Saya ngomel panjang lebar tentang Kuan Yew dan bukunya 'Kebenaran Yang Keras' (?), Hard Truths di sini, termasuk apa yang dikatakannya yang membuat ramai umat M Singapork marah - tidak termasuk saya.
Di bawah posting saya itu, ramai daripada anda pun dah beri komen masing-masing, tentang mamat LKY ni tak jaga sensitiviti kaum dengan komen terbuka begitu.
Semalam, MM Lee mengeluarkan kenyataan berkata 'Saya mohon diperbetulkan' = 'I stand corrected' tentang apa yang dikatakannya.
Baca sini, sini, sini dan sini.
--------------------------------------------------
SEMENTARA ITU
Pilihanraya umum Temasek Darul Kasino semakin dekat - Mei ini katanya. Kalau nak tunggu, pilihanraya perlu diadakan paling lewat Februari tahun depan.
Orang Indon gunakan label Pemilu - Pemilihan Umum, saya pun nak copy.
Dan kerana pulau yang saya cintai ini saya panggil Singapork, maka saya gunakan shortform Pemilupork. Hahaha.
Saya pernah cerita tentang parti-parti politik di pulau kecik ni.
Banyak parti pembangkang, tapi semuanya kerap berpecah. Dah dekat dengan Pemilupork pun masih terus nak berpecah dan gaduh (belakang tabir).
Parti pembangkang semuanya ada member lebih kurang 100 hingga 300 orang. Jadi bila 10 orang keluar, untuk parti kecil seperti Reform Party (ketuanya ialah anak mendiang JB Jeyaretnam), maka dah hilang 10 peratus dari anggota!
Baca cerita perpecahan di sini, sini, sini, sini.
Biasalah beb, politik S'pork ni macam di Maysia juga - media perdana besar2kan masalah mereka.
Tapi kadang saya rasa, tanpa media perdana pun, mereka ni macam parti-parti pembangkang di Sarawak dan Sabah. Makin lama makin berpecah dan lemah. Haish macam mana nak menang banyak kerusi!
Di Parlimen Temasek ada sejumlah 94 MP, tiga daripada mereka adalah pembangkang (GAMBAR - Bangunan Parli di tepi Singapore River).
Ini rajah tempat duduk mereka dalam Parli.
Jika kamu click atas nama mereka, boleh nampak gambar, alamat, phone numbers dan juga CV orang-orang yang berhormat ni.
Saya hingga kini mengharap sungguh ada data yang sama untuk MP dan ADUN di Malaysia dan juga Indonesia agar memudahkan wartawan buat kerja.
Dan tentunya rakyat pun mudah nak contact mereka yang dipilih rakyat ni.
PEMBANGKANG & NCMP
Dua - Chiam See Tong (Singapore People's Party) dan Low Thia Kiang (Workers' Party) - menang dalam pilihanraya.
Pembangkang ketiga dalam Parli ialah Sylvia Lim (Workers' Party) yang masuk mengikuti skim Non-Constituency MP (NCMP). Kerana sukar sangat pembangkang nak menang kerusi dalam setiap Pemilupork, maka PAP dulu kasi chance.
Ahli pembangkang yang kalah dalam pertandingan, tetapi dapat undi terbanyak dari kalangan pembangkang, diberi satu kerusi NCMP. Dulu semua tak mahu, tapi akhirnya mereka terima juga.
Kerana NCMP sebenarnya kalah undi, maka beliau Tidak Boleh mengundi dalam Parli. Boleh beri pandangan dan berdebat, tapi tak boleh mengundi.
Skim NCMP ni dimulakan kerana rakyat mahukan suara membangkang dalam Parli, tapi tak mahu undi pembangkang masuk Parli. Ish ish ish.
Cakap mudah - Rakyat fed-up dengan Yes Men, tapi takut nak undi pembangkang di kawasanundi mereka sebab takut ditekan PAP - mereka lihat kawasanundi Chiam di Potong Pasir dan kata - alamak, bas awam dikurangkan, MRT baru setahun ini masuk ke Potong Pasir (tempat lain dah 20tahun!) dan seterusnya. Iaitu takut tempat mereka dianak-tirikan macam Kelantan.
MP DIPILIH atau NMP
Tapi rakyat terus ngomel nak suara membangkang lebih lantang, maka satu skim lagi dimulakan.
Nominated MP atau Ahli Parlimen yang dipilih.
Presiden (atas nasihat Pemerintah) akan memilih SEMBILAN orang yang boleh membawa suara rakyat masuk Parli. Maksudnya kenalah orang yang dikenali oleh masyarakat. Untuk 2-setengah tahun. Boleh dipanjangkan.
Pernah ada ahli sukan, pemimpin kumpulan wanita, dan kini ada ketua kesatuan pekerja, akauntan, mamat modelling industry, wakil akademik, wakil para majikan, dan seterusnya.
Mereka tak boleh undi juga.
Di Filipina ada skim lebih kurang sama, di mana wakil-wakil industri dipilih masuk Parli.
PENDEK KATA
94 MP, terdiri daripada:
2 Pembangkang.
1 Pembangkang NCMP (tak boleh mengundi).
9 MP dipilih NMP (tak boleh mengundi).
82 MP dari People's Action Party.
Jadi bila mengundi rang undang-undang baru atau sesuatu isu dalam Parli, 82 lawan 2.
LEBIH RAMAI PEMBANGKANG MENANG?
Isu-Isu panas:
1) FT.
Saya pernah tulis antara isu yang rakyat marah yang akan dibawa ke Pemilupork.
Antaranya ialah ramainya warga asing yang 'mencuri' pekerjaan rakyat Singapoora.
Digelar FT atau Foreign Talent.
Nak apply jadi CEO atau MD, depa ambil omputeh.
Nak apply jadi executive penjualan dan nurse atau jari kerani, depa ambik pekerja dari Filipina, India.
Nak kerja cuci jamban dan pekerja bersihkan meja restoran pun, ramai pekerja dari China.
