Thursday, 13 January 2011

Komplot nak jatuh raja, tikam rakan & lawan

Mereka berkomplot nak jatuhkan keluarga di raja.
Tikam belakang rakan dan lawan kerana takut sendiri akan ditikam.
Ada komplot nak buat bom lagi.

Bukti sudah ada! Tapi susah nak didedahkan kerana ada implikasi lain. Takut rakyat lari dan pihak di raja lawan balik dengan secara kasar.
Targetnya ialah dapat control semua orang dan ahem, ada agenda tersembunyi.

Saya di KL, bercuti sejak Rabu.
Macam-macam ada.
'Jap lagi saya cerita. Nak sarapan dulu.

(Di posting sebelum ini - pingoo syor saya ngobrol tentang pelajar Victoria yg top. Maaf bro, saya di KL ni tak tahu ada yg terjadi di pulau kecik nonet tu. Di sini lagi syiok ceritanya).


----------------------------------------------
SAMBUNGAN LEPAS SARAPAN

Itulah tuan/puan,
Jangan mudah sangat percaya dengan kaum pendatang yang janji manis macam-macam untuk kita semua.
Takut buruk padahnya.
Sebab mereka ni bertopeng. Di sebalik topeng mereka, warna mereka lain dan rupa lagi lain!
Takutttt.


MAAF.
Saya tahu anda suspen.
Tapi jika anda nak baca cerita politik Malaysia gi website lain, seperti yg saya gemar baca, agendadaily.com.
Yang saya cerita ni ialah TV Series baru yang saya baru habis nonton First Season.
Nama siri ini pendek: V.

Saya masa nonton siri V yang pertama dulu masih terlalu muda.
Siri tu diterbit 1983 - mungkin ramai pembaca belum lahir, tapi saya dah 23 tahun.
Tak tahu bila siri tu dimainkan di Singapork. Mungkin 1984 kot, atau selepas itu.
Fuyoh, gempar satu dunia dengan siri TV ini sebab konsepnya yang lain.

Segerombolan spaceship datang dari luar galaxy.
Mereka bawa teknologi canggih dan cara berfikir yang lain.
Wooi, ramai orang tertarik dengan kaum pendatang nih!

Orang kasi masuk rumah dan kedai, sekolah dan surau.
Maklumlah mereka ni kan sama dengan kita, kita ni semua sama rata, dan kita boleh dapat teknologi dan ilmu canggih dari mereka.
Dalam siri baru, mereka gunakan tagline yang sungguh memikat ramai:
'We are of peace. Always'.
Maka pemimpin politik dan ulama pun sokong penuh mereka ini.



Kumpulan mereka dikepalai oleh raja pompuan, Queen mereka.
Tapi ada niat jahat disebalik muka manis.
Mereka ini jenis cicak (reptilian) bertopeng manusia. Makan tikus. Hahaha. Macam orang politik Malaysia juga agaknya.
Lihat sedutan lama siri ini di atas - bila scene ini ditunjuk dulu, ramai orang satu dunia muntah geli-geman. Terkejut beruk penonton!


Dan mereka juga bergaduh sama sendiri - ada 'third force' mereka juga.
Dan sanggup gunakan bom untuk kalahkan musuh sesama bangsa sendiri.
Masalahnya, pihak dunia yang lawan mereka tak berani buka topeng musuh ni, sebab ada implikasi lain. Musuh ni begitu kuat - jika tidak takkan puluhan spaceship mereka boleh sampai sini.
Jadi kena gunakan strategi '1Earth'. Hehehe. Ish ish ish, macam cerita kat Malaysia pulak.



Itu cerita V lama.
Kini ada seri baru yang saya baru habis nonton semalam. First Season. Lihat promo.

Mereka digelar Visitors - sebab tu V.
Ada juga yang melawan mereka conteng perkataan V di tembok. Ia bermakna Victory menentang musuh.

12 comments:

d'enricher said...

Rem,

Saya pun memang tengok siri yang pertama dulu, tapi akhirnya pihak manusia menang walaupun ada juga yang ada hubungan dan dapat anak lagi. Siri kedua ni dah tak minat, apa jadi ya akhirnya.

