Saturday, 30 October 2010

PKR man fishing for votes....?

Eeks braders dan bradees.
Maaf wali songo.
Saya tak kata nak berhenti blogging.
Terima kasih banyak-banyak ramai dah concern pak chic nak retire. Belum lagi.

Atau tanya kerana nak naik haji ke? Part ini dah 4tahun booking dengan Tabung Haji, masih tunggu dalam queue.
Saya kata nak rehat kejap, sebab dah tak ada semangat tulis setiap hari.
Saya dah tak larat nak tulis diari elektronik harian macam lalu.

"Oleh itu, saya rehat mulai hari ini.
"Dah tidak akan tulis tiap hari lagi macam dulu.
"Tak tahu bila nak ada mood nak main muzik-blogging ni lagi."
Saya jangka nak tulis sekali dalam 2-4hari.

-------------------------------------
TAPI baru nak berehat ada cerita lucu yang pada masa rasa kasihan pula.
Calon PKR terjatuh ke dalam laut semalam, buat kali kedua.

Kata omputeh:
- He was fishing for votes.
- His campaign is a wash-out.
- He was diving right into the voters' problems.
- He heavily waded to rescue the villagers.

Itu jika kita, ahem, "berhati Umno".
Jika kita berhati rakyat (fulamak), kita kata "kasihan orang kampung, jambatan pun tak sempurna".

-------------------------------------
TENTANG saranan pengunjung blog.
Betoi tu, saya rasa kita ngobrol isu selain politik Malaysia dan Singapork.
Sebabnya mudah - pilihanraya semakin dekat.
Mereka sensitif jika orang cucuk jarum sana dan sini. Maklumlah saya wartawan cari makan. Bukan blogger bebas.

1) Di Malaysia jika kamu suruh saya teka, December ni boleh diadakan pilihanraya umum ke13 jika BN menang di Galas DAN Batu Sapi = kena menang dua-dua.
Jika di Galas tambahan pengundi Melayu untuk Umno-BN naik 5 percentage points, misalnya dari 55 peratus kepada 60 peratus. Petanda baik untuk PM Najib.
Lebih lagi jika pengundi Cina dan Orang Asli tak turun banyak. Jika bertambah dua golongan ini undi Umno-BN akan mempercepatkan lagi pilihanraya umum.
Di Sabah, mereka nak jengok ramai tak nak pengundi Cina yang lari dari BN. Jika steady atau turun 2peratus ke bawah, dan pengundi Bumi tak lari, maka kuatlah signal nak panggil general election.

Itu tekaan saya.
Tapi sebenarnya tekaan pilihanraya pada March lebih mungkin lagi, sebab kerajaan nak lihat program ekonominya ada kesan.
Once the economic growth creates a buzz among the public - eh bagusnya ekonomi kita - maka set! Terus masuk general election. Jadi mungkin ditunda kepada March, sebab program2 ekonomi masih di tahap awal.
Eh cukuplah cakap politik!
Ish.

2) Di Temasek, jika saya nak teka, pilihanraya pada December.
Tak payah tunggu hingga March, takut ekonomi USA tenggelam nanti susah - sebab ekonomi Singapork dan ekonomi US ni taliannya begitu kuat. Wall Street bersin, Singapore demam. Kata omputeh, if Wall Street sneezes, Singapore catches a cold.

Eh cukuplah tu!
Ish ish ish.
OK saya rehat hunjung minggu.

Thursday, 28 October 2010

Penulis berehat (kejap)

Maaf, dah 1minggu lebih ni takde mood nak continue buat blog.
Nak ngobrol tentang Malaysia, banyak sangat isu gaduh sama sendiri dan sensitif.
Takde mood langsung nak sambungkan pergaduhan anda di sana.
Nak bual tentang projek-projek Najib dan Rosmah dah tak larat.
Nak puji Anwar dan PKR, PAS dan DAP sedang bercinta, tak mahu pula saya jadi penipu.
Saya dah mual dan muak, takut tambahkan negative vibes yang boleh hancurkan negara tumpangan saya yang dicintai.

Nak tulis pasal Singapork pula, nanti kamu kata bila pak chic tulis tentang negeri kecik terlalu positif.
Maklumlah Singapork ni kan syurga dunia, semua cantik dan molek saja.

Oleh itu, saya rehat mulai hari ini.
Dah tidak akan tulis tiap hari lagi macam dulu.
Tak tahu bila nak ada mood nak main muzik-blogging ni lagi.

Jika anda ada topik nak offer supaya saya ngobrol, sila ajukan.

Thousand Apologies.

Wednesday, 27 October 2010

18 maut Merapi meletup, 500 hilang kena tsunami

GUNUNG BERAPI 
Yang maut di Merapi termasuk seorang wartawan Vivanews.
Jika anda cover Indonesia, Vivanews ni antara yang perlu kena baca selalu, sebab dia cepat update berita.
Kasihan pula wartawan maut semasa menjalankan tugas.
Tapi untuk orang macam saya, lebih baik maut ketika menjalankan tugas, daripada semasa tidoq atau lagi tengok wayang.

Jika kamu baca story tu, wartawan yang meninggal tu kata berada di rumah seorang yang bernama Mbah Maridjan. Pakcik ni 'penjaga' gunung tu.
Dan kata tak akan meninggalkan tempat tu sebab kerjanya ialah mendoakan agar semua selamat.
Menurut laporan, Mbah kini pun dah maut sebab rumahnya dekat dengan kaki gunung.

Dah 18 orang maut.


Gunung Merapi terletak antara Semarang dan Jogja - kat tengah pulau Jawa.
Tom Cruise hantar tweet doakan manusiawi di Merapi.
Gunung ni sebab selalu meletup ada entry sendiri di Wiki.

GEMPA & TSUNAMI 
Dan di Sumatra pula, kerja mencari sedang dilakukan di kepulauan Mentawai selepas gempa dan tsunami.
Lebih 100 maut, 500 hilang, menurut berita.
Gempa ni 7.7magnitude, sama kuat dengan gempa tahun lalu, yang mana saya membuat liputan di Padang, Sumatra Barat selama lapan hari - sini, sini dan sini.
Cuma kali ini di laut dekat Mentawai, tapi kerana kuat maka menjadi tsunami kecil.

Saya nelpon rakan di Padang semalam malam.
Katanya, apabila gempa berlaku Isnin, yang tinggal tepi laut panik, lalu lari ke darat kerana takut tsunami.
Kenapa orang Sumatra masih tinggal di negari gempa? Saya pernah cerita pengalaman ngeri sorang yang lari, tapi apabila ajal dah tiba....

Tuesday, 26 October 2010

Tsunami di Sumatra, gunung berapi Jawa meletup!

Pulau-pulau Mentawai di tepi kota Padang kena tsunami hari Isnin.
Tempat tu popular dengan surfing omputeh Australia.
41 mati, 382 orang belum jumpa.
10 kampung hanyut selepas kena wave setinggi 3m.

Di Pulau Jawa, dekat Semarang, Gunung Merapi dah meletup!
10 orang cedera. Yang lain bertempiaran lari.

Harap google. Pak chic masih sibuk di pejabat!

Projek baru - St Regis, Schlumberger (& Mydin)

Nampaknya ini cara baru PM Najib.
Beliau akan announce projek-projek baru, walaupun projek sektor swasta.

Cantik juga kita lihat beberapa projek ni.
Sebab nak lingkup pun tak apa.
Bukan duit kerajaan, bukan duit rakyat, bukan duit pembayar cukai, bukan duit PNB yang akan kata bukan duit rakyat.

Ini senarai yang dikeluarkan tadi:


- Hanya ada dua-tiga kerat saja hotel yang boleh mengaku 'six-star' hotel di dunia ni.
Salah satunya ialah Four Seasons (ada di Langkawi, GAMBAR, dan Singapork).
Lagi satu brand ialah St. Regis (ada di Singapork).
Kini lagi sebuah St. Regis akan dibina. Di KL Sentral!
Kos projek RM1.2 bilion, hanya untuk 160 residen dan 208 bilik hotel. Duit depa, suka hatilah!

- Ini hypermarket dua-star (hahaha), Mydin. Mereka nak buka 14 cabang dalam tiga tahum, harga RM1 billion. Juga nak bantu kedai makcik dan pakcik upgrade.

- LFoundry nak bina wafer fabrication plant (benda chip yang ada dalam komputer, kereta, handphone) di Kulim Hi-Tech Park, Kedah dalam lima tahun. Secara bertahap, jumlah RM1.9 bilion. Kerajaan Pakatan Kedah esok ngaku dia yang bawa masuk pelaburan ini. Mungkin benar pun.

- Syarikat servis minyak besau Schlumberger baru membuka Eastern
Hemisphere Global Financial Services Hub di Malaysia. Kurang pasti servis kewangan apa yang ditawarkan, mungkin dalam sektor minyak dan gas. Nak menarik 100 syarikat luar masuk ke KL hingga 2020. Lagi lama dah!

- Genting bukan saja buka casino di Singapork. Juga nak membuka hotel, taman tewa air dan mall di Johor. RM150 juta, keciklah beb. Ini pun PM nak announce?


Ini gunakan wang rakyat, atau wang rakyat turut dilibatkan selain wang pelabur asing:

- Malaysia Airports nak bina kompleks low-cost carrier di KLIA 2. RM486 juta. Termasuk hub untuk teksi, bas dan ada shopping centre.

- Projek bio-oil (sawit?) berharga RM124 juta di Lahad Datu, Sabah. Kecik nonet.

- Yang ini saya baca pun menggeletar takut.
Syarikat pelaburan Abu Dhabi, bernama Mubadala and syarikat pelaburan kerajaan Malaysia 1Malaysia Development Bhd akan membina KL International Financial District dengan kos RM26 bilion. Wooi, berapa Mubadala ni keluar duit?
Berapa duit rakyat? Atau 1MDB pun nak kata duit dia sendiri???

Takut beb. Projek ni di depan RHB Bank headquarters di Jalan Tun Razak, dekat Pasar Rakyat.
Tak jauh dari situ ada bangunan 100 tingkat.
Tak jauh juga dah ada KLCC dan Bangunan Felda baru yang dibina anak syarikat Naza.
Dan dekat situ pula akan dibangunkan Sungai Besi airport menjadi projek besau lagi.
Traffic dispersal system? Jalan kecik gitu juga ke????
Commercial office coming onboard and projected usage in next 5-10 years?

Saya terbaca majalah mingguan The Edge tadi.
Dalam 10 tahun kebelakangan ini (2001-2010), ruang pejabat kosong secara purata ialah 20 peratus - ada tahun 17 peratus tak ada orang sewa, ada tahun 25 peratus.

Apabila projek semua ni dibangunkan bersama, takut pula jadi macam Dubai.
Tentunya kerajaan akan beli penjelasan nak sejukkan hati rakyat.


-----------------------------------------------
SENAI TARIK PELABUR YG LARI DARI TEMASEK


Pelabur aviation masuk Senai, Johor, kerana nak tanah lebih luar dan kos lebih rendah - di sini.


