Kalau nak memperjuangkan keadilan dan masa depan negara, beranikah anda lawan hingga bermatian?
Perghh belum tahu juga.
Jika anda sedang menonton apa yg sedang berlaku di Tahrir Square sekarang ini, begitulah caranya nak jadi syahid.
Licik Mubarak gunakan polis dan banduan dari penjara utk menyerang dan kocar-kacirkan demo 9 hari yg aman.
Lawan sampai mati pun tak apa, brader.
Ini untuk anak-anak kamu.
Dan untuk agamamu.
Jangan biarkan orang terus pijak kita.
Teruskan.
Ini Tian An Men Square berulang lagi. Orang akan cerita tentang pertempuran ini 100 tahun dari sekarang, walaupun semua mereka ini akan terbunuh dalam 24jam ini.
Diktator lain, lihat ya.
Baik kamu mula beli bearer bonds hari ini.
You're next.
--------------------------------------------
TAMBAHAN 1.20pagi
Kuan Yew dan Dictatorship
Menarik komen seorang akademik Arab dari University of Chicago di CNN.
Mubarak memaksa rakyatnya pilih salah satu - freedom or security.
Saya teringat beza antara Temasek Darul Maha SombongBisu dengan Malaysia Maha Demokrasi Yakyakyak.
- Rakyat Singapork, termasuk ramai orang Melayu, mengundi dan terus mengundi PAP dan Lee Kuan Yew.
Mereka pilih 'security' - job security, home security, no-crime security, and security of their race and religion being insulted by others.
But they have to throw away democracy as many Malaysia understand it.
Mereka tutup mulut mereka dan katakan - biar menteri bergaji S$1juta setahun ni fikirkan untuk kami.
Kami hanya mahukan kerja selamat, gaji besar, rumah cantik dan holiday gi Australia. Macam gambar monyet tu - we see no evil, hear no evil, and definitely won't speak any evil.
Tapi semakin ramai rakankerja saya yg warga asing - ramai berbangsa India, ada dari Britain, dari Amerika, dari Malaysia jangan cakap lagi -termasuk dua Melayu dari Malaysia!
Mereka dah ambil permanent residency Singapoora. Dah nak terus tinggal dan kerja di sini, walapun negara mereka terang2 lebih banyak 'demokrasi'.
Fund manager terkemuka dari Amerika Jim Rogers jadi warga Singapork, juga aktor Jet Li dan Gong Li (ah moi ni kawin orang kaya Singapore, tapi beliau boleh terus jadi warga China, atau warga negara mana pun sebab laki jutawan giler).
- Rakyat Malaysia memilih freedom. Freedom to openly criticise anything even in government (orang Temasek takutttttt), to criticise each other's religion dan freedom for bloggers to do anything - jika ada komplen sikit tentang blogger Malaysia, semua bersatu padu. Bagus tu.
Ramai terus menerus berdiskusi dan berbincang masa depan negara tanpa tabir.
Kerana jika tidak, takut kerajaan (baik di Putrajaya mahupun di Penang atau Kota Baru) akan senget.
Dan orang Malaysia pelik tengok orang Singapork yg bodoh, termasuk Melayu, yg tak lawan balik bila 'kena tindas'.
PADA saya, masing-masing beb.
Saya berterima kasih dengan Kuan Yew. Kamu tak terima pendapat ini tak apa lah.
Beliau kekang demokrasi, betul tu. Tak ada bumiputra policy, betul tu.
Tapi ia telah sedarkan saya the value of fighting for everything. Biar saya pass value ni kepada anak-anak dan siapa yg nak dengar.
Dan kerana saya duduk di Malaysia sekian lama, saya untung dua-kali - sebab belajar the value of demokrasi di sana! Mesti pandai dan berani bincang semua isu. Bukan kena 'talk down' macam di Temasek - mereka orang atas cakap, kita kata, 'Jump, sir? How high, sir?'
HINA ISLAM
Eh tapi beliau hina Islam kelmarin?
Pada saya - dah suku jalan baca buku Kebenaran Keras (Hard Truths) - itu amaran beliau agar umat M tak lalai hingga tak rapat dengan non-Muslim. Cuma pakcik tua ni jika cakap depa terus terang.
Sama juga jika anda baca komen-komen dari Dr M.
