Sunday, 23 January 2011

Sejarah China... 5,000 years. Bah. 1/1

Saya kini lagi syiok dengan China.
Bukan ah moi DAP yg sedang lelap, atau yg suka masuk surau pakai baju SIA.
Bukan juga ah moi dari Orchard Road yg suka pakai iphone.
Tapi NEGARA bernama China atau PRC.

Dah hampir nak habis membaca buku mengenai sejarah China ni - buku nipis sebab nak cepat dapat maklumat dari negara berusia 5,000 tahun ini.
Lepas ni kena cari buku tebal sikit yg lebih banyak isi.
Malaysia baru 500 tahun - dari zaman kerajaan Melayu Melaka.
Singapork sejak Stamford Raffles datang masuk kampung Melayu baru 190 tahun.

Dalam buku tu ada senarai dynasty Negara Naga ini.

- dari Legend Period (Xia dan Shang dynasties). Dipanggil 'legend' sebab masa tu tak ada banyak rekod bertulis. Jadi historian mengagak siapa mereka itu dan apa mereka buat.


- Masuk dinasti Zhou. Jika anda pernah dengar cerita Seven Warring States. Masa tu ada tujuh Negeri yang tak ada kerja lain asyik perang sakan. Lihat Peta.
Tentu pernah dengar nama Confucius dan Lao Zi/Lao Tzu, ahli falsafah China yang terkenal hingga hari ini. Mereka hidup di zaman ini!
Zaman ini juga bila di India seorang bernama Sakyamuni lahir dan akhirnya menjadi Buddha. Di Greece, ahli falsafah Socrates, Plato dan Aristotle hidup.
Ooi, gemilang sungguh zaman ini - 770BC hingga 221BC. Iaitu 1,200 tahun hingga 700 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Belum habis lagi beb. Zaman Zhou ini juga - sebab banyak sangat perang - lahirnya Sun Tzu yang terkenal dengan buku strategi The Art of War.
Baca Ayat I, Laying Plans: 26. My favourite one - Battles are won BEFORE the fight.
Bukan setakat cabar-mencabar nak debat jadi hero konon dan puaskan nafsu, tapi berfikir panjang SEBELUM bertemu musuh.
Jika kamu lihat kejatuhan negeri Perak dari Pakatan ke BN - tak kisah lah kamu sokong mana pun. Tapi yang berkokok ayam nak suruh orang lompat tu si Anwar. Yang Laying Plans senyap-senyap tu ialah si Najib.
Jadilah kancil wahai Anwar, bukan ayam nak bertelor.



 - Tiba pula dinasti Qin/Chin zaman Shih Huang Ti (kini digelar Qin Shi Huang atau Shi Huang Di) bila tujuh negeri disatukan dan dinamakan China. Emperor ini yg satukan Great Wall of China.
Dan hidupkan hanya satu bahasa rasmi saja hingga hari ini, yg kita kini panggil Mandarin.
(Qin = kita pronounce Chin. Dalam Mandarin 'Q' tu kamu sebut 'Ch').

Gambar Qin Shi Huang - jangan kau ingat gambaq wayang pek-ji loktang pulak!
Cantik topi zaman depa. Kini kita gunakan manik-manik tu jadi tabir antara dapur dengan dining hall!

Saya harap benar anda dapat nonton movie 1998 ni - The Emperor and The Assassin, starring Gong Li. Cerita mengenai Seven Warring States disatukan oleh Qin Shi Huang. Sekaligus dapat faham sejarah The First Emperor of China, mamat Yin Zheng ni. Nama rasminya ialah Qin Shi Huang. Macam sultan di Malaysia, bila naik takhta ambil nama lebih cantik.

- Lepas tu terus ke dinasti Han (period Romance of the Three Kingdoms, sini, starring Andy Lau dan Maggie Q = saya baca sambil nonton dan google.
Jadi faham nama-nama general mereka yang terkenal dan apa yang berlaku).

