Sedang satu dunia kecoh tentang apa yang terjadi di Mesir, Tunisia, Libya dan negara Arab lain, ada beberapa perhitungan yang dibuat oleh Umat Am.
Bukan, ini bukan 'Umat M' = malayo islam al-mereng wal-bongoks.
Tapi Umat Am ini ialah Am'rika dan sekutunya Israel Darul Pembunuh.
Lihat peta Mesir tu. Di situlah duduknya Suez Canal.
Itulah 'longkang besar' - orang Johor panggil Parit, orang Penang panggil Permatang - yang menjadi nyawa Umat Am dan juga negara-negara Eropah.
Dulu sebelum ada Suez Canal - dibuka tahun 1869 (142 tahun lalu) - kapal yang membawa muatan minyak dari Timur Tengah, getah dari Malaysia, makanan dari Vietnam dan kain dari Bangladesh, terpaksa pusing keliling benua Afrika apabila hendak ke Britain dan negara Eropah lain.
Dan dari Britain tu boleh seterusnya barangan boleh dibawa seberang Lautan Atlantic untuk mendarat di New York, Boston dan bandar-bandar Am'rika di sebelah timur, the U.S. East Coast.
Ini jalan pintas laut = shortcut for ships. Setiap kapal yang lalui Suez Canal kena bayar toll (mereka pun pandai macam Semi Value).
Dan kerana air laut Mediterrean dengan air di
Red Sea sama parasnya, tidak perlu ada
'canal locks' = iaitu jalan air bertingkat dari satu paras ke paras lain seperti jika anda naik bot di Sungai Nil.
Tak faham apa itu 'canal locks'? Lihat cerita
Panama Canal =
Short-cut kapal terpenting di dunia selepas Suez Canal. Jika naik kapal dari Lautan Atlantic nak ke Pacific, gunakan Panama Canal, tak payah pusing selatan Amerika.
Kamu lihat
GAMBAR ni nak faham apa itu channel locks atau canal locks. Ianya terpaksa di buat gitu sebab tanah bergunung di Panama. Tapi lece, sebab kena tunggu beberapa jam nak penuhkan air dalam locks = kapal kena 'lock up' = sebelum kapal ditimbulkan atau paras air direndahkan yang membolehkan anda berlayar ke tingkat lain.
------------
CERITA SELINGAN
Laut Merah, Red Sea = airnya berwarna biru. Tapi pak arab nampak merah sebab katanya ada algae-tumbuhan laut warna merah yang membuat air tu tukar warna.
-----------
Cerita syiok dan panjang pembinaan Suez Canal ni anda boleh baca sendiri, contohnya di
Wikipedia.
- Canal ini ialah sepanjang 193km - jarak dari KL ke Ipoh ialah 205km.
- Lebar Suez Canal ialah 205 meter.
Lebar highway dan jalanraya kita biasanya
seluas 3 meter SETIAP lorong.
Jadi maknanya si Canal ni seluas 68 lorong jalanraya.
Atau ikut skala lain - kita semua tahu berapa jarak 100m di track and field. Ah, ini dua kali jarak itu. Luas brader.
Kini, setelah pembesaran beberapa kali, Canal ni bukan saja boleh dilalui kapal dagang dan kapal minyak dan gas, tapi juga oleh US aircraft carrier beb. Aha!
Lihat ni
GAMBAR US carrier sedang menyelinap di Suez Canal.
Maknanya senang Umat Am'rika ni nak dikejarkan dari pangkalan tentera mereka di Britain dan Eropah untuk ke Timur Tengah nak protect - bukan negara Arab - tapi MINYAK negara Arab.
Dah lihat ni, baru kita paham kenapa Yahud wan Nasara ni gemar sangat dengan Mubarak dan kerajaan Saudi. Satu control Suez Canal - jalan pintas untuk kapal minyak, kapal dagang dan kapal perang mereka.
Yang satu lagi ialah negara yang mempunyai minyak dan gas terbesar di dunia.
Negara yang mempunyai minyak bawah tanah KEDUA terbesar di dunia? Iraq.
Ini datanya.
Lu ingat mereka tawan Iraq tu sebab apa? Hingga hari ni pun sistem jamban dan sekolah pun mereka tak buat dengan baik di Iraq. Sebab itu bukan priority mereka. Yang penting ialah dapat kawal minyak dan rakan karib mereka Israel Darul Pembunuh.
