Saturday, 5 March 2011

iPad2 & Thunderbolt (PAP supporters, read here!)

Panjang lagi umur si Steve Jobs ni. Ingat dah TKO.
Malang sungguh untuk dunia jika beliau sakit tenat atau tak ada lagi.

- Tanpa brilliant ideas beliau, dunia perkomputeran akan jadi lembap dan dipimpin oleh mamat botak Steve Ballmer dari Microsoft - yang semakin ketinggalan zaman.
Bodoh betul Microsoft sejak ditinggalkan Bill Gates.
Baca sini - dah lah ketinggalan iPad dan kini iPad2, tahun depan baru nak update sofware tabletnya! Baik kamu jaul goreng pisang tepi jalan, lebih banyak untung.

- Dan dunia IT akan juga dipimpin oleh syarikat seperti Nokia, yang juga ketinggalan zaman tanpa banyak idea baru. Kalah dan terus kalah - baca ni = kamu boleh lihat market share masing-masing, Nokia, RIM (Blackberry), HTC, Apple, Samsung.
Saya ni sebenarnya dah di KL sejak Khamis. Terkejut al-berok semalam apabila naik LRT dan solat Jumaat.
Kalau di MRT Singapork, boleh dikatakan 90 peratus orang yang naik MRT dan main telefon tu gunakan iPhone dari Apple.

Naik LRT di KL dua kali semalam, whoa! Ramainya orang pakai iPhone!

Semasa solat Jumaat di Masjid KLCC semalam, alamak, mamat di kiri saya tak faham khutbah bahasa Inggeris agaknya, lalu main iPhone depa! (Eh bagus juga ada khutbah bahasa Inggeris ni di masjid tengah bandar. Tapi saya rasa patut adakan setengah dalam bahasa Melayu ler).
Dan mamat lain yang saya intai main telefon sebelum dan sesudah solat juga semuanya main iPhone.
Ish ish ish.
Dunia Nokia nak kiamat sehingga terus begabung tangan dengan Microsoft.
Aduhai.
Ini macam PKR dah tenggelam di Sabah tapi nak bersatu lagi dengan Jeffrey 'Katak Supreme' Kitingan.
Atau Umno yang terkapai panggil balik Ibrahim 'Pendekar Katak' Ali beri ceramah. Dan juga Ummi Hafilda.
You are not solving the problem, but re-creating old ones.

- Ini bad news untuk Research In Motion (RIM), syarikat pengeluar sofwe dan hardwe Blackberry.
Devicenya yang dikeluarkan semua incremental upgrades. Macam Nokia dulu.
Keyboard tukar sikit, screen lebih besar sikit, bentuk tukar sikit.
Tapi tak ada zoom-boom-alakazoom cara Apple buat produk. Walhal produk Apple semuanya hanya meniru orang lain - dia pandai Tiru Macam Saya - tapi dengan memperbaiki apa yang ada.
Macam cara negara East Asia perbaiki produk - Ford yang invent kereta, tapi kini satu dunia rasa kereta Toyota dan Honda lebih kualiti tinggi.
Mat salleh mana yang invent TV dan telefon, yang perbaikinya ialah Jepun dan juga Korea.
Komputer chips yang invent dulu syarikat Am'rika, tapi Taiwan jadi sumber chips sedunia hari ini (termasuk digunakan dalam iPhone dan iPad).

- Selain Apple, hanya Google yang masih terus melonjak dengan sofwe - saya pernah ngomel di sini. Dan katanya mungkin juga Google akan ada hardwe baru.



- Baguslah si Apple ni ada iPad2. Ada sebab saya nak habiskan duit.
Lebih ringan, ada kamera - untuk berbual live nampak muka, dengan rakan di Kerdau atau Chicago.
Cuma sayang tak ada lubang Thunderbolt seperti yang diperkenalkan untuk Macbook Pronya. Baca sini dan sini.
Thunderbolt port ni logonya ialah PETIR = eeks sama dengan logo PAP Singapork (GAMBAR bawah). Takuttttt.
Ia digunakan untuk data transfer (termasuk movie) dengan lebih pantas. 12 times faster than FireWire.

Tapi saya tak rasa iPad2 ni ada Flash sofwe kot.
Siapa yang lebih tahu, sila celah sikit.
Si lembap lain dari RIM, HP, Dell dan seterusnya semua slow nak jual tablet mereka. Haish.

7 comments:

BaitiBadarudin said...