Mamat tua dua ekoq ni main redah saja. Itu cara mereka. Mereka ni macam bapa kita, cakap main lepas.
Pada Kuan Yew, jika non-Muslim boycott umat M yang lemah di Singapore, mereka tak rugi.
Tapi yg rugi ialah umat M kerana mereka banyak ilmu. Itu kekhuatiran LKY.
Orang cuma baca sebahagian saja apa yang dikatakannya - lalu melenting. Wah depa hina Islam. Kurang ajar punya Cheena. Dia ingat dia Nabi ke? (Ini antara komen yg saya dah dengar dan baca).
Jika kamu baca, beliau juga 'serang' Kristian.
Buku tu dalam format Question dan Answer.
Ini soalan yang diajukan kepada beliau:
Q: Your views on multiracialism have been a conerstone of Singapore's development over the last 45 years ago. The day Singapore became independent on 9 August 1965, you pledged on TV that Singapore would not be a Malay nation or a Chinese nation or an Indian nation. Looking back, what is your assessment of how Singapore has progressed on this road to multiracialism?
Jawapannya:
I have to speak candidly to be of value but I do not want to offend the Muslim community. I think we were progressing very nicely until the surge of Isalm came etc etc....
MAKSUDNYA, jika saya nak selamat, saya ucap yg baik-baik saja. Tapi saya beritahu kamu yg jelas, sebab tak lama lagi mungkin dah jalan....
Anda tentunya tak terima. Tak apalah.
Masing-masing beb.
Kalau kamu nak kata Remgold ni takut nak tulis yg benar, sebab tu dia menipu dan bodek Kuan Yew. Suka hatilah.
Put it this way - ini blog saya, jika saya takut, saya tak payah masuk isu itu pun apa kamu boleh buat? Ini ikhlas dari saya.
Saya dah kata tadi, I take all these things as a challenge.
Saya pernah tulis dulu, bila saya mula kerja jadi Financial Correspondent dengan agensi berita kewangan Amerika, AP-Dow Jones, 16 tahun dulu, seorang market trader pernah tanya - 'You're Malay ah? Impossible.'
Jika saya lihat dari perspektif dia menyerang bangsa saya, gaduh. Kat Malaysia, saya dah buat police report. Laporkan dengan Utusan. Demo depan masjid.
Sebaliknya mamat China ni dari syarikat Nikko (one of the Big Four Japanese trading houses dulu) jadi rakan baik saya. Banyak ilmu saya dapat darinya.
CERITA MUAL -
Jika takut muntah, tak 'yah baca
Saya ulangi di sini apa yg saya tulis baru-baru ini di bawah komen:
- tak yah nak melenting.
dia cakap tu dari kacamata bukan muslim, kapir harbi - orang melayu ni ajak minum beer tak boleh (boleh pekik 'takbir! take beer!' saja); makan semeja jika mereka makan babi kita tutup hidung; ajak makan malam kamu kata nak solat maghrib dulu, jumpa 8.30pm.
bila ajak masuk chinese restaurant, tak mahu; ajak duduk minum kedai kopi kamu kata tak ada halal sign; ajak berjabat kamu kata tak boleh.
lepas tu pakai tudung, pakai glove; sibuk bual isu pergaulan lelaki-wanita dan syurga-neraka tapi tak pernah tentang dalamkan ilmu dan buat sofwe dan senjata agar dapat lawan musuh.
bodoh sakan menyemak kat dunia, tapi tak terima bila orang suruh tingkat ilmu agar dapat kalahkan musuh.
jadi berbeza sungguh cara umat melayu bernama muslim ni.
jika kamu nak melenting lawan cakap dan debat suka hatilah. mungkin jika debat kamu menang pun. nak debat pakai quran dan hadis pun pakailah.
pada saya lebih penting yg saya buat tiap hari walau kecik zarrah saja.
yg menunjukkan, i am different from u, yet i am one of u.
accept me as i am. accept our differences.
in fact, Celebrate our differences.