Bab nak jatuh raja, tikam rakan & lawan tu ada sambungannya ke? Sekarang ni cerita bab raja, salah sebut orang kata derhaka, bahaya tu.

Tapi kan ada perpatah melayu ni ...

"Raja Adil Raja di Sembah, Raja Zalim Raja di Sanggah"

Macammana ya ???


A.Alshukor

Anonymous said...

Salam PED, hehe.. nak tanya d'enricher la PED. Sejak bila pula rakyat sembah raja ni? Kan raja cuma disembah oleh orang politik untuk bunuh rakyat kan. Dari zaman Mahathir lagi, raja dah setuju bagi UMNO ganti dia untuk bunuh rakyat. Labih ramai lagi raja dalam UMNO tu. Sembah le raja tu. Sanggah le raja tu juga.. Rakyat biasa mana ada raja dah.Sekarang ni rakyat biasa cuma kelas kedua saja. Tukang tanggung kerajaan politik dan dot dot nya. Raja pepatah melayu dah lama beradu..
Maaf kata ye...

Anonymous said...

Salam Rem
Dengar juga budak Vic tu masuk radio Warna.
Tutur bahasa melayu baku perfect tapi ada janggal sikit... teloq melayu takda. Tak salahkan dia pasal nak control lidah 3 bahasa bukan senang beb.
Dulu anak aku pun cakap lebih kurang macam dia. Macam klakar pulak. Puas aku lentur pulas, lidah dia gitu juga. Keras. Lama, ma, ma (tak tahu bila) dia ok siap dgn linggo mat rock time kita dulu.
Melopong aku seh !

Pak Malau (X nun)

remgold said...

pada saya orang spork yg sudah tak beraja, ini pandangan:
sebagai strategi, baik kamu bangsa pun di msia, lebih baik institusi kesultanan kamu diteruskan, bukan dilemahkan seperti yg lagi dibuat tu.

betul, mungkin ramai kata buang masa sistem beraja ni. apa baiknya mereka? makan duit rakyat.
lalu kita 'natang'kan mereka.

baru semalam di jln ampang, kereta saya kena stop 1minit di traffic junction oleh polis, kerana anak raja yg ada pejabat kat situ nak jalan.
marah saya.
tapi saya tahu sistem beraja ni perlu juga utk msia.

kenapa?
ingat tak semasa 1998 dulu - mahathir mahafiraun lalu tendang anwar hingga cetuskan reformasi?
polis masa tu boleh pukul orang sebarangan saja di jalanraya. saya dengar mereka datang rumah pengikut reformasi juga nak tangkap sewenangnya.

lalu apa berlaku?
wan azizah dan rakyat duduk depan istana appeal kpd sultan - orang politik dah gila, tolong kami.
sama juga demo bersih dulu. apabila orang politik dah berleluasa sangat, sebagai check and balance, perlu ada kumpulan di atas yg boleh sedarkan mereka ini. bahawa jika kamu terus mahazalim, kami lari ke sultan2.

sama juga bila sultan johor dulu pukul seorang coach. sudah terlebih.
lalu mahathir sedarkan mereka dgn kurangkan power sang sultan ni semua. jgn sampai anak kita ditangkap dan dipukul (dan macam2 lagi) tapi kita tak dapat buat apa.

tapi kalian semua nampaknya lebih suka retorik politik dari berstrategi, hingga masuk perangkap golongan yg benci dgn raja dan mahu lemahkan sistem beraja ni yg dah memang lemah pun.
bila perak jatuh dulu, pada saya bukan salah umno-bn.
kan anwar kata boleh lompat parti agar jatuhkan bn? jadi kenapa pula kamu marah sultan apabila yg lompat ke bn lebih dari yg nak masuk pakatan?
jika kamu tak main game gantung dari DUN di Perak tu - kan bn ada lebih ADUN dari Pakatan?

dlm isu selangor pula, pada saya mentri besar khalid tersilap sebab lalai. lalu diambil orang seperti biasa.
tapi dipolitikkan juga isu ini sehingga memalukan sultan melayu.
bodoh betul orang melayu msia, ya.
dlm isu ini kamu lihat - anwar sendiri pun tak support khalid, dia kata ini isu kecil dan tak pernah hentam sultan. sebab dia tahu ini perangkap dap.

terpulanglah kpd kalian. saya khuatir kamu lemahkan kuasa sultan, satu hari nanti baik bn atau pakatan berkuasa penuh, akan jadi macam 1998 salahguna kuasa. masa itu anak kita kena tangkap dan pukul oleh orang politik dan polis, dah tak ada sultan lagi yg kamu boleh minta tolong.
kenapa tak gunakan mereka sebagai check and balance?

