Tuesday, 31 August 2010

Prosper the brand. Not weaken it




- Value peace, stability (NST).
- Hargailah keamanan (Utusan).
- (All Malaysians) have crucial role to play in country’s growth (The Star).
- Kita boleh hancur (BH).
- Don't let extreme attitudes destroy our way of life (The Sun)
- Ingat sebelum nasi jadi bubur - Raja Nazrin (AgendaDaily).
- Jangan Biarkan Perkauman, Provokasi Agama Musnah Negara (umno-online)

- Najib resists call for crackdown (Insider).
- Tunku's vision poisoned by racism (Malaysiakini).
- Time to heed Tunku’s call for courage to change (freemalaysiatoday)
- Our past struggle: Lest we forget the true Merdeka spirit (MalaysianMirror)
- Surau: Hassan (Ali) akan dipanggil Khusrin (JAIS) (Harakahdaily)
- Kelantan saman Petronas berhubung royalti minyak (Suara Keadilan).

Sunday, 29 August 2010

Ucapan National Day S'pore.... & isu umat M

Perdana Menteri Singapore Lee Hsien Loong kini sedang berucap, live di TV.
Dari zaman bapanya dulu, National Day rally ni semacam wajib dinonton oleh orang yang nak tahu politik dan business pulau kecik ni.
Setahun sekali, perdana menteri akan explain secara detail kenapa pemerintah buat sesuatu itu, dan jawab isu-isu panas.

Dah lama saya tak nonton sebab kerja di KL dan selalu waktu hari bertugas. Hari ni tak kerja.
Tadi depa start 6.45petang. Mula dengan berucap dalam bahasa Melayu, seperti bapanya Kuan Yew dulu. Saya tak tahu masa Goh Chok Tong jadi PM dulu beliau berucap dalam bahasa Melayu ke tidak.

Terlambat, saya miss ucapan dalam bahasa Melayu.
Kini lagi bual bahasa Mandarin.
Last, dan paling panjang, baru nanti bual dalam bahasa Inggeris.

Isu-isu yang nak dikatakan termasuk Education, Foreign Talent dan Economy tempatan.
Dengan bisikan bahawa pilihanraya akan diadakan pada December atau Januari, waduh pak, speech ini menjadi lebih penting nak menarik hati pengundi.
Selain isu FT ni, warga Singapork marah tentang harga rumah yang tinggi.
Ekonomi Singapura tahun ini (KDNK) dijangka tumbuh 13 hingga 15 peratus - ekonomi terkuat di dunia (China dan India lebih kurang 9 peratus saja). Sebab ada dua kasi-no.

More later....

--------------------------------------------
ALAMAK, 7.40pm hingga 8pm ada break pulak! Lepas tu baru nak cakap bahasa Inggeris.
Baru saya tanya dalam hati tadi - nampak ramai muka Melayu dalam dewan tu, macam mana mereka nak buka, bermaghrib?
Setahu saya, selalunya tak ada break gini.
Takbir! (mampoi polis Singapore tangkap aku).

--------------------------------------------

(Cerita tentang ucapan PM Lee - baca sini dan sini).


--------------------------------------------
BAIK SAYA JAWAB INI 
 
Di posting sebelum ini,
Pinggoo said...

Hi Rem.
I am beginning to be addicted to your blog. I think I am not the only one....hee hee.
Btw, what do you think of the 2 umat M yang kena tangkap kat Singapore tu? They are very brave and courageous to face the PAP machine. Habis tu mamat yang kena ISA itu hari...apa hal? Citer la sikit.
Kesian diorang, bulan puasa pulak tu ...terus kena cekup...
Sape sape nak tahu, pergi lah kat sini....temasekreview.com
Selamat berpuasa.


JAWAPAN:
Eeks, tak payah puji-puji beb. Ini tulisan syiok sendiri.
Harap jangan gunakan apa yang saya tulis sebagai fatwa atau investment advice. Ini macam kita duduk kat kedai kopi bual-bual kosong, pakai apa ilmu yang ada.
Sama macam di kedai kopi, jika orang tak sedap dengar apa yang kita kata, mereka akan beredar ke tempat lain.

Tentang mamat Singapore yg kena cekup tu. Utk pembaca yg tak familiar, di Singapour baru selesai diadakan Youth Olympic Games atau YOG. Buat pertama kali dalam sejarah.

Untuk pengkritik - pemerintah buang duit ratusan juta. Tak ramai yg nonton, volunteer dapat makanan basi hingga ada yg sakit perut.

Untuk penyokongnya pula - orang muda dan keluarga mereka dari 204 negara kini dah masuk Singapork dan tahu brandname pulau ini. Macam saya gi US dua minggu dulu, mereka yg masuk ke sini tu ditunjuk macam-macam benda yg baik dan cantik. Dan bakat muda pun dah mula nampak dalam sukan Singapour - team bola under-15 tu menang tempat ketiga (bronze medal). Wah. Team table tennis dan swimming pun bagus.

Salah satu pengkritik ialah budak Melayu yg menggunakan bahasa kasar, dalam mengkritik YOG dan menteri belia. Baca sini dan sini. Lalu mamat ni kena cekup polis dan nak dibawa ke mahkamah.
Adakah pemerintah dan polis over-react? Itulah yg jadi isu panas di cyberspace.

[Kat Singapore ni siapa nak baca pengkritik pemerintah baca TemasekReview atau TheOnlineCitizen (antara banyak website kritik Sinkapour).
Di zaman internet, pemerintah dan ulama dah tak boleh control spin lagi. The people talk back. They ask difficult questions. Yes, sometimes these websites and blogs ask stupid questions and give shallow answers.
Kalau kamu kata pemerintah Singapore tak boleh kena kritik, salah juga. Baca saja artikel-artikel di dua website too - lebih dasyat dari blog Petra].

Kes kedua pun mamat Melayu juga.
Errr Pinggoo, ada link mamat ni? Saya terbaca kat New Paper tapi dah lupa kesnya, jika tak salah kritik YOG juga.

Jawapan saya kepada kes orang lawan pemerintah Singapork:
Pemerintah PAP dalam keadaan kukuh serba-serbi. Macam Umno-BN zaman Mahathir dulu. Ia tidak biasa dipersoal secara kasar.
Jadi jika nak raise issue tu, kena gunakan bahasa yang slow.

Macam saya jika di pejabat kerajaan Malaysia, mahupun pejabat kementerian Temasek: 'Encik, minta maaf, kenapa saya kena tunggu 5jam nak kollect satu benda ni? Orh, pegawai gi makan 3jam? Terima kasih ya, tuan'.


INI cerita-cerita lama di Singapore ni (detail cerita ni mungkin kurang tepat, tapi lebih kurang beginilah. Jika ada info tepat tolong beritahu):

1) Kira-kira 20tahun lalu (jika tak salah), umat M di Temasek dah tinggi sifat agamanya, mahu anak perempuan dan lelaki mereka memakai seluar panjang semasa Senaman di sekolah, PE atau Physical Education.
Macam mana nak minta pemerintah? Ini isu sensitif ni sebab kaum lain semua anaknya pakai seluar pendek semasa PE.
Maka katanya (lebih kurang gini ler) pemimpin umat M slow talk di belakang tabir dengan menteri pelajaran dan sebagainya. Kerana tak lawan tauke dengan cara kasar, maka ianya dibenarkan. Tak masuk paper pun jika saya tak silap, takut jadi isu meletup.
Siapa nak pakai seluar panjang nak tutup aurat, go ahead. Kalau tak nak, suka hati juga.

Isu tudung? Dulu umat M nak anak pompuan masuk sekolah pakai tudung.
Pada saya, mungkin saya silap, ada pihak yang nak minta hak ini cara kasar. Masukkan media, guna bahasa marah-marah.
Takkan pemerintah nak go-stan jika kamu cabar kekuatannya.
Kalau slow talk dulu, mungkin dah dapat.

2) Umat M nak buat masjid di sini tak cukup wang. Takkan nak minta pemerintah PAP kasi wang cukai rakyat - nanti orang lain minta bina gereja dan kuil pula.
Slow talk lagi.
Maka dimulakan skim MBF - Mosque Building Fund. Pemerintah kapir Singapork bantu umat Islam indirectly dengan memastikan setiap majikan potong gaji umat M yang ditolak untuk buat masjid. Jika anda tak mahu, boleh opt out.
Belasan masjid dah dibuat, setiap satu berjuta dolar - yang empat tingkat pun ada. Semua guna duit umat M sendiri yang tak kaya ke mana pun. Tapi kami tak minta sedekah dengan orang lain, tak pakai duit cukai dari casino dan kilang arak. Semua duit keringat umat M jadi office boy dan drebar, jadi pegawai bank dan ahem, wartawan terbilang, gemilang dan hampir hilang.

3) Lagi satu. Umat M kat sini ramai juga yang papa. Maka ditubuhkan Majlis Pendidikan Anak-Anak Islam Singapura (Mendaki), dan kemudian Association of Muslim Professionals (AMP) pun naik sendiri, nak bantu pendidikan kami.
Di zaman saya dulu belum ada Mendaki dan AMP - yang offer cheap tuition, bantu scholarship dan macam-macam lagi. Masuk website mereka ni dan baca kalau mahu. Dulu nak tuition bayar sendiri, nak scholarship kena queue panjang sebab hanya ada beberapa persatuan Islam kecil yg ada duit.


Jika dulu bising depan-depan minta hak (macam Hindraf dan Dong Jiao Zong) pastinya pemerintah tak kasi. Jika tak silap pemerintah kasi rental sangat murah untuk sekolah-sekolah yang dijadikan HQ Mendaki dan AMP ni.

Jadi itulah saudara: Kamu tak setuju tak apa.
Tapi pada saya, cara nak betulkan pemerintah yang kuat ni ialah dengan slow talk, bukan direct confrontation, tunjukkan marah.
Tapi ini utk Singapore saja ler. Di Malaysia dan Indonesia, India dan China, cara berhadapan dengan pemerintah dan dapatkan apa yang dikehendaki, lain-lain.

Saturday, 28 August 2010

Masuk masjid biarlah sopan, tuan dan puan

Saya serba salah nak masuk bab ini atau tidak, sebab takut nanti orang Malaysia Darul Mais dan Darul NikAziz marah.Tapi kena masuk juga sebab saya rasa janggal dan kurang enak.
Lagipun ah moi DAP ni pakai uniform Singapore Airlines masuk surau, jadi okaylah saya warga Temasek boleh komen.

Saya rasa betullah kata Al Haj Prof Hamirdin, blogger pro-PAS, bahawa orang bukan Islam ni boleh masuk masjid.
Jika baca 'fatwa' online pun nampaknya begitu - di sini dan sini.

Saya pernah masuk gereja, kuil Hindu, kuil Cina dan juga Wailing Wall - tempat sembahyang orang Yahudi yang paling suci, di Jerusalem.

Di Wailing Wall tu semua lelaki kena pakai topi Yahudi, dan semua wanita digalakkan tutup kepala (GAMBAR di sini. Ada orang beri semua pengunjung lelaki topi kertas ni supaya pakai. Nak keluar, letak balik topi tu - sama macam orang nak masuk Masjid Putrajaya kena pakai baju labuh warna pink agar nampak sopan).
Kalau pakai songkok haji Muslim pun okay. Rakan saya, pengarah Mercy Relief kaum Benggali pakai sarban Singh, okay juga. Pokoknya tutup kepala menghormati tempat suci orang lain.

Pada saya itulah pokoknya. Hormat tempat suci orang lain.
- Jika kita masuk gereja, kena BUKA topi dan songkok - untuk menghormati adab Kristian. Pompuan nak pakai tudung (seperti nun mereka macam Mother Teresa) atau tak tutup kepala pun tak apa. Masuk gereja boleh pakai kasut.
- Jika masuk tempat Yahudi, TUTUP kepala untuk lelaki dan pompuan. Boleh pakai kasut.
- Masuk kuil Cina dan Hindu, dan masuk masjid, sila buka kasut.
Jika saya pakai seluar pendek atau baju kotor berbau busuk (baru jogging misalnya), saya gerenti kamu, saya tak akan masuk gereja atau kuil kerana tidak mahu mencemarkan tempat ibadat orang lain.
- Jadi tentunya kamu boleh pakai sopan sikit jika kamu non-Muslim masuk tempat Islam.

