Wednesday, 9 February 2011

iPad2, Honeycomb, Froyo & Gingerbread

Dah lama tak bual cerita teknologi sebab sibuk, ahem, berpolitik dan beragama.

Dalam memasarkan produk tech ni, seperti barangan lain, nama yang cantik mengundang ramai pembeli, walaupun kadang produk hancuq bakul sampah, ataupun produk cuma 'so-so'.

Dah 10bulan sejak iPad mula dijual.
Saya tahu ramai dah beli iPad seperti Johor Mali yang terbang ke UK nak beli tekno canggih dan terbaru.
Saya tak beli sebab nak tengok versi 2 dan kerana versi 1 mahal giler.
Dan lebih lagi kerana nak tunggu produk lain keluaran player besar seperti Blackberry (nak keluarkan Playbook), HP, Dell (Streak) dan lainnya.



iPad saiz screen 10inci (OK ler 9.7inci jika nak tepat).
Produk Samsung, Galaxy Tab, 7inci. Saiz buku novel.
 Saya tak beli juga sebab yang dijual di Singapork oleh SingTel berharga hampir S$1,000 (RM2,400) jika anda tak beli line telefon SingTel yang baru.

Lagipun Galaxy Tab menggunakan sofwe Android keluaran Google. Walaupun agak advance - Android 2.2 yang juga dinamakan Froyo (bukan Android 2.0).
Ada produk tablet lain gunakan Gingerbread, iaitu Android 2.3. Increments in software improvements.

Android 2.0 direka untuk digunakan oleh smartphone - iaitu saiz screen kecil.
Saya tunggu macam buah tak jatuh bila agaknya Google nak siapkan sofwe Honeycomb - the software for tablets.

Kini dah keluar pun Honeycomb. Yay.

Dan hari ini terbaca pula - iPad 2 dah mula masuk production stage.
Ia lebih nipis, lebib banyak memory dan ada kamera - kamera kat depan macam Macbook, agar mudah kamu berbual bersemuka dengan rakan di Kaherah, New York, atau Batu Pahat pun.

Yay.
Cuma yang saya tak tahu iPad2 ada gunakan Flash software atau tidak? Iaitu improvement dalam tayangkan sesetengah movie dan grafik, yang menjadi masalah dalam iPad pertama.

Agaknya bila dah keluar nanti, lawan tablet lain yang menggunakan Honeycomb, serta Playbook (sofwe Blackberry) dan juga tablet dari Nokia (sofwe sendiri) serta HP (sofwe Palm), baru kita boleh tahu mana satu idaman hati.

Editor majalah tech syarikat saya kata, beliau menjangkakan iPad2 akan ditunjuk kepada ramai pada Mac - tak tahu siapa nak tunjukkan kerana Steve Job masih sakit.
Dan barangan ini masuk pasaran pada Jun, jangkaannya.

Agaknya apa pengalaman rakan yang ada iPad masakini - mereka puas hati? Atau apa yang kurang dengan iPad.
Adakah mereka akan beli iPad2 bila ia keluar kelak???
Mana si Johor Mali ni - kasi komen sikit beb.

7 comments:

JohorMali said...

Mr Rem
Nak perbetulkan tanggapan yang saya kesana bukanlah khusus untuk acquire ipad tapi bak cakap orang putih, bunuh 10 burung dengan seketul batu! ( atau sambil selam telan air)
Tentang ipad memang saya sekeluarga menggunakan nya . Yang saya surf website, blogging,googling,email,simpan photo, tengok dvd. Yang other half main game,email, cucu pulak (18 bulan) dah boleh nyanyi (ikut pelat dia lah) ikut you tube dan belajar angka dan alphabet sikit sikit, 21 yr old daughter baru master guitar rock 2. Memang tahan lasak alat ni, berapa kali kena hempas oleh cucu. I guess this contraption is light and mobile and user friendly. Battery wise very good.
I am not tech savvy but always willing to discover new things as long as it won't burnt the pocket. Boleh guna untuk kerja, words. Xcell,pdf etc ada. Tapi rumit sikit lah dari computer biasa. Apa jua kerja yang dibuat melalui ipad saya email ke address saya dan buka di mana mana pc and vice versa.
Pandai betul si mamat di Apple ni! Belum setahun dah nak keluar ipad2. Siap dengan camera dan mungkin ada usb. Mana tak teruja saya! Sekarang tengah tunggu kalo AirAsia ada tambang habis murah (1k return?) mungkin chao kejap.
Saya dah tengok dan touch brand lain saperti Samsung, HTC tapi jauh canggih alat Apple ni. Sebagai analogy, kalo dah makan di warung nasi pariaman sebelah masjid sultan, kedai lain jadi passable je!

Anonymous said...

Op Ed

sorry tumpang sekaki. my 2 cent opinion -

beli saja blackberry curve 3G OS6 dengan netbook yg bagus sikit.

ambik bb curve 3G tu jadikan modem untuk surfing dalam netbook.

bila rasa nak surfing dalam MRT guna saja bb tu. kalau tak puas tengok screen kecik, bukak netbook cucuk kat bb curve 3G.

murah sikit dan mobile jugak. dapat 2 items yang boleh didwigunakan....
he he.

-malik-

Malay Mali said...

beli ipad kat malaysia la bru. lg murah2 dari singapore tue :)

xcaye ke? hehe!

Anonymous said...

Rem

tak larat nak kejar teknologi ICT ni.Beli hari ini, bulan depan dah keluar yang baru. resale value pulak jatuh menjunam.

basically function sama saja unless you are a very technical user.

ikut pendapat masing masing la...

saya lebih suka beli emas.

Anonymous said...

You tertinggal satu lagi tablet unggul dari Motorola, iaitu Xoom!

Anonymous said...

Apple memang tak support Flash, siap kutuk lagi. So jangan harap iPad 2 akan berupaya papar Flash.

Biasanya Apple akan upgrade sikit jer specs produk baru, tapi patut jugak tunggu, mana tau harga iPad akan turun bila iPad 2 tiba ;).

Anonymous said...

solly lah Rem, aku beli bila harga dah turun abis. itu pon kalo betol will make any difference dlm idup ku. Tak masuk dlm golongan gila gadget derr. Invest duit utk pencen yg lebeh lumayan lagi.Tapi ada 2 kawan d opis minat lagi Motorola Xoom.

Gulliver