Kuan Yew dalam buku Hard Truths berkata bahawa tanpa pekerja asing ini - kini lebih sejuta orang dari 5juta jumlah manusia di Temasek - ekonomi akan collapse.
Sebab rakyat Singapork Cheena tak suka anak, maka terpaksalah ambil FT ramai-ramai, kata MM.
Tapi rakyat di bawah mengeluh - 'Want to clean toilets also must use FT ah?'
Rumit isu ini sebab seperti di KL, kita tak mahu anak-anak kita kerja jadi security guard, atau restaurant helper atau kerja di construction site. Jadi terpaksa ambil FT.
2) Pertumbuhan ekonomi.
Ini berkaitan dengan di atas. Nak ekonomi terus berkembang kena ambil pekerja muda dan qualified, agar lebih banyak pelabur asing nak buka factory, pejabat di sini.
Banyak bank dunia buka regional HQ di Temasek, termasuk hedge fund managers dan bankers untuk orang super-kaya (private bankers).
Syarikat sawit terbesar di dunia, Wilmar International, berpangkalan di Singapoora, bukan di Indonesia atau Malaysia (sedangkan ladangnya di Indonesia dan Malaysia!).
Jadi jika nak ekonomi terus berkembang, errrrr.... kenalah ambil FT. Jika tidak ekonomi tak kembang pesat, marah pula rakyat.
3) Cost of living dan inflasi.
Setiap kali ke KL, saya kerap makan ikan bakar di Melawati.
Saya baru balik ke Temasek ni. Terkejut minggu lalu bila makan ikan bakar tiga ekor dengan lauk lain (saya dan isteri) dan ditambah tiga ekor lagi bungkus (untuk makan malam), harganya ialah RM25 - hanya S$11. Jika makan di pulau selatan, harga benda yang sama gerenti dua kali ganda.
Memang betul gaji di sini juga besao, tapi tak semua orang dapat gaji besao ni. Orang middle dan upper classes tak teruk sangat, tapi di bawah tu payah. Sebab harga restoran mamak pun mahal, maka nak dapat makanan semurah di KL agak payah.
4) Freedom to criticise.
Isu ini pun ada juga. Saya letak last sekali sebab tidak seperti rakyat di banyak negara lain, kerana corruption and abuse of power begitu kurang sekali di Temasek, rakyat tak begitu ambil pusing tentang kebebasan bersuara ini.
Dan pemerintah - setelah melihat Tunisia dan Egypt - juga tahu bahawa jika rakyat dikekang terlalu ketat untuk bersuara, kamu cari maut sendiri.
Yang begitu ghairah nak criticise ialah orang muda yang banyak mengembara dan belajar di negara Barat. Atau jika mereka ngendap di Maysia pun.
Tiba-tiba mereka pulang ke Singapork, semua tak boleh komplen kuat-kuat, semua PAP saja yang betoi.
DENGAN isu-isu ini, ada desas-desus yang lebih ramai pembangkang akan masuk Parli.
Masalahnya - pembangkang terus berpecah, dan nak undi pembangkang pun orang masih takut cerita lama di Potong Pasir tu.
Jika suruh saya teka, saya rasa pembangkang akan bertambah dua lagi kerusi. Mungkin juga tambah LIMA jika mereka bertanding di kawasanundi 5-dalam-1 = GRC = Group Representation Constituency.
Di GRC, 4 hingga 6 calon lawan sebagai satu team. Kalau menang, kaut semua sekali.
Yang menjadi soalan besar ialah sama ada Chiam akan terus bertanding di kawasan satu kerusi di Potong Pasir. Atau biarkan isterinya tanding di situ, beliau sendiri tanding di tempat saya, GRC lima kerusi Bishan-Toa Payoh.
Nanti jika rancangan mereka dah lebih jelas boleh bual lagi.
--------------------------------------------------
THE DOCTOR IS HERE
Pakcik dua ekoq ni memang tak boleh diam.
Baru beberapa minggu Kuan Yew lancarkan buku, Dr M pun nak lawan sama.
Tak apalah, pada saya kedua-dua mereka bapa kita. Kita dengarlah apa mereka nak kata.
Dan seperti ibubapa kita, kalau kita boring dengan apa yang mereka katakan, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






30 comments:
Damage control in process.For the sake of election?
Power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely - Lord Acton.
Mr Rem,
Dah beli belum buku Doc in the House? Nanti boleh lah buat comparative study dengan buku oleh Mayor Red Dot Municipality!
Mr Rem, (tambahan),
...I stand corrected... tapi amat impossible untuk meluah....I wish to apologise....
op ed
nak dekat election, i stand corrected. itupun atas permintaan dan demi anaknya saja.
kalau Rem yang mintak lky keluar statement begitu, harus sampai pencen awak kena posting di timor leste - lebih murah ikan bakar nya.
he he.
-malik-
Boring dengan apa yang mereka katakan? Boring is one word you can never associate with Tun M.
Saudara Op Ed,
Sekiranya saudara sudi berbapakan LKY, 'go ahead' Negara kita ini demokrasi.
Bagi pihak saya, Insyallah saya tidak berminat untuk berbapakan LKY. Bukan kerana dia tidak sebangsa dan seagama dengan saya tetapi mulutnya yang celupar, 'arrogant' dan selalu bercakap sedap mulut dia tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Sampai bila-bila pun saya tidak dapat menerima pendapatnya dalam buku Hard Truth tentang orang Islam. Walaupun dia mengaku ada silapnya tapi bak kata orang putih 'the harm is done' Pendapatnya itu telah tertanam dalam minda pembacanya.
Ini berbeza dengan TDM. Beliau juga mulut celupar dan cakap ikut sedap mulut beliau sahaja. Tapi ada perbezaan ketara antara TDM dengan LKY. Betulkan fakta ini kalau saya silap. Seingat saya beliau tidak pernah bercakap yang menyinggung sensiviti kaum lain baik dalam bab agama , bangsa dan kebudayaan mereka.
Begitu juga antara saudara dengan kebanyakan pengunjug blog saudara termasuk saya. Pada kami pendagangannya bahawa orang Melayu Islam patut melonggarkan pegangan agama tidak boleh sama sekali diterima.