Mereka berpecah jadi tiga Negeri pulak - Shu, Wei dan Wu.
Dalam dinasti ini tumbuhnya Silk Road - jalan perniagaan antara ibunegara mereka masa itu, Xi'an (atau Chang An) dengan Rome dan negara Arab melalui apa yang kita panggil hari ini sebagai Afghanistan dan Turkey.
Tapi saya harap kamu jangan ler baca buku Romance of the Three Kingdoms ni. Bukan apa, sebab jalan ceritanya payah nak faham.


- Selepas tu Jin. Pendek dinasti ini sebab emperor pertamanya tamak haloba. Emperor keduanya bodoh tak tahu tadbir negara. Peringatan untuk kita semua.

- South-North dinasti. Pernah dengar nama soldadu pompuan bernama Mulan? Ada movie yg popular dulu. Beliau hidup di zaman ini.

- Terus ke dinasti Sui. Dinasti inilah tabur jasa besar yang kita rasa hingga kini.
Dulu jika kamu berdarah raja, anak jeneral atau orang kaya, baru boleh masuk civil service - jadi kakitangan kerajaan.
Dinasti Sui mulakan Civil Service Examination System, di mana mamat dari Kelantan dan Perlis - eh maaf, dari Inner Mongolia dan Tibet pun - boleh duduk ambil peperiksaan. Jika bagus, boleh masuk kerja dengan kerajaan. Mereka perkenalkan talent spotting.

- Masuk zaman dinasti Tang. Zaman China jadi kaya raya. Hingga mereka membuka Sea Silk Route. Buat kapal, adakan jalan perniagaan ke Rome dan negara Arab melalui laut.

- Song. Zaman barter trade ditukar dengan ekonomi yang menggunakan syiling dari copper dan silver. Mereka mula gunakan letters of credit dan juga paper money. Ini 1,000 tahun dulu brader.

- Yuan. Orang dari utara, bangsa Mongol conquer China! Ini zaman Genghis Khan (nenekmoyang Shah Rukh Khan dan siapa saja yang bernama Khan hari ini - I am serious!). Moyang Altantuya.
Di zaman inilah Marco Polo masuk ke China dan menetap selama 17 tahun. Beliau menulis banyak detail mengenai negara naga ini yg dibaca di Barat dan mengejut-berokkan mereka yg tak sangka China begitu maju.
Gambar - wang kertas Mongolia yang saya ada, menggunakan gambar Genghis Khan. Belakang wang tu kamu boleh lihat bagaimana tentera Mongol bergerak. Mereka gunakan khemah bernama Ger.
Nampak tulisan ala-Arab dalam banknote Mongolia? Empat peratus orang Mongol kini adalah Muslim (click People).
Wooi. Terror mereka ni. Conquer China. Lepas tu masuk dan tawan Moscow dan Eropah Timur. Cucu Genghis masuk Baghdad (ibu negara empayar Islam masa tu, dan conquer Baghdad). Nasib baik cicit mereka masuk Islam.
Dan cicit lain yang masuk Islam tu lah yang masuk India dan dipanggil Mughal - the Mughal Empire yang membina Taj Mahal.
Mughal tu asal perkataan Mongol ler.
Sebab saya pun keturunan Mughal India, eeks maknanya saya dan Altantuya bersaudara bau bacang! Aiks.

- Ming. Inilah zaman kegemilangan laut mereka, apabila Admiral Zheng He (ejaan dulu Cheng Ho). Beliau berlayar dengan 317 kapal dan 27,800 orang. Tak terkencing Sultan Melaka.... Macam mana nak lawan pakai sampan dan perahu?
Lihat Peta ni. Jauh pelayaran Zheng He. Sehingga ada buku yang menyatakan seorang admiral beliau lah, bukan Christopher Columbus, yang pertama jumpa benua Amerika!
Yang lagi menarik - mereka dah beribu tahun bertamadun, kita baru naik kesultanan Melaka. Bukan pandang rendah diri sendiri, tapi ia memberi kita perspektif pandang jauh dengan negara terbesar di dunia ni (penduduk: 1.3 bilion).
Yang jadi creator teknologi kertas dan gunpowder adalah China, bukan mat salleh.



