TAMBAHAN SABTU MALAM
Lagi berita membimbangkan.
India, yang dilanda teruk inflasi harga makanan dalam setahun ini - kerana hujan monsoon tak menjadi tahun ini - akan naikkan petrol 4.5 peratus. Banyak tu brader.
Di sini dan sini.
Inflasi India sejak setahun ini (iaitu tahun 2009 dan 2010) dari 7 hingga 12 peratus.
Di Malaysia, inflasi dalam setahun biasanya di bawah 2 peratus, Singapork di bawah 1.5 peratus.
Kasihan orang miskin.
Bila harga makanan dah tinggi, dinaikkan harga petrol, makin tinggi inflasi pula.
Tapi syarikat minyak di India tak ada pilihan kerana harga petrol-diesel sedunia terus naik.
Harga minyak terbaru ialah hampir US$92.
Saya khuatir ia akan terus naik ke atas US$100 macam tahun 2007-2008. Malah, saya gerenti pasti naik lebih dari $100 tahun ini.
Atas sebab apa? Spekulasi pasaran. Permainan futures traders dan hedge funds.
Kalau dah melewati US$90, mereka akan lompat masuk tolak naik terus ke $100, sedangkan mereka juga 'short sell' saham dunia dan 'short sell' juga bond futures.
Jadi bila satu dunia khuatir minyak naik dan inflasi melambung, harga saham akan merudum dan harga bond jatuh, maka mereka akan kaut untung. Cover their short positions! Jadi kaya.
Satu dunia menangis dan memberontak mereka tak kisah. It's nothing personal, it's just business.
Saya harap benar saya akan dibuktikan salah.
--------------------------------
TAMBAHAN PETANG SABTU
Terima kaseyyyy kpd pembaca blog Timur Tengah: Pres Tunisia calibut lari ke Saudi setelah rakyat memberontak akibat tak ada pekerjaan dan harga barang makanan naik.
Isu ini ada implikasi besar sungguh untuk kerajaan kuku besi yang banyak di negara Arab, di mana pemerintah kejam dan selalu tindas rakyat. Di sini dan sini.
Tunisia mungkin jadi contoh untuk rakyat lain - jika terus dikejami, marak bangun mengamuk. Lagi kalau dah lapar sebab tak ada kerja dan makanan mahal. Baik mati memberontak, kata orang.
Siap kamu di Mesir, Morocco, Yemen, Syria, Jordan, Libya, Algeria dan seterusnya negara kaya minyak jika tak jaga hati rakyat.
Saya ada masalah kecil - kat mana Tunisia ni eh, hmmm kena cari peta. Orh, kat bawah Italy.
Harap semua pemerintah jaga hati rakyat, kerana tahun ini ialah tahun inflasi makanan.
--------------------------------
POSTING AWAL - MEMPERKENALKAN ALGOS
Maklum ler cuti-cuti Malaysia.
Orang bercuti gi London Paris NewYork. Atau Langkawi dan Melaka.
Saya di KL, lepas tu beli-sewa movies nonton kat rumah sambil makan kuaci dan biskut. Save duit.
Baru habis nonton movie yang saya ngobrol empat bulan lalu - Wall Street, Duit Tak Pernah Tidoq.
Pada saya tak sebaik filem pertama Wall Street, tahun 1987.
Tapi cara manusia di dalam pasaran kewangan sama juga - ego besar, penipu dan pembelit, dan mengharapkan bonus berjuta.
Lalu teringat saya tentang satu isu yg lama berniat nak tulis, tapi belum berkesempatan.
Algo trading, atau ringkas lagi Algos.
Maaf, bukan Alsagoff atau Albar. Bukan juga Al Gore, tapi Algos ;-)
- Dulu, zaman saya jadi wartawan di pusat kewangan Singapork di Raffles Place 15 tahun lalu, jika anda nak membeli saham, kena panggil broker saham.
(Anda wajib ada akaun bank, dan lepas tu kena buka akaun saham di pejabat broker).
- Hari ini di Singapork (maaf, kurang pasti di KL sebab dah lama tak buat laporan kewangan di Malaysia), broker saham dah tak perlu lagi.
Setelah ada akaun saham, trading account, anda boleh masuk sendiri ke Internet untuk membeli saham di SGX, Singapore Exchange.
- Bukan itu saja, jika anda banyak wang, anda juga boleh masuk Internet beli saham luar negara, seperti saham Apple dan Google.
