Tuesday, 25 January 2011

Sejarah China... RISING! Bah. 2/2

....SAMBUNGAN.... dari ngobrol lepas tentang kebangkitan China.

SEBELUM itu baik saya kata dulu: Maaf tuan-puan, saya bukan penganalisa atau akademik dalam isu ini dan banyak isu lain yang dicerita dalam blog saya. Kita bual kosong saja ya, 'ngobrol' kata Wak jawa, jadi tentunya banyak yang silap. Harap betulkan.


DALAM sejarahnya beribu tahun, India tak cuba menyerang atau conquer negara di luarnya (tak termasuk Pakistan dan Bangladesh - yang memang dulu sebahagian daripada India).
Mamat-mamak nenek moyang saya ni sibuk gaduh sama sendiri.

Tapi sejarah China lain.
Dia pernah dua kali hantar beratus kapal perang nak serang Jepun.
Dalam dinasti Yuan, orang Mongol kuasai China dan Kublai Khan hantar kapal perang dua kali - tahun 1274 dan 1281.
Nasib baik bagi Jepun, kedua-dua kali itu kapal semua kena typhoon dan banyak tenggelam dan yang lain calibut lari.
Bagi Jepun, angin kencang itu dipanggil divine wind atau kamikaze.

China juga pernah menelan utara Vietnam, utara Myanmar, selatan Russia, dan seluruh Korea dalam sejarah 5,000 tahun.
Dan kini ia menelan Inner Mongolia, dan juga Tibet (sehingga memaksa 'raja' mereka Dalai Lama lari ke India hingga hari ini.
China melalui Admiral Zheng He (Cheng Ho) pernah sampai ke Melaka dan negara tepi laut lain, dan minta tribute dari tempat-tempat ini - kalau tidak, takut kena serang. Cuma mereka guna diplomasi cara baik, bukan ugutan.

Dan hari ini, seperti saya pernah ngobrol, China yang sedang naik ekonomi dan kekuatan militernya sedang cucuk India di Arunachal Pradesh state dan di Jammu dan Kashmir. Cerita dan peta di sini dan di sini.
Dan kita semua tahu, China terus bertegang urat dengan Vietnam berebut Paracel islands, dan dengan Filipina, Malaysia, Vietnam dan lain berebut Spratlys islands. Lihat Peta.

Kerana sejarah China inilah, sebagai expansionist country, atau imperialist country - negara yang suka berkembang dengan ngap orang lain - maka Amerika, India dan yang lain agak cemas dengan kebangkitan ekonomi dan militernya.


DULU Amerika licik apabila Presiden Gorbachev naik di Soviet Union.
Mereka pastikan Soviet berpecah dan berkecai - sehingga jadi Russia dan berbelas negara kecil seperti Kazakhstan, Azerbaijan, Tajikistan dan Gohead-gostan.

KINI Amerika takut kerana tak tahu bagaimana nak sekat kemaraan China. Dulu ekonomi Amerika kuat jadi boleh kemekkan Soviet.
Kini ekonominya sendiri dah masuk longkang, sedangkan China sedang pesat membangun.
Malah negara terbesar yang membeli bond (hutang-piutang) Amerika ialah China! Kahkahkah.
Lihat table ini. Singapork dan Malaysia pun ada beli bond US. Mereka panggil Treasury Securities, T-bills atau T-bond.

---------------------------------------

LARI TOPIK KEJAP: 
Apa itu Bond?
Apabila syarikat atau negara nak pinjam wang, mereka boleh ke bank dan ambil pinjaman, macam kita ambil loan beli kereta.
Tapi ada satu lagi cara meminjam wang - dengan suruh pelabur membeli bond kita. Kita keluarkan kertas cantik di mana ditulis: Kamu beli kertas ini dengan harga US$1 juta. Kami, negara Amerika, janji akan bayar kamu 7-5/8 peratus bunga, misalnya, setiap tahun hingga tahun 20xx.
Lihat Gambar.
Jadi janganlah takut bila orang sebut bond, treasury bills, debt market instruments, atau fixed income securities. Permainan yang bijak, akhirnya ada yg hancurkan dunia pada 2008 apabila housing debt instruments mereka merobohkan pasaran kewangan.

Kalau kita orang biasa, kita panggil Buku Tiga-Lima.
Kamu pinjam duit Ahmad $1,000, maka dia tulis dalam 'Buku 555' bahawa kamu janji bayar RM50 sebulan hingga tahun 20xx.
Cuma kertas bond ni cantik ler.
Ini belum masuk bab muni bonds, sovereign debt, junk bonds, samurai bonds, T-notes, yankee bonds, coupon rates. Tapi benda tu jugak beb. Percayalah, jika diexplain lima minit kamu akan faham.
Ini permainan orang atas yg boleh menipu kita orang kampung yg tak belajar maths.

---------------------------------------

China ini banyak pegang hutang-piutang Amerika. Jadi jika Amerika bising-bising nak tekan mereka, takut pula Beijing JUAL bond ni banyak-banyak di pasaran dunia. Boleh jadi problem terhadap Uncle Sam. Boleh ranap ekonomi Amerika.

