Siapa pun tak mahu kena nuKILLER (nuclear) radiation.
Kerana intensity dari radiation ni membakar dan membunuh cell badan kita. Itu sebab siapa kena akan kojol dalam jangka masa pendek.
Sama macam kita letak lauk kari semalam dari dalam icebox, masuk microwave. Ayam kari kena serang dengan radiation - walhal tak nampak 'api' dan tak rasa 'panas' dari luar oven tu.
Saya khuatir dengan si Jepun tu.
Tapi saya khuatir juga dengan argument yang banyak keluar di seluruh dunia bahawa akibat apa yg terjadi di Jepun, kita semua tak payah lah pakai tenaga nuklear.
Kalau boleh, saya pun tak mahu. Takut merosakkan alam sekitar.
Tapi mereka yang bangkang ni adalah orang yang sama yang tak mahu kerajaan membina loji tenaga gunakan minyak, gas atau arang batu. Dan harga minyak dan gas serta arang batu terus melonjak untuk anak-cucu kita nak tanggung.
Dan takut merosakkan alam sekitar. Saya setuju.
Tapi kerajaan nak buat banyak lagi empangan agar air sungai boleh menjana kuasa pun orang bangkang mati2an. Orang utan hilang rumah. Pokok kena tebang. Takut merosakkan alam sekitar. Saya setuju.
TAPI masalahnya, Malaysia dan Singapura tak boleh jana kuasa gunakan solar (tak cukup tanah), kuasa angin (tak banyak angin kuat, melainkan hot air yang bertiup kencang dari Parlimen), ombak laut (ombak tak kuat). Saya pernah bincang secara detail di sini dan sini.
Jadi kalau semua tak mahu, macam mana nak jana kuasa di masa depan? Pakai lilin?
SAYA rasa apa yang perlu dilakukan ialah memastikan projek nuklear di negara kita - jika nak buat ler - diperjelas dengan sebaiknya kepada rakyat. Terutama rakyat yang tinggal dekat projek tu.
Cost-benefit analysis. Kita belanja $xx bilion dapat kuasa selama xx tahun dengan harga $xx.
Bandingkan dengan harga minyak, gas, etc yang akan terus naik. Belanja 20tahun di masa depan, $xx bilion, kena bayar $xx.
Dan kena jelaskan jika Maysia atau Singapork kena gempa mengejut, pecah tak loji nuke ni?
Dan cara nak kurangkan kesan koji meletup.
Dan jika tak mahu juga sebab takut kena bakar macam udang dalam oven, apa jalan keluar?
Kalau rakyat kata guna loji minyak dan gas, OK ler, asal mereka jelas harga masa depan projek ini adalah begitu tinggi. Maksundnya, esok jangan komplen jika harga elektrik begitu mahal 20tahun dari sekarang.
TAPI TOLONGLAH jangan macam kilang rare earth di Gebeng, Pahang tu.
Tak dengar huk tak dengar hak, tiba-tiba dah nak siap?!?!
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago





19 comments:
Salam Rem
Temasek ada EMA (Energy Market Authority, dulu PUB) saya percaya pasal tahu cara mereka.
Malaysia bagaimana Rem? Saya tahu disana ramai engineer2 & consultant2 yg reliable (banyak Malaysian engineer/constnt kat sini) tapi cara 'award of tender' projek2 besar kat Malaysia ni macam pelik sikit.
tak boleh nuclear pakai atom je lah, tak pun proton ?? ada ke proton jana tenaga, HE HE HE, dari air lah protonenergy.com.
Tak lama lagi penduduk Kuantan akan jadi zombi kampung pisang le!!
Saya copy-paste je ni. http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=339338&page=75
Jika selamat, mengapa tak bina di Perth Mac 10, 11 1:15pm
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan hari ini mempertikaikan kewajaran kerajaan membina pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng, Kuantan.
Katanya, jika benar pusat bernilai RM700 juta yang dibina oleh sebuah syarikat Australia, Lynas Corp didakwa tidak akan memberi kesan kepada kesihatan penduduk, mengapa bahan sisa perlu diproses di negara ini.
“Malangnya Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan mengatakan kesan radiasinya rendah dan selamat.
“Persoalannya, jika proses menapis tanah jarang ini tidak memberi kesan kepada kesihatan penduduk, kenapa ia dilombong di Mount Weld Australia dan tidak sahaja ia diproses di Perth Australia?
