Ah, tahun 1960an. The 1960s.
Beatles. Engelbert Humperdinck. Elvis. Tom Jones.
Masa tu saya kecik lagi, jadi miss ni semua.
Tapi saya masih ingat seorang boxer kulit hitam dari Am'rika yang menentang racism orang kulit putih.
SAYA baru habis nonton dokumentari Thrilla in Manila - perlawanan boxing Muhammad Ali dengan Joe Frazier.
Dengan tak sengaja termasuk channel tu di Starhub cable TV (selepas nonton favourite show saya, Restaurant Makeover).
GAMBAR atas. Ali berdiri, Sonny Liston pingsan.
Teringat kembali zaman di sekolah menengah di kampung saya di Pasir Panjang Road, dekat Zehnder Road - kini sebahagian dari kampus National University of Singapore.
Masa tu zaman TV hitam-putih dan semuanya kecik = lupa saiz, tapi saya rasa 15-20inci saja.
Maklumlah kampung, orang Melayu ramai tinggal di 'banglo satu tingkat'. Jamban kat belakang, kena naik tangga sebab jamban tong. Hee.
Kami semua Melayu Singapork miskin masa tu (sekarang pun masih ramai miskin!), kat rumah tu kalau ada TV, dah kira glamour beb!
Apa lagi jika juga ada 'esbok' (icebox = fridge).
Jika ada TV, esbok DAN telefon - wow, kayanya!
LIVE ON TV
SIAPA yang pernah berulang kali dapat nonton siaran langsung atau delayed telecast (ditunjuk pada hari yang sama) si Muhammad Ali ni, angkat tangan!!!
Saya boleh angkat tangan lima hingga tujuh kali! Baru kamu tahu saya ni dah tua nyanyu (bukan nyanyok), cuma tunggu bila nak taubat saja.
Bila ada fight mamat Ali ni, satu dunia stop kerja - begitulah popularnya beliau.
Lebih lagi setelah gagak hitam Cassius Clay masuk Islam jadi Muhammad Ali, semua negara Islam sedunia tutup kedai atau orang ponteng kerja.
Dua fight Ali ni yang paling gemparkan dunia.
- Satu ialah Thrilla In Manila pada zaman Marcos. Masa tu saya Menengah Tiga, umur 15 tahun. Hari ni umur saya dah terbalik, 51.
Fight tu Oktober 1975. GAMBAR atas.
- Yang satu lagi ialah Rumble In The Jungle, Ali lawan George Foreman, setahun sebelum itu iaitu Oktober 1974, di Kinshaha, ibukota negara hutan rimba Zaire (kini Democratic Republic of Congo). GAMBAR atas - Foreman tersungkur kena bantai.
FUYOH. Tadi saya nonton ulang tayang perlawanan Ali-Frazier tu, dengan interview Joe Frazier yang dah tua, serta wartawan yang buat coverage masa tu.
Frazier masih sedih hingga hari ini.
Ditunjuk dari Round 1 hingga Round 14.
Mak oi. Macam gangster lawan gangster - tumbuk non-stop. Takutttt.
Sebab tu orang yang boxing ni bila dah tua, percakapannya jadi slurry = cacat, macam orang mabuk atau makan dadah. Kedua-dua Ali dan Frazier dah jadi begitu. Sebab otak asyik kena tumbuk maka perbualan pun dah tak betul.
Setelah bantai membantai, nak masuk Round 15:
- Ali dah tak larat dan suruh orang dicornernya potong tali boxing glovenya. 'Tolong potong, aku dah tak boleh bangun lagi'.
- Tapi nasib baik beliau - sebab Frazier dah kena bantai sampai kedua matanya hampir buta (berdarah teruk), maka coach si Joe yang surrender dulu. Walaupun Joe nak terus lawan di Round terakhir biar mati pun.
Setelah dideclare pemenang, Ali pingsan kat situ juga, sebab dah letih sangat.
Muhammad Ali beritahu orang lepas tu:
"If God asks me to go for holy war, I want Joe Frazier by my side."
SAYA pernah beli dan baca buku autobiography Ali ni 15tahun lalu, tapi dipinjam rakan terus tak kasi balik - The Greatest.
Anak setan yang pinjam tu dah berbelas tahun tinggal kat London!
DAN kemudian, lagu ni jadi terkenal satu dunia: 'Black Superman (Catch Me If You Can)'. Liriknya di sini.
Masa tu zaman Elijah Muhammad, Black Muslims dan Malcolm X, seorang hero saya yang saya cuba tiru hingga hari ini.
Anda baca autobiography Malcolm X ni, it might change your life too. Saya baca 20 tahun lalu - ah, baru kamu tahu siapa guru saya.
GAMBAR bawah, Ali bersama Malcolm X - "By Any Means Necessary".
Fight against all odds. Fight alone if you must.
Never mind what other people do or say.
Kalau malas nak baca, order video 'X' ni dari Amazon.com (starring Denzel Washington).
Antara kata hikmah Mr X (ingat, ini zaman Negro lawan White Supremacists):
- "We declare our right on this earth to be a human being, to be respected as a human being, to be given the rights of a human being in this society, on this earth, in this day, which we intend to bring into existence By Any Means Necessary."