Secara tidak langsung dia menganggap agama Islam sebagai penghalang intergrasi kaum. Pada hal ajaran Islam bukan seperti yang beliau fahami dan baca mengenai militant Islam atau Islam ekstrem negara Lain. Beliau juga adalah katak di bawah tempurang yang menghuni 'red dot'!
Warga Setia
Salam Rem
Warga Setia - Seingat saya beliau tidak pernah bercakap yg menyinggung sensitiviti kaum LAIN baik dalam bab agama ......................
Betul tu bukan kaum lain TETAPI Mahathir perlekehkan kaum Melayu Islam Singapura
Kalau LKY yg sentuh memang patut pasal dia menteri sini. Dia pantau, tegur & dia bantu.
Apasal Mahathir yg 'prihatin' nah pada melayu Singapura.
Saya kagum cara setengah2 pihak mendewa2kan Dr.M - Ayahanda Tun, Tun yg hebat. Seolah2 kekata2 yg keluar dari mulutnye bebijik2 berlian yg bersinar2 bergemerlapan (nak muntah). I tell you it doesn't happen to here. LKY bukak mulut kitaorng stand to attention. Takda main2 punya. Baru ni ada relax sikit. Betul tak Rem ?
Pity DS Najib yg kena bersihkan & hopefully he can baik pulih. Whatever it is, most Malaysians are Ok & fikiran terbuka but some can be downright myopic. Hah ni some eyedrops.
Oh ya whats the story yg Dr.M resigned drama dulu. Everyone's mouth agape. Dlm buku dia ada criter tak. Anyone ?
Munkin kerana cara menerajui negara masing2 timbul persoalan - Between LKY & Mahathir ? I'd say mana ada competition (takat compare bolehlah). Sorry to say, someone let down his country big time by throwing in the towel. Go figure.
I rest my case lah.
Q dan malik,
nasib baik nak election eh! hee, takut juga PAP ni.
johor mali,
kuan yew tak kata 'i apologise'. cuma 'i stand corrected' = 'saya mohon diperbetulkan'.
takpe ler.
cuma to be fair to him, dlm buku tu beliau kata: (lebih kurang) i have to tell you how i really feel to be of any value. and i feel the malays have become hardened by islam these days - compared to zaman p.ramlee - and that they dont really want to mix anymore with non-muslims.
anon 07:55,
kamu saja (dan saya) yg suka kat mahathir lagi. kata pembangkang maysia, mahathir ni cakap karut-marut sehingga mereka dah boring sakan.
warga setia,
masing2 brader nak anggap kuan yew atau mahathir bapa, atau setan.
seperti saya dah kata, orang yg tak gembirakan kita, jangan undi mereka.
tapi saya khuatir jika kita hanya fokus kpd 'negatif'. memang kuan yew tu dirasa hina islam. tapi saya, seperti ketua masjid clementi di spura, kata kita harus fikirkan apa yg dikatakan lee tu juga.
kata abdul mutalif hashim dari masjid clementi (akhbar ST hari ini, pg3): muslims shd take the opportunity to convince those who think as MM Lee once did, that good spore muslims are also good citizens. 'we shd reflect on our actions: could we have been giving the wrong signals to others?'.
kalau kamu semua duduk dalam masjid, makan kat geylang bersama bangsa kamu saja, hari raya cina atau deepavali tak campur bangsa lain, tepatlah apa yg kuan yew tu kata.
saya bangga tiap hari naik mrt nampak kumpulan 3-4 anak melayu pakai uniform jadi anti-terror squad. juga di airport bawak m-16. maksudnya galakkan percampuran kita dgn bangsa majoriti. dipercayai jaga sekuriti negara. bukan suruh kita makan babi atau minum bir, tapi tunjukkan bahaw 'I Am Different From You, Yet I Am One Of You'.
jika nak pandang 'positif' pula: nasib baik ada kuan yew, orang miskin spork berbangsa melayu diberi peluang buat Mosque Building and Mendaki Fund, dapat bina masjid di tanah murah pemerintah, dan ada Mendaki dan AMP bergerak bantu anak melayu. memang melayu terus ramai miskin di spork, tapi tanpa polisi negara yg baik, semua kita akan merempat cari makan kat negara lain macam orang indon, filipina, myanmar, india, china etc. itu kalau kita nak lihat dari sudut 'positif'.
sama juga mahathir yg saya hormati sebagai bapa.
sedangkan kalau kita nak lihat 'negatif' (seperti Dong Zong dan Hindraf) beliau selalu hina bangsa cina - nak tutup sekolah bahasa cina, tak benarkan gereja dan kuil di tengah bandar (mungkin bukan beliau secara direct, tapi jakim jais semua di bawah jagaannya selama 22 thn. dan hingga kini jakim jais ni berkeras dgn agama lain).
dan jika nak 'negatif' saja (seperti pembangkang), mahathir tutup mata sebelah terhadap corruption sehingga rosak semua mahkamah, polis, pegawai kerajaan. itu jika kita nak pandang 'negatif' saja.
jika pandang 'positif' - kerana mahathir lah maysia jadi negara berdagang yg 18 terbesar di dunia (pada zaman dr m dulu). kat peta maysia ni kecik saja - lebih besar lagi indon, thailand, myanmar etc. kerana mahathir rakyat maysia middle class semua ada 2kereta, rumah selesa ada 2-4jamban, dapat cuti ke london dan sydney. kerana mahathir semua bangsa dapat hidup aman bersama.
teringat juga saya dgn suharto yg kini dipanggil dictator - ini jika kita nak lihat 'negatif' saja. beliau bunuh puluhan pemberontak dan menekan kumpulan islam.
jika pandang 'positif' - dictator ini menyatukan 200juta rakyat di 17,000 pulau (5,000 pulau ada manusia). negara maju - bangunan2 di jakarta lebih megah dari yg di hanoi dan manila, cairo dan riyadh.
