Wednesday, 23 March 2011

Aksi hari ini di mahkamah - DNA

AKSI DI HOTEL IMPIANA 

Siapa tulis headline bodoh - 'Aksi hari ini di mahkamah - DNA'. Hee.
WRONG, bozo!
Aksi panas dilakonkan oleh orang-orang yang saya ingat dah lama retire.
Rahim & Co - tapi ini bukan syarikat hartanah yang terkemuka tu!
Haish, letihlah brader.
Gasak merekalah.
GAMBAR Mr T pun kena tukar!


-----------------------------------------
POSTING AWAL 

Mahkamah dah tolak permohonan bahawa Anwar perlu bagi DNA.
Anwar score 1-0.

Tapi lepas tu Mahkamah kata bawa masuk berus gigi, tuala dan botol air tu - readmits evidence.
The score is back to 1-1, and Anwar is on the defensive.

Yang saya khuatir ialah suara-suara yang akan pekik 'Mahkamah tak adil', 'Hakim dah dibeli', 'Hakim bawah telunjuk Rosmajib'.
Aiks, bila menang terus kata Mahkamah adil, tapi bila kalah tolak pula.
Tak boleh gitu saudara. Merosakkan nama negara sendiri.

Jika betul pun ada hakim boleh dibeli, tak boleh tembak kesuluruhan kehakiman Maysia dan nama baik negara kerana kita tak dapat apa yang dikehendaki. Melainkan jika ada bukti atau syak wasangka kuat bahawa Hakim X ni kena kontrol orang politik, kena beli dsbnya.
Parah jika esok orang kena gantung sebab dadah, atau dihukum bayar denda kata tak mahu bayar, sebab mereka diajar orang politik bahawa Mahkamah dah dibeli, dan kita hanya terima keputusan yang kita suka.

Samalah macam pilihanraya - takkan setiap kali kalah nak pekik - BN pakai undi hantu dan beli undi. Jika betul pun, kenapa bila menang kamu terima keputusan terus grab 82 kerusi dan lima negeri?
Kenapa masuk pilihanraya langsung. Ada suara pembangkang yang kata boikot pilihanraya. Saya suka kamu buat gitu jika pasti semua kawasan ada undi hantu dan rakyat bodoh kerana mudah dibeli undi mereka.

SAMA macam Singapork. Pembangkang manyak marah dengan sistem kehakiman dalam kes-kes politik, dan manyak marah dengan sistem pilihanraya yang kata mereka berat sebelah.
Tapi mereka terus work within the system.
Nak hentam sesuatu tu kena lihat dengan elok dan pastikan nama baik negara terus terjaga.
Be specific bukan hentam keromoh brader.
Sayanglah negara anda macam saya orang luar ni sayang negara anda.
Hidup Maysia!
Hidup Datuk Keramat!
Hidup Wangsa Maju!
(saya doa kawasan saya saja ler).

14 comments:

Anonymous said...

Op Ed

Manusia hari ni ramai yang dah tukar mazhab - mazhab taksub.

Taksub pada diri sendiri, taksub sesama manusia, taksub pada dunia, taksub harta, taksub harta.

Cuma yang taksub pada Rasullulah dan Allah saja yang kurang di tonjolkan kepada masyarakat.

Kalau di TV dan media, dapat airtime atau column pun 2-3 kali sahaja seminggu.

-malik-

Anonymous said...

Yang taksub tu memang akan kata hakim tak adil kerana terima 3 bahan bukti (yang ada kesan DNA) yang telah ditolak sebelumnya.
Semestinyalah mereka kena tengok dulu alasan yg menjadi asas keputusan hakim tu.
Anuwar boleh menyanggah bukti2 tersebut dengan memberi DNAnya, jika dia benar2 tak membuat perkara yg dituduh itu.
kalau tak bersalah apa yg nak ditakutkan.

Anonymous said...

aku heran la Rem

kalau di Malaysia ni, DAP la kepalanya yang akan mempertikaikan segala undang undang dan keputusan mahkamah

Tapi di spork, PAP lah yang akan memastikan bahawa semua orang termasuk pembangkang dan pengkritik menuruti undang undang dan keputusan mahkamah

padahal mereka ni adik beradik.

siapa yang double standard, Kit Siang dan Karpal atau LKY

fening kefala

Anonymous said...