Dan kini, kerana nak kuatkan ekonomi Amerika, bank pusatnya Federal Reserve, dah cetak wang banyak-banyak hingga dolar Amerika jatuh teruk.
Sedangkan matawang China, Yuan atau juga dipanggil Renminbi, semakin kuat.
Begitu kuat matawang China sehingga ada nama jolokan baru untuk bond China - baru saya terbaca malam ini - dim-sum bonds.

Apabila negara atau syarikat keluarkan bonds dalam American dollars, ia dipanggil Yankee Bonds.
Jika bond dalam matawang Jepun (Yen), ia dipanggil Samurai Bonds.
Yang dalam Chinese yuan pula dapat gelaran baru, Dim-Sum Bonds.

Petronas selalunya jual bonds dalam matawang Amerika. Tapi esok jika Petronas jual bonds dalam ringgit Malaysia, kita akan panggil dia Belacan Bonds.
Singapork jika jual dalam Singdollar, kita akan panggil Bakkwa Bonds, ok tak?



DENGAN kenaikan ekonomi China ni, saya pasti tak lama lagi mereka akan jadi Superpower Kedua, setelah lesapnya Soviet dulu.
Saya dah mention sebelum ini, China dah ada satu aircraft carrier.
Mereka mengejutkan ramai orang bila ada stealth submarine (ada yang kata ini cerita dongeng. Saya bukan penganalisis pertahanan. Tak tahu ler, cuma pickup berita ini).
Dan baru dua-tiga minggu ni, heboh satu dunia dengan stealth jetfighter China. Gambar.
Teknologi stealth ni bermakna, radar kamu tak dapat kesan mereka. Tiba-tiba kaboom! Kamu dah kena serang!



PENGHUJUNG CERITA

SAYA bukan nak apa cerita panjang-panjang tentang China ni.
Saya dah jemu dengan gelagat Amerika dan medianya.

Mereka pergunakan umat M ni - nak minyak murah lalu mereka sokong rejim-rejim zalim yang begitu banyak di negara Arab, agar rakyat kena tekan. Dan mereka dapat pam minyak dan gas dengan murah tanpa banyak soalan dari rakyat.
Lepas tu bila Osama dan geng mengamuk dan serang mereka, mereka salahkan Saudi kerana sekat rakyat dan bawa Islam yang sempit. Hello. Mereka jadi gitu sebab kamu yang backing rejim Arab sedemikian.

Di Iran pun dulu sehingga lahir Ayatollah Khomeini dan hingga hari ini ada Presiden Ahmedinijad yang mereka benci.
Iran jadi gitu sebab dulu kamu sokong Shah Iran yang bunuh rakyat agar kamu dapat minyak dengan murah, bahalol.

Di Afghanistan dulu, mereka tak dapat kalahkan Soviet yang masuk Afghanistan.
Lalu mereka sokong Taliban di Pakistan dan gunakan madrasah-madrasah dan ulama fahaman extreme untuk lawan Soviet. Makin extreme ajarannya makin bagus sebab tak takut mati lawan komunis Soviet.
Amerika bekalkan senjata termasuk Stinger missile.

Anda nak tahu detail tapi malas nak baca buku atau Internet? Ada movie beb yang kasi detail ni - starring Tom Hanks dan Julia Roberts - Charlie Wilson's War.
Hanks sebagai Senator Charlie Wilson yang masuk ke Paki dan Afghanistan, dan beri wang dan senjata berbilion!
Bila Soviet dah lari, mereka tak ambil senjata kembali. Taliban berkuasa menggila di Afghanistan dan madrasah ilmu-sempit merebak di Pakistan.
Mereka komplot serang kamu.
Eh! Kamu salahkan umat M lagi - kenapa extreme agama kamu ni?
Kenapa tak kurangkan sifat keIslaman kamu, kata Kuan Yew.
Kan kamu dulu yang ajar Taliban dan madrasah berfikiran begini agar benci sakan dengan Soviet?!?!



Di Iraq, mereka juga yang buat Sunni, Syiah berbunuh teruk hingga hari ini, selepas rakan mereka Saddam Hussein mampos.
Dulu mereka sokong Saddam agar dapat kalahkan Khomeini di Iran. Yang beri teknologi sarin gas tu siapa? Amerika beb.
Agar Saddam dapat kasi gas beracun kepada bala tentera Iran!

Isu Palestine pun sama. Mereka dodoikan kita dengan lagu enak, sedangkan sokong penuh dengan Yahudi.

JADI pada saya, baik kita sokong China ni naik jadi Superpower Kedua.
Biar ada balance of power macam dulu dengan Soviet.
Kamu tak sokong kami? OK, kami lari ke China.
Kamu tak mahu jual senjata? OK, China nak jual.
Kamu tak sokong kami di United Nations, tak apa China boleh sokong.

MALUlah umat M ni minta sedekah macam ni.
Tapi nak buat apa?
Pemimpin kita sibuk nak debat. Nak habiskan wang. Gaduh benda remeh dalam DUN dan Parlimen.

