Malaysia berpesta hingga tutup kedai satu hari pada Dec31 setelah menang Asean Football Federation Suzuki Cup yang telah dimenangi oleh Singapork pulau kecik tiga kali.
Indonesia bergaduh besar sehingga nak tendang pengerusi PSSI - persatuan sepak bola - yg juga ahli politik Golkar. Kerana mempolitikkan bola.
Di Singapork, pengerusi persatuan bola membuat pengumuman yg menggempar satu pulau.
Zainudin Nordin, presiden Football Assoc of Spore dan Mayor utk kawasanundi saya, Bishan-Toa Payoh, kata sack semua pemain pasukan negara!
Baca sini, sini, sini.
Alamak. Drastic action beb.
Katanya, ramai pemain tak ada disiplin. Training tak betul. Waktu malam masa travel nak lawan, mereka merayap keluar enjoy dan tidak duduk dalam bilek hotel.
Ada yang togok, ramai yang merokok.
Berontak dgn coach.
Blah blah blah.
Pemain disalahkan kerana tak ada disiplin, buat team kalah.
Tapi si coach tak kena buang kerja.
Dan pengerusi FAS - YB Zainudin sendiri - tak resign.
Aiks pelik bin ajaib. Macam politik pula. Salahkan orang lain!
Bila menang mereka bergambar dgn pemain sukan. Sambut di airport.
Bila kalah mereka tendang semua, tapi tak ambil personal responsibility. Tak harakiri.
Apa ni?
Saya bukan marah YB Z ni - saya tak kenal beliau dan beliau lagi tak kenal saya. Beliau MP dan Mayor/Datuk Bandar Bishan-Toa Payoh, kawasanundi saya.
Tapi bab salahkan orang bawah ni senang sungguh nak dibuat.
Dah banyak kali berlaku di mana mana.
Ini biodata beliau. Kat sini, semua MP kena hantar CV dan detail nak contact dan dimasuk dalam Parliament homepage.
Eeks pernah main bola ke YB?
Saya dulu pernah mewakili sekolah kampung saya masa di Clementi Primary School di Pasir Panjang Road. Terrorlah juga saya, walau sekolah saya kena bantai teruk dgn musuh ketat kami - Silat School di Tanjong Pagar.
Ramai bertanya: kenapa coach dan pegawai tinggi lain tak kena tendang juga?
Macam masalah Sime Darby dulu. Haish, pengerusi tuding jari sana sini, tapi tak pula lihat cermin.
Jika kamu chairman semasa banyak kerugian, kamu ler salah.
Sebab tu gaji kamu dengan gaji drebar kamu tu jauh berbeza. Kamu naik Range Rover, company yg bayar beb.
The buck should stop at the guy right at the very top.
Sama macam bola. Ramai bertanya: Jika pemain sampai tak ada disiplin, tak hormat coach, kan yg salah si coach sendiri? Dan pegawai lain yg tak tekankan disiplin?
Ada yang tunjuk kpd team France setelah kalah World Cup round satu di Afrika Selatan. Mereka juga masalah disiplin.
Yang kena kick out ialah coach.
Dan pemain yg bermasalah. Bukan semua sekali kena stop.
Peminat bola Singapork (tak termasuk saya. Saya sokong team Indonesia sebab mereka suka makan mee bakso dan minum kopi luwak), bertanya: Dah lah pemain pulau ni sikit, jika kamu tendang semua, kena start from zero. Nak cari anak muda. Kena tunggu 4-6 tahun baru ada harapan nak menang apa-apa.
Ada pula penulis surat kepada akhbar berkata: Di Singapork yg suka main bola ialah anak-anak Melayu. Melayu ni minoriti. Kenapa FAS tak ramaikan pemain sepak bola dgn ajak pemain dari kaum majoriti Cainis? Jawabnya: Anak Cheena sibuk belajar, anak Melayu fail sebab suka bersukan. Hohoho. Kamu nak marah saya pun tak apa.
Saya tak ada jawapan apa-apa nak pulihkan prestasi negara kecik ni, sebab tak pandai isu bola. Kelmarin teka Jawa menang pun dah salah!
Tapi problem beb.
Kalau kamu paksa saya utk jawapan juga: Singapork kan kaya. Kamu BELI ler semua pemain Brazil tu. Spend US$20 bil, beli 15 orang jadikan warga Temasek.
Ah esok boleh julang Asean Cup, Asian Cup, World Cup, Solar System Cup, Galaxy Cup, Universe Cup.
Kahkahkah.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago



10 comments:
salam Oped
Di Malaysia takde Cina jadi footballer tapi ada ramai peminat Cina yang jadi penyokokng dan penonton. Bukan sebab patriotik tapi nak buat betting!
