with no internet connection is like a room without a jamban, brader. Lu orang buat malulah.

Tak boleh ke ada orang bijak sikit berfikir nak cari pelanggan dan pelancong? Ini kan projek besar dapat sapu duit juga?

Di Hotel Ren di Kota Baru, mahal oi internet di bilik. RM52 untuk 24jam. Tapi tak apalah. If someone wants to use it, let him pay for it.

Saya diberitahu, hotel besar lagi satu di KT, Grand Continental, pun tak ada net di bilik.
Saya bertanya di Permai Inn, hotel besar juga. Hanya wi-fi di lobby.
Cuma ada hotel kecil di sini yang ada net di bilik. Yay!!! Saya tahu sebab saya masuk dan bertanya.
Nama hotel berinternet ialah MingStar hotel dan MingStar Paragon. Kecik je, terletak antara Primula dan Grand Conti. So now you know where to stay if you come to KT to work like me.

Baik kasi PAS menang kembali di Terengganu sudah. Sekurang-kurangnya apabila PAS berkuasa, duit ehsan berbilion dollar dia tak dapat, jadi ada sebab tak upgrade hotel atau buat projek membazir.
Ya, saya ke masjid kristal dan taman tamadun untuk pertama kali. Membazir besar.
I am not impressed. I am ashamed at this sheer wastage dalam negeri banyak orang miskin. Masjid dijadikan museum untuk orang ooh-dan-ahh, bukan untuk beribadah atau cari ilmu. Islam Umno lah ni. Ah kan aku dah marah.

Maaf, jika kamu sokong Umno.
Saya marah betul jika lihat orang membazir begini, lepas tu pusing belakang dan kata - Kita mesti sokong Umno sebab Melayu ramai masih miskin. Masih tak berpelajaran.
Itulah yang dikatakan di stadium oleh Dr M.
Tapi bila ada wang berjuta, kenapa tak di jaga? Dibuang begitu saja?
Tak apalah, negeri kamu.

PSST. Nasib baik nampak batik cantik. Sejuk sikit hati. Tak beli pun tak apa - sebab nampak kesenian Melayu masih segar.
Datanglah Ganu Kite - boleh lihat pembaziran dan kesenian halus pada masa yang sama.

Saturday, 12 June 2010

Pemimpin PAS ramai sokong Brazil (?)

Dah penat buat cerita 'biasa' tentang politik, Khamis malam saya dan semua media dijemput makan malam dengan pemimpin PAS di Kelantan Trade Centre.
Saya beritahu bos, saya nak buat cerita World Cup, nak tanya pemimpin parti Islam ni.


Terkejut para pemimpin PAS apabila saya kata 'Datuk/YB, saya tak nak tanya isu Umno-PAS malam ni. Saya nak tanya siapa agaknya akan menang World Cup.'
Ramai yang terbahak ketawa, ada yang tersenyum. Cuma timbalan presiden Nasharudin Mat Isa saja yang tak senyum, mungkin kerana beliau takut ada perangkap soalan Umno...


Ini ceritanya yang keluar di akhbar saya Sabtu tadi:



 PAS chiefs make their World Cup picks


KOTA BARU, Kelantan: Leaders of Parti Islam SeMalaysia (PAS) are united in wanting to kick the ruling Barisan Nasional coalition out of Putrajaya, but there is little consensus on who should rule the football world.    
  The Straits Times asked 10 top party leaders - all members of the decision-making PAS central committee, including the deputy president and two of the three vice-presidents - to name their favourite cup team.    
  Brazil came up tops, winning the backing of five leaders. Even then PAS central committee member Muhammad Sabu, while picking Brazil, said that he likes Argentina too because “they have a mad coach” in Diego Maradona.
  MP and PAS Women’s wing leader, Dr Lo' Lo' Ghazali, has the same opinion of the samba kings of Brazil as many fans around the world.
  “They are very skillful and they play a beautiful game,” she said.
  Two of the party leaders chose England, though. 
  One each back France and Spain.
  Only deputy president Nasharuddin Mat Isa said he does not follow football.     
  Vice-president Salahuddin Ayub could not help but be political when asked why he supports Brazil. “PAS has to play a beautiful game like Brazil,” he said. “Never mind if you don't win, people will still remember you.”    
  The three-day PAS annual convention officially opened yesterday (fri), the same day the World Cup starts in South Africa. PAS organisers heaved a sigh of relief that the games start in the evening, well after the annual meeting ends.
  To feed World Cup fever, the leaders of the 1-million-strong party approved the setting up a giant screen outside the big hall where the muktamar (convention) is being held.
  Dozens of stalls have also been set up in the same area, selling everything from political videos to food to clothes to add buzz to the muktamar.
  Deputy secretary-general Takiyuddin Hassan, an England fan, said the party is airing World Cup games at the convention because “PAS people also love football”.
  In his Kelantan constituency, assemblyman Husam Musa also put up a big screen so young people can gather and watch the games.
  But it will come with a message following a controversy over the apparent issuing of a sports betting licence to a local company that was later rescinded by the Malaysian government.
  Datuk Husam said those who watch Cup games on the big screen will be told: “Football is okay. Football betting is not okay.”
  REME AHMAD

-------------------------
Dr Lo' Lo' Ghazali, pemimpin Dewan Muslimah - Brazil
Datuk Mahfuz Omar, naib presiden - Brazil
Datuk Hassan Ali, bekas naib presiden - Brazil
Salahuddin Ayub, naib presiden - Brazil
Muhammad Sabu, penceramah panas - Brazil, juga Argentina.

Datuk Kamaruddin Jaffar, bekas set-agung - England
Datuk Takiyuddin Hassan, timbalan set-agung - England.

Datuk Amiruddin Hamzah, exco Kedah - Spain.

Syed Azman Terengganu, bekas set-pol Hadi Awang - France.

Nasharuddin Mat Isa, timbalan presiden - tak ikut perkembangan bola.



Friday, 11 June 2010

Piala Dunia di Kota Baru

Saya pernah tulis bahawa saya hanya nonton bolasepak empat tahun sekali. Apabila ada Piala Dunia.
Yang lain - EPL, Liga Perdana, S-League, Serie A - saya tak main.