-----------------------------------------------
Sarapan pagi 
ADIK POMPUAN TONY BLAIR MASUK ISLAM 

Abangnya, Tony Blair, anak setan. Setuju dengan setan tua Bush serang Iraq tak kena tempat.
 (Amerika serang Afghanistan tu, saya boleh faham. Sebab dia marah lepas World Trade Center kena serang).
Tapi Iraq ni, mereka giler nak tunjuk kuasa Kristian lawan Islam. Nak tunjuk a better civilisation could defeat backward Islam, and conquer the Islamic historic city of Baghdad.
Dan sebab Iraq adalah pengeluar minyak dan gas KEDUA terbesar, masa itu, selepas Saudi. Bush dan yang lain kebas minyak dan gas Iraq dengan overcharge projek-projek di sana - hahaha, kamu ingat kita kat sini saja pandai kebas duit kerajaan?
Kini wikileaks dah tunjuk secara detail kekejaman Amerika dan cara mereka buat tak nampak pembunuhan rakyat Iraq.
Saya benci betul dengan Saddam, tapi apabila Amerika - negara yang selalu laungkan human rights dan helping backward peoples gain democracy - pun sama juga macam Saddam, itu yang saya marah.
Si Blair ni dibadawikan, semua main OK, semua ikut apa orang lain kata.

Tak apalah.
Kini adik Blair, Lauren Booth, masuk Islam. Di sini dan sini.
Beliau kerja dengan Iran TV dan masuk Islam selepas gi Qom.
Itu pun jadi isu - baca kritikan terhadapnya.
Sebab rejim Iran ni pun songsang juga - dari segi human rights. Tak macam kerajaan Malaysia dan pemerintah Singapork, semua baik dan teratur, semua macam mala'ikat tak pernah buat salah. Opocot!

Monday, 25 October 2010

Ngobrol pencakar langit 100-tingkat =2

Terima kasih, akhbar The Star.
Kita dapat lihat sendiri pelan projek ini.



Saya tulis sebelum ini bahawa saya sebenarnya MENYOKONG projek ini, tapi ada caveats - iaitu ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan dan keadaan tempat harus di perbaiki.


1) Caveat 1: TAPAK SEMPIT.

Antara perkara yang obvious: Stadium Merdeka (teringat Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman) dan Stadium Negara tak boleh dirobohkan.
Maaf, tak boleh bincang ke status Stadium Negara ni? Tak boleh robohkan? Jika tidak, lebih berbaloi projek ini.

Jika tak boleh dirobohkan kedua-dua stadium, maka tapak jadi sempit. Sebab tu kena bina bangunan yang begitu tinggi. Nak maximise space.

Tak boleh beli kawasan Stadium Chin Woo?
Atau SMK Victoria? 
Saya tahu tentu ramai akan bising jika sekolah ni nak dipindahkan, tapi sekolah pompuan Bukit Bintang dah ditakeover, kini jadi mall besar Pavilion.
Yang penting ialah transfer sekolah ke tempat yang lebih besar dan selesa = jika tidak sesak karang budak nak ke sekolah dihantar ibubapa, dicampur orang nak gi kerja setiap pagi, dan orang nak balik kerja waktu petang.

Di Singapork (maaf mention negara kecik ni, tapi saya boleh cerita detail sebab tahu tentang Temasek, bukan apa yang terjadi di London atau Hong Kong), semua sekolah berjenama dah kena pindah tempat akibat pembangunan pesat di sekililingnya.
Raffles Institution (RI), St Joseph Institution, etc.
Dan kini Raffles Girls School pun nak kena pindah sebab kawasan sekelilingnya dah jadi tempat kondo mewah.
Hampir semua mamat top di Temasek sekolah kat RI (saya sekolah kampung Pasir Panjang Secondary School = dah lama katup). Tapi kena pindah juga dari bandar ke luar bandar sebab kawasan sekolah RI lama membangun cepat.
Kawasan baru RI kini lebih besar dan cantik, dan dibina dulu di sebelah RJC, Raffles Junior College.

Kata PNB banyak duit dan tak gunakan wang rakyat - bincang ler dengan VI ni. Ini isu sampingan kerana mungkin dah bincang di belakang tabir pun.

Jika dapat tapak lebih besar, kawasan ini boleh jadi macam kawasan KLCC kedua. Dulu hanya tanah lumba kuda.
Kamu nak lihat kawasan KLCC dulu, lihat saja bangunan di sebelahnya yang masih usang, Wisma Central.
Kini, KLCC dah jadi tempat bangunan glam dan kondo orang kaya. Jalan depannya dibesarkan = melainkan jalan pejabat lama saya, Jalan Pinang yang masih sempit!
Sebab itu saya tak mahu terus menolah projek Warisan Merdeka ni. Ia ada potential besar nak kembangkan wang rakyat (walaupun kata bukan gunakan duit rakyat).

THE whole area at the stadiums could benefit from regeneration, into a glam neighbourhood, like KLCC!

Saya terbaca sikit tapi tak tahu nama tempat-tempat kuno di LONDON yang telah jadi glam setelah ada projek besar.
Anda yang kenal cerita bandar ni, sila ceritakan. Ia boleh jadi contoh untuk projek ini (Jangan pula esok satu kapal terbang pegawai PNB ke London 'lawatan sambil belajar', hahaha!).


2) Caveat 2: JALAN SEMPIT. 

Jalan raya tahun 1960an, zaman P. Ramlee.
Projek ni kena buat massive road realignment and expansion.
Jadi PNB dan DBKL kena beritahu rakyat apa yang dirancang dalam isu ini.
Nasib baik ada stesen LRT di situ.
Tapi kerana ini KL, maka semua orang akan pandu kereta juga jika nak gi office atau shopping ke situ kelak.

Kerajaan kena tunjuk traffic dispersal plan untuk kawasan itu.
Lebih lagi jika kedua stadium itu ada event! Mega concert Adam Lambert di situ dan di sebelah lagi Nik Aziz nak ceramah tentang PAS dan negara Islam.

Ini bukan isu kecil kerana semua yang tinggal di KL akan terjejas jika tempat tu selalu jam teruk dan merebak ke tempat lain.
Dan nama baik Malaysia boleh terjejas jika kerana jam teruk selalu, orang akan kata - 'KL traffic is very bad. Worse than Jakarta and Bangkok'.
Buat masa ini, kita dengan mudah boleh berkata - 'Traffic here in KL is bad, but not as bad as those in Jakarta and Bangkok'.
Nama dua ibunegara tu teruk kena bantai, dan smooth traffic ialah branding yang baik kerana ia menjejas the cost of doing business.


3) Caveat 3: Kenapa mesti 100-tingkat?

Kan dah cantik Petronas Twin Towers, 88 tingkat, jadi lambang kebanggaan KL dan Malaysia.
Kenapa nak buat yang lebih tinggi?

Bangunan Taipei 101 di Taiwan tu 101 tingkat. Kamu binalah 102 biar Melayu kalahkan Cina Taipei.
Lagipun rapper setan Namewee belajar kat Taiwan. Kamu tunjukkan dia Melayu boleh, oi! (Wah, pandai remgold cucuk kamu semua gaduh kat sana).
Nak lawan Burj Khalifa kat Dubai tak mampu, sebab depa 160 tingkat, campur 46 tingkat lagi di atasnya untuk maintenance!

Pada saya, biarkan pencakar langit Petronas tu terus tertinggi.
PNB buat 85 tingkat saja, tak boleh ke?
Atau ini projek Najib-Rosmah? Mesti nak kalahkan projek Mahathir? Kamu jangan pula tuduh saya yang kata ini. Ini yang ditulis oleh ramai orang dah di Facebook tu.


4) Caveat 4: Nak lihat projection of office space.
Dari 10 tahun lalu, hingga 5-10 tahun ke depan.
Both office space coming onboard in near future, and estimates of office space usage.




Jika ini semua ditunjukkan, rakyat mungkin hati sejuk sikit: Orh, rupa-rupanya kerana ekonomi terus berkembang, jika tak dirancang sekarang, susah nanti kita.

Sama macam dulu, apabila Dr Mahathir nak buat KLIA, ramai melaung - apa ni! Buang duit, kan Subang airport masih okay lagi?
Di Singapork (jangan marah ah), baru saja siap Terminal 3 di Changi - masih nampak kosong! - pemerintah dan buat pelan nak buat Terminal 4.
Itu namanya forward planning, consultant yang dibayar berjuta tentu boleh bantu.

Tapi jika projections for office space tu tak kena, baik simpan dulu projek ni beb.

LAGI satu isu. Yang dikhuatiri setengah orang lain pula ialah, untuk menunjukkan projek Warisan Merdeka berjaya, PNB akan 'paksa' semua anak syarikatnya masuk ke sini!
Ini omong-omong kosong orang, yang boleh dimatikan jika ditunjukkan projection for office space usage.

DI KAWASAN KLCC tu, ada lebih daripada 20 kondo mewah yang sudah dan sedang naik. Banyak unit - 30-40 peratus kosong!
Rakan saya sewa disalah satu unit = sewanya untuk unit satu bilik ialah lebih dari RM4,000 sebulan! Katanya, waktu malam kebanyakan daripada kondonya kosong dan gelap gulita.
Yang ramai pada waktu malam cuma Fatimah Rockers, nyanyi-nyanyi dan menghilai.
Fatimah Rockers? Itu gelaran saya untuk 'cik pon'.

Tapi kerana semua projek itu wang privet, biar kondo tu semua kosong pun kita tak kisah sangat (Yang kita takut jika developer ramai tak boleh bayar hutang, lalu bank lingkup, drag the whole economy down).

5) Caveat 5: Ekonomi dalam 5-10 tahun ni, okay tak?

Jawabnya, saya rasa, okay.
Malaysia ada 5-year plans yang saya kena belek dengan rapi, kerana sebahagian dari kerja saya.
Cuma tak pasti jika ekonomi kuat hingga dapat menarik business yang nak sewa bangunan pejabat dengan banyak.

DOES the building of a 100-storey tower drive the economy? Or is a strong economy the driver to build a 100-storey tower and other office buildings?
Takut jadi macam Dubai - ekonomi tak ke mana, tapi sibuk buat bangunan demi bangunan. Kini dah banyak yang lingkup.

Ekonomi kuat yang patut jadi sebab orang nak buat bangunan besar dan kondo mewah. Bukan sebaliknya. Kita buat besar-besar, lalu mengharap orang akan datang nak buat business.
Seperti yang berlaku di kawasan Fatimah Rockers. Tak guna buat kondo banyak-banyak, tanpa melihat expected demand dengan rapi.





Ini tak bermakna projek Warisan Merdeka akan gagal.
Cuma banyak perkara yang perlu dijelaskan kepada rakyat.

Apa nak buat. Baik di Singapork atau Malaysia, cara kita boleh menolak rakyat ke tepi dan teruskan sesuatu tanpa perbincangan dan penjelasan sudah tamat.
Saya akan sokong penuh projek ni, cuma harap penjelasan lebih baik akan keluar.

Sunday, 24 October 2010

Ngobrol isu pencakar langit 100-tingkat

Masih ramai yang marah tentang bangunan 100 tingkat ni.
Sehingga dah 140,000 signup kat Facebook group, dan pembangkang pun terhidu bau sedap dapat mainkan jarum.

Warisan Merdeka, atau nama omputeh Heritage of Independence, ada di tapak 15 hektar.
Ia termasuk Stadium Merdeka dan Stadium Negara yang tak boleh dirobohkan. Nanti terpekik satu Malaysia jika nak dirobohkan, walaupun mereka tak akan jejak pun kat situ pun sebab stadium lama.
Stadium dua ini terletak dalam sekitar 8 hektar = kerana dah jadi heritage atau warisan negara, maka kena cantikkan dan terus digunakan.

Untuk berlaku adil - takkan saya serang saja?
Saya kasi chance mereka explain - sila baca sini, sini, sini dan sini.

Di tapak itu yang lagi 7 hektar boleh dibangunkan.
Di sinilah letaknya pencakar langit 100 tingkat itu. Bangunan office termasuk ibu pejabat baru PNB. Ibu pejabat lamanya dekat KLCC (depan US embassy) boleh disewakan tentunya.
Di bawah mamat 100-tingkat ni (kita anggap dia tinggi lampai macam mat jambu Saiful Bukhari Azlan) akan ada shopping centre.
Juga ada bangunan kondominium.