Mungkin ada yang kata orang non-Muslim dianggap bukan dalam keadaan suci tak boleh masuk masjid langsung, tapi memang ada riwayat non-Muslim memang masuk masjid di zaman Rasulullah.

Jika DAP nak masuk masjid dan surau, pada saya orang bukan politik dan orang Muslim bawahan, tak salah.
Tapi biarlah pakaian bersopan, bukan uniform SIA (GAMBAR dari blog TheUnspinners).
Ini pendapat peribadi.
Dah setengah abad saya hidup, tak pernah nampak orang pakai gitu masuk masjid dan surau, apatah lagi non-Muslim.

Saya khuatir jika ini tak ditegur, nanti ada mamat Melayu masuk masjid nak solat pakai cargo pants (tutup lutut, tapi seluar tak sampai ke buku lali). Kalau kamu nak marah depa tak boleh - tutup aurat dah. Nanti ditempelaknya pula - 'Si ah moi SIA tu boleh sedangkan tak tutup aurat, saya ni tutup aurat, nak solat lagi'.

Kat sini, boleh pula beliau pakai tudung (GAMBAR).



Tentang orang politik ni nak cakap politik dalam masjid, pada saya, patut dilarang - baik Umno, PAS mahupun DAP.
Nanti satu dah start, semua pun bermula dan pecahkan belahkan orang dalam masjid.
Saya tak tahu apa yang disampaikan pompuan uniform SIA tu. Katanya, bukan politik. Tapi kalau kamu bukan Islam masuk surau di Malaysia mustahil bukan kena mengena dengan politicking (baik orang Umno dan PAS pun). Tapi baguslah jika tak directly bawa isu politik.



HARMONY CENTRE 


Di sebuah masjid di Singapork - dekat dengan rumah saya, ialah Masjid An-Nahdhah. Dalam masjid ni ada Harmony Centre, dibuka tahun 2006.
Ia untuk mengadakan dialog dengan non-Muslim dari mana saja dalam bahasa Inggeris.
Kenapa diadakan ini? Dalam konteks Singapork ia perlu selepas peristiwa 911 dan orang non-Muslim jadi syak wasangka terhadap umat M. 'Mereka ni dalam masjid plotting nak bunuh kita ke? Apa ni sembunyi-sembunyi dalam masjid?'

Harmony Centre dah banyak jadi host kepada non-Muslim groups dari gereja, kuil, persatuan sivik mahupun individu.
Seperti biasa, nak jadi kawan, kamu kasi mereka makan briyani dan satay, kueh puteri mandi dan kueh puteri solat. Teh tarik dan kopi latte.
Lepas tu cakap pasal Islam, tentu semuanya lunak! Hehehe.
Website Harmony Centre. Boleh nonton apa di dalamnya dan buat booking jika nak adakan lawatan.

Saya cerita ni bukan apa. Cuma nak kata, kenalah bawa non-Muslim masuk masjid agar mereka tak takut dengan Islam.
Cuma mereka yang jadi tamu, kenalah hormat juga kepada sensitiviti tuan rumah.

Friday, 27 August 2010

Cerita-cerita Kasi-NO

1) Minggu lalu saya tiba di terminal murah Singapork, Budget Terminal, naik pesawat Firefly dari KL.
Sedang tunggu teksi, maklumlah Lembughini saya masuk workshop, saya ternampak pasangan tua yang naik pesawat low-cost sama dengan saya tadi.

Sebuah kereta BMW 7 Series dengan drebar beruniform sedang menunggu. Di tepi BMW hitam itu tertulis 'Marina Bay Sands' (GAMBAR KANAN).
Aiyomama. Kalau bukan tamu VIP, takkan ada kereta besau tunggu brader.
Orang kaya Malaysia naik budget airline, lalu disambut sebagai VIP di Singapork. Ish ish ish....


2) Cerita panas terbakar di Singapork - satu kesan berjudi yang membuat ramai orang geleng kepala.
Seorang boss sebuah company kalah judi S$26 juta (RM60juta) dalam sehari!!!! Aiks.
Kini mamat ni sue kasi-no Resorts World Sentosa (syarikat Genting) (GAMBAR BAWAH) kerana memberinya kredit untuk terus berjudi walaupun dah kalah. Kalau dah naik loktang judi, begitulah.

Beliau, Henry Quek, boss sebuah syarikat import-export seafood, memang orang kaya. Tapi apabila kalah $26 juta dalam sehari tentunya menyesal tak sudah.



3) Orang Melayu terkaya Singapork, Salleh Marican, boss syarikat Second Chance dan First Lady (banyak kedai pakaian ni di Malaysia, termasuk di Carrefour Wangsa Maju), sudah ban tujuh eksekutif atasan syarikatnya daripada berjudi di kasi-no.
Salleh kata ini bukan atas sebab Agama, tapi Corporate Governance. Sebab berdasarkan apa yang terjadi dengan Quek tu, jika orang tahu anda kalah judi teruk, syarikat anda akan terjejas. Di sini.
Siapa Salleh dan Second Chance? - saya pernah tulis di sini. Taklah se-kaya (dan se-margarine) orang Malaysia.

Di Temasek, jika anda khuatir ahli keluarga akan masuk kasi-no dan berjudi, boleh tulis surat nyatakan bahawa: Mr ABC, IC No 1234xxx, alamat gini, saya larang dari masuk ke dalam. Saya adalah isteri/abang/ibu kepada Mr ABC. Satu jawatankuasa berjudi akan check details, lepas tu akan ban orang ni masuk kasi-no.

Sebab dah mula ada cerita tentang warga tempatan syiok gi tempat tu pagi-pagi, petang balik rumah buat dunno. Duit beribu dah habis.


4) Dua kasi-no itu akan menambah nilai S$2 billion (RM4.6 billion) setiap tahun kepada ekonomi Singapore, kata sebuah bank tempatan.
Jika dikira ikut GDP atau KDNK, ia disenarai dalam sektor perkhidmatan / services.
Saya pernah kata bahawa walau saya tak setuju buat kasi-no, saya tak marah pemerintah sebab ia cara nak tambah Buzz Factor kepada negara kecik ini. Tambah peluang pelancongan dan pekerjaan.
Semua ada strategi masing-masing.
Yang saya harap pemerintah dapat kekang ialah nafsu orang nak berjudi sebab jika dulu, nak main judi kena cuti 2-3malam pergi Genting Highlands atau naik kapal Resorts World yang ada kasi-no. Kini dah ada depan mata - naik teksi saja, dalam 20 minit dah sampai dari rumah ke pintu kasi-no royale.


Oh maaf, kita tak panggil kasi-no kat sini, tapi IR! Integrated Resorts. Heehee.


TAMBAHAN 6 PAGI

5) Tadi lagi sahur terbaca cerita dalam akhbar (perangai lama: sambil makan, baca).
Kata jurucakap Resorts World Singapore, setiap hari 20 hingga 30 biji bas masuk dari Johor. Jika hujung minggu lebih banyak bas lagi.
Kita katalah 20 bas x 5 hari, campur 30 bas x 2 hari hujung minggu = Jumlah 160 bas seminggu.
Satu bas boleh masuk 40-50 orang? Kita katalah hanya 25 orang dalam sebuah bas pun (bas tak penuh pun kena jalan juga).
Maka yang masuk Singapork = 25 x 160 bas = 4,000 orang.

Ada dua kasi-no di sini, kita andaikan = 4,000 x 2 kasi-no = 8,000 orang. Ini jumlah seminggu.
Jika dalam sebulan, 8,000 x 4 minggu = 32,000.

Saya terbaca dua minggu lalu, dalam bas tu ada nonya dan unkerr, dan ada mamat Melayu pun = sebab IR ni bukan saja orang ke sana nak berjudi. Ada hiburan lain termasuk Universal Studios, shopping, makan-makan.
(Dan mungkin orang naik bas ni dah sampai Sentosa island atau Marina Bay area tu gi tempat lain!)
Jadi kita katalah yang 32,000 orang ni berbelanja secara jimat = S$200 seorang atau RM460. Mereka main slot machines, bukan kat baccarat table.
Jadi 32,000 x S$200 = S$6.4 juta atau RM14.7 juta wang masuk ke Temasek dari Johor (dan Melaka?) setiap bulan.

Ini kiraan secara konservatif.

Jika kita anggap satu bas ada 40 orang, dan mereka berbelanja S$400 seorang (tentu ramai yang tidur dalam hotel IR semalaman, terutama di hujung minggu), lagi tinggi perangkaan.
(40 orang x 160 bas x 2 kasi-no x 4 minggu x S$400)
Belanja mereka menjangkau S$20.5 juta atau RM47.1 juta sebulan.

Wooi.

Thursday, 26 August 2010

Tinggal bawah tanah, 4bulan lagi baru keluar

Saya baca cerita ni pun seram sejuk dah.
Baru dua hari lalu cerita menyanyat hati di Manila apabila lapan pelancong Hong Kong terbunuh akibat komando SWAT yang bahalol.

Di Chile, pelombong terperangkap 600m di bawah tanah. Seramai 33 orang dijumpai masih hidup - dalam gelap. Dalam lombong emas dan copper.


Mereka tak boleh keluar. Yang baru dimasukkan dari atas ialah paip kecil. Ada kamera, masukkan pil glucose.
Akan dikorek lubang besar lagi, dan mereka akan ditarik keluar satu-satu, jika boleh. Proses nak keluarkan mereka akan ambil masa empat bulan!
Sementara itu mereka disuruh kuruskan badan.
Aduhai.

Begitulah saudara dan puan. Orang cari makan.
Tentunya kita bersyukur kerja kita lebih senang. Dapat jumpa keluarga tiap hari.

Ngeri untuk mereka yang di bawah tu.
Dan ngeri untuk keluarga di atas. Boleh jadi gila beb.
Cerita di sini, sini dan sini.
Facebook di sini.

Tuesday, 24 August 2010

Beza antara Hits, Page Views & Unique Visitors

TAMBAHAN 5.45PAGI - MALU NAMA NEGARA

Rupa-rupanya bukan saya saja yang bantai cara lemah polis Filipina cuba lepaskan orang tawanan dalam hostage drama Manila.
Satu dunia pun dah bantai mereka - baca CNN, BBC dan juga Google search words 'Mrs Leung, hostage, bus'.
Lapan mati gitu saja sebab polis bongok.
Polis dah minta maaf pun. Nyawa dah terbang habuk pun tak guna. Hong Kong begitu marah hingga larang pelancong ke negara itu, dan maid di Hong Kong pun ramai kena herdik di sana.
Dalam bas itu ada TV rupa-rupanya, jadi mamat gila tu boleh nonton apa polis kat luar sedang buat dan rancang! Nak ketawa pun kita menangis sebab kecekapan = zero.
Bottomline: Apabila diberi tugas, buatlah dengan sempurna, bukan sembrono. Rosak nama satu negara dalam pandangan dunia.

--------------------------------------------
POSTING ORI - PAGE VIEWS 200,000

Blog ini dah mencapai 200,000 Page Views 'jap tadi - lihat WebStats di sebelah kanan bahagian tengah.
Siapa yang kena loteri 200,000 itu akan menang jongkong emas 10kg dan trip untuk keluarga ke London seminggu. Hahaha.

Apa beza antara Hits, Page Views dan Unique Visitors?
Besar bezanya!

Jika saya gunakan Hits untuk mengira orang yang mengunjungi blog ini, dah lama saya sampai ke angka 1juta.

Jika saya gunakan Unique Visitors, tak tahulah dah sampai 100,000 atau tidak, sebab cara mengira adalah strict.

Saya memilih jalan yang tengah - Page Views. 200,000 Page Views.
Apa bezanya?