Goose & Gander baru tambah,
saya pun nak tambah sikit sebab beliau sentuh isu ni.
yang palingggggggggggg saya tak suka ialah orang politik maysia, baik dr m, pemimpin umno dan pas, mahupun utusan dan berita harian maysia - gunakan orang melayu temasek dan kata: 'ah, kita di maysia untung, lebih baik drpd kamu di spork'.
'jgn jadi macam melayu spork kena tindas'.
tak payah nak jadi hero kami ler.
sebab jika melayu spork di maysiakan, maka akan ada Bumi Policy yg pada saya menghancurkan melayu maysia jika diteruskan tanpa batasan.
saya sokong Bumi Policy apabila diperkenalkan, tapi kena perbaiki.
misalnya,
- jika orang melayu beli banglo atau kondo rm1juta, takkan masih nak beri diskaun 7peratus! mereka dah jadi melayu berjaya, jadi tak boleh dimanjakan dan dimalaskan lagi. nak dapat untung cepat.
- jika gaji keluarga dah rm8,000 sebulan misalnya (terima kasih kpd Bumi Policy yg naikkan taraf pendidikan kamu), semua hak dapat buku sekolah free, university fee murah mesti ditarik balik. kerana hak itu ialah utk anak melayu miskin yg lain, dan utk anak india yg miskin.
tak mahu cakap panjang, takut nanti marah pula di maysia tu. cuma saya nak kata bagus dr m tu bagi competition sikit kpd melayu dlm kemasukan universiti. sampai bila nak terus lemak. utk yg dah berjaya dan kaya, kamu buanglah tongkat tu brader.
orang melayu spork ni ramai miskin, tapi yg dah naik mereka bangga sebab tak ada tongkat. saya dah kata pun, saya ada rakan2 yg ada rumah landed dan kondo di sini, berharga sgd1juta ke atas.
mereka profesional dan di tempat kerja orang hormat kerana pencapaian sendiri.
jadi tiba2 ada utusan dan mahathir, pas dan BH maysia kata orang spork ditindas - aiks. apa kejadah ni.
we don't need your sympathy. we can manage on our own. really. i am sayin this with all humility.
leave us alone.
kami bangsa lemah tapi bangga dgn apa yg kami dapat capai. tak perlu naik mercedes dan ada pejabat besar kerana diberi oleh dasar kerajaan, kerana kulit kami.
cuma jika kamu dengar melayu spork kena bunuh sewenang2nya, ah baru kami harap hang tuah dari utara dan nyi roro kidul dari selatan bantu.
Biasalah bagi wartawan di-Singapura yang rezeki nya di-payungi oleh PAP.
Mereka pandai bermuka2. Sekira nya di-takdirkan pembangkang membentuk kerajaan Singapura siapa kah wartawan mahu menyokong?
Sekarang bolehlah cakap besar pasal soru di-jamin PAP. Mana ada wartawan Singapura yg berani kritik PAP...kalau berani nanti dimasukan IMH di-labelkan sebagai orang tidak siuman. Macam Robert Ho bekas wartawan ahem ahem mana ya??
Anon 15:46,
great tactics. exactly like orang politik maysia.
bila dah kalah argument, depa tak lawan dgn argument, tapi terus tuduh: u are being paid!
kamu dibayar berjuta! kamu dipayungi.
saya tak marah, semua orang ada pendapat.
saya bila masuk KL 1994 dulu, terkejut juga kerana ramai wartawan media perdana semua sokong mahathir dan umno-bn.
eh! kan parti ini corrupt, rosakkan bangsa sendiri?!
jangan2 mereka dibayar dan disogok dan dipayungi!? sebab nak kereta merc. nak rumah besar.
lama dah campur mereka baru saya faham. rupanya mereka ada hak dan argument sendiri nak sokong mahathir dan umno-bn. saya faham dan saya terima, walapun perbezaan pendapat.
sama seperti saya juga. semasa saya ke maysia tu 1994, saya benci dgn pap dan caranya. ingat nak berpayung dan belajar dgn kerajaan melayu.
selepas 12tahun di maysia, baru saya faham apa yg dilakukan pap dan umno-bn.
baru saya rasa: betullah utk negara depa, ini caranya. dua2 negara betul. dan dua2 negara juga salah dlm beberapa isu. it's a matter of pespective.
mungkin tak betul di negara lain. di maysia jika diadakan Free Competition, mampos melayu sebab ramai dah malas dan manja.
di spork, jika tak memomokkan maysia dan indonesia, mampos cheena spork jadi malas dan manja.
pada saya, maaf jika tak terima, kurang tepat saudara/i kata saya kata gitu dan gini sebab dipayungi.
sama juga seperti orang tuduh para editor utusan tulis cara tu sebab dipayungi umno. pada saya, jika mereka esok berhenti utusan pun, pandangan tetap sama.
that is their honest opinion about issues and life.
anda tak setuju tak apa.
kita berpisah dgn faham memahami apa pandangan dari sudut lain.
Reme,
re to anon 15:46, Goose dan wargasetia serta komen awak.
Saya perhatikan awak amat gemar memfokus perbandingan antara umat M di Malaysia dan Spore. kekadang ada juga terlintas apa agenda sebenar pak Reme ni.
Apakata jika di entry akan datang perbandingan di buat dengan memasukkan Umat M di Indonesia sekali.
Bukan apa, ini meluaskan pandangan dan perspektif survival umat M di Nusantara serta pendapat peribadi pembaca di negara masing masing.
Lebih senang kita nak lihat dan buat perbandingan kebaikan dan keburukan sesuatu polisi atau dasar yang di jalankan oleh pemerintah.
Kata orang tua banyak membaca luas pandangan. Kalau gaduh pun takat dalam internet sahaja, dan bukan saya boleh mengundi tolak LKY pun. Kalau cedera pun, setakat ego kita sahaja.