Ini hakim Umno..tu fasal Umno sana sini jerit termasuk Najib suruh Anwar bagi DNA..dia dah gelabah.

Mana ada keputusan mahkamah bolih main2 tarik balik.

Aku agak Karpal pun tak berapa cekap macam Arwah Fernando dahulu. Banyak permohonan Pembela ditolak olih Hakim. Karpal pun patut buat permohonan supaya ia dikaji balik spt permohonan utk dpt percakapn Siful, dia banyak temberang.

Mahkamah Umno..apa nak buat. Hakim Sodomy 1 Ariffin Jaka sedang sakit terlantar sekarang. pendakwa Sodomy 1- Mohtar Abdullah sudah mampus sebab kepala otak kemek macam bola pingpong. Ada otak diperkuda olih Umno. Allah kemekkan otaknya.

Ni Sodomy 2..Hakim tak belajar ke dari apa yg menimpa Ariffin Jaka dan Mohtar Abdullah.

usabukata said...

saya bukan taksub dengan umno atau bn. saya juga bukan penyokong umno atau bn, tapi kalau sebut nama nwar saya dah tak percaya dia sejak 1993 lagi.

tapi yang saya pelik sampai hari ini ialah pas dan penyokong-penyokong taksubnya. entah apa yang dikagumkan dengan makhluk nwar ni.

usabukata

JohorMali said...

Mr Rem,

Now we know who is Mr A, Mr B, Mr C and Mr T.
Everybody now is trying to deduce whether Mr X is Mr Y is dot..dot ..dot.
Aiyoyo... Sherlock Holmes combine dengan Hercule Poirot pun belum tentu dapat merungkai mystery yang sedang melanda di ufuk utara municipalty anda.
p.s
Cam mana media kata aktress video to Cheena. Ingat tak kes gadis yang kena ketuk ketumpi dalam balai tak berapa tahun dulu ?

pcbahar said...

Mr Johormali,
Awat tak tahu pula yang pompuan tu cina.. Saya ada kat situ.. Yang jadi hero pun saya la.. keh keh keh..

Anonymous said...

Anon 23 Mac 16.45,

Banyak-banyak bawa mengucap dan beristighafar kalau anda orang Islam.

Komen apa benda yang anda kemukakan? Sihat, sakit, pening, hidup dan mati ketentuan ALLah SWT. Mungkin sekarang anda sihat, esok lusa belum tahu!

Apa yang menimpa mereka yang anda sebutkan, bukankah itu laluan takdir yang telah tersurat dan tidak ada kena mengena dengan 'daulat' yang anda percaya dimiliki oleh idola kamu!

Kalau saya ingin menyertai permainan caci maki anda, cuba lihat wajah hero anda kini. Ambil sahaja gambaran wajahnya di muka hadapan Utusan Melayu 23.03.2011 . Kusam, lusuh dan tidak ada seri langsung. Adakah ini gambaran wajah orang yang banyak 'dosa'?

Warga Setia

Anonymous said...

Mr Reme

penyokong tegar anwar tak happy dengan ulasan awak.

dia nak awak bela & puji anwar hari hari.

dengan kes mahkamah dan video ni, awak sanggup ke.

remgold said...

betoi tu Warga Setia,
yg hidup akan mati.
baik mohtar abdullah mahupun hakim augustine paul meninggal sebab dah tua.
dan kini tiba masa arifin jaka.
dah christopher fernando pun dah meninggal sebab dah tiba masa, bukan sebab mereka menentang anwar, atau membelanya.
bawak bertenang brader.

pada saya gini: siapa yg betul atau salah akan dihukumi pengundi di dunia. tak payah tunggu akhirat.
ada banyak lagi citer kes ini yg wartawan tahu tapi belum keluar. tunggu dulu.

citer politik ni macam wayang hindustan - di mana saja = kamu lihat kecoh italy dan pm berlusconi, atau cerita skandal berbilion $ india libatkan menteri telekom a.raja = kamu ingat cerita maysia saja dasyat?

hindustan kan gitu = kejap hero bertumbuk, lepas tu joget2, dan lepas tu nyanyi atas bukit. lepas tu heroine bergolek dari atas bukit sampai bawah tapi masih cute dan baju tak ronyok.