- "Be peaceful, be courteous, obey the law, respect everyone; but if someone puts his hand on you, send him to the cemetery."
- "Education is the passport to the future, for tomorrow belongs to those who prepare for it today."
- "Nobody can give you freedom. Nobody can give you equality or justice or anything. If you're a man, you take it."
- "My alma mater was books, a good library - I could spend the rest of my life reading, just satisfying my curiosity."
- "Usually when people are sad, they don't do anything. They just cry over their condition. But when they get angry, they bring about a change."
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago








11 comments:
Lebih lagi setelah gagak hitam Cassius Clay masuk Islam jadi Muhammad Ali, semua negara Islam sedunia tutup kedai atau orang ponteng kerja...
orang islam sokong ali lepas dia masuk islam sahaja ker???
"Float like a Butterfly, Sting like a Bee..."
Tajuk entri ni apa kaitan bang? Sori, newbie
Anon 3:56,
masa beliau Cassius, belum terkenal sangat. namanya naik setelah menang gold medal utk Amerika dlm Olympic di Rome tahun 1960.
kerana itu zaman Black Power dan Ku Klux Klan (sila Google) maka beliau fed-up bangsanya kena buli.
beliau jadi world champion, lepas tu masuk islam setelah bertemu dgn Malcolm X dan Elijah Muhammad.
Sebenarnya Black Muslims amerika ni ajaran sesat sebab Tuhan ialah orang kulit hitam, dan bangsa negro ialah Chosen People yg mendirikan pyramid di Egypt, dalam kepercayaan mereka.
tapi X dan Ali lepas tu masuk islam makkah.
bila namanya bertukar jadi Muhammad Ali, baru namanya begitu subur di dunia islam, bila ada perlawanannya the whole muslim world stops working.
lebih lagi apabila kalahkan para boxer yg beliau gelar 'White Men's Nigger' (hamba omputeh) Sonny Liston, Frazier, Foreman.
beberapa kali Ali kalahkan mereka ni, yg masa tu berganti jadi world champions. kadang beliau teruk kena bantai pun.
Ali tak mahu masuk US Army dan dihantar ke Perang Vietnam - wajib orang miskin masuk tentera masa tu. orang kaya dapat elak! (Ali: 'I got nothing against them Vietcong' dan 'Why should I fight some white men's war in some far away place, when my race is being oppressed at home' - lebih kurang gitu), beliau ditarik pangkat World Champion.
Lepas tu Ali lawan balik dan menang title. jatuh bangun tiga kali.
rekodnya: Menang 56, Kalah 5. dlm 56 tu, beliau menang TKO (technical knock-out) sebanyak 37 kali!
maknanya TKO ialah tak sampai perlawanan penuh (12 atau 15 round). kadang Round 2 atau 3 dah mampoi kalah dgn Ali.
hari ini jika kita ditanya siapa world boxing champion, kita pun tak tahu!
Anon 5:20 (eeks kamu pun tak tidoq dan sembahyang tahajjud, macam Anon 3:56),
Malcolm X dikenali dgn perkataannya 'By Any Means Necessary'. kerana itulah jawapannya apabila ditanya apa yg kamu akan lakukan nak bantu kaum kamu.
Ali pula mamat yg bijak dengan joke dan doggerel (mungkin kita panggil pantun).
dan beliau 'berdansa' dalam perlawanannya - dance on the boxing floor - pergerakan kaki yg pantas, seperti floating in the air. belum lawan sempat kejar dia, boom! kena tumbuk kat muka. pedih seperti kena sengat lebah.
Sebelum lawan dengan Joe Bugner, Jerry Quarry, Oscar Bonaveva, Rocky Marciano (ini champion bangsa kulit putih), atau tiga ekoq negro kat atas tu, beliau akan gunakan pantun yg berjenaka.
Antaranya ialah Ali kata beliau 'float like a butterfly, sting like a bee'.
lihat ni:
http://www.youtube.com/watch?v=HXzQqqn-rVc
kat youtube banyak fight Ali.
nak lihat ali 'float like a butterfly, sting like a bee'? ini salah satu:
http://www.youtube.com/watch?v=jU2YPXghFkU&feature=related
Nostalgia 70an - perlawanan Ali di KL ialah 'the fight of the century' - Allahyarham Dato' Harun, Ketua Pemuda UMNO, jadi wira kerana menganjurkan.
Tapi yang tak seronoknya, kaum hawa tukang angkat 'placard' dalam pakaian serba singkat - pra-revolusi Iran! ;)
Kalau malas nak baca boleh juga tonton filem Ali yang dibintangi Will Smith. Best.
Especially the scene tak nak pergi Vietnam seperti yang dikata Tuan Rem.
This man is a legend. Rem, teringat masa saya kecik dulu, rumah kami jadi tumpuan sbb org pertama ada TV kaler.