Dalam jual beli saham ni, kita orang kecil. Katalah kamu ada RM10,000 atau S$10,000 pun. Berapa lot saham saja kamu boleh beli, jika kamu beli saham Maybank (bank terbesar Malaysia) atau DBS (bank Singapork yang terbesar di Asia Tenggara).
Satu lot biasanya = 1,000 saham.
Kita bertentang dengan pemain besar seperti EPF, KWAP, Temasek Holdings, GIC (dana saham pemerintah Singapore), dan pemain luar negara seperti pension funds, hedge funds, mutual funds, insurance funds, offshore funds.
Jika pada hari kita beli 2-3 lot saham Maybank atau DBS, tapi pemain besar semua menjual, kantoi kita!
INI cerita lama: Pada tahun 2000, saya beli satu lot saham DBS setelah ia jatuh teruk. Saya ingat, gerenti dah stabil. Esok dia naik 20-30 cents aku jual, dapat untung sikit.
Mak oi, esok dia jatuh lagi! Lalu saya beli lagi satu lot! Pasti dah stabil kan?
Nenek kamu kena sampuk pasaran saham muntah kedarah! Esok jatuh lagi!
Dalam 10 hari, broker telefon saya: Pak chic, lu hutang kami S$3,000 (Lebih kurang RM6,000 masa tu).
Hangus gitu saja beb.
Sejak tu saya dah tak main pasaran saham lagi.
Saya juga dah serik dengan Unit Trusts sebab janji macam2 tapi tak deliver.
KALAH duit saham tu cerita lama.
Ini terbaru: Saya tak pasti di Bursa Malaysia, tapi SGX dah mula perkenalkan Algos.
Dan mamat Algos ni akan terus diperbesarkan.
- Kita lawan pemain besar dah lah kalah teruk. Ini nak lawan dengan makhluk Algos atau Algo ni pula.
Lagi dasyat dan menakutkan.
Apa binatang tu?
Ia ringkasan untuk Algorithmic trading atau automated trading.
Atau di Amerika dan negara Barat lain ia juga digelar HFTs - high frequency trading.
Secara ringkas, pemain besar ni dah penat pakai broker dan picit butang sendiri bila nak beli saham atau bila nak 'short' saham.
Mereka gunakan sofwe sophisticated yang menggunakan algorithm - sama juga seperti Google search engine yang pantas gunakan algorithm.
Gunakan Mathematical formulae (ayat diperelok selepas komen pembaca. terima kaseyyy).
Komputer akan jual beli secara pantas. Walaupun si hedge fund manager atau insurance fund boss ni keluar sarapan atau dalam jamban.
Algos bukan macam kita, nak beli saham kena pikiak lama2, kumpul duit berbulan, baru beranikan hati!
Algos jual-beli sesuatu saham beratus, beribu kali DALAM SEMINIT!
Katalah kita expect berita buruk syarikat Intel (misalnya, chip barunya tak disambutbaik pengguna!), atau berita baik syarikat Citibank (misalnya, akan membeli sebuah bank besar di Malaysia!).
Mereka akan direct Algos ni kepada saham-saham itu, dan 'lepaskan' sofwe ni menggila.
Jika anda pernah nonton movie orang pekik-pekik kat lantai New York Stock Exchange tu - mereka tu broker beb, nak ambil order pun mungkin 1minit.
Ini dalam hanya beberapa saat, Algos macam pelesit boleh jual-beli, jual-beli, jual-beli!!!
Eeks, amacam kita nak menang nih?
Nanti kita baru nak beli saham Sime Darby sebab chairman dia baru kena tendang, Algos dah beli semua hingga harga dah tinggi sangat!!!
Itulah yang sedang difikirkan dan dibincang di SGX. Bagaimana nak perluas penggunaan Algos tanpa menakutkan orang biasa yang beli saham kecil2an.
Sebab, misalnya, jika Algo EPF lawan Algo KWAP lawan Algo Khazanah dan control semua, baik kita semua jual-beli satay dan roti canai kat tepi jalan.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago



7 comments:
Reme
Algos tu lebih kurang kapitalis saja.
Macam yang ramai berkampung kat spork tu dan siap di beri PR lagi.
gerek tu.
Jadi nanti pasaran saham tu macam kelab exclusive di spore.
Kau pandai macamana pun tapi kalau tak ada duit atau tak pandai belit orang cara terhormat, duduk saja lah kat HDB flat.
Salam Bro Reme,
Kau bangun pagi esok, kerajaan Presiden Ben Ali kat Tunisia dah tumbang dek high unemployment rates dengan high food prices.