Apabila zaman websites dan blogging bermula di zaman internet, orang yang ada website dan blog tentu nak tahu - ramai ke orang yang baca big story yang aku tulis ni? Syarikat yang pamerkan produk mereka juga nak tahu ramai atau tidak yang masuk website mereka dan dari mana.
Jadi macam-macam cara direka nak mengira. Yang paling mudah ialah cara Hits.


HITS

UK-based Raja Petra baru-baru ni berkata dalam interview dengan akhbar London bahawa setiap hari, websitenya ada 500,000 hingga 1juta HITS.
Jika dikira begitu memang nampak banyak.
Tapi sebenarnya pada saya, ia tidak tepat.
Ini sebab, apabila anda mengunjungi sesuatu blog atau website yang mengunakan cara kita HITS, kunjungan anda dikira begini:
a) remgold.blogspot.com = 1 hit.
b) setiap gambar, posting dan widget di muka surat pertama blog saya dikira dalam Hits (saya baru kira) = 25.
Ini kerana di muka surat pertama blog saya ada tiga gambar komando, 1 gambar bas kena serang, 15 widget (harga minyak, pasaran lain), dan banyak posting saya.
 
Maknanya, jika ada 100 orang mengunjungi blog saya hari ini, Hits saya ialah = (1+25) x 100 = 2,600.

Jika anda melawat blog atau website lain, ada yang ada berpuluh story dan gambar dalam mukasurat pertamanya. Ini semua menjadikan Hit yang tinggi.
Anything clickable on the page is considered as One Hit.

Misalnya, jika anda kira di mukasurat pertama CNN, ada lebih kurang 100 gambar, cerita, advertising yang boleh di click.
Jadi jika 100 orang masuk website itu, jumlah Hitsnya ialah 100 orang x 100 clickable items = 10,000 Hits.
Walhal yang masuk hanya 100 orang saja.



PAGE VIEWS

Jika kita gunakan Page Views, kiraannya mengikut berapa orang yang masuk.
Jika yang baca blog saya 100 orang, maka hanya dikira 100 Page Views.

Jika kita anggap bawa website Raja Petra (ini example saja) itu, Malaysia Today, ada 100 clickable elements, maka apabila beliau kata dapat setengah juta (500,000 Hits sehari), sebenarnya yang masuk baca mukasurat pertama ialah 5,000 orang saja (500,000/100).
Jika sejuta Hits sehari = 10,000 orang yang baca, bukan sehingga 1juta pembaca.

Cara Page Views inilah yang saya gunakan dalam SiteMeter blog saya.
Jika 100 orang masuk mukasurat pertama blog ini, maka akan dikira 100 Page Views.
Jika anda click satu gambar atau satu link dalam blog ini - misalnya gambar komando Singapore - maka ia dikira 1 lagi PageView.
Jadi kiraannya menjadi 101.

Blog ini saya mulakan dulu pada December 2007 - dah 2tahun 8bulan, dah ada 1,122 posting (termasuk yang ini)!
Saya mulakan blog ini kerana masa tu marah sangat dengan Umno-BN di bawah Abdullah Badawi yang pada saya sedang merosakkan negara.
Pada saya masalah Malaysia ialah CERRI.
Saya tulis ni pada Februari 2008.
Pilihanraya diadakan March 2008 di mana hancur Umno-BN akibat isu CERRI ini. Apa tu? Baca di sini tentang buah CERRI ni. 

Blog lain, yang baru hidup pun, cepat sampai 1juta Hits sebab mereka gunakan cara kiraan yang lain.
Mereka bukan menipu, cuma cara kiraan yang berbeza.
Macam ada orang pakai kilogram, yang lain pakai tael dan pound.
Atau macam kita kata - saya berjalan 2,000 meter semalam! Jauhnya!!!
Pada orang yang kira dalam mile = baru 1.3 batu! Pulak.

Ada satu lagi kiraan pengunjung yang kerap dipakai.


UNIQUE VISITORS

Yang ini mengukur mengikut SIAPA yang membuat kunjungan.
Jika saya masuk blog saya 100 kali dalam jangka masa KURANG dari 10minit:
Kiraan mudah:
Jika dikira ikut Hits = 100 kali masuk x 100 clickable items = 10,000 Hits.
Page Views = 100.
Unique Visitors = 1 saja, sebab yang masuk banyak kali tu seorang saja.

Unique Visitors dikira 2 orang jika anda masuk website tu sekali lagi SELEPAS 24jam.

Untuk sesetengah website, kiraan cara ini penting kerana dapat mengukur sama ada pengunjung itu orang yang sama, atau pengunjung baru.
Mereka juga dapat tahu berapa kali orang yang sama, dan dari mana, selalu masuk website mereka.
Misalnya dengan menggunakan cara kiraan ini, website seperti Amazon.com atau Dell (ini contoh saja) dapat tahu berapa ramai pengunjung website mereka dari Amerika, Germany, Malaysia dan seterusnya.
Dan mereka juga akan dapat tahu bahawa, wah mamat dari Malaysia kerap masuk masuk website ni. Dan buat marketing campaign sewajarnya - jika mereka lihat mamat Malaysia suka masuk website Dell ni, mungkin syarikat beli iklan di TV atau akhbar tempatan.



Nak baca lanjut cara kiraan ini - di sini dan sini.

Monday, 23 August 2010

Manila hostage crisis - terkejut & sedih

 TAMBAHAN 5PAGI



 Saya bukan pakar menyerbu bas yang ada tawanan dan orang gila bawa senapang nak bunuh mereka.
Tapi saya rasa kecewa - seperti kepala pemerintah Hong Kong Donald Tsang - dengan cara orang Filipina ni serang bas tu.
Maaf, memang senang nak lemparkan kritik, sebab mungkin mereka ada taktik sendiri.
Saya yang selalu nonton wayang rasa janggal dengan apa yang ditunjuk di TV. Selepas satu jam, baru mereka berjaya tembak mati orang gila kat dalam tu. Sementara itu, lapan orang ditembak matinya.
- Apasal lama sangat nak serbu masuk?
The moment the hostage-taker knew police was outside the bus, he will attempt to kill the passengers. Dah tak ada masa lagi dah - terus serbu masuk ler! Itu pada saya yang banyak nonton wayang.


Katanya team SWAT mereka (Special Weapons and Tactics) yang terlibat. Tapi pak, tengok GAMBAR ATAS tu - apa benda yang mereka pakai?
- OK, ada jacket kalis peluru. Tapi, tidak pula dipakai abang polis ketiga dari kiri! Pakaian biasa saja????
- Dan beliau serta yang paling kiri saja hanya pakai beret, bukan topi keledar besi?
Dan jika topi besi pun, kenapa bukan yang tutup seluruh muka agar tak kena tembak kat muka???? Cuma ada satu bullet-proof shield -- lihat di sebelah kanan.

Jika kamu tengok pakaian dan taktik kumpulan anti-terror Indonesia serang JI dan sebagainya, fuyoh, takut beb. GAMBAR BAWAH. Lihat kelengkapan pakaian Densus-88 dan senjata. Ada night vision goggles. Lutut pun kena cover!
CIA-trained brader.
Yang hapuskan orang gila Dr Azahari Hussin dan Noordin Mat Top ialah Densus 88 ni. Detasemen Khusus 88 = Special Detachment 88, squad khas Polri (Polis Republik Indonesia). Baru orang respek dan takut.

- Saya lihat yang Filipina ni pakai tear gas, menurut berita. Kenapa tak gunakan stun bombs? Tapi mungkin takut penumpang mati pula.

- Juga (memang senang nak kritik orang) yang paling janggal pada saya. Kenapa lampu terang benderang brader!
Kamu kasi mati lampu lah! Disorientate the hostage-taker. Sebab gelap dia tak nampak. Kamu masuk pakai night-vision goggles, terus tembak dia kasi mampoi.

- Yang paling janggal pada saya ialah kenapa TV satu dunia dibenarkan buat filem ni! Ditunjuk live. Pengganas satu Filipina nampak taktik kamu, lain kali mereka tahu apa nak buat.
Dan nampak sah kamu tak cekap.

Sedih dan terkejut dengan abang polis Manila ni. Tapi memanglah, senang orang nak attack mereka. Saya pasti orang Hong Kong semua marah.

Lihat komen coolmokcikZ di posting ni yang menyatakan mungkin benda ni berlaku di Singapork. Ya, pengganas dan orang gila kat mana-mana sekarang ni, terutama mereka dendam negara "Israel" di selatan Malaysia ni.
Tapi saya pasti komando Singapore tak buat mistake macam di atas ni.

Apabila pesawat SIA kena serang pengganas pada 1991, komando Singapore serbu plane tu. Dalam satu minit (katanya "30 second sweep"!!!) mereka pecah masuk pesawat dan tembak EMPAT pengganas Pakistan kat dalam. Penumpang semua selamat. Bukan satu jam baru nak serang masuk oi.
Four bullets in 30 seconds. Mereka dapat tembak empat mamat bodoh tu walaupun ramai orang dalam pesawat tu.
Pesawat SIA tu kena hijack kat Subang, dibawa masuk ke Changi. Detail di sini. Israel-trained brader, katanya.




Saya pertama kali cari gambar komando Singapork di internet.
Ada pun. Lihat GAMBAR BAWAH ni - kelengkapan mereka.
Baca cerita di sini dan sini.


Semua orang tidak mahu keluarga tersayang kena kidnap pengganas, tentunya. Tapi bila dah kena, kita tentu mengharap orang yang nak rescue kita tu atau yang nak rescue keluarga kita tu, biarlah yang ada training yang betul.
Dah tak boleh tunjuk belas kasihan lagi kepada pengganas ni, lebih lagi jika (seperti orang gila di Manila) dah threaten nak bunuh penumpang. Lepas tu beritahu stesen radio dia dah tembak mati dua orang. Tunggu apa lagi beb!

---------------------------------------------
Saya sedang menonton live images dari TV - BBC, Mediacorp Singapore - hostage drama dalam bas di Manila.
Terkejut dan sedih.
Apa nih main tembak-tembak pelancong!?!?!
Gila punya orang.
Sini dan sini.

Alamak, ada satu mayat lelaki tergantung keluar di pintu bas depan. Sedih jika itu bapa, abang, suami kita.

Sunday, 22 August 2010

Lima cara nak jadi orang sihat

Petua ni bukan saya yang tulis atau cari.
Ada orang letak kat luar pintu saya. Di Singapork Darul Pangsapuri, orang tak cukup masukkan advertising flyers dalam kotak mail di bawah blok, ada yang bayar pekerja part-time suruh selitkan di gate besi kita.

Petua ini dari www.healthXchange.com.sg, sebuah portal yang disiapkan Kementerian Kesihatan.
Mengingatkan warga pulau kecik ni untuk hidup sihat adalah penting kerana Singapore ialah ageing society, macam Jepun.
Dalam masa 15-20 tahun lagi, akan ada lebih ramai orang tua daripada orang muda - ini antara sebab pemerintah tarik masuk banyak FT, sebab orang Cina Singapork tak suka beranak-pinak.
Yang Melayu kau tak payah ajar, anak kalau tak tiga-empat macam bukan keluarga gitu. Orang Cina nak suruh kawin pun susah, apa lagi nak dapat anak dua, sedangkan dua anak itu minima untuk gantikan satu ibu dan satu bapa yang akan kojol.

Saya post kat sini petua itu sebab mudah dan singkat.

1) Makan pagi biar kenyang.
Laporan menunjukkan mereka yang makan pagi secara umum adalah orang yang lebih kurus. Sebab ia macam 'isi minyak' selepas semalaman tidur.
- ini kata petua tu lah, betul ke tidak kamu jangan tembak saya pula. Tapi doktor saya beritahu, sebenarnya setelah makan pagi ni, makan tengah hari patut dikurangkan jumlah yang dimakan, dan makan malam lebih kurang lagi apa yang disumbat.
Mungkin petua ni bukan untuk orang Melayu kot. Kita sumbat canai telur dua dan teh tarik waktu pagi, briyani daging waktu tengah hari dengan teh ais limau, lepas tu malam cari nasi lemak. In between, kita mesti ada later morning tea kat pejabat (roti sapu kaya) dan afternoon tea (canai satu).