- pada saya, saya kerja lebih kuat dari mereka - saya masuk kerja jam 11pg. 99pct saya dah duduk kat kerusi sebelum yg lain sampai by 10.59am. biar mereka tengok - ooi, mamat malayo ni cepat tiba. yg lain masuk 11.20, 11.30.
orang balik 8-8.30mlm, saya gerenti kamu saya balik 9-10mlm most of the time. sebab saya tunggu hingga berita2 yg saya edit tu dah selesai dengan sub-editors dan takut night editor ada apa2 soalan.
orang edit 2-3 stories sehari, saya pastikan saya buat 5-8. saya dapat kerja pantas sebab dulu kerja wire agency. semua pemberita bekas wire agency dapat menulis dan edit lebih pantas.
- saya berbahasa lebih manis dari mereka. bila email saya panggil mereka 'maam' dan 'sir'.
naik teksi pun saya suka kata 'sir, can u please stop at that building pls'. 'how many hours do u work a day, sir?'
nak turun teksi 'thank u, sir'.
- nampak tukang sapu dan pembersih jamban (kebanyakan warga china) tak salah kita 'hello, had dinner?'. takkan kita sapa boss besar saja? dan saya tunduk2 dgn mereka ni macam jepun bila jumpa rakan.
- ini rahsia lagi satu: saya suka belikan rakan2 benda2 kecil sebagai hadiah. kopi cawan kecik, biskut. saya suka buat joke kat opis.
apasal? agar mereka kata dlm hati mereka: this meley boy ah, his race wanna bomb us all, his religion is v bad, stupid religion cos everything cannot. then again, maybe it is not so bad after all.'
benda kecik2 beb. kamu mungkin kata - ye elleh, benda remeh ini pun dia nak action. kita solat tahajud tiap malam tak cakap apa pun.
saya tak mampu nak ajak mereka debat 'islam itu indah' atau nak tunjuk agama saya ni tak jahat, bahawa yg gila ialah pak arab dan sekutunya. dan mereka sebenarnya marah isu palestin etc.
mereka bodoh sebab semua ketua kami korupt idea, korupt wang dan korupt kuasa, tak tunjuk jalan strategik.
tak pandai agama saya ni, jadi saya buat semampu saya.
saya tahu mereka semua harap dgn saya jika ada isu politik tenggara asia, muslim issues dan isu pelaburan.
i am different from u, yet i am one of u.
nay, in some issues, i am better than u.
pada saya kuan yew nak kata pun katalah. kamu tunjuk ayat quran dan hadis nabi pun tak guna sebab esok mereka masih cemuh agama dan bangsa kita.
kita kena tunjukkan bahawa kita boleh berdiri sama tinggi, duduk sama masuk longkang dgn mereka.
maaf, aku action sikit. mabuk sikit malam ni sebab makan ubat batuk.
i am a muslim and i am not a terrorist, kata shah rukh khan.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago






22 comments:
diktator lain tu sapa, lky ka?
Kaji sejarah bro!;
tak ada revolusi/peperangan dan musibah ekonomi yang berlaku kat dunia tanpa orang Yahudi merencanakannya. Revolusi Perancis,Bolshevik, perang Iraq,sub-prime crisis dan banyak lagi- angkara Yahudi; yang bodoh orang Islam dan orang Kristian kerana sentiasa sangat ditipu oleh mereka.
Nak tahu lebih lanjut sila rujuk:-
http://aangirfan.blogspot.com/2011/02/egypt-look-at-pattern.html
"yang bodoh orang Islam dan orang Kristian kerana sentiasa sangat ditipu oleh mereka"
jangan pukul rata...
Abu Nidal
Yop Jebon,
ko jangan!
nak tulis apa pun saya tak delete (melainkan mencarut dan yg boleh saya diheret ke mahkamah). saya 'caya dgn media freedom asal jgn terlalu menghina orang lain.
utk semua para 'pengomen':
jika abang polis spork datang melawat saya, saya beri mereka PC saya agar mereka dapat trace siapa pun, jgn marah.
takut anda kena block tak boleh masuk spork lagi macam mana nak makan murtabak kat jalan sultan? atau beli barangan apple di orchard? ;-)
salam Op Ed
Rasanya Plan Yahudi / US nak selamatkan sekutu mereka di Mesir adalah macam ni :
1. Obama akan minta rakyat mesir / puak mubarak beri peluang power transition yang aman pada september nanti kunun nya @ taktik buying time. ( Nak letak El-bederai ganti mubarak ? he he )
2. Di lepaskan banduan buat kacau. jadi confuse rakyat mesir dan makin kacau. Peniaga dan pembeli mula naik angin sebab stock makanan terhad. Mungkin mereka akan mintak rakyat berdamai.