Sekarang ini saya sedang menonton perlawanan South Africa dan Mexico.
Yang syioknya, di hotel *Renaissance yang setahun saya tak singgah ni, kini pakai televisyen baru.
Depa gunakan flat TV 42 inci buatan China, Haier. Bukan lagi TV lama yang 'gemuk'. GAMBAR.
(*Company bayar, boleh ler masuk 'hotel Ren' ini. Kalau sendiri bayar, saya masuk Hotel Temenggong agaknya. Naik teksi tak payah kata 'Hotel Renaissance'. Kata 'hotel Ren' atau Billion cukup. Hotel di sebelah supermarket Billion).

Orang PAS pun ngaku kalah dengan bola sepak.
Ada screen besar di luar hall muktamar, di mana permainan Piala Dunia ni ditunjukkan. GAMBAR screen waktu siang tadi.

Siapa akan muncul juara?
Saya selalunya sokong Italy dan Turkey. Dari dulu lagi.
Italy ni selalunya tak boleh harap, main slow, tak pandai attack, tapi masuk semi-final juga. Lepas tu kalah. Macam PAS juga!
Nasib baik semasa 2006, Italy jadi juara! Yay.
(RALAT: Saya tulis 2004 semalam! Terima kasih kay!!!).

Turkey pula tak masuk kali ini, sebab kumpulan Erdogan sibuk buat aid flotilla.

Tahun ni saya rasa tak sokong Italy lagilah. The Azzures ni macam nak kalah teruk aje.
Saya nak sokong Argentina dan hmmm, siapa lagi ya?
Saya tak kenal pun siapa main untuk Argentina, tapi ada Maradona Gila jadi coach. Dia gemuk, tua, berjanggut, eccentric. Sama macam saya. OK what!

Mungkin saya sokong Algeria sebagai team kedua, sebab baru kenal rakan baru dari negara itu baru-baru ini. Membangun bersama Islamlah, katakan.

Malaysia dan Singapork ni bila pula nak masuk World Cup.
Malaysia kena tunggu team KJ.
Singapore, saya rasa, boleh beli setengah team daripada Brazil dan setengah lagi dari England, diimport sebagai Foreign Talent, OK what!

Thursday, 10 June 2010

KB dah lebih bersih (?)

Dah setahun tak datang ke KB.
Kali terakhir ialah apabila Lee Kuan Yew membuat lawatan panjang ke Malaysia, termasuk singga di Kota Baru.
Nampaknya KB, post-Kuan Yew, lebih bersih. Heehee, bukanlah saya kata sebab pemimpin Cina Singapork datang maka orang Muslim bertekad baru nak bersihkan kota Islam itu.
Tapi memang pada pandangan ikhlas saya, dah nampak lebih bersih.
Apa rahsianya ya?
Kalau nak kata sebab muktamar, dah bertahun-tahun saya cover muktamar, kadang-kadang kotor juga.
Jangan-jangan, KB pun ada ramai FT tak? Mereka bantu bersihkan bandaraya?

Tentang muktamar - esok/Jumaat baru bermula.
Saya hadir di majlis pembukaan bersama meeting Ulama, Muslimah dan Pemuda oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pada Rabu malam.
Beliau berucap setengah jam saja. Stay loyal to Pakatan, kita tawan Putrajaya!

Dan saya juga di majlis pembukaan meeting Pemuda tadi, oleh Nasruddin Hassan, yang menambah bandar di Egypt bernama Tantawi di hujung namanya.
Budak muka Melayu, kulit sawo matang macam saya, pakai sarban Arab, jubah Arab, tambah nama bandar Arab. Depa bahagia, okaylah tu.
Beliau berucap 1 jam setengah. Mak oi.
Isinya sama: bersatu, tawan Putrajaya.

Saya tabik Tok Guru lah.
Isi padat dan ringkas, seperti yang dianjurkan kepada para imam Jumaat kita.

Tuesday, 8 June 2010

FT.

Apabila saya pulang bekerja di Singapork tiga tahun lalu, ada satu initials yang saya mulanya tak faham: FT.
Apa benda tu? Kenapa apabila orang sebut benda ni mereka macam meludah ke muka kita? (Saya mulanya ingat akhbar Financial Times).
Dulu don't know, now dah jelas.
Rupa-rupanya yang dimaksudkan ialah Foreign Talent.

Mereka ini adalah golongan expatriate yang dibawa masuk ke Singapore kerana negara kecik ini kurang pekerja mahir.
Mudah kata: Mereka omputeh dengan qualification tinggi.
Kini syarikat-syarikat besar di sini kebanyakannya ada kepala omputeh. Baik syarikat gergasi seperti bank tempatan dan syarikat yang dikawal oleh pemerintah, GLC government linked companies, melalui Temasek Holdings (jika di Malaysia, taraf Temasek ini sama dengan Khazanah Holdings).

Baik DBSBank, bank terbesar di Asia Tenggara, Singapore stock exchange, GLC perkapalan Neptune Orient Lines, atau syarikat privet seperti OCBCBank ada omputeh kat atas.
Malah antara 10 pegawai tertinggi di Temasek pun, saya rasa ada tiga, empat warga asing.
Omputeh ni, orang Singapork tak marah sangat sebab OKlah mereka bawa kemahiran dan pengalaman luar. Lagipun berapa ramai dari orang tempatan yang boleh apply jadi CEO atau Executive Director atau Executive Chairman syarikat besar?

Tapi sejak lima lalu ini, ramai rakyat dah mula marah. Saya pernah tulis beberapa kali tentang isu ini secara sipi. Di sini dan sini. Hari ini cerita panjang.


Pemerintah dah mula bawa masuk golongan middle managers dan pekerja buruh dari luar negara.
'Tentunya saya boleh buat kerja sebagai Manager atau Supervisor, kenapa nak bawa masuk FT?' Orang ramai bertanya.
Dan yang dibawa masuk bukan saja omputeh bergaji tinggi, tapi pekerja separa-mahir (semi-skilled) dari India, Indonesia, Filipina, Malaysia pun ramailah!, China, dan sebagainya.


AI, BUAT KOPI PUN PAKAI FT!?