Ini semua keluar dalam penjelasan bos PNB, Hamad Kama Piah.

----------------------------------------------
theunspinners ada gambaq projek ni lagi. Wooi.
Sila baca komen-komen di bawah posting tu juga. Macam mana boleh masuk isu perkauman, saya pun pening.
Keresahan rakyat bukan pasal "PNB bangunkan projek Melayu, Cainis dan DAPigs jealous" tentunya.
Tapi ramai, termasuk ramai Melayu, khuatir projek besar ni habiskan wang, yang dapat kontrak dua-tiga kerat kroni.
Jika tidak, takkan yang signup kat Facebook tu ramai Melayu?
Ini pendapat sayalah.

----------------------------------------------
BERLAKU ADIL

Untuk terus berlaku adil, saya cuba jadi tukang jelas. Saya jadi 'orang garmen' kejap.

Sebab kadang-kadang sesuatu isu itu mendidih sebab orang gaduh pakai emosi.
Dalam isu ini, emosi semua orang, termasuk saya, dikejutkan kerana:
1) Bangunan ini 100-tingkat, bangunan tertinggi di Malaysia, malah di satu Asia Tenggara pun!!!
Petronas Twin Towers tu hanya 88 tingkat.
Jadi ramai tersentak - eh, eh, dah cantik Petronas tu cukuplah! Apa ni buang-buang duit nak bina tinggi-tinggi lagi?

2) PM Najib masukkan benda ni dalam Bajet 2011.
Sebenarnya projek ni tak ada kena mengena dengan bajet.
Katanya tak gunakan wang pendapatan negara (cukai dan sebagainya) yang dibentangkan dalam Bajet.
Pada saya silap besar benda ni dimasukkan dalam Bajet, kerana bajet itu apa yang nak dibelanjakan dengan menggunakan wang rakyat.
Tentu orang emosi.
Depa tak kasi civil servants bonus, tapi nak buat bangunan RM5 bilion.
Tentu orang dah tak nampak - bonus tu menghabiskan duit kerajaan, sedangkan bangunan ini (secara theori) boleh bawa keuntungan di masa depan, semua rakyat dapat enjoy.
Kalau tak dimasukkan dalam baget, walau jadi isu juga, takkan dikaitkan secara rapi dengan "pembaziran duit rakyat".
Kini Bajet 2011 akan diingat oleh ramai orang sebagai "Bajet nak bina bangunan 100-tingkat".
Atau "Bajet mega project" sebab banyak lagi projek besar diumumkan.


Jika niat PM masukkan dalam Bajet nak tunjuk kerajaan banyak projek besar untuk gembirakan hati rakyat, maaf, itu silap.
Dewasa ini, ramai khuatir wang Petronas nak habis, deficit belanjawan yang berbelas tahun tak dapat cover balik, imej kerajaan banyak membuang wang tak tentu pasal (First Lady Conference, katanya, berbelanja RM24 juta).

3) Lambat nak explain. Orang meraung satu Malaysia - digendangkan pembangkang yang pecah belah = kan pandai mereka dan rakan-rakan mereka di kinisidertoday sembunyikan pergaduhan besar DAP di Perak, dan dalam PKR.

Isu 100-tingkat ni - Kerajaan dah terkejut, baru nak cari penjelasan.
Aduhai. Takkan tak tahu bahwa benda ni nak jadi kontroversi besar? Dan terus dah siap ada explainer?
The government cannot be reactive all the time.
One day after announcing the project, sure to be a controversy, there should be reams of explanation of the hows and whys.
Apa guna banyak consultant bayar berjuta tapi semua tidoq?
Nanti aku mention satu-satu baru kamu tahu - sekurang-kurangnya ada empat group consultant besar yang advise Putrajaya. Ah kan, pak chic dah marah.

Dah enam hari heboh, baru PNB panggil press.
Mereka tak panggil foreign media dan kinisidertoday tu, tak apa lah. Newsmaker suka hati mereka, nak panggil Utusan saja, atau New York Times, atau Singapork Times saja.


4) Lepas tu bila explain, maaf kata, PNB jelaskan dengan kurang baik.
Kamu tanyalah editor-editor tempatan yang hadir tu. Tak kenalah beb penjelasan itu.

Hamad Kama Piah kata kami tak sentuh duit unit trust pelaburan. Akan gunakan wang sendiri.
Aish brader, PNB itu gunakan duit kerajaan, ini fund manager wang kerajaan. Agensi kerajaan.
Maknanya semua yang kamu buat tu adalah Wang Rakyat Malaysia.
Jika PNB untung berniaga dan berdagang, buat business anak syarikat lalu untung besar, itu keuntungan RAKYAT.
Bukan duit dia sendiri.

Sama juga Petronas dan Khazanah Nasional.
Bila depa untung, itu keuntungan wang rakyat.
Bila rugi - seperti projek tuna fishing, lepas tu tak jelaskan kepada rakyat - itu wang rakyat yang lesap.
Jadi tak kena jika kata Kami Gunakan Wang Sendiri.

----------------------------------------------
PROJEK BOLEH BERJAYA!

PADA saya, nak buat bangunan tu silakanlah.
Tapi explain tu, biarlah cermat sikit.
Cara mengeluarkan berita, announcement, tu kena ada timing dan cara.
Bab kata orang sekarang, spin kena jaga.

WALAU apa pun, saya sebenarnya MENYOKONG PROJEK INI.
Dan saya rasa (minus the emotional bits) PROJEK INI BOLEH BERJAYA. 

Tapi ada beberapa caveats.
Ah, ini nanti pak chic ngobrol kelak.
Lapau belum sarapan.

Friday, 22 October 2010

Antara Wayne Rooney & Umno

Kadang-kadang kita belajar tinggi-tinggi pun tak guna.
Mamat bodoh belajar juga yang lebih kaya, kerana diberi kepintaran di tempat lain.
Kamu tengok saja Wayne Rooney ni.
Kurang asam betoi.

Gemuk pendek, kepala botak, tapi pandai gelek sikit, orang bayar gaji dia - 180,000 euros seminggu (S$325,000 atau RM782,000).

Baca sekali lagi beb = itu gaji beliau seminggu!
Kalau sebulan = x4!
Lepas tu, hari ini, sign kontrak baru!
Nasib baik kurang sikit daripada gaji hamba sebagai wartawan gemilang PAP.

Saya bukan nak kata apa.
Cuma rezeki orang, begitulah.
Kita marah-marah pun tak guna.
Kalau bola, lain kali kita boikot! Jika orang politik, lain kali jangan undi dia!
Ini pandangan orang yang jarang tengok bola (melainkan empat tahun sekali bila ada World Cup), dan yang tak sokong apa-apa parti.

Tapi, brader, jika kamu dah kaya, jangan lupa yang di bawah.
Tolong anak-anak bangsa kamu.
Itulah yang saya fikirkan apabila membaca dari jauh cerita-cerita dari Himpunan Agung Tahunan Umno di PWTC.
Cantiklah speech masing-masing. Berkobar-kobar. Berdegar-degar.
Tapi antara mereka nampak ramai yang fat cats - literally fat and muka tembam ngantuk macam kucing sebab banyak makan.
Datang ke PWTC naik kereta glam giler.

Tolong bantu anak-anak di bawah tu ya, saudara dan saudari.
Jika ada sejuta ringgit, kamu tolak RM50,000 setahun, sponsor anak-anak di kampung dan anak orang miskin belajar, tak luak harta kamu.
Kita lihat di TV3, Bersamamu, cerita orang Melayu miskin dan kelaparan tinggal dalam reban ayam, tentu pilu dan terkejut. Mana juta-juta ringgit yang dah dikaup orang kaya Melayu ni?
Tak kongsi ke?
Tentu RAMAI yang kongsi secara senyap. Baguslah tu.

Ada yang terus kerja dengan rakyat secara sonyap-sonyap.
Saya suka baca cerita YB Umno seperti ini, walau beliau jarang update.
Juga cerita-cerita jauh dari media seperti YB DAP ini.
Kamu nak tahu strategi orang politik, yang gini lebih baik dari yang tiap hari keluar statement hentam itu dan ini!

SAYA cerita sikit tentang kenalan saya di KL.
Beliau dan isteri bergaji besar. Tinggal rumah besar, ada drebar Melayu.
Orang lain bagi gaji drebar RM1,xxx, mereka bayar DOUBLE gaji drebar tu!
Apabila isteri drebar kena cancer, yang bayar bil hospital tuan-puan ini juga.
Mendengar mereka tak ada rumah, dibelikan flat!
Whoa. Tapi saya bangga dapat kenalan seperti ini.


-----------------------------------------------

KAMU INGAT KAMU KAYA, Yob?

Rakan karib saya (berangan) dah pun siap membina rumahnya.
Yang menetap dalam 'rumah' itu lima orang.
Tukang gaji ada 600.

'Rumah' 27 tingkat.
Ada tiga helikoper pad - takut ramai nak landing pada masa yang sama.
Harga US$1 billion.
Termasuk harga barangan di dalam, US$2 bilion.

Nama 'rumah'nya Antilia, nama pulau mewah dalam legenda omputeh.
Nak lihat gambar luar dan dalam rumah? Di sini.
Yob, tolong lap air liur yang meleleh kat lantai tu!

Thursday, 21 October 2010

Jerebu - Peta hotspots dan bacaan API

Nak kata apa kita.
Selalunya bulan Ogos ada jerebu.
Tapi kerana hujan terus-menerus pada Julai dan Ogos akibat cuaca La Nina, maka musim kering jatuh pula pada Oktober.

La Nina ialah opposite El Nino.
La Nina bawa hujan. El Nino bawa kemarau.

Setelah dua minggu tak hujan, maka adalah pihak-pihak seperti biasa membakar hutan untuk ladang mereka. Di Sumatra, di Borneo (Kalimantan dan Sarawak), juga di Semenanjung.
Nak clear ladang kecil untuk petani kampung pun kena bakar, dan membakar secara besar pula untuk pemilik ladang besar. Kalau ikut cerita lama, termasuk syarikat sawit besar dari Malaysia.

Nak lihat berapa banyak hotspot (tempat terbakar) dan di mana?
Lihat di sini. Kita lihat pun takut.

Nak tahu bacaan API di bandar atau kawasan anda?
Di sini.

Wednesday, 20 October 2010

Currency wars - US, China perang, Asia panas

Semasa saya mula jadi laporan pasaran kewangan Malaysia pada December 1994, kerja tak susah sangat.
Pada masa itu ringgit ditetapkan untuk berdagang pada RM2.53 = US$1 (kalau tak silap).
Matawang Malaysia ni dibenarkan oleh Bank Negara untuk 'naik turun' sikit tapi ada limitnya dalam sehari, apa yang dipanggil 'trading band'. Dah lama saya pun dah lupa = jika tak salah trading band ini ialah 10 points di atas dan bawah 2.53, atau dibenarkan naik atau turun 1 sen saja sehari.
Jika ada bank di Malaysia yang membeli atau menjual US$-RM di luar had itu, mereka akan dapat panggilan dari seorang pegawai Bank Negara bernama Hazri.
Mamat fx traders (foreign exchange) di treasury department bank di Malaysia saya rasa gerun dengan Hazri ni. Beliau akan 'marah' bertanya kenapa kamu jual-beli di luar trading band ini. Saya tak kenal beliau, cuma ramai sungguh fx traders mention nama beliau.
Berbanding dengan Singapore dollar pula (Sing dollar), kadar pertukaran juga agak mantap. RM1.8 = Sing$1.