Sehingga kita mampu buat senjata stealth sendiri, cipta Algos dan Stuxnet sendiri, kita terus merempat ler.
Jadi buih di laut.

25 comments:

Anonymous said...

yang aku kelakar tu siap ada selingan cerita pasal bond.. hehehe..

mat sentol aka mat bond

vinnan said...

Mengapa Malaysial mahu beli bon Amerika? Wang bon yang didapati Amerika digunakan untuk mengebom dan bunuh orang Islam. Malaysial betul.

Anonymous said...

singapore bond = todak bond.

stealth plane = cari lorong angin laju menegak.

Algos = belajar guna C #(sharp) buat script dalam NinjaTrader & macam-macam trading machine. metatrader terlalu complex untuk dipelajari.

Stuxnet belajar dari orang taiwan yang buat virus CIH yang boleh rosakkan bios(cmos) computer.

m8

Anonymous said...

Tuan,
Bila Cina jual bond US, US huruhara? Bagaimana?

Mesti ada orang nak beli bond itu, macam mana kalau orang tak ada nak beli. Atau hanya US saja wajib beli bond tu. Tolong tuan terangkan sikit.

Terima kasih

Meru

remgold said...

Vinnan dan Meru,
msia, spork dan banyak negara lain beli bond america sebab pulangan yg baik. dan gerenti selamat.
kalau saya banyak duit, saya pun nak beli! kalau ada duit, saya pun nak beli bond petronas!
selamat dan gerenti pulangan tinggi macam ASN dan ASB.

amerika ni negara kuasa besar dan ekonomi terbesar di dunia. bondnya dijamin pemerintah uncle sam.
sama seperti ahmad pinjam duit $1,000 dari saya, tapi diguarantee oleh pakciknya banker mewah yang tinggal kat damansara heights dgn surat black&white.
selagi pemerintah amerika/pakcik si ahmad keadaannya ekonominya baik, maka pembeli bond (pelabur) rasa selamat.
sample bond yg saya tunjuk tu = depa bayar bunga 7-5/8 peratus setahun.
kalau kamu simpan fixed deposit kat spork cuma dapat 1.5 peratus bunga setahun. di msia FD jika tak salah 4-5 peratus (?) setahun.
jadi banyak orang suka beli bond negara besar dan syarikat besar yg stabil seperti petronas.
pasaran ini dinamakan Fixed Income Market.

maknanya bila kamu dah beli bond america $1mil, dapat fixed income 7-5/8 peratus setahun.
dan pemerintah amerika guarantee dalam 5tahun, 10tahun, 15tahun, atau 20tahun, mereka akan bayar wang $1mil tu balik.
jumlah tahun du dinamakan date of maturity. when the bond has matured, u will get back your principal amount of $1mil. sementara tu, tiap tahun kamu dapat bayaran fixed income 7-5/8 peratus dari $1mil = $76,250 (saya teka: selalu jika coupon rate = kadar bunga, tinggi gini ianya utk maturity 5tahun saja).

bezakan jika syarikat saya, Remgold Cepat Kaya keluarkan bond. orang akan tanya siapa pulak depa ni? kerana nama saya tak terkenal, jika nak tarik pelabur, saya kena offer coupon rate (pulangan) lebih tinggi.
amerika bayar 7-5/8 peratus, mungkin saya kena offer pulangan 15 peratus. bond oleh syarikat atau negara lemah (misalnya jika zimbabwe keluarkan bond) dipanggil Junk Bonds = macam sampah. nak ambik takut, tapi tak ambik pulangannya tinggi!

jadi itulah sebabnya msia pun beli bond america ini. fixed income securities yg selamat dijamin.

di pasaran antarabangsa, dalam fixed income market, ada trading = perniagaan bond-bond ini.
tapi jika esok saya nak beli bond Remgold Cepat Kaya, maka saya jual bond amerika ini di pasaran bond.
atau mungkin kerajaan msia nak gunakan wang beratus juta nak buat sistem mrt, maka kena jual bond america ni di pasaran agar dapat cash.
atau mungkin saya kata - eleh, sikit sangat 7-5/8 peratus ni, saya nak beli saham di bursa msia, lagi cepat untung, maka saya jual bond petronas.

cakap mudah orang kampung - bayangkan jika Buku 555 kamu tu kamu boleh dagangkan. si Joe jual dgn Alex = 'beb lu beli ini Buku; bagus' = ahmad tu pinjam $1,000. dia gerenti bayar saya $50 sebulan hingga 2tahun. lepas tu dia bayar balik $1,000 tu.

jadi harga bond ini boleh naik turun. jika banyak yg jual, maka turunlah harganya.
lihat ni:

http://www.bloomberg.com/markets/rates-bonds/government-bonds/us/

...BERSAMBUNG...

Anonymous said...

Op Ed

Kalau UK terbitkan bond, adakah ia di panggil James Bond ? he he

anyhow, very interesting topic.