- Lepas tu Qing. Depa bakar semua kapal dan China jadi inward looking. Zaman ini saya rasa warga China hari ini tak syiok sangat nak cerita. Sama juga mereka tak syiok cerita dinasti Yuan apabila Mongol tawan mereka. Zaman Qing (pronounce Ching) ni bangsa dari utara, Manchuria - sebelah Mongolia - tawan China.
Perghh. Mereka kata ini dinasti Manchu. 'Manchukuo'.
Tapi powderful China masa tu, cuma masalahnya tak mahu belajar dari orang luar. Mereka sangka merekalah terpandai. Ini juga peringatan untuk kita semua. Ingat Melayu dah pandai, tak mahu kaji pencapaian bangsa dan negara lain.
Dan mereka kena tipu dengan omputeh beb. Omputeh jual kepada mereka opium,candu. Semua China jadi addicts, senang omputeh ni control.

Saya collect wang kertas lama, dan nampak banyak wang kertas China lama yang dikeluarkan oleh Jerman, Russia, Amerika, British. Dulu saya tak faham kenapa.
Orh, rupa-rupanya di zaman inilah omputeh gasak bersama China dengan opium. Dah lemah, mereka paksa China buka pintu perdagangan luas-luas!
Mereka digelar Western Wolf Pack - termasuk juga France, Belgium, Portugal, Sweden, Norway, Holland, Germany, Spain.
Sebab tu nak baik dengan negara omputeh ni - termasuk Amerika - kena jaga sikit.
Mereka licik main politik dan suka pergunakan kita.

- Selepas lemah ni, China perbecah sehingga tertubuhnya Republic of China. Zaman ni Sun Yat Sen jadi presiden. Beliau yang menubuhkan Kuomintang - Parti Rakyat Nasional, yang kemudian lari dan menubuhkan Taiwan sebagai negara asing bila Komunis Mao Zedong menang.
Gambar - Sun Yat Sen di matawang China lama. Kenapa perlu ada tulisan Inggeris besar-besar dalam wang kertas negara Tionghua? Sebab omputeh control mereka masa tu.


Mak oi, banyaknya nama Cheena, mabuk aku. Tapi takpe, kita belajar sejarah.

Banyak peta dalam buku yang saya baca ni, tunjukkan negara 5,000 tahun ni kejap kembang jadi besar sampai Afghanistan dan menelan Vietnam, kejap kuncup sehingga kecik saja kerana diserang Mongol dan Muslim dari Sinkiang (kini Xinjiang, sebahagian dari China).
Sebab tu bangsa China sekarang ni (baik di Malaysia dan Singapork) pandai strategi, sebab atok nenek mereka kerap gaduh agaknya.
Yang Melayu mat jenin duduk bawah pokok kelapa tunggu padi tumbuh....

Tapi belum habis lagi!
- Di penghujung zaman Qing dan Republic of China tu ada pompuan jadi first lady, dipanggil Empress Dowager hinggalah The Last Emperor Puyi, yang mati jadi tukang kebun.
Beliau ditukangkebunkan oleh Mao Zedong (ejaan lama Mao Tse Tung) dan geng Komunis, apabila China digelar hingga hari ini People's Republic of China atau PRC.

Kamu jangan salah pula - bila orang kata 'Republic of China' hari ini, itu TAIWAN. China ialah People's Republic atau PRC.



BERSAMBUNG.... 

Kenapa sibuk nah saya tentang China? Sebab mereka dah hampir sungguh jadi superpower baru - dah ada aircraft carrier, pelaburan di seluruh dunia, dan kini dah ada stealth submarine dan baru dua minggu lalu: Stealth jet fighter!
Bank terbesar di dunia hari ini siapa?
Citibank? Hongkong & Shanghai Bank? Standard Chartered? Nope.
ICBC! Industrial and Commercial Bank of China.

Untung kita hidup zaman ini. Dulu zaman Soviet jatuh berpecah!
Lepas tu zaman Mahathir tendang Anwar yang sungguh mengejutkan dan menukar sejarah perangai Melayu dan sejarah Malaysia.
Lepas tu zaman Islam dibenci setelah peristiwa 911.
Kini kita dapat lihat kenaikan China. Dan India.