3. Tak jalan juga, suruh jeneral yang pro mubarak/ US lawan balik rakyat mesir.
4. masa yang sama hantar polis rahsia kacau kedutaan / orang luar supaya satu dunia akan panik dan sokong US untuk plan seterusnya menakluk mesir atas nama demokrasi. Ada 50-100k rakyat US di Mesir.
btw - siapa sebenarnya pihak yang boleh di percayai untuk memimpin mesir ? Puak Mubarak/US, Muslim brotherhood, Ulamak ?
Tapi kalau letak El-bederai jawabnya macam butros butros Ghali jadi ketua UN dulu lah. macam patung firaun jugak.
ps - kesian kat parents yg ada anak di sana. harap anak mereka selamat.
my 2cents opinion.
-Malik-
Berjuanglah menentang kebatilan dan pemimpin barua Yahudi kerana anda di pihak yang benar.
Rem
Tahukah anda bahawa ketika Ahmadinijad bertanding menjadi presiden Iran utk penggal ke2 tahun lalu, amarika mengutuk keras bila pemerintah Iran menutup semua saluran hubungan spt FB, internet dll bila ramai rakyat Iran yg memberontak sewaktu berkempen dan hari mengundi.
bahkan US telah memaksa twitter tidak menutup saluran mereka yg sepatutnya melalui scheduled mantainance shutdown pada waktu itu.
tapi bila mesir menutup segala saluran maklumat waktu mula demo di cairo bermula, US hanya berdiam diri. Cuma saluran dibuka semula mungkin bila puak proMubarak susah nak berkomunikasi sebab kekurangan satelite phone.
Jika kita pernah ke Mesir, rakyatnya tanpa segan silu meminta tips dari pelancung luar di kebanyakkan tempat, manakala peniaga (ada ) yang ambil kesempatan ke atas pelancung dan orang luar
tetapi mereka tidak pernah berani meminta hak mereka sebagai rakyat dari pemerintah mereka sendiri.
hairan kan.
orang tunisia dan mesir mengamuk kerana keperluan asas mereka seperti tiada peluang pekerjaan dan harga makanan yang tinggi tidak diberi perhatian oleh pemimpin mereka sendiri.
selama 30 tahun mereka dapat bertahan dengan pemerintahan ala diktator oleh pemerintah mereka.
bukan soal demokrasi, security dan freedom, cronism dan nepotism yang mencetus rasa marah rakyat, tetapi perkara paling asas dalam kehidupan yang meledakkan segala galanya.
ini lah fakta kehidupan rakyat di negara miskin.
di negara yang sedang maju spt m'sia dan thailand, keperluan security, demokrasi dan freedom pula mengambil tempat setelah perkara asas dipenuhi oleh kerajaan.
There's no security in today's world but opportunity.
Shabbas. Way to go Rem.
Your 'Cerita Mual' (aka To be a better man) - Yup, understand that route. Tak rugi pun being humble. Kadang2 pie ni pahit juga kan?
Now, I'm living with one 'maha' dictator. My 80 yrs old MOM with dementia. You still jump but with a smile.
Once a forgiving & lovely2 person.
To myself always : 'kata nak masuk shurga....'
Saudara Op Ed,
Jadilah anda orang Melayu yang sesuai dengan keadaan di Singapura kalau hendak hidup aman,ada secuirity kerja, kondo, tanpa kekacauan 'and whatever' asalkan tidak berdemokrasi cara yang pemerintah tidak disukai.
Terimalah hakikat terutama dalam politik, 'you can go so far but not far enough' Lamaaa duluuu, saya pernah pergi ke Singapura dan melawat zoo di mana burung-burung dikurung dalam sangkar yang luas. Dalam sangkar diwujudkan keadaan seperti dunia luar dan burung-burung bebas berterbangan.Makanan dan minuman disediakan dan segala kekotoran dibersihkan. Saya yakin burung-burung itu juga rasa gembira dengan kehidupannya dan merasa bebas.