Cuma my 2 cent opinion is US mungkin akan cuba pecahkan Cina macam USSR dari Taiwan, south korea ataupun Xinjiang dan Tibet. We'll see

kelmarin US yang initiate buat military exercise dekat sempadan korea utara kan ? Of all the places in south korea.

PS - Bos kamu tak perasan ke kamu jawab komen blog time pejabat.

-Malik-

Naisophon said...

bunga 7 -5/8 tu apa pula?

remgold said...

malik,
kerja saya ni jika dah duduk kat kerusi, susah nak gerak. sebab banyak kerja dan bos selalu cari. orang lunch dinner satu jam, kami di Foreign Desk ST ni biasanya 15minit saja. 90 per cent of the time makan kat meja.
jadi bila dah ngantuk, kadang saya update blog.
pagi - contact corespondents atas arahan boss. ada 12 correspondents di Southeast Asia dan South Asia yg saya kacau tiap hari (email, sms, call).

lepas tu tunggu 2-3jam waktu petang tunggu mereka habis menulis. dlm masa menunggu tu lah banyak masa nak update blog juga.heehee.

kalau tidak pun, memang saya dibayar gaji berjuta setahun membaca online news, blogs dan akhbar. jadi boleh cilok main blog. kalau tidak, boleh mati keboringan beb. sebab tu saya minum Tall Wet Skinny Capuccino With One Equal dua kali sehari.

naisophon - tentang "bunga 7-5/8" (coupon rate of seven and five-eighths, kata bond trader america). kita yg pakai sistem decimal kata 7.625 per cent). itu cuma example yg saya beri - berdasarkan Gambar bond yg saya tampal kat posting tu.
bunga = duit bunga, kadar pulangan, fixed income, coupon rate yang dibayar oleh pemegang bond itu. bond sample yg saya tunjuk tu berharga US$1mil. anda dapat pulangan (duit bunga?) 7.625 per cent setiap tahun.

TENTANG china ini - sebab dia banyak pegang hutang-piutang amerika dlm bentuk bond. maka gerun juga amerika nak gertak banyak2.
macam si ahmad tu, dia hutang dgn kita $1,000 lepas tu action nak gertak kita. nanti aku minta kamu bayar segera hutang kamu, pingsan lu. tak mahu bayar aku pekik kat kawan2 kamu: ahmad ni pinjam duit lepas tu penipu tak mahu bayar!

kerana ada pasaran antarabangsa yg dagangkan US treasuries, bonds, jika china misalnya menjual banyak bond amerika ni, jadi problem besar.
bayangkan satu hari china jual berbilion bond amerika.

yg akan berlaku ialah semua pasaran kewangan (pasaran saham, emas, komoditi, foreign exchange, minyak) satu dunia akan bertanya: eh! china dah tak ada confidence dgn ekonomi amerika tak? sebab tu dia nak let-go banyak2.
maka pada hari itu saya gerenti: dolar amerika akan jatuh, emas-perak akan melambung, minyak jatuh teruk, saham semua collapse, komoditi (jagung, beras, palm oil, pork bellies futures, orang juice futures) pun saya rasa jatuh.
sebab orang takut china gaduh dgn amerika, ekonomi amerika akan lemah. mungkin china pun akan lemah ekonominya.

kerana amerika nak terus mewah, maka pemerintahnya pinjam banyak wang dgn mengeluarkan bond. macam kita - nak mewah maka pinjam banyak wang nak beli rumah dan kereta2 besar. satu hari kena gertak bank, hancus kamu.
kini bond amerika tu banyak dipegang china. seteru perdagangan dan politik washington. fuyoh. nice stranglehold china has on america!
baca ni, china acah sikit saja march lalu, jatuh semua US bonds dan dollar:

http://online.wsj.com/article/SB123692233477317069.html

Anonymous said...

