Friday, 7 January 2011

2011 - Tahun inflasi makanan

TAMBAHAN AHAD

Jika ada masa adik dan kakak, lawat farmlandgrab.org - saya pernah beberapa kali tunjuk website ni. Boleh jadi pengajaran bagi kita yang nak tahu isu-isu perladangan di negara lain dan contract farming, dan juga perampokan tanah ladang - iaitu neo-colonialism = Penjajahan Baru.

Dulu omputeh rompak Malaya, Temasek, Batavia, Sumatera, India, negara-negara Afrika nak luaskan tanaman mereka dan keuntungan hasil bumi (tin, coal, diamonds). Jadi jika nak labur di negara lain kena slow and steady.

-----------------------------------

Dah pernah beberapa kali saya ngobrol tentang isu ladang makanan.
Baik di Indonesia mahupun isu ladang di Singapork. Malaysia masih nak 'tinjau'.
Tahun ini, tuan-puan, ialah tahun inflasi makanan.

Saya ingat nak tulis beberapa minggu lagi, tapi isu ni dah meletup pun di sana sini.
Harga bawang dan rempah kari naik di India, Pakistan tak mahu eksport bawang.
Australia banjir lalu ladang gula dan gandum tenggelam, dan juga ladang lembu. Haish, susah lain kali saya nak makan canai dengan rendang!


LAPORAN Reuters yang menyeramkan:
The United Nations' food agency (FAO) said on Wednesday that food prices hit a record high last month, above 2008 levels when riots broke out in countries as far afield as Egypt, Cameroon and Haiti.

Maksudnya: Bulan lalu, harga makanan di dunia ni yang tertinggi dalam sejarah!
Adoi, seram brader.
Mereka hitung ni macam gini:
The food price index is an international basket taking into account the export prices of wheat, corn, dairy produce, meat, sugar and oil.



Di Malaysia kita pun dah tahu tentang kekurangan minyak makan. Kerajaan seperti biasa mulut saja bising tapi tak boleh buat apa-apa.
Tolonglah orang di bawah tu, jangan hanya nak buat projek berbilion.
Kamu tangkap mereka yg sorok minyak makan tu. Masukkan dalam TV3 dan Utusan serta Star dan NST. Kasi muka mereka terpampang, baru tauke ni semua hormat sikit dengan undang-undang.

Indonesia ulang lagi - nak buka estet-estet makanan di Papua. Mereka pun cakap lebih dari bikin.
Demo ganas dah berlaku di Algeria. Merebak ke Tunisia.
Tak lama lagi saya rasa akan berlaku demo juga di India dan Pakistan. Selain negara-negara Afrika.
Pakistan dah panik, turunkan harga petrol semula.


Datin-pehin, jika di rumah ada tanah, tanamlah cili, kata menteri Indonesia.
Pekebun pun dah mula jaga ladang cili mereka macam jaga emas!

Nak buat garden makanan mini? Ini caranya.

11 comments:

vinnan said...

Kurang minyak masak diMalaysia. Inilah akibat kerajaan BN Malaysial yang dayus, lemah dan bodoh.

Anonymous said...

hehehe... malaysia lain PED.. Selagi perot pemimpin tak pecah... selagi itu dia kata.. boleh bikin... bikin apa ye PED.. bikin auta je...

asrul amanda said...

Kerajaan Ahmad Said 2 tahun lalu dia bagi 2 anak pokok buahan setiap rakyat Terengganu Reme. Pokok mangga rasanya. Dia suruh tanam.
Saopa yang mau kena isi borang.

Dia cakap lagi 10 tahun setiap rumah dah ada pokok buahan sdiri.

Ok jugak kan kalu fikirkan. Tapi ni macam keja separuh jalan jak. Saya rasa bagus dia kembangkan dengan benih lada, terung. atau apa apa tumbuhan senang tumbuh.

Anonymous said...

Op Ed

Ana respect dengan manusia yang tinggal di Kutub utara dan benua Afrika mahupun di kampung pendalaman bagaimana mereka mampu survive dan hidup sihat walaupun cuma makan 2 kali sehari walaupun tanpa broadband dan pelbagai peralatan yang canggih.

Mungkin mereka lebih menghargai masa yang ada serta rezeki pemberian Allah tak kira banyak atau sedikit berbanding dengan kita.

Malas, pembaziran, kemewahan dan keuntungan berlebihan tiada dalam kamus mereka agaknya.

-Malik-

al-Deen amin said...

Malaysia adalah pengimport beras ke enam terbanyak di dunia. Tanah yang subur air melimpah masih juga tidak mampu mengeluarkan beras dengan cukupnya.