Pak Kacong
tak kesian ke kat melayu singapura..selain muzik hanya bolalah boleh melayu dominan sikit...
mangkuk ayun punya mayor melayu ni..
Bro Oped,anak cheena belajar pun fail juga otak pandai susah sikit terjun bangunan,kalah keelong terjun jambatan,putus cinta gantong diri.Harap2 melayu singapore tak terikut2 kalah main bola otak masih ok.
Ada lagi cup2 yang tertinggal:
keju cap Buttercup
cermin dan tingkap
kicap dan hiccup
Sukan? Leave it to the professionals. Belatih sendiri, main sendiri, coach pileh sendiri, WAng kemengangan simpan semua kongsi bayar ongkos pelaburan. Ni semua nak kerajaan (that means u and me the taxpayer) tanggung. Yng Pak Menteri plak dah lah kaki bangku tapi belagak macam terrer. Menteri patut jaga negara, buat kerje secara amanah.Leave sports alone. Ni kalau tiap kali menang piala kocek, suma bagi satu ekar tanah. nanti apa ygn tinggal? apa kata beri sijil pelaburan ker instead of land yang finite resources? Hish pikir la sket, jgn nak tumpang smangkok ajer???!!!
Singapork terletak dimana dalam peta dunia?
yand duduk situ semua dapat kemudahan halal?
Kalau bukan, apa mereka buat sana lagi?
PARAMESWARA
Mr Rem,
Though a resident across the straits, the Jalan Besar stadium holds many memories during the 60s and 70s for me. Would you ever beleive that during one of the game between Singapork and Penang,( the era of Shaharudin Abdullah and Dollah Kassim), I climbed over the walls of the stadium with my Singapork cousins because the tickets were sold out!
I really hope that one or two Singapore League teams could be invited to participate in the Malaysian League.
It has been quite a long time that even a team like Perlis or Melaka play in Singapork, where the Kallang Stadium ( yang baru dah siap ke?) would be filled to its brim. what more with a team from Selangor and Kelantan!
And it would resurrect the Kallang roar. But I could understand Singapork predicament, the slow death of the Singapore League if such a plan materialise.
Salam Op Ed
Boleh jawab soalan saya ni..
1. Kalau semua player di tendang keluar team, then siapa pulak nak tendang bola masuk gol.
2. Tahun 70/80an dulu rakyat spore ada 2 juta saja, tapi playernya yang bagus ramai ie Fandi ahmad, dolah kassim, samad alipitchay, eric pen, Malik dan ramai lagi.
Makin ramai rakyat, makin kurang player yang bagus sampai terpaksa di import.
3. kalau negara lain, budak budak main bola masa rehat sekolah, petang sambung lagi kat kawasan perumahan.
Kalau cuti tak usah cerita lah, lepas mainbola ps3, sambung kat padang pulak. Cuma bakat mereka bergantung keatas cikgu sekolah yang tentukan.
Kalau cikgu dan gurubesarnya minat bola, maka akan berkembang lah bakat mereka. Jika tidak, jadi lah seperti singapura.
Tapi kalau tiada padang, macam nak di pupuk bakat anak anak kecil ni menjadi pelapis. Tak kan nak harapkan minat saja.
-Malik-
bros,
syiok jika cainis dan injuns juga main sepak bola macam malayo, seperti dulu. msia team kini hanya ada kuna dan coach.
cainis semua lagi sibuk masuk dap dan masuk surau. wakakaka.
dan syiok pada saya jika spork masuk msian cup atau league games.
tapi kedua2 isu ni dah jadi sign of the times, termasuk di spork pun.
bangsa2 dah berpecah syiok sendiri2.
dan spork dan msia juga dah tak sehaluan lagi.
sebab jika team spork atau geylang atau woodlands masuk dlm perlawanan liga msia tentu jadi bahan ejekan, bukan menyatukan antara rakyat.
kita lebih suka bersaing dan hancur menghancurkan antara bangsa dan antarabangsa.
gitulah resmi manusia.
humans are like that. we can send men to the moon. and do laser operations without killing the patients. we can make computers run ever faster and build supertall buildings.
but dont tell humans to live together in harmony.
arnie dlm movie terminator kata: that's the downside of your human race.
Rem,
Sorry off topic. Write a bit lah about the top Malay Singaporean student from Victoria School. I am impressed. His Chinese is A1. I have Chinese friends who cannot even get a B and Mandarin was supposed to be their mother tongue, but this boy, it is not even his mother tongue but he excels in it. I was told that Mandarin is not easy to learn.
- Pinggoo
Post a Comment