Kita di luar ni tak kan lah nak harap kat newspaper dan internet sahaja.
anon 1851,
lupa ke kat beberapa kerat lagi m di brunei, selatan siam dan selatan pilipin...
hamba bangga jagi org melayu, amat bsyukur dilahirkan sebagai islam...
lihatla pkembangan china, kabor india dan apacita indon lak...
mr. remm,
tlg citer agak2 ngapa TAR lepaskan singapura...
ngapa dato onn dah tubuhkan umno kemudian dia kuar pulak..
mana gi wak2 indon ni ek..diorang tak jumpa ke blog ni...
bole ba kalo kaw si sabah...awda2 brunei..bermadah sarawak..
ngumpat sikit :apa la tok arab tu kan...
mr gold...
kalu nak msk s'pore tu kat mana yg ok utk lepak2 sambil perati gelagat manusia terutama yg muslim bcakap melayu. saja nak dengar mende2 yg diorg sembang. pastu bole ngeteh sejam,2. nak gi umah sedara mara malas lak...diorg masuk m'sia bukannya nak gi umah ayah aku pon..
wassalam..
mamat sg kapal..
Goose & amp; gender
Baca semula komen anda , siapa yang melebih-lebih mendewakan sesaorang, anda atau peminat Mahathir? Saya juga naik meluat membacanya.
TDM ada kelemahann dan dia akui kesilapannya. ‘ Did your ‘great’ LKY can be humble enough to admit his mistakes?’. Hanya para rasul sahaja yang maksum.
Bila LKY pandai-pandai memberi pendapat tentang agama Islam jangan marah kalau ramai orang Islam melenting!
Bagi kebanyakan orang Islam isu agama adalah isu sensitive. Ramai sanggup mati kerana agama. Ini juga sikap penganut agama lain bila agamanya disentuh!.
Mungkin, TDM berpendapat bahawa diskriminasi tetap ada terhadap Melayu Singapura! Tanyalah ‘the heart of your heart’ sama ada benar atau tidak. Kalau salah maafkan sahaja dia!
LKY telah ‘membela’ Melayu Singapura dengan baik sehingga kalau ada sedikit sebanyak diskriminasi, ‘It’s ok, never mind’ Kerana hendak membelanya sampai sanggup menghina saudara seagama dan sebangsa semata-mata hendak membela LKY. Memang dia hebat, hebat!
Persepsi Melayu Singapura tentang Melayu Malaysia adalah salah. Adakah anda fikir, semua kejayaan yang orang Melayu Malaysia capai hari ini hanya kerana bantuan kerajaan semata-mata?. Semuanya datang bergolek tanpa usaha keras ?
Semuanya salah ‘my fellow brothers and sisters’! Bantuan kerajaan dalam apa sahaja hanya sebagai wadah untuk memudahkan mereka mendapat kejayaan dalam apa juga bidang. Untuk mendapatnya terutama pada hari ini, mereka terpaksa bersaing hebat dan bekerja keras.
Terdirinya kilang-kilang berteknologi berat juga wadah memberi peluang kepada anak-anak Melayu mendapat pengalaman dalam bidang teknikal dan kejuruteraan.
Kalau tidak kerajaan menyediakan peluang, saya ulangi kerajaan menyediakan peluang, siapa lagi?. LKY? Kejayaan projek ini bergantung kepada kerja keras, usaha dan kerativiti anak-anak Malaysia!
Sekarang ramai golongan non Malay yang telah mendapat biasiswa kerajaan. Satu lagi informasi sekolah-sekolah yang dahulunya disediakan untuk pelajar-pelajar Melayu telah mula dibuka kepada Non Malays.
Sekiranya mampu, salahkah kita memberi keselesaan dan kemudahan yang lebih kepada anak-anak kita dalam apa sahaja? Itulah yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia.
Insyaallah ini tidak akan menjadikan Melayu Malaysia tidak berdikari!
Mungkin Melayu Singapura telah menjadi ‘hebat’ akibat mendapat segala-galanya atas usaha sendiri, sehingga tidak memerlukan simpati daripada sesiapa pun. Tahniah!
Melayu Malaysia, masih memerlukan simpati dan pertolongan daripada semua. Banyak lagi perkara yang perlu dikuasai. Skop Kemajuan dan kejayaan amat luas, seluas lautan! .
Sekiranya di Singapura memerlukan pertolongan kerana ‘dihompok’ oleh sesiapa pun, Insyaallah anak-anak,cucu-cucu dan cicit-cicit Panglima Salleh akan datang membantu!
Walaupun ada segelintir kecil penduduk Indonesia yang yang telah memprovokasi kami secara ’keterlaluan’ melampaunya, bila pertolongan diperlukan, kami tetap menghantar bantuan sama ada material, tenaga atau moral!
Saudara Op Ed,
Betul kata Abdul Mutalif Hashim dari Masjid Clementi. Buruk sangka orang bukan Islam terhadap golongan Muslim akibat perbuatan salah orang Islam sendiri yang tidak menghayati ajaran agama Islam yang syumul. Kita kena buktikan bahawa agama kita adalah agama sebenarnya dari langit, daripada Allah swt.
Untuk hubungan dua pihak itu berjaya mesti ada hubungan timbal balik. LKY adalah seorang negarawan yang membawa Singapura dari dunia ketiga kepada dunia kelas pertama. ‘So he is in so much higher position than other people. He is in the class of his own’
Dia sepatutnya lebih bijaksana dalam memahami semua ‘rakyat’ yang telah dipimpinnya. Tidak kan satu pihak sahaja yang perlu memahami sedang pihak lain boleh buat bercakap sesuka hati!
Warga Setia
Tambah sikit,
Pada pembaca yang boring dengan polimik Melayu Malaysia dan Melayu Singapura, minta maaf banyak-banyak.
I just cant resist to write the good of my country because I am proud to be Malaysian!