“Kenapa perlu pindahkan ke Gebeng, Kuantan melepasi 2500 km jauh jaraknya?” soalnya dalam satu kenyataan media.
Pembinaan pusat pemprosesan tanah jarang yang paling besar di dunia dilaporkan beberapa hari lalu oleh akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT) yang memetik beberapa pakar yang melahirkan kebimbangan berhubung sisa radioaktif yang bakal dihasilkan .
“Penduduk sekitar daerah Kuantan dan Gebeng sekali lagi terdedah kepada ancaman sisa radioaktif yang bakal terhasil... Saya melihat projek seperti ini sangat mengundang risiko kepada tahap kesihatan masyarakat kita kerana Pusat Industri Gebeng letaknya berhampiran dengan taman perumahan penduduk.
“Sisa buang yang akan tersalur ke sungai akan memberi kesan radioaktif kepada masyarakat. Apakah seluas-luas gurun di Australia tidak mencukupi untuk membina kilang seperti ini jika ia benar-benar didakwa selamat?” soal Nasrudin.
Menurutnya, kilang serupa pernah cuba dibina di Bukit Merah, Perak pada sekitar tahun 1982 hingga 1987. Namun ia mendapat bantahan hebat dari pelbagai pihak kerana ia memberi kesan buruk kepada kesihatan penduduk seperti kanser, leukemia dan kecacatan.
“Malah ada yang meninggal dunia. Sekarang mereka membinanya pula di Pusat Industri Gebeng Kuantan, Pahang yang letaknya tidak jauh dari kawasan penempatan awam yang besar di daerah Balok , Beserah dan Pelindung,” katanya.
Nasrudin kemudian menyenaraikan semula kronologi penetangan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Ipoh sehingga penutupannya pada 19 Januari, 1994.
Berikut disiarkan kronologi penuh berkenaan:
1979
November: Syarikat Asian Rare Earth (ARE) dibentuk untuk mengekstrak itrium ( sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit. Pemegang saham utamanya ialah Mitsubishi Chemical Industries Ltd (35 peratus), Beh Minerals (35 peratus), Lembaga Urusan dan Tabung Haji (20 peratus) dan beberapa peniaga bumiputera (10 peratus).
Pihak ARE telah mendapatkan pandangan dari Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr Ismail (Puspati), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar mengenai sisa buangan radioaktif yang dihasilkan melalui pemerosesan monazit. Adalah diputuskan, sisa buangan itu yang menjadi milik kerajaan Negeri Perak akan disimpan kerana berpotensi sebagai sumber tenaga nuklear.
1982
Jun: Penduduk Parit, Perak mendapat tahu kerajaan telah memilih kawasan seluas sembilan ekar, kira-kira 6 kilometer penempatan mereka untuk dijadikan tapak penimbunan sisa radioaktif syarikat ARE.
30 Jun:Berikutan bantahan hebat daripada jawatankuasa penduduk serta lain-lain pertubuhan politik dan sosial, kerajaan membatalkan cadangan itu dan kemudian mula mencari tapak baru.
11 Julai: Kilang ARE mula beroperasi di KM 7.2, Jalan Lahat di Bukit Merah.
Bersambung...
http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=339338&page=75
Op Ed
manusia ni nak maju sampai ke tahap mana ?
Tahap sampai menyusahkan sesama manusia itu sendiri ?
semua sebab ada orang yang nak tambah kekayaan dan kuasanya yang sedia ada ?
Atau nak rebut kekayaan atau kuasa dari orang lain ?
Manusia zaman dulu hidup aman sejahtera juga walau tiada Iphone.
cuma zaman itu masa berjalan mengikut waktu dan tidak melebihi dari hukum alam.
Saya tak bantah kemajuan tapi kenalah berpatutan.
-malik-
Rem
Saya peminat Gary Moore, are you?
Baru tahu dia no more (frm blog donplaypuks).
'Wat does it got to do with my blog', u might ask.
Sorilah saya benar2 dah lost ............. uuuggggggggghhh.
