Di Amerika, presiden mereka yang dijaga oleh secret service digelar POTUS. Presiden of the United States.
Walaupun kulit hitam, semua orang tahu, POTUS Obama ada pejabat bernama Rumah Putih, bukan Rumah Hitam.
Pejabatnya di West Wing of the White House - sebab tu ada siri TV bernama West Wing.
Isterinya pula digelar FLOTUS. First Lady of the United States.
Rakan saya yang pernah kerja di Washington berkata Michelle ada pejabat dan staff sendiri di East Wing.
Di Singapork dan Malaysia, kita panggil Perdana Menteri 'Pee-Em'. Kerana Pee-Em juga bermakna Prime Minister, maka senang kerja wartawan. Satu label telah didwibahasakan.
Di Temasek, isteri Pee-Em Lee ada pejabat sendiri di bangunan lain, sebagai boss Temasek Holdings, wealth fund (dana kekayaan negara) terbesar di Tenggara Asia. Jarang masuk akhbar, melainkan ada berita besar Temasek atau jika suami lancarkan sesuatu atau makan dinner, beliau pun muncul tapi tanpa hek, tanpa hok.
Di Malaysia, Pee-Em dulukala semua ada pejabat, tapi sang isteri duduk kat Sri Perdana.
Jika datang kunjungi suami pun sebagai pelawat, mungkin diberi bilik tumpang duduk kejap.
Dan setahu saya, Isteri Pee-Em mungkin diberi staff, tapi ia untuk memastikan keselesaan beliau.
Iaitu untuk bantu Isteri Pee-Em jika nak gi shopping, potong reben untuk sesuatu majlis, atau lancarkan itu dan ini. Mesti nak kena pastikan semuanya lancar dengan kereta dan tukang sambut sebagai orang berstatus tinggi.
TAPI kini ada cara baru.
Bukan lagi PM's Wife atau Isteri PM, tapi ambil gelaran First Lady.
Gelaran First Lady timbul dalam iklan New York Times - di sini.
Lepas tu adakan seminar antarabangsa First Ladies' Summit (Pakai duit rakyat tu brader, tanpa hasil yg ke mana pun, setakat sok sek sok sek dengan isteri-isteri ketua politik Afrika).
Terbaru, terbaca saya tentang pejabat baru dalam Pejabat Perdana Menteri (PMO = Prime Minister's Office) bernama FLOM Division. Juga di sini.
First Lady of Malaysia Division.
Aiks, dah jadi pejabat rasmi dalam PMO.
Saya tak 'caya. Lalu saya masuk dalam website PMO = pmo.gov.my.
Cari-cari tak jumpa. Lalu saya buat SEARCH (atas sebelah kanan, kotak warna kuning): Saya taip 'FLOM'.
Ah dapat pun!
Kamu click di sini dan scroll down. Ada F.L.O.M Division dengan empat pegawai dan dua staff penolong.
Dan di muka depan website PMO, ada lagi kejutan: Kamu click di RESOURCES (paling kanan) ada column 'Former First Ladies'.
Eh, bila pulak Tun Siti Hasmah dan Tun Jeanne Abdullah tu digelar First Lady????
MAAF, jika saya nampak seperti menyerang Datin Seri.
Yang saya khuatir ia dah jadi isu - dengan orang dalam pun.
Dalam politik, yang dilantik ialah mereka yang diundi rakyat.
Yang tak dilantik - isteri, menantu, anak-anak, ibubapa, should be seen, not heard.
KHUATIR isu ini diKhairykan dan diAriffahmikan.
MAAF jika terganggu tulisan ini.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago



7 comments:
Tuan,
Kalau kalau terganggu boleh kena Isa tau.
Assalamualaikum Tuan Rem,
Banyak kali telah disuarakan, bahawa RM ni tak payahlah sibuk sibuk, tapi beliau masih tak mau dengar apa yang rakyat suarakan. Kita suruh dia duduk tepi, tapi dia masih sombong dan bongkak tak hiraukan nasihat orang ramai. Sajalah nak tempah musibah. Lihatlah teguran terbaru dan alasan yang diberikan, umpama mtlamat menghalalkan cara. Disini sepatutnya Najib memainkan peranan, dan memutuskan, apa yang sepatutnya, tapi Najib pun alahai......, jangan terlalu yakin. Rakyat bukan nak sangat PR tetapi meluat dengan perangai peminpin BN terutama anak menantu (hantu) dan suami - isteri (yang terlebih nafsu).
Ingatlah rakyat bukanlah bodoh dizaman ini. Semua gelagat pemimpin akan diadili nanti.
MAAM Old Klang Road
apakan daya ..pm dah bagus tapi tak nak menang PRU 13 biarlah kita lihat nanti sejarah telah membuktikan..
Inilah unsur-unsur yang akan terus mengikis dan menghakis kepercayaan serta keyakinan rakyat kepada UMNO,Kerajaan dan PM.
Penyakit yang ditinggal Pak Lah masih belum terubat dan sembuh,janganlah ditambah dengan penyakit yang baru. Bayangkan dalam keadaan sakit ini tambah pula serangan dan tumbukan virus dari luar. Jangan menyesal UMNO dan Kerajaan BN tinggal aruah kerana kezaliman kita pada diri kita sendiri.
Ada orang kata Najib ni takut bini. Mungkin ada betul nya jugak. Tak kan apa yang di-buat oleh isteri tanpa ketahuan nya.Seram kalau tenguk rupa isteri lama2.
tuan-puan,
padangan saya gini: bagus benar isteri pm atau siapa pun orang besar nak buat isu pendidikan atau isu kemasyarakatan. drpd mereka duduk kat rumah.
RM suka dengan Permata, pendidikan kanak-kanak. bagus tu.
sebab orang besar ni bila depa masuk, pegawai lain cepat2 nak laksanakan.
tapi takut jadi fitnah juga. dah di'rasmikan' FLOM Division ni (making an official presence in PMO, siap dgn para pegawai) maka takut jadi polemik politik.
ini baik isteri atau anak keluarga pembangkang pun - seperti isu ariffahmi. mungkin beliau sebagai engineer layak dgn jawatan tu, tapi cuba yg lain lah.
isu ho ching di temasek jadi bos pun sebenarnya banyak dibisik orang. cuma maklum spork jadi polemik setakat bisik kat belakang.
konon saya lah yg boleh atur: maka RM saya siapkan pejabat kat Seri Perdana - kan besar rumah tu, dan saya pernah masuk ketika isteri pak lah meninggal dulu. dlm pejabat tu boleh letak 2-3pegawai agar dapat jalankan kerja Permata. dan bukan 'rasmikan' Division baru dlm PMO yg ganggu fikiran orang dlm pun.
sebab jika dah rasmi jadi division dlm pmo, kelak ada problem, takut tertarik nama PM (iaitu nama orang yg dilantik, seperti nik aziz dulu terheret dlm isu menantu).
setakat pandangan orang bawah.
Aslkm Rem,
Kurangkan sikit hal politik boringlah semua orang salah buat baik salah
Post a Comment