Bank menjual-beli ringgit kerana perdagangan = Malaysia Airlines MENJUAL ringgit dan membeli US dollar kerana nak beli minyak untuk kapalterbang; atau syarikat A MENJUAL ringgit nak beli machinery dari Jepun atau Germany. Perdagangan dunia banyak gunakan US dollar.
Atau Petronas MEMBELI ringgit dan menjual US dollar kerana nak bawa pulang keuntungannya (minyak didagangkan dalam US dollar). Atau orang Singapore MEMBELI ringgit dengan menjual Sing dollar kerana nak buat factory di Johor.

Banyak juga wang bertukar tangan kerana "treasury activities" fx traders dari bank international di Singapore. Mereka ni (termasuk di London dan New York) akan dituduh sebagai penyangak matawang atau currency speculator oleh Dr Mahathir kelak.
Saya ramai kawan di bank Singapore yang jadi fx traders masa tu. Kerja mereka duduk depan skrin computer dan jual-beli apa pun currency nak buat duit untuk bank.
Jika mereka dengar berita baik atau buruk (Israel nak serang Iran! Kapal nelayan Vietnam ditangkap China! Petronas nak beli ringgit dengan banyak! Berita ekonomi buruk untuk Jepun kerana tankan report begitu negatif! Inflasi dikhuatiri di Amerika kerana 'Crab'/CRB index naik mendadak), mereka akan cepat jual-beli US dollar dengan matawang lain.
Tapi yang bergolak biasanya di negara ekonomi besar = Amerika, Jepun, UK, Eropah.


CALM BEFORE THE STORM 

Senang kerja saya masa tu kerana ringgit tak gerak banyak, saya cuma sibuk buat laporan pasaran saham = masa tu Renong dan UEM di bawah Halim Saad, Malaysia Airlines baru dibeli Tajudin Ramli, Vincent Tan busy dengan macam-macam projek Berjaya, YTL baru nak naik dan Syed Mokhtar Albukhari, yang ini orang tak pernah dengar pun masa tu.
Saya juga sibuk menulis tentang money market dan bond Malaysia. Eeks masa tu pasaran bon ni baru lahir, cuma money market agak active = ia berkisar kepada pinjaman wang antara bank dan kadar bunga (interbank loans dan interest rates).

Ekonomi Malaysia boom-boom-ala-kazoom. Orang bisik sikit saja Cainis tertindas, lepas tu sibuk jual-beli saham.
Orang baru nak bisik Mahathir habiskan duit rakyat, dah mula sibuk nak queue beli kereta Proton = kena tunggu 8bulan hingga setahun nak beli Saga dan Knight.
Tak sempat cerita habis polis pukul mamat India hingga mati dalam jail, dah kena pergi sales meeting.
Tak ada masa nak sembang benda lain selain bagaimana nak buat duit.
KL jam sebab banyak sangat salesmen di tengah jalan tu = nak jual macam-macam barangan atau kerana nak gi interview = ramai orang sibuk bertukar kerja kerana company banyak berkembang nak pekerja baru.

Tapi kehidupan ini semua berubah mulai penghujung 1997 kerana Asian Economic Crisis yang bermula di Thailand dan kerana spekulator kewangan.


KRISIS MATAWANG ASIA

Kita semua dah tahu apa terjadi dalam krisis matawang Asia dan krisis ekonomi.
Tak payah panjangkan cerita.

Cuba saya nak ulang cerita ini:
US$1 akhirnya boleh membeli RM3.8.
S$1 = RM2.1 (kini dah RM2.4).
Masa tu baru ramai orang kenal siapa itu fx traders dan pasaran pertukaran wang.

Baru kita tahu kestabilan matawang itu bukan kerana 'benda biasa', seperti kita boleh harapkan tentu ada nasi lemak atau roti canai setiap pagi jika kita nak sarapan.
Ada pihak mainkan peranan yang boleh merosakkan ekonomi dengan kita sekali, ada pihak yang jadi pemerhati setiap minit pastikan semua berjalan dengan lancar - iaitu bank pusat seperti Bank Negara dan Monetary Authority of Singapore, Bank of Japan dan Federal Reserve Bank.


CURRENCY WARS HARI INI 

Masalah hari ini agak terbalik.
Bukan spekulator dan fx traders yang nak naikkan dan turunkan kadar matawang, tapi negara besar seperti Amerika, Jepun dan China.
Kerana ekonominya lemah, Amerika mahukan China kurang kadar yuan berbanding US$.
Dia tuduh China sengaja rendahkan kadar yuan (atau renminbi) agar eksport China kuat, dan boleh jadi pengeksport terbesar di dunia.
China kata podah! Jika kami naikkan kadar yuan, nanti ekonomi kami lemah, jutaan hilang kerja, kocar kacir negara kami.

Ingat nak tulis panjang lagi, tapi Ayahanda Mahathir (Bapa Pembunuh Segala Penyangak) dah pun tulis kat sini, The Currency War.
Cukuplah tu!

Cerita di atas ni agar kita perhatikan dengan rapi apa yang terjadi.
Negara kecil seperti Singapore dan Malaysia ni nak buat apa. Gajah dua nak gaduh, kita semua kena pandai elak jika tidak kemek kena pijak!

Monday, 18 October 2010

Ke Galas naik kereta tanpa drebar Google

TAMBAHAN PAGI

Belum ada cerita baru.
Cuma saya nak tambah - sifat 'kiasu' ni - scared to lose, atau takut kalah, ada baiknya.
Itulah yang menjadikan negara kecik ni dapat naik. Semuanya cuba dilakukan dengan sebaik mungkin. Bukan kerana cekap dan bijak, tapi sebab takut dan malu kena ejek atau ditertawakan orang lain jika gagal.

Bandingkan dengan sikap acuh tak acuh setengah orang. 'Tak apa lah, 'bang, kita gagal pun ok, bapa kita tak marah, orang pun tak kisah'.

Yang tak bagusnya sifat ini ialah suka menunjuk tak tentu pasal - satu sifat orang Singapork yang kuat.
Jika jiran beli kereta Camry, aku terpaksa beli Accord.
Penyakit ini ada baiknya - dan telah menular di mana saja pun. Yang baiknya, kita akan terus melawan nak jadi kaya (lebih baik dari jika kita kata - Alah, dah memang rezeki kita gitu, tak apalah dia beli Camry, kita naik MRT saja).
Yang tak baiknya, yang tak mampu pun akan cuba nak lawan walau gaji kecil.

Sifat kiasu ni yang tak bagus juga ialah takut untuk mencuba sesuatu: Eh baik jangan try, nanti kalau gagal.... Takutlah saya nak cuba, jika gagal nanti orang ketawakan.

ADA lagi satu sifat orang Singapork - Kiasi - takut mati.
Terus takut nak cuba apa-apa.
Di Temasek, orang kata kiasu tak apa, jangan kiasi.

Cukuplah tu, mana saya letak kunci Zonda saya ni tadi? Nak start engine, show-off dengan jiran yang ada Merc SLK kejap.

--------------------------------------
POSTING ORI

Kesian kita.
Semasa kita sibuk berdebat nak buat keretapi MRT bawah tanah (Malaysia) atau bagaimana nak pastikan Orchard Road tak banjir lagi (Singapork), nasib baik ada orang lain yang memikirkan cara nak memajukan manusia dunia ni!
Terkejut al-berok saya membaca berita ini.

Google telahpun dapat membuktikan bahawa kereta biasa - Proton Inspira anda dan Lembughini saya - yang dipasang kamera dan komputer boleh dipandu TANPA DREBAR.  
Driverless car!
Ini bukan testing kat makmal beb.
Dah dibawa ke jalan raya pun!
Baca ceritanya di sini, sini dan sini.

Videonya di sini (maaf, tak boleh 'embed') .

BEST!
Saya dah pun fikirkan - jika nak ke Galas nanti dari Kota Baru, ada tiga jam nak kena pandu. Saya hanya perlu duduk kat depan, boleh taip laporan sedangkan kereta dipandu dengan sendirinya.
Cuma saya harap komputer kenal lembu dan ayam ditengah jalan. Kerana ada harga binatang ternakan ini, jangan pula terlanggar.
Tapi jika kereta nampak politikus PAS atau Umno atau PKR dan DAP terus digelek sampai kemek tak apa, the world doesn't lose anything of value. Muahaha.


GAMBAR: Saya baru beli Pagani Zonda ni. Jangan marahlah saya tunjuk sikit.
Nanti saya nak letak camera Google kat atas bumbung, boleh ke Galas.
Sebab saya tahu, di setiap by-election, baik politikus Umno, PAS mahupun PKR akan tunjuk kereta-kereta mewah mereka.
Tak malu nak tunjuk mereka kaya raya depan orang kampung. Tak ada sifat merendah diri nak mengecek undi orang miskin.
Dulu ada mamat masuk kampung di by-election Permatang Pasir, Kelantan, berkempen naik Harley Davidson. Nasib baik bukan menantu saya.

Kereta sports Pagani ini lebih exclusive dari Ferrari dan Lambo, dan lebih mahal lagi. Sebab dalam satu dunia ni hanya ada 117 buah saja yang pernah dipasang!
Dan harganya ialah... if you have to ask how much, then you can't afford it.

Katanya di Singapork ada dua atau tiga biji, termasuk yang warna oren-pink ini. Pastinya ada beberapa biji dalam garaj-garaj bilionwan Malaysia.

Pagani, buatan Italy, lebih exclusive juga daripada Bugatti Veyron (buatan Perancis), Saleen Mustang (Amerika), Koenigsagg CCR (Sweden) atau Tesla Roaster (Amerika).
Oops mungkin silap - saya rasa Koenigsagg dan Pagani seiring sama mahal dan terror-merror. Lebih kurang US$2 million each.
Tak pernah dengar nama-nama kereta sports exclusive ni? Maaf saya act sikit, sebab saya suka download wallpaper kereta dari sini - dieselstation.com.
Those who can, park them in their huge garages. Those who can't, download from the Internet.



-----------------------------------------------

RAHSIA! RAHSIA! RAHSIA! 

Ini rahsia - exclusive untuk pembaca blog ini. Blogger lain: Tolong JANGAN petik berita ini dari blog saya -
Temasek Holdings sedang merancang nak membeli dua syarikat kereta besar, nak lawan Proton dan Perodua dari Malaysia.
Mamposlah kau Malaysia, kamu ingat kamu saja boleh keluarkan kereta!

Temasek, katanya, akan membeli syarikat kereta Kia dari Korea, dan Suzuki dari Jepun.
Kedua syarikat itu akan digabungkan, dan diberi nama:
KiaSu Cars.
Oh-pocot!

Saturday, 16 October 2010

Minimum wages atau minimum skills?

Saya baru tiba di Singapork pulau indah-kecik tadi petang selepas seminggu main-main kat KL. Naik Firefly Subang-Budget Terminal Changi seperti biasa.
Lalu baca surat khabar beberapa hari lalu, catching up on the news.

Satu berita yang menarik minat saya ialah perbincangan di pulau totet ilet ni tentang pekerja bergaji rendah - pekerja kolar biru kata orang.
Di sini, Menteri dalam Pejabat Perdana Menteri juga ialah ketua gerakan pekerja! Namanya Lim Swee Say.
Ada orang kata jika menteri dalam Kabinet jadi ketua buruh, maka tak akan ada demo pekerjalah. Exactly what the government wants.
Dan itu, pada saya, juga baik untuk pekerja. Makin kurang demo pekerja, mogok awam, lebih baik. Kerana takut pelabur lari.
Kita lihat di Perancis dan England, mampoi satu negara baru-baru ini apabila pekerja pengangkutan mogok. Tak ada keretapi, tak ada bas, macam mana nak gi kerja?