Lebih teruk lagi, pada pendapat ramai orang, dibawa masuk blue collar workers pula. Jika hanya pekerja construction atau pencuci jamban atau drebar bas, orang Singapore tak marah sangat, sebab tak ramai orang nak buat kerja seperti itu - sama seperti di Malaysia.
Tapi apabila pemerintah biarkan mereka bekerja sebagai salesgirl, receptionists, security guards, penjual kopi, marah betul rakyat!
Saya tulis direct: Kalau mereka ni dibiarkan begini, kat mana anak-anak Melayu yang tidak berpelajaran nak kerja? Anak bangsa lain pun terjejas, saya sebut bangsa Melayu sebab bangsa saya, dan anak saudara saya dah sebut benda ini. Mereka dah tak syiok dengan pemerintah.

Dan surat-surat dalam akhbar saya sejak setahun dua ini, dan perbincangan di forum Internet pun nampak menunjukkan kemarahan rakyat.
Cuba kamu tulis 'saya sokong FT', mampoi kamu kena serang!
Ada penulis - orang Melayu dan India - marah (termasuk saya) sebab kadang kita nak beli teh atau kopi, kita order 'one teh tarik please', atau 'one coffee with milk please', mereka jawab bahasa Cina sebab mereka dari China! Mereka tak faham apa saya nak beli, lepas tu nak suruh saya berbahasa Mandarin. Ini apa kejadah ni?!?!?
Ramai betul pekerja dari China bekerja di kedai kopi (kopi tiam).

Lalu, perkataan 'FT' ni jadi bahan kejian.
Rakyat masih faham kenapa nak ambik bos dan CEO berkemahiran tinggi dari Amerika atau India atau Malaysia, tapi takkan nak sapu sampah dan jual kopi pun kamu biarkan mereka masuk?

Saban minggu, saya menerima panggilan telefon nak jual kredit card atau pinjaman bank. Gerenti - 99 peratus mereka suara Filipina. Bukan rakyat Singapore lagi!
Baik saya di coffeehouse hotel atau nak beli pakaian di mall, yang melayan saya juga 'FT' - dari Filipina, China, India.
Dan orang kata, hampir semua nurse di sini adalah dari Filipina.
Kita tak salahkan mereka nak cari makan, yang kita marah ialah kenapa pemerintah buka pintu sebegitu luas hingga menjejas orang tempatan nak cari makan.
Ini kerana mereka sanggup terima gaji rendah, maka habislah peluang pekerja tempatan. 


PEMERINTAH DAH MULA SEDAR

Sejak beberapa bulan ini, pemerintah dah mula bergerak nak sejukkan hari rakyat.
Mereka dah mula nak bezakan antara rakyat Singapore dengan FT, sebab satu komplen besar ialah mudahnya FT ini nak dapat PR (permanent residency).
Jadi sekarang jika FT masukkan anak ke sekolah atau hospital, mereka kena bayar lebih. Kalau tidak, kata orang Singapore, buat apa kami jadi rakyat? Bayar cukai lebih daripada mereka? What's the advantage of citizenship if they pay the same price as us at schools and hospitals?

Dan undang-undang diperketatkan: Jika nak ada pekerja asing di syarikat anda, mesti kena ada dulu pekerja tempatan - saya lupa rationya.
Misalnya (misalan saja, sebab saya lupa) - Kamu mesti ada lima pekerja tempatan sebelum boleh mengambil dua pekerja asing.

Dan menteri kini dah guna macam-macam perkataan nak pujuk (baca komen orang marah di bawah cerita Lee Kuan Yew ini) orang Singapork supaya menerima FT ini.
 Bahawa mereka perlu untuk pertumbuhan ekonomi, kami semua pun kan kaum pendatang (bukan aku, oi! Aku anak Nusantara! Pribumi) seperti mereka.
Bila ada pesta warga asing ini, menteri akan visit dan pujuk mereka supaya jangan lari pula.
Saya fahamlah kekhuatiran pemerintah. Saya faham kenapa kena ambil warga asing yang berkemahiran.
Yang saya dan ramai tak faham kenapa blue collar workers pun semua golongan ini juga.


TIGA KES FT

Yang orang lagi marah ini adalah sebab tiga kes yang heboh diperkatakan di sana sini.
1) Beberapa FT dari Sarawak (buruh kasar) mengamuk dan merompak FT dari India minggu lalu. Satu mati. Sini dan sini.

2) FT dari Switzerland dan FT dari Britain spray paint graffiti di sebuah train MRT di sini. Mereka masuk depot MRT (kawasan larangan) lalu buat grafiti. Jadi isu hot. Sini dan sini (ada video MRT yang kena spray graffiti).



Dah mula pun rakyat Singapore berbisik - kan aku dah kata, FT ni tak bagus.

3) Lepas tu, minggu lalu, team table tennis Singapore menang PIALA DUNIA! Juga di sini (kamu lihat nama-nama pemain Singapore).
 Team wanita Singapore kalahkan team China. Mak datok.
Tapi lepas tu ramai orang berbisik - 'Auntie hor, the so-called Singaporeans in the team are actually players from China who became Singapore citizens under a sports programme to bring FT into sports.'
'It is like China Team B beating China Team A. Not Singapore beat China, hor'.

Dah jadi cerita di media - orang kena pujuk - tolonglah terima mereka ini sebagai 100 peratus rakyat Singapore.


Apapun, tentunya pemerintah prihatin akan bertindak nak kekang kemarahan mengenai FT ini.

Singapore di awal 2012 mesti ada pilihanraya, brader.
Mereka takut dengan kemarahan rakyat.
Ini dah gerenti jadi satu isu utama dalam pilihanraya.
Hidup demokrasi!

Monday, 7 June 2010

Rusa nak masuk kampung! Ke KB & KT

Minggu ini ada dua event yang saya diarahkan membuat liputan.
Rusa Geylang betul-betul nak masuk kampung.


1) Muktamar tahunan PAS, di Kota Baru, 9-13 June.

Dah lama tak tulis tentang parti Islam terbesar di Malaysia dan antara yang terbesar di rantau ini.
PAS, dengan 800,000 hingga 1juta ahli, lebih besar daripada parti politik Islam di Indonesia - Tiga Pay (PPP) dan Pay Ka Bey  (PKB, bekas parti Gus Dur).
Tapi mungkin kurang keanggotaan dari Pay Ka Es (PKS) di Indonesia.