Komen ni untuk Part 1

Rem
I had the chance to talk with Tun Musa Hitam last week. We both agreed that kerajaan tak payah lah perabih duit buat Talent Corp (www.talentcorp.com.my) nak panggil orang Malaysia balik for the Transformation programme. Biarlah kami cari pengalaman dan harta kat luar negara ni. Kalau betul nak ‘leapfrog’ and ‘transform’, let the mat salleh to help us. We have asked Japanese to help during the look east policy. Malangnya for 20 years transfer of technology doesn’t happen. Kita cuma pandai pasang chip bukan buat chip. My saintis partner tak sanggup kerja microelectronic chip’ company in Malaysia, sebab technology chip kita 15 tahun ke belakang. Mat salleh British has proven to us that ilmu yang ditinggalkan lepas merdeka dulu boleh majukan kita. Kalau tak kerana ilmu tu, dah lama kita bangang dan mundur macam … atau …jiran kita tu. Why not invite the mat salleh professional to come to Malaysia and help us in our Transformation Programme? They can easily adapt to our culture and our style of working is similar where we adopt the global standard work culture and governance. Let them stay for 3-5 years and we work together not just for them to transfer knowledge and skills but also to develop, create and innovate new knowledge and technology. We can capitalize from each other’s strengths and create innovative technology for global market. Malaysia can do that. We are well known for our innovativeness. Takkan mat salleh ni nak jual opium tipu kita. Budak melayu pun tak heran sebab dah biasa hisap dadah, heroin dan ecstacy, siap ada makmal lagi. Kita pun dah maju ke depan dah!.
Seriously, when you talk about China becoming the superpower.. let’s be honest about it. Do we want to? Sejarah beribu tahun membuktikan depa tak boleh jadi pemimpin dunia. Tapi sekarang kat mana pun di dunia ni depa ada. Kat pasar souk Damsyik, barang2 tradisional Arab, semua made in China. Saudagar Arab yang buat produk tu berpuloh2 tahun sebelum ni, mengeluh sebab business kena abilalih dek orang dari China. The Arab countries and global businessmen complaint about their work quality and low cost. China State companies offer to fund projects for BOT at very low price, tanpa untung, asal dapat sediakan kerja untuk bermillion2 pekerja China yang ada di luar negara dan kemudian import barang2 dari China. This is one way for them to dispose trillions of US reserves through project development and provide jobs opportunity worldwide. Now, competition becomes stiffer as we compete with China, not the world. Global businessmen from western countries that bring quality and brands could not survive, either. Banyak syarikat Malaysia bungkus balik kampong, bukan sebab GLC ni tak pandai tapi macamana nak lawan price dengan China? Sampai plastic sampah pun bawa dari China. Saya tengok sendiri, pekerja2 China contractor yang gaji mereka tak sampai 1 dirham sehari makan mee campur kicap hari2. Tak de rencah ikan bilis ke udang ke, sayur ke macam orang Malaysia…sori. Sebab tu murah. Now, many of the Arab countries are not happy with China. I look at it from one angle, because they don’t respect the local culture. Depa datang sini (saya di Middle East), bawa budaya mereka dan tak mahu bertolak ansur. Mesti ikut cara mereka, use their terms, guna orang mereka dan beli barang mereka. They are localized among themselves dan tak mengembek atau menguak macam kita. How can they be the leader and replace US? All around the world, wujud Chinatown, and what do they bring? Gangsterism dan pelacuran. Suami saya pun di goda pelacur China kat tepi jalan Abu Dhabi….hissh!!!

Mas from Middle East

Anonymous said...

Sambung

Rem, you talk about BRIC. Now let me tell you pengalaman saya dengan orang India. Who said they are well advanced then Malaysia? I know because I teach and train Indian engineers from India here in the Middle East, on something I have done 15 years ago in Malaysia!. Di mana silap kita, if we are no more one of the Asian tiger? Kalau jalan satu dunia ni, jumpa Malaysian atau Singaporean keturunan India, tak sorang pun yang mahu mengaku datang dari India atau mahu dikaitkan dengan orang India dari India. Believe me; our Indians countrymen are proud to be Malaysian or Singaporean! A well, cultured developing nations. Sebab tu Hindraf tuntut Queen E bagi duit bukan tuntut bagi tanah untuk depa nak balik India! Di sini, kalau orang India dari India jadi ketua jabatan, alamat lah habis mat salleh bawah dia atau Arab bawah dia kena buang dan dia angkut semua puak2 dia dari India untuk ganti kerja bawah dia. Tak kira jabatan kerajaan atau syarikat, dia buat macam mak bapak dia punya syarikat. Tengok lah kepimpinan melalui teladan dari pemimpin depa…PM and Presiden semua puak satu perut. Kalau tak complaint sampai top management, alamat bertahun2 lah ‘management by fear’ and ‘slavery style’ dek orang India ni bermaharajalela dalam syarikat. Orang Arab yang salah sebab percaya sangat kat orang India bagi manage company. Ini belum lagi bau badan depa. Huh! Satu office kepalang nak termuntah!

So, I still prefer mat salleh to be the super power! not Chinese laa

Mas from Middle East

ninotaziz said...

Thank you Mas.

remgold said...

bro mas,
oooi syiok baca cerita panjang2. terima kasih banyak.
pendapat masing2 tuan, sama ada china patut jadi superpower atau tidak.

pendapat saya (boleh respond lepas ni beb!):
yg saya ngobrol ialah sebagai cara strategik nak bantu masalah umat m yg bodoh (ya, kita semua, sorry ah) yg dari dulu kena tipu dgn omputeh.
yg naikkan negara israel kat tengah2 negara arab tu ialah omputeh amerika, britain, eropah, sebab mereka ada guilty conscience dah banyak yahudi kena bunuh.
yg dulu perbodohkan kita sebagai colonial masters beratus tahun di malaysia, indonesia etc juga omputeh.
yg datang ke negara kita hari ini - nak gaji besar tapi kerja sama juga macam kita, pun, omputeh.
mereka jadi expat nak gaji dua kali ganda dan jadi consultant, tapi aku pun boleh buat kerja tu.
sama juga yg menipu pak arab di banyak negara arab - mat salleh yg kerana orang respect sangat warna kulit mereka, dibayar gaji lebih tinggi dari yg warna coklat dan kuning.