2) Pakai sun block setiap hari.
Matahari (atau 'mentari' dalam bahasa orang berpuisi seperti ninotaziz) menyebabkan kulit lekas tua. Hanya perlu pakai oil-free SPF 15 sun block.
- ini pertama kali saya baca petua ni. Saya nak cubalah.
Mungkin untuk orang muda kot, yang dah nyanyok macam saya dah terlambat tak? Kulit dah mampoi kerepot?



3) Berjalan selama 10 minit setiap hari.
Walau simple ia mempunyai impak besar kepada kehidupan anda. Kamu akan nampak lebih sihat (healthy glow, kata risalah ni), mengurangkan chance kena heart attack, stroke dan rasa kepala berat.
- sebagai orang yang kini berjalan 20-30 minit setiap malam apabila balik kerja, ini betullah. Tapi benda ni saya baru buat setahun, setelah kena diabetes sebelum bulan puasa tahun lalu.

Dulu gi kerja naik teksi, balik naik teksi, walau tinggal hanya 2km saja dari pejabat. Gambar saya yang kamu lihat di blog tu gambar lama. Sekarang dah fighting fit (gambar kat gempa Sumatra dan US tu gambar pak chic dah kurus).
Kamu nak lawan dengan saya? Saya masuk gym di pejabat dua kali seminggu (nak dapat tiga kali, susah beb, kerja banyak). Bulan puasa ni tak masuklah.
Nak action sikit: Di treadmill, saya boleh buat 18:00 minit berjalan-lari 2km.
Dulu nak capai 2km dalam 25minit pun payah, lepas tu turun 22minit, lepas to 20minit.

Orang muda yang kerap masuk gym akan tertawakan saya sebab mereka boleh buat 2km dalam 15minit dengan mudah. Anak oi, pak chic dah 51 tahun, jadi okaylah tu!
Kata orang, kalau aku kena kejar anjing sekarang ni, sekurang-kurangnya boleh lari cepat!

Cuma kadang saya malu dalam gym - sebab pak chic lari slow saja dan kena jalan setiap 200m, tapi ah moi muda atau mamat muda sebelah saya lari 3-5km dari start sampai habis kat treadmill tu. Apa nak buat....

Kalau di cycling machine pula, saya masih slow. Nak capai 2km dalam 5minit belum dapat. Baru 1.8km dah nak pingsan.
Jika kamu ada wang lebih, belilah treadmill ni kat rumah, jadi tak payah masuk gym. Satu keluarga boleh try.
Untuk orang ada diabetes, bahaya besar jika tak exercise kerana aliran darah tak betul. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang kerjanya banyak duduk macam saya.

Saya tinggal di tingkat tujuh - kurangkan naik lif brader. Saya kerap naik tangga sekarang ni walau kadang macam nak pitam. Turun dari blok pun jalan kaki ler!
Rakan saya - fitness freak - lari naik bloknya di tingkat 25. OKlah, ikut kemampuan masing-masing. Kalau saya lari naik 25 tingkat, esok terus masuk Pusara Aman.


4) Duduk secara lurus.
Ia akan membuat anda cergas ketika berjalan. Pastikan kerusi anda ada support di sebelah bawah kat belakang tu.
- Dulu pak chic sakit belakang, banyak susah. Kini dah selalu exercise, dah hilang sakit belakang ni.


5) Tidur awal. 
Ia akan membuat anda ada healthy glow. Ia mengurangkan stress, memperbaiki jantung anda and muka pun nampak muda, kata petua.
- ini payah saya nak lakukan. Tapi akan terus cuba. Saya ni jika jam belum kata 12.30pagi, tak mahu baring pun! 
Lepas tu baring hingga 1.30pagi masih baca buku.
Tapi saya untung kerana masuk kerja 11pagi dan pejabat dekat saja - satu stesen MRT. Jadi boleh bangun lambat.
Kamu lepas subuh kena gi kerja, saya tidur balik sampai 9.30pagi.
Tapi saya pasti yang dimaksudkan doktor ialah tidur 8jam berterusan.


OK, braders dan bradees.
Let's do it, baby!

Saturday, 21 August 2010

Mercy Relief - hero cili padi Singapore

World Humanitarian Day disambut pada Ogos19.
Ia diadakan untuk memperingati kerja-kerja kumpulan dan orang yang sanggup masuk ke kawasan bencana, apabila ratusan ribu orang lain hendak lari dari situ.

Di Temasek Darul Dollar - di mana anda dianggap berjaya atau gagal kerap diukur dengan Five Cs (career, cash, condominium, credit card, country club membership) - ada kumpulan bencana alam yang kecil tapi dihormati kerana kerja-kerja mereka.
Namanya Mercy Relief.

Lihat gambar-gambar terbaru di website mereka tu - termasuk gambar basikal yang paling bawah - sistem penapis air dipasang di basikal!
Susah beb kerja mereka ni. Saya ikut mereka sekali saja, sampai sekarang tak boleh lupa - sebab first time tak dapat relax semasa 'holiday' luar negara.
Lari ke sana ke sini, tidur dalam bilik tiga orang, banyak meeting. Adoi.
Dan saya mabuk perhatikan pekerja mereka nelpon sana sini, sini sana, nak pastikan bantuan masuk dan semua berjalan lancar.

Mereka telah memberi bantuan di banyak negara - Pakistan, China, Philippines, Sumatra dan Jawa, Sri Lanka, Afghanistan, India, Iran, Palestine, Vietnam, Bangladesh, Yemen, entah mana lagi.
Oh jangan lupa, apabila Johor banjir dalam tahun 2006, Mercy Relief masuk ke Muar.

Rakankerja saya baru pulang trip lima hari semasa Mercy masuk ke Peshawar bawa bantuan untuk banjir di Pakistan, ceritanya di sini. Kerja kena banyak sabar beb. Sebab di luar sana, orang bukan effisien macam di Singapore-Malaysia.

Mercy kehilangan seorang kakitangan, Shalahudin Johari (GAMBAR), yang mati lemas semasa berenang di laut tahun lalu. Beliau semasa tu bertugas di Philippines membuat projek follow-up.

Gembira saya baca kerja mereka membina sistem air dan toilet - ya, buat jamban - untuk sebuah kampung di Sumatra. Dan sistem pam air.
Basic stuff untuk kita, tapi untuk orang kampung, sesuatu yang mereka tidak ada.

Mereka juga hulur bantuan - dengan donation dari rakyat Singapore - untuk baiki jambatan dan buat sekolah di China.


Kata PM Lee Hsien Loong dalam 2008:
"Mercy Relief started off as a modest initiative by the Muslim charitable organisation, Perdaus. It is now an independent organisation, enjoying strong and active volunteer support. 
It attracts and brings together energetic and enthusiastic people of all races, religions and backgrounds to fulfil its mission. 
More than 75% of volunteers and 65% of donors are non-Muslims. Since its inception, Mercy Relief has embraced a global outlook. 
It extends humanitarian assistance to all, regardless of country, culture or creed."  

Kini kerja Mercy Relief dipuji oleh Timbalan PM Teo Chee Hean.

Braders and bradees, I salute you.
Bro Hassan, deep apols tak dapat attend Humanitarian Day event kelmarin.

Membantu rakyat miskin (Bah. 2/2)

....SAMBUNGAN....
(Bahagian 1 di sini).
Walau belum ada detail, mari kita bincang dulu.
Kedua-dua idea ini bagus untuk rakyat - ahli politik yang suka 'berkelahi' isu-isu tak perlu (pada rakyat di bawah), kini berlumba nak bantu rakyat miskin. 
Tambahkan pendapatan rakyat miskin. Kita bersyukur (Untuk orang kaya, RM4,000/RM4,500 sebulan small change). 
  
Janji Pak Naj dan Pak Sheikh Anwar:
1) Kerajaan BN nak gandakan/double gaji anda dalam jangka masa 10 tahun.
Saya pernah tulis New Economic Model dan janji nak gandakan gaji di sini.
Saya tulis masa itu:
Jika dibahagi gaji setahun [anda] itu kepada sebulan, ini bermakna secara purata gaji sebulan rakyat sekarang ialah lebih kurang RM2,200.
Ia nak digandakan kepada RM4,500 sebulan, dalam 10 TAHUN.

2) Pak Sheikh pula kata, jika Pakatan jadi kerajaan, dalam jangka masa LIMA TAHUN pendapatan sebuah rumah (household income) akan dijadikan RM4,000 sebulan. Baca ceritanya di sini - banyak website dan blog dah tulis isu ini.
Pandai juga silat sikit - beliau kata itu adalah 'sasaran' atau target - jika tak dapat dalam lima tahun, jangan marah. 
Bezanya antara janji dua pembesar politik Malaisia tu ialah (harap betulkan jika salah):
1i) PM Naj janji nak double gaji SETIAP PEKERJA. Dan dalam 10 TAHUN, bukan lima tahun. Di Malaysia, jumlah pekerja ialah 11juta daripada 28juta rakyat. 
Ini tentu bermakna ekonomi kena terus mantap dan berkembang. Jika nak sampai ke situ, KDNK kena tumbuh 5-6 peratus setahun, setiap tahun.
Bukan mudah tu, tapi bukan impossible.
Cuma sayang. Dari beliau bentangkan New Economic Model pada Mac hingga hari ini, belum beri detail cara mana ekonomi negara boleh melonjak jadi "high income economy".
Sebab jika ikut KDNK naik setahun 5-6 peratus saja, tak akan dapat gandakan gaji anda.
Cuba kira sendiri -- Jika gaji anda RM2,000 hari ini, naik gaji 6 peratus setahun dan terus bertambah 6 peratus setahun (compound growth) = RM2,000 x 1.06 = 2,120, x 1.06 = 2,247, x 1.06 = seterusnya hingga 10 tahun. Anda dapat RM3,582. 
Tak dapat double.

2i) Anwar pula tak kata naikkan gaji Setiap Pekerja kepada RM4,000.
Beliau kata HOUSEHOLD INCOME - pendapatan sekeluarga.
Kalau dalam rumah tu laki dan bini kerja, jumlah gaji mereka akan jadi RM4,000. (Sedangkan ikut janji Naj, jika laki bini kerja, pendapatan serumah menjadi RM4,500 x 2 dalam 10 tahun).
Maknanya jika pilihanraya diadakan 2013 dan Pakatan menang, pada 2018 semua keluarga dalam Malaysia akan dapat income RM4,000, paling kurang.
Syiok juga, sebab ini gaji minima.

Dan jika anda orang miskin dan gaji sekeluarga hanya RM2,000, maknanya akan berganda gaji anda dalam hanya lima tahun. Bukan 10. 
Tapi seperti PM, Anwar juga belum beri detail macam mana nak pastikan semua rumahtangga dapat gaji minima RM4,000.

---------------------------------------------- 
Kritikan Saya (memang senang nak attack orang, oi!):

a) Masalah janji spesifik kepada pengundi ini begini: Jika kamu tak dapat deliver karang, mampoi.
Lebih mudah jika mereka cuma janji - semua KELUARGA (bukan pekerja) yang ditaraf Rakyat Termiskin akan diberi RMxxx sebulan. Maknanya kamu tidak janjikan kepada semua orang, hanya Rakyat Termiskin.
Atau buat seperti janji spesifik Lim Guan Eng - semua warga tua 60 tahun ke atas akan dapat RM1,000 setahun.

b) Walau saya puji janji PM Naj, Anwar dan LGE sebab janji nak bantu rakyat di bawah, saya lebih senang hati jika janji dibuat secara big picture. 
Kan cukup jika janjikan Malaysia akan jadi high-income country (BN), atau nak kurangkan corruption dan pembaziran (Pakatan).
Sehingga blogger pro-PAS yang menjadi (ahem) guru saya, ~penarik beca, pun mengeluh tentang janji-janji manis ni. 

c) Yang lebih penting - janji kasi wang percuma kepada orang tua, okaylah. Tapi kenapa nak janji kasi wang percuma. Nanti depa dah sedap dapat jadi macam unemployment benefits atau social security benefits di Barat yang merosakkan negara kerana semua jadi malas. Cuma nak tunggu wang percuma. 
Jangan hanya berikan seseorang itu ikan saja, ajarlah mereka mengail ikan agar mereka dapat cari makan sendiri. Tak terus mengharap meminta-minta.
Give a man a fish and he'll eat for a day. Teach a man to fish and he'll eat for a lifetime. 
Berilah peluang pekerjaan kepada orang tua yang nak bekerja - dengan merendahkan cukai untuk syarikat/fast food restaurants yang ambil pekerja emas ni.
Lebih baik jika kerajaan adakan peluang latihan demi latihan - training schemes - untuk pekerja bergaji/berpendidikan rendah, menaikkan taraf qualification/skills mereka.