Sekarang ni PAS dalam Pakatan Rakyat, tapi pada saya ia dianaktirikan dalam alliance ini. Walau ia jauh lebih ramai ahli, banyak wang dan lebih teratur daripada DAP dan PKR, ia juga paling lemah (pandangan peribadi) dalam membentangkan isu.

Ia begitu mengharap mendapat sokongan daripada kaum Cina dan India, pada saya, sehingga mengabaikan perjuangan Islamnya. Atau apa yang dikatakan Islam dulu kala.

Misalnya, saya sering bertanya - apa itu isu 'kafir mengkafir'? Kan sebab Hadi Awang kata Umno anak haram sebab bekerjasama dengan MCA dan Gerakan dan MIC. Orang kafir.
Tapi kini dah terbalik. PAS tak mahu langsung berbuat baik dengan sesama Melayu Muslim Umno. Lebih baik berdakapan dengan yang disebut 'kafir' dulu dan Melayu suka togok dan berlumba kuda.

Saya sokong PAS kerana menentang judi sukan (sports betting), tapi kenapa pula tak berkeras lawan jualan minum keras di Selangor dan Penang?
Kenapa pula tak push untuk haramkan kedai perjudian di Selangor dan Penang?

Jadi saya nak dengar perwakilan muktamar ni, sebab mungkin saya terpesong - mungkin ahli PAS rela ini semua berlaku asal dapat berkuasa di Putrajaya; lepas tu baru nak 'Islamkan' kerajaan Khalid Ibrahim, Guan Eng; nak Islamkan pemahaman pengundi Cina dan India.


2) Perhimpunan 'Mei 13', di Kuala Terengganu, 14 Jun.

Dianjurkan oleh Ibrahim Ali dan rakan-rakan.
Dr Mahathir Mohamad akan berucap.
Pada saya Perkasa dan kumpulan Melayu ini adalah NGO dan pressure group, sama seperti Hindraf dan Dong Jiao Zong.
Memperjuangkan hasrat dan cita-cita bangsa sendiri.
Lantang bersuara, kadang kita muak pun. Sama macam kita muak dengan Hindraf dan Dong dong dong ini.
Tapi Perkasa tak kisah dimaki dan dicemuh oleh website pembangkang Malaysiakini dan Insider.
Yang hairan - apabila Perkasa buka mulut kena cemuh oleh website-website berita. Tapi bila Hindraf dan Dong buat kecoh, disokong pula sebagai hak asasi. Tak tahulah aku.

Cuma masalah besar Perkasa ialah yang di depan ialah si Ibrahim Ali atau Tok Him, orang yang bukan petah memberi hujah dengan baik.
Inilah kelemahan kumpulan-kumpulan Melayu - baik PAS atau Perkasa dan yang lain (pandangan peribadi lagi).
Di persada dunia pun gitu - kita semua pakai emo nak bentang isu Palestin dan Islam.
Tak ada intelektual yang bijak dan credible mengenengahkan kepada umum dengan ilmiah dan data apa yang kamu mahu dan kenapa kamu kata begitu.
Pakai hentam kromo, maka semua jadi bodoh. Maaf kata.


Saya beritahu rusa nak masuk kampung, bukan apa.
Jika ada rakan-rakan pembaca blog ini yang ada di sana pada masa itu - Sila email saya phone anda, Insya Allah saya contact, kita boleh minum teh dan makan canai. Anda belanja.
Kalau nak dengar cerita-cerita off-the-record boleh saya kongsi. Saya pun nak feedback tentang apa citer kat Malaysia tu.

Jangan segan jika kamu SB pun. Pada saya SB hanya menjalankan tugas. Susah jadi polis ni sebab orang selalu hina, tapi saya tabik mereka sebab jaga keamanan untuk semua. Cuma tolong perkenalkan diri, jangan bohong.

Agar sesi dengan polis, dan sesi dengan "peminat" (oi, perasaan!) dipisahkan.

OK tuan/puan, ustaz/datin, sila email saya.

Sunday, 6 June 2010

iPhone, iPad, 'Berry? Nanti! Model baru kan tiba

1) iPhone dengan sofwe baru, bentuk baru

Isnin/esok, iPhone baru dijangka diumumkan oleh hero legenda Apple dan designer terkemuka, Steve Jobs.
Depa ni membuat orang biasa seperti saya malu. Dahlah beliau sakit, nak mati, sehingga kurus kedengkik, tapi terus bekerja kuat! Semua announcement beliau ditunggu satu dunia.
Produk keluarannya menjadi glam seperti orang menunggu lagu baru Backstreet Boys atau Siti Nurhaliza.
Begitu popular produk yang Jobs design sehingga saham Apple mengatasi saham Microsoft baru-baru ini.
Isi iPhone version 4 ini telah pun diselongkar oleh website teknologi terkemuka gizmodo.com, setelah ianya tertinggal di sebuah bar oleh seorang jurutera Apple! Itulah saya dah kata, jangan mabuk. GAMBAR.
Yang baru ini ada dua camera (depan dan belakang), touchscreen yang lebih baik, lebih kecil dari iPhone di pasaran tapi lebih berat.

Musuh iPhone, selain Blackberry (baca di bawah) ialah smartphone lain yang menggunakan sofwe Android keluaran Google.
Cantik si HTC Evo 4G ni.


2) iPad rules, tapi yang lain nak cuba juga

Orang berebut satu dunia nak beli iPad ini.
Sampai Apple tak sempat nak keep up dengan demand.
Pengunjung blog ini, Johor Mali, untung dapat beli kat London. Dua biji lagi! (how's your experience with it, bro?)
Di Sim Lim Square, pusat penjualan barangan komputer, dah ada benda ni, tapi harganya sangat tinggi.

Saya dapat 'main-main' dengan iPad ni di US minggu lalu. Memang syiok.
Dan tentunya ramai pernah menggunakan produk/sofwe Apple. Tak macam produk Windows dan sofwe Microsoft yang lain, produk Apple begitu mudah dan syiok digunakan.
Tapi pada saya, iPad berat jika nak dipegang sebagai buku.

