Monday, 29 November 2010

Menteri, gaji & kereta mewah

Apabila berlaku gempa dan tsunami pada December 2004, saya bergegas ke sebuah kampung di Kedah setelah diberitahu rakan bahawa ada kampung yang kena teruk.
Masa tu orang belum tahu lagi berapa besar tsunami ini - yang membunuh 230,000 manusia di Sumatra, Sri Lanka, India, Thailand.

Di Malaysia, yang kena ialah beberapa kampung di Kuala Muda (PEMBETULAN: ini yang betul, bukan Kuala Kedah! Aish, dah nyanyu selalu), dan juga di Pulau Pinang. Di Kedah dan Penang, jumlah yang mati ialah 15 orang - antara jumlah tertinggi kematian di Malaysia dalam sesuatu bencana alam. Di Pos Dipang, Perak pada 1996, yang maut seramai 39 orang.
Kampung nelayan Kuala MUDA ini ialah di mana orang jual ikan pakai sistem bisik-bisik.
TEMPAT ni bernama Kuala MUDA kerana ia di mulut Sungai Muda. Di seberang sungai itu ialah Pulau Pinang - yang juga ada tempat jual ikan sistem bisik. Baru saya ingat nama tempat.

Saya tiba di kampung Kedah itu - kini digelar Kampung Tsunami - hanya sehari selepas kejadian berlaku. Masa tu hanya wartawan Bernama dah buat laporan.

TV3, NST, Star, Utusan dari Kedah semua belum sampai - ah, bagus tak source saya! Wartawan tempatan belum tahu, saya dah sampai 300km dari KL! Datang naik teksi.

Di situ, empat-lima kereta terlonggok tersendat di tepi rumah kena ombak, dan ada seorang mamat termenung macam baru anak mati.
Rupa-rupanya kereta beliau antara yang tertimpa tu.
Ditanya, beliau menceritakan bahawa masa tu ada orang kenduri kawin. Nasib baik gempa berlaku siang hari, ada orang nampak ombak besar lalu semua bertempiaran. Dalam kecoh tu, beliau dan isteri tertinggal anaknya yang kecil! Cuak dan terpekik-pekik cari anak lepas tu.
Mujur jumpa - dibawa lari orang kampung ke darat.


TIDAK jauh dari situ, ada seorang muda yang kelihatan seperti baru mati emak. Lagi collect pinggan mangkuk di tapak rumah. Tinggal tapak saja rumah itu.
Saya bertanya - apa jadi adik?
Katanya, berada dalam rumah apabila orang pekik ada ombak besar datang. Masa tu orang belum tahu perkataan "tsunami" di Malaysia. Saya sendiri pun masa tu hanya pernah dengar ia perkataan bahasa Jepun, itu saja.
Rumahnya dua tingkat - rumah kayu.
Beliau lalu memeluk ibunya ketakutan di bilik tingkat dua. Dan bertakbir beberapa kali!
Saya ingat perkataannya - "Ombak setinggi pokok kelapa".
Pada masa tu, dalam hati berkata: Bohong budak ni, mana ada ombak setinggi itu sampai kat darat di Malaysia.
Ceritanya lagi, rumahnya dipukul ombak sehingga roboh, beliau tercampak ke atas bumbung rumah jiran.
Ibunya yang dipeluk hilang ke mana. Mayat ibu ditemui jauh di belukar - kira-kita 100m dari situ dengan mayat orang kampung lain.
Nak kata mamat ni bohong - saya lihat rumahnya hanya tinggal tapak simen saja! Begitu juga beberapa rumah sederetnya.



SELEPAS itu, beberapa hari kemudian, saya ke tepi laut Penang interview mangsa tsunami.
Dan saya ke Kuala Kedah dan Penang beberapa kali lagi dalam beberapa bulan selepas tu, interview mangsa yang dipindahkan ke rumah-rumah panjang, dan dengar komplen mereka macam-macam (tak berani tulis kat sini, sebab banyak tuduhan yang bahaya).


-----------------------------------------------------
KERETA LUXO 


TAPI ini bukan cerita tsunami tuan/datin.
Yang LEBIH memeranjatkan saya ialah lebih kurang 3-4hari selepas kejadian, berita tersebar "Agong nak datang" ke kampung buat kunjungan dan tunjuk simpati kepada rakyat. Nak pastikan kerja menyelamat dan membersihkan lancar.
PM Abdullah pun nak datang.
Maka ramailah para menteri, wakil rakyat dan pengampu lain pun berderet datang nak tunjuk muka (lepas tu, semua tak datang lagi).
Pendeknya jika tempat itu kena tsunami hari tu, setengah Kabinet Malaysia lenyap dan semua exco BN Kedah.


Yang surprised binte shocked saya ialah KERETA yang mereka pandu nak tunjuk simpati bersama rakyat ni.
Yang bawa Merc, BMW, Lexus tu biasa lah, walau tak sepadan dengan gaji menteri, MP/ADUN.
Yang paling memeranjatkan saya ialah kedatangan seorang menteri berdrebar dengan sebuah Range Rover (GAMBAR: top-end model) yang baru keluar di dunia.
Wooi, menteri ni dah beli!
Yang berenjin besar harganya masa tu ialah RM1 juta!
(Harga barunya di sini - dah 'murah sikit', sebab dah enam tahun keluar).
Eh, menteri ni gajinya lebih kurang RM18,000 saja.
Hahaha.

Maaf cerita dongeng saya panjang.
Sebenarnya, saya teringat cerita Range Rover ni apabila terbaca cerita rakan blogger Fared Isa di billyuniversal.blogspot.com. Beliau bertanya:
"Have u ever wonder how much the salaries of the minister in our country?
"With all the mansions, the BMW’s, the Jaguar’s, Lexus and etc, no one can stop from wondering how much they made every month."

Cerita remgold tentang gaji menteri Malaysia dan Singapoora di sini.

Saturday, 27 November 2010

Malaysia tinjau projek tingkatkan makanan

Saya pernah bual kosong (wong jowo kata 'ngobrol') tentang negara-negara Arab, Singapore, dan Indonesia nak buka tanah lebih banyak untuk meningkatkan food security - lebih banyak tanam makanan, lebih terjaga ekonomi negara, jika ada masalah besar dari segi makanan seperti yang berlaku pada 2008.

Cerita lama saya tentang Contract Farming, di sini dan sini.
Juga tentang New Global Battlefield - Food Farms di sini dan sini.
Di penghujung cerita, saya tulis tentang negara-negara yang dah pun ada projek tanaman di negara luar dengan menyewa tanah. Saya ulang di sini:

- Egypt runs farms growing corn in Zambia, rice in Niger, and vegetables in Tanzania. Now it plans to grow wheat in Uganda.

- Pakistan's Board of Investment plans to put about 9.1 million ha of farmland up for lease to foreign countries and companies.

- An Australian investment group, BKK Partners, says its client is targeting 100,000ha of Cambodian land to grow rice, bananas, sugar cane, palm oil and teak. Investments worth US$600 million (S$847 million) planned.

- Jordan is planning a joint grain venture with Kazakhstan, involving US$50 million in investments.

- Investment group Saudi Star is eyeing 350,000ha in Ethiopia to plant rice, maize, sugar cane and oilseeds.

- Indonesia is targeting 1.6 million ha on Papua island for agriculture projects.

- Libya is planning farmland projects worth US$500 million in Brazil.

- United Arab Emirates' Minerals Energy Commodities Holdings is in talks to lease 100,000ha of farmland in Kalimantan, where the company has a railway and coal project worth about US$1 billion.

-------------------------------------------------------
Hari ini, PM Najib kata Malaysia sedang meninjau kemungkinan mengadakan pakatan dengan negara lain hendak mengeluarkan makanan.
Tapi beliau juga berkata "there was no pressing need" - tidak ada keadaan mendesak - nak membuat projek ladang makanan ini.

Secara peribadi, saya harap sungguh bahawa kerajaan Malaysia mempercepat projekkan isu ni.
Takut pulak harga beras, bawang, kentang dan sebagainya dah naik mendadak, orang dah panik, dah marah kerajaan, baru nak sign itu dan ini.

Lagi satu - belum semua negara masuk bidang ini - bercucuk tanam di negara lain.
Jadi harga tanah yang nak disewa tu - baik di Indonesia, Cambodia, Laos, mahupun negara Afrika - belum lagi tinggi sangat.
Takut lambat sangat tunggu, nanti banyak negara dah buat, makin mahal harga nak bayar. Ini belum masuk harga broker lagi.

Kita berdoalah semuanya dapat berjalan lancar di bidang ini.
Kita semua tentu ingat tahun 2008 tu dulu - teruk Pak Lah kena bantai sebab naikkan harga minyak, dan harga makanan tak terkawal. Bukan salah beliau, tapi orang kalau dah marah, tentu kerajaan kena hamun.



UNTUK maklumat, Singapork dah pun nak buat di China - ladang al-khinzir. Yum, yum.
Dan di negara pulau kecik ni, pendidikan dijalankan tambah sains permakanan, sedangkan petani Singapore - ya, kat red dot ni pun ada golongan petani, tapi sedikit sangat - diberi peluang dan dibantu wang nak kembangkan business pertanian mereka. Gambar-gambar tambahan dan cerita di sini.
Singapore import 90 peratus makanannya dari luar negara, jadi tentu takut jika ada problem.


PENJAJAHAN SEMULA = THE NEW COLONISERS
TAPI, isu sewa tanah di luar negara ni isu yang sangat sensitif.
Misalnya, katalah Malaysia ada ladang padi dan sayur di Papua beribu ekar. Terjadi pada tahun 2020 harga beras dan sayuran sedunia naik gila sehingga orang Indonesia tak mampu beli. Mereka pula tahu bahawa padi-sayur yang ditanam dan dibayar oleh Malaysia tu akan dibawa ke negara yang menyewa tanah.
Tapi mereka kelaparan, anak merengek.
Adakah mereka akan biarkan kapal-kapal bawa pulang beras-sayur, atau akan menyerang sebagai pirate?
Sama juga dengan khinzir Singapore di China dan seterusnya.

Ada yang menyifatkan cara bercucuk tanam untuk dibawa keluar tu sebagai Colonisation.
Penjajahan!
Macam British dulu jajah Malaysia, keuntungan tanam gambir dan getah, dan korek perak untuk dibawa ke London untuk Queen Victoria dan King George.
Detail apa yang berlaku dalam isu sewa tanah negara lain ini, ada di FarmlandGrab.org.

Thursday, 25 November 2010

Wang kertas Malaysia & sang kijang

PEMBETULAN PENTING
- Kancil bertukar kijang!
--------------------------------

Ah kan, siapa suruh saya tulis malam-malam buta. Dah salah.
Terima kasih kepada Anon 08:27 (pagi-pagi dia dah bangun baca blog).
Itu bukan kancil, itu kijang! Hahaha. Tepat beliau.

Saya sengaja tidak betulkan entry di bawah ni - agar anda dapat baca sendiri logik saya yang tak logik. Tapi tolong tembak sang kancil kecik tu, masak merah.
Apa pun, mousedeer dan barking deer (kijang) ni adik-beradik lain emak.