Swee Say ada satu argument yang dibincang panas di Singapoora, dan juga relevan untuk Malaysia.
(Di Malaysia, para pengetua gerakan buruh ramai yang masuk pembangkang).
Argument biasa untuk pekerja ialah: Mesti adakan minimum wages - gaji minima, untuk berlaku adil kepada pekerja.

Di Malaysia dan Singapore tidak ada gaji minima, bermakna majikan boleh suka-suka kasi orang tu gaji.
Jika dia nak bayar gaji tukang masak kat restoran dia RM800/S$800, dan pekerja di kilang dia RM550/S$500 tak ada undang-undang yang kata tak boleh.
Cuma, jika gaji rendah sangat, orang tak akan datang.
Macam restoran mamak satu Malaysia selalu bising tak ada mamat nak kerja kat restoran mereka, sebab tu kena ambil pekerja dari India, Indonesia dan Nepal.
Hello, kamu kasi gaji kecik sangat, baik mamat tu kerja jadi office boy yang gajinya rendah sikit, tapi dia dapat duduk dalam bilek aircon.

Gerakan buruh Malaysia mahu ada minima untuk semua pekerja - baik di ladang yang menoreh getah dan tanam sawit, mahupun drebar, pekerja kilang dan restoran.

Di Singapork, Swee Say kata lebih penting daripada paksa adakan undang-undang gaji minima ialah pastikan semua pekerja ada minimum skills - kemahiran minima.
Jika tak ada, siapkan latihan untuk mereka.
Ini, kata beliau, lebih adil untuk pekerja.

Dan pelabur tak akan lari kerana takut dipaksa bayar gaji minima untuk pekerja kilang dan office boy.
Maksudnya jika di Malaisia atau Singapoura gaji pekerja kilang mesti paling kurang RM1,200/S$1,200, dan office boy mesti dibayar RM900/S$900, mungkin pelabur asing lari.
Baik di buka kilang dan pejabat di Jakarta atau Vietnam. Di sana, gaji lebih rendah dan tak ada gaji minima.

---------------------------------------
INI bahagian cerita syiok sendiri - anda boleh skip terus baca di bahagian bawah!

CERITA LAMA: Sebelum jadi wartawan, saya dulu pernah kerja di sebuah firma arkitek di Temasek.
Sebab saya belajau mechanical engineering, maka saya jadi design draughtsman (orang Amerika kata 'draftsman') dalam mechanical dan electrical department, firma arkitek Australia tu di Singapore.
Dah lama tutup saya rasa syarikat International Project Consultants di Pasir Panjang Hill.
Jika kamu ada projek, arkitek Australia dua partner tu buat pelan kasar, lepas tu mereka bahagi kat architectural draughtsmen draw betul-betul.
Masa tu belum pakai komputer lagi. Belum ada sofwe architectural plan kat komputer. Kat pejabat Wang Computer pun belum ada! Ini tahun-tahun 1982-1985.

Kami draw pelan pakai kertas transparent (lupa apa nama sebab dah 30 tahun dulu dah!) dan ink hitam. Drawing paper.
Meja drawing saya di pejabat hah, lihat GAMBAR ni. Saya ada beli satu untuk gunakan di rumah juga dulu - mahai nak mampoi, tapi amat diperlukan dulu.


Pena untuk lukisan teknikal saya pula di GAMBAR BAWAH ni.
Draughtsmen jika tak pandai pegang technical pen Faber Castell masa tu, tak boleh cari makan.
Kena hafal colour code. Putih maknanya untuk draw line nipis, 0.25mm thickness. Nak draw tiang besar, gunakan yang warna purple tu, 0.70 thickness.


Kena pandai buka pen itu 100 per cent, dan repair sendiri jika rosak - baca tentang bahagian-bahagian pen di sini. Orang dulu miskin, kalau rosak kena repair sendiri. Sekarang phone rosak, TV rosak, kereta rosak, orang politik rosak, kita main nak buang saja.

Sambung cerita - lepas archi department habis, sketch itu dibahagi kepada civil engineering department yang calculate besi dan palang besar mana nak pakai, dan banyak mana batu-bata dan simen nak pakai. Pastikan bangunan tak roboh.

Sketch juga dibagi kepada department saya - kami lakar wiring letrik nak jalan mana, lampu berapa banyak nak letak, aircon berapa besau, dan ducting untuk aircon nak jalan kat bumbung sebelah mana.
Berapa sejuk aircon ni?
Harga mesin aircon ni bagaimana - ini aircon besau oi, bukan yang kamu pasang kat rumah.
Saya pernah tolong design aircon sistem untuk mall besar di Sandakan, bangunan bank di Raffles Place, dan juga untuk rumah-rumah orang kaya.


Yang saya respek betul mat salleh Australia dua orang ni, mereka tak sombong.
Yang satu ada Lambo warna biru - pertama kali saya nampak Lambo depan mata.
Di pejabat ada DUA orang office boy Melayu yang diajak duduk dalam pejabat belajar jadi architectural draughtsmen!
Mereka masih kena hantar surat naik scooter (ini belum zaman ada email lagi!).
Tapi bila tak ada kerja, omputeh ni suruh mereka pegang pena lukisan tu, belajar jadi draughtsmen. Mamat senior draughtsmen Cina kena ajar mereka.
Lepas tu ada receptionist pompuan budak Melayu, pun boss suruh belajar buat drawing. Tingkatkan kemahiran!
Mereka dibayar lagi oleh boss untuk gi kelas malam belajar technical drawing.

Mana lebih baik?
Kasi mereka gaji minima sebagai office boy dan receptionist? 
Atau naikkan kemahiran minima mereka, seperti yang dibuat oleh boss lama saya, Philip Conn dan John Malone?
(Dah tua-tua, baru teringat cerita ni!)

---------------------------------------
Berbalik cerita asal.

Itulah yang kita harap kerajaan akan lakukan.
Naikkan taraf kemahiran pekerja.
Galakkan mereka tambah ilmu dan kemahiran.

Di Temasek, syarikat kena bayar ratusan atau ribuan dolar sebulan (ikut company besar atau kecil) kepada tabung latihan pekerja.
Dan majikan kena berikan mereka MASA untuk ambil kursus - di institut atau sekolah latihan pemerintah di luar.

Nak buat bangunan pencakar langit pun okay, nak belanja berbilion pun tak apalah. Tapi jangan lupa orang di bawah tu.
Sebab jika tenaga mahir kurang, maka pelabur tak akan masuk, walaupun negara kamu ada bangunan 100 tingkat, ada International Financial District yang canggih.
Kamu ada kuasa, bantulah orang yang tak berkuasa agar bertambah kuasa mereka nak mencari makan.

(Maaf, saya gunakan example Singapork sekali lagi. Bukan sebab negara kecik ni bagus sangat, tapi sebab itu contoh yang saya tahu sebab saya kerja kat sini).

Friday, 15 October 2010

Bajet 2011 - Perlu Malaysia buat bangunan 100 tingkat?

BETUL KE?
RENOVATE RUMAH PM RM65 JUTA???

The prime minister's official residence will go through a RM65 million spruce-up over the next two years, courtesy of premier Najib Abdul Razak's Budget 2011, revealed a DAP parliamentarian.
Bukit Bendera MP Liew Chin Tong (left) said the renovation plan of the 10-year-old complex is part of the RM16 billion Prime Minister's Department budget.
The spending for the renovation will be spread out between 2011 and 2012.

Dari Malaysiakini. 


----------------------------------------------
POSTING ORIGINAL

Pada saya nak buat bangunan sampai ke bulan pun OK.
Tapi gunakan duit siapa?
Jika pihak privet, teruskan. Kita sokong!

Jika bangunan Warisan Merdeka berharga RM5 bilion ni nak gunakan wang rakyat, kerana dibuat oleh PNB, tak payah dulu beb.
Lebih perlu untuk Malaysia, pada saya orang luar, naikkan taraf pendidikan pelajar dan latihan kemahiran untuk pekerja.
Itu bawa pulangan yang berganda nanti. Lihat saja India dan Taiwan dan China (saya tak mahu sebut Singapork, nanti orang marah). Rakyat mereka laku kerja di mana saja - kamu lihat dalam sofwe dan hardwe companies, banyak mamat dari negara ini! HP dan Dell, Apple dan Google.

Adakan sistem untuk rakyat (pelajar dan pekerja) dapat naikkan taraf English dan skills (sama ada repair kereta atau buat kuih, repair telefon atau masak roti canai pun, agar dapat niaga kecilan). Itu kan lebih baik untuk naikkan nama negara di masa depan? Apa lagi jika kamu ajar mereka buat software programming.

Maaf saya komen marah sedangkan saya ni orang luar, tapi nampak tak kena.
Projek ni siapa dapat nanti sebagai main kontraktor? Ada tender? Tentu jadi isu.

Memang betul bangunan tinggi ni boleh tarik business - kontraktor dapat projek, supplier barangan pun dapat, elektrician dan seterusnya. Tapi di masa kerajaan agak kekurangan wang - dan deficit baget dah berbelas tahun tak dapat ditutup - apa kejadah nih!?!?
Saya tak mahu negatif sangat, jadi kasi chance mereka explain.
Cuma sekilas pandang macam nak habiskan wang ke tempat yang tak perlu.

Di tepi US embassy di Jalan Tun Razak, bangunan The Icon tu masih kosong. Juga bangunan di sebelahnya. Maknanya bangunan pejabat dah banyak.
Dan Felda pun ada buat bangunan besar di seberang jalan.
Dan nak buat lagi International Financial District kat tepi Pasar Rakyat di KL (dekat Jalan Tun Razak, bangunan RHB).
Dan nak membangunkan lapangan terbang Sungai Besi lagi.
Hello, berapa banyak bangunan yang kamu nak buat nih!?!?!

I have one word of caution for all these: Dubai.
Kamu tengok negara tu sekarang, banyak sangat bangunan tapi tak pandai nak tarik business yang nak sewa atau beli bangunan tu. Lingkup brader.
Nasib baik ada Abu Dhabi jiran dia kaya yang bailout.
Hiba rasa di hati jika kerajaan tak pandai explain ni semua.

Nak buat bangunan mudah sungguh. Tapi nak tarik business yang nak masuk kat situ, is another matter altogether.
Saya harap sungguh ada projection tentang business growth, job creation yang jitu sebelum kita masuk era membangun projek ni sekali lagi - dulu dah kena tahun 1998-1999.


----------------------------------------------
HIGHLIGHT Bajet yang lain:
di sini (NST) dan sini (freemalaysiatoday.com).

1) Ini projek perumahan di tanah Malaysian Rubber Board di Sungai Buloh, harga RM10 bilion. Ini tanah kerajaan = 2,680 ekar. Jika anda jalan tepi kedai-kedai bunga di Sungai Buloh tu kan banyak pokok getah. Ah antaranya tanah itu ler.


Dibahagi free kepada seseorang atau joint venture, atau bagaimana? RM10 bilion ni wang kerajaan atau swasta atau bagaimana?
Takut jadi macam di Hartamas - tanah kerajaan diberi murah kepada syarikat tu, dia janji nak buat convention centre dengan harga yang jauh lebih murah - saya pernah komen di sini.

Maaf jika anda marah saya bertanya ini - tapi saya pasti pembangkang pun akan tanya sebab dah macam-macam desas-desus yang keluar.
Pengundi hari ini dah nak tahu mana nak dapat wang berbilion ni, sedangkan deficit dalam bajet (lebih banyak belanja dari pendapatan) terus melopong.
Jangan pula blogger bertanya terus buat laporan polis, rampas laptop dan modem blogger. Tapi dah tiga hari dah, tak jawab apa yang dituduh.