Maaf, masuk bab Singapore. Bukan sebab negara kecik ni bagus ke mana, tapi sebab saya tahu apa yang berlaku di sini - macam-macam training scheme ditawarkan untuk pekerja rendah. 
Pemerintah bayar beb. Majikan diberi elauns jika galakkan/benarkan pekerja belajar ambil certificate atau diploma. Baik belajar bahasa Inggeris, cara gunakan machines di tempat kerja, belajar komputer dan sebagainya. 
Baca sini, sini dan sini (di Malaysia pun tentu ada, saya kasi examples yang saya tahu, jangan marah).

Untuk pelajar Melayu yang miskin - tak mampu nak bayar tuition yang mahal - kumpulan bantu-diri Mendaki (Majlis Pembangunan Masyarakat Islam Singapura) dan AMP (Association of Muslim Professional) anjurkan kelas tuition ajar matematik, sains, gunakan komputer etc.
Atau kamu nak loan belajar lagi?
Di Malaysia pun ada peluang begini, bukan tak ada. Tapi akhbar dan website lebih gemar laporkan orang politik tikam lidah, bukan cerita 'pekerja gaji rendah, kini dah pandai, terima kasih kerana skim latihan. Anda bila pula nak tingkatkan ilmu?' Lihat sini.

---------------------------------------------- 
Maaf, nak pulang semula kepada pertanyaan Sarjan Hassan (Bah. 1): 
Macamana cara kita nak sustain ekonomi keluarga (middle income) secara long term untuk hidup selesa (bukan mewah).

Benda-benda di bawah ini pernah saya buat, dan ada yang saya masih terus lakukan:
1. Hidup ikut gaji kita. Dulu selama bertahun-tahun, saya bawa makanan dari rumah. Masuk thermos - nasi, lauk, sayur. Makan tengah hari dah sejuklah, tapi jimat. Sambil makan seorang diri dalam meeting room, baca buku atau akhbar.
Sampai sekarang, jika kamu makan dengan saya, kekok jika saya tak baca sesuatu waktu makan. Kamu nak kata kurang ajar pun saya tak kisah. Hahaha.
Kurangkan makan di luar - mahal beb! Baik kamu masak nasi kat rumah, goreng telor/ikan bilis/kicap, campak sayur salad.

2. Jangan naik teksi jika boleh naik LRT/MRT. Saya tak naik bas kerana nak jimat masa, tapi jika kamu nak jimat, naik bas ler. Kalau boleh jalan kaki, do it!

3. Jangan beli kereta yang menyusahkan diri nak dibayar. Di KL semua orang mesti ada kereta sebab sistem bas tak lengkap dan nak bawa anak 10 orang makan luar hujung minggu.
Rahsia Azman Hashim bos AMBank - saya pernah terbaca - beliau kata beliau beli kereta second hand, agar tak rugi teruk.
Jika boleh naik motosikal ke kedai nak beli biskut, kenapa naik kereta?
Saya tak ada lesen motosikal, tapi kereta saya di KL dah berusia 12 tahun (kereta 1998), dah lama habis bayar. Gian nak beli kereta baru, tapi takut tambahkan hutang.
Di Singapore tak ada kereta, gi kerja naik MRT, balik jalan kaki 2km.

Kawan pernah cerita - seorang Melayu Singapork jual rumah dapat untung besar. Lalu beli BMW. Wooi, glamour action sana sini. Tapi depa lupa maintenance untuk kereta mewah, upahnya pun mewah! Lepas dua tahun, depa terpaksa jual kereta, rugi banyak, kini naik kereta kecil.

4. Financial planner kata jika kamu beli rumah, bayaran bulanan tak boleh lebih dari 30 peratus net salary (gaji yang dibawa pulang). Kurangkan kepada 20 peratus ler jika nak selamat!

5. Simpan 10 peratus gaji setiap bulan. Jika gaji kasar RM2,000 dan dibawa pulang RM1,600, maknanya kena simpan RM160 sebulan.
Bukan untuk hari sakit saja, atau jika anak nak beli kasut dan buku. Tapi kadang-kadang nak juga kita beli TV baru, makan kat restoran seafood Amy.

Nak citer sikit: Sila rajin belikan anak buku-buku, 'bang. Masa saya kecik di kampung West Coast Road dulu (jamban atas sungai), umur 12 tahun, arwah bapa saya berikan saya buku saya pertama yang TIDAK ada gambar - hanya covernya ada gambar.
Sampai sekarang saya ingat reaksi saya: Siapa yang nak baca buku tebal yang tak ada gambar ni? Dalam bahasa Inggeris lagi.
Tapi selepas baca beberapa muka surat, syiok. Dan dari situlah saya mula berani baca buku apa pun. Itulah jasa arwah bapa.
Penulis buku itu ialah Enid Blyton.
Siri detektif kanak-kanak, Famous Five and Secret Seven.

Saya dapat beri anak-anak saya buku cerita yang sama masa mereka kecik pun. Sekarang mereka dah syiok, pilih buku sendiri bila ke Kinokuniya di Orchard Road dan KLCC, atau di Borders, Orchard. Bapak mereka tukang bayar.

6. Jika dah buat semua di atas ni tapi masih perit, apa nak buat brader. Kena cari kerja kedua lah. Dulu muda-muda tak mahu belajar dan sertai skim training!
Sang ibu boleh buat kueh atau jahit baju. Bapa kenalah kerja di luar rumah.

7. Cari Pak Naj, Abang Anwar dan Guan Eng. Hohoho.


(in case kamu tanya: apasal pak chic tua ni kasi detail kehidupan dia? bukan terkenal mana pun orang nak baca! bukan brad pitt atau dr m.
(tak baca pun tak apa beb. saya tulis detail ni agar nanti saya dah 'game', anak-anak dan cucu boleh baca - 'o, gitu bapak/atok hidup. susah eh'.
(jika mereka ambil yg cantik dan buang yang nonsense sikit pun jadiler. doakan lah arwah bapak/atok, 'nak, 'cu).
   

Friday, 20 August 2010

Membantu rakyat miskin

Dalam komen di posting sebelum ini, Sarjan Hassan tulis:
"Rem

Disebabkan Rem duduk di 2 alam, saya nak le tanya sikit pengalaman saudara tinggal dan kerja di Spore dan Malaysia.
Tolong explain sikit secara general apakah kesan terus kenaikan ekonomi Malaysia kepada golongan Upper, middle dan lower income group.
Dan kalau ia hanya short to middle term sahaja ( alaf sekarang dah tak ada long term dah ) kesannya macamana pulak sedangkan cost of living tak pernah pun turun.
Macamana cara kita nak sustain ekonomi keluarga (middle income) secara long term untuk hidup selesa ( bukan mewah )
Saya tunggu ya.
19 August 2010 09:44"


Susah jugak beb bila apa orang kata 'saya tunggu'.
Teringat lagu Alleycats - ku tunggu mu di pintu Syurga...... cessss-sabah.
Cuma saya tak tahu Sarjan Hassan ni dari RSAF atau ATM.

Jawapan shortform: Orang miskin ada satu cara di Singapore dan dua cara di Malaysia jika nak naik ke Middle Class.
- Di kedua-dua negara, mereka kena ada ilmu dan tingkatkan ilmu. Cari kerja, terus belajar dan dari situ panjat tangga korporat. Jika nasib anda baik, jadi CEO GLC di bawah Khazanah.
Jika kurang baik, jadi macam Pak Chic: dah setengah abad masih hanya beberapa tangga dari bawah; tapi okaylah juga, tak menyusahkan orang lain. Growing old gracefully.

- Di Malaysia dan banyak negara lain, ada satu cara lagi yang kita dah banyak lihat. Orang di bawah ini boleh masuk politik, lalu dapat pangkat Ketua Bahagian atau Ahli DUN atau Ahli Parlimen (di parti mana pun), walau tak gi sekolah dulu atau hanya dulu jual kereta secondhand.
Jika pandai berborak depan orang ramai dan main politik cah keting, gerenti boleh naik.
Di Singapork, jika kamu tak ada pelajaran dan nak kaya cara masuk politik, amat payah. Kamu TIDAK boleh apply masuk PAP sebab parti ini mengunakan sistem sosialis lama, iaitu cadre system. They will call you if they want you as member; you cannot apply to become a member.
Dan jika anda tak ada pelajaran tinggi, maka payah nak terima panggilan bertanding jadi MP yang boleh dapat gaji besar. Gaji MP di Temasek dua kali ganda gaji menteri besar di sesebuah negeri di KL.

Jadi berbalik kepada cerita orang miskin di bawah ni. Macam mana mereka nak naik, siapa yang jaga hak mereka dalam kedua-dua negara saya.
Orang lemah ni - di negara mana pun - baik ekonomi kuat atau lembek, mereka kena teruk.
- Jika ekonomi kuat, akan datang inflasi. Harga barang-barang naik mendadak. Sedangkan gaji mereka RM1,000 atau di bawah. Dah lah tu, majikan mungkin bawa masuk FT - foreign talent konon. Pekerja gaji rendah dari Indonesia dan Bangladesh di Malaysia, dari China, India dan Filipina di Temasek. Mungkin mamat miskin tempatan ini hilang kerja terus!
- Jika ekonomi lemah, orang miskin juga teruk sebab mungkin kena potong 'ngotem' (kata orang Jawa) - overtime. Dan elauns kena potong atau gaji tak naik sebagai penyapu sampah, drebar, office boy, peniaga pasar malam, mokcik jual epok-epok tepi jalan (bukan coolmokcikz tentunya!), pak chick yg dah retire.

Di negara Singapork dan Malaisia, kita ada harga diri. Bukan macam negeri omputeh seperti Australia, France dan banyak lagi - jika kamu tak ada pekerjaan, garmen kasi duit. Unemployment benefits.
Bukan makin orang rajin, makin ramai malas nak cari kerja! Buat apa kerja gaji RM2,000 misalnya, jika tak kerja duduk rumah garmen kasi RM800 sebulan. Save tambang dan duit penat, boleh kerja part-time mana-mana tanpa beritahu kerajaan!

Apa-apa langkah nak bantu orang miskin ni saya sokong penuh sebab pengalaman hidup pahit semasa kecik dulu. Dahlah miskin, kena hina orang lagi.
Sebab itu saya agak gembira apabila lihat janji PM Najib dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata bahawa mereka akan bantu orang miskin. PM Najib naik doublekan gaji warga Malaysia. Anwar janji gaji serumah RM4,000 sebulan lima tahun setelah Pakatan tawan Putrajaya.
Ditambah Lim Guan Eng kata nak bagi RM1,000 kepada pesara.
Wah.
Ini macam cerita dongeng pun ada, sebab semua orang politik ni tak kasi detail bagaimana mereka nak buat ni. Cuma statement of intent.

...... BERSAMBUNG

Wednesday, 18 August 2010

Ekonomi Malaysia terus kukuh. Pujilah sikit!

TAMBAHAN

WHOA. FUYOH. FULAMAK. AIYOMAMA.
Ringgit di paras tertinggi dalam 13 TAHUN!
Kerana ekonomi kuat dan currency controls dikurangkan.

----------------------------------------------------

Untuk Suku Pertama (Januari 1 hingga Mac 31), kuat sungguh ekonomi Malaysia = berkembang 10.1 peratus.
Suku Kedua ekonomi berkembang 8.9 peratus, kerajaan kata petang tadi. Slow sikit tapi tetap kuat.