Jika anda baca penerangan oleh auction house di bawah yang describe wang emas Kelantan tu:
"Obverse [ie depan syiling] a bull/kijang facing left with raised tail ending in a circle."
Saya taip perkataan "kijang" tu tapi tak nampak!
Aish buta sakan.
Ah ini logo negeri Kelantan sehingga hari ini: Dua ekor kijang ekor kontot, pegang keris (nasib baik depa tak hunus keris tu, nanti mengamuk kinisidertoday!).



Ini gambar Kijang (biasanya warna coklat saja, yang ini berbelang) - macam abang si Kancil, eh.



Logo Melaka yang ada Kancil di bawah (alamak, macam tak bijak saja dua kancil ni. Warna dia pun macam coklat cake tertinggal atas meja dari semalam, kena makan cicak. Tak hensome macam kijang Kelantan). Oooi, ada lima keris kontot dan sebatang pokok di tanam DBKL.



La baru ni saya teringat - kan BNM pernah keluarkan wang emas yang dinamakan Kijang Emas. Aish, bodoh tak kena tempat pak chic remgold tua nyanyu.
Terima kasih, pembaca!
(Headline pun saya dah tukar: Wang kertas Malaysia & sang kijang).

PENGAJARAN UNTUK SEMUA: Itulah, orang selalu kata, Jangan percaya semua yang anda baca di Internet! Hahaha. Tepat sungguh.
Kena tanya orang yang lebih berilmu. Tapi takpe, asal anda syiok baca dongeng dan ngobrol saya, OK what!

--------------------------------------------------
POSTING ASAL

Saya sedang membaca itu dan ini tentang matawang, sistem kewangan, emas dan perak, tapi saya masih tak kaya.
Cuma kaya ilmu sikit.
Kerana takut esok tendang baldi (kick the bucket, kata omputeh), saya kongsi dua benda yang baru juga saya pelajari - walau mungkin cerita dah basi untuk anda.
Cerita kali ini banyak gambar jadi syiok baca.

--------------------------------------------------
1) Agong wang kertas Malaysia.


Sejak Merdeka, Malaysia dah beberapa kali bertukar design matawang kertas - lihat sini sejarah syiling dan matawang kertas Malaysia. Scroll all the way down jika nak lihat gambar Agong di wang kertas lama dan baru.
Saya bukan orang utara, jadi walau saya tahu gambar tu gambar Agong, tapi siapa sebenarnya tuanku ni?
Dari design pertama hingga hari ini, masih gunakan gambar Agong yang sama juga.

Namanya ialah Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, Agong PERTAMA negara.
Gambar-gambar dan cerita detail Tuanku di sini. Cerita lagi di sini.

Jika anda masih ingat, wang kertas "lama" Malaysia ada RM500 dan RM1,000.
Tapi kerana krisis kewangan 1998, timbul cerita bahawa orang politik ternama dan orang korporat membawa lari berjuta-juta Malaysia ke Singapore dan Switzerland.

Jika ada wang RM1,000 dan saya nak larikan RM1 juta, saya hanya perlu membawa 1,000 helai saja! Senang nak simpan dalam haversack dan beg baju! Lebih lagi jika saya ada jet peribadi.

Hari ini, wang kertas tertinggi Malaysia hanyalah RM100. Jika saya nak larikan RM1juta, kena bawa 10,000 helai. Payah nak sembunyikan jika beg masuk scan kat airport dewasa ini!!!

Singapore masih ada wang kertas S$500, S$1,000, malah S$10,000 pun. Potret di duit Singapore tu ialah bekas Presiden Yusuf Ishak, presiden pertama.

Brunei pun masih ada B$500, B$1,000 dan B$10,000 kertas.


--------------------------------------------------
2) Logo kancil Bank Negara.

Bila saya jadi wartawan kewangan (financial correspodent) di Singapore dan Malaysia zaman dulu, bila tengok logo bank pusat Temasek, aduhai boring-ngantuk. Yawn!
Hanya duit emas bulat dengan huruf "MAS" (Monetary Authority of Singapore).



Dari kecik, memang kerap saya baca buku cerita Melayu di mana sang kancil ni selalu disifatkan sebagai bijak.
Jadi apabila berkelana di negara Melayu - ini dulu; sekarang kalau kita kata Malaysia tu negara Melayu, macam nak kiamat kinisidertoday dan geng dia attack - nampak pula logo kancil (PEMBETULAN DI ATAS) ni di bangunan Bank Negara Malaysia.
Orang pasaran kewangan hanya panggil bank pusat ni "Negara" atau "BNM".


Si kancil Malaysia di logo ni ekoq dia panjang.
Lepas tu ada matahari dan anak bulan atas kepala dia.
Saya teka ini mesti bermakna BNM tak tidoq siang dan malam jaga sistem kewangan Malaysia.
Atau mungkin takut nanti jika tertidoq, ada datin tukar wang kat money changer nak bawa wang lari keluar, tak tahulah.

Tapi dari mana design kancil kaki, leher, ekoq panjang ni?
Baru-baru ini baru saya jumpa jawapannya. Jika salah tolong betulkan.
Rupa-rupanya BNM, katanya, dapat idea daripada wang emas Kelantan yang lama, yang dipanggil Kupang.



Cerita lanjut di sini.
Baru minggu lalu, beberapa Kupang Kelantan ni dijual dalam Lelong (Auction) wang kertas dan syiling dunia di Singapore.
Sebiji syiling di atas ni - kecik saja, hanya sebesar kuku jari hantu - dijual dengan harga US$300-US$320, kerana ada nilai sejarah.

Ini description Kupang emas ni yang ditulis oleh pakar dalam buku auction tu:
"Kelantan, Patani (circa 16th to 18th* century). Kupang (gold).
Obverse [ie depan syiling] a bull/kijang facing left with raised tail ending in a circle.
Reverse [belakang syiling] in Arabic "Malik Al Adil (The Just Sultan)".
Weight 0.7 grammes, diameter approx 9.2mm."

(*300-500 tahun dulu!!! Itulah kan saya kata ini dulu negeri Melayu - ini belum masuk bab kerajaan Melaka zaman Hang Tuah 500 tahun dulu tu).


--------------------------------------------------
OK cukup ler.
Saya harap setelah baca ni, lain kali bila anda dapat wang kertas, belek dengan rapi. Bersejarah wang yang anda pegang tu.
Boleh cerita dengan anak-anak tentang sejarah negara.
Anak saya dah besau-besau, nampak duit bukan nak belek, tapi nak belanja!




Ah kan, syiok tak?
Dulu don't know, now dah jelas!
Nanti lain kali kita bual topik duit pisang Jepun, duit Malaya lama gambar King George, nak tak?

Tuesday, 23 November 2010

Gaji menteri Malaysia & Singapore

Di sini, gaji PM Malaysia.
Di sini dan sini , gaji para menteri Singapore (ini tahun 2007).

Gaji Malaysia ni, saya tak tahu termasuk elaun travel, pakaian dan yang lain. Antaranya menteri Malaysia dapat cuti setahun dua kali (?) di mana satu famili dapat naik flight first class, return, ke mana saja.
PM Malaysia ada 1AirForce, Singapore naik scheduled flight biasa atau kena sewa.
Gaji menteri Singapore, jika tak salah, termasuk semua elaun.

Kedua-dua argument ada merit - jangan tinggi sangat kerana kata kamu nak khidmat kepada rakyat.
Atau - Kalau rendah sangat, takut corrupt pulak, dia kebas kat belakang kita.
Net-net tepuk dada, tanya selera.

Sunday, 21 November 2010

Eh! Blok saya sedang dicat baru

TERKINI ISNIN PAGI

Dengar-dengar pilihanraya di Temasek dan Malaysia hanya berlangsung tahun depan.
Singapore, nampaknya, pada March - setelah Baget dibentangkan Februari.
Malaysia takut banjir, maka akan di adakan GE mungkin pada waktu sama kot.
Sebelum itu, PM Naj akan tendang dua-tiga kerat menteri yang saya pun makin tak senang dengan mereka. Reshuffle sikit.

'Masalah' untuk saya ialah jika pilihanraya serentak dua negara tercinta. Takut saya tak dapat membuat laporan di Malaysia. Sebab bila pilihanraya besau di sini, tak cukup wartawan beb. Tambahan pula, saya tengok keliling tak nampak ramai wartawan umat M kat Newsroom sini - saya rasa kena cover isu Malayo-Moslem untuk Singapork ni.
Tengoklah nasib - kat Malaysia berpesta jika pilihanraya. Sama juga Temasek - lima tahun sekali orang ramai akan beribu-ribu dapat attend ceramah pembangkang dan boo kuat-kuat policy pemerintah.
Sebab di sini bukan macam di utara tu. Tak ada ceramah politik jika tak ada pilihanraya, semua rajin nak kerja.
Jadi lima tahun sekali lepaskan steam 7-8 hari banjiri opposition rallies.

--------------------------------------------

Ini cerita berkepentingan.
Saya terkejut pagi tadi bila ada gondola tergantung di luar tingkap flat saya.
Rupanya ada pekerja asing, FT, sedang cat blok saya. Blok belakang dah ada baju baru pun.
Warna lama ialah coklat dan biru - argh-ly colours. Warna Hindustan mabuk.
Yang baru cream dengan orange trim. Macam away colours pasukan bola Holland.


Flat-flat HDB - yang didiami 85 peratus warga Singapork Darul Pangsapuri - katanya lima tahun sekali akan dicat baru. Bagus ler.
Ahem, pilihanraya umum pun dah dekat.

Friday, 19 November 2010

Dua kes maid abuse di Saudi - satu dibunuh

TAMBAHAN PETANG SABTU

Kalau pak chic tua remgold ngobrol pasal Emas dan matawang oklah. Ini blog ngobrol dan omong-omong kosong.
Tapi Dr Dzulkefly Ahmad, ADUN PAS, pun dah masuk topik ni.
Takutttttt.
Saya tak berani gunakan perkataan "imminent collapse" of fiat money (wang yang dikeluarkan oleh bank pusat), tapi analyst-akademik yang dipetik Dr Dzul ni berani. Itu pandangan orang pandai, kita baca dan olah sendiri - sebab jika beliau tepat, mampoi sistem kewangan satu dunia!
Dr Dzul ni saya pun TIDAK tahu macam mana boleh masuk politik. Kalau jumpa beliau, susah nak cucuk beliau suruh hentam orang lain. Percakapannya selalu baik.

--------------------------------------------------------

Seorang maid wanita Indonesia dikerat lehernya di Saudi. Lalu mayatnya dibuang di tempat sampah.

Ini selepas seorang lagi pekerja wanita kena belasah dan bibirnya kena potong.

Dah start pun demo kat Saudi embassy di Jakarta.
Kamu jika nak ke Jak, jangan pakai jubah beb. Takut kena sweeping dia ingat kamu arab dogol.

Sedih kita perlakukan orang miskin begini. Datang jauh untuk beri keluarga makan.

Wednesday, 17 November 2010

Gold Standard, matawang kertas.... Bah. 4/4

Pada akhir abad ke 19 (1850s ke atas) - 150 tahun lalu - negara-negara ekonomi besar masa itu Britain, Perancis, Jerman, Holland, Italy bersatu gunakan matawang yang disokong Emas (gold-backed currency). Tapi UK ni kejap guna bimetal standard (Emas dan Perak), kejap hanya Emas saja.