2)  Projek Nexus Karambunai RM3 bilion eco-nature entah apa di Sabah.
Banyak duit, wahai abang? Sekali lagi: Duit siapa tu?

3) RM111 juta untuk program Permata, yang dipromosi adinda tersayang. Banyak tu. Saya tahu pembangkang pasti kondem sebab ada direct link dengan Datin Seri Rosmah.
Saya kasi chance dulu sebab nak dibina 32 children's centre dan kelola 52 pusat seperti itu. Mungkin ada baiknya, walaupun dirasa janggal isteri yang tak ada portfolio pun dapat bajet sebesar itu, bukan Kementerian Pelajaran.
Kalau tiga tahun karang tak ada hasil, baru saya nak tanya.

4) Sistem MRT (train bawah tanah macam di Singapork, Hong Kong, London, New York, Delhi dan ibu negara besar yang lain). RM40 bilion. Projek ni bagus. Tapi nak kena jelaskan dengan penuh belanjawan ini dan siapa yang dapat menang TENDER, bukan 'dikasi' kepada pihak tertentu.

Saya kurang faham cara Malaysia dalam isu memberi projek kepada syarikat yang menjadi first proposer sesuatu projek.
Dalam pemerintahan Dr Mahathir, siapa yang propose idea tu, maka dia dapat projek dan kerajaan akan bantu mereka jadi kaya secara kilat. Jika gagal, akan dibailout pakai duit kerajaan juga.
Maka macam-macam orang propose nak privatise asset kerajaan, termasuk MAS, air jamban (Indah Water), buang sampah (Alam Flora) dan macam-macam lagi. Sehingga membekal barangan hospital dan pekerja asing buat health check-up pun dah ada yang sapu! Bekal letrik dan air pun dah dicontrol oleh kumpulan tertentu dengan harga yang dibayar rakyat. Errr, begitu juga highway-highway. Syarikat padi negara dan Pos Malaysia! Apa kejadah nih!!!
Supply public buses pun ada anak orang atas yang dapat, sehingga bas-bas yang lain yang masih boleh digunakan kena buang. Dibiarkan berkarat di padang jarak padang tekukur.
Saya difahamkan, nasib baik Pak Lah kalah teruk dalam Mac 2008, sebab dah ada ura-ura bahawa lepas pilihanraya tu, ada seorang muda terkenal akan dapat projek 'menjaga' semua health check setiap drebar teksi di Klang Valley.

Sama juga sistem MRT ni.
Jika betul KL-PJ-Shah Alam perlukan MRT - dan saya setuju SANGAT PERLU - maka sepatutnya orang kerajaan, Kementerian Pengangkutan, yang draft projek ni, bukan pihak swasta draw up the plans lepas tu 'jual' dengan kerajaan.
Kan dulu dah pernah gagal teruk apabila sistem LRT diberikan kepada DUA syarikat joint venture swasta. Sehingga kena bailout oleh syarikat Prasarana (duit rakyat oi).
Kenapa nak ikut jalan yang sama?

MRT ni perlu untuk KL-PJ-Shah Alam.
Lihat Jakarta - ia ibunegara negeri besar satu-satunya di dunia yang tak ada mass rapid transit (MRT) system ni. Tak ada LRT pun! Sesak traffic giler babi masa office hours.
LRT di KL tak cukup kerana hanya bawa ratusan orang dalam satu trip, misalnya dari Gombak ke Subang Jaya. MRT sistem boleh bawa ribuan dalam trip yang sama kerana gerabaknya lebih besar dan panjang, dan jalannya lebih pantas.

--------------------------------------------

JANGAN CONDEMN SAJA. Ini yang baik saya lihat:

1) Ada allocation untuk buat ternak ikan di darat dan untuk peladang termasuk buat rumah layang-layang (birds' nest farms). Kita lihat dulu. Saya menaruh harapan besar untuk peladang kerana tanpa mereka tanam padi dan ternak ikan, kita makan habuk.

2) RM6.4 bilion nak upgrade sekolah, hostel dan facility. RM213juta untuk naikkan gaji cikgu. Bagus, bagus. Susah nak tarik guru menjadi guru jika bayar gaji rendah. Dan jika sekolah tak cukup barangan dalam makmal dan untuk bersukan.
 Errr, brader, tapi upgrade tempat dan naik gaji saja ke?
Nak naikkan taraf pelajar dan baiki sistem pendidikan?

3) Eh adalah! RM250 juta untuk sekolah kebangsaan, Cina, Tamil, Islamik. Aish, Kata nak 1Malaysia? Kenapa masih perlu ada sekolah Cina dan Tamil? Islamik juga? Semua harus masuk sekolah yang sama! Seperti di kebanyakan negara lain.
Dan ada lagi, termasuk membawa cikgu luar negara ajar English. Bagus tu.
Nak naikkan guru PhD lagi you.

4) Berbilion akan dibelanja nak naiktaraf dan buat jalanraya di kawasan pendalaman termasuk di Sabah dan Sarawak. Jika anda dah pernah masuk ke kawasan pendalaman, anda akan appreciate allocation ini.
Saya pernah ke Bakun Dam dan lepas itu bermalam di Kapit pada tahun 2000 atau 2001 (kamu cari peta Sarawak - kat pendalaman betul tu! Dari Bakun Dam ke Kapit naik bot sejam!).
Pekan kecil tu tak ada jalan raya.
Nak keluar ke jalan besar, saya kena naik four-wheel-drive naik turun bukit dua jam - bukan jalan raya atau jalan kampung pun, tapi lorong dalam hutan yang becak dan tanah lubang-lubang. Ketakutan saya.
Semua yang nak ke sana sini kena naik bot dan feri - sebab tu bila Sungai Rajang banyak balak dan sampah minggu lalu, saya teringat orang di sana yang tak dapat keluar kampung kerana sungai kena block.

--------------------------------------------
DEFICIT

Deficit belanjawan atau bajet untuk 2011 dijangka 5.4 peratus dari GDP atau KDNK (Apa pelesit itu GDP/KDNK = sini saya pernah berborak mengenainya).
Ini rendah sedikit dari deficit 5.6 peratus daripada tahun ini.

Ikut cakap para economists, jika deficit (belanja lebih dari pendapatan) tu 5 peratus ke atas, mereka akan ketakutan, kerana banyak sangat.
Malaysia ni bajetnya dah berdeficit sejak 12-15 tahun. Lama tu!
Makin lama makin banyak - dari decifit 2 peratus, 3, 4, lepas tu hampir 6 peratus.


Cakap mudah: Macam kita juga. Gaji RM3,000 sebulan tapi belanjawan kita RM3,150.
Itu maknanya, deficit kita ialah RM150, atau 5 peratus.
Setiap bulan kita bawa balik (lepas tolak EPF/CPF) RM3,000, tapi kita belanja terlebih RM150, sebab nak lawan kereta Camry orang sebelah, kita beli Accord baru.

Lama kelamaan, mampoi ekonomi rumah kita, brader.

Para economists tidak khuatir jika dalam setahun dua, atau mungkin pun untuk lima tahun, ekonomi Malaysia ada deficit. Kerana memang kadang-kadang kena belanja besar untuk beberapa bulan untuk belanja rumah kita pun - misalnya jika baru beli rumah nak kena renovate, atau baru dapat anak ketiga, atau bulan Januari anak-anak masuk sekolah nak baju, buku baru.

Tapi jika berbelas tahun terus deficit, maka ekonomi dalam bahaya.
Kerana apa?
Kita berbalik contoh perbelanjaan rumah kita - setiap bulan kita kurang RM150.
Maknanya simpanan kita tak ada langsung. Bila anak tiba-tiba sakit masuk hospital, macam mana?

Untuk negara, jika selalu ada shortfall/kekurangan ni, tiba-tiba terjadi masalah economic crisis, kerajaan kena belanja wang yang banyak nak pulihkan economy - dengan mengePAM ekonomi. Apa yang dipanggil "pump-priming".

- Maksudnya pam duit banyak masuk ke dalam ekonomi - seperti Dr Mahathir dan Tun Daim bina PLUS highway dulu apabila ada economic crisis 1985-88 dan ramai orang hilang pekerjaan.

- Apabila Singapore kena serang penyakit SARS dulu, sejurus selepas perang Iraq dan Afghanistan (sekitar 2000-2002), pemerintah PAP terpaksa belanja banyak wang nak pulihkan ekonomi.
Sebab masa tu orang takut nak berbelanja kerana takut hilang pekerjaan. Orang takut nak makan kat luar atau shopping kat luar pun, sebab takut kena bersin orang lain. Takut nak picit butang lif takut orang lain ada SARS. Takut nak naik teksi takut udara dalam tu bekas penumpang ada SARS.
Maka di'pump prime' ekonomi - projek jalanraya, cat bangunan, dan juga buat sistem MRT baru. Berbilion dibelanja sehingga dalam satu tahun itu, ekonomi Singapork pertama kali dalam deficit (untuk setahun saja).

- Sama juga kerajaan PM Najib tahun 2009 pump-prime economy kerana economy US tenggelam. Banyak projek dijalankan. Nasib baik masih ada duit Petronas. Tapi ini bermakna, deficit terus berada di tahap lebih dari 5 peratus.


Maknanya, jika tahun biasa pun kita dah ada deficit, bila ekonomi tempatan ada problem, dikhuatiri satu hari nanti tak cukup duit nak 'hantar anak masuk hospital' = iaitu tak cukup duit nak pam ekonomi.

Sebab tu saya bertanya tentang perlu atau tidak bina bangunan 100 tingkat tu, jika digunakan wang rakyat, dan juga projek-projek yang lain.
Projek-projek tu kan lebih baik disimpan dulu untuk pump-prime bila perlu....

Wednesday, 13 October 2010

Cerita Hantu (Switch on lights before reading. Seriously!)

Ramai tentu dah baca cerita dari sebuah kampung di Terengganu.
Budak bernama Siti Balqis, 22 tahun, katanya kena kidnap secara kerap oleh .... errr tak tahulah siapa.
Orang bunian?, djinn?, Perkasa?, PAS malaun yang sokong Umno? Namewee racist? Hantu galah?

Tapi satu hari SB (Siti Balqis) dijumpai atas pokok, esok kat dalam lori pembancuh simen, lepas tu kat kubur, dan dalam almari kat rumah.
Satu masa, beliau sempat SMS beritahu ibu ada dalam gua, pernah telefon kata ada kat kubur!
Terima kasih kepada Maxis dan Celcom dekat Besut.

Katanya satu kampung kadang kala jaga keliling rumahnya, itupun boleh lesap dan dijumpai kat tempat lain.
Alamak, takuttttt.....
Ini kena main lagu Twilight Zone.


Ada cerita SB ni di sini dan sini.
Tapi cerita hantu brader, lebih syiok baca dalam bahasa Melayu. Terima kasih Utusan dan BH. Seronok baca cerita ni, muak saya dengan politik tak habis-habis Malaisia ni.

Yang seram ialah gambar-gambar - terima kasih Ummie dan NST.

Memanglah kita orang bandar, susah nak percaya cerita seperti ini.
Saya baru cerita kelmarin tentang hidup saya sebagai budak kampung di West Coast Road, Singapore: tak jauh dari Jurong.
Saya tak berani tertawakan cerita SB ni sebagai karut.

Ini pengalaman saya:
Masa tu tahun 1960an, saya masih di sekolah rendah.
Di tepi jalan kampung kami ada serumpun besar pokok buloh (Play The Exorcist song here!).