Cerita saya tentang strategi China block India di sini.

18 comments:

koolmokcikZ said...

Good one pakchick. I loike

baiti said...

salam rem,
menarik dan seronok baca sejarah negara china; tapi pada masa yang sama, kita juga harus mengkaji sejarah kerajaan melayu dari langkasuka, bukan melaka ...

Anonymous said...

Op Ed

Tolong explain sikit punca apa sebenar rakyat Cina berhijrah keluar dari negara mereka sendiri beramai-ramai.

Agaknya sekarang ada generasi ke 2 -3 yang sumpah tok nenek mereka tinggalkan kampung dulu sebab Cina dah mewah sekarang.

-Malik-

Anonymous said...

Tuan,

Zaman Qing (org Mancu) sekitar 1861, kemuncak orang muslim di bunuh, sekitar 1 juta orang, di wilayan Yunnan, ke selatan, ramai yang lari sampai ke Kota Bahru / Kuala Trengganu ada yang kawing dgn orang tempatan.


meru

RUMAH BAMBU said...

Pakchick Rem.....good one ni...Saya request lak lepas ni cite sebab India pula....kenape datang ramai2 ke Malaysia...lepas tu cita pasal mengape Indon lak datang ramai2 ...very interesting.............tapi ini bermakna MALAYSIA lagi ineteresting...kan...kan...kan?

Anonymous said...

Tapi ah Rem, aku tgok bngsa ni smakin tak d gemari org, d mana2 ceruk di dunia ni sekarang. Ada tempat 'made in china' dah d boikot bab quality ilek!

Gulliver

Ummie said...

As US is facing a trillion dollar national debt, some Americans are known to exchange their US$ to Yuan. What do you say of the situation?

remgold said...

baiti,
langkasuka tu yg tepat. bermula di kedah dan lembah valley. terima kasih. 1,000 thn lalu.
http://en.wikipedia.org/wiki/Langkasuka

tapi agaknya saya sebut melaka sebab teringat ali rustam cucu hang tuah, bukan azizan razak kat kedah kot :-)
yg kesian utk melayu kini, tak ramai orang tulis buku dan buat movie yg jadi popular ceritakan sejarah kita.
tak ramai kita popularkan cerita2 lama kpd anak cucu (termasuk saya).

malik,
saya orang spork, setelah kerja semua balik rumah masing2 naik mrt.
bila saya tiba kerja di kl dulu, terperanjat: sebab ramai sungguh2 orang kl BUKAN dari kl. semua penghijrah, semua 'orang dari kampung'. ramai sewa rumah di kl.
sebabnya sama dgn warga china - di mana di dunia ini pun ada chinatown. orang yg lapar dan ingin cari kerja lebih baik, akan berhijrah. negara besar tapi mereka ni dari dulu asyik berperang - fight for resources. jadi sebab tu diaspora china begitu besar. banyak lari keluar negara.

saya tak tahu orang msia berbangsa cainis, tapi orang spork bangsa cheena ni ramai dah mula ke china cari kerja dan ada juga yg tak mahu pulang lagi. rakankerja saya kawin ahmoi china dan katanya nak retire di sana (bukan di australia, canada, msia macam orang spork lain).

meru,
boleh kasi link tentang pembunuhan ni. china ni kalau gaduh yg mati berjuta beb. tapi bab muslsm kena bunuh 1juta saya belum terbaca.

rumah bambu,
india bangla myanmar pun boleh! nanti kita ngobrol bersama.
mereka ke msia sebab banyak kerja yg bergaji besar berbanding negara sendiri. sama juga saya dulu di msia selama 12 thn. berkelana tumpang cari makan.

gulliver,
biasalah beb, kalau dah ramai sangat kat mana2, akan mula dicurigai. dan kerana orang luar gerenti kerja lebih kuat dari orang tempatan (termasuk dl kl tu) maka tentu ada yg benci mereka.

ummie,
avoid buying US-dollar assets for now. buy yuan assets. atau asset negara BRIC - brazil russia india china.
asset = pelaburan. baik saham, matawang, bond, property.