Amerika Syarikat pada masa itu adalah negara yang jauh di seberang Lautan Atlantik dan ekonomi yang KECIL.
Negara besar di Eropah ni kata - Budak kecik Amerika tak masuk group kami yang gunakan gold standard ni pun, tak apa.

(Britain masa itu dalam zaman Empire - penjajah India, Burma, Malaysia, Singapore, Hong Kong. Malah Amerika tu pun dulunya sebahagian drpd empayar British ni. Perancis baru tamat zaman gemilang Napoleon, Jerman dan Italy ada empayar - ada negara-negara Arab dan Afrika yang dicontrol mereka. Holland penjajah Indonesia).

GAMBAR: Matawang kertas tertua, kurun 14, China (700 tahun lalu). Dibuat daripada kulit pokok.

Pada masa itu, E&P masih komoditi yang disayangi tapi telah digantikan dengan wang kertas - "fiat money" = wang yang diterbitkan oleh pemerintah negara untuk kegunaan ramai.
Tapi wang ini ada "gold-backing". Apa benda tu, 'bang?

CAKAP MUDAH: Pada masa itu, perdagangan antarabangsa masih berkisar di sekeliling E&P.
- Wang kertas Britain, pound, ini boleh digunakan di England dan Scotland, tapi bila kita masuk negara Eropah lain, tak semua terima wang kertas negara lain.
- Apa lagi jika anda bawa wang kertas Britain pergi ke China atau Jepun.
- Atau anda bawa guilden, wang dulu Holland, ke Amerika. Hmmm, tak semua orang akan terima wang kertas ni.

Jadi untuk kemudahan semua orang, semua wang kertas ini boleh ditukar kepada Emas (dan Emas dan Perak di Britain). Convertibility to gold.
Secara ringkas, ini yang dimaksudkan oleh Dr M, presiden World Bank Robert Zoellick, atau sesiapa saja yang bercakap tentang "gold-backed currency" atau "currency with gold backing".

Sesiapa saja pada masa itu, boleh ke bank pusat (Bank Negara) atau bank besar untuk menukar wang kertas kepada Emas.
Each dollar (pound, guilden, lira, franc etc) is backed by gold kept in reserves by the central bank.

Ada ratio yang digunakan masa itu, misalnya 10 pound atau 10 lira dapat berapa gram/ounce Emas atau Perak.
Dan memang betul, ada tahun-tahun di mana wang kertas tak boleh diconvert kepada Emas - biasanya dalam tahun-tahun peperangan, seperti Perang Dunia 1 1914-1918.
Tapi secara umum, gold-backing bermakna sesiapa pun boleh menukar wang kertas mereka kepada Emas.

GAMBAR: Duit syiling tertua di dunia, 2,500 tahun lalu, bandar Asia Minor (kini Greece). Diperbuat daripada emas dan electrum.

PERLUnya gold-backing ini juga seperti apa yang dikatakan Dr M. Emas ada "intrinsic value". Tak ada orang yang dapat emas akan campak dia ke tepi. Jika orang beri kita piring stainless steel atau pasu tembaga, kita kata terima kasih, lepas tu kita letak kat tepi.
Tapi jika saya beri anda sudu emas 18K pun, bila tiba di rumah, anda akan belek dan gilap. Lepas tu simpan baik-baik.

Sebab itu jika saya kata kepada kamu 100 tahun lalu - ambil kertas cantik ni (ada gambar Agong atau Yusuf Ishak), ini gaji kamu untuk sebulan, mungkin orang tak ambil. Kerana rakyat tak gitu percaya kepada pemerintah masa itu - yang kerap pergi perang. Zaman empayar dulu tu, kejap2 gi perang.
Tapi jika pemerintah kata: kamu ambil kertas cantik ni sebagai gaji, tapi tak perlu takut sebab bila masa pun boleh convert kepada emas.


-------------------------------------------
KELANTAN & DINAR NIK AZIZ

ITULAH antara sebabnya saya katakan cara Kelantan tu pada saya tak kena. Baca apa yang Dr M katakan di sini.

Betullah mereka di Kelantan nak gunakan E&P, nak ikut "cara Islam".
Tapi pada saya, E&P bukan digunakan secara harian untuk jual-beli.
E&P sepatutnya disimpan sebagai reserves - anda boleh convert wang kertas anda jika diperlukan.
Saya bukan persendakan tapi serious: Mungkin Kelantan boleh keluarkan matawang kertas sendiri gambaq Nik Aziz.
Ini boleh bayar gaji dan jual beli, lepas tu boleh declare: Pada bila masa pun, "Dinar Nik Aziz" ni boleh ditukar kepada E&P.
Ratio pertukaran untuk Hari Ini, misalnya, 100 Dinar Nik Aziz = RM100 = 4.3gram (misal saja).
Tapi nilai pertukaran Dinar Nik Aziz ke Emas ni akan bertukar setiap hari menurut harga pasaran Emas antarabangsa.
Kerana orang tidak akan tukar Dinar Nik Aziz kepada Emas setiap hari, maka mereka tak akan terjejas dalam membeli susu atau bayar hutang rumah bulanan. Mereka akan hanya terjejas jika convert Dinar Nik Aziz dengan Emas di bank.


Saya khuatir jika Kelantan gunakan wang dinar yang dah dikeluarkan tu untuk jual-beli akan merugikan setengah pihak kerana Dinar Emas (92 per cent gold, atau 22k) tu naik turun setiap hari.
Perak naik turun juga tapi kerana harganya rendah, orang mungkin tak kisah sangat.

Harga Emas dah naik dan terus naik dalam 10 tahun ini.
Tahun ini saja, harga Emas dah naik 20 peratus. Walhal tahun lalu naik 38 peratus!
Saya khuatir apabila ia mula jatuh dan jatuh di masa depan - mungkin makan bertahun akan terus jatuh dan jatuh, nanti orang akan kutuk Islam - 'Apa ni! Merugikan kami, ini ke yang diajar agama kita? Baik pakai kertas wang lama.'
Seperti yang Dr M kata - E&P ni bukan untuk digunakan secara harian. Ia perlu dijadikan wang tukaran di belakang perniagaan, bukan di depan.



BRETTON WOODS
Dalam 1944, banyak negara di dunia bersatu hati buat deal bahawa demi perdagangan antarabangsa, kita semua setuju matawang masing-masing ada kadar pertukaran masing-masing, dan ada backing Emas.
Sedap rasanya jika kita tahu Singdollar dan Ringgit kita boleh diconvert kepada emas. Baca di sini.
Tapi dalam 1971, Presiden Nixon dari negara ekonomi terbesar di dunia secara sendiri menolak bahawa wangnya perlu ada gold-backing!
(Dalam 150 tahun Amerika lompat dari negara kecil kepada ekonomi terbesar. Britain, Holland, Italy, Germany dah tak ada empire!)
Maka sejak itu, matawang kita semua dah tak ada gold-backing lagi.
Bila pemerintah mana pun kurang wang, secara theori mereka boleh cetak wang (print money) lebih-lebih untuk digunakan sebagai bayaran!

Itulah, secara pendek, yang dinamakan Quantitative Easing (QE) di Amerika sekarang ini.
Ekonomi Amerika dah lemah lagi, maka Federal Reserve Bank (bank pusat Amerika) buat QE ini. Secara theori, lebih banyak wang yang circulate, maka ia merendahkan matawang US Dollar, agar menjadikan exportnya lebih kuat. Juga, dengan banyak US dollar Amerika, ekonomi Amerika diharapkan tidak tenggelam kerana business semua dapat boost - more money, secara theori, means more people can spend and spend.

TAPI jika tak dikawal printing money ni bahaya. Boleh menjadikan inflasi.
CAKAP MUDAH: Jika dulu US$10 boleh beli sarapan pagi, kini wang dalam sistem kewangan dah banyak, mungkin menaikkan sarapan pagi kepada US$20.
 Macam dulu Pak Lah naikkan gaji civil service semasa beliau jadi PM. Niatnya baik, tapi harga barangan di Malaysia semua naik mendadak sebab lebih banyak wang mengejar barangan/khidmat yang sama.
The same volume of goods and types of services are being chased by more money. Jadi harga barang/khidmat terus naik!


OK, cukup ler lagu Emas dan Perak ni.

-------------------------------------------

SAYA setuju dengan komen seorang pembaca bahawa yang saya ngobrol ni cetek.
Pada saya ini omong-omong secara basic. 
Macam kita dulu bawa kereta secara basic, belajar dengan instructor.
Nak gerakkan kereta sikit, tahu nak pegang steering, kawal ABC (Accelerator, Brake, Clutch).
Kalau dah syiok, boleh belajar mendalam secara sendiri atau ambil kursus.
Boleh beli Merc dan Beemer, bawa 200km sejam, walhal yang diajar instructor hanya basic - nak gerakkan kereta dengan selamat.

Saya harap dengan ngobrol empat Bahagian ni, paling tidak kita tak takut sangat bila orang bual tentang pasaran Emas dan Perak, atau matawang.
Dan kita dapat ilmu sikit jika orang nak bual dengan kita tentang "gold-backed currency" ni.
Yang lainnya terpulang kepada kamu, jika ada minat.


Gold Standard, matawang kertas.... Bah. 3

Penggunaan Emas dan Perak sebagai matawang negara bertapak kuat sejak manusia tinggal dalam komuniti besar yang memerlukan benda yang mudah dibawa ke sana ke sini yang boleh dijadikan untuk membayar barang yang dibeli atau khidmat yang diterima.
Jika tidak digunakan secara harian pun, sekurang-kurangnya Emas dan Perak (E&P) ini dijadikan sebagai 'token' bayaran barang/khidmat mahal.
Misalnya, askar empayar Rome dibayar jongkong garam, tapi bila orang atasan membeli barangan/khidmat mahal maka E&P digunakan.

Ini penting jika kita nak faham apa yang Dr Mahathir katakan dan apa yang dibuat oleh kerajaan PAS Kelantan.
PAS di Kelantan nak galak E&P untuk dibayar barang/khidmat harian dengan wang dinarnya. Sehingga pekerja kerajaan Kelantan pun nak dibayar setengah gaji dengan matawang baru ni.
Kelantan nak jadikan E&P sebagai token bayaran harian - untuk semua urusniaga, macam kita gunakan matawang 'Agong' Malaysia. Katanya nak ikut zaman Rasulullah, tapi tanpa perkiraan zaman dah beredar. Ini ilmu dunia beb, bukan bab agama. Dulu E&P tak bertukar harganya selalu, kini tiap hari harganya lain.

Pada saya ini bahaya, sebab harga E&P bertukar di pasaran dunia Setiap Hari, malah setiap minit pun!
Nak ngendap harga harian precious metals di sini. Bukan setiap hari saja, tapi setiap minit pun boleh. Melainkan Sabtu dan Ahad.


Kalau gaji saya RM3,000 sebulan, bila harga precious metals tu naik turun, macam mana kamu nak bayar saya?
OK, kamu bayar saya pada hujung November ni, mengikut harga pasaran masakini  E&P.
Tapi setelah kamu bayar saya, esok harga E&P jatuh mendadak. Macam mana saya nak beli susu untuk anak, dan bayar duit rumah? Sebab dah jatuh wang RM3,000 saya!
Baru tiga hari lalu, Emas jatuh 3 peratus dan Perak jatuh 5 peratus dalam satu hari!!!
Kerana ini berlaku, maka jika saya ke kedai nak beli barang atau nak bayar duit rumah, maknanya wang saya dah jatuh RM90 (Emas jatuh 3 peratus)!
Siapa yang nak ganti RM90 ini? Boleh beli susu untuk sebulan oi!