Saya juga dalam lawatan minggu lalu ke negara asing, dapat main-main dengan Amazon's Kindle, Sony Reader dan Barnes & Nobles Nook.
Eeks, tak bagus langsung sofwe mereka ni semua! Dan black and white, hanya untuk baca buku. Sedangkan iPad boleh main games, hantar email, tengok gambar warna-warni, selain baca e-buku.

Kini ada beberapa produk lagi yang akan keluar.
Termasuk yang lebih ringan dari Dell, bernama Streak atau Dell Mini 5 (5inch screen).
GAMBAR: Streak yang kecil dengan iPad.
Cuma tak tahu bila nak sampai ke negara sebelah sini. Dan tak tahu juga jika sofwenya sebagus sofwe Apple.
Tapi yang pasti ianya lebih ringan. Tapi mungkin terlalu kecil kalau nak dibaca buku. Pulak.
JooJoo dari Singapore ni saya tak yakin akan hidup lama. Besar, dan tentunya berat. Walaupun screennya lebih clear daripada iPad. Sofwenya tak tahu pulak.

Si iPad ni begitu popular, sehingga dah ada prediction jika anda naik pesawat lain kali, anda dah tak perlukan flight entertainment system tu lagi - screen TV kat depan kerusi anda. Anda akan gunakan iPad - ah kau! Baca sini, Jetstar (anak syarikat Qantas) dah nak mulakan pun.


3) Blackberry Bold - Slider & Touchscreen!

Macam-macam ada.
Ini berita terbaru - Bukan saja Blackberry nak keluarkan produk baru, tapi ia slider dan touchscreen.
Blackberry Storm hanya touchscreen (tak ada tiny keyboard) - tak laku sangat.
Mesin Blackberry yang lain semuanya ada keyboard, tapi tidak ada touchscreen.
Jadi yang baru ini nak sapu semua! Nak lawan iPhone - yang touchscreen tapi tak ada keyboard. GAMBAR.
Cerita dan gambar lagi di sini.

Kenapa Blackberry perlu keluarkan produk lebih baik? Dia takut orang lain come from behind and eat its lunch. Baca sini dan sini. Jika saya pekerja RIM (pembuat Blackberry), saya baca pun takut!
Dulu Blackberry adalah smartphone yang must-have untuk orang korporat, termasuk di syarikat saya.

Tapi kini, lebih ramai orang dah pindah ke iPhone - yang juga ada 'push-mail' yang diperkenalkan dulu oleh Blackberry.
Push-mail bermakna, setiap kali orang hantar email kepada anda, ia akan secara automatik masuk ke Blackberry anda. Lampu merah akan menyala di tepi telefon tu, menyatakan 'You've got mail'.
Kini iPhone pun dah ada sofwe ini.
Baca di sini. Lagi takutttt jika kamu sayang Blackberry. The iPhone is coming. No wait. The iPhone is here and it wants your lunch.


4) Telefon ada GPS

Dan kini dah makin banyak phone ada GPS.
Niatnya ialah jika anda sesat di lorong kecil di Penang atau dalam hutan Pahang, boleh gunakan telefon untuk jadi panduan keluar melalui GPS.
Tapi ia juga berguna jika kita khuatir anak sesat jalan atau kena kidnap. Sebab boleh dimonitor ke mana budak ni pergi - asal dia tak buang telefon dia

Tapi problem juga untuk yang menipu boss atau bini.

Pekerja: 'Boss, jangan marah, trafik jam teruk kat Macpherson Road, saya lambat masuk hari ini.'
Boss: 'Tapi GPS phone kamu dalam PC saya menunjukkan kamu di food court pasar Geylang. Kau jangan tipu Mat!'

Abang Mat: 'Minah, Abang balik lambat sikit. Lagi nak solat isyak di masjid Wangsa Maju, jadi imam. Lepas tu ada ceramah agama'.
Minah: 'Tapi saya tengok lokasi phone abang kat komputer ni - abang di Pub ImanNipis di Bukit Bintang."
Abang Mat: 'Opocot!'

Saturday, 5 June 2010

Palestine holocaust - cara nak dapat perhatian dunia

TAMBAHAN 1ptg

- RACHEL CORRIE - Remembering a young heroine from America. She was murdered by the Israelies at 23.
- "These people, they protect us." Tak semua kat luar sana tu musuh umat. Berbuat baiklah dengan mereka yang boleh bantu umat yang lemah.

------------------------------

Orang Yahud ni pandai nak ambil perhatian dunia.
Saya dah kata kelmarin, jika kita cuit dia sikit saja, dia akan menjerit 'Holocaust' dan semua orang di Barat akan tunduk dan minta maaf, dan biarkan mereka terus membunuh rakyat Palestin.
Walhal cara dia menyekat, menyiksa dan membunuh kaum Palestin (15 peratus rakyatnya beragama Kristian), juga sama seperti 'Holocaust' dan ethnic cleansing.

Sejarah ringkas tapi padat kenapa mereka jadi begini dan tertubuhnya Israel, ada di blog ini oleh ninotaziz.


DISOKONG KUAT NASARA

Dan Yahud ada satu lagi advantage besar: sokongan orang Nasara atau Kristian, terutama yang di Amerika. Dan sokongan lebih kuat dari golongan yang mengaku born-again Christians (termasuk gereja yang di Singapore dan Malaysia).
Pada kaum Nasara ini, mengikut bacaan kitab mereka, wujudnya negara Israel itu termasuk dalam kehendak Tuhan. Termasuk dari simbol dunia di akhir zaman.

Jadi bila umat berdepan dengan negara Yahud itu, yang pasti kamu juga berdepan dengan penyokong kuat mereka beragama Nasara termasuk di negara-negara kita semua.
Sebab tu saya nak sangat tengok sama ada ada golongan lain yang demo di KL semalam. Yang saya nampak dalam gambar-gambar cuma muka Melayu saja dan Lim Kit Siang seorang.
Kamu sibuk tentang isu mereka, tapi tentang isu umat Islam, orang buat tak tahu.

Bukan saya suruh kamu membenci mereka. Jangan, beb.
Tapi nak kena terangkan kepada mereka - ini bukan isu agama. Ini isu human rights dan kebebasan manusia nak hidup dengan dignity.