saya dah mula kumpul matawang (banknote), setem china sebab dah jadi bahan pelaburan satu dunia.
orang kaya beli bond, property di china. yg miskin beli yg kecik2 macam postage stamps.
baca sini:

http://www.nytimes.com/2010/11/19/fashion/19iht-acagstamp.html

http://www.google.com.sg/search?hl=en&q=china+stamps+invest&aq=f&aqi=&aql=&oq=

tapi jika anda melabur dgn horizon 5thn, masa inilah yg baik nak beli US assets. jadi contrarian investor.
yg orang tak mahu tu kamu beli!

saya tahu warga spork kaya kini lagi sibuk beli asset di US (rumah, bond, companies). sebab bila dia rebound naik kelak, syiok. cuma yg saya khuatir, ekonomi dan power amerika ni makin pudar.
(PEMBETULAN TELAH DIBUAT)
misalnya, dulu US$1 dapat S$1.5.
Kini lebih kurang S$1.35 dapat US$1. singdollar makin kuat.
jadi jika banyak rezeki SIMPAN DALAM FIXED DEPOSIT S$100,000 dan simpan TIGA-lima tahun. bila dolar naik kembali ke S$1.5 per dollar, kamu untung lah.
yg problem jika US dollar terus turun ke S$1.3.
TAPI PAYAH US DOLLAR NAK NAIK SEBAB INTEREST RATE AKAN TETAP RENDAH DLM 3-5TAHUN INI.
YG NAIK NAIKKAN INTEREST RATE TAHUN INI (AKIBAT INFLASI DAN AGAR EKONOMI TAK TERLALU DERAS) IALAH CHINA, MUNGKIN INDIA PUN.

remgold said...

tambahan.
Ummie!
ah pak chic di opis ni, baru baca cerita yg menakutkan amerika dan memberi senyuman lebar kpd penyokong china jadi superpower (seperti saya)

- pembeli terbesar bond amerika (US debt) ialah china! hahaha.
maknanya jika esok amerika bising2 nak serang china atau marah2 china, beijing jual semua amerika bonds akan ranap ekonomi amerika.

http://www.google.com.sg/#hl=en&xhr=t&q=china+US+creditor&cp=16&um=1&ie=UTF-8&tbo=u&tbs=nws:1&source=og&sa=N&tab=wn&fp=c8cc45f280b33a2d

peringatan utk kita semua - jika jual bond (baik petronas, tenaga, kerajaan msia) jengoklah siapa yg beli.
mereka boleh jadikan senjata ekonomi beb. kamu bising2 kami jual bond kamu, hancus ekonomi kamu!

Anonymous said...

Tuan,

en.wikipedia.org/wiki/Panthay

www.echinaromance.com/customs/history.htm

[PDF] The Chinese Sultanate: Islam, Ethnicity, and the Panthay Rebellion ...File Format: PDF/Adobe Acrobat - Quick View
by DG Atwill - Cited by 9 - Related articles
and documents in detail the massacre of Muslims by Han officials and mili- tia as well as major Hui resistance campaigns: rebellions in Yunnan's east- ...
i-epistemology.net/.../912_ajiss23-3-stripped%20-%20Book%20Reviews%20 -%20The%20Chinese%20Sultanate%20- ... - Similar

meru

ninotaziz said...

Dear Sir Remgold,

Wahhh, suka sangat visit website Oped hari ni. Setuju dengan Baiti, kita pun boleh sama sama pelopori, hayati dan selami sejarah sendiri -Gangga Nagara, Gellangui, Langkasuka dan sebagainya.

Buat Sir Remgold, kalau teringin atau ada masa, sebuah hikayat silam negeri China

http://ahikayataday.blogspot.com/2011/01/legend-of-lady-white-snake.html

(I am in the midst of writing Asian folklore - so seronok mengkaji folklore China, India, Laos, Vietnam dan yang terdekat di SEA - semua mempunyai persamaan yang mendalam - best giler)

Sarjan Hassan said...