saya tak benci mereka, cuma kerana tuan dah mention bangsa ini, saya kata juga. saya respect besar omputeh ni kerana mereka ada inventors' genes (industrial revolution tu kerana mereka, dan kini all the computer, internet stuff), yg kita malayo-arab semua tak ada!
tapi yg kerja di negara arab dan asia ni kebanyakannya adalah failures - sebab tu kena lari dari negara mereka. hahaha.
saya 9tahun kerja dgn mamat omputeh wartawan 'top' konon, dari pelbagai negara dulu. yg saya lihat wartawan berbangsa yahudi lebih pandai dan cekap. yg pure omputeh ni ramai juga yg rilek one kornar macam kita.

SHORTCUT: kalau kita nak argue sama ada china atau omputeh lebih baik jadi superpower, sama saja pada saya bangsa apa pun. terpulang pengalaman masing2.
tapi dari pandangan saya, dunia lebih selamat jika ada dua superpower (tiga lagi baik, sebab tu saya harap russia boleh jadi kuat seperti zaman soviet). mereka akan main game balance of power yg bantu umat.

tentang harga barang murah buatan china, atau perangai buruk tu - bangsa apa pun sama. kalau esok kita boleh buat barangan murah yg dapat dijual di seluruh dunia, takkan kita tak buat?

saya tak gemar langsung bila orang kata bangsa china penipu, india pengotor. sebab nanti bila orang kata melayu pemalas, kita marah pula. ie kita ambil perangai buruk bangsa itu saja dan kata - there u are, they are all like that!

kalau kita ambil perangai baik mereka - china dan india dah hantar rocket ke angkasa, tak payah tumpang rocket orang lain, lepas tu ngaku ada angkasawan negara. malu aku.

mereka buat senjata kecil dan besar sendiri (china, india ada aircraft carrier buatan sendiri, jet pejuang, inter continental ballistic missile, among the best software engineers etc). nasib baik ada saintis pakistan yg boleh buat juga bom nuklear tu, jika tidak hancus kita ketinggalan.

jika anda lihat top 100 forbes companies tu, ramai beb bangsa india ni kat atas. ie kalau kita nak tengok kebaikan bangsa tu (antara top bosses HP, Pepsico, Citibank misalnya).

yg paling kuat kerja di singapork, bukan melayu atau mat salleh, bukan juga cainis spork pun.
tapi cainis dari china dan indians dari india, serta orang filipina.
kerana mereka lapar - kurang wang dan ilmu. itu yg saya takut utk anak2 saya. mereka berjuta2 keluar dari negara mereka sebab lapar, kita kat spork msia rilek sebab semua serba serbi cukup. ada rumah kat kampung, dah ada flat HDB besar. dah ada iphone dan kereta.mereka datang tangan kosong.
anyway, ini pandangan saya. tak semestinya betul. anda yg pernah kerja dgn kaum2 ni ada pandangan berbeza.
kita kongsi pengalaman.
the truth, as they say, if often found somewhere in the middle!

maarof chan said...

interesting as usual..btw bro any scoop in egypt protests?

Anonymous said...

Rem
Yes I do agree with you in many areas. Jangan ada satu superpower kat dunia ni. Kalau Russia, China and USA, memang bagus. They have proven that they can be superpowers. Saya pernah bagi pendapat 2 tahun dulu masa mula-mula economic crisis, sebenarnya Arab pun boleh jadi super power kalau mereka bersatu. Ketika tu Brown dan Bush merayu dan minta sedekah dari Pak2 Arab supaya masuk duit dalam IMF. Ingat tah Brown visited all the Arab countries?. Kat UAE kena tolak mentah-mentah. Tapi Saudi bagi juga kat IMF. Saya kata kenapa tak guna kuasa minyak dan duit bantu Islamic Development Bank atau Asian Development Bank and make the banks as strong as IMF to help the muslim world?. Mereka boleh ambil kesempatan gunakan kuasa mereka ketika itu untuk jadi super power. Tapi that was history. Nak bersatu guna common Gulf currency pun tak boleh, macamana nak lawan dengan superpower lain…
MY concern here is more towards leapfrogging Malaysia into a developed nation dengan bekerjasama dengan British (not Americans). Ini termasuk bagi improve English efficiency dan technology development. Tun Mahathir pernah tanya saya, saya pandai cakap Arab ke mengajar University kat sini? Tidak, sini semua generasi muda fasih berbahasa English, berbanding anak Melayu. Mereka ada cara mengajar English di sekolah dan mereka petah berbahas mengeluarkan pendapat. Saya pernah bawa student saya (masters level) hadir talk dengan professional and businessmen kita. Mereka berani mengeluarkan pendapat dan berbahas, berbanding professional kita yang reserved dan mungkin mental block.