Memang cantik jika harga E&P terus naik dan naik tanpa jatuh, tapi ia tidak begitu sebab didagangkan satu dunia.

Saranan Dr M untuk penggunaan Emas, lain pula. Katanya ia hanya digunakan untuk offset perdagangan antarabangsa.
Iaitu misalnya, Singapore dan Malaysia berdagang selama setahun, dan di akhir bulan atau tahun, Singapork dah jual RM400 billion barangan dan khidmat kepada Malaysia, sedangkan Malaysia pula telah menjual RM500 billion kepada Temasek.
Maka Temasek kena bayar (offset payment) Malaysia RM100 b dengan Emas, bukan dengan matawang kertas.
Setahun atau sebulan sekali saja dibayar, bukan setiap hari (atau mungkin setiap tiga bulan). Ini lebih selamat beb.
Kamu ikut cara Kelantan tu, bila E&P naik mendadak, rakyat untung kerajaan Kelantan rugi.
Bila E&P jatuh teruk, takut nanti Nik Aziz dan Husam Musa kena kutuk kerana bodoh. Itu pandangan saya.
Ini idea yang dikatakan oleh Dr M, dari 2002 dulu:
"The dinar can be held as central bank reserve. Trade need not be paid
in actual dinar but the imports and exports of a pair of trading nations can be balanced and only the difference paid in dinar."
Juga di sini (baca para tekakhir):
"Let's take an example from our export and import trading. We export our goods to Bahrain and we import from them as well. We exchange goods with goods. Dinar will only be used to pay the difference, when our import value is more than our export value."

Tentang gold dinar Kelantan tu, Dr M kata:
"Barter trade involves the exchange of goods with goods, not the exchange of gold or silver coins with goods, even when the trader returns the balance from the purchase with ringgit notes.
"If you look at the situation carefully, is it not the same as what we have always been doing? The government of Kelantan has failed to understand the concept of barter trading."



APA JALAN KELUAR?

Pada saya benda ni tak praktikal, negeri kecil Kelantan yang tak banyak hasilkan income.
Kalau hendak sangat, lobi satu dunia kembali gunakan GOLD-BACKED CURRENCY. Atau pada zaman dulu: GOLD- AND SILVER-BACKED CURRENCY (dipanggil bimetal currency).

Ada pula yang mungkin kurang faham apa bezanya gunakan matawang 'Agong' dengan matawang yang disokong oleh Emas atau E&P.

DAN ramai orang bertanya tentang saranan rakan baik Anwar Ibrahim, presiden World Bank Robert Zoellick tentang 'gold standard' ni. Apa tu?

OK kita boleh ngobrol, tapi kena go-stan sikit dulu.
PENTING: Saya gunakan perkataan 'ngobrol' bukan 'bincang', kerana saya bukan pakar. Pada saya ini cerita kedai kopi beb, jangan kamu salah sangka saya ini timbalan presiden World Bank. Saya tengok cermin tadi, saya pun lebih hensome dari Zoellick.

--------------------------------------------
Gold-backed and bimetal currency. BERSAMBUNG....

Monday, 15 November 2010

Permata educator, First Lady, soon top singer (?)

Selingan sebelum masuk topik manusia, emas dan matawang Bah. 3.
Mungkin ramai dah tahu tentang lagu ni. Saya baru diberitahu.


Saturday, 13 November 2010

Gold Standard, matawang kertas, inflasi.... Bah. 2

KENAPA PERLU MATAWANG

Secara basic, ceritanya gini pada zaman dulu:
Tuan A ada 10 ekor lembu yang ada susu. Boleh diperah setiap hari dapat susu. Bak kata omputeh 'Got milk'.
Mamat B tukang repair rumah.
Puan C ada ayam 50 ekor.

Bila B nak susu, dia 'beli' dari A. Lalu A kata 'Aku beri kamu satu teko susu, kamu tolong repair rumah aku'.
Dua hari lagi, B nak susu tambahan kerana anak bini suka.
Tapi takkan A nak suruh B repair rumah setiap dua hari?

Mamat C pun suka susu. Dia beri A seekor ayam, dan dapat satu baldi susu.
Satu baldi susu tu boleh diminum selama seminggu. Nak simpan kat mana jika tak mahu basi (ini cerita zaman kuno). Beliau ada storage problem kerana diberi lebih barangan dari apa yang diperlukan.
Jika C beri A seekor ayam dan dapat hanya satu teko susu pula, rugilah C. Dalam 50 hari tak ada ayam lagi.

Dan jika rumah C bocor, takkan setiap kali B datang diberi seekor ayam sebagai bayaran? Sebab yang bocor kat bumbung tu sikit saja.

Kerana isu-isu inilah maka orang reka apa yang kita panggil currency atau matawang.
Agar dapat membayar seseorang itu untuk barang atau khidmatnya dengan tepat.
GAMBAR: Matawang lama Johor, diperbuat daripada tin/perak.

Kalau di zaman ini tak ada matawang lagi payah beb!
Saya wartawan, pandai tulis cerita bukan-bukan.
Kalau saya dah makan prata/canai dengan teh tarik, nak bayar dengan apa? Kasi mamak tu dua keping akhbar? Sekali dia boikot Utusan, mampoi saya tak ada apa nak bayar depa.
Kalau tauke selipar pula dah makan prata/canai dan teh tarik, takkan nak bayar dengan sepasang selipar?
Dalam sebulan, ada 30 pasang selipar kat restoran mamak tu. Storage problem with excess goods.
Dan jika yang makan tu boss syarikat Merc? Nak bayar dengan tayar atau steering kereta?

YANG paling unik dalam penggunaan matawang ialah satu komuniti pulau dekat New Zealand.
Kepulauan Yap.
Mereka keturunan orang Melayu dan Indonesia. Mereka pakai BATU BESAR sebagai matawang dulu.
Kamu baca ceritanya di sini.
Tapi mereka tidak angkat batu besar tu setiap kali buat deal. Cuma mereka tahu batu itu dah bertukar tangan, tanpa batu-batu besar itu digerakkan.

----------------------------------------------------
THE STORY OF GOLD

Oleh kerana Emas dan Perak dihargai dari dulu, maka itulah sebabnya ia antara yang pertama digunakan sebagai matawang ni.
Emas dinilai begitu tinggi atas dua sebab:

1) Rare, payah nak dapat. Harganya lebih tinggi dari Besi/Steel atau Tembaga mahupun Aluminium sebab ia susah nak didapati.
Kalau kita beli kereta boleh pakai Besi, habis stesen bas dan stesen LRT kita kopak semua besinya, nak buat downpayment beli BMW.
Besi, aluminium, zinc, dan logam lain lebih mudah nak dapat.

2) Purity, Cantik bersinar. Kena kilauan emas, semua khayal masuk syurga kejap.
Jika saya bawa Stainless Steel satu kilo dan sekilo Emas, Steel tu pun silau juga. Tapi cantik Emas ni lain pula. Mengkhayalkan.
Silver-Perak pun berkilau gila. Tapi tak sesyiok kilauan Emas. Dan Perak lebih mudah dan banyak digali.
Macam minum teh tarik kurang manis dengan teh tarik paling manis. Yang paling manis tentu lebih mengkhayalkan. Walaupun esok kamu masuk hospital kena diabetes.

Jadi kerana ada faktor 1) dan 2) ni maka ia menjadi rebutan manusia.

a) Menurut sejarah, emas ni dikorek di lombong di Africa dan dieksport bersama ivory (gading gajah) - melalui apa yang dinamakan the Gold Coast countries of Africa - negara-negara di 'bawah' Britain dan Spain.
Dari negara itu juga hamba sahaya kulit hitam/slaves dibawa lari oleh omputeh. Seorang keturunan hamba Negro itu ialah Kunta Kinte (yang berasal dari Gambia).
Hingga kini ada negara Afrika bernama Ivory Coast (Cote d'Ivoire - GAMBAR). Ah, kat tepi situlah ratusan kapal omputeh dari Eropah dan Amerika berlabuh nak collect emas, gading dan slaves.
Dan ada lagi satu benda yang mereka collect - GARAM! Salt!
Kenapa? Sebab tak ada fridge, orang dulu gunakan Salt nak awetkan daging dan ikan. Salted fish, salted meat.
Pada zaman Roman Empire, ramai askar mereka dibayar gaji bulanan dengan Garam! Ini cerita betul!
GARAM ialah salah satu matawang lama.
Mereka mudah nak angkut Garam ni, dan digunakan untuk membeli apa saja.

Kalau hari ini Garam boleh bayar downpayment untuk banglo kat sebelah rumah Anwar tu, kan syiok.
GAMBAR - Bukan jongkong emas, tapi jongkong garam. A salt bar = digunakan untuk bayar gaji zaman dulu. Cuba esok kita bayar abang polis atau tentera di raja pakai Garam. Roboh kota Melaka beb.

b) Spain dan Portugal pula merampok emas orang Mexico (empayar Aztecs dan Mayans) apabila kapal mereka mendarat di selatan Amerika.

c) Emas yang lain digali di California (The California Gold Rush, sehingga naiknya bandar San Francisco) dan juga di Australia (The Australian Gold Rush, sehingga pulau besar ini, yang dulu hanya untuk simpan banduan, menjadi negara penuh). Terima kasih kepada Emas, California dan Australia membangun pesat!

Kat Malaysia pun ada Gold Rush dalam hutan Terengganu (?) dan Pahang (?), tapi tak ada pembangunan sebab tak banyak emas dapat digali. Jika tidak, saya gerenti tempat itu ada ratusan ribu manusia dan bandar akan tumbuh dengan cepat.


FAKTA PENTING: Saya kata Emas itu barangan yang payah nak dapat.
Dari zaman dulu hingga kini, jika semua emas yang ada di dunia dikumpulkan, ia hanya dapat mengisi satu-pertiga (one-third) kolam renang saiz Olimpik.
Jutaan manusia jadi hamba dan disiksa kerana orang nak Emas ni!
Bayangkan tuan-puan. Kalung di leher Datin dan coin emas dalam almari Datuk tu hasil titisan darah jutaan manusia dalam sejarah.
Begitu juga mereka yang tertanam berbulan dalam lombong emas dan perak di Chile baru-baru ini.
Tapi itulah, maknanya tak banyak Emas ni. A rare object! Sebab itu ia dinilai begitu tinggi.
Macam juga Brad Pitt dan Keanu Reeves. Sebab tak ramai mamat hensome yang pandai berlakon.
Jika ramai wartawan hensome macam mereka - rarity dan shiny factors - dan Azmin Ali muka macam Brad, dan Zaid Ibrahim seiras Keanu, maka tak laku lagi dua pelakon Hollywood tu!
Eh, bila pulak saya kata Azmin dan Zaid muka macam besi buruk!?!?
Bila pulak saya kata wartawan semua muka malaun garam basah?!?! Kamu jangan pandai-pandai ah!

