Jika dalam perlawanan bola, BN pada first half, hancuq. Kena bantai teruk.
Tapi keadaan dah lebih pulih dan kurang berkecamuk dengan PM baru di atas sejak hampir dua tahun lalu.
Lihat cara Najib main bola - depa tak macam Dr M yang hentam setiap lawan yang buka mulut. Bukan juga seperti Abdullah Badawi yang suruh anjing peliharaan menyalak kuat apabila diserang.
Banyak kali Pakatan, Anwar, Kit Siang etc pukul, PM Najib buat donno dan teruskan kerja. Rollout projek demi projek, dan buat lawatan ke Batu Caves, Brickfields, Chinatown, Kampung Baru dan seterusnya. Cuma bila Kak Mah kena serang teruk baru sang suami defend.
Itulah cara Najib sebagai negarawan. Tak mesti macam Muhammad Ali - go blow for blow. Sometimes the best weapon is to ignore the attacks and just do your work.
Dan kerana ekonomi terus kukuh, jenayah pun berkurangan, dan kecoh antara bangsa India, Cina dan Melayu terus terkawal, maka rakyat kasi chance juga nak undi BN kembali.
Dan yang tak disedari hingga kini oleh DAP ialah: dengan kamu bersuara terlalu lantang nak hak Cina, orang Melayu semakin benci kamu, maaf kata. You have the right to ask for your rights, but when you bang on the door too loudly, every day, it put off many Malays.
'Belum berkuasa dah perangai begini, nanti kalau masuk Putrajaya, akan dihapuskan semua hak Melayu dan Islam', itu feedback yang saya dapati.
Dan kerana Nik Aziz dan PAS serta PKR pun tak mahu defend hak Melayu, maka orang Melayu lari kembali ke Umno. Bukan sebab sayang Umno, tapi takut dengan ancaman DAP-Pakatan. Maaf jika terlalu direct dan mungkin silap pun.
Sekarang pun kita dah dapat lihat: Dalam pilihanraya umum kelak, DAP akan muncul sebagai parti pembangkang paling besar di Parlimen, walau PAS mempunyai paling ramai ahli dan yang paling organised. PKR mungkin jadi parti pembangkang paling kecil.
JADI dalam second half (dah 3 tahun sejak pilihanraya 2008), BN catch-up balik selepas tertinggal jauh dalam permainan - pernah dulu tertinggal 5-1 kalau tak salah.
Besar beb tanggungjawab jika rakyat dah lebih percaya kepada kamu.
Yang paling saya khuatir ialah, maaf kata, walau Umno-BN sudah Talk the Talk, mereka belum Walk the Talk lagi.
Masih banyak janji daripada menunaikan apa yang dah dijanji.
Takut jadi Badawi Syndrome. Janji macam-macam, rakyat undi depa. Depa ingat rakyat sayang depa, lalu tidoq. Sedangkan orang mengundi kamu tu nak lihat kamu tunaikan semua janji.
Jadi bila orang dah bagi kamu 8-8 dengan kemenangan di Kerdau dan Merlimau, kamu kena kerja lebih kuat lagi. Yang saya khuatir ialah Umno-BN akan kata: 'Ah, bagus. Rakyat dah percaya kembali dengan kami. Mari kita teruskan aksi merompak!'
UNTUK Pakatan dan sekutunya pula, ada baiknya kamu terus kalah. Boleh perbaiki kedudukan kamu sebelum terlambat. Nak terus caci Umno-BN saja cacat dan merampok.
Kamu tu baik sangat ke?
Saya tak mahu sebut lagi perkara yang pernah disebut
- banyak kepincangan di Selangor kerana ada exco sasau, orang Melayu ni diam, tapi dia muak bila semua perkara main OK saja - termasuk jual arak kat mana-mana dan boleh masuk masjid ikut suka hati;
- di Kedah kerana projek GLC dibahagi rakan. Lepas tu website mereka semua buat dunno;
- dan di Kelantan banyak maksiat walau mengaku Serambi Mekah. Malu saya lihat gambar-gambar dalam kickdefella - sini dan sini antaranya. Cerita dah keluar baru mereka nak raid tempat maksiat, dan jual loteri;
- dan di Penang yang menjadikan Melayu khuatir kedudukan mereka (betoi juga Umno jadi tukang cucuk. Tapi jika semua dibuat dengan baik, siapa cucuk pun tak akan jalan).
MASA ada masa untuk kedua pihak perbaiki diri sebelum general election selepas June tahun ini, atau pun mungkin awal tahun depan.
Yang saya kata kat atas tu mungkin 100 peratus salah. Umno-BN bukan perompak, dan Pakatan bukan perampok yang menanti giliran nak masuk Putrajaya. Tapi dalam politik, perception is reality.