Saya tulis terang-terang gini, kamu nak kata racist atau bigot, suka hati ler. Ini fakta (bukan setakat pandangan dan perspektif).

Yang kat bawah ini baru opinion:

Jadi jika nak lawan propaganda mereka, umat ni pun kena pandailah sikit.
Baguslah tu dah demo ramai-ramai semalam.
Menurut berita, 10,000 demo depan kedutaan Amerika di KL, dan hanya 200 orang di Masjid Negara anjuran Umno. Kan saya dah kata sebelum ini adalah lebih baik jika kamu demo bersama - kan sekarang dah jelas kamu ni tak ada sokongan.

Apapun, selepas demo dan naik kapal nak masuk Gaza, apa lagi yang boleh dibuat oleh orang kecil seperti kita?

Nak harapkan pemerintah Singapore atau kerajaan Malaysia, mereka ada banyak isu lain nak dipertimbang.

a) Statement yang dikeluarkan oleh Ministry of Foreign Affairs di Temasek - disini.
Antaranya termasuk hint bahawa two-state solution yang disokong oleh Singapore (walaupun kamu di Malaysia ramai tak percaya bahawa Temasek Darul Kapir ni sebenarnya bukan musuh Palestin):

"This tragic incident yet again underscores the need for a just and lasting solution to the underlying problem that will take into account the legitimate interests of all parties."

Notis juga bahawa Singapore tidak menghentam Israel pun, sama macam Amerika dan banyak negara lain yang menjadi rakan Israel. Sebab tentunya ada pertimbangan lain. Singapork pun bukan negara Islam, jadi tak payahlah terkejut jika depa tak 'rapat' dengan isu ini sangat.


b) Di Malaysia pula, orang politik kerajaan pun ramai dah menyinga.
Kalau boleh mereka pencak silat. Ada yang terbang ke Jordan ramai-ramai nak tunjuk prihatin. Tentunya pakai tambang dan duit hotel sendiri.

Tapi pada hari sama orang marah-marah, ini kenyataan Menteri Pertahanan Malaysia Ahmad Zahid Hamidi - Malaysia akan sertai latihan perang Cobra Gold yang diketuai oleh Amerika, negara penghalang besar terhadap penyelesaian isu Palestin.

Beberapa negara lain dah lama sertai latihan perang Cobra Gold itu - Singapork, Filipina dan Thailand. Kini Malaysia pun nak masuk sama. Disini dan sini.
Saya seronoklah nak lihat Malaysia dan Singapore join satu team ini.

Tapi itulah saya kata. Orang di atas ada banyak pertimbangan lain yang perlu dibuat, tak boleh salahkan mereka jika isu Palestin ni hanya buih di mulut mereka.

Di negara Arab pun - isu Palestin ni hanya sedap jadi benda yang dapat menyatukan negara, tapi mereka tak ada niat nak selesaikan masalah ini dengan bekerja rapat antara satu sama lain.


APA YANG KAMU BOLEH BUAT?

a) Jika kamu tulis atau berkata tentang isu Palestin, saya harap benarlah kamu gunakan perkataan 'Palestine holocaust'.
Orang Yahud membunuh rakyat Palestin sama seperti holocaust. Pembunuhan mengikut bangsa dan kejam.
Sama seperti Yahud wan Nasara attack Islam dan Muslim satu dunia sehingga kini orang kata Islam equals terrorism.
Kalau kamu cucuk setiap hari dan setiap peluang, benda ni melekat juga.
Bahawa apa yang dilakukan oleh Israel ialah Holocaust untuk Palestin.
Biar masuk kat media kamu laungkan ini setiap masa. Sebab itu pakcik tua remgold letak headline setiap kali 'Holocaust'.
Saya nak tekankan itulah yang dilakukan mereka. Yahud dah lupa sejarah sendiri. Mereka dibunuh dengan kejam, tanpa belas hanya 50 tahun lalu. Kini mereka lakukan yang sama terhadap kaum yang lemah.

Benda ni sensitif. Sebab pada mat salleh dan omputeh, Holocaust ni untuk Yahud saja.
Kejap lagi agaknya ada persatuan Yahud yang kondemn bekas rusa ni sebagai 'anti-Semitic. Biarlah.
Bila kita cucuk perkataan ni ke muka mereka selalu, mereka tentu marah. Itulah yang kita mahu! Sedarkan mereka.

"The Jews and Israel are causing a Palestine holocaust. They are killing innocent people!
"Holocaust! Holocaust! Help! They are killing innocent civilians like in the European ghettos. Help!"
"They are putting the Palestinians in the open ovens in Gaza by their blockage! Help! They are delivering holocaust to children and women!"


b) Yang ini susah nak buat - cari spokesman yang pintar berbahasa Inggeris masuk TV antarabangsa untuk bincang isu ini.
Saya pun tak tahu nak dapat kat mana mereka ini.
Dulu ada Dr Mahathir, syiok juga beliau bantai mereka.

Tapi kini orang Pakatan dah haramkan pentadbiran Mahathir selama 22 tahun itu sebagai merosakkan bangsa dan negara. Tak kisah lagi mereka ini bahawa dulu mereka miskin, jamban di tepi sungai; kini rumah besar ada tiga toilet dan ada dua kereta. Jasanya dah dilupakan.

Jadi mungkin umat kena gunakan Abang Anwar.
Sekarang kita lihat Abang Nuwar jadi macam hero umat pula dan hero Palestin.

Pada saya, beliau buat demikian kerana nak hentam musuh ketatnya yang menghalang beliau jalan mudah ke Putrajaya, Najib Razak. Lalu digunakan isu Apco dan Yahud.
Dan satu lagi, sebab Anwar selalu dituduh sebagai menjual hak Melayu dan spy Yahud, jadi beliau kena jadi hero Melayu dan Islam buat masa ini, dengan mengwar-warkan isu Islam dan Palestin.

Tak kisahlah kita.

Umat yang nak tenggelam, will grasp at any reed to stay alive.

Jika Abang Nuwar jadi spokesman untuk rantau ini dalam isu Palestin pun OKlah.
Takkan nak dibiarkan Turkey dan Iran saja ada hero.