Gold Standard, matawang kertas, inflasi....

Maaf tak update beberapa tahun.
Kadang-kadang waktu malam saya pikiak nak update blog atau nak baca buku.
Jawapannya: baca buku tiap malam dari 1 hingga 2 pagi. Kadang dah 3pagi pun tak sedar.
Seronok baca buku ni (GAMBAR). Dah setengah jalan, mukasurat 240.

Sebab saya ada rancangan nak tulis tentang matawang, emas dan perak, dan apa yang dipanggil 'quantitative easing' (QE) masakini.
Amerika nak kuatkan ekonominya yang lemah, lalu mencetak wang (print money), apa yang dipanggil QE.
Kerana ia mencetak berbilion maka wang itu kini masuk ke Asia. Sebab itu ringgit dan rupiah, rupee dan Singdollar, semua melonjak.

Dalam buku sejarah emas ni, ada satu fakta menarik.
Kita semua tahu bahawa pada zaman dulu - baik zaman Kublai Khan, Queen Victoria, kerajaan Melaka atau Pasai lama pun, wang yang digunakan ialah EMAS dan juga PERAK.
Atau setidak-tidaknya, mereka gunakan COPPER (tembaga), LEAD (timah) atau BRONZE (gangsa).
Semuanya dalam bentuk COINS (tak semestinya bentuk bulat).
Atau jika negara papa, mereka gunakan batu yang diukir.

Pada zaman Emperor Chin (atau kini dipanggil Qin), Hien Tsung, negara kekurangan copper. Copper coins dah tak cukup.
Maka beliau terpaksa gunakan KERTAS sebagai matawang.
Beliau memerintah pada tahun 806-821 - 1,200 tahun dulu! Dari nama empayar Chin tulah lahirnya nama China.

Pada masa itu ramai orang tertawa - 'Alamak, apa ni kerajaan pakai kertas. Sengkek betoi'.
Tapi mereka tertawa masa kat rumah, jika tidak kena potong kepala mereka oleh emperor.

Itulah PERTAMA kali manusia mencetak kertas untuk matawang!

GAMBAR 2: Wang emas kerajaan Islam Aceh. Maaf, kurang pasti tentang sejarah negara Is-le Aceh ni. Jika anda nak beli wang emas beratus tahun ni, boleh dapat kira-kira 20 biji untuk RM1,000-RM1,500 (S$400-$500). Kecik nonet saja wang ini - saiz KUKU di jari TENGAH orang dewasa.
Ada kedai-kedai dealer di KL dan Temasek yang menjualnya.


-------------------------------------------
SIKIT TENTANG EMAS
Jika anda ke kedai emas nak beli cincin atau kalung (pak jantan selalunya ikut bini atau ibu), kedai tu biasanya menjual emas 22 carat. Atau 18 carat.


Pure gold bertaraf 24 carat (atau 999 fineness. Nak mudah, saya panggil 99.9 per cent gold, 0.1 per cent logam lain atau impurities).
Atau orang suka kata = 24k gold.

Jika anda pernah pegang gold coin yang dikeluarkan oleh Canada - maple leaf coins (Lihat GAMBAR) - wooi itu lagi cantik.
Itulah syiling emas paling pure: 9999 gold. Silau dia pun lain macam, semua hampir totally emas tulen = fine gold = di Indonesia dipanggil ‘emas mulia’.

Tapi emas 24 carat ni lembut. Jika kamu lempar maple leaf gold coin tu ke tembok, ia kemek.
Sebab tu kedai emas kebanyakannya offer emas:
- 22 carat/22k (atau 916 gold). Ada logam lain yang memperkuatkan emas tu. Jadi kalung tak mudah putus. Harganya lebih murah dari 24K.
- 20 carat/20k (fineness 833).
- 18 carat/18k (fineness 750). Ini murah lagi ler, sebab hanya 75 peratus emas, yang lainnya logam lain.

EMAS DINAR yang digunakan di Kelantan ini ialah emas 22K atau 91.7.

BERSAMBUNG.... Apa itu 'gold standard' dan 'gold-backing' sesuatu matawang.
Apa itu perjanjian Bretton-Woods?

Monday, 8 November 2010

Kita kongsi kuasa nuklear di Asean (?) - Bah.2/2

Ini cerita bahagian 2. Ngobrol Bah.1 di sini.
(Maaf, ada masalah teknikal di margin. Saya copy and paste dari gmail, tak tahu bagaimana nak delete 'line grey' kat tepi tu).


DISADVANTAGES
Sebelum masuk bab hendak buat loji di mana, kita kena tanya sama ada teknologi nuklear ni ada masalah.
Kita semua pernah dengar nuclear leaks di Three Mile Island (di Pennsylvania, tak jauh dari New York) dan di Chernobyl (Ukraine, dulu sebahagian daripada USSR).

Siapa ingat movie The China Syndrome (Jane Fonda, Michael Douglas)? Seram juga nonton movie tu.  
Loji atomik ni bila ada problem, bahaya betul. Dia bukan macam loji najis atau loji air atau rumah berhantu. Jika ada problem, kita tutup, tinggalkan gitu saja.
Ia boleh membawa masalah kepada satu dunia akibat bahan radioaktif.
  
Masalah lagi satu berkaitan teknologi nuke telahpun dilahirkan oleh Dr M baru-baru ini.
Kata beliau, jika loji berjalan lancar pun, uranium yang telah 'habis dipakai' akan jadi radioaktif, kat mana kamu nak buang? 
OK, katalah kita setuju tanam di dalam tanah sedalam 10km. Tapi jika saya tanam dekat kawasan rumah kamu boleh tak?
Akan meletup orang marah!
Sikap ini namanya NIMBY - Not In My BackYard.

Kamu nak buat loji apa pun, bagus!

Nak buat highway, bagus!

Nak buat projek perumahan baru, bagus!
Nak buat tempat sembahyang (masjid,kuil,gereja) pun bagus!

Tapi NIMBY! Not in my bloody back-yard! NIMBBY!
Betul kata alunbm dan ejalz (baca Comments 1 dan 2 di bawah posting pertama isu nuke ini): Jika nak sangat, buat loji nuke ni kat Putrajaya, kat back-yard orang yang akan kaut untung buat mega-projek begini. 
Sedangkan sikap poor maintenance membuat ramai orang takut ibunegara Malaysia jadi Chernobyljaya.
Dan kerana Singapork kecik sangat, bila ada masalah kelak, jadi Chernobylpura.
 Disposal of nuclear waste is a huge problem, even if the plant works well.
Di US, negara mereka besar. Ada padang pasir yang beratus kali lebih luas dari Malaysia, jadi boleh di tanam di dalam gunung di tengah padang pasir tu.
Di Singapore, kamu nak tanam kat mana? Kat Jurong?
Di Malaysia, nak tanam di hujung Sabah? Dalam hutan Pahang?

NIMBBY!!!
TERIMA KASIH: Jurutera Nuklear Melayu kerana memberitahu bahawa Malaysia sebenarnya dah lama ada nuke power. Cuma saya masih curious macam mana atomic waste ni dibuang. Dan power yang dijana tu digunakan utk apa ya?

BALIK CERITA ASAL
Kerana sikap NIMBBY dan payah nak buang nuke waste ni, dalam pandangan peribadi hamba, mungkin ada baiknya jika Asean ni berkongsi nuke power.
Ini tulisan dan pandangan peribadi. Jangan pula kamu sangka Temasek atau pemerintah Singapork suruh pak chic tua ni tulis pulak.
Saya teringat perkongsian tenaga nuke ni bila terbaca Indonesia nak buat DUA loji nuke di tepi Pulau Sumatra.
Bukan di sebelah yang menghadap Indian Ocean - yang kerap kena gempa dan tsunami.
Tapi di bawah Pulau Batam dan Bintan, dan di sisi Kalimantan.

Di sini, seperti Singapore, Batam dan Bintan, tak kena gempa dan tsunami.
Lihat PETA di atas. Pulau hijau yang ada dot merah tu.
PULAU BANGKA

Nama pulau yang disarankan ada dua loji nuke itu ialah Pulau Bangka.
Saiz pulau saja, 16 kali sebesar Singapork (Temasek 710 sq km, Bangka 11,900 sq km menurut wiki). 
Bangka kecil sedikit dari Johor (19,000 sq km kata wiki). Dua kali lebih besar dari Melaka.
Di Indonesia ada 33 propinsi/province (kata omMalaysia 'negeri').
Bersama Pulau Belitung di sebelahnya, ialah pulau Belitung - yang kecik sikit tu = tapi lebih besar dari Singapork (atau Perlis)!
Bangka-Belitung ialah salah satu dari 33 propinsi.
Wak Jawa suka short form, jadi mereka panggil Propinsi Bangka-Belitung ni, Babel. Di peta atas tu, kamu boleh nampak dotted lines yang tunjuk 33 propinsi negara 17,000 pulau ni (5,000 pulau ada manusia, yang lainnya kosong). 
Ia sebahagian daripada apa yang kita panggil Kepulauan Riau, termasuk Singapork.

Ini cerita Jakarta Globe tentang rancangan nak bina dua loji tu juga. Di sini pun.
Yang pasti Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pernah berkata beliau tidak akan membina loji di zaman beliau presiden.
Tapi selepas beliau, siapa tahu? Apalagi jika harga minyak dan gas terus naik dan naik.
Pulau Bangka diidentify - setelah mereka menolak tempat lain seperti di Banten atau Muria di Pulau Jawa; atau di Kalimantan.
PETA bawah: Close-up Bangka dan Belitung. Bandar paling besar yang dekat ialah Palembang di Sumatra. 

CERITA akhbar tu tak kata kenapa Bangka dipilih selain daripada tak ada gunung berapi, tsunami, gempa.
Jika kamu teliti PETA ATAS tentunya nampak sebab lain yang sama penting:
Pulau Jawa ialah pulau paling penuh manusia - termasuk dua bandar terbesar di negara 240juta orang itu, Jakarta dan Bandung. Jadi tentunya Jawa akan terus perlukan letrik.
Jika dua atomic plant ni dibina di Bangka, senang nak salurkan letrik yang dijana ke Sumatra (underwater cables).
Lepas tu buat lagi underwater cables dari Sumatra (past Gunung Anak Krakatoa), sambung wayar letrik Jawa. 

Memang orang Babel tentu akan kata NIMBY - Not In My Back-Yard.
Tapi tak ramai penduduk di Bangka: 620,000 orang. Mereka tak perlu pindah pun = senang saya cakap! Tapi maksudnya, lebih mudah nak pujuk 620,000 orang daripada 100 juta yang kat jawa tu bahawa pulau mereka yang selalu kena gempa dan gunung berapi akan ada dua loji nuke.

Di Jawa, takut kena gempa atau gunung berapi.
Nak dibina Kalimantan - lihat PETA atas, jauh sangat nak buat underwater cables ke Jawa - di mana permintaan letrik tertinggi.

Sama juga jika nak buat loji di Papua, Celebes/Maluku - ongkos mahal kerana kena pasang underwater cables yang jauh.
Jadi itu mungkin sebabnya Bangka dipilih (ini tekaan saya).