...bersambung...

remgold said...

...sambungan....

sama juga sistem presiden di spork tu perlu. Elected President.
dulu, kira 20thn lalu, presiden spore lemah kuasanya. tapi diperkuat oleh lee kuan yew kerana beliau kata utk ada oversight. iaitu check and balance dlm penggunaan kewangan negara. state reserves.
kata lky, walau pemerintah hari ini semua ok, mana tahu di masa depan akan ada kumpulan lain yg control parlimen, nak salahgunakan wang rakyat. jadi presiden ditambah kuasa boleh persoal government of the day dlm isu wang rakyat.
kata orang spork: there are two keys to open the safe of public money now. one is the govt, the other the new powers of the president.

presiden spore dulu ialah yusuf ishak, lepas tu benjamin sheares (serani) dan wee kim wee.
Elected President pertama ialah ong teng cheong, mendiang.

bila ong jadi presiden, terjadi gaduh besar di belakang tabir antara kuan yew dgn presiden ini.
beliau tanya pemerintah - berapa banyak asset dan kewangan yg spore ada? kata saya jaga kunci kedua, jadi saya nak tahu.
ooi, marah pemerintah spork, ie kuan yew. kerana senjata makan tuan.
tapi utk kebaikan negara beb. biar ada check and balance.

kamu baca kontroversi ini di sini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Ong_Teng_Cheong
(baca di bawah Presidency).

http://www.singapore-window.org/sw00/000310a3.htm

bila ong meninggal, beliau tidak diberi state funeral. walhal beliau bekas presiden.
ini menjadi isu juga di spork dgn desas-desus katakan kuan yew terus marah. apanih!?

http://theonlinecitizen.com/2010/05/state-funeral-for-truly-exceptional-contributors/

saya tulis panjang walau isu ini terus jadi isu sensitif di spork kerana harapkan kalian sedar - sistem bersultan ni, walau kita kadang marah dgn kerabat kerana duduk melepak tak buat apa dan bermaharajalela, ialah sebagai check and balance.
walau kamu bagsa cainis dan injun, jika kamu kena belasah orang politik, dan media semua takut nak bantu (macam zaman anwar dulu kena bantai), masih ada orang yg 'sama kuasa' di mana kita boleh appeal.

jika kamu orang melayu sendiri bodoh dan busukkan nama institusi raja, satu hari nanti payung itu diludah orang cainis dan injun - dah mula pun sejak dua tahun ini.
bila dah tak ada payung dan kerajaan kejam naik, siap ler kamu semua karang.

kita mungkin kata, tak takut - kita ada internet.
percayalah jika saya jadi kerajaan kejam yg kukuh, saya akan ketatkan internet news semua!
kamu lihat sendiri umno block malaysiakini di perhimpunannya, dan guan eng block utusan dan nst.
ini masa mereka belum kuat sangat lagi oi.
jika media dah disekat, raja semua dah lemah, orang politik boleh buat apa saja beb.
kamu lihat saja di negara rejim kuku besi lain. sistem oversight dan check and balance dah lesap.

itulah pandangan peribadi saya, orang yg khuatir ada golongan di msia yg nak buang kunci kedua.
maaf jika anda tak terima. ini personal opinion brader.

Anonymous said...

Untuk tujuan Check n Balance mcm tuan reme cakap, perlu seseorang raja yang betul-betul bijak dan terpelajar kan?

Cth raja yang bijak adalah James Brooke rajah sarawak. Beliau memang bagus, tubuhkan polis, tentera, kementerian. Sikit malang apabila sejarah kesampingkan dia sbb dia bukan org asia. Raja lain yang bijak, yang saya tahu adalah Sultan Johor dari keturunan temenggung bapa pemodenan. Ramai lagi sebenarnya, saya jak tak tau.