Menanam padi adalah budaya. Kiranya generasi baru tidak didedahkan dengan pengalaman menanam padi usah harap kita akan cukup dengan beras sendiri.

Pemerintah asyik dengan projek berbilion seperti bangunan 100 tingkat, baiki rumah RM65j, istana 180j tetapi tentang makanan bajetnya celah gigi. Banyak projek mega di KL seolah itulah sahaja Malaysia.

Pemikiran mereka pendek dan bergelumang duit, high income konon. Bukankah itu hanya cakap2experimenting dan bukan berdasarkan fakta sebenar keadaan rakyat!

remgold said...

vinnan,
rilek brader. saya khuatir kita hamun BN saja, esok PR masuk putrajaya, sama juga.
patut kena hamun si BN ni, tapi kena menten balen (maintain balance), kata mat motor singapork.
lihat isu-isu ini:
- ronnie di selangor yg disayangi kit siang buat salah apa pun dapat protection, cuba jika najib protect khir toyo dlm isu yg dituduh seperti gangster, pelacuran, dan cronyism.
- glc kedah sato (mahfuz omar resign sebab ada skandal besar = http://www.malaysiakini.com/news/151932). kasi kontrak tanpa tender, katanya.
- juga isu ariffahmi di kelantan, menantu yg tersayang. dulu ada satu menantu yg lain tu, wah kita hentam habis2an.
- perkelahian rebut kuasa belakang tabir antara ngeh-nga dgn ketua2 dap lain di perak
- cara guan eng dgn cuci tangan isu india kampung buah pala (high chapparal) dulu. masa jadi pembangkang, janji macam2.

dulu saya suka dgn pembangkang tapi dah lihat mereka pun sama jugak ler bila dah ada kuasa. jadi saya lebih suka kita hamun pembangkang juga brader! hahaha. utk kebaikan anak-cucu kita di msia.

asrul,
si mat said beri orang pokok kat 'ganu tu buat apa?
lepas tu beliau nak belanja berjuta buat zoo kat town dia, buat apa? kan lebih baik buat projek tanaman sayur,padi, etc yg boleh bantu negara dan rakyat.
jika kita dapat benda free, saya gerenti tak dihargai. lepas sebulan agaknya 99pct pokok mangga tu dah mati.

malik,
atok saya dulu kerja tukang kebun. bapa saya drebar. emak amah. dapat besarkan kita. banyak makan kicap dan ikan bilis. tidur tak ada aircon. satu rumah hanya ada satu tv. saya dah besar baru masuk telefon.

kini kita semua telah diorangputihkan beb. consumer society.
sebab fikir:
jika anda tak ada facebook account, tak buka email seminggu, tak tengok tv, video berjam2, gi mall ambik aircon free, macam2 boleh buat!
mesti kah kita ada blackberry dan iphone?
tv sampai 3-4biji kat rumah?

di singapork Discovery Channel seminggu sekali ada show Dual Survival. cuba nonton (tak tahu ada di kl atau tidak).
mereka hidup cara basic saja. yg satu mat salleh tu menolak consumer society bangsa angmor dia, sehingga beliau tak pakai selipar pun ke mana!
apa nak buat, kita macam lembu masuk perangkap syarikat besar2 yg menjadikan kita orang bodoh (termasuk saya) membeli barangan mereka. eh! bukan beli saja, tapi mesti beli yg ada jenama seperti gucci, nike, samsung dan hp!

al deen,
projek tanam padi dan pertanian (iaitu tanam makanan) perlu dijadikan projek utama macam di israel dan spork (seperti yg saya pernah ngobrol baru ni).
maaf saya masuk cerita yg orang dah muak: bila saya ke egypt dan israel dua tahun lalu nak bantu palestin di gaza.
lihat peta ini:
http://israelseen.com/shows/Israel_Map1.gif

kami tiba di cairo (di kiri peta), lepas tu naik van seberang sungai nile, hingga ke Rafah (6jam).
semua padang pasir beb. tanah warna coklat. kering.
lepas tu tak diberi masuk Gaza, kumpulan kami terbang masuk ke Tel Aviv, lalu naik bas masuk Jerusalem (40minit).
dari Jerusalem naik van ke Ashqelon dekat Gaza (1jam).
dlm dua perjalanan itu, saya lihat negara kecik yg dimomokkan umat, tanahnya hampir semua HIJAU belaka! subur. macam2 benda depa tanam.
memanglah depa curi air orang palestin. tapi kerana pertanian dijadikan isu strategik, antara hidup dan mati negara, tanah coklat padang pasir dihijaukan.

itulah yg tak ada di msia - a sense of urgency over food.
spork pun - jika anda baca link lama saya - dah strategikan permakanan ni.

kat kl, sibuk projek2 yg nak gemokkan perut mereka saja, maaf datuk j, saya hentam.
tolonglah selamatkan rakyat kamu sendiri.
mana strategi si apco, mckinsey, boston, ethos, pemandu, pemadam, enam jahanam.

last word nak takutkan anda: jika petrol naik usd100 setong beb tahun ini, mampos kita semua.

