Thursday, 31 March 2011

Macam mana nak gi perang nih?

Setiap anak jantan muda di Singapork kena masuk NS (national service) dua tahun.
Dari 18 tahun ke atas.
Mereka masuk Army (infrantry, medic, army clerk atau army cook!) atau Civil Defence (jadi firemen, rescue workers, medical workers).

Anak jantan saya membesar di Maysia dan ingat dapat lepas sebab dah masuk private Uni Maysia dulu. Tapi kena panggil juga, sebab masih bau bakkutteh kat badannya, warga Singapork. Lagi tujuh bulan akan tamat.
Selama dua tahun, gaji NSmen ini hanya lebih kurang S$400 (RM960). Gaji anak saya lebih sikit sebab ada pangkat rendah.

TAPI negara mewah (macam Maysia). Anak-anak kita dimanjakan.
Balik rumah, emak atau maid basuhkan baju (bukan anak saya, sebab ibunya di KL. Pandai-pandai cuci dan gosok sendiri).
Emak masakkan nasi, bawakan bekal. Kalau boleh suap, akan suapkan.
Ada iPhone dan iPod.
Lepas keluar camp, duduk kat Macdonalds atau Coffee Bean.
Haish.


CERITA ni lagi meletup-letup di Singapork.
Akhbar terbesar dan paling berpengaruh di Tenggara Asia (wah marah nanti rakan-rakan di The Star dan Utusan), The Straits Times, ada website untuk budak muda main-main.
Namaya ialah STomp.
Saya jarang masuk baca cerita atau forum kat sini, tapi ia website orang muda paling popular di Temasek.

Di STomp keluar GAMBAR ini. It created a storm.
Manja abang ni. Hingga army haversack pun maid yang bawak!
Sedangkan budak tu nampaknya sedang main SMS.
Hancus.
Jadi isu besar di sini tentang "spoilt Singaporeans".
Salah siapa? Ah chong yang 18-22 tahun atau Ibubapa?
Patut kena hukum tak ah chong ini?
Dan jika kamu lihat rumah-rumah di depan tu - Ini kawasan perumahan orang kaya = landed property. Beliau anak orang kaya agaknya. Di Temasek hanya 5 peratus yang tinggal di rumah ada tanah. Ish ish ish.

GAMBAR milik SPH pula - EH! Gi sekolah pun beg dibawa maid Filipina. Tak malu budak jantan ni. Bawak payung lagi macam pompuan.
Alamak, apa nak jadi ni?


LEPAS tu semalam, The New Paper - tabloid SPH macam The Malay Mail, keluarkan gambar maid sedang cuci baju dan boot NSman di rumah (maaf, tak ada link).
Ai, 'dik, macam mana nak gi perang jika tak tahu cuci baju dan boot?

Satu gambar saja dah panikkan Mindef (Ministry of Defence) agaknya. Kesian eh.
Ini belum Pemuda Umno cabar nak mendarat di Pulau Pisang lagi!

Rakan saya di KL, David baru hantar joke: Kenapa tak outsource ke Filipina saja pertahanan Singapork?
Don't give them ideas, David!

------------------------------------------
WEBSITE BERITA, FAKTA *PEMILUPORK

http://sph.straitstimes.com/GeneralElection/Home/Home.html

(*Orang Indon tak kata Pilihanraya Umum, tapi Pemilu = pendek untuk Pemilihan Umum. Dan kerana nama timangan pulau kecik tu untuk saya ialah Singapork, kita gunakan yang pendek untuk Pemilihan Umum Singapork = Pemilupork).

Jika kamu takut pro-PAP sangat, bacalah Temasek Review atau The Online Citizen.

11 comments:

Anonymous said...

Salam Rem
Boleh berdikari lah. Yr bujang good example mah
Ada tengok Starhub - 'Every Singaporean Son' (lupa chanel apa). Kesian anak ku. Dia tak pernah cerita.
Saturday malam cucikan 3-4 galah baju hapak. Dia pergi melepak. Sunday dia lipat & punggah balek Tekong. See u next week, my son.

Anonymous said...

Op Ed

jangan la awak risau sangat. perang sekarang semuanya online, guna komputer - seperti yang remaja sekarang nonton di tv dan pawagam dan mereka main di ps3.

jadi mindef kena lah banyakkan latihan jari jemari dan mata mereka ini.

kan semuanya sekarang dihujung jari.

ps elok juga anak anak ni masuk ns atau plkn, bagi mereka ni faham makna sebenar berdikari. kalau tidak, cuci spender sendiri guna berus sabut & sabun cap kapak pun dah tak reti.

-malik-

Anonymous said...

Apa susah nak perang, tembak peluru dari laut dan awan mengunakan jari saja.

tydell said...

Aku tgk every singaporean son kat natgeo semalam. Aku pun tak paham apsal letak kat natgeo. Ada sorang NSman, melayu rasenye, kulit sawo matang, tgh train nak baling grenad. Nak dekat 1 minit dia tarik pin, tak tercabut cabut. Lepas dapat cabut baling grenad terus, pastu baru cakap grenad, kena sound ngan ketua dia, cakap grenad serentak dengan baling sepatutnya.