Kebesaran dan kekuatan ekonomi diukur dengan menggunakan apa yang omputeh kata GDP, atau Utusan dan BH kata KDNK. Apa benda tu 'bang?  

GDP = gross domestic product.
KDNK = keluaran kasar dalam negara.
Cakap mudah: pendapatan negara. Jika semua barangan yang dibuat di Malaysia, dan semua perkhidmatan di Malaysia diukur dengan matawang. 
Dan dicampur dengan jumlah perdagangan/penjualan sektor pembinaan (KLCC Property Holdings, Gamuda) dan pertanian (Felda dan Sime Darby). Jumlahnya RMxx juta.
Di sana pula, syarikat Dell pasang komputer dan Zaitun keluarkan syampu berjumlah RMxx juta.
Dalam sektor perkhidmatan pula, Hotel Mandarin, Pos Malaysia dan Pelabuhan Klang sediakan bilik penginapan, pos surat dan kotak, manakala kapal masuk port kena bayar 'berthing fees'. Jumlahnya RMxx juta.
Jumlah ini semua dicampur oleh kerajaan dan menjadi KDNK atau GDP.

(Maaf, tapi Makcik Mah jual goreng pisang, Pakcik Man jual ayam percik di bazaar Ramadan Melawati, serta khidmat Kak Piah urut kaki di Carrefour tak dikira sebab terlalu kecil dan business tak berdaftar dengan kerajaan. Dan, ahem, tak bayar cukai pun!).

KDNK ni dibilang sebulan sekali apabila industri (Ikea, Carlsberg, Scomi, Proton dan Nokia) dan syarikat perkhidmatan (KFC, Bursa Saham Malaysia, Kontena Nasional, Suria KLCC, Firefly dan AirAsia, Genting Resorts World, Hospital Pantai) melaporkan jumlah dagangan dan penjualan mereka kepada Jabatan Statistik, Bank Negara, kementerian-kementerian.  
Dan jumlah sesuatu period itu (bulanan, suku tahun atau tahunan) dibandingkan dengan period yang sama di tahun lalu - di situlah kita dapat peratusan sama ada ekonomi telah berkembang atau menguncup.
Jumlah KDNK Malaysia tahun lalu dianggarkan US$378.9 billion (RM1,300 billion) = iaitu jumlah dagangan/penjualan industri dan sektor perkhidmatan setelah dicampur. 
Tahun lalu, ekonomi menguncup 2.8 peratus. 
Untuk seluruh tahun ini, 2010, KDNK akan berkembang "lebih tinggi dari 6 peratus", kata Bank Negara!!!

Dan berita baik lagi, yang apabila saya baca, saya gembira tadi:
-Sektor perkilangan (manufacturing) berkembang kuat! naik 15.9 peratus, menunjukkan export terus kuat.
-Sektor perkhidmatan (services) naik 7.3 peratus.
-Sektor pembinaan (construction) 4.1 peratus.
-Sektor pertanian (agriculture) berkembang 2.4 peratus.

Satu perbandingan untuk tahun ini (saya membantu menyunting laporan dari buro-buro akhbar kami tadi):
Jangkaan KDNK 2010,
- Indonesia = 6 peratus.
- Thailand = 7 peratus. 
- India = 9.1 peratus.
- Singapork = 13-15 peratus.

Harapan besar saya ialah apabila pembangkang menilai angka-angka ekonomi Malaysia ini, mereka tidak akan terus mengecam dan memaki hamun.
Sekali-kali, jadilah pembangkang yang memberi harapan kepada rakyat: ekonomi Malaysia ni baik. Memang ada banyak lagi boleh diperbaiki, tapi kita bersyukur bersama bahawa kita terus sihat di masa ekonomi negara Eropah seperti Greece, Portugal, Spain dan Italy lemah. Dan ekonomi US pun mungkin terus lemah.

Penat rasanya jika apa yang akan kita dengar ialah maki hamun saja. 
Jika tak mahu, tak payah puji kerajaan Najib pun. Sebab tidak semua yang berlaku - seperti eksport terus kukuh, atau orang lebih kerap makan di KFC, atau tourist masuk hotel - kerja kerajaan secara langsung pun.
Tapi jika sekali-sekala semua bersatu padu, dapat sejukkan hati rakyat akan masa depan negara. Dan memberi kebanggaan kepada semua.

Tuesday, 17 August 2010

Nasib kaum Rohingya didedah agensi berita Kaladan

Masa bulan puasa ni kita syiok beribadah waktu malam dan makan minum beramai-ramai dalam keadaan aman.
Pergi bazaar Ramadan pun syiok juga.

Tapi kita tahu tak semua begitu untuk banyak Umat M lain - yang di Pakistan rumah dah hanyut, di Palestin dah 50 tahun ditindas dan dihina.
Ada lagi satu kaum M yang terus ditindas dan dihina. Malah, hampir tidak ada satu negara pun ambil kisah tentang mereka kerana mereka miskin dan tinggal dipinggir masyarakat mereka.
Kaum Rohingya dari Burma/Myanmar.

Kita semua yang tinggal di KL dan Klang Valley, dan yang pernah ke Makkah dan Madinah, pernah berjumpa mereka. Tapi kita tak tahu sebab kita ingat mereka ni dari Bangladesh.

Mereka tak ada negara sebab pemerintah Burma kata mereka bukan orang kita, sebab bangsa Burma tak berkulit gelap. Pada Burma, there is no such race as Rohingya di negara itu.
Mereka lari ke jiran, Bangladesh, negara Bangla pun tak sanggup menerima mereka sebab miskin jumpa papa.

Jika kamu nampak orang pompuan dan anak-anak mereka di pintu masjid dan surau, atau yang minta sedekah di tempat lain berupa orang Bangla - kebanyakannya itu adalah orang Rohingya. Tak percaya tanyalah.

Di Makkah pun saya pernah jumpa mereka yang bekerja dengan Arab di kedai-kedai. Apabila saya kata saya dari Malaysia, mereka berbahasa Melayu dan kata mereka pernah bekerja di KL atau Johor.

Di KL, saya pernah ke kawasan di Cheras di mana ada satu persatuan mereka dan ada restoran menjual makanan mereka!

Berita mereka ini, seperti saya pernah tulis dulu, ada dalam Kaladan Press Network, agensi berita untuk kaum ini yang berpusat di tepi Bangladesh. Saya pernah jumpa editornya semasa conference di Jakarta pada 2008.
Mujur ada pemerintah omputeh (Sweden dan Norway antaranya) yang recognise kepayahan hidup mereka ini dan beri bantuan walau sedikit. Ada agensi UN pun yang bantu mereka - tapi nasib Rohingya ni kebanyakannya orang buat tak tahu.

Malaysia sebenarnya banyak berjasa kepada kaum mereka sebab beri mereka perlindungan - kalau tidak masakan ramai mereka boleh minta sedekah dan bekerja di sini.

Pemerintah mereka di bawah jeneral kuku besi, terus mencengkam mereka - boleh baca di berita Kaladan ini.
Nak berpuasa dan bertarawih pun payah - baca ni.
Di bulan ini, spare a thought for them.

Monday, 16 August 2010

Bazaar Ramadan - unleashing business energies?

Dah beberapa tahun saya tak ke bazaar Ramadan. Paling kurang tiga tahun sejak saya bekerja di Singapork Darul Dollar.
Kerana waktu kerja yang sibuk pada sebelah petang, dan kurangnya penjualan makanan di tepi jalan seperti di Malaysia waktu Ramadan, saya hanya di kantin pejabat membeli makanan.
Bila hari tak bekerja, saya gemar duduk di rumah untuk berbuka. Tak perlu berebut-rebut membeli makanan dengan orang lain yang sama lapar.

Di Temasek, setahu saya (jika salah sila betulkan), bazaar Ramadan yang diadakan secara tetap setiap tahun hanya di ruang keliling masjid-masjid - cerita masjid-masjid Singapork di sini - atau di beberapa tempat di Geylang Serai.
Yang di tempat lain - di bawah blok flat, atau dapatkan temporary licence pasang khemah beramai-ramai di town centre kawasan perumahan - jarang dilakukan. Begitulah hidup orang minoriti di mana saja pun - hanya boleh bermeriah di mana kaum kecil itu berkumpul.
Di Malaysia, sebab ramai Umat M, jika saya buka table depan kawasan perumahan rumah saya jual cendol dan nasi lemak pun, saya pasti ramai yang datang membeli.  

Semalam saya ke bazaar Ramadan di pusat bandar Taman Melawati.
Wooi, berpuluh gerai = 100 ada?
Orang jual macam-macam.
Jika saya di minus satu point setiap kali air liur meleleh melihat lazatnya makanan yang dijual, semalam saya dah kena minus 1,000 points! Hahaha.
Puasa yok-yok, petang-petang ngendap periok.

Saya juga lihat perangai peniaga yang berlainan.
Ada yang jelas pemilik restoran/gerai di waktu bulan lain, yang cepat dan tangkas memasak dan pandai menarik hati penjenguk.
Ada yang nampak sah setahun hanya sekali jadi peniaga - periok belanga dan wok pun nampak baru! Dan nampak kekok dan malu kucing nak pekik panggil orang suruh singgah. Sudi mampir, kata wak jawa.
Dah jam 4 petang semalam, ada makcik baru sampai bawa kuih dalam talam yang baru nak dipotong. Hai,kenapa tak potong masa kat rumah tadi! Kan lebih selesa. Sah peniaga part-time.
Ada yang saya lihat kalau boleh nak berjabat tangan dan tepok bahu untuk teruskan perjuangan hidup - si laki terkial-kial nak hidupkan api atau goreng sesuatu, si isteri lagi kekok duduk di sebelah. Nak beri semangat.
At a few stalls, you can clearly see that the wives have that look - what am I doing here? I'd rather be at home, sleeping.
Begitulah perjuangan hidup. Sedih juga fikirkan kepayahan hidup mereka.

Orang ramai berhenti mengikut selera masing-masing - nak beli ayam percik, ikan bakar, kueh manis atau lauk sayur nak bawa balik.
Tapi ramai juga tentu terpikat menurut cara presentation.
Sebab semua orang tahu harga barang makanan yang dijual di bazaar ni overpriced. Mak oi, orang jual ikan bakar RM18.
Sayur dalam kotak plastik sedikit saja RM2. Kek tak besar mana 50sen sebiji.
Tapi kalau presentation cantik dan nampak menggiorkan, maklumlah pembeli lapar, akan laris juga.


THE ANNUAL UNLEASHING OF POTENTIAL. Yang menarik untuk saya ialah setiap tahun, ramai rakan dan keluarga kita become instant businessmen and businesswomen.
Berniaga di bazaar, buat kuih kat rumah, jahit baju/langsir upahan sambil menjaga anak di rumah.

Kalaulah boleh, saya nak tanya orang yang bawa periok belanga baru beli tu -
Maam, you tak nak berniaga full-time ke?
Kenapa tidak?
Tak cukup modal?
Tak tahu nak cari tapak jualan?
Tak tahu kat mana nak pinjam duit nak berniaga?
Apa yang diharap jual setahun sekali ni?
Duit raya ke?
Hobi?

Bazaar Ramadan ni unleashed the business potential Umat M ni.
Baik kerajaan Umno atau Pakatan (sebab Melawati dalam Selangor), tak boleh kasi flyer kepada peniaga nak beri panduan ke mana nak pinjam wang, dapatkan advice berniaga kecilan part time/full time, cara nak menyewa tapak dan anggaran ongkos. Bantulah orang di bawah, bukan para datuk dan datin yang datang dengan Merc dan Lexus nak beli juadah tu saja.

Sayang. Habis Ramadan, habis semangat nak berniaga ni - walaupun secara part time supply kueh atau supply lauk untuk restoran dari rumah.

Friday, 13 August 2010

Berjumaat di KLCC. Wang Malaysia mengalir keluar

Nak jumpa rakan kerja di pejabat syarikat saya di KL (pejabat lama saya), saya naik LRT ke KLCC. Pejabat Singapore Press Holdings terletak di salah sebuah bangunan office di sebelah KLCC.

