Kerana tak pandai jaga negara, rakyat 'pe-dap' (omputeh kata fed-up) lalu undi pembangkang, selepas 14 tahun parti Fianna Fail jatuh. Berita di sini.
Begitulah yang terjadi di Republic of Ireland.
(Mamat gagap mana pulak yang namakan parti mereka 'Fail' - parti yang akan 'gagal'!)
Yang menang ialah Fine Gail dan Labour. Undi masih dikira.
Cantik juga parti bernama 'Fine' ni. Parti Lawa atau kata orang Kelantan - Parti Chome (comel).
Cuma kalau kat Singapork, 'fine' tu ada makna lain.
'Singapore is a fine city' - buang sampah, ludah, kencing tak flush, semua kena fine!
NEGARA Ireland dulu megah ekonominya.
Sehingga Singapork dan London pernah takut dengan kebangkitan financial centre mereka di Dublin. London, New York dan Singapore adalah pusat kewangan dunia yang terbesar, tapi dulu gentar apabila Dublin pandai main peranan.
Tapi selepas Greece, hancuq Ireland - atau Eire - kena bailout.
Mereka malu besar dan rakyat begitu marah dengan Fianna Fail sehingga menukar perdana menterinya. Itu pun tak dapat bertahan juga.
Pandai omputeh ni. Negara mereka tak macam negara Arab - masih boleh undi nak sepak keluar pemerintah yang tak digemari. Tak payah pakai demo.
LAGU P.Ramlee - Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula para pengundi. Buang yang keroh, ambil yang jernih.
BLOGGER PILIHAN MAK DARA Malam Ini!!
30 minutes ago






5 comments:
OP Ed,
Kat tunisia, mesir, libya dan terkini Ireland - rakyat dah buktikan bahawa mereka juga berkuasa.
bila pemimpin yang dah lama sangat pegang post tetapi tak membantu rakyat dan negara, rakyat jadi kecewa dan tendang mereka keluar - guna undi mahupun revolusi.
cuma, yang di kelantan tu bila ya? dah 21 tahun, dah lama dahh.
di negeri BN, kini mereka sibuk rakyat ber-revolusi... ish ish ish
-malik-
abang Reeme
Tumpang lalu sikit
Kat malaysia baru dilancarkan tv stesyen baru TValhijrah.com
kebanyakkan program berbentuk islamik, tak ada budaya barat.
siaran dah sampai ke sabah & sarawak. Jb pun dapat. mungkin orang singapura pun boleh nonton juga.
check siaran guna UHF.
Salam Bro,
Khaifa Haluq Sheikh Rem? Thayib? Lama tak masuk hang punya blog. Gua balik Msia, cuti dua minggu. Biasalah bila balik sibuk memanjang, hari minggu ni rileks sikit.
Tengok posting2 hang huh laju dok terkejar nak komen dek kawan. nanti raya balik lagi (insyALLAH) cuti dua minggu lagi.
Tengok komen2 banyak juga yang berkongsi aliran kebaikan ni bukan sokong membuta tuli tak kira BN atau PR. Benda tak betul, kita tak setuju tak kira BN atau PR.
Pasal - (*Apa rasanya orang Qatar = mamat Timur Tengah cuba kasi komen sikit? Atau adakah orang Qatar semua gemuk-gedempol macam raja depa dan semua bahagia di syurga sebagai fat cats?).
1. Qatar - macama kau cakap kata atas. Macam lagu P.Ramlee/Saloma... "Bahagia, bahagia..." kalau gaji dah mahal, bini dah 4, apa lagi dia orang nak? Lelaki lah, kalau nak memberontak pun mungkin yang wanita kot. Tapi tidak lah kawan pikir mereka nak memberontak. Kecuali lah kalau semua harga barang makanan melambung 5-10 kali ganda. Sebab kawan cakap macam tu, ayam sebagai satu contoh harga QR10 = RM12 seekor untuk size M, kalau size XL tu dalam QR17 seekor (RM20+ -), boleh naik tinggi mana, kat Doha memang bahan makanan mahal giler (95% import) tapi untuk Qatari selamba je bagi dia orang. Tak tahu lah kalau ayam kat pasaran duit naik jadi RM50 seekor, ya NauzubILLAH.