Saudara menyokong LKY dan dapat menerima segala tindak tanduk dan memberi alasan lagi segala apa yang dilakukannya. Baguslah! Beliau pemimpin saudara.Sebagai rakyat saudara perlu mentaati pemerintah. Tetapi kepada saya seorang pemimpin yang bijaksana dia akan tidak memberi pandangan berdasrkan kacamatanya sahaja, perlu mengambil kira sensitiviti pengangan dan pendapat golongan lain terutama yang menjadi rakyatnya sendiri. Dia berani berkata begitu kerana tidak akan ada umat Islam di sana yang berani menyangkahnya!
Pada pendapat saya pandangan LKY terutama tentang agama Islam amat tidak berhemah. Kalau orang Islam mengatakan itu 'tidak apa' , saya tidak tahulah apa hendak cakap lagi!
Pada saya kebebasan yang ada di Malaysia adalah terbaik.Ada banyak kebebasan di sini termasuk kebebasan mengkritik pemimpin malah kadangkala ke tahap menfitnah. Ok, ok,ok memang betul saya orang Malaysia dan sudah biasa keadaan begini.Saudara lupa di negara-negara maju lain kebebasan bersuara mereka lebih fantastik. Saya secara peribadi tidak boleh 'tahan' kalau banyak perkara mesti sentiasa berjaga-jaga.
Saya tidak ralat pun kalau tidak dibenarkan berkunjung ke Singapura. Kalau di sana berlari beberapa kilometer ke utara, ke selatan, ke timur dan ke barat terus terjun ke laut! Apa yang ada di Singapura yang tidak ada di Malaysia?
Sungguhpun begitu saya setuju dengan pendapat saudara, keadaan yang ada di Singapura menyebabkan Melayu di sana lebih kompetetif dan 'suvivor'. Kita tidak boleh dapat semuanya, betul tak? Sekiranya Melayu Malaysia walaupun dipupuk dengan 'kemanjaan' boleh membina sifat itu, alangkah baiknya!
Warga Setia
Warga Setia,
menarik apa yg anda kata tentang lawatan ke Jurong Birdpark tu.
bila rakan luar negara atau dari msia bertanya saya tentang singapore - 'negeri pulau kamu macam2 ada, tapi tak boleh bersuara, apa nih?'
jawab saya sama macam apa yg anda lihat. saya dah ulang ni berkali2 setiap kali orang luar tanya -
singapore is a Golden BirdCage. we can see that our nice cage is made of gold. we have aircon in our birdcage. our food is taken care of. and thanks to the cage, we have security.
but there is one thing we cannot do. we cannot chirp freely because the key to the cage is being held by the govt.
look! look at those msian and indon birds outside our cage! they can chirp freely. but alas, they hv to fend for themselves and look for their own food and security. their jobs are low-paying. our journalists get paid more than most of their general managers.
and yeah, they don't hv nice aircon in most places like us.
but it is up to u whether u want to continue living in our Golden Cage.
some sporeans don't - many hv ran to australia and canada.
many outsiders tho say let's forget this Democracy and concentrate on bringing up the children safely and having a good, secure job, and feeling safe to walk in ANY part of spore at ANY hour and not get robbed or molested.
bila terserempak rakan2 ni kat canteen atau toilet - ah! the golden cage man.
masing2 beb.
masalah hidup dlm golden cage ni sebenarnya BUKAN freedom of speech. itulah yg ramai orang luar dan orang dalam salah sangka.
pada saya masalahnya ialah kerana semuanya dijaga baik, rakyat spork lemah dan akhirnya tak akan jadi kompetitif. sekarang ini pun dah nampak, sporeans takut dengan Foreign Talent, dan minta hak sebagai bumiputra - employ a sporean first, before employing someone from india or philippines or china!
orang spork melawat-buat biznes di india dan china, brazil dan vietnam, tak tahu apa nak buat bila orang minta duit bawah meja, atau jika sesuatu buruk berlaku, kerana di temasek, one or two phone calls' usually enough to resolve problems.
sama juga dgn bumiputra policy msia, pribumi policy indonesia, policy BEE di south africa - niatnya baik, tapi akhirnya kerana semuanya dijaga masyarakat akan jadi kurang kompetitif.
akan subur 'entitlement culture' - i am entitled to this and that.