Saya harap beliau dan pegawainya dapat pujuk CNN, BBC, Al Jazeera dan sebagainya panggil hero baru kita untuk bercakap tentang isu ini.
Jika tak selalu masuk TV, brader, orang akan cepat lupa.

Janganlah gunakan orang seperti Zainuddin Maidin lagi. Lihat youtube clip yang terkenal di sini. Interview beliau dengan Al Jazeera.

Kami di Temasek kena minta tolonglah dengan orang petah dari Malaysia nak bentangkan isu ini kepada dunia. Kat sini kalau cakap banyak nanti tak boleh soruk, kata orang.

c) Yang ini, lagi impossible nak buat.
Bentangkan kekejaman mereka secara berkesan - gunakan youtube? Blog? Twitter? Facebook? Lepas tu adakan SMS dan email viral campaign, macam omputeh buat di America.
Apa cara pun, asal cara aman, beb.
Jangan guna cara kasar, sebab ini akan melemahkan moral standing kamu dalam isu ini. Yahud pandai kat depan TV dan media mulut manis; kena tiru merekalah.
Omputeh kat America bila nak tentang sesuatu, mereka adakan kempen SMS dan mass email. Termasuk email direct kepada Senator dan Congressmen.
Inilah yang dilakukan oleh lobi Yahud.
Kita tak sampai ke situlah, jauh sangat.
Tapi jika dapat kempen kat rantau ini, dah bagus tu.

Antara kekejaman mereka:
- Semasa saya di Jerusalem dan Mesir/Egypt tahun lalu, kumpulan kami dari Mercy Relief dapat bertemu dengan beberapa NGO yang bekerja dalam West Bank dan Gaza.
Mereka tunjukkan video clip selepas Israel menyerang Gaza atas alasan nak hentikan serangan roket Hamas.
Klip jelas menunjukkan bukan saja orang yang nak lawan mereka ditembak mati dan tempat mereka dihancurkan.
Kami ditunjukkan banyak mayat lembu mati ditembak Yahudi. Mereka nak kasi orang mati kebulur dengan membunuh ternakan.
"The Israeli army is causing Holocaust in Palestinian land! Help!"
Begitulah kejamnya mereka.
- Kami juga ditunjukkan klip Yahud menjahanam businesses dan factories orang Palestin. Mereka nak kasi semua orang mati tak ada kerja.
- Wartawan The Star Shahanaaz yang ada di sana juga ada menulis tentang isu ini.


"Before the war, the Gaza fishermen could fish up to six nautical miles off the coast but now, under the watchful eye of Israeli navy ships, this has been cut down to three nautical miles. Their catch has thus been reduced by 63%.
"The military offensive too destroyed 17% of land and rendered 30% unusable.
"Farmers who own land close to Israel risk being shot at if they come within 1,200m of the border. Others have to be more than 350m away while some cannot reach their farms at all."




Tentunya kamu ada banyak idea lain.
Saya wartawan kerdil dari negara pro-Israel, tak pandai gerakkan NGO dan kempen. Hanya doa dari jauh dan sibuk-sibuk tulis blog.
Orang kat Singapork kalau marah tentang sesuatu isu, tulis surat kepada akhbar. Pemerintah tentu baca dan ambil perhatian.

Menurut beberapa laporan, satu hingga tiga buah kapal yang nak masuk Gaza itu di'beli' oleh Dr Mahathir.
Saya tak rasa itu wang beliau, tapi daripada kerjasama orang-orang pro-Palestin melalui Global Perdana Peace Foundation. Sebab tu ramai warga Malaysia di atas kapal, termasuk wakil Global Perdana.
Rupa-rupanya pemimpin yang kamu kini perlekehkan masih bijak. Dengan cara kapal keamanan ini, malu besar Israel dan dapat tarik perhatian dunia mengenai Gaza dan Palestin.

Teruskan.

Friday, 4 June 2010

Holocaust - Singapore & isu Gaza-Israel


OKlah. Kerana saya bekerja dengan akhbar ini di Tumasick, takkan nak komen banyak.
Cuma saya tunjukkan apa yang saya terbaca sejak beberapa hari ini.
1) Selain berita seperti yang dimainkan akhbar lain, ada komentari atau OpEd panjang yang begitu kritikal terhadap Israel - di sini
Penulisnya terkenal dan memang selalu kritikal terhadap rejim Yahud. 
Antara yang ditulisnya:
"Israeli intelligence has its agents among the people organizing the flotilla, of course, so you know that there is nothing dangerous in the 10,000 tonnes of cargo. Most of it is concrete and steel to help in the reconstruction of homes and schools destroyed during Israel’s “Cast Lead” operation against Hamas militants in the Strip early last year.
"The Cypriot authorities checked all the ships meticulously before they sailed for Gaza and certified that they are not carrying weapons or other dangerous cargo."

2) Dan lepas itu ada surat yang berkata kenapa orang ramai harus kondemn Israel dalam isu boat bantuan - di sini.
"Israel is definitely not endearing itself to Muslims with this latest act of 'self- defence'. The United Nations Security Council and Secretary-General Ban Ki Moon have condemned Israel's acts. Singapore should do the same.
The Israeli-Palestinian issue is a rallying cry for many extremist groups to attract Muslims to their twisted causes.
If the authorities do not show solidarity with the victims of the Israeli attacks, this will add grist to the mill of extremist groups."

3) Hari ini/Jumaat, PAS, PKR dan DAP akan adakan demo bermula dari Masjid Kg Baru ke kedutaan Amerika.
Saya sungguh berharap orang Umno, Perkasa dan yang neutral pun join sama. 
Yang satu lagi saya nak lihat - orang Melayu kini katanya ramai sungguh dah support DAP, dan sanggup bekerja keras untuk DAP menang di Sibu, dan jadi pengundi di tempat lain.
Saya nak lihat hari ini, dalam isu 'Melayu' adakah ramai orang Cina yang akan turun demo bersama dalam panas terik (atau hujan?). 
Atau setakat Melayu saja yang bodoh berjuang untuk DAP, sedangkan Cina tak sanggup berjuang untuk PAS walau isu sekecil ini - keluar, berarak bersama, pekik-pekik sikit.
Selain Kit Siang dan dua tiga kerat, saya harap kalau ramai 'Cina biasa' yang turun, kamu petikkanlah gambar dan hantar kepada saya. That will be a milestone.
Saya dah bertahun cover demo Israel atau isu 'Melayu' di KL, payah betul nak nampak mereka.