2. Kuwait - Pun kawan rasa tak akan kebangkitan rakyat. Kuwait ni ada sistem parlimen. Detail kawan tak tahu, setahu kawan ada sistem parlimen (ada MP) siap boleh buang dia punya PM by MP. Tapi Emir sistem tetap ada, macam Msia lah juga. Ramai saing Msia beritahu dia orang ni sombong sikit sebab duit dia pun banyak paling kaya dalam GCC in term of income individu.
3. Saudi (KSA) - Pandangan kawan, orang miskin ramai tapi tak lah seramai macam Mesir, Syria, Lebanon, Tunisia, Algeria, Sudan. Kawan rasa Raja Abdullah boleh control KSA kacang je bagi dia.
4. UAE - Ni lagi satu negara yang kawan rasa pemerintah dia orang gemuk2 kan rakyat dia orang. Bottom line, Presiden dia kenyit je mata, USD10 Billion flows untuk selamatkan Dubai.
5. Oman - Ni mungkin ada potential, tapi kawan rasa dok lah.
6. Bahrain - Ni contoh bila minoriti tindas majoriti (good case for you to observe). Majoriti rakyat Syiah, pemerintah & kroni (minoriti) dari golongan Sunni. So bila majoriti kena tindas, dia banngkit melawan. Tapi put it this way, KSA akan tolong puak2 dia orang kat Bahrain tu (duit dan tentera) sebab kat Bahrain lah orang2 KSA boleh pergi berlibur (kata ramai saing2), siap buatkan jambatan. Bahrain ni pulau, minyak dengan gas terhad.
Kawan komen pasal GCC je, sebab wilayah ni yang banyak minyak & gas. Yang Arab Mediteranean kawan tak berani nak komen. Contohnya Libya, negara yang banyak minyak dan gas, masih tak membangun juga... pelik. Mungkin sabit sekatan United Nation dulu2 kala. Tengok jahatnya Uncle Sam dan kawan2nya.
Yang boleh membangun negara2 Arab ni (rules of thumb) - 1) Rakyat kena sikit setakat ratus2 ribu atau paling tinggi 2-3 juta dan 2) Kena banyak giler sumber minyak dan gas.
Dah dia orang semua nak kerja senang....
Salam - Malaysia
Correction, tolong perbetullkan Rem;
1. QR10 = RM8.10
2. QR17 = RM14
Salam - Timur Tengah
Timur Tengah,
patut ler dunia pak arab dan pak parsi iran tak stabil.
kamu balik kampung ke maysia rupa-rupanya! ish ish ish.
baik kamu terbang cepat ke sana, sebelum semua roboh tanpa Pak Sheikh Timur Tengah.
kalau boleh kamu bawa semua dari pas, umno, hindraf, dap semua ke sana, biar aman sikit negara maysia ni, hahaha.
aspalela,
terima kaseyyy. masalahnya kat temasek tak pakai uhf. macam di kl di mana semakin banyak rumah pasang astro, di temasek semua rumah pakai cable tv Starhub. sedikit lagi pakai cable tv Mio Singtel. tak tahu pangsapuri saya ada aerial lagi atau tidak.
nanti bila ke utara saya nonton di rumah kl.
website di sini:
http://www.tvalhijrah.com/
malik,
tentang kelantan ni - maaf kata. orang umno dulu damage teruk tempat tu, jadi rakyat serik hingga kini, walau dah 20thn. yg main game kat umno kelantan masih ramai orang yg sama.
yg menarik ialah walau pun kini makin banyak cerita songsang pas di kelantan dah keluar baca (http://kickdefella.wordpress.com), saya rasa rakyat belum nak tukar lagi.
Post a Comment