Rasanya kita tak lah bodoh boleh ditipu lagi, but we can work together, capitalizing or leveraging our advantages dalam tanahair sendiri. Recall how the Indians become advanced in technology? Lepas Y2K depa tak ada kerja tapi ramai berhijrah and help the world in IT and systems development. Silicon Valley was built by the Indians through their cheap and advanced IT skills. But they are at the operation and technical level, being led by the mat salleh as the leaders and strategies. Then they went back and build their country after gaining experience and led by the mat salleh. No doubt the Indians, Chinese and Philipinos are the hardworking lots. Here, they are at the operations level, depa taraf pekerja di sini. Sebaliknya Malaysia dan Singapore diletakkan setaraf dengan Mat Salleh, pengusaha dan professionals. Indians, Chinese and Philipinos tidak akan tolong dan bantu kita untuk majukan negara kita. So, kita kena ingat tu. Tak payahlah kita turun taraf!. Sebaliknya gunakan orang setaraf kita untuk membangunkan Negara sendiri. We are at strategic level, we are the thinkers, the planners, the innovators and we are able to create wealth for our nation. Kita pun dah sampai taraf tu, cuma bagaimana ubah sikap untuk majukan lagi negara sendiri. We need to collaborate with the leaders, bukan the workers. Kita tak boleh look inwards. Anak2 kita semua belajar dalam negeri tak pernah bercampur orang luar. This is a disadvantage for them.

Saya bercakap melalui pengalaman yang saya kongsi juga dengan pelajar2, Engineers dan Managers Arab GCC dan Indian yang sebenarnya sangat kagum dengan kita. Pengalaman yang saya timba berpuloh tahun di Malaysia yang saya kongsi di sini. Masalahnya kita selalu tak yakin dengan keupayaan kita, kita nampak orang lain rajin dan berjaya. tetapi bila kita bekerjasama dengan mereka, sebenarnya kita boleh lakukan dan kita lebih baik dari mereka, malah lebih baik dari some mat salleh.

The key word here is ‘leveraging’ from each others strengths, knowledge and skills with bangsa yang familiar with us and has proven to be the world leaders. Salam
Mas

mrt rider said...

Rem

saya stress pergi balik kerja naik MRT sebab perangai FT India dan Chainis dalam train. Bau tak perlu saya explain la.

Ini belum lagi tengok perangai couple muda buat show dalam MRT.

Anonymous said...

Rem
Saya lupa nak puji kamu.
Your writing on history lesson is very interesting. Story telling. Kalau kamu cikgu sejarah mau melopong mulut murid dengar story. Shabas! Just like my beloved history teacher when I was in Form 2 many years ago. A chinese teacher who wear tight fitting kebaya nyonya every day. A true Malaysian!. She converted the history lesson into story telling. I dont think there is anymore school teacher able to do that in government schools today.
Mas

Anonymous said...

Rem
aku kagum tgok kat negeri bric org2 muda depa bertungkus lumus kerja siang ari pas tu malam gi blajar mengejar tertiary edu.(smpai terentuk-entuk kpala d meja kepenatan) sebab depa tk bole nak harap scholarship.Its by the flocks maa. Amazing!!

Gulliver

Anonymous said...

US tu cam mana pon will be around for a long time. Dua2 power ni akan support one another as they need each other. Yg kena hempit adalah Europe dll.

Gulliver

Anonymous said...

saya hantar anak sekolah cina...
sebab saya yakin China akan menjadi kuasa besar kelak..terutamanya ekonomi..jepun pun dah pening kepala..
banyak boleh dipelajari dari sejarah..

abu nidal

Anonymous said...

Encik Rem,

Saya takpandai berkongsi pendapat, cuma ingin berkongsi beberapa buku yg 'shiok' utk dibaca utk topik ni (quite a balanced mix between those who think that the rise of China shld be threaded carefully, and those who propagated the so-called "China's Peaceful Development" (in the words of President Hu). Sekadar berkongsi, seronok juga baca pandangan bernas En Rem. Kebetulan saya ada listkan di blog saya, so saya just cut n paste it here. Maybe a few in the list dah En Rem baca. Ini buku2 favourite saya, i'd say a must read:

In the Jaws of the Dragon: America's Fate in the Coming Era of Chinese Hegemony
(Eamonn Fingleton)
The Three Faces of Chinese Power Might, Money and Minds
(David M Lampton)
The Next 100 Years
(George Friedman)
The Grand Chessboard : American Primacy and Its Geostrategic Imperatives
(Zbigniew Brzezinski)
Rivals: How the Power Struggle Between China, India and Japan Will Shape Our Next Decade
(Bill Emmott)

M.

Anonymous said...

ni pon "shiok" juga En Rem. Skrg ni pon saya tgh baca buku The Next Decade by George Friedman (Stratfor's founder), quite a good book so far. Alhamdulillah, sini buku2 semuanya agak murah hahaha..

Cuma bila ckp psl China ni, kena juga ambikkira other global/East Asia stakeholders ie Jepun, India, US, SKorea etc..the so-called "variables". wallahualam.