Kerana hari ini Friday the 13th dan jam dah 12.30 tengah hari tadi, saya pun berjalan ke Masjid Assyakirin KLCC. Dengar guruh di langit dan awan mendung - alamak nak hujan!
'Masjid KLCC ni kecik saja,' saya berkata dalam hati. 'Nanti jika lambat dah penuh kalau hujan habis tak cukup tempat sembahyang'.
Dah tiga tahun saya tidak ke masjid ini - sejak merantau ke Singapork.
Apabila dah dekat dengan masjid - eh! nampak lain pula tingkat atasnya!
Rupa-rupanya masjid ini telah dibesarkan. Dulu tingkat atas tu boleh masuk sikit orang saja di luar dewan solatnya. Di sebelah bawah, jika hujan, tempias teruk sebab roof designnya lebih glam dari praktikal. Cantik, tapi senang tempias hujan.
Kini, Assyarikirin dah boleh memuatkan lebih dua-setengah kali ganda jemaah, agak-agak saya.Total 3,000 orang kini. Dulu hanya 1,000 lebih saja.

Teringat saya jasa hero yang telah menjadi musuh rakyat, Dr Mahathir Mohamad. Bekas arena lumba kuda telah ditukar menjadi bangunan Twin Towers megah dan masjid. Dan kini masjid itu lebih besar lagi.
Pegawai masjid umumkan: Harap derma lebih sebab setiap kali berbuka puasa ada 1,000 orang di sini. Alhamdulillah.

Di sebelah atas, bahagian belakang, ada banyak paip wuduk. Jadi tidak berebut lagi manusiawi macam dulu - tempat-tempat wuduk yang sempit.
Cuma nak komplen sikit - jumlah toilet masih sama di bahagian bawah. Berebut manusia tadi, kasihan mereka. Abang pegawai - boleh buat toilet dua tingkat kan, di tanah kosong di tepi masjid tu.

Lepas solat, remgold tua kepo petik gambar kawasan sekeliling masjid - terkejut al-berok saja kerana Kota KL macam semak kerana banyak sangat pangsapuri mewah di sekeliling. Dan ada pula bangunan pejabat yang naik tinggi-tinggi.
Siapa yang approve banyak-banyak ni? Saya khuatir keadaan trafik yang makin sesak kerana town planner mengong. Bagus banyak bangunan tinggi, tapi jalan raya masih dua lorong, bagaimana tu bang?

Teringat juga saya akan umat M. Ramaikah yang mampu beli pangsapuri mewah gitu. Harganya yang paling murah untuk unit 1,000 sq ft (dua bilik) ialah RM1juta.
Tapi itu cerita sampingan. Asalkan ada ramai warga Malaysia yang membeli okaylah.
Takut kosong jadi rumah hantu pula - sebab ada sekitar 6,000 unit dalam 25 kondo mewah ini, saya difahamkan. Gerun saya memikirkan.
Saya difahamkan ramai rakyat Singapour, Arab dan lain-lain yang membeli. Kita doa yang baik-baik untuk ibukota tersayang, agar terus maju.



-----------------------------------------
PELABURAN MALAYSIA DI LUAR NEGARA (?)

Saya pernah bertanya baru-baru ini, duit pelaburan Malaysia yang keluar tu pergi ke nagara mana? Dan dilabur dalam apa? Isu tentang isu kontroversi capital outflow.
Detail wang yang dibawa keluar dari Malaysia rupa-rupanya telah dijawab di Parlimen Jun lalu.
Penulis di Penang, Anil Netto, ada detailnya di sini. Terima kasih!

Saya letak tanda tanya dalam bracket di atas kerana ada musykil tentang wang yang ke sana ke mari tu. Pelaburan atau Pelarian wang?
Baca tulisan Anil, lepas tu baca ini:
- Dari wang tersebut untuk sektor perkhidmatan (services) hampir setengah - banking, minyak dan gas, telecom.
- Pelaburan dalam projek minyak dan gas, 38 peratus.
- Sektor pengeluaran hanya 6 peratus, dan kebanyakannya untuk sawit.

- Kita pecahkan ikut negara - lepas tu tambah komen sendiri:
  1. Singapore – RM5.8 billion - Wang ini hanya untuk 2009 (tahun lalu), tapi tentunya termasuk pelaburan Genting dalam kasino di pulau Sentosa, dan pelaburan YTL dalam projek perumahan mewah di pulau sama. Saya agak saja. Dan tentunya ada wang yang masuk ke Singapore, sebuah regional banking centre, untuk disalurkan ke tempat lain. Atau untuk disimpan oleh orang kaya Malaysia di banking centre for Asia.
  2. Hong Kong – RM4.3b - Hmm, kurang pasti apa pelaburan Malaysia di HK ni. Mungkin wang ni akan disalurkan dalam projek factory dan perumahan di China yang sedang boom? Atau untuk disimpan oleh orang kaya, kerana HK pun financial centre juga? Atau, kerana kebanyakan daripada pelaburan ialah dalam sektor minyak dan gas, untuk dilaburkan ke tempat lain oleh Petronas?
  3. Mauritius – RM3.4b - Musykil juga saya, tapi nampak seperti ada projek pelancongan di sana. Tapi banyak tu brader duit yang ke sana, jika hanya untuk satu projek pelancongan. Atau mungkin ada offshore banking facilities di kepulauan ini? Bank Negara, apa projek ni?
  4. Indonesia – RM2.2b - Ini jelas, saya rasa. Beberapa bank Malaysia melabur dalam bank Indonesia, dan juga banyak syarikat sawit Malaysia yang melabur tanah dan ladang di sana.
  5. The Netherlands – RM1.9b - Ini pun saya tak pasti, Nak tahu juga dari Bank Negara. Atau mungkin Petronas ada membeli saham syarikat minyak Dutch?
  6. United States – RM1.9b - Ini mungkin portfolio investment - syarikat atau individu membeli saham dan bond Amerika, ekonomi terbesar di dunia. Ekonomi Amerika ni lemah juga, jika kamu nak beli saham dan bond mereka, inilah masanya (iaitu tahun lalu).
  7. Cayman Islands(!) – RM1.8b - Anil letak exclamation mark (!). Saya pun terkejut al-berok, sebab orang akan cepat kata - ini tempat crooks sembunyikan wang agar tak kena cukai! Tapi tak baik prasangka. Sebab jika saya orang kaya dan mahu melabur di negara lain, saya mungkin membuka syarikat lain agar nama saya tidak terkeluar jika melibatkan diri dalam projek. Misalnya saya buka syarikat bernama Cayman Fun Funds agar bila saya membeli saham Google di US atau bond pemerintah UK, nama saya tak diketahui umum. Pelaburnya ialah Cayman Fun Funds, bukan nama tycoon dan taiko remgold ali baba.
  8. Thailand – RM1.3b - ini mungkin projek di JDA (Joint Development Area) di laut antara Thailand dan Kelantan. Dan mungkin juga portfolio investment kerana saham Thai jatuh teruk, maka orang berebut nak beli saham murah (tahun lalu)?
  9. United Kingdom – RM1.0b - portfolio investment? Dan mungkin juga pelaburan minyak dan gas yang kemudian dihalakan ke tempat lain?
  10. Bahamas(!) – RM0.9b - Ini pun ada tanda tanya. Tapi Bahamas dan Cayman (macam Labuan) ialah offshore banking centre. Jadi tentu orang suspicious kenapa wang nak di'sembunyikan' di sini, bukan di Labuan saja.
Lebih banyak soalan dari jawapan, brader.
Tapi mujur juga ada data ini. Sekurang-kurangnya kita tahu juga bahawa banyak wang disalurkan ke Singapore, Hong Kong dan Indonesia (tak memeranjatkan). Dan juga ke Mauritius serta Cayman dan Bahamas - musykil.

Thursday, 12 August 2010

Memperbesar Good News cara Singapore

Jika kamu baca laporan-laporan di bawah ni, sebenarnya ia 'cerita biasa'.
Betul ada syarikat Singapork yang export ke luar negara - benda baru ke tu?
Betul ada syarikat asing yang melabur di dalam syarikat kecil dan sederhana (small and medium enterprises, SMEs) Temasek - benda baru ke tu?

Cerita pertama - syarikat bee hoon tempatan (Defu Lane tu tempat yang ulu di Temasek, saya pun tak tahu kat mana!) yang eksport produk ke 15 buah negara. Jumlah dolar bee hoon yang dieksport tak ditulis pun. Berapalah harga sepaket beehoon? Takkan boleh sampai RM100 juta setahun pun???

Tapi cerita ia Big News di akhbar saya minggu lalu. Satu mukasurat besar dengan gambar itu sekali.
Tujuannya (ni bukan saya tanya editor, tapi saya agak) - nak kembangkan berita bahawa walau kecik, syarikat anda boleh jadi gini.
Walau benda yang kamu buat itu barangan biasa, satu dunia menunggu produk itu jika kamu pandai marketing.

Good News must be spread to give hope to others.


Cerita kedua (juga di sini) - beberapa syarikat tech Singapork yang jadi buruan syarikat besar asing.
SMEs Temasek buat deal yang mana syarikat besar di Malaysia akan tertawakan kerana terlalu sedikit.
Hai jual syarikat US$5 juta atau US$15 juta pun jadi big news?
Berita ini jadi lead story dalam business section akhbar saya. Besar lagi gambar-gambar yang digunakan.

Tujuannya sama, spreading the Good News.
Boleh dijadikan syarikat contoh.
Tunjukkan kepada pembaca bahawa syarikat di pulau kecik ini pun banyak yang bagus dan ada produk yang baik-baik.

Lepas tu Menteri Kanan Goh Chok Tong (bekas PM) ingatkan rakyat Darul Dollar ni supaya kurang apa yang beliau namakan The Singapore Gripe.
Berita di sini - di sebelah kiri boleh click ucapan penuh beliau. Juga di sini.
Di pulau ini, orang nak tahu kamu ni berjaya atau tidak dengan cara mudah. Berapa daripada "Five Cs"cash, credit card, car, condominium, country club membership. kamu ada -

Goh kata itu cerita lama. Cuba Spin Your Own Dreams.
Jangan asyik komplen (macam remgold tua). Orang Singapork suka komplen tentang banjir, FT (pekerja asing) atau MRT sesak.


LIVING IN HOPE

Berita seperti itulah yang saya kerap harap dimainkan besar-besar oleh editor akhbar Malaysia dan Indonesia. Bukan saja berita tentang pergaduhan politik, terrorist ditangkap, dan berita-berita hitam yang menyedihkan dan mengkhuatirkan rakyat.
There is too much cynicism about the country and its politics already. Why add to it?

Siapa saya ni nak ajar editor besar pilih berita?
Bukan sesiapa pun, hanya rakyat biasa yang khuatir kita sentiasa diselubungi dengan laporan bersifat 'negatif' sehingga tak nampak berita baik yang patut diwarwarkan.

Berita yang anak kita boleh kata - Wow, mamat tu buat sofwe sampai McAfee beli syarikat dia? Aku pun nak buat juga!
Berita yang mamat kampung boleh kata - Wow, buat bee hoon pun boleh jual satu dunia. Saya pun boleh buat!




