Wednesday, 23 February 2011

Rakyat Libya nak tukar bendera

Dulu mereka pakai bendera ini.
Bendera zaman di raja Libya.


Ini selepas negara itu bebas dari penjajah Itali = negara yang di seberang Laut Mediterranean.
Raja Idris hanya satu-satunya raja negara itu. Dari 1961, selama 18 tahun jadi sultan.

Pada Sept 1, 1969, mamat pegawai tentera berumur 27 tahun bernama Muammar Gaddafi  take over.
Bendera ditukar jadi satu warna saja, hijau, dengan tidak ada isi langsung.
Ia satu-satunya bendera di dunia yang hanya ada satu warna dan yang tak ada satu pun design atau perkataan atau binatang.


Kini, para demo nak bendera lama semula, selepas 42 tahun di bawah Gaddafi dan Rancangan Buku Hijaunya.
Mamat ni giler pun ada, tapi syiok juga lakonannya, termasuk security guard pompuan (terima kasih blogger Fudzail).
Pada 2009, beliau ke New York tapi pasang tent kat tengah bandar - tak mahu masuk hotel. Heehee.

BARU tadi saya dengar Gaddafi bercakap live on tv. Alamak, macam orang giler meracau.
Tapi nampaknya tanah ini akan berdarah banyak.

Baik di negara Arab mana pun, setelah kamu tumbangkan diktator, tak ada sistem dan pemimpin yang boleh take over.
Tapi apa nak buat, rakyat perut lapar, nak buka blog hentam pemerintah pun tak boleh, apa lagi nak demo besar2an.


LEBIH menarik, kapal perang Iran, dah pun masuk Suez Canal, Terusan Suez, menuju ke Syria - sebuah negara sekutu Iran.
Israel mengamuk tapi bacul. Kamu bom lah kalau berani! Tak boleh, sebab mereka takut Egypt Baru akan buka sempadan Gaza-Egypt, mampoi roket boleh dibawa masuk.
Kata kamu suka nah dengan demokrasi. Rupanya baik Am'erika mahupun Israel pembohong besar. Mereka mahukan minyak dan control semua, atas nama apa pun tak apa. Lepas tu tuduh umat M macam-macam.

DI Saudi, Raja Abdullah akan pulang ke tanah air, selepas tiga bulan berubat di Am'rika. Takut negara goyang.

Pulau Bahrain terpaksa cancel perlumbaan F1, opening race of the season.

5 comments:

Anonymous said...

jadi raja ke, sultan ke, presiden ke, diktator ke, pm ke, wakil rakyat ke kalau kamu jaga rakyat, semuanya akan ok kecuali bila yahudi dan amarika masuk campur.

Ummie said...

Thanks for the post & link.
Gadaffi gave me a good laugh here - http://abcnews.go.com/video/playerIndex?id=8659424
after yesterday's fear.

Anonymous said...

Rem

Mereka nak tukar bendera dah kira ke berapa kosnya - bendera baru, letterhead baru dan segala yang ada gambar bendera kena tukaq baru.

Baik fikir kos nak bagi kerja kat rakyat. lebih berfaedah.

jangan bertukar tuan sudah le.

tapi Rem, sepatutnya demo macam ni start dulu kat Afrika dimana rakyatnya lagi susah cari kerja dan cari makan. ada yang tinggal tulang saja - kalau nak banding dengan yang sehat walafiat dan tak puas hati di North africa dan arab ni.

puncanya yang di belakang tabir tak berminat sebab minyak kat afrika banyak manalah ( kecuali nigeria ) kalau nak di banding dengan di arab.

itu pun umat M tak nampak jugak.
demokrasi kunun.

Naisophon said...

Terengganu pun nak tukar bendera dulu.

Bekas MB, Dato Seri Idris Jusoh nak rebranding terengganu. Dia nak ubah semua, mentaliti, bendera, binatang rasmi.
Bendera skrg kusam, hitam putih. Beliau nak tukar jadi 3 warna, saya ingat ada masuk paper pertandingan reka bendera terengganu ni.

Ade lagi. Simbol tradisi terengganu, penyu nak tukar jadi ikan nemo. Penyu binatang buruk rupanya, lembab. Ikan nemo pulak bersih, cergas, muda. Tengok je dalam cerita finding nemo. Sebab tu SUKMA Terengganu dulu dia pakai simbol ikan nemo.

Saya suka idea beliaul. Tapi semua impian ni tak jadi. Apa pun, kudos 4 him.. :)

Anonymous said...

telah ramai anak muda dan rakyat libya yang mati demi menuntut kebebasan dari ghadaffi

dan akhirnya tangan ghaib juga yang mendapat hasil minyaknya.