Time rancangan bola atau tinju, rumah jadi port sedara mara n jiran berkumpul. Meriah betul masa tuh tapi kami girls takleh kuar bilik. Kena paksa baca buku sampai ke sudah...
Best ar baca artikel nih..Tq
rem
memang best buku tu.
nanti gua courier balik dari london pada lu guna address SPH. he he
entry ni berkait geng hindraf ke atau melayu spore ke atau just Mohd Ali.
IC cards in Singapore ignore Malays and stated that the person as Bugis or Javanese.
Unlike the chinese or Indian - not stated as hokkien, hakka, tamil or punjabi.
The intention is clear; to kill the Malay identity and create the impression that they are immigrants.
Baiti,
Ali di KL masa tu lawan Joe Bugner, kan? dah lupa. cuma saya tahu lebih heboh masa tu berbanding dgn shah rukh khan datang melaka hari ni!
saya dapat nonton Live perlawanan itu.
Anon 17:23,
eeks hindraf atau melayu? bukan.
saya tulis ini hanya bual kosong, geng. cuma sebagai minoriti di spork apabila saya baca buku Mr X tu terkait rasa hati dgn kaum melayu di temasek.
tentunya jika ane hindraf baca buku Mr X beliau pun rasa banyak boleh dipelajari.
orang melayu maysia yg baca mungkin tak rasa seperti saya sebab mereka kaum majoriti yg kukuh (tak tahu lepas election 2012/2013 ni karang).
Budak Pasir Panjang,
apa ni brader masuk topik tak kena.
tapi takpe, semua isu boleh bincang.
utk orang maysia yg kurang faham isu ni saya jelas sikit: di kad pengenalan spore, kena nyatakan bangsa kita (macam di IC maysia).
di IC cainis dan injun, mereka letak bangsa tu.
di IC 'kaum melayu', mereka ada pilihan nak letak Melayu, Bugis, Jawa, Boyan dsbnya.
IC saya saya pilih tulis 'Melayu'.
(nenek saya sebelah bapa bangsanya india dari bandar pulicat - tempat asal 'kain pelikat'. tapi atok saya melayu geylang, jadi IC ikut keturunan atok sebelah jantan.
(nenek saya sebelah emak pula orang islam thai dari bangkok, dan atok saya sebelah emak pula dari semarang, jawa).
dan di IC saya ada TULISAN JAWI nama saya - Ro Yaa Meem Yaa (Rimi), Baa Alif Noon (Bin), Alif Haa Meem Alif Dal (Ahmad) - eeks betoi tak?
IC singapork tapi ada tulisan jawi!
jika kamu tak mahu pun, tak akan dipaksa.
utk kaum india mereka ada pilihan nak tulis nama dalam IC dalam bahasa tamil.
cainis pula boleh bubuh dalam bahasa mandarin. jika tak mahu, no problem.
sebab rakyat yg mahu gini.
utk IC 'kaum melayu' jika kamu tanya orang tua - setahu saya - itu pemerintah PAP BERI PILIHAN nak tulis jawa, boyan, bugis, orang asli pun.
dan juga sebab ikut Bangsa dlm birth certificate masing-masing.
sebab dulu semua berkeras sangat dgn sifat kaum masing-masing. ada kawan saya orang melayu dulu, bila ke rumah rakannya orang boyan tak mahu jamah makanannya kerana sifat perkauman - 'ini makanan Boyan Daun'.
jadi saya tak rasa hanya dgn menulis kaum lain2 ni, ialah 'taktik PAP nak bunuh melayu'.
lagipun jika itu niat mereka, bilangan 'kaum melayu' atau MALAYS di spork ialah 450,000 hari ini.
mereka CAMPURKAN semua melayu, boyan, jawa, bugis jadi satu juga.
kalau mereka nak 'bunuh', mereka tentu kata - there are only 150,000 malays in spore.
the rest are 100,000 javanese, 100,000 boyanese, 50,000 bugis, 40,000 indian muslims, 10,000 turkey muslims, misalnya.
dan jika kamu Constitution Singapore (Perlembagaan) orang melayu memang diterima pun sebagai 'indigenous' people of the state. aiks.
Shamshul Marahku kebetulan baru masuk topik ni (baca juga komen orang di bawah posting ni):
http://marahku.blogspot.com/2011/02/if-singapore-accepts-special-position.html
nak bunuh identiti bangsa, atau nak 'migrant'kan mereka bukan pakai gitu beb. ada banyak cara lebih halus dan lebih efektif.
mungkin saya silap. jika ada pakcik tua yg ada cerita lebih jelas, sila komen ler.
Aahhh, this brings back memory. Watched live Ali Joe Bugner fight in school. The whole school did - ada enam kelas je Sekolah Bukit Bota Chenor. And many other fights on TV sebab Arwah Encik, my father, suka sangat Muhammad Ali.
Ada gambar Muhammad Ali sign auto untuk Encik - To Aziz Salehuddin from Muhammad Ali - must look for a copy in the old house.
Remi: ya, perlawanan tinju Muhammad Ali-Joe Bugner pada 1972, kalau tak silap. Siaran langsung hitam putih tapi lebih hebat dari F1!
Post a Comment