SEMENTARA itu, Sarawak bergolak kerana hujung April akan ada pilihanraya.
DAN Singapork pun kecoh sebab hujung May akan pilihanraya umum. Ah, lain kali saya bawa cerita Temasek, di mana pembangkang yang hanya ada dua kerusi, mungkin akan dapat tambah lagi.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago



5 comments:
tumpang tambah lagi satu result :
Liverpool 3 Man Utd +1
la la la la la
Teruskan usaha mu BN. Tapi kalau tidor lagi, tahu lah nanti akibatnya.
Mungkin Kelantan akan dapat pada BN dalam PRU terdekat.
Tapi Pulau Pinang, Selangor akan stay pada PR.
Kedah saya tak dapat mahu ramal.
Liverpool dan Man Utd tu parti politik mana pulak? maaf saya tak ikut langsung jadi tak boleh komen apa-apa. :-)
Kelantan masuk Umno-BN? Hee. tak boleh ler sehingga barisan pemimpin umno kelantan boleh buat pengundi lupakan sakitnya rakyat dipermain oleh kerajaan Umno-BN, walaupun dah 20 thn lalu.
penang, selangor, perak di tangan DAP-Pakatan sebab cainis nak kaut semua, depa tak mahu kongsi lagi dgn melayu yg tamak dari umno. dan dah dapa rasa berkuasa.
tak salahkan mereka langsung. saya pun dah fed-up lihat gelagat parti yg tak mahu Walk The Talk.
- penang terus guan eng.
- selangor pass pada azmin - sebab cainis tahu teresa kok sebagai MB akan memarahkan melayu. mungkin ada pangkat baru (yg dimatikan umno dulu), Timbalan MB.
- perak ngeh-nga terus control tapi tunku aziz akan dijadikan menteri besar. bukan pas lagi. dulu DAP tak ada orang melayu nak diletak kat depan, jadi pas dapat berlagak dan ber-angan.
- kedah pun nampaknya terus DAP-Pakatan pegang walau kerusi berkurangan - sebab peratusan pengundi cina ramai, 14.6 peratus, dan melayu pun masih muak dengan barisan pemimpin Umno-BN. masih serik.
- jangan terkejut pula jika terengganu jatuh sebab perpecahan umno. isu mat said-idris jusoh tu tak selesai melainkan najib bagi idris jadi menteri kanan di putrajaya, itu tekaan saya. kita jadikan idris menteri kewangan pun baik sebab depa pandai jaga wang.
- dan negeri sembilan mungkin jatuh sebab cina semua undi DAP-Pakatan (24.3 peratus cainis).
- cuma jangan juga terkejut jika pada masa sama, Umno-BN menang 2/3kerusi Parlimen.
maknanya, cainis jadi kingmakers. mereka kata kami blom percaya PAS nak bagi putrajaya dan PKR terus lemah, tapi kami tak mahu Umno-BN jaga negeri2 kami.
- sarawak pula? ada cina 26peratus, iban 34peratus, sama ada dengan taib atau pemimpin lain pun, tetap warna biru BN, tapi banyak kerusi akan lari ke DAP-Pakatan.
- sabah di mana nama baik umno dah lama dihumban ke dalam laut, pun goyang. tapi tak jatuh sebab DAP-Pakatan terus bergaduh rebut harta yg belum didapati pun.
melayu 12peratus, kadazan 18, yg lain 70 peratus kebanyakannya non-muslim bumi. cuma Umno-BN ada main sihir di mana jembalang muka filipina boleh muncul utk mengundi.
- akhirnya, DAP akan jadi parti pembangkang terbesar, kit siang jadi ketua pembangkang macam dulu.
ini semua sebenarnya baik utk malaysia! walau masalah besar utk kita semua (termasuk saya yg buat liputan politik malaysia). polemik kecoh politik akan berterusan - macam apa yg kita rasai sejak tiga tahun ini.
lebih banyak gaduh isu remeh dan bangsa, daripada nak ajak semua perbaiki diri dan negara.
itu saya tekaan buat masa ini lah. lagi enam bulan blom tahu lagi.
apa kata anda?
ini orang Singapork Darul PAP tembak dari jauh.
BN perlu belajar dari PAP bagaimana berkuasa demikian lama tapi tetap dipuja oleh penyokong DAP di sebelah utara tambak Johor.
pak rem.bukaklah cerita tentang PRU singapore tahun ni
ada peluang tak opposition singapore nak tambahkan kerusi di parlimen?
orang muda singapore (below 40) majoritinya support opposition ke?
hehehe dah bosan dah baca ulasan politik malaysia.beratus blog,sama ada pro BN atau PR buat ulasan
Post a Comment