Anonymous said...

Rem

Ramai pengilang dan pemborong ambil kesempatan.

Berapa banyak kes gula, petrol dan minyak masak yang cuba di seludup masuk paper. Ramai sangat yang tamak.

Bila kerajaan bagi subsidi harga barang terkawal, makan tak mahu kawal dan membazir. Cuma bila dapat penyakit, belum lagi ada trend nak salahkan kerajaan.

Yang teman heran, bila kes terputus bekalan makanan terkawal, selalunya negeri kat sempadan yang kena dulu.

kenapa hyper market di JB lebih banyak dari di KL.

Setahu teman, orang JB tak lah seramai di KL, tak tahu la dari mana datang agaknya pelanggan mereka.

remgold said...

Sambung sikit:
dlm isu msia berstrategi ni, salah jika kita kata kerajaan bodoh, orang msia bodoh, orang melayu bodoh.
dulu industri sawit tu tak ke mana. yg buat research sehingga maju sakan tu kan msia. indonesia pengeluar wait terbesar di dunia, msia kini no.2 sebab banyak syarikat msia melabur ladang di indonesia.
sama juga syarikat minyak kecik petronas tu pula. kini terkenal satu dunia.
di negara2 di selatan afrika, wooi, siapa yg control petrol station?
if u think hard enuff over something it can be achieved. samalah isu makanan.

Anon 00:11,
tak payah nak sindir2an. senggol2an. yg beli tu orang spork. yg bodoh orang msia gi jual kat kami.
baik petrol, minyak makan, toilet paper, ikan dan buah2an.

sama juga yg bodoh kamu kasi seludup bertan-tan setiap bulan petrol, diesel, minyak makan masuk thailand.
price differentials will always be exploited by others.

susah sangat ke nak block orang spork atau thai 'curi' barangan kamu? di sinilah corruption masuk. perbetulkan negara kamu, jgn nak sindir2 tak kena tempat woi.
ah kan singa-pura-pura dah marah.

sebenarnya yg jemput orang spork ke JB belanja banyak ialah kerajaan johor, jika tidak takkan mereka buka mall besar2. banyak betul tesco carrefour jusco giant di jb. yg approve buat tu siapa?

sebabnya ialah nak bantu ekonomi johor dan beri peluang pekerjaan kpd rakyat. yg tak bagusnya ialah ia menaikkan inflasi bagi orang johor. kesian orang johor yg bergaji rendah.

warga spork merupakan 50 peratus dari tourists yg masuk ke msia setiap tahun (masuk berkali2). apa nak buat brader. the fate of our two countries are tied together. kamu nak sindir pun suka hatilah. esok orang spork tak masuk jb atau melaka, dan kl serta penang, saya gerenti ekonomi collapse teruk.

Anonymous said...

Emm.. katakan sebuah negeri banyak duit. Pendapat reme apa bentuk subsidi paling sesuai?

Bagi eBook? Bagi kurma?

anon 00.11 said...

Rem

Kamu termakan cili ya, sampei terasa pedasnya. Jangan lah hot pulak.

Argument saya adalah keatas Ismail Sabri, menteri penguna - kenapa tak letak orang dia kat komplek pemeriksaan di sempadan untuk pantau barang terkawal dari keluar negara. semua nak harap kat orang kastam jaga.

Kalau tak cukup orang pun, sekurang kurangnya letak masa musim tertentu atau waktu harga barang asas global meningkat - yang dikenal pasti keadaan permintaan meningkat luar biasa dari tahap biasa pengguna domestik.

Cuba lah fikir satu mekanisma seperti yang mereka gunakan untuk beli petrol. Orang luar cuma boleh beli Ron 97 saja. Tak lah subsidi tu mengalir keluar.

subsidi kerajaan untuk rakyat malaysia saja terutama yang bayar cukai. Orang luar tak bayar cukai pun.

Bila ada pemantauan yang ketat ( maksud saya barang terkawal ) tak lah subsidi mengalir keluar atau sekurangnya bekalan tak terputus.

Barang tak dikawal pulak, kalau orang luar nak beli, syukur alhamdullilah.

eekaa said...

apa duit singapork gambar lee kuan yew ke?