Warga Setia
Anon 18:51,
saya jarang tulis tentang indonesia sebab jarang ke sana dan kurang faham tentang kehidupan dan politik mereka. hanya tahu berita besar dan penting.
kerja saya tolong jaga (saya kata TOLONG jaga, yg JAGA mereka boss saya) wartawan di malaysia (4 orang), indonesia (3), india, pakistan, afghanistan (2), thailand (1), philippines (1) dan seorang lagi wartawan regional.
dan kena kerap belek cerita2 dari negara Asean lain - tidak termasuk spore.
juga negara Asia Selatan lain seperti sri lanka, bangladesh, nepal pun.
tapi tak berani tulis banyak2 tentang indonesia sebab hanya baru beberapa kali ke jakarta dan sumatra.
gaji wartawan brader, saya TIDAK pernah berholiday ke bali, puncak, makassar, pontianak etc, jadi hanya faham berita penting negara itu.
mujur darah saya dari banyak negara ini - sebelah emak: datuk dari semarang, jawa (dekat gunung merapi), nenek dari bangkok.
sebelah bapa: datuk ialah melayu dari geylang, nenek dari pulicat (tempat lahirnya 'kain pelikat') dekat dgn madras/chennai.
sebab tu i/c saya tulis Melayu walau saya anak rojak.
tentang 'agenda' saya.
eeks saya tulis ikut suka hati beb.
zaman internet ni, siapa ada agenda tertentu orang akan lari.
bukan macam dulu di mana media perdana boleh kata - i have news, i have knowledge. if u don't read/watch me, u become stupid.
hari ini, ada orang hanya baca berita sports, atau hanya nonton lagu di youtube. atau baca benda2 yg dia suka saja.
boss saya baru hantar ni semalam. katanya kami semua wajib baca di zaman media internet ni:
http://www.theatlantic.com/magazine/archive/1969/12/learning-to-love-the-shallow-divisive-unreliable-new-media/8415/1/
panjang ceritanya. secara ringkas: pembaca, bukan penulis, hari ini yg tentukan apa yg mereka nak baca!
kamu main agenda, nanti orang tak baca!
maaf jika pandangan saya nampak pro-spork sangat. itu pandangan ikhlas saya - sebab pada saya ada benda yg maysia boleh belajar dari spork, dan tentunya ada benda yg spork boleh belajar dari maysia - for eg. janganlah berkeras sangat jika orang nak kritik. jadi macam govt maysia- let your hair down a bit lah, so that u can hear and learn from feedback.
Anon 08:19,
tentang kenapa Tunku lepaskan spork dan kuan yew. pandangan dah diberikan oleh dr m and kuan yew dalam buku dan artikel2. cukup ler.
mamat sg kapal,
nak kenal melayu spork, duduk saja kat masjid mana pun. lepas tu kamu senyum2, boleh cerita macam2. dah setengah jam kenal, kamu tanyalah tentang pandangan mereka terhadap kuan yew dan islam. gerenti kuan yew kena kutuk!
masjid di orchard road pun ada, atau masjid darul aman di geylang.
masjid lain di tengah estet perumahan, yg datang hanya penduduk keliling tu - kebanyakannya orang tua. ah mereka banyak masa nak ngobrol.
REM..
saya ni boleh la dikatakan peminat setia blog ni.. tp x pernah comment apa2.. just baca and fahamkan apa anda cube sampaikan.. betul.. kadang2 ade perkara yang saya langsung tak setuju.. tapi saya hargai perbezaan pendapat.. boleh buat kita berfikir lebih baik.. kan?? most of the time saya setju dengan awk..
tapi kali ni.. terutamanya bila awk kate "kami bangsa lemah tapi bangga dgn apa yg kami dapat capai. tak perlu naik mercedes dan ada pejabat besar kerana diberi oleh dasar kerajaan, kerana kulit kami" saya langsung x stuju.. cara awak bercakap seolah2 kami melayu kat malaysia ni celik2 dari peruk mak dia tros kerajaan bantu.. nonsense.. mane ade bnde mcm tuh REM??
saya lahir dari keluarga biasa.. ayah askar pangkat biasa.. mak suri rumah.. ayah blaja smpi SPM.. mak smpai form 3 jer.. org ssh la katekan..
tp alhamdulillah.. sy skrng dh jd lecturer di IPT.. tp sepanjang hidup sy.. sy x nmpk pon saya sebagai MELAYU lebih dibantu dr anak india dgn anak cina???
sekolah rendah sy bayar yuran.. same dgn diorg.. sekolah menengah sy bayar yuran.. same dgn diorg.. buku teks free.. diorg pon dpt free..
masuk universiti saya xde duit.. biasiswa hanya utk org tersangat pandai.. jadi sy PINJAM PTPTN.. pinjam k.. anak cina.. india pon boleh pinjam ptptn.. xde diskriminasi.. sbb sume kene byr blk.. siap dgn interest..
bila kerja.. saya gi interview.. india cina pon ade.. tp diorg x ramai minat jd lecturer.. kwn saya cina .. dia kate lecturer x boleh buat duit.. baik masuk jd engineer..
so.. skrg cube bgtau.. part mane yg govt tolong MELAYU SGT2 tu.. jgn la gitu rem.. kami kt sini usaha pon kuat.. kami nih negara membangun.. x same mcm singapork dh kaya raya.. tolong respect kami.. jgn kaitkan kami dengan dasar bumiputra baru boleh beli merc.. pendek akal kenyataan tu..
Salam Rem
Thanks. for yr comments.
Warga Setia
Apa yg nak di'dewa'kan. LKY tak mintak, kitorng pun tak mau. Takda pun vid, music atau slo-mo action nak promo LKY. Cuma setahun sekali tiap2 Natl Day Parade, dia datang lambai, kitorng pun lambailah balek. Respect each other.
Kenapa mesti dipohon maaf on TDM behalf? Dia tak mintak pun. Kan dah tersurat pada Hari Pembangkitan, masing2 akan menarik yang lain, tak kira emak, ayah atau anak inikan lagi Mahathir, dia tak kenal saya pun. Munkinkah tiap2 Malay Spork tuntut Mahathir ? Awesome ngeri beb
Blog politik Dato' Sak, Aspan Alias & Merah Tinta - blog2 ni saya baca. Ada yg kat Rem punya list, baca heading2 sensasi aja saya dah loya. Hancus budak2 melayu kita dibuatnye. Semua akan dituntut tu....
Pada saya Melayu semua serumpun. Saya hanya komen kalau ada yg terover menjelekkan bangsa sendiri.
JANGAN MARRAH
Salam Rem
Tak boleh tahan ni mesti komen dah. Klakar.