Satu hari arwah bapa saya pulang dari kerja - naik basikal beb, maklumlah zaman P.Ramlee lagi.
Tiba-tiba tak tahu kenapa, beliau meracau kat rumah. Saya tak ingat detailnya - jika tak salah pergi mengaji (masa kecik rajin ler mengaji, kalau tidak kena rotan!).

Heboh satu kampung.
Beliau dibaringkan atas katil di rumah sewa kami - dan macam cerita P.Ramlee juga - bilek sewa tu ada tembok kayu yang boleh dipanjat nak ngendap bilek sebelah! (macam cerita Masam-Masam Manis).

Orang-orang tua satu kampung pun datang. Saya tak ingat bapa saya meracau apa.
Cuma yang ingat ialah salah seorang tu pegang ibu jari kaki arwah bapa - ibu jari kaki kiri.
Lalu beliau tanya 'makhluk' dalam badan bapa saya - pada masa itu satu kampung dah heboh 'Pak Mat kena sampuk'.
"Kamu datang dari mana?"
Nasib baik djinn/bunian/namewee tu pandai cakap Melayu beb.
Jika djinn/bunian/namewee bangsa Arab, atau Cainis si mata sepet, atau dari Russia, tak kecoh kamu!
Atau jika yang masuk tu alien, ha!, tak mampoi kamu, depa jawab dalam slang American: Take me to your leader!

Nasib baik dia (bapa saya) jawab dalam bahasa kebangsaan Singapura: "Dari pokok buloh".
Fuyoh. Itu bukan suara bapa aku.
Apasal pulak bapa aku suaranya garau macam suara Ramli Sirap.... oh-pocot! Ramli Sarip???
"Pokok buloh mana?"
"Kat depan kampung".
Takutttt.....

Saya tak ingat apa jadi lepas tu.
Ada jampi dan doa-doa.
Orang yang pegang ibu jari tu 'menghalau' benda tu suruh balik.
Nasib baik kawan tu friendly, agaknya dia keluar ler.
Masa tu belum zaman Islam Saudi Wahhabi, belum zaman revolution Iran, belum zaman PAS kafir-mengkafir, dan Umno mengaku Islamic state.
Tapi beliau baik juga. Esok dah okay.

Yang pasti, lepas tu, kita semua elak jalan kat pokok buloh tu.

Tuesday, 12 October 2010

Malaysia negara paling banyak bermain cyber

Tak tahulah saya nak kata ini sesuatu yang harus dibanggakan atau yang buat kita malu.
Malaysia adalah negara PERTAMA DI DUNIA di mana paling ramai orang mempunyai rakan cyber dan suka 'membuang masa' di Internet - termasuk membaca blog ini!

Dari Time magazine you!

Tak tahulah anda. Tapi selain blog, saya tak main Facebook atau yang lain-lain. Saya masuk Facebook seminggu tak sekali dan kurang dari lima minit.
Boring baca rakan tu lagi masak apa, atau nak baca buku itu, atau nak gi nonton movie entah apa.
Buang masa pada saya benda ni.
Kalau nak tahu berita atau rumours, baca blog dan website lagi bagus.

Saya pun ada Twitter account, tapi jarang pakai juga. Nak cerita apa saya ni?
Bahawa saya rasa First Ladies conference tu membuang wang rakyat?
Nurul Izzah tak patut lawan No. 2 PKR?
Ada ke orang yang nak tahu pendapat saya dalam Twitter?

Kalau saya orang politik top tak apa juga.
Ada pula rakan-rakan yang tweet gi makan kat restoran itu, lagi rilek kat balkoni rumah.
Haish, who cares!?!?!
Kalau Paris Hilton atau Brad Pitt yang tweet gitu tak apa juga.

Ni belum masuk bab LinkedIn dan Skype, Gchat dan IM (instant messaging).

Saya tulis blog ni boleh beri pendapat yang sama tentang First Ladies atau Izzah, sebab pada saya menulis ini melepaskan geram atau melontar pandangan terbuka. Syiok Sendiri.
Orang tak baca tak apa.

Masing-masinglah beb.

Untung budak-budak zaman ini.
Saya dulu masa kecik-kecik main bola kat padang tanah di kampung (dulu Singapork ada kampung Melayu. Saya dulu tinggal di kampung di West Coast Road dan Pasir Panjang), merambu masuk belukar cari spider.

Kita main game getah, bottle tops, buat lastik sendiri jika nak aim kat burung, buat 'camp' - rumah kecil dengan dahan dan kotak - di tepi belukar, panjat pokok kelapa, mandi di sungai dan laut (mampoi kena rotan jika ibubapa tahu!).
Sekarang semua hayal depan PC dan laptop.
Patut banyak kena penyakit diabetes dan hypertension, heart attack dan gemuk sakan!



-------------------------------------------
PERTAMA SHOPPING COMPLEX

Saya ni di KL, cuti beberapa hari.
Tadi gi Pertama complex cari barang sikit. Dah bertahun tak gi sana.
Some things never change.
Tempat tu gitu juga. Tapi yang bagusnya, ia masih laku dan sesak dengan kedai - maknanya masih ramai orang datanglah.
Saya harap mall tua ini masih dalam pegangan MARA - sebab tentunya sewa kedai semua best. Biarlah ada juga wang masuk, sebab banyak sangat kerajaan ni keluarkan duit nak buat itu dan ini, conference itu dan ini.

Monday, 11 October 2010

Zaid nak beri laluan kepada Khalid?

Hmmm, semakin berkecamuk nampaknya pertandingan No. 2 PKR.
Zaid Ibrahim kata beliau sanggup tarik diri jika Khalid Ibrahim nak bertanding jawatan sama. Kini Menteri Besar Selangor Khalid dah confirm nak tanding.

Jadi Zaid masih nak tanding atau tarik diri?
Atau tunggu Nurul Izzah masuk?

Saya tak gemar masuk komen isu politik Malaysia sangat, tapi syiok juga lihat percaturan ni. Sebab Zaid dulu dianggap hero besar yang boleh jadi Perdana Menteri jika Anwar Ibahim dipenjarakan.
Sampai gitu tinggi harapan pembangkang.

Kini beliau terang-terang dituduh sebagai Trojan Horse - atau pembelot bersembunyi - yang menyelinap masuk PKR dengan niat nak menghancurkannya.
Yang paling saya terkejut ialah membaca di sini - Soh Chee Wen, rakan Zaid, dituduh sebagai Wormtongue, character pembelot dalam Lord of the Ring. Yang menuduhnya bukan orang sebarangan, tapi Nathaniel Tan, orang muda PKR yang dihormati.

Pada saya, jangan bertepuk sorak PKR bergaduh besar. Sebab setiap parti itu ada kerjanya dalam politik Malaysia.
Cuma yang saya nak komen ialah cara berparti jemaah.

Cuma PAS saja, saya lihat , yang sanggup berdiam diri jika nampak ada problem. Apabila pompuan Cainis masuk surau pakai kebaya SIA, yang sibuk kata okay ialah Nik Aziz Nik Mat.
Hadi Awang, Haron Din, Nasharudin Mat Isa, Harun Taib dan ribuan ustaz dan ulama dalam PAS semuanya sonyap je. Bukan mereka kata 'semuanya OK' tapi mereka tak mahu jemaah mereka pecah.
Sampai gitu. Kebenaran diketepikan untuk menyesuaikan diri kerana nak jahanamkan Umno.
Tak ada yang berani cuit sikit beri friendly warning agar wanita tu biar hormat sikit masuk masjid, dan agar surau dan masjid tak dijadikan medan politik. Kerana bila Umno gunakannya untuk tujuan politik kena hentam habis.
Dan yang saya pasti ialah jika Ng Yen Yen berpakaian kebaya SIA masuk surau dan beri ceramah di tapak yang sama, akan berbaris ulama PAS tukang bantai.


Apapun, kalau parti lain, termasuk Umno dan DAP, semuanya suka gaduh depan-depan. Ada baiknya gaduh depan orang ramai.
Tapi mungkin penyelesaian di belakang tabir pun bagus juga.

Saturday, 9 October 2010

Tukar tanah KTM kepada nature walk. Set!

Ini satu idea yang saya sokong.
Singapore ialah tempat kedua paling ramai manusiawi. Penuh sesak 5juta dalam pulau yang kecik totet ilet. Mabuk kalau kat Orchard Road tu ramai sangat orang.

(Tempat yang pertama paling kecik dan lebih sesak ialah Gaza. Kasihan mereka nak dibunuh Israel).

Kerana tanah KTM dah dibagi balik kepada Singapork, kenapa tanah tu mesti dibangunkan jadi kondo dan bangunan pejabat? Boringlah.
Ada kumpulan-kumpulan hijau di Singapoora yang mahu pemerintah convert tanah dari Tanjung Pagar ke Woodlands tu kepada cycling track, atau nature walk dan hiking park - di sini.
Antara gambar kehijauan railway track di sini dan sini.
Dan bangunan stesen Tanjung Pagar (GAMBAR) tu dijadikan saja tempat di mana orang yang gi nature walk tu park kereta dan salin pakaian, serta tempat mula naik basikal.

Atau sekurang-kurangnya tanah yang ada railway line tu dibiarkan sebagai 'hutan' agar binatang besar dan kecil ada walkway nak naik turun Temasek dari utara ke selatan. Senang sikit jika rimau nak jalan-jalan gi Orchard Road.


Untuk rakan saya di Kuala Terengganu.
Beliau suka jogging, tiap petang jogging tepi pantai di KT, Pantai Batu Buruk.
Budaknya hensome, tapi kurus macam tak pernah makan.
Dan bila beliau ke Singapore, beliau tanya kat mana nak jogging kat pulau kecik ni - takkan kat tepi jalan raya nanti kena langgar Lambo baru?

Di Temasek, untuk orang yang suka jogging, ada apa yang dinamakan Park Connector Network. Ia adalah siri jogging trail yang disiapkan di tepi longkang (yang tak bau busuk ler) dan di tepi 'hutan'.
Saya pernah cuba satu dua tempat - dalam trail ni anda tak dengar bunyi kereta pun dan ada di setengah tempat tak nampak pun bangunan tinggi.  Udara nyamanlah konon.

Ridz, petanya dan detailnya di sini.

Tempat yang saya selalu jogging ialah di dekat rumah saya - di tepi longkang dan ada tempat berehat (GAMBAR BAWAH). Jogging dan bicycle track ini boleh ke utara dan selatan - saya lari 3-5km dah pingsan, jadi tak tahu betul atau tidak.

Di gambar ini, track ini di tepi longkang, tak boleh buat rumah, lalu dijadikan tempat riadah.
Di KL, saya selalu mengeluh apabila lihat kawasan di tepi Sungai Gombak di Keramat tu - sayang terbiar tanah kecil di kiri dan kanan (termasuk di bawah track LRT di Datuk Keramat).

Datuk Bandar KL,
Kalau nak projek, tukarkan tanah tepi longkang tu jadi jogging track dan bicycle track.... menggalakkan hidup yang sihat tu.
 (Cuma yang dikhuatiri, nanti orang naik motor pun jalan situ! Tapi ini boleh dikekang, macam di Singapore, dengan meletak tiang batu kat lorong agar motor dan kereta tak boleh masuk, hanya basikal).


Friday, 8 October 2010

TV 3D tanpa glasses & video conferencing tanpa PC

Selepas movie Avatar dalam tiga dimensi, 3D, banyak movie lain yang dibikin secara yang sama.
Tapi tak syiok kena pakai cermin mata (glasses) atau goggles. Tak selesa pakai benda ni nak nonton 2jam, duduk dalam gelap.