After Empire: The Birth of a Multipolar World
(Dilip Hiro)
The Elephant and the Dragon: The Rise of India and China and What it Means for All of Us
(Robyn Meredith)
Why Geography Matters: Three Challenges Facing America: Climate Change, the Rise of China, and Global Terrorism
(Harm de Blij)
A Dangerous Peace: New Rivalry in World Politics
(Alpo Rusi)
The New Chinese Empire: And What it Means for the United States
(Ross Terrill)
The Writing on the Wall: China and the West in the 21st Century
(Will Hutton)
China, Inc: How the Newest Industrial Superpower Challenges America and the World (Ted Fishman)
The China Threat: How the People's Republic Targets America
(Bill Gertz)
China Shakes the World: A Titan's Rise and Troubled Future -- And the Challenge for America
(James Kynge)
Monsoon: The Indian Ocean and the Future of American Power
(Robert D Kaplan)
The Pentagon's New Map: War and Peace in the Twenty-First Century (Thomas PM Barnett)
The Paradox of American Power: Why the World's Only Superpower Can't Go It Alone (Joseph S. Nye)

M.

remgold said...

apols ah, unkerr's not able to say much. tenggelam banyak kerja sebab kuan yew serang muslim spore dan orang msia melenting.
later, dudes.

Malaysian in Spore. said...

dipetik dari x-pkr

KUAN YEW BANTU PAS DI TENANG? AnWAR SENYUM!
1. Mungkin dirancang atau secara kebetulan, tiba-tiba meletup isu Menteri Mentor kepada PAS dan DAP? menggalakkan umat islam melonggarkan amalan mereka demi perpaduan di Singapura. Sesuai dengan proses demokrasi di Tenang, kita tidak dapat mengelak membicarakannya. Ikhlas atau tidak respon harus segera diberi.

2. Tentunya reaksi kita akan menentang kenyataan biadab Lee Kuan Yew itu. PAS melalui Nik Aziz menyokong kenyataan Menteri Mentor PAS dan DAP itu. Ikhlaskah beliau berbuat begitu atau semata-mata DEMI UNDI? DAP seperti biasa akan diam membisu dalam isu membabitkan Lee Kuan Yew, namun penyokong nombor wahid LKY.

3. Dalam diam, DAP membangkitkan kemarahan kaum Cina kerana orang Islam Malaysia telah menghina Lee Kuan Yew. Kenyataan Nik Aziz diguna sebagai senjata memujuk kaum Cina mengekalkan undi mereka kepada PAS. Ingat! BN kalah di 4 peti undi bandar yang diwakili kaum Cina di Tenang pada 2008, manakala menang 8 di kawasan luarbandar melayu.

4. Tidakkah ini mengiyakan dakwaan wujud kerjasama langsung PAP di Singapura dan DAP di MAlaysia, manakala PAS pula hanya dipermainkan dalam gabungan dengan taktik halus dan 'berseni' DAP itu. Maka benarlah juga dakwaan bahawa mengundi PAS itu adalah mengundi DAP. Manakala PKR berperanan sebagai orang tengah dalam hubungan PAS-DAP ini.

5. Sudah terang lagi bersuluh! Masyarakat harus bijak menilai, slogan 'Membangun Bersama Islam PAS' kini hanya terletak di tayar-tayar buruk yang dicat hijau putih serta diletakkan di tepi-tepi jalan sahaja. PAS kini semakin teruja dengan 'umpan' kuasa yang dijanjikan oleh AnWAR dan DAP dalam gabungan mereka.

6. Ternyata di sebalik dakwaan angkuh Kuan Yew itu, beliau akan menggunakan apa sahaja ruang untuk memperlekehkan melayu-islam di Malaysia. Bagi mengukuhkan cita-citanya, beliau menggunakan sekutunya di negara ini. Taktik mereka secara halus menggunakan orang melayu-islam sendiri bagi mengelirukan masyarakat melayu-islam yang akhirnya menjuruskan perpecahan di kalangan umat Islam negara ini, dan akhirnya, siapa yang untung dari perpecahan ini.....

Anonymous said...

Kuan Yew: Najib pemimpin rasional, sedar faedah hubungan Malaysia-Singapura

Tu dia, LKY boleh tukar cerita ikut mood penonton lepas kena taruk.

gerek daa

Anonymous said...

Apadah Unker ! Betul sebok sampai staetmt ada cikit controv :)
LKY serang Melayu/Muslim S'pore ? ? ?
Berpuluh tahun dia didek warga S'pore tiba2 nak 'serang'? Nak kasi huru hara Spore? Apa faedahnya?
LKY testing the groundslah. Nak tengok kita matured ke tak. Takde paksaan aper.
My kids kata kawan2 non-Muslim in FB upset. They questioned why must LKY uttered such things. Wow our 3rd generation feel for each other.
Congratulations to LKY. He left a legacy indeed. Memang sahlah Spore is his 'baby'.
Klakarkan, LKY yg kat sbrang tambak diambil peduli. Yg menghina Muslimah pakai glove tu? Hah sidia ni yg patut di tegur.
Pagi2 Jumat ni malas aku nak panjang2.

Pak Malau (Xnun)