Gary Moore dah kantoi. baru 58.
saya cuma kenal lagunya Still Got The Blues.
he can make the guitar sing (or is it weep?)
tengok ni:
http://www.youtube.com/watch?v=4O_YMLDvvnw
saya lebih gemar Ritchie Blackmoore, Richie Sambora, Slash.
tapi yg paling pandai main guitar ialah nik aziz. he doesn't play the guitar? exactly. buang current saja.
kenapa masuk gary moore pulak ni.
sendiri hantar sendiri jawab ke rem
lama tak baca engkau nya blog. Aku ada loji nuclear kat umah. tiap hari pakai.
kata bini, kalau tak basuh tiga minggu, letup mesin basuh. tu lah, nuklear aku.
mat ell. here- hello hello ya.
MrRem
Bagaimana dengan Bakun Dam? Projek yang banyak terima tentangan patut di market sebagai alternatif yang ribuan lebih selamat dari tenaga nuclear. I wonder whether the earlier intention of transmitting the power to semenanjung is still on the table or not? It is a damn good idea to rope in Spork, perhaps their brilliant engineers or scientist can give inputs on the feasibility just as they did for Newater!
johormali,
tuanku - yg jadi konsultan engineering ialah kamu, bukan hamba :-)
kalau tanya pendapat saya sebagai orang biasa:
1) power dari bakun tu digunakan saja di sarawak, sabah dan kalimantan.
di indonesia, ada empat pulau besar yg ekonomi berkembang kuat: jawa, sumatra, kalimantan dan sulawesi. jual saja power bakun ke kalimantan (ibukotanya bernama bandjarmasin). mereka boleh pasang undersea cable yg lebih pendek ke sulawesi (ibukotanya makassar) berbanding dgn cable ke semenanjung maysia. boleh juga jual power tu kpd brunei, walau mereka dah hantar balik azrinaz mazhar hakim).
lepas tu buat projek power nuklear serantau (agreed by asean) di pulau bangka seperti yg saya pernah tulis dulu -
http://remgold.blogspot.com/2010/11/kita-kongsi-kuasa-nuklear-di-asean.html
nak pastikan ia selamat? pastikan ia biayai oleh indonesia, singapura dan malaysia (mungkin juga thailand jika mereka mahu). power dari pulau tu disalur ke sumatra terus ke jawa.
dan ikut underwater cable masuk singapork dan dari situ ke johor.
kerana spork dan maysia pun ada, maka kedua negara ini bersama jakarta pastikan no hanky-panky.
ada banyak duit (jual bond) nak pastikan nuke plant ini the best of the best. ada gempa skala10 pun tak meletup. dan safety precautions lain.
kenapa jepun pasang banyak nuke plant? juga amerika dan jerman? sebab mereka tahu jika beli minyak, gas, arang utk loji power, mahal sangat harganya.
rakyat bising takut mati kena nuke cloud, tapi jika kena bayar bil elektrik mahal, mulut lagi bising. diapi2kan oleh pembangkang di negara mana pun.
tapi kerana jepun dah jadi gitu, kita semua dapat pelajari di mana kelemahannya.
saya terbaca tadi kenapa loji nuke jepun meletup. semasa gempa jumaat lalu, power terpotong, lalu emergency generator start dan hidupkan saluran air yg sejukkan nuke reactor tu.
tapi yg tak dijangka - tak masuk dlm design! - ialah akan ada AIR LAUT DARI TSUNAMI (loji tu tepi laut) yg rosakkan saluran air.
saya tak pasti emergency generator masuk air laut lalu enjin mati, atau pam air tersumbat sebab banyak sampah kayu yg dibawa air tsunami!
so we can now all learn from this and design a safer system.
di negara maysia dan spork, tanyalah pakar, angin tak kuat, nak buat solar tanah kecik, sama juga tak boleh buat projek kipas besar2an.
satu cara lagi: kita pakat dgn indonesia pasang solar cells besar2an di pulau bangka dan belitung. yg problemnya, saya tak rasa akan cukup tanah jika nak kuasakan jawa, sumatra, maysia dan spork dgn pasang cermin solar ni.
reme
tolong bagi komen sikit
saya lihat di internet banyak video gempa dan tsunami di jepun ni.
bangunan concretenya di goncang kuat dan kemudian di landa tsunami.
bangunan tak besar manapun.
kira sendiri - gempa 8.9 ( tak tahu berapa ribu kuasanya ) di campur dengan kuasa ombak tsunami ( jugak tak tahu berap kuat kuasanya )
dah dapat totalnya ? ini natute power tau.
tapi bangunan masih steady.
masa 9/11, kena langgar dengan pesawat setiap satu tower, terus rebah macam deck of cards.
nampak sangat amarika dgn george bush kuat menipu.