Televisyen 3D kini dah mula keluar. Tapi sekali lagi, anda kena pakai glasses jika nak nonton. Aish, tak syiok brader.
Kini dah keluar teknologi baru TV 3D tanpa perlu pakai benda tu oleh Toshiba, di sini dan sini, juga video Youtube.

Teknologi baru, mesti mahal. TV 12inci berharga US$1,400 di Jepun. Yang 20inci berharga US$2,900.
Dan ada laptop 3D (kena pakai glasses) dari HP.
Juga dah mula ada game, dari Wii, yang 3D.

Tentunya teknologi ini akan terus diperbaiki dan harganya akan turun.


YANG lagi satu ciptaan baru ialah produk bernama Umi (you-me).
Jika kita ada orang tua atau kanak-kanak di rumah yang nak berbual dengan kita tapi tak pandai pakai PC, kini no problem.
Gunakan Umi telepresence ni, keluaran syarikat Amerika, Cisco.
Tak perlu ada PC langsung kat rumah. Gunakan set TV anda saja (set 3D! Wow).
Tapi perlu ada line Internet di rumah - sini dan sini.
Harga masih mahallah.

Jadi lain kali kamu boleh gi holiday kat London seorang diri, mak bapak dan anak kena tinggal (nak save duit). Tiap hari boleh Umi dengan mereka.

Dan juga, lain kali tak payah jalan Hari Raya.
Kamu siapkan lemang kat rumah di KL.
Adik kamu siapkan kueh-mueh kat Kota Baru.
Ibu kamu siapkan sambal goreng dan lontong di Butterworth.
Turn on saja Umi, boleh berbual sambil makan juadah Raya.
Save duit! Tak ada traffic jam balik kampung!
OK what!!!

Umat Jepang dan Umat Am-rika dah cipta benda baru.
Bila pula umat M nak muncul? Buat selain daripada bom bahalul yang meletupkan diri sendiri? Sedih aku.


-----------------------------------------
BERCAKAP tentang Umi, si Ummie makhluk SingaMalay ada cerita tentang keretapi yang akan menghubungkan Mina, Arafat dan Muzdalifah dengan Makkah.
Boleh bawa 3,000 orang sekaligus.

Train buatan China. Kenapa pulak KTM tak tender eh?
Harganya mahal giler.
Tulah, bila kita nak pandai ni? Export teknologi ke negara seMuslim?

Yang saya harap ialah tren ini ada PAGAR di sepanjang perjalanannya - Sebab yang ke Tanah Suci tu beratus ribu dan berjuta. Takut nanti berebut nak naik turun, ada yang kena langgar.
Sebab yang ke sana tu ramai dari negara yang tak pernah gunakan train laju - MRT, LRT, Tube, Underground, MTR, Metro.
Takut pakcik kampung dari Pakistan atau makcik dari Yemen ingat train slow macam kat tempat dia, kemek kena langgar....

Wednesday, 6 October 2010

Cucu dedah cara hidup Kuan Yew & isteri

Mendiang isteri Lee Kuan Yew, Kwa Geok Choo, disemadikan hari ini.
Petang tadi mayatnya dibawa ke crematorium Mandai untuk majlis pensemadian privet.
Sebelum itu, Kuan Yew memberikan eulogy atau kata akhir di majlis peninggalan isteri. Juga di sini.

Cerita hidup beliau dengan ibu juga diceritakan oleh anaknya, PM Lee Hsien Loong.

Tapi yang paling menarik pada saya ialah cara hidup mereka sekeluarga yang didedahkan oleh cucu (anak PM Lee).
Gambar ah moi 29 tahun itu, Lee Xiuqi, dan ceritanya di sini.
Eulogy penuh di sini.
Ini pertama kali saya dan saya pasti hampir semua orang di Temasek nampak gambar budak ini.
Saya sebelum ini tak tahu pun apa nama anak-anak mereka!

Kuan Yew dan isterinya satu Singapore tahu tinggal di lorong bernama Oxley Road, dekat Orchard Road.
Rumah banglo lama dan tak besar mana. Mereka tak pernah pindah dari situ pun.
Orang luar jarang masuk ke situ kerana dijaga Gurkha dan polis.


Antara yang menarik:
- Atok dan nenek mandi pakai gayung! Apabila nenek (Geok Choo) kena stroke semasa di London dan dimasukkan ke hospital di sana, cepat-cepat ahli keluarga lain buat renovation dalam toilet - pasang shower!

- Nenek tak suka belanja banyak. Tapi satu hari ternampak berus rambut cantik di Jepun beli juga.

- Nenek kopekkan buah-buahan untuk Atok (tak kata pula buah apple atau limau) dan pack baju Kuan Yew apabila nak berlayar.
Teringat saya dulu apabila PM Abdullah Badawi nak kahwin dengan Jeanne Abdullah, salah satu sebab yang diberitahu oleh Ketua Menteri Melaka Ali Rustam kenapa perlu ada isteri ialah agar ada orang dapat pack baju suami yang hendak berlayar. Betul tu!

- Cucu ni suka ikut Atok dan Nenek apabila mereka ke luar negari membuat kerja negara. Tapi katanya, Kementerian Kewangan tak payah khuatir, sebab tak gunakan duit rakyat untuk bayar duit pesawat.

- Hidup nenek dibahagikan oleh nenek sendiri sebagai Before Stroke dan After Stroke, sebab Geok Choo kena stroke pertama kali pada 2003. Sakit dan berubah cara hidupnya.


Ummie, makhluk dua alam SingaMalay seperti saya, ada cerita dan gambar eulogy penuh Kuan Yew.

-------------------------------------
CAKAP tentang eulogy ini, teringat saya antara eulogy yang bermakna dalam, itu eulogy untuk salah satu hero saya, Malcolm X - di sini.
Cerita wikinya dan ada movie juga berdasarkan kehidupan Malcolm Little yang ditembak mati sebagai El-Hajj Malik El-Shabazz.

-------------------------------------

APABILA rakan karib saya, Eddie Toh, meninggal pada 2008, saya tulis eulogy untuknya yang diterbitkan dalam akhbar MyPaper (akhbar percuma Singapore Press Holdings).
Eddie mamat Malaysia yang pernah kerja di Singapore dan KL bersama saya.
Dia kena heart attack semasa 40 tahun lagi (banyak merokok?).
Cerita saya tentang Eddie di sini.

Bergaduh 2 negara sebab nelayan - power shift

Kita semua dah nampak betapa marahnya segolongan di Indonesia dalam kejadian dia tangkap nelayan Malaysia, Malaysia tangkap pegawai marinnya.
Tapi ada pergaduhan lebih besar melibatkan dua negara gergasi, dan yang kini menakutkan ramai pemerintah di seluruh dunia - termasuk di Amerika pun.

Beberapa minggu lepas - aku tak baca pun kat media Malaysia! - beberapa nelayan China dicekup oleh marin Jepun. 
Dekat kepulauan yang jadi rebutan kedua-dua negara.
Cerita di sini, sini dan sini (ada peta pulau-pulau di sini).

Jepun tangkap apabila kapal nelayan China dikatakan sengaja merempuh kapal marin Jepun. Eh eh cari pasal si mata sepet ni, kata si mata sepet jiran dia.

Tapi lepas tu China gertak dan herdik si mamat Jepun ni. Macam Bendera buat dengan Malaysia, tapi ini pemerintah pusat China yang marah - kamu lepaskan nelayan kami, or else.
Jepun terkejut, takut kimono terburai, lalu lepaskan semua kecuali kapten kapal nelayan tu.

China tak puas hati, lalu pekik kuat-kuat lagi: Lepaskan kapten or else....!!!
Mula-mula Jepun kata 'podah kaki botol!' (dalam bahasa dia lah), tapi setelah seminggu China pekik-pekik, Jepun takut dia nak makan sushi tak selesa, lalu dipulangkan kapten itu.

Ohmyallah! Satu dunia terkejut dan menggeletar (melainkan media kat Malaysia yang sibuk Azmin lawan Zaid, Ib lawan Kit, KengYaik lawan TsuKoon! Esok dunia kiamat pun, lu orang tak tahu kenapa).

Belum habis terkejut yang ini. Lagi satu kejutan - China kata kamu dah lepaskan, sekarang mesti minta maaf dengan kami!!!
La. Kurang ajar betul.
Tapi seram sejuk satu dunia melihat benda ni.

SEBAB: Cara diplomasi China dulu ialah cara beradab dan pelan-pelan, bukan memekik dan memaksa. Bukan cara kurang ajau (Yang saya maksudkan ni negara China, bukan orang Cainis macam Babiwee).

Ini bermakna China ni sejak menjadi ekonomi kedua terbesar di dunia tahun lalu (Amerika No.1, Jepun jatuh ke tempat ketiga), cara ia main politik dah bertukar. Dah nak main kasar.

Cerita belum habis beb.
Ini lagi dasyat.

RARE EARTH MINERALS


Sejak dua-tiga hari ni, gempar lagi dunia.
Enjin industri Jepun begitu pesat, jadi ia banyak mengimport barangan elektrikal dan elektronik (termasuk dari Singapoora dan Malaisia).
Dan ia juga banyak import raw materials.
Semuanya ini dibuat kereta dan TV, telefon dan DVD player yang dijual di negara sendiri mahupun dieksport.

Yang buat industri dan businessmen sedunia gempar - China adalah pengeluar bahan mentah bernama rare earth yang terbesar di dunia (Lihat GRAPH).
Jepun ialah pengimport rare earths terbesar di dunia.
Apa tu rare earth? Tanah kubur ke? Apa kegunaannya?
Kita semua dah nonton Avatar. Manusia ke planet tu nak korek rare earth bernama Unobtanium - cantik nama benda tak ada ni. Something that cannot be obtained elsewhere.

Kat Malaysia bila kita sebut rare earth, orang teringat cerita lama kat Perak - syarikat Asian Rare Earth yang dituduh tinggalkan bahan radioaktif begitu saja.

Rupa-rupanya semasa gaduh kelmarin tu, China dah stop mengeksport rare earthnya ke Jepun.
Satu dunia kini menggelacat nak cari bahan rare earth ni di tempat lain, sebab takut China kuasai bahan ini dan jadikan ia mainan politik.
Di sini dan sini.

KAITAN DENGAN MALAYSIA

1) Kerana Malaysia juga ada bahan rare earth ni, dah ada pun orang korek kat Kuantan - di sini. Juga di sini dan sini.
Nanti mungkin banyak lagi pelabur masuk nak korek atau proses bahan ini kat belakang rumah kamu.
Jika mereka jaga baik-baik tak apalah.

2) Apa yang berlaku antara China dan Jepun tu menunjukkan power shift. Dulu China ni negara miskin dan lemah.
Kini ia rasa ia dah besar, tapi kamu kurang hormat dengan mereka.
They demand respect.
Sama juga Malaysia gaduh dengan Indonesia selalu ni. Mungkin ada di Malaysia yang kata - hanya segelintir yang marah, yang lain sayang kita.
Tak benar juga.
Memang betul, masih ada dua juta rakyat Indonesia cari makan di Malaysia.
Tapi Indonesia juga rasa Malaysia ni kurang ajar sebab masih anggap kami semuanya papa, country cousins, poor cousins.
Mereka rasa 'Kami di Indonesia adalah ekonomi terbesar di Asean'.
Kamu (termasuk Singapork) hanya member dalam Asean.
Indonesia kini sebuah dari negara-negara ekonomi terbesar - Group of 20 or G-20. Iaitu negara terkaya G8 ditambah dengan ekonomi besar lain.
They demand respect.