Anon 11:34 -
'........ celik2 dari perot mak dia tros kerajaan bantu.........' -
Komentor macam ni buat aku cair.Sebab tu Malaysia always my no.1 destntn ;)
Syabass. Awak & ibu bapa awak patut dicontohi.
Tetapi kalau 'by merit' kita patut dan berhak menerimanye, kebbasss ajelah - kata siSudin. Saya akan cari, agak2 layak, apply saja. Kalau dapat, boleh cantekkan CV.
Untuk pengetahuan Malay Malaysian, kitorng
memang respect kamu, dari dulu pun. So relax lah
Anon 18:51
My agenda (walaupun takada org tanya)
Stop Malayo pandang rendah bangsa sendiri & menyamakan situasi negeri org dgn negeri sendiri. Rem jgn masuk Indo & others dulu, sikit hari kelmarin, dgn Malaysians ajer, rambut ko dah nak terbakar ...... he he he
Goose and bump.
2 hari lepas masa launching bukunya, mahathir kata dia nak siapkan satu lagi buku. - The greater Malay dilemma. ???
Buku tu akan cerita dilemma orang melayu sekarang yang sudah berjaya dan kaya.
saya rasa elok juga tu. sekarang di kawasan perumahan nak memandu waktu malam pun dah susah.
1 rumah sampai ada 2-4 biji kereta, yang terpaksa park di tepi jalan.
Tak percaya tanya si Reme.
Itulah antara dilemma kami sekarang.
eeks let's not carry on with this destructive energy - all started by innocent me! hee.
saya cuma nak jawab satu part, sebab takut nanti orang kata pak chick ni nak dominate - semua dia rasa dia betul sorang saja!
dan pak chick ni kurang ajar dan tak hormat melayu maysia.
Anon 11:34,
yg anda kata: "sy x nmpk pon saya sebagai MELAYU lebih dibantu dr anak india dgn anak cina???"
cerita zaman p.ramlee:
1) semasa saya di bangku sekolah - tahun 1970an - team bola singapork masuk Malaysia Cup dan Piala Raja-Raja Malaysia.
satu malam, siaran live, team singapork score satu goal lawan team (tak ingat = selangor atau penang misalnya), saya pun pekik kuat2 - 'yay! singapore score, mampos kau malaysia!'
arwah bapa saya tegur: 'jangan cakap gitu. kalau tak ada malaysia, melayu singapore akan kena tindas'.
maksud beliau: walau orang melayu spork ni sombong mana pun, dia harus terus berterima kasih kerana ada melayu maysia dan melayu indonesia.
2) semasa penangkapan mamat melayu kerana JI di singapork tahun 1990an dulu, pm goh chok tong (seorang menteri kanan spork jika bukan goh pun) ke jakarta. masa tu melayu spore resah kerana ramai orang cheena dah percaya komuniti kami. beliau ditanya seorang wartawan indonesia: what is happening to our brothers in singapore? why is this happening?'
wartawan gunakan perkataan 'brothers' kau! ah kan!
maksudnya: u don't frog around with sporean malays, we are watching out for our brothers.
dgn dua cerita ini, saya selalu
berterima kasih kpd dua negara melayu di sisi singapork ni.
3) pada 1998-2000 semasa mahathir kena serang oleh anwar dan imf serta sekutunya mengatakan beliau banyak crony dan hanyakan kayakan crony, dr m berkata (lebih kurang): 'all malays are my cronies. they all owe something to this govt, whether they accept it or not'.
- maksudnya, tanpa dasar2 kerajaan yg bantu melayu, anda mungkin nak naik jadi lecturer pun susah.
- saya sendiri, melayu spork, cari makan kat kl selama 12thn dulu pun dulu dihormati cainis maysia sebab mereka segan dgn pencapaian negara di bawah mahathir dan kerana ada dasar tolong melayu.
- anda nak masuk universiti maysia sebagai pelajar kampung;
- melayu ramai jadi pengarah dan shareholder besar syarikat cina (baik genting, public bank, berjaya pun) kerana dasar tolong melayu.
- glc semua ketuanya melayu kerana dasar tolong melayu.
- ramai sungguh rakan saya yg saya bangga kerana dgn dasar ini, jadi banker dan akauntan, pemilik syarikat besar, architek dan tukang repair kereta pun melayu beb!
- nak beli rumah dapat diskaun 7pct walau banglo rm5juta pun.
- ada special counter di semua bank utk bumi loans. jika tak penuhi quota pinjamkan duit kpd bumi dlm setahun, akan disoal oleh bank negara.
bersambung....
...sambungan...
tapi tu lah, saya juga kata - orang lain berbisik dan menghina di belakang melayu maysia ni. takkan kamu tak sedar orang ludah belakang kamu?
4) tahun 1970an, saya di singapore politechnic, bahagian mechanical engineering. lecturer cheena cerita tentang ekonomi dan mention maysia. seorang pelajar cheena berkata kpd kelas: 'without the chinese, maysia would collapse.' satu kelas tertawa besar. melayu dlm kelas 40 orang tu hanya saya dan 2-3 yg lain, tersipu2.
sebab itu walau saya sokong dasar bumi ni - telah banyak membantu melayu - ia kena diperbaiki.
jangan bantu orang yg dah kaya dapat kontrak lagi.
it should be used to help those who are coming up, not those in umno and are already filthy rich.
di bangsar tu ramai melayu kaya. tapi kenapa tak tolong melayu kampung kerinchi?
di setiawangsa dan melawati dah ramai melayu middle class, tapi perlu dibantu yg di datuk keramat dan di jalan ampang.
yg kamu lecturer misalnya, sepatutnya terus disokong agar dapat tambah ilmu belajar luar negara jadi chancellor.
melayu wartawan patut dibiaya dapat masters dan phd. takkan dah tua macam aku pun nak terus buat kerja wartawan terkutuk tu!?
bottomline: baik melayu miskin di spore, mahupun anda lecturer di maysia ada HARGA DIRI.
itulah yg membuat anda tanya saya - hina sangat ke kami ni?
orang maysia tak setuju jika orang spore kata semua dimanjakan.
sama seperti orang spork tak setuju jika orang maysia kata - lihat melayu spore tu, mereka miskin dan kena tindas.
