Tuesday, 1 March 2011

Makcik tenat, rakan karib & dreamboat

SOALAN:
Anda ada kunci kereta.
Terjumpa tiga orang di perhentian bas:
1) Makcik tua yang sakit tenat, mesti dihantar ke hospital segera.
2) Rakan karib anda.
3) Wanita/Jantan idaman anda (bak kata omputeh, dreamboat).

Jika anda bawa makcik ke hospital, wanita/jantan tu akan lari dengan sahabat anda.
Jika anda bersama rakan karib, makcik tua maut di tangan minah cantik/mamat lawa.
Jika anda ikut hati, makcik akan maut juga.

Ada cara lain?
Apa yang anda boleh lakukan untuk pastikan Semuanya OK?

Cuba Teka!

Pemenang akan diberi tiket one-way ke Tripoli. Hee.

15 comments:

shuk said...

suruh member baik tu bawa makchik tu ke hospital

Naisophon said...

Suruh member baik bawak mak cik ke hospital.

Diri sendiri ngorat amoi tu. he he he..

JohorMali said...

MrRem,
Aku kena tanya, perhentian bas tu kat mana? Kalau kat Mahmoodiah (JB) atau Jalan Bahar (Spork) dan waktu tengah malam pulak, tiga tiga aku tak jeling!

Anonymous said...

1. suh la member baik tu bawak aweq tu naik keta.
2. pastu teman la makcik tu sampai dia mati....hahaha.
3. Kunci je yg ada ? rendam kunci dlm gelas, minum air dia. simpan belen air, basuh muka.
4. Tiket tripoli tu bg kat mak nah !

Cat-in-Sydney said...

Uncle Rem,
Ada kunci kereta je boleh buat apa. Lainlah kalau ada keretanya sekali. Call teksi jelah. har har har *evil laughs*

Kak Ti said...

saya beri kunci kereta kepada kawan karib, mohon dia bawa makcik sakit tenat ke hospital. saya duduk di perhentian bas, temankan dreamboat jejaka tu. tiket ke tripoli boleh kasi orang lain, tima kasih!

remgold said...

Kahkahkah,
sebenarnya anda semua dah salah jawab dgn soalan helah Pak Chic Singapork.
Saya tak kata itu kereta ferrari yg hanya ada dua tempat duduk!

Jawapan yg lebih baik ialah anda suruh rakan karib PANDU kereta, suruh makcik duduk sebelah dia, anda duduk dgn Beyonce/Shah Rukh kat belakang.

lepas tu kerana bas stop kat Mahmoodiah JB (pandai kamu JM), kita hantar makcik tu ke hospital di perlis, agar ada banyak masa nak ngobrol dgn rakan, dan senggol2an dgn minah/mamat idaman.
nak pastikan makcik tu tak bising sangat kerana kesakitan, kita sumbat mulut dia dgn tuala, lepas tu scotch tape. kalau dlm perjalanan makcik TKO, kita buka pintu dan tendang keluar. sebab makcik tu sebenarnya ialah Cik Pon tertinggal broomstick. heehee.

jawapan cat-in-sydney lagi baik, hanya kunci saja yg ada, kereta tertinggal kat rumah saya di christchurch!

ini soalan baru - anda turun dari kereta anda di tepi bus stop di Gay-lang (no relation to Geylang) dan terjumpa tiga mamat: Mahathir, Kuan Yew dan Nik Aziz yg baru turun dari helikopter. pilotnya ialah Kak Mah yg terus calibut lari dgn heli bell-ranger sebab nak teruskan berkempen di kerdau.

ketiga2 dah mula bertekak pun, walhal isu yg dibincang ialah mall mana yg terbaik di orchard road.
nik aziz kata Pasar Geylang sebab kotor macam pasar di kota baru dan banyak kedai makanan halal tepi toilet. dan beliau beri good sign dgn ibujarinya.
kuan yew kata Ion Orchard kerana mall terbaru dan juga beri thumbs up sign.
mahathir kata 'podah', lebih baik