Itulah. Bila saya kata Umat M bahalol wal mengong semua marah.
Tak ada lagi orang sebodoh kita semua.
Saya pun benci Muammar dari dulu ni. Sama macam saya benci ramai sangat yang mengaku pemimpin umat ni. Termasuk yang di Pedrapork.
Serangan di Libya ni adalah double standard.
Bila Bahrain membunuh beratus rakyat mereka sewenang-wenangnya, juga Yemen, tak ada pulak Arab bongok panggil UN suruh masuk campur.
Malah disokong pula. Dan si yahudi wan nasara pun sokong mereka, itulah yang mereka suka.
Cuba lepas ni kita masuk UN dan minta mereka bantu kita di Palestin sebab rakyat dah lama dibunuh dan disiksa beramai-ramai. Ada tak yang nak tolong?
TAPI padan juga Muammar dan kegilaannya. Bom saja istana mamat ni. End the war fast.
Enough said.
------------------------------------------------
PSSST.
Yang baiknya, kerana ini negara ketiga yang mengaku *Musalman dan **Sulumani yang diserang dalam beberapa tahun ini, kelengkapan dan tentera mereka banyak kerja. They are stretched.
Mereka kata, oh tidak, di Libya kita pakai missile dan jet plane saja. Tak hantar tentera darat.
Tapi tak apa, akan berbulan mereka sangkut di sana.
Makin lama mereka kat situ, tentunya makin kita sedar mengapa kita sendiri kena buat hardware dan software sendiri nak lawan musuh.
Bukan membeli dan mengharap bantuan orang.
Nak repair paip kat surau dan masjid pun kena panggil kaum lain. Lepas tu declare kita sekarang dah jadi negara islam. Erke.
* Musalman ni apa yang orang barat panggil umat m pada 1900s di utara Afrika dan India-Pak.
**Sulumani pula ialah nama umat arab yang banyak menjalankan slave trade di selatan Afrika-Rhodesia.
Saya cuma nak action tunjuk pandai, salah ke? ;-)
------------------------------------------------
MERCY RELIEF Singapore tiba di Jepang
Rakyat Temasek sibuk menderma untuk quake-nami-nuke Jepang ni seminggu ini, termasuk collection kilat di semua masjid Jumaat lalu.
Begitulah kita build-up brand name dan soft power umat, beb.
Janganlah kita hanya ucapkan takziah jika mereka Muslim, dan hulurkan bantuan jika mereka "orang kita".
Jika orang Melayu kena accident, kita sibuk nak bantu.
Nampak orang Injun atau Cainis masuk longkang, buat tak tahu.
Saya pernah cerita di sini. Mercy Relief Singapore ni dulunya di bawah persatuan Islam di Singapura, tapi kini dibuka kepada umum agar bukan-M pun boleh derma dan bekerja di situ, dan hulurkan bantuan.
CEOnya ialah rakan saya Hassan Ahmad (GAMBAR atas, jacket coklat), yang bersama saya ke Egypt dan Israel.
Nak keluar dari airport Tel Aviv dulu, saya kena tahan 40minit, mereka rampas laptop office saya, sebab (saya rasa) paspot saya banyak keluar masuk Malaysia dan Indonesia. Si negara setan tu ingat saya JI.
Mereka ada special equipment - kecil macam berus gigi - yang boleh detect jika ada serpihan kecil habuk bom = bomb particles. Dimasukkan dalam beg saya, dan laptop bag saya. Jadi jika anda tak bawa bom pun, tapi pernah bekerja di meja di mana ada bom sedang dipasang, akan dikesan.
Si Hassan pula ditahan selepas itu selama satu jam. Kerana, katanya lepas itu, ini kerana paspotnya dicop banyak sangat negara. Beliau telah membuat kerja menyelamat dan relief supplies ni, antaranya, ke Pakistan, China, Myanmar, Yemen, Indonesia (sangat kerap), jadi tentunya suspect JI juga.
Aish Hassan, kita hensome2 gini, sampai hati yahudi sangka kita sokong JI!?
Betullah cerita yang saya kerap dengar. Kamu MASUK Israel, depa tak banyak check. Sebab tahu semua takut nak seludup masuk.
Tapi bila kamu KELUAR, ah siap. Ada rakan saya dibogelkan 100 peratus. Bukan nak check apa, mereka cuma nak harrass orang, lebih lagi wartawan - termasuk wartawan wanita.
Barang Mercy Relief dah sampai pun ke Jepang. Alhamdullilah.
Yang derma kepada kumpulan bantuan Muslim ni bukan saja umat m Singapork, tapi yang bukan m juga.
GAMBAR bawah - Jaffar, manager Mercy, bekerja di sub-zero temperature. Sejuk, bro? Ini jihad brader, kamu naikkan nama agama bukan pekik2 demo, kasi jam satu bandar.
Tentunya ramai Jepang dah tahu nama 'Hassang' dan 'Jaffaru' ni di Sendai. Mereka sebut agama kamu 'Isuram'.
'Umato Isuram latang kasi-o maggi mee-o dan selimutu. Arigato gozaimasu toyota honda sushi panasonic'. Eh wah eh wah, pandai saya cakap Jepang sejak nonton Pokemon.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago







3 comments:
Mr Rem
Hanya untuk renungan...Terbaca article yang menyebut bahawa akibat tsunami baru ini, paksi dunia berganjak,hatta pusingan dunia dalam satu hari terlaju 1/8 millionth of a second., iaitu kita kehilangan 1/8 millionth saat. Maka apabila dunia kehilangan 24 jam ( in the event of earthquakes here, there and everywhere, every now and then..) adakah ketika itu hari kiamat..? Wallahualam...
Salam Rem
Mercy 2men team. Notice takda biawak2 hidup yg nakkan political milage.
Tabek to Hassang & Jaafaru and Remu for info (kalau tak kita tak nampak volunteerism yg sebenar)
Pak Malau
Sdr Rem:
Terima kasihlah sebab hari 'ni, saya belajar dua perkataan baru 'Musalman' dan 'Sulumani'. Di sini pun, kami ada Dr Jamilah pengasas Mercy Malaysia yang kini di UN setelah melakukan kerja-kerja menyelamat dan membantu di Bosnia, Myanmar, Indonesia, dst.
Eloklah menggalakkan umat Islam supaya meneruskan 'amal ma'ruf, nahi mungkar' daripada sembrono mengamuk dan berdemo.
Tentang Libya, memang peluang yang ditunggu-tunggu oleh tentera bersekutu dan konco-konco mereka. Bagi rakyat yang ingin mengakhiri rejim Gadafi, bagaikan ditelan mati emak, diluah mati bapak.
Post a Comment