AHEM, brader.
Kalaulah Asean bersatu padu, setelah wayar letrik tu masuk ke Sumatra, sambung terus ke UTARA Sumatra juga? Dah dekat Singapork (atau mungkin dekat Batam), masuk ke pulau Temasek.
Dan dah masuk Singapore, sambung ke electricity grid Malaysia di JB?
Jika disetujui, tentunya loji Bangka kena lebih besar, dan kena bayar berbilion kepada Indonesia. Letrik tu DIBELI pun OK, jika tak dapat berkongsi secara joint venture.
JV lebih baik kerana jika tiga negara berkongsi maklumat dan kewangan, projek akan lebih baik lagi.
Malah, boleh sambung ke electricity grid Thailand dan negara lain di utara.

Itu semua angan-angan saya saja. Tapi dreams can come true.
Electricity shortages in the future can be overcome with clean technology (except for the disposal of nuclear wastage), which is quite cheap.

----------------------------------------------

PM Lee Hsien Loong minggu lalu:

"It's very difficult to put it (a nuclear power plant) very far from population because nobody in Singapore is far from population.
"Yet we cannot afford to dismiss the option of nuclear energy altogether."

----------------------------------------------
AKHIR KALAM

SAYA pasti perkongsian tenaga ni TIDAK AKAN berlaku. Sebab orang politik gitulah caranya.
Tapi kerana saya nak buat theory kita ke tahap berbak-baik yang melangit, dapat juga saya luahkan ngobrol tentang isu atomic power dan kenapa semakin banyak negara di dunia berfikir nak "go nuclear" ni.
Menjana kuasa cara lain nampak cantik, tapi tak praktikal untuk kebanyakan negara.



 

Saturday, 6 November 2010

Apa kata kita kongsi kuasa nuklear di Asean (?)

NOTA: Untuk mereka yg dah baca posting ini Sabtu - semalam baru tambah lagi dua benda kat bawah tu - Geothermal dan Biomass.
Panjang cerita. Sebab syiok sendiri.

-------------------------------------------
Minggu lalu, terkejut saya apabila terbaca bahawa Indonesia nak membina loji nuklear (nuclear plant) di sebuah pulau dekat dengan Singapoora.
Bukan satu, tapi DUA loji nak dibina di pulau yang hanya sejam dari Singapore jika kamu naik pesawat - pulau tu terletak halfway antara Singapore dan Jakarta. Cerita lanjut di bawah nanti.

Sebelum tu, saya cerita dulu bab penjanaan kuasa ni.
Di Asean, negara-negara ini dah kata sedang mengkaji atau hendak membina loji nuklear:
- Indonesia
- Malaysia
-Singapore
- Vietnam.
Satu advantage besar nuklear ialah harga letrik lebih murah, walau harga kos binaan lebih tinggi berbanding yang lain.

ADVANTAGES

- NUCLEAR. Membina nuclear reactor memanglah bagus: ia tak merosakkan alam sekitar seperti ampangan - baik Bakun Dam mahupun Three Gorges Dam di China, di mana puluh ribuan manusia kena halau, tanah nenek moyang puluhan ribu hektar tenggelam. Binatang kena pindah, tanaman semua mati.
Apabila saya dibawa mengunjungi kawasan Bakun Dam ini pada 2004 (bukan 2005 dalam cerita tu), mak oi. Habis semua pokok kat situ kena tebang, tanah dan gunung kena korek dan toreh, air sungai dah jadi warna teh tarik. Itulah kemajuan, apa nak buat.

- FUEL/GAS/COAL POWER PLANTS. Begitu juga rancangan gunakan loji penjana kuasa = power plants, yang gunakan minyak atau arang batu/coal.
Loji begini mengeluarkan asap yang merosakkan alam sekitar, dan harga minyak dan arang ni naik-turun tak menentu. Begitu juga jika gas digunakan, takut harganya terus naik.

- WIND TURBINES. Ada negara pula pasang kipas besar-besar di atas gunung, atau tepi laut atau dalam laut.
Apabila angin tiup, kipas berputar dan energy is created. Kuasa ini digunakan jadi kuasa letrik. Lihat GAMBAR - bot tu kecil saja berbanding kipas. Maknanya setiap kipas tu setinggi bangunan 10-20 tingkat.
Saya pernah nonton di TV pekerja buat maintenance kipas besar ni di tepi padang pasir di Amerika. Tinggi sungguh mamat mentenan ni kena panjat nak naik ke blade kipas! Dia masuk ke dalam mesin kipas, nak check wiring putus, ada burung mati kat dalam, letak minyak hitam.
Tapi, Singapore dah pun buat research dan mendapati bahawa kerana pulau ini kecik, kat mana nak pasang kipas besar2 beb?
Jika kami pasang kat Selat Johor, nanti Syed Hamid dan Nurjazlan marah. Nak sedut pasir dari Johor.
Jika pasang menghadap Sumatra, nanti Indonesia kata kurang ajar - nak tiup balik asap jerebu ke Sumatra. Nak pasang ke selatan, takut kapal tak ada lorong nak lalu.
Lagipun kawasan kita ni tak banyak angin (yang banyak, hot air orang politik. agaknya jika kita letak kipas2 ni kat luar parllimen spork dan msia, berligat laju!).
Saya percaya di Malaysia pun payah nak cari tiupan angin kencang yang boleh dijanakuasakan.

Oleh itu, nampaknya, kena juga pasang loji nuklear....
Tapi di mana....?
BERSAMBUNG

------------------------------------------
Eh! Tunggu dulu (tersedak Mak Limah yg sedang minum latte kat Coffee Bean tu! Beliau nak 'act' gunakan iPad baca blog ni kat depan orang ramai).

Sebenarnya ada lagi beberapa cara nak menjana kuasa untuk kegunaan letrik.

- SOLAR POWER. Gunakan kuasa mentari. Pasang cermin banyak-banyak. Panas cahaya tu boleh dikumpulkan dan diconvert jadi kuasa letrik. Saya pernah tulis di sini, semasa saya terbang dari Dallas ke Tucson dulu - beratus-ratus batu semua padang pasir dan gurun batu antara dua tempat tu. Siapa yang pernah nonton Top Gun (Tom Cruise) boleh lihat tempat fighter jet mereka training - kat situlah tempatnya.
Dengan keluasan ini, mereka boleh letak kipas2 besar ni atas gunung - ada saya nampak dan petik gambar - tapi nampak nun jauh.
Dan mereka boleh letak cermin solar power ni kat situ.

Singapork nak letak solar power panel kat mana? Orchard Road?
Malaysia? Kamu letak kat hutan Perak, terbakar semuanya nanti sebab panas.
Dan kuasa solar ni tak berapa 'power' berbanding loji nuklear atau loji penjana kuasa minyak-gas-arang.

- TIDAL POWER - ah ini pun problem. Lihat gambar ni = jika ada kuasa ombak laut yang kuat, boleh pasang kipas bawah laut collect power. Mesin ombak (GAMBAR).

Tapi, sekali lagi, mana nak pasang ni?
Kat Selat Melaka, gerenti kena langgar kapal minyak.
Nak pasang kat Laut China Selatan - depan Kelantan atau Terengganu, ombak tak kuat sangat dan air cetek.
Tak seperti North Sea di Scotland = ada ombak kuat, angin kuat!
Atau letak tepi Atlantic dan Pacific Oceans (untuk Amerika).
Nak letak kat depan Sabah dan Sarawak pula, PakLah dah beri kawasan laut tu pada Brunei.
Dan lagi, memang tak kuat ombak.
Maksud saya ialah, jika nak jana beribu watt nak kuasakan bandar KL - kenalah mesin ombak yang banyak! Kalau pasang satu dua, nak cahayakan Keramat atau Bandar Utama pun tak boleh.


Sama seperti nak pasang Solar Panels tu - jika hanya boleh pasang 1-2 km panjang panel ni kerana tak ada tanah, tak cukup nak digunakan untuk power up industri dan bandar-bandar, buang masa saja beb.
Cuma pada saya, ada satu advantage besar pasang Solar Energy ni - mungkin setiap bandar kecil boleh pasang 1-2 km solar panels, untuk kegunaan mereka saja.
Kawasan perumahan pula pasang kat bumbung mereka untuk kegunaan tempat itu saja.
Lepas tu mall cuma pasang kat flat roof mereka, untuk kegunaan mereka saja.
Masalahnya: jika semua pasang kat bumbung, panas tempat kita!

- WATER POWER = DAMS. Ini semua dah tahu dah, selepas lihat Bakun.

---------------------------------------------
Terima kaseyyyy Q, tambah lagi dua:

- GEOTHERMAL - Ulang semula dulu: Yang kita lagi bincang ialah isu bagaimana nak terus ada penjanaan kuasa di masa depan dengan cara -
a) Termurah. Fossil fuels = minyak dan gas, akan pupus dalam 200 tahun lagi mungkin. Dan akan terus naik harga.
b) Tak merosakkan alam sekitar. Atau setidak-tidaknya, kurangkan rosakkan environment.
c) Teknologi itu mesti boleh menjana kuasa bandar besar seperti KL (tak campur bandar lain di Malaysia) atau satu Singapore, di masa depan.
Jika setakat pasang solar power atas bumbung rumah agar air mandi dipanaskan, dan mungkin ada power sikit untuk buka lampu waktu malam, tentunya boleh.
Tapi jika nak power-up bangunan2 pejabat di KLCC dan factory di Jurong, mesti kena buat secara besar-besaran.
Ada teknologi yang, saya rasa (bukan expert, cuma pandangan), tak boleh langsung di Malaysia, Singapore - seperti nak pakai kuasa angin (pasang kipas) atau tidal power (kipas besar bawah laut).
Nak pasang ratusan ribu solar panel agar dapat power-up bandar sebesar KL di Malaysia kena tebang hutan di Perak, Kedah, Kelantan, Pahang atau/dan Terengganu agar boleh letak benda ni.
Kata nak preserve green environment? Tak payah pasang benda ni pun dah ramai orang politik songlap 'green gold' (timber) di negeri-negeri di atas tu, tak termasuk di Sabah dan Sarawak lagi. Baik nama dia Bee-End atau Pakat-datang.
Kat Singapore tak ada tempat nak pasang cermin solar ni, melainkan Orchard Road kena tutup semua - itupun kuasa yang diraih tak seberapa sebab kecil saja tempat tu.

Tentang kuasa geothermal - ia tak ada di Malaysia secara besar-besaran.
Saya pernah mandi air panas ialah di Hulu Langat (dah bertahun tak pergi). Dan saya tahu kat Selayang pun ada kolam mandi air panas.
Di Philippines ada ambil kuasa panas bawah tanah ini untuk tenaga letrik. Tapi bukan secara besar-2an.
Geothermal ni begini = kuasa wap panas = very hot air is used to turn turbines that creates energy = di pulau yang jauh dari Manila, jika tak salah. Lihat wiki tentang isu ini di Philippines di sini.
Dah masuk bab Phil ni, kamu mungkin tak tahu. Di antara semua negara Asean (10 negara), dia DAH ADA nuclear plant! Dah lama siap, 100km saja dari Manila.
Tapi jadi isu politik dan bribery zaman Marcos. Hingga kini, kerana reactor dah dipasang, ia ada pekerja yang hidupkan plant itu tiap hari agar tak rosak, tapi tak janakan kuasa nuclear.