Sebagai separa pesara, saya tak ada komen tentang teknologi; hanya ingin mengucapkan terima kasih kerana mengikuti kiriman dan menyenaraikan blog saya ke blogroll anda.
Hidup PAP!

Anonymous said...

Op Ed

Ipad2 sudah buat itu playbook terkejut kucing daa.

blackberry ingat nak launch playbook bulan april, tapi steve job sudah launch ipad2 awal lagi.

kelamkabut RIM nak tukar launch date. ni baru betul thunderbolt.

ana jadi tukang perhati saja lah. Gadget ana yang "lama" tu pun masih "baru" lagi Rem.

-malik-

Anonymous said...

Dan ada jugak umat M ni main game iphone masa imam baca khutbah jumaat.

sedihkan...

Anonymous said...

bro

check this news from your ipad.

while david cameron get thrown with eggs and george bush get a smelly shoes, anwar was thrown with chicken butts while campaigning in kerdau.

chicken butts....very symbolic.

remgold said...

baiti,
never say 'retire'!
'separa pesara' tu macam separa giler. mana ada?
either u are mad or u are sane! hahaha.

saya rasa kuan yew kata tu betul - beliau tak berani nak retire sebab otak akan mati, lepas tu badan pun mati.
sama macam bapa kita lagi satu, dr m. beliau 'sibuk2' komen tentang isu tu dan ini sebab dgn pengalamannya, sayang jika tak buka mulut hanya kerana ada yg tak suka. takut jika terus retire, tak lama lagi akan game.

mungkin kita bukan arkitek besar atau surgeon atau bekas PM, tapi kecik mana pun pasti ada yg boleh dilakukan oleh semua orang yg dah tua (macam saya).
anda kongsi pengalaman dan cerita lama kat blog tu pun (macam saya) dapat juga orang luar baca dan timba ilmu pengalaman hidup.

Anon 22:38,
yg main iphone masa khutbah tu satu hal, tak jauh dari saya ada tiga mamat berbual sedang imam khutbah.
aish. takkan duduk diam 10minit pun tak boleh? ganggu jemaah lain.

Anon 23:10,
maaf saya kata direct: saya khuatir bro, cara kempen begini nampak syiok puaskan nafsu, tapi kesannya terhadap penganjur, budak2 yg buat tu, dan juga pengundi.

http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2011/03/night-it-rained-chicken-butts.html

cuba jika orang PAS atau DAP lempar kata-kata kesat - tak payah lempar buntut ayam pun - ke hala muhyiddin atau najib, tak bertumbuk kita semua? mungkin ditangkap polis lagi sebab jadi rusuhan.
ada cara nak kalahkan musuh dgn lebih baik. ianya kerap digunakan oleh israel dan sekutunya. bukan serang cara berdepan.
berstrategi halus. kadang saya rasa - aish, sayang, jika aku rakyat maysia, boleh aku jadi consulant kpd BN atau Pakatan, tunjuk cara strategi kalahkan musuh dan kuatkan pasukan.
saya belajar dgn nonton apa yg PAP buat dan pengalaman jadi wartawan selama 25thn meliputi berbagai politikus dan berita.

bro maaf jika terlalu direct. saya tahu niatnya nak lemahkan psikologi musuh, tapi takut terpalit kena muka sendiri.

23.10 said...

bro

saya agree dengan saranan awak supaya kita mesti guna cara yang rasional untuk memenangi hati lawan.

dan saya akui agak emosional dengan anwar ibrahim. tetapi pada saya, dia sebagai pemimpin yang sanggup menggadai agama, bangsa dan negara hanya untuk melepaskan diri sendiri dari kes nya merupakan perbuatan yang amat hina. Ini belum lagi dia memperbodohkan rakyat, undang undang dan juga partnernya dalam PAS dan PKR.

Masa untuk dia untuk berundur dan bertaubat sebelum terlewat lagi.

23.10 said...

bro

saya agree dengan saranan awak supaya kita mesti guna cara yang rasional untuk memenangi hati lawan.

dan saya akui agak emosional dengan anwar ibrahim. tetapi pada saya, dia sebagai pemimpin yang sanggup menggadai agama, bangsa dan negara hanya untuk melepaskan diri sendiri dari kes nya merupakan perbuatan yang amat hina. Ini belum lagi dia memperbodohkan rakyat, undang undang dan juga partnernya dalam PAS dan PKR.

Masa untuk dia untuk berundur dan bertaubat sebelum terlewat lagi.