Pastu borak ngan member dia, complain pin keras la, tajam la. Moral of the story, not everybody is meant to be a soldier. Train aa dia bertahun tahun, kalau he is not up to it, he will not. Unless diorang basuh otak.

jh said...

the documentary on natgeo becos it's a co-production/funding with Spore defence ministry. rasanya zaman gawat ni natgeo pun boleh buat apa2 docu asal bagi duit. cerita atok kita pun dia buat kot.
ye la apa nak jadi budak temasek ni, at least budak malaysia suruh mak bapak antar sampai depan pintu je...hehe

Anonymous said...

nampak gayanya, lepas ni mindef kena lah bagi kelonggaran boleh bawa maid masuk NS.

nanti anak orang kaya ni tak nak sokong PAP lagi.

Q said...

The best training for war is war itself.

Kill or be killed.

anti bohmau said...

adoiyai oped!

u've open the can of ugly worms here!

luckily ur son & some others here are independent...u dont have maids, do u?

singapork youngsters especially lky's decendants may not know the real story behind their nation existence. history has been rewritten by lks, babe!

the natives (i.e malays) residing the island & the events dated before raffles officially opened it were erased from the history lines!!!! pelik tp bijak kan?

Anonymous said...

Salam Rem
Q - 'Kill or be killed'
Agreed n well said.
Nak tambah dari 'Indiana Jones' (gaknyer lah)
My soul is prepared. What (How?) about yours? - kira pasrah lah tu.
Meant to be a soldier ???- That's not the point.

Pak Malau

ingin tahu said...

Reme

saya nak tanya sikit.

Katanya semua anak jantan spore kena buat NS wajib 2 tahun.

Selain buat NS 2 tahun, mereka juga kena buat service atau retraining ( lebih kurang macam tu lah ) selama 2-3 minggu setahun. betul ke?

So, jika anak jantan awak belalajar dan terus kerja diluar spore, macamana nak cuti direct 2-3 minggu ?

remgold said...

tuanku dan first ladies,
terima kaseyyy panjangkan cerita kali ini.
saya berbual dgn rakan semalam tentang gambar maid bawak backpack tu.
katanya kamu lihat youtube cerita jaguh dunia Ethiopia long-distance runner.
begitu miskin beliau, dia kena jogging 10km - one-way - nak ke sekolah tiap hari dulu.
nak pulang ke rumah, jogging lagi 10km!
satu hari 20km, katanya, selama 10tahun!
adoi. saya dulu anak miskin, ke sekolah jalan 1.5km. biasa utk semua orang kampung saya dulu.

mamat ni 10km one-way. sebab tu jadi jaguh dunia atletik 10,000m dan 5,000m. pintar cakap english lagi. malu kita.

lepas kamu jogging 20km, kena lumba 10km dan 5km jadi 'kacang' beb.
itulah bezanya jaguh dunia dan anak-anak kita. record after world record depa pecahkan.
lihat keadaan dlm rumah ethiopia - begitu daif.
anak kita (dengan bapak dan ibunya sekali): lembek dan dimanjakan.

lihat youtubenya di sini:

http://www.youtube.com/watch?v=6gXuOB-PxxE&feature=related


ingin tahu:
selepas NS tamat 2thn, setiap tahun hingga kamu berumur 40thn akan dipanggil masuk kem selama 2minggu.
tarikhnya bukan kamu yg pilih.

majikan WAJIB beri kamu off, kerana nak pastikan kamu tak lembek sangat dapat pertahankan pulau jika diserang.
setelah diberi tarikh nak masuk Reservist Training tu, kamu kenalah jogging, buat push up, burpees, etc nak kasi fit. sebab jika dalam kem nanti kamu fail beberapa test, kena tambah tinggal selama 1-2minggu.
if u're not fit, u have to extend ur stay in camp. and ur employer won't be too happy.

jika kamu nak keluar negara, kena minta permission dgn pihak Kementerian Pertahanan (Mindef).
Dah dapat cop kat passport, baru boleh lepas kat Causeway atau Airport.
kena beritahu, saya cuti di Langkawi seminggu.
atau saya belajar di Harvard 2tahun.
atau, untuk anak saya kelak, kena katakan saya duduk dgn emak kat kl, balik setahun sekali hari raya.

Lagi satu, nak test Operational Readiness, Mindef ni suka kasi orang terkejut. nanti lagi weekend, tiba-tiba dihantar SMS, dapat panggilan, ditayangkan di skrin cinema, dan keluar pengumuman di radio dan tv:
Mamat dalam kumpulan code name ini, sila lapor ke kem-kem kamu sekarang juga - (misalnya code name) Golden Eagle, Blue Water, Solid Rock dan Pondan Sejati.
Kamu tentunya tak mahu jadi orang terakhir yg laporkan diri ke kem kamu! ko nak mampos, nanti kena cekik dgn member lain!

http://www.ns.sg/nsPortal/index.jsp