Saya tak tahulah jika Hulu Langat dan Selayang boleh digeothermalkan secara komersil.
Yang saya dengar cerita hantu ini di Hulu Langat (diceritakan oleh penjaga tempat itu, bila saya suka mandi di sana dulu): kolam air panas tu ada dibuat bilik mandi wanita berasingan. Kaum lelaki mandi kat tepi di sebelah sini.

Dulu banyak tourist bus Korea dan Jepun datang ke situ. Mereka kerap tiba dah senjakala.
Satu hari, kata orang yg jaga tu, tiba-tiba sekumpulan perempuan Jepun lari berteraburan naik bas dengan pakai tuala saja. Terpekik-pekik.
Ditanya kenapa, mereka jawab, mereka mandi bogel sebab dah gelap, tiba-tiba ada makhluk besar timbul kat depan mereka. 
Itulah pengajaran agar berpakaian sopan bila mandi di khalayak ramai.
Pandai pulak hantu ni kejar minah Jepun. Dia ingat sashimi kot.


- BIOMASS - Secara ringkas, benda yang dulunya 'hidup', digunakan sebagai bahan bakar.
Sampah sarap pun boleh digunakan. Di Temasek ada enam incineration plant - tempat membakar sampah.

Mereka gunakan energy bakar sampah tu untuk power-up loji-loji itu sendiri, dan lebihnya, letrik disalurkan untuk kegunaan ramai.
Singapore dah berpuluh tahun buat begini sebab negara kecik. Tempat tanam sampah ialah di Pulau Semakau, tapi kebanyakan sampah dibakar.

Mungkin boleh dicuba di Malaysia. walaupun mungkin tak cukup nak jana kuasa untuk KL, sekurang-kurangnya save tempat menanam sampah ni.
Masalahnya untuk Malaysia ialah, dulu dah pernah cuba nak buat. Mula-mula nak buat incineration plant kat PJ. Orang dah marah, pindah pula ke Broga, Semenyih. Tentunya orang marah - NIMBY - Not In My BackYard!

Kenapa jadi gini? Ianya ialah kerana rakyat tak percaya dengan kerajaan - takut projek ni projek kebas duit, nanti bila projek gagal, atau orang mati terhidu gas bakar sampah, semua buat tak tahu.
Masa sibuk orang gaduh dulu, saya pergi ke Broga nak buat story. Rupa-rupanya rumah Prof Dr P. Ramasamy kat situ (beliau masa tu pensyarah, kini dah jadi Timbalan Ketua Menteri Penang).
Tempat cantik, dan secara theory bagus, tapi projek main-nak-steamroll-rakyat ni orang tentu marah.
Lepas tu saya ke Ijok. Dari KL hingga ke Ijok tu saya ikut lori-lori sampah, sebab ada tempat menanam sampah kat situ. Bau busuk dan orang marah, tapi orang KL buat tak tahu, sebab NIMBY.

Apa pun, biomass juga sebenarnya ialah menggunakan bahan seperti palm oil, corn oil dan seterusnya untuk digunakan sebagai bahan bakar/fuel.
Secara theori ini lagi cantik.
Minyak sawit, minyak corn dan sugarcane diconvert jadi ethanol, lepas tu boleh power-up enjin kereta dan loji jana kuasa.

Tapi jika diteruskan secara besar-besaran, saya gerenti perang dunia! Sebabnya ialah sawit, jagung/corn dan sugarcane ini makanan manusia.
Kita goreng telur, makan aiskrim dan coklat, ada minyak sawit di dalam. Bahan solek pun letak minyak sawit.
Jagung dimakan manusia dan juga jadi minyak masak. Ada yang dijadikan makanan lembu yang kemudian kita disembelih, kita makan.
Sugarcane dibuat gula, sehingga kita kencing manis.

Beberapa tahun lalu, dunia heboh sebab harga makanan semua naik giler-giler.
Antara sebabnya - selain dari pengeluaran beras kurang, ialah kekhuatiran bahawa kereta dan power plants semua nak gunakan ethanol dari biomass ni.
Jika diteruskan, bermakna semua hutan rimba kena tebang nak tanam pokok sawit, jagung, cane sugar dan lain-lain.
This is not an environmentally-friendly solution at all.
Saya nak masuk cerita haze Indonesia baru ini dan sebabnya, panjang sangat. Tapi kait-mengait dengan biomass plan ini beb.

Tak ada ada hutan lagi jika kita nak gunakan sebahagian daripada makanan kita untuk diisi dalam enjin kereta kita dan nak power-up our homes and offices.
Syarikat besar dan politikus akan fikirkan cara terbaik nak tebang SEMUA hutan di mana pun - 'nak bantu rakyat miskin!' - agar dapat jual ethanol dengan harga tinggi.
Saya pernah cerita baru-baru ini - saya naik Firefly keluar-masuk Subang. Saya pasti anda juga nampak sama bila pesawat naik-turun KLIA.
Semua yang hijau kat Selangor tu hanya pokok sawit. Kerakusan manusia ni nanti membelit leher kamu sendiri.

Saya tak kisah sangat jika orang utan saja yang mati. Yang kita perlu khuatir ialah binatang lain juga semua akan pupus jika 'hutan' yang kita ada hanya sawit.
Tak akan ada gajah dan kancil. Rimau dan monyet. Berbagai jenis serangga dan pokok yang mungkin ada kaitan dengan balance of life.

Kamu kata tak kisah, sebab memang tak suka hutan?
OK, saya tukar argument: Tanpa hutan rimba yang tebal, musim hujan di Malaysia akan berubah. Without cool mountains and forests to attract rain clouds, weather patterns will all change.
Sungai semua akan kering sebab dah tak ada pokok-pokok - sebab tu kamu lihat, di sekeliling Macritchie Reservoir dan kolam air Singapore lain, dibiarkan berhutan.
 Sama juga di keliling Langat Dam tu (dipenghujung Jalan Ampang).
Agar udara sejuk, tarik rain clouds.

Cakap pendek: Biomass production ni, jika rakyat tak control perbincangannya, akan dikidnap oleh politikus rakus di negara mana pun, digadai masa depan kita kepada syarikat rakus.
Aish, masih nak masuk cerita hutan Indon ni sikit: kerana Indonesia mulai tahun depan tak akan benarkan lagi syarikat mana pun tebang hutan* (ini theori lah), maka syarikat balak dan sawit kini dah berpindah ke Africa dan South America.
Mereka rakus tak kisah kiamatkan dunia. Jangan kita bantu mereka.

(*Jakarta setuju ban tebang hutan sebab Norway akan beri berjuta-juta dollar! Baca sini dan sini).

TERAKHIR: Ini ngobrol kosong saja, tuan puan. Saya bukan pakar, cuma kita bual-bual kosong, ni pandangan peribadi.

TAMAT (for now).... Bah.2 soon.

Thursday, 4 November 2010

Alamak, Pakatan kena mid-term election blues

Baru kita ngobrol Obama dan Dems kena bantai kerana mid-term elections blues - rakyat muak dengan mereka, kini nampaknya Pakatan pula kena.
Memang boleh kita katakan Galas sebab faktor Ku Li, PAS tak mahu menyerang beliau, undi hantu, dan seterusnya.
Di Batu Lembu aka Sapi, kita boleh kata undi simpati, undi dibeli, orang pakai IC Malaysia mengundi dan seterusnya.

Tapi selepas 2.5 tahun dari Mac 2008, saya nak kata ia mid-election reckoning untuk Pakatan.
Dah banyak sangat cakap, sehingga orang dah mual.
Selalu sangat gaduh sama sendiri, walau ditutup oleh kinisidertoday, tapi rakyat nampak.

Tapi jika saya Pakatan, saya tak gusar.
Sebab kemenangan BN ni akan buat mereka over-confident. Tengoklah 'jap lagi. Semua hero akan muncul kata rakyat masih sayang, dah nampak diayah pembangkang dan sebaginya.
Sebenarnya, seperti pilihanraya pertengahan US, rakyat hanya 'rebound' macam Bursa Malaysia - bak kata Utusan dan BH = harga saham memantul, pantulan saham (saya masih suka dengan perkataan diperkotak-katikkan!).

Jika saya BN, saya khuatir dengan keputusan ini. Pilihanraya dah dekat, takut terlalu membaca hati pengundi di dua tempat ni, mereka sangka, set! Rakyat kini dah menolak pembangkang, mari kita teruskan pesta kebas duit.

Setiap ketewasan dan kemenangan ada muslihatnya.
Salah baca dan salah kata, bahaya beb.

PM Najib has shown he can talk the talk. Dan rakyat semakin setuju.
But can he walk the talk?
And more importantly, can he make Umno walk the talk?

Untung rakyat Malaysia dapat signal begini. Boleh perbaiki diri dan mengukur kembali kedudukan kita dengan rakyat.
Kat Singapork, langsung tak ada by-election!

------------------------------------------
SELINGAN - Banknote terbesar di dunia
Jika tak jaga inflasi, ini yang berlaku!
Harga sebenar hanya RM17, ia boleh dibeli di kedai yang menjual matawang.

Wednesday, 3 November 2010

Republicans tawan House of Reps

Terima kasih kepada ninotaziz di posting sebelum ini, yang bertanya tentang Dems lawan GOP dalam US mid-term elections.
Susah nak cari topik 'kosher', maam.
Nak bual Batu Sapi dan Galas, dah cerita pun. Biarlah kita tunggu dulu.

Kita bual Am'rika ni bukan apa - dia negara terkuat di dunia: dari segi kuasa militer, kuasa ekonomi, kuasa inventions/pereka sofwe dan macam2 lagi.
-- Jika Am'rika tak beli produk lektronik dan lektrikal Malaysia dan Singapork selama 3 bulan beturut-turut saja, hancur ekonomi negara kita!

-- Kamu lihat di rumah - kipas, mesin jahit, aircon, TV, komputer, kereta dan seterusnya, kebanyakan dicipta oleh minda omputeh benua Am'rika tu dulu. Diperbaiki oleh Jepun, Korea, Taiwan dan China.

-- Begitu kuat mereka ni kawal kehidupan kita, sebab tu kamu jangan marah-marah jika PM Najib atau Anwar Ibrahim selalu buat baik dengan pegawai tinggi mereka. Ada baiknya untuk kita semua.

-- Saya juga cerita tentang projection of American power di bawah ni - tanpa peranan Am'rika di Asia, China akan kuasai semua kita.

Sekurang-kurang mari kita cuba fahami sikit cara mereka tadbir negara dan berfikir tentunya berguna.

(Saya cerita kembali di bawah apa itu US mid-term elections - cara berbeza orang Am'rika ni tadbir negaranya nak adakan checks and balances. Lihat di bawahhhhh sekali posting ini jika nak baca kembali tentang apa yang mereka panggil "the mid-terms").