tentang lky patut lebih sensitif dlm sesuatu isu. saya dah kata - lky dan dr m ni sama. mereka bapa kita. mereka rasa mereka hv the right nak talk down kpd kita.
jika saya bangsa china dan india, saya sungguh marah dgn apa yg kerap dikatakan dr m tentang 'hak melayu' dan 'tanah melayu'.
dr m tu kata 'you can go so far but not far enough' sebab u minority, yg pada saya (jika saya cainis atau injun) kurang ajar.
tentang israel dan yahudi buat hal: fox news mlm tadi - US senator huckabee jumpa netanyahu di israel. israel sedang ketakutan. lebih lagi lihat amerika cepat humban rakan karib mereka 30tahun, mubarak, dgn begitu mudah.
israel rasa jika israel nanti ada problem, amerika tak akan defend rejim yahudi.
Aslkm,Bro OpEd
Cakap macam nak ampu LKY saja,idea yg baik juga walaupun baca 1x nak muntah rasanya,baca 2x termenung jap,3x baru faham..tapi apa2 pun kebenaran itu selalunya amat pahit utk diterima.
Mr Rem
Saperti pernah saya maklumkan, saya sering mengkagumi LKY sebagai seorang political animal yang amat cerdik, bijak dan always two step ahead of any of his distractor.
He has his match in TDM, another political animal.
Both are men in a hurry, who would not tolerate any form of dissent,in their endeavour to reengineer his society.
And now at the sunset of their life they began to lament on unaccomplished plans. The word diplomacy is absent from their vocabulary, more so not being a PM anymore, hence not suprising for them letting loose cannons from their mouth.
Saudara Op Ed,
Saya sebenarnya tidak berhajat untuk memberi pendapat lagi. Jawapan saudara saya faham dan terima berdasarkan sudut pandangan saudara pula.
Saya setuju tentang perbandingan DR M dan LKY yang saudara kemukakan. Kedua mereka bercakap ikut sedap mulut dan otak mereka sahaja. Tapi pada saya Dr.M lebih terbuka dan gentleman serta ada kewajaran dalam memperkatakan sesuatu hal dibandingkan dengan LKY.
Saudara sebagai wartawan tentu lebih memahami situasi ini berbanding saya yang pernah menjadi'orang gomen' Dr.M membayar dengan mahal 'kecelupran mulutnya' apabila dibalas dengan kecaman, fitnah dan pelbagai gelaran buruk-buruk yang diberikan. Adakah kita mempunyai 'keistimewaan' yang sama bila memperkatakan tentang LKY?
Non Malay yang rational, saya yakin akan dapat menerima keceluparan Dr.M dalam memperkatakan 'the so call' hak keistimewaan Melayu. Kita memang penduduk asal Nusantara/Kepulauan Melayu.
Walau di mana pun asal usul kita, bila kita berhijrah dari satu tempat ke satu tempat lain dalam ruang lingkup kawasan ini, kita tidak boleh dikatakan bukan berasal di situ.Tetapi sekarang memanglah tidak boleh kerana batasan politik. Contohnya wajarkahkah seorang Cina dari Beijing yang berhijrah ke Canton dipanggil pedatang di situ?
Saya menyentuh sedikit tentang perkara ini kerana yang dikatakan 'hak' orang Melayu berkaitan dengan aspek di atas. Hak itu pun bukan banyak benar pun!.Hanya dalam hal Agama Islam,Bahasa Melayu dan sedikit sebanyak pertolongan yang diberikan kepada orang Melayu yang sememangnya amat memerlukan.Itu pun bukan ' merampok' hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
Inilah yang sering diulang-ulang oleh Dr.M bila yang sedikit ini pun terus diungkit-ungkit.Masih tidak puas hati dengan banyak perkara yang telah dikuasai. Mereka menguasai bidang ekonomi dan semua cara hidup mereka dibenarkan sebagai warganegara. Sekolah Vernekular mereka pun hidup subur!
'The so call' hak keistimewaan itu masih wujud kerana (salah Melayu juga) orang Melayu masih memerlukannya. Apakah mereka mahu supaya orang Melayu menjadi seperti kaum asli di New Zealand atau di Amerika Syarikat baru puas hati?