Macam sistem presiden ni, dia pilih berdasarkan kemahiran dan kebijaksanaan kan reme? Betul ke? Saya x tahu.

Anonymous said...

cerita pasal raja ni, saya cukup suka baca hikayat munsyi abdullah.

Anonymous said...

bila raja tak nak geng dengan dia, dia kata lah raja macam macam.

tapi bila raja tu nak geng dengan dia, raja belum bukak mulut pun, dia dah puji macam macam.

tu lah bodohnya melayu, bila dah berkawan rapat dengan cainis dan injun. bila bangsa lain cucuk sikit, dia yang ke depan dulu, tanpa fikir 2 kali yg dia kena guna oleh apek candu dan geng kaki botol.

bangsa2 ni tunggu dulu kat belakang, tengok line ok ke tidak.

melayu jugak yang bodoh.

Anonymous said...

season 2 versi v terbaru lagi best, queen cicak yg. ori "diana" (dilakonkan oleh jane badler) kembali. Jadi macam menteri mentor. Diana masih cool, seksi & muka 4 segi.

atan said...

ASLKM,OPED DENGAN RINGKASNYA APA2 YANG UMAT M ADA KALAU TAK BETUL KITA PERBAIKI JANGAN DIBUANG DIHINA KALAU BIASA2SAJA KITA MANTAPKAN BARULAH M SELAMAT DUNIA & AKHIRAT.

Anonymous said...

PED, panjang lebarnya penjelasan. Orang melayu malaysia ni, ramai yang sokong raja. Tapi lupa, raja dah tak ada kuasa. Raja cuma pada nama, tak ada check and balance pun. Cuma bila kesalahan Parti pemerintah dapat dibuktikan, baru lah kuasa pemerintahan dapat dikembalikan. Sejarah mengatakan bahawa Raja boleh dibuang dan diganti dengan orang lain yang difikirkan sesuai. Sejarah Johor, kalau betul nak check and balance kena la pilih yang pandai dan faham kedudukan dan aturan dunia yang berlaku sekarang. Bukan yang main sain dan terima saja bulat2. Kamu mungkin setuju dengan Mahathir atas satu isu, tapi isu tersebut dah lapuk dan sekarang isunya ialah terlampau banyak raja dalam Malaysia, Raja-Raja UMNO la Raja-Raja PAS la... bukan raja-raja melayu yang sebenarnya pun. Raja-raja melayu dah lama beradu. Kalau dulu isu raja-raja jahat, dah sekat kuasanya. Bagi pada parti pemerintah, sekarang lebih teruk lagi parti pemerintah dari jahat raja-raja melayu. Mana check and balance? Tak ada pun. Umat M di sini kena tanggung bala raja-raja yang terlampau ramai sekarang ni.

JohorMali said...

Mr Rem,
Mungkin off topic sikit tapi mungkin ada kaitan dengan tajuk kepala "...tikam kawan dan lawan.." ingin saya rujuk kenyataan " the bloggers are messenger.." oleh ex orang kampung you.
Saya ada response ",The bloggers are indeed messengers, but then again, would the messenger bear good tidings or the usual bitchy trash for the consumption of the gullibles?"
Saya nak tanya, adakah para bloggers itu messenger,postman , gurkhas, anarchist, pencerita atau tukang karang?
Kita boleh kenal siapa askar upahan dan siapa yang meluahkan secara ikhlas hati sanubari tentang sesuatu isu.
Saya boleh letakan OpEd hampir kepada yang kedua tadi,
( walaupun kadangkala terkucil jugak tapi tak kerap).
Datuk Kadir Jasin seorang pencerita ysng baik, tapi lalang nya tak tegak, asyik condong ka satu arah saja.
Bila saya dah letih baca yang meghapu, saya lari kat Kak Teh's Choc a Bloc..rasa aman dunia sikit.
Saya ni pulak nak ditakrifkan sebagai apa? Mungkin kaki kepoh yang suka mencelah amat appropriate!