Salaam Reme

Jika kurun ke 19 adalah zaman kebangkitan Eropah, ke 20 adalah zaman Amerika, jadi kurun ke 21 tak terkejut merupakan zaman Cina.

Cuma bila pulak zaman Islam nak bangkit semula seperti kurun pertengahan dahulu. Teringat ibnu sina, Quarismi, dan ramai lagi.

remgold said...

meru, ninotaiz,
terima kasih banyak - untung saya dapat belajar benda2 baru!
saya tak tahu pun ada orang islam burma di sebelah yunnan! ingat orang islam burma cuma rohingya! skrg dah tahu.
kesian umat dipecah2kan di mana2 (palestine, russia, china, india, afrika, kalau kamu nak include spork pun suka hatilah, etc), tapi tak ada negara hero yg boleh defend kita).

tentang hikayat silam. wah. terima kasih maam.
ini pun saya lagi syiok dgn hikayat2 china.
saya lebih suka cerita nenek kebayan gunung ledang dan nyi roro kidul, tapi nak cuba selami fikiran mamat china ni.
once u know how they think, u can, ahem, make use of them!

saya faham benar how sporeans think. dan setelah tinggal di msia 12thn dulu, saya faham pemikiran dan kekuatan-kelemahan msia dan orang msia (baik melayu atau yg lain).
ini nak cuba fahami china sebab jika depa jadi superpower, kita nak minta tolong sikit umat islam ni.

hah - baiti pun kasi saya info yg terlupa! langkasuka. malu saya tak tahu sejarah msia! nasib baik saya tahu spork pernah kena serang ikan todak!

sarjan hassan,
umat mana pun - jika lihat sejarah - akan menang bila economic power dan military power kuat.
baik zaman empayar islam dulu, china dan USA mahupun colonial britain dulu.
alexander the great - kamu lihat peta greece. kecik saja negara tu! tapi sebab dulu ada military might!
sama juga mongolia dan genghis khan.

kita umat islam nak buat senapang dan meriam pun tahu, nak buat sofwe basic pun tak tahu macam mana nak control dunia?
mereka lepaskan algos dan stuxnet, hancus kita!

negara2 umat islam ada economic power - banyak minyak, tapi military power tak ada. intelktual power ilek.
orang tertawakan kita pun kita tak boleh buat apa.
jadi inilah pada saya sebab kita kena sokong china's military dan economic might.

Malaysian in Spore. said...

Rem

Kalau awak nak faham sikap cina di Malaysia, baca buku ni - The Chinese Dilemma by Ye Lin Sheng.

Di tulis sendiri oleh Cainis Malaysia, very frank and open opinion.

BTW - kenapa LKY suruh umat M di spore to be less strict in order to be intergrated in the nation building process. Apa maksud dia ? Alquran dan hadis sudah menetapkan dan menerangkan sebab musabab hukum itu di turunkan.

MUIS perlu bagi penerangan kat LKY.

remgold said...

malaysian in spore,
kamu cari pasal ler. saya ingat nak masuk topik ni di lain hari ;-)

cerita asal:
http://www.thejakartaglobe.com/home/singapores-lee-kuan-yew-urges-muslims-to-be-less-strict/418524

tak yah nak melenting.
dia cakap tu dari kacamata bukan muslim, kapir harbi - orang melayu ni ajak minum beer tak boleh (boleh pekik 'takbir! take beer!' saja); makan semeja jika mereka makan babi kita tutup hidung; ajak makan malam kamu kata nak solat maghrib dulu, jumpa 8.30pm.
bila ajak masuk chinese restaurant, tak mahu; ajak duduk minum kedai kopi kamu kata tak ada halal sign; ajak berjabat kamu kata tak boleh.
lepas tu pakai tudung, pakai glove; sibuk bual isu pergaulan lelaki-wanita dan syurga-neraka tapi tak pernah tentang dalamkan ilmu dan buat sofwe dan senjata agar dapat lawan musuh.
bodoh sakan menyemak kat dunia tapi tak terima bila orang suruh tingkat ilmu agar dapat kalahkan musuh.

jadi berbeza sungguh cara umat melayu bernama muslim ni.
jika kamu nak melenting lawan cakap dan debat suka hatilah. mungkin jika debat kamu menang pun. nak debat pakai quran dan hadis pun pakailah.

pada saya lebih penting yg saya buat tiap hari walau kecik zarrah saja.
yg menunjukkan, i am different from u, yet i am one of u. accept me as i am. accept our differences. in fact, Celebrate our differences.