Tanya lah kat chief editor awak.
Enon,
dlm 180 negara di dunia ni, jika umat m yg bongok nak belajar, pada saya belajarlah Ketuanan Jepun. bukan kononnya salafi saudi (yg mabuk di belakang kita dan larang wanita maju, pandu kereta pun tak boleh), bukan syiah iran memekik agar suara rakyat berdemo di timur tengah tidak dilarang, tapi menangkap dan bunuh rakyatnya sendiri yg nak bersuara.
habuk semua negara islam dan umat sampah 1bil bernama muslim ni (termasuk aku).
kerja saya pagi petang siang malam baca berita, dan saya tahu hari ini satu dunia kagum dgn reaksi jepun dlm menghadapi gempa-tsunami yg menjadi disaster terbesar sejak mereka kalah dlm perang dunia kedua. jika benda sama berlaku di maysia, saya gerenti mulut dah banyak membebel komplen kerajaan slow, polis, bomba rompak barang dari rumah roboh.
di singapork, baru banjir sikit di orchard rd, membebel semua rakyat macam dunia dah kiamat.
3 rakankerja saya di sendai -memang ada orang curi barang dari kedai2. tapi tidak ada (belum ada?) yg komplen polis, bomba curi barang orang - seperti yg katanya berlaku selepas tsunami di kedah (orang kampung beritahu saya yg membuat liputan), dan setelah insiden tanah runtuh di bkt antarabangsa.
rakan saya yg ke tokyo dulu bukan hantar gambar mall atau bandar, tapi gambar jamban jepun di bilik hotel. begitu bersih dan canggih 'teknologi cebuk' depa. kamu yg pernah ke tokyo pun faham.
tentang kenapa banyak bangunan jepun tak roboh.
gempa yg melanda jepun ni lebih DEKAT ke darat berbanding dgn yg melanda haiti tahun lalu. intensiti gempa di haiti menurut pakar adalah Lapan Kali lebih RENDAH dari yg kena jepun. tapi bangunan di haiti hampir 100 peratus ranap, di jepun sikit saja.
kenapa? japan's building code wajibkan bangunan pasang 'spring' agar bila gempa tak roboh, hanya bergoyang.
antaranya baca ni:
http://www.cbsnews.com/stories/2011/03/12/earlyshow/saturday/main20042459.shtml
akhbar kami akan terbitkan cerita yg kini sedang ditulis oleh wartawan kami di USA, manila, taiwan, china, indonesia. kerana semua wartawan ni pasti, jika gempa yg serupa kena di negara2 ini, gerenti semua bangunan akan runtuh dan yg mati berpuluh ribu! sebab undang2 buat bangunan yg lain.
sama juga jika kl atau spork esok kena gempa yg sama - akan runtuh semuanya, sebab building code kita tak wajibkan pasang 'spring' ni.
yg saya tahu bangunan Petronas Towers ada pasang! saya dulu kerja di tingkat 32 bangunan tu (syarikat reuters). bila angin kencang - boleh dengar bunyi macam ribut, dan boleh rasa (sikit) bangunan bergerak macam pokok. the building sways.
(nanti masuk opis, saya cuba cari article2 tentang building code jepang ni).
kenapa kita lihat video mudah sungguh bangunan rumah rendah jepun hanyut? ini juga building code jepun. rumah teres dan banglo mereka diperbuat drpd KAYU. kenapa? agar jika berlaku gempa, mereka boleh sembunyi bawah meja, dan bila rumah roboh, yg jatuh atas meja hanya palang dan tiang kayu, bukan palang batu dan besi! canggih fikiran mereka!
sebab itu apabila World Trade Center kena langgar pesawat jet maha besar yg masih penuh dgn minyak (sebab baru naik ke udara) maka runtuhlah bangunan mana pun. tak ada arkitek design bangunan yg boleh tahan jika dihentak pesawat boeing besar.
saya tahu anda maksudkan ada konspirasi theori bahawa yahudi, geng bush pasang bom agar runtuh dan sebagainya (mahathir pun percaya benda ni). suka hatilah.
yg saya tahu - osama bin laden pun dah mengaku beliau dan gerombolannya yg buat benda ni. jika beliau tak lakukan tapi ngaku, betullah apa yg saya katakan tadi. kita umat bahalol senang dipermainkan musuh.
reme
direct impact, building code dan pelbagai teknologi lagi.
bila omputih test bom nuklear di pacific ocean, satu kes tsunami pun tak terjadi.
yang mati cuma pulau tu dan habitatnya sahaja dan dulu tak siapa pun yang kesah.
osama macam biasa akan dapat nama. sebab tu lah sampai hari ini US masih "tak dapat" tangkap dia.