malangnya akhbar ST singapork sejak 2-3hari ni macam akhbar maysia - semua penuh dgn cerita dari utara. kadang segan juga saya sebab yg ramai membaca ialah komuniti expat (dari penduduk spork 5juta, 1juta pekerja asing termasuk ramai profesional).
saya mengharap ceritanya kita bina roket hantar ke matahari, atau sofwe yg lumpuhkan sistem komputer satu israel, ish ish yg keluar cerita lain pulak. apa nak buat.

ada komen di atas tentang PAP dan DAP: itulah beb. yg kat utara banyak bawa cerita, yg kat spork pula semua cerita kena tapis. sonyap je, macam semua orang politik sini mala'ikat.

Timur Tengah said...

Bro Reme,

Kan aku dah kata dalam komen aku sebelum ni. Puih... tak sangka analisis aku tepat (dgn izin ALLAH).

Komen aku sebelum ni;

Knowing "Singh is the King" will negotiate for Option 1, for court to declare that they will accept to validate the earlier DNA match instead of new DNA testing.

Plus this so-called rumous of "the existance of the video clip", why (?) coz by opted 1st optiont (for them) they won political perseption even though Anwar has to pay the trip to Bamboo River. By hoping won the rakyat perception, he may hope that those rakyat will free him later - subject to PR to win the battle of GE13. Singing a same song that the court has been fixed by government's pressure to accept the earlier DNA test.


Salam - Doha, State of Qatar

Anonymous said...

Salam Rem..

Topik pasal kes nih paling menjelekkan dan memualkan. Dah lah frontlines akhbar2 dan TV keep playing the same tunes every hour, day n night. And now, bloggers pun sekali tumpang semangkuk.

U know what uncle? 1Mesia skrg even the kids pun dah dikotori pemikiran mrk kalo benda2 spt ini dihighlight selalu. What's happening to our people now?

And plse. jgn kata saya nih taksub atau penyokong Anwar Ibrahim. I'm saying this as a human being and a mother. I do believe ujian berat Allah berikan pada dia dan keluarganya kerana mrk adalah golongan manusia beriman dan disayangi Allah. Kalo kena kat tuan puan, braders and bradees kat sini baru kita tau langit tu tinggi atau rendah bukan?

Tiada yg mustahil boleh berlaku di zaman skrg krn kita punya anak, cucu dan sedara mara. It can happen to u or anybody else. Hari ini kita menganiya org, esok lusa people do the same to u too..Get it?

Kejahatan dia antara dia ngan Allah. Jgnlah kita menokok tambah cite yg tak nampak atau sekadar hearsay.

Sehebat mana pun perancangan jahat manusia nih, Allah ada perancangannya tersendiri. Takutlah musibah yg Allah turunkan kpd umatnya. Doa org yg teraniya itu lebih cepat dimakbulkan..The truth will prevail no matter how long it takes...

spicemum

Anonymous said...

spicemum

saya pun jemu hari hari baca kes liwat anwar.

jika dari dulu lagi Anwar dan karpal setuju serah DNA, dah selesai kes ni

Anonymous said...

Anon 13.27

Kalo dah jemu jgn bacalah. Tak usah menambah dosa yg sedia ada menimbun tu.

Saya menegur di sini krn `sayangkan' pakcik Rem (*wink*)dan Muslim fellas yg membaca blog feveret saya nih. Plse don't drag ourselves menambah ajinomoto ttg sesuatu hal yg masih kabur berbentuk fitnah. Dosa memfitnah itu lebih berat dari membunuh kan?kan?kan?

In the first place, why do we need to bother about this case actually. It shud be brought to the mahkamah syariah instead of sivil court. Its all about political vengeance. And we all here try to playing god? Its not rite braders and bradees.

I thot DNA tiada had luput, where they cud used the 1998 specimen. Why need another one?

What happen between Anwar and Saiful or anybody, only god knows and they need to repent themselves to Allah. Why do we care? Anwar bukan dituduh membunuh , rasuah, merompak duit dan harta rakyat. And if that sins he needs to answer to rakyat including me and you!

I don’t care who or which party run this country as long as that person is a Muslim yg beramanah. I belief my fate and my future is in own my hand with Allah’s will. Not depending on the politicians or any political party.

spicemum