Algeria dengan Jordan pun dalam keadaan yang sama. Kerajaan Ben Ali supported by European Union pun tumbang dek pengangguran dengan kenaikan harga barang.
Soalan cepu emas - Siapa control food prices kat Malaysia? Don't need to be rocket scientist to figure out what is in the opposition pipelines towards PRU-13.
P/S: Ben Ali punya flight tengah berlegar kat Paris, tak dapat masuk walaupun member kamceng EU. Mungkin dia pindah ke kawasan teluk. Boleh jumpa dia pagi esok, wakaka...
Salam - Doha, State of Qatar
tak yah takut la. ALGOS ni selalu dan sebenarnya kiraan dibuat melalui past trend dan hanya jangkaan utk future trend. Jadik walaupun belian dlm masa milisecond ke atau onesecond atau one hour, ketepatan dlm pembelian masih serupa dgn org yg menaip atau broker yg menalipon.
siste algos ni boleh gak di manipulasi, cthnya, kerajaan singapore ckp DBS akan naik BLR org mungkin menjual, manakala kerajaan singapore mungkin membeli. kemudian after one hour, atas (konon nya)desakan org awam (mcm kerajaan singapura dgr plak rintihan org awam) BLR tak jadi atau naik balik. algos aka terus membeli maka kerajaan singapura akan terus menjual.
See? ALGOS pun boleh kene trick.
ASLKM,BRO OpEd,TERIMA KASIH KERANA MEMBERI INFORMATION BARU TENTANG ALGOS ATAU ALGOJOS TU...TAPI YANG TAK SEDAP TU ADA HENTAM POLITIK TU..KALAU ADA PENGALAMAN KENA MAIN DGN ORANG POLITIK NGOBROL SIKIT
Kerajaan Arab Saudi mewajibkan setiap rakyat yang ingin menyiarkan sebarang maklumat di internet perlu memiliki lesen terlebih dahulu. Lesen boleh dipohon dengan Kementerian Kebudayaan dan Maklumat, SA. Setiap lesen adalah sah untuk 3 tahun, dan pemohon perlulah rakyat negara teluk tersebut, berumur sekurang kurangnya 20 tahun, lulusan sekolah tinggi, dan memiliki sijil perakuan kelakuan baik.
Kumpulan Hak Asasi Manusia mengecam tindakan tersebut, bagaimanapun kerajaan Arab Saudi mempertahankan dengan menyatakan apa yang dilakukan adalah utk menjaga masyarakat.
“Pihak berkuasa arab saudi memiliki rekod mengenakan hukuman kepada sesiapa yang menyiarkan berita yang menyinggung kerajaan..” kata Christoph Wilcke, penyalidik politik Timur Tengah di Human Rights Watch. “Apa yang diperlukan adalah pelindungan untuk kebebasan bersuara, tanpa syarat, lesen atau sebarang pendaftaran
Suka atau tidak, blogger disana perlu membuat pilihan sama ada untuk memohon lesen atau kekal offline.
Ubahsuai dari sumber
http://www.illumemag.com/zine/articleDetail.php?Saudi-Arabia-License-to-Blog-13426
Kasihan Pak Arab sana. Macam mana orang arab nak maju kalau golongan intelek kau nak sekat? Arab Saudi ni kalau tak silap, dah ada macam-macam kes hak asasi manusia. Wanita tak boleh buat lesen? Bukan Arab Saudi je, hampir semua negara Arab gitu, kecuali UAE, Bahrain yang macam liberal sikit. Memang bagus kalau kebebasan bersuara di hadkan, tapi janganlah sampai sampai macam ni. Kalau kau sekat 20 peratus tu okey lah, tapi ni macam nak sekat 100 peratus je..
Alahai... Macam mane la ilmu nak berkembang kalu gini.. Arab2..
Bro Rem,
Oh dahsyat kalau rakyat merusuh harga barang naik.
I pernah nampak dengan mata kepala sendiri bagaimana rakyat Mesir ada yang mati berbunuhan sebab peningkatan roti baladi (dan barang barang lain) tahun 2008. Sangat sedih dan insaf.
Gina
Kalau nak tengok penggunaan ALGOS ni kat asia cuba tengok kat Indonesia dah 3000+ Singapore pon sama, kat USA dan Euro diorang personal pon boleh guna ALGOS tapi yang modal banyak lah, Salah satu Software yang diorang guna NinjaTrader lepas tu cari orang yang boleh buat script contoh AutoChase kalau diorang run program ni, tak sempat nak key-in price sebab dia lagi laju.
Post a Comment