Nanti umat M mana lah pulak yang nak dijadikan kambing hitam kalau dia dah di tangkap.
Enon,
konspirasi theori saya tentang osama: omputeh cia ni tahu di mana abang os ni sembunyi.
mustahil mereka tak tahu. kita semua pernah lihat dlm banyak movie - mereka memang ada teknologi yg boleh mengesan heat signature orang dlm sesebuah rumah dgn satellite.
bayangkan - dari satellite boleh nampak berapa orang dlm gua dan sedang apa!
dan ada banyak spy di pakistan dan afghanistan. sedang kecoh di pakistan sebab dua kena tangkap:
http://in.reuters.com/article/2011/02/26/idINIndia-55175120110226
this is just like the movies!
dan tentunya ramai warga pakistan dan afghan yg miskin mudah nak disogok jadi mata-mata mereka.
pada theori saya, mereka tahu osama dan gengnya di mana. tapi tak mahu ditangkap atau dibunuh.
sebaliknya mamat arab giler ni digunakan utk memomokkan islam. good for israel dan orang barat jika islam, penganut dan isu jihad terus dimomokkan begini.
osama bodoh ni pun syiok, suka beri tape recording cakap gedebe.
dari mana tape itu datang? biasanya di pass kpd wartawan aljazeera arabic. mustahil cia dan sekutu lain tak boleh keep track gunakan satelit tu ke mana wartawan2 aljazeera yg berada di paki, afghan, negara arab berada.
nak tangkap abang os anytime. tapi biarkan depa terus bebas, is better.
ini konspirasi theori saya. tak 'caya tak apa.
nonton movie ni jika belum pernah. lihat teknologi canggih barat (bila umat m nak pandai gini?):
http://www.imdb.com/title/tt0120660/
Will Smith, Gene Hackman - Enemy of the State.
braders and bradees,
di sini antara cerita shock-absorbers, 'spring' dan toyol kecik kat kaki bangunan di jepang yg menyelamatkan nyawa apabila kena gempa:
http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/2011/03/11/AR2011031106948_2.html
http://www.sify.com/news/japan-s-earthquake-proof-buildings-helped-limit-damage-news-international-ldmouegefga.html
ada gambaq (besarnya shock absorber dan spring! kalo pasang kat ferrari saya, best juga):
http://money.cnn.com/2011/03/14/smallbusiness/japan_earthquake_small_business_opportunity/index.htm
http://www.flickr.com/photos/straderpayton/20430296/
esok saya nak pasang kat banglo saya di damansara heights! kamu jangan jeles ah! hahaha.
nak lebih selamat, saya sedang design banglo saya dapat timbul macam kapal jika ada tsunami!
http://www.lakepleasanthouseboats.com/houseboat/pages/1-Outside-1.htm
tuan, puan,
bila ajal dah sampe, nak sembunyi kat mana?
Hari ni Tun M kata “We have bad experience already with nuclear. I don’t know whether people
are aware about it or not.”
see
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=571475
do you know anything about it?
jeplong,
tak tahu apa maksundnya.
tapi loji nuke kecik maysia di bangi tu tak pernah ada problem. jika tidak, orang di bangi seperti haron din tentunya dah lama berwarna biru macam smurf kena radiation.
lagipun kat maysia darul ngomel mana ada rahsia? semua akan dibebelkan oleh orang kerajaan yg diwajibkan simpan rahsia! makin besar rahsia tu makin cepat keluar kat blog dan website pembangkang.
mungkin yg beliau maksudkan ialah masalah rare earth di bukit merah, perak tu.
mini tsunami akan melanda spore tak lama lagi.
bersedia lah puak PAP
Kalau limit saiz logi nuklear tu berbaloi ke?
Post a Comment