---------------------------------
GAMBAR: Pandangan bangunan Congress, May 2010.
Di Washington, SEMUA bangunan tidak boleh dibina lebih tinggi dari tip of the dome bangunan di Capitol Hill ini.
Jika kamu nonton filem Salt (Angelina Jolie) dengan teliti - teliti bangunan, bukan Jolie - semua bangunan di DC lebih-kurang 10 tingkat maksimum.
Begitu hormat mereka dengan sistem pentadbiran mereka. Yang Umat M bahalol, buat bangunan hotel dan jam besar dekat Kaabah, yang merendahkan taraf Masjidil Haram. Nak buat bangunan besar dan tinggi kan lebih baik dibuat lebih jauh dari Masjidil Haram? Nanti orang tawaf lebih sibuk tengok jam dan admire bangunan megah dan cantik tu. Sedih hamba.
---------------------------------

Kemenangan GOP - Grand Old Party, iaitu Republican Party - iaitu menang besar dan kawal semula House of Reps, ada implikasi besar untuk dunia, termasuk untuk negara kecil seperti Singapore dan Malaysia.
Nancy Pelosi, makcik glam Dems majority speaker kena cari kerja lain. Baru dua tahun jadi majority Speaker!
Republicans kini control kembali House of Representatives (juga dipanggil Lower House).

Tapi Senate, atau Upper House, tetap di tangan Dems, Democratic Party.
Presiden Obama juga seorang Dem.

Sebelum ini Presiden ialah Dem; House dan Senate keduanya dicontrol oleh Dems juga. Congress was fully in the control of the Dems, now it is split.

Di Am'rika, untuk menggubal undang-undang kena perlukan persetujuan Lower dan Upper House.
Sama juga jika nak approve sesuatu belanjawan baru/khas.
Misalnya jika Presiden kata nak dapat sokongan belanja US$xx billion untuk selamatkan bank, beliau kena dapat persetujuan House dan Senate.
Atau nak tukar undang-undang agar semua gay tidak didiskriminasi dalam tentera (satu isu yg sangat panas di Am'rika).
Dulu senang saja kerana bila dibawa undi di Lower House, parti beliau Dems bermajoriti.
Selepas Lower House luluskan, Senate/Upper House pun dicontrol oleh Dems akan luluskan dengan mudah.
Senang nak buat undang-undang!

Di Malaysia dan Temasek, yang nak buat undang-undang baru atau belanjawan baru ialah Perdana Menteri dan Kabinet, kadang-kadang selepas pressure oleh rakyat. 
Di Malaysia ada Agung dan Singapork ada Presiden, tapi mereka tak buat policy, mereka cuma titular head of state.
Di Malaysia, selepas Lower House (Parliament) luluskan sesuatu, Tidak Perlu dapat kelulusan Senate (Upper House) dah.
Di Singapore, cuma ada Parlimen, tak ada Senate.


IMPLIkasi

1) Policy gridlock.
Di Am'rika kini :
- Presiden seorang Dem.
- GOP control Lower House.
- Dems majoriti di Senate.
Maka akan timbul policy gridlock.

Apabila Presiden nak luluskan sesuatu secara cepat - misalnya nak suruh wakil rakyat sokong tentera serang Afghanistan atau Iraq, dah payah dah.
Sebab Lower House (GOP) mungkin bangkang, walaupun Upper House (Dems) akan setuju.
Yang baiknya, lebih payah jika mereka nak luluskan sesuatu yang tidak disokong ramai orang.
Problemnya ialah bila Obama nak baiki ekonomi Amerika, mungkin akan diblock oleh Republicans yang mahu debat dan nak tambah itu dan ini.
Obama nak gubal macam-macam nak perbaiki ekonomi, tapi kini mungkin jadi lebih lece - wooi, baca ni: macam2 Republicans boleh block dalam isu ekonomi saja!

2) Republicans dan dagangan dunia.
Secara umum, Republicans ni ialah pihak yang suka berdagang dengan dunia. Mereka pro-business, Dems kurang minat dengan business ni (secara umum).
Dulu apabila Obama dan Dems menang kuat, negara yang suka dagangan bebas seperti Temasek agak gusar.
Kerana Dems secara traditional lebih inward-looking dalam segi business.
Dems lebih protectionist, sedangkan Republicans lebih suka big business dan global trade.

3) Conservative, "pro-family".
GOP ni lebih conservative cara pemikiran mereka tentang isu-isu kekeluargaan.
Mereka dilihat lebih didominasi oleh pihak Christian Right - macam George W. Bush, Dick Cheney, Condi Rice dulu.
Mereka tak suka gay sangat, tak suka abortion, dan mahukan agama (Kristian) diketengahkan dalam kelas dan tempat kerja - eh. eh, macam PAS zaman dulu.
Democrats biasanya dilihat lebih liberal - gay is ok, abortion is up to you, dan bab agama ni mereka tak ambil kisah sangat. Kamu nak masuk surau pakai uniform SIA pun ok.
Sebab itu ramai pelakon dan penyanyi mereka sokong Dems.
Arnold Schwarnegger jadi Governor California dengan tiket Republicans, tapi cara beliau jaga state itu ialah cara liberal Dems.

Untuk negara kecik macam Malaysia dan Singapore, Republicans ni tak ambil pusing tentang Global Warming. Dulu Bush-Cheney dengan mentah menolak bahawa dunia ini ada global warming = mereka tolak Kyoto Protocol (kamu google jika nak tahu apa ni).
Dems percaya tentang Global Warming, tapi GOP kata 'nonsense!' (secara umum).


4) Militer
GOP ni lebih aggresive dari segi projection of power mereka.
Mereka lebih suka main politik di luar negara. Dan main militer.
Apabila Obama mengganti Bush, ramai analysts di Asia seram sejuk. Sebab Dems ni biasanya tak kisah sangat tentang Asia. Ini dikhuatiri oleh pemerhati kerana buat masa ini, China semakin kuat - ekonomi dan militer. Mereka dah lebih garang nak flex muscles.
Kita lihat isu nelayan Jepun dan isu rare earth metals yang saya bincang baru ini.
Kalau Am'rika tak mahu tunjuk kuasa kat sini, gerenti China akan dominate (mungkin ada implikasi untuk orang Cina di Malaysia, Indonesia jika 'Big Brother' semakin kuat).
Jadi jika GOP dah kuasai Lower House ni, mungkin Am'rika akan main peranan lebih aktif di luar negara? Mungkin akan tunjuk bom lebih daripada diplomasi? Mungkin tidak, kerana Presiden tetap seorang Dem.

Ada satu isu lain yang bersangkut - kerana Republicans ni secara umum 'lebih Kristian', maka untuk dunia Islam, ceritanya pun mungkin berubah.
Obama dan pemerintah Dems dari dulu lagi akan cuba ambil jalan tengah dalam isu Palestin-Israel (Dem president Bill Clinton dulu yang sarankan dan 'paksa' Israel sign "two state solution" untuk isu Palestin).
Republicans secara terang sokong Israel. Sebab pada mereka Tuhan bagi tanah Palestin kepada Yahudi (secara umum lah yang saya bual ni).

Yang declare 'War on Terror' terhadap orang Islam tu si gila Bush-Cheney-Rumsfield, semua geng Christian Right dari GOP. Mereka ni extreme example, tapi you get the idea about the Republicans on military and power projection.


APA PUN, kita lihat dulu ler. Masih awal lagi.
Sekian dulu



---------------------------------
Sistem politik Am'rika - secara ringkas  

Dems lawan GOP. Dulu saya ingat apa ni GOP, rupa2nya Grand Old Party, iaitu Republicans.
ahem di malaysia GOP tu ialah Umno. di spork, GOP (in fact the ONLY party, hahaha) ialah PAP.
Di negara kita, elections 5tahun sekali (atau disingkatkan kpd 4 jika govt rasa boleh menang dgn baik).

di malaysia, ada dua jenis manusia dlm parlimen:
1) MP = Ahli Parlimen. mereka ngaku Wakil Rakyat sebab dilantik rakyat dlm pilihanraya. tapi bab kebas wang tak ingat rakyat - ini bukan di msia, tapi di india! yg di msia dan spork semua mala'ikat.
2) ada Senator = dilantik di Malaysia, bukan dipilih rakyat.

di msia, MP lebih prestigious. Senator ni bila mereka bual, tak ada yg dengar, sehingga mereka selalu komplen akhbar ignore mereka.

di spore, cuma ada MP. Tak ada Upper House kat mana ada Senator, sebab negeri kecik macam perlis.

3) ada lagi satu kumpulan di malaysia - DUN = Dewan Undangan Negeri yg di ketuai oleh Menteri Besar atau Chief Minister.

di amerika ni lain betul cara mereka.
Dalam American Congress ada dua jenis wakil rakyat:
1) yg lebih prestigious ialah yg berpangkat Senator.
Ada 50 buah state/negeri dlm amerika. 48 dlm tanah besar amerika - satu terkeluar di utara, alaska. dan satu lagi di tengah lautan, hawaii.
setiap negeri wajib ada DUA Senator, jadi jumlah 100 orang.
mereka duduk dlm Upper House. nak gubal undang2, mesti kena pass Upper House ini (di msia, Lower House = MP dah kata okay, senator = Upper House, tak ada kuasa nak block).
mereka jadi senator selama ENAM TAHUN. dan lepas tu secara bergilir (bukan sekali semua sekaligus ada pilihanraya) akan diundi kembali atau kena tendang.

2) Manusia kedua dlm Congress ialah House of Representatives. Mereka duduk dlm Lower House.
yg bab ini macam kat malaysia. state yg besar ada ramai Rep, di california saja ada 53 orang!, dan negeri kecil ada 2-3 kerat macam hawaii.

Mereka ni, ikut bahasa kita, kita panggil MP. Cuma mereka di panggil Rep.
Sama ada Democrat Rep atau Republican Representative.
Ada 435 Reps ini.
Kedua kumpulan di atas, Senator dan Reps, kita panggil Congressman atau Congresswoman.

Mereka kena menghadapi pengundi setiap DUA TAHUN!
(Presiden Amerika dilantik separately LIMA TAHUN sekali, jadi undi House of Reps ni di pertengahan presidency).
Dan setiap dua tahun ni, secara bergilir, 1/3 = lebih kurang 30 orang = Senator akan kena undi oleh rakyat juga.

Itu yg dipanggil MID-TERM ELECTIONS.

Belum sempat panaskan kerusi empok atau buat projek nak kebas wang rakyat, dah kena undi oleh rakyat!
semasa di US dulu, saya tanya analysts mereka - lu orang buat susah setiap 2thn ada undi, macam mana dia nak buat planning lima tahun bantu rakyat.
mereka jawab: tak payah khuatir.
long term planning ada Senator yg dilantik setiap Enam Tahun. dan ada Presiden yg duduk kat situ Lima Tahun.
Mid-term Elections ni sebagai check and balance, jadi tak syiok sangat duduk kat atas, kena jawab dgn rakyat!

jawapan pendek utk ninotaziz,
will their polls affect our thinking (in msia)?
ia menunjukkan rakyat ni kalau tak dijaga akan lari.
dulu obama dan dems menang besar. baru 2 thn dulu!
kali ini gerenti kena bantai teruk dan Upper and Lower Houses of Congress dijangka jatuh ke GOP (kini keduanya di tangan Dems).

samalah yg di msia dan spore tu. siap kejap lagi, kena bantai.
cuma kita di sini untung, sebab 5thn sekali baru jumpa rakyat. mereka kena jumpa setiap 2thn. takuttttt....

3) untuk complete cerita, yg msia panggil DUN dan MB, mereka ada undi Governor.

lebih kurang itu macamlah beb, saya ada skip beberapa bab tentang elections ni, kalau tidak lagi pening.