- pada saya, saya kerja lebih kuat dari mereka - saya masuk kerja jam 11pg. 99pct saya dah duduk kat kerusi sebelum yg lain sampai by 10.59am. biar mereka tengok - ooi, mamat malayo ni cepat tiba. yg lain masuk 11.20, 1130.
orang balik 8-8.30mlm, saya gerenti kamu saya balik 9-10mlm most of the time. sebab saya tunggu hingga berita2 yg saya edit tu dah selesai dengan sub-editors dan takut night editor ada apa2 soalan.
orang edit 2-3 stories sehari, saya pastikan saya buat 5-8. saya dapat kerja pantas sebab dulu kerja wire agency. semua pemberita bekas wire agency dapat menulis dan edit lebih pantas.

- saya berbahasa lebih manis dari mereka. bila email saya panggil mereka 'maam' dan 'sir'.
naik teksi pun saya suka kata 'sir, can u please stop at that building pls'. 'how many hours do u work a day, sir?'
nak turun teksi 'thank u, sir'.

- nampak tukang sapu dan pembersih jamban (kebanyakan warga china) tak salah kita 'hello, had dinner?'. takkan kita sapa boss besar saja? dan saya tunduk2 dgn mereka ni macam jepun bila jumpa rakan.

- ini rahsia lagi satu: saya suka belikan rakan2 benda2 kecil sebagai hadiah. kopi cawan kecik, biskut. saya suka buat joke kat opis.
apasal? agar mereka kata dlm hati mereka: this meley boy ah, his race wanna bomb us all, his religion is v bad, stupid religion cos everything cannot. then again, maybe it is not so bad after all.'

benda kecik2 beb. kamu mungkin kata - ye elleh, benda remeh ini pun dia nak action. kita solat tahajud tiap malam tak cakap apa pun.
saya tak mampu nak ajak mereka debat islam itu indah' atau nak tunjuk agama saya ni tak jahat, bahawa yg gila ialah pak arab dan sekutunya. dan mereka sebenarnya marah isu palestin etc.
mereka bodoh sebab semua ketua mereka korupt idea, korupt wang dan korupt kuasa, tak tunjuk jalan strategik.
tak pandai agama saya ni, jadi saya buat semampu saya.
saya tahu mereka semua harap dgn saya jika ada isu politik tenggara asia, muslim issues dan isu pelaburan.
i am different from u, yet i am one of u. nay, in some issues, i am better than u.

pada saya kuan yew nak kata pun katalah. kamu tunjuk ayat quran dan hadis nabi pun tak guna sebab esok mereka masih cemuh agama dan bangsa kita.
kita kena tunjukkan bahawa kita boleh berdiri sama tinggi, duduk sama masuk longkang dgn mereka.
maaf, aku action sikit. mabuk sikit malam ni sebab makan ubat batuk.
i am a muslim and i am not a terrorist, kata shah rukh khan.

baiti said...

Rem, elok dibukukan strategi pintar dalam menangani Islamphobia dan kelangsungan jangka panjang umat M ala Sun Tze's Art of War.
Ninotaziz, saya amat berminat merakamkan cerita-cerita rakyat Nusantara tapi kalau seorang-seorang, mudah lemah semangat ;)

Ummie said...

Every non-muslim is potential muslim.
And I've seen many are more religious than us, as they revert to Islam with religious knowledge and eyes wide open.
For everything, there are 360 angles we can view them.

jawa said...

salam tuan,

sila layari blog berikut untuk sejarah melayu sebagai rujukan tuan:

http://mistisfiles.blogspot.com/

http://riwayatmelayu.blogspot.com/

http://halamansrikandi.blogspot.com/

terima kasih