Cukup dulu.
5 comments:
Salam Rem
1869 mkna nye masa colonial. Time datuk & nenek gelap2 keluar menoreh.
Kalau minyak, getah, makanan & kain ( dan berlian dari Afrika ?) dihantar ke negeri kulit putih, apa x'changenye? Rase2 macam tak berbaloi ajer.
Skrg teknologi & barang2 electronik menjadi idaman.
Mr Rem
I have a dream.. ( macam ML King jer..) that one day ships from the Indian Ocean will enter the port of Kuala Perlis and exit at the Port of Tumpat for their onward journeys to the South China Sea and the Pacific and vice versa! Tumasik jangan risau, boleh replace Macau.
Johor
Saya da dengar plan tu. Tu plan yang saya dengar dari prof saya, dia dalam meja bulat dengan Tun M.
Belah timur, Thailand tidak dibenarkan buka pelabuhan. Semua kapal akan didaratkan di Kelantan Port (Proposed)
Barat semenanjung malaysia, kapal ade pilihan belabuh di Penang, atau di pelabuhan lain di pantai Phuket(?)
Segenting Kra dicadangkkan oleh Raja Narai Agung, pada 1670. Tujuannya adalah untuk protect pelabuhan di pantai barat thailand dengan tentera maritim thai yang berpusat di Bangkok. Tapi, sebab kena potong gunung, teknologi zaman tu tidak cukup.
Reme pernah ulas benda ni, terusan ni tidak praktikal, selagi harga petrol belum cecah USD 200.
p/s Kat semenanjung pun ada shortcut gak. Dinamakan Denai penarikan. Menghubungkan melaka ke pekan, pahang ikut jalan darat.
Op Ed
Dan umat M pun terlopong kagum bila menonton felem Lawrence of Arabia.
suggest baca buku "The King Maker - Meyer/Brysac" -banyak details pasal pak arab gadai Middle East/North Africa kat mat saleh yahudi semata mata nak jadi King kong.
Ps JohorMali - you know the reason behind why kat Pattani tu selalu kena bom. he he he. eversince Mahathir first comes out with the same ideas. ada orang takut....
actually they only need to dig half way only because dekat pattani /hadyai ada satu tasik besar bawak arah ke timur laut ( check map )
-malik-
bluearmoire,
mereka toreh tanah Suez tu dulu sebab pada masa itu britain penjajah middle east termasuk cairo (kat situ masuknya lawrence of arabia dan rancangan mereka nak tawan damascus yg masa tu dicontrol oleh turki (ottoman empire = empayar usmaniyah).
jangan lupa, masa tu british east india company juga tawan INDIA - dengan menjatuhkan empayar mughal nenek moyang saya!
dan juga negara-negara afrika (termasuk rhodesia dan south africa)!
jadi banyak harta karun yg mereka curi dari afrika, india, malaysia, vietnam semua shortcut jalan suez.
mereka tak bayar beb! tak payah nak exchange apa2 pun!
semua omputeh ni kaki kebas.
they were the colonial masters! they can pay u pittance. dari msia mereka ambil timah dan getah, dari singapork dulu banyak gambir yg dibawa ke india. dari india - one end of the silk route - dapat macam-macam.
JohorMali, Naisophon, Malik,
tentang isu nak potong Isthmus of Kra nak dibuat Kra Canal di selatan Thailand dah beratus tahun mereka bincang. tak menjadi kerana tidak ada satu/beberapa buah negara atau syarikat yg sanggup keluar modal berkoyanbilion.
kita ramai2 pun pernah ngobrol isu ni di sini:
http://remgold.blogspot.com/2010/12/myanmar-jade-ruby-projek-melimpah.html
sila baca komen saya dan komen2 anda yg lama di bawah posting tu.
projek juga dipanggil Thai Canal:
http://en.wikipedia.org/wiki/Thai_Canal
singapork tidak takut dgn projek ni sebab dari dulu lagi, port of singapore dah ada rancangan: jika projek ni berjalan, temasek akan jadi joint venture partner - sebab mereka banyak wang boleh bantu biayai dan ada experience kemudi pelabuhan terbesar di dunia!
jadi jika projek berjaya - orang pakai shortcut Kra Canal dari middle east hantar minyak ke china, jepun, korea, temasek ada saham!
jika projek gagal, maknanya pelabuhan temasek akan terus maju. ish ish ish.
Post a Comment