Akhir kalam, untung kamu di Malaysia.
Kat Singapore ni tak boleh demo apa-apa, beb. Empat orang berkumpul tanpa permit politik, boleh ditahan.
Jadi semua orang main tulis surat saja. Seperti surat yang di atas tu.
Kahkahkah. Kami jadi armchair critic saja. 
Hidup Singapork!


TAMBAHAN 10PG

Umno akan adakan demo di Masjid Negara.
Sekali lagi, perpecahan begitu ketara. Nafsi-nafsi.
Lepas tu ada nafsu nak lawan Yahudi?


Tuesday, 1 June 2010

Holocaust - KJ, Perkasa, PAS menangkan Yahudi

Seperti yang saya jangkakan, umat Muhammad tak pandai berfikir strategist apabila menentang Israel.
Apabila Yahud menyerang konvoi kapal itu dan membunuh dengan kejam, kamu ingat mereka bodoh. 'Tak sengaja' dan 'tertembak mati' orang?
Mereka dah calculate apa akan berlaku.
Dan mereka tahu akan rugi hanya beberapa diplomatic points.

Pengiraan 1: Satu dunia akan marah. Tapi dunia hanya guna perkataan kasar selama 1-2minggu saja. Kalau Israel gaduh dengan Turkey pun, so what? Mesej yang lebih penting ialah ia dapat menunjukkan raw power yang orang lain semua gerun. Dan tak boleh buat apa-apa.
Dia holocaustkan kamu.
So what're you going to do about it, small boy?
Pengiraan 2: Lepas tu, umat akan bergaduh sama sendiri.
Pengiraan 3: Umat akan terus membenci mereka, tapi itu cerita lama. Mereka akan teruskan menyerang sesiapa saja; tak lama lagi.
Jika nanti ada umat bodoh yang marah meletupkan diri atau bangunan atau train di negara barat, itu jadi plus point kepada Yahud, sebab Nasara semakin membenci umat.

Pengiraan 1 Yahud dah berlaku pun.
Hero-hero karat pun dah mula menyerang mereka, tapi hanya dengan membakar bendera dan pekik-pekik.
Bukan dengan pemikiran semula dan mengatur strategi jangka panjang. Di negara mana pun, wah bukan main, pandai betul umat memekik marah.

Pengiraan 2 sedang berjalan.
Tadi KJ dan Pemuda Umno demo depan pejabat UN. Perkasa demo depan US embassy.
PAS pun demo di depan embassy, tapi tak bersama Umno dan Perkasa.
Sebab bermusuh. Mereka lebih rela berpelukan dengan DAP.
Umat kena bunuh pun tak apa, politik lebih penting. Nanti parti Islam tak disokong Cina pula kalau demo bersama Umno dan Perkasa. Sampai gitu.
Perpecahan.
Exactly as expected.

Lepas tu, ada ura-ura pula nak demo depan Pejabat Perdana Menteri dalam satu-dua hari ni nak tunjuk marah dengan Apco konon.
Bukan dia nak bersatu dan tunjukan kemarahan bersama kepada musuh. Tapi lebih syiok dengan politik kampung, politik perpecahan.
Yang mengyahudikan Apco - sebuah firma besar US jadi tentunya ada pegawai yahudi dan pernah melobi untuk banyak negara termasuk Israel - ialah PAS dan PKR. Mereka percaya propaganda sempit sendiri, lepas tu di saat genting pun masih nak main politik kampung.
Then again.
Exactly.
Inilah reaksi dunia yang Yahud dah tahu pun. Unite one day, fight among ourselves for the rest of the year.

Samalah di seluruh dunia umat. Kamu tunggu saja. Semua bersatu kejap, lepas tu nafsi-nafsi.
Exactly as scripted.

SINGAPORE PUN KENA SERANG

Dan seperti biasa juga, ada yang dah menuding jari kepada Singapork pun. Musuh besar semua takut nak lawan, jadi suddenly dia nak pukul budak kat sebelah.
Singapore sebenarnya juga rakan Palestin, bukan musuh Palestin.
Singapork adalah rakan Palestin DAN rakan Israel. Nak jadi rakan akrab dengan Malaysia, kamu pula selalu syak wasangka terhadap Temasek, baik dia berbaik dengan Israel dan Amerika - dapat teknologi baru dan belajar berfikiran strategic.

Instead of pushing for Asean solidarity, ajak Singapore dan negara Asean lain kondemn Israel bersama, kamu dah pecahkan Asean dengan menuding jari.
Sepatutnya negara umat - Malaysia, Indonesia dan Brunei - push untuk Asean bersama keluarkan kenyataan, hantar misi bantuan?, bukan nak start local war dengan Singapore.
Benda baru ke jika Singapore tak kondemn Israel? Jadi rakan Israel?

Jika kamu masih bergaduh sama sendiri antara Melayu dalam Malaysia, kenapa pula nak harap Singapore Darul Cina nak bersatu dengan kamu?
Then again, everyone is sheep. Buat benda yang dijangkakan.
Exactly as calculated.


TURKEY DAN IRAN

Malaysia dah hilang statusnya sebagai negara yang menjadi wakil suara umat Islam sejak zaman Badawi lagi.
PM Najib saya dah lihat sejak beliau jadi Timbalan PM hingga kini, tentang isu Palestin ni lemah saja.
Terpulanglah kepada calculations beliau nak bawa Malaysia ke mana. Saya merintih sebagai umat kerdil.

Sebab itu umat tak ada pilihan tapi kena sokong Turkey atau Iran menjadi jaguh suara untuk Muslim. Bukan suruh perang pun.
Cuma suruh maki Yahudi sekali sekala, tak boleh ke?
Ingatkan mereka, jangan holocaustkan umat, seperti mana mereka mengaku pernah diholocaustkan.


Teruskan politik perpecahan kamu.

Teruskan jadi buih di laut.