Salam Rem
Keramat Mali - Gua caya lu. Sepupu masuk kerja kahwin kat kampong pakai Porche. Phee weet. Ternganga Yai, Nyai & wak2. Yg terkedu pun ada.
Kereta 2/4 buah memang best tapi dilemma jugak tu. Kat Maysia a car is a necessity kat sini kira luxury lah.
Dilemma saya - 1 kereta 5 pemandu (1 coming soon), berebut. No problem, aku perembat diorng naik MRT/bas habis criter (tapi kadang2 kasi jugaklah, aku dok kat sebelah, diorng tarik diri) ha ha ha
Reme
Just ask your godfather to shut up his bloody mouth from interfering our domestic affairs thru DAP.
Let the past be past. LKY or his generation will never be the PM of Malaysia.
Mahathir have other more important things to do ie palestine, zionis, neo-con and etc.
Reme
Masa kat Poly Spore depa boleh perli hang macam gitu saja ? dan hang pun tak boleh buat apa pun kan.
kalau kat M'sia, chainis cakap macam tu depan aku, alamatnya lepas kelas depa semua kutip gigi atas lantai.
itupun aku baru bukak silat pengantin
YB Keramat,
celah sikit...
dulu sdr gold tak pandai lempang org. tapi kalau nak tahu, la ni dia dah bole tunjal saja kepala mana2 apek tu...
cuma,
zaman dah berubah...
sdr gold dan kita semua hanya perlu senyum dan ucap terima kasih atas 'ingatan' kalau ada lagi apek @ anne tu masa ni.
p/s : kalu sdr gold lempang apek tu masa tu. rasanya la ni kita mungkin akan sebut kat remm : "bos, teh o kurang manis 1, roti telur 1, cepat aa...!"
wassalam..
bros,
the point is not saya lempang atau tunjang kepala dia.
the point is: apa yg dia katakan tu betul benar! hingga hari ini pun.
kalau saya tikam dia pun, benda tu benar. hanya terpulang kamu nak terima atau nak bangkang.
terimalah bahawa jika cainis bawa wang dan expertise mereka keluar 30tahun dulu (semasa saya di sekolah tu), melayu tak akan dapat bina maysia seperti apa yg berlaku.
- seperti yg telah terjadi di Zimbabwe apabila omputeh dihalau dari Rhodesia. hancus.
- atau bila idi amin (presiden 1971-1979) dan pemerintah selepasnya menghalau peniaga bangsa india dari Uganda. ekonomi hancus hingga hari ini.
- atau bila cainis lari dari indonesia selepas kecoh 1998-2000 dan business mereka dibakar.
itulah sebabnya perlu bumi policy nak naikkan kepintaran melayu. dan naik pun hari ini.
dalam ucapan2 beliau dr m selalu kata bahawa maysia membangun kerana malay civil servants diarahkan oleh beliau supaya bantu dan memudahkan peniaga cainis kembang business agar semua dapat rasa bersama.
tanpa kerjasama melayu, cainis tak akan berkembang. tanpa business cainis, ekonomi susah nak bangun pantas.
- hingga hari ini pun, 90 peratus business dalam SEMUA mall di maysia (melainkan pertama complex mungkin) yg jadi penghuni utama ialah cainis.
- yg jadi big property developer pun, jika tak dimasukkan GLC.
- yg jual kereta pun (tanpa proton dan perodua yg dibantu kerajaan mahathir dulu).
- hampir semua SME pun.
- semua bangunan pejabat di mana pun di maysia ni, jika tidak dimasukkan kerajaan negeri dan GLC.
sebab tu baik gandingan ini diteruskan.
salam
saya anon 11:34
ni lah masalahnye rem.. sy pon geram biler org kaitkan kejayaan melayu dgn dasar bumiputra.. sebabnya.. yang jd kroni, dpt duit sana sini, berapa percent je dari sume org melayu kt malaysia ni.. diorang nih mmg qualification xde pon, tp sbb ade kenal someone or ahli party.. trus dpt projek .. dpt keje..
tp brape ramai.. saya sebagai anak melayu kampung.. x knal sesaper ahli politik nk bgtau yang x semua org melayu yg gune tongkat nk naik.. kami usaha sendiri.. sama mcm awk REM.. keje pagi smpi mlm.. nk cari bersuap2 nasik.. hehehe
saya dulu di university sy amek chemical engineering.. sejak mahathir adakan meritocracy utk masuk univ( dh xde 55 bumi 45 non bumi), mmg melayu sket sgt dlm engineering.. itu la yg saya alami.. skali lagi, govt x tolong pon org mcm saya.. kene study btol2 br dpt msk ngan geng2 sepet tu...
tp sy puji jgk mahathir.. bnyk dasar dia bantu org ssh mcm sy.. dasar perindustrian.. dasar pendidikan.. dasar penswastaan.. kite phm dia suro kita blaja rajin2, ko org susah, ko dh pandai.. aku dh sediakan keje untuk ko kt industri.. jgn risau... janji ko blaja.. ade qualification... utk SEMUA org..
cume bila bantu org susah.. tu yg nmpk mcm bantu melayu.. anak cine india diorg ade duit.. bapak bukak bisnes..tuisyen free kt skola mmg mlayu yg bnyk amek.. skrg ni pon biasiswa jpa dh xde kuota.. mmg ramai non bumi dr bumi yg dpt biasiswa tu.. tp mcm REM ckp.. btol secare x langsung kami sebenarnya dpt faedah dari DEB.. alhamdulillah.. kene tempias pon dh cukup bg saya.. hehe..
anyway REM.. kitaorg kt malaysia pon respek sama korang dr singapura.. jgn risau.. cara pemikiran korang dh jauh ke depan..kalo org singapore blk kmpung bwk kete besar.. sume makcik2 melopong.. org singapore bnyk duit beb.. yg tu sy tau.. hehehe..
Post a Comment