Memang 'the freedom of speech' bukan berkaitan politik semata-mata tetapi dalam semua hal. Tapi oleh kerana bidang ini amat menarik, aspek inilah yang sering diperkatakan
Dalam politik Malaysia jumlah pemimpin dalam kerajaan merangkumi semua kaum mengikut nisbah peratusan penduduknya malah kadang kala terlebih pulak!. Bukan Melayu boleh jadi PM kalau menerima cukup sokongan.
Banyak lagi yang boleh diperkatakan. Tapi takut terjadi 'kegelinciran' Pendapat ini juga pun macam sudah 'out of topic' pula!
Warga Setia
Oh how i wish to be a bird in the golden cage.Now i am a free flying bird but i cannot chirp as i like and fly the way i want and to patuk what i fancy cos i see a trend here in M'sia birds of same feathers are supposed to be doing things together and dictated not to stray
Menjadi satu perkara yang amat mustahil sekiranya sesiapa yang pernah bekerja dengan SPH untuk mengkritik kerajaan ataupaun LKY.
Mana mungkin orang yang di-berikan kemewahan "menggigit tangan" majikan nya kan?
Anon 20:32,
terpulang tuan nak kata apa pun. terima kasih.
cuma saya dah kata dah - jika saya takut, saya tak tulis pun isu ini.
pada saya, lihat argument saya, bukan siapa saya.
betul tak umat m ni kadang terlalu 'beragama' sangat hingga tak mahu campur dgn yg lain, apa lagi belajar dgn orang lain.
ada yg suka pekik 'negara islam!', 'islam itu syumul!', 'ini negara melayu!' tapi suruh repair paip bocor pun tak tahu, apa lagi nak jaga power station atau jadi akauntan dan terbangkan roket.
kerja saya bukan paksa orang, cuba nak umpil sikit otak kita yg kini menjadikan umat m ditawan dan dicontrol oleh orang lain satu dunia, dan satu benda pun tak pandai nak reka.
muslims are users of technology, not creators. v sad and useless group of 1bil people. itu yg kita harap dapat perbetulkan, walau cara kecil mana pun. sebab itu mudah bagi orang macam kuan yew cemuh kita. lepas tu kita pun emo dan nak demo. dan name-calling each other, bukan nak baiki diri.
jika tak setuju dgn saya, sila sangkal argument saya.
jika saya bodek membuta si kuan yew ni dgn argument yg songsang, senang nak sangkal.
Salam pakchic Rem,
Saya nak share jugak pengalaman kerja yg boleh memualkan.hehe...Lepas SPM, saya kerja di kedai buku kawasan elit. And the owner 2chinese ladies. Malays ada 2,me n security guy. Saya tgk bangsa depa ni jenis tak suka buang masa, ada je kerja non stop.Saya terikut2 stail mrk bekerja sampai skrg walopun dah jd housewife. Tak suka duduk diam, eventho takde kerja, buku atau bhn bacaan mesti ada kat tangan.
Melihat kerajinan saya (agaknyalah) they trust me to be the cashier sampai i quit to further study. Since then, saya boleh bawak diri n tak kekok kerja dgn mana2 company chinese. Sometimes rasa tertindas pun ada sbb kita minoriti, positive side kita akan lebih berdikari dan berfikiran terbuka.
Bila saya masuk kerja gomen where majority were Malays, budaya kerja beza sungguh. Baru saya tau mengapa public selalu komplen. Kerja pun tak lama 5tahun pastu quit job.
Kadang2 surrounding juga mempengaruhi cara seseorang itu berfikir, bekerja dan selesaikan masalah. Elok berada di luar kelompok yg sama supaya lebih maju ke depan.
maam 12:57,
kesian ko panggil aku pak chick.
panggil Abang, dik :-)
it's good indeed to mix outside our group, and our country. then we can compare. it does not mean that others are better, but it's one way to see how we measure up!
oh really pity me? i thot u won't mind readers here call u pak chick. uncle macho can ha? hahaha..joking lah..
i'm ur fanatic silent reader lah. love to read ur writings and knowledge bout issue other than politics. Malaysian politics make me wanna vomit!
btw, the movie my name is Khan mmg superb! I've watched more than 3x and still running nose when scene Sam died..touching giler masa nih.
Post a Comment