---------------------------------------------
MAHASISWA & POLITIK

Saya tahu Malaysia sedang hot bincang isu sama ada pelajar uni patut dibenarkan aktif dalam politik atau tidak.
Basuh Baju dan Rockybru ada muatkan berita itu.
Sebagai anak kelahiran Temasek yang tidak berkecimpung dalam politik semasa belajar dulu, saya pun cucuk dengan letak komen dalam blog mereka.
Maklumlah wartawan nakal. Saya pisaukan sikit: panggil orang politik banyak 'macam sampah'. Mampoi saya kena marah. Saya pantang nah orang politik ni nak kacau pelajar.
Yang rosak nanti Umat M juga saudara, sebab yang kemarok berpolitik, bual kosong buang masa, gaduh sama sendiri ialah orang Melayu, bukan bangsa Cina yang rajin belajar dan pandai cari wang.
Ini pandangan saya:

"

pada pendapat saya, pelajar ni biar dia tumpukan kpd pelajaran dulu.
sedangkan suruh belajar pun dia masuk politik. tak payah diajar.

takut pula jika tidak dilarang masuk politik maka parti2 politik akan berkempen di kampus, yg tercicir pelajar melayu dan muslim juga. sebab bangsa lain lebih bijak fokuskan kpd pelajaran kot.
parti politik tak akan kisah jika pelajar tercicir dan ibubapa di kampung hampa anak tak dapat degree, asalkan mereka dapat pekerja baru yg kerja kuat dgn free tak payah bayar gaji.

yg diperlukan negara msia kini ialah pelajar cemerlang agar menjadi engineer dan akauntan cemerlang yg dapat naikkan nama negara.
sedangkan orang politik ni macam sampah (maaf kata) - kat mana2 dah ada, dah banyak.
tapi nak cari pekerja profesional yg bijak dan pandai, naikkan martabat bangsa, agama dan negara, agak payah.

"

Wednesday, 11 August 2010

Surau pun ada aircon di Keramat

Seperti lazim bila dapat cuti lebih daripada 3 malam, saya mendarat di KL Darul Jakim pagi tadi.
Selepas berbuka di rumah, ke surau biasa saya di Keramat. Surau saja pun dah masuk middle class Malaysia.
Sejak dua tahun lalu, surau ini dah pasang aircon. Selesalah orang bertarawih.

Tapi ada tambahan baru tahun ini - tembok di bahagian depan surau dah dimarblekan, dan mimbar kayu yang dah 15tahun di situ telah 'hilang'. Diganti dengan mimbar batu.
Waduh pak, udah maju bener ini!
Ini surau beb, bukan masjid besar yang saya rasa dah pasang aircon juga.

Begitulah hidup. Dulu kita ditahap solat pakai kipas tu pun dah sedap. Tikar mengkuang saja di kaki.
Di ganti dengan carpet cantik di alas lagi dengan sejadah mahal diderma orang.
Kini dipasang aircon lagi.
Dulu ke masjid dan surau jalan kaki, naik bas, naik basikal. Kini naik kereta beraircon.

Saya tak nampak imam lama yang selalu mengimamkan solat jemaah dan solat tarawih. Mungkin beliau ke tempat lain. Saya harap beliau masih sihat.
Saya toleh kiri kanan, pakcik-pakcik macam saya ramai, anak muda pun ramai. Ada pakcik yang bawa anak kecil, dan yang besar pun ada.
Tahun ini anak jantan saya tak ikut sebab di Singapore dalam National Service. Tahun lalu pun tak ke KL sebab di Singapore sedang tunggu hendak masuk NS, dan saya tak dapat cuti awal Ramadan untuk ke KL.

Tahun ini sang anak kena pandai-pandai sahur dan buka seorang diri dengan rakan atau di rumah. Keluarkan lauk dalam freezer yang banyak dah dimasakkan ibunya yang di KL, lalu dipanaskan untuk dimakan.
Baru beliau pandai hidup berdikari.

Tuan,puan,
Generasi pelapis saya dah tiba.
Setiap tahun saya bertanya: Will I be here next year?
Tak ada jawapan.
Saya hanya dapat berdoa untuk masa depan yang terus cerah.
Tuan, puan begitu juga tentunya.

------------------------------------------
TAMBAHAN SUBUH

Melonjakkan ekonomi

Wartawan Time magazine yang di KL baru-baru ini menulis tentang isu 'middle income trap' yang menjadi awan gelap di Malaysia yang sedang dibincangkan oleh orang atasan kerajaan.
Mamat ini tidak seperti omputeh lain tidak masuk isu-isu polemik politik dan sebaliknya menjelaskan apa yang harus dibimbangkan oleh Malaysia. Isu ekonomi Malaysia dan ekonomi jiran-jiran di sini.

"....what is needed for Malaysia to break from the “middle-income trap” is a greater national commitment to innovate on its own. Entrepreneurs and bankers have to be willing to take more risks to support inventive ventures and new technologies. Talented workers have to be willing to take jobs at home instead of Silicon Valley. The Malaysian private sector has to be more devoted to the country's future."

------------------------------------------
Menurunnya harga minyak

Setelah mengejutkan kita sebentar, harga minyak dah jatuh di bawah US$80 setong. Mujurlah.
Kini US$78 (harga pasaran hadapan/futures market).
Yang tak bagusnya kini satu dunia sudah mula heboh bahawa ekonomi dunia tahun depan akan malap, kerana ekonomi terbesar di dunia, Amerika, akan malap.
Dah dua tahun ekonomi dunia distabilkan dengan pemerintah Amerika pam duit ke dalam ekonomi agar ianya tidak menguncup. Duit dah nak habis.
Takut problem pulak.
Saya dah tulis minggu lalu bahawa jika harga minyak ini naik, tapi tidak diikuti oleh harga komoditi lain - seperti emas dan perak - maknanya tak kuat kenaikan minyak ini. Harga gold dan silver tetap kat situ juga, bermakna pelabur tak yakin ekonomi dunia akan terus kuat.








Tuesday, 10 August 2010

Marhaban ya Ramadan

Untung kita, baik di Tenggara Asia atau di banyak negara lain.
Dapat keluar kerja dengan selamat - dah ada kerja dah bagus tu! Anak ke sekolah dan pulang dengan selamat. Cukup makanan di meja, nak beribadah pun tak ada orang kacau.

- Kita doakanlah rakyat utara Pakistan kerana berpuluh ribu rumah hanyut, ladang tenggelam kena banjir paling teruk dalam sejarah. Nak masuk Ramadan, rumah hanyut, anak-bapa-ibu hanyut mati. 15 juta orang terjejas, 1,600 mati.

- Di tempat lain ada minoriti takut hendak ke masjid, atau payah nak berpuasa. Yang saya terkejut, ada orang yang mengamuk tak kena tempat bukan di negara Myanmar atau Korea Utara, tapi di negara 'contoh demokrasi' Amerika!
Saya baca pun sedih.
Mereka bermusuh dengan Umat M sebab marah kena bom di New York dulu. Tapi part pemerintah mereka masuk Afghanistan dan Iraq bunuh orang sebarangan, mereka tak sedar.
Yang sokong Israel membabi-buta selama 50 tahun lebih hingga menaikkan kemarahan umat M satu dunia, lagi depa tak sedar. Selective memory, sebab tak ada orang yang mendidik mereka.

- Teringat saya akan Umat M di Palestin. Tanah bersejarah yang menjadi satu punca utama masalah terrorism satu dunia hari ini, akibat kekejaman Israel terhadap bangsa Palestin. Hingga kini, mereka nak beribadat pun sungguh susah.



Saya bawa cerita lama di Masjid Kubah dan Masjid Al Aqsa. Cerita dulu  di sini (dah lihat gambar kedua masjid baru faham jika baca cerita selanjutnya di bawah).
Nonton Al Aqsa 3-D di sini.

Orang yang melihat gambar kerap bertanya - 'Sikitnya orang kat dalam Al Aqsa tu'. Berbanding dengan ribuan manusia di Makkah dan Madinah.
Jawapannya: Macam mana tak sikit, umat M nak masuk ke Israel bukan mudah. Nak masuk kawasan masjid pun ada larangan.

Saya harap anda tak jelak sebab kerap juga buat reference cerita di tanah Israel ini. Tapi ini sejarah penting untuk kita memahami perang ke atas umat M yang tak sudah-sudah.
Nak bulan puasa, bawa ler cerita bertema agama sikit.

Dalam bahasa Arab, Masjid Kubah ialah Masjid Qubbat As-Sakhrah (sakhrah maknanya batu, kalau tak salah).
Ramai orang sangka masjid berkubah emas ini ialah Masjid Al Aqsa. Sebenarnya bukan. Dua masjid ini terletak kira-kira 100m antara satu sama lain.


GAMBAR ATAS: Di tengah masjid berkubah emas ialah batu putih mikraj, menurut apa yang ustaz ajar kita.
GAMBAR 2: Seorang pakcik di BAWAH Masjid Kubah. Di atas batu putih ini tempat Rasulullah bermikraj. Pakcik tua ni di bawahnya. Ada ruang solat.

Untuk orang Yahudi, batu ini ialah 'foundation stone' di mana universe dibina. Batu putih ini tersangat suci untuk mereka, dan saya pasti untuk orang Kristian pun.
Ia batu 'at the centre of the world', kata mereka.

Baca sini, sini (ada gambar batu dilihat dari atas) dan sini.
Jika kita sedar akan maklumat ini, baru kita faham mengapa yahud wan nasara ni bantu-membantu dalam isu Israel.
Maknanya, ketiga-tiga agama pandang bandar Jerusalem suci, dan lebih lagi atas bukit (Temple Mount, dalam bahasa mereka. Haram Al Sharif dalam bahasa Arab) di mana terletak masjid Al Aqsa dan Kubah. Yang paling suci pula ialah batu putih ini - di tempat pakcik berdiri tu, di bawah batu - dulu tempat paling suci untuk agama Yahudi.

Kini batu suci itu terletak dalam sebuah masjid.
Hanya orang Islam boleh masuk ke dalam masjid. Kalau yang lain cuba masuk, akan dipertahankan rakyat Palestin hingga mati pun.

Saya terbaca sejarah - apabila tentera Yahudi menawan semua kota Jerusalem dan kawasan Masjid Kubah pada Perang Enam Hari 1967, paderi utama ugama mereka masuk ke tempat pakcik berdiri tu seorang diri, untuk menyatakan syukur dan berdoa.

Saya sempat bersolat di dalam Al Aqsa dan juga di dalam Masjid Kubah.
Sempat visit dua kali semasa tiga hari-dua malam ke sana bersama pasukan Mercy Relief nak bawa bantuan kecemasan untuk warga Palestin di Gaza dulu.

Saya juga sempat bersolat sunat dan berdoa di bawah Masjid Kubah ini.
Bukan saya doa nak hancurkan Israel lalu semua dihumban ke laut agar maut. Pada saya, jika kita membenci sampai begitu tak akan ada akhirnya masalah umat ni.

Saya doakan keamanan untuk semua agama, antara Arab dan Yahudi, Islam dan Judaism dan Kristian, agar bandar Jerusalem ni dapat dikecapi sebagai bandar agama untuk semua orang.
Orang dapat bersembahyang dengan aman, seperti anda ke masjid dengan hati tenang dalam bulan puasa, baik di masjid di Damansara mahupun di Geylang.

Ya, doakan untuk diri sendiri.
Tapi doakan juga umat M, saudara dan datin.

Marhaban ya Ramadan.


---------------------------------------------
TAMBAHAN PAGI - A note for the AG

Ingat tak nak bual politik. Nak sejukkan hati masuk Ramadan al mubarak.
Tapi AG buat hal. Dah terbakar jantung saya.
Kerajaan, MACC, warga kerja Melayu kerajaan, polis, mahkamah, dan AG Chambers semua dah kena maki dengan orang Cina, India, Insider dan Malaysiakini sebab Teoh Beng Hock mati dalam tahanan. Melayu bodoh. Pembunuh.

Rakyat dah buat verdict kes ini, public verdict. In the court of public opinion: Teoh mati ditolak orang.
Yang lain hanya procedures nak cukupkan masa.

Rupa-rupanya ada nota dijumpai Oktober lalu - dah nak setahun - yang boleh membantu kes kerajaan? Baru sebulan lalu desas-desus keluar.
Baru ni nak tunjuk peguam Teoh.
Kata omputeh, the horses have bolted from the stable. Kamu gi tangkap balik.
Jika dulu lagi keluar, boleh disangkutkan dengan bisikan lama memang ada corruption dan salahlaku, katanya, dalam DAP.

Sebab kerajaan dah diberi verdict 'Guilty' oleh orang ramai, saya boleh agak apa yang akan dikatakan oleh keluarga Teoh jika mereka mendapati itu benar tulisan mamat malang ini - It is his handwriting alright, but he must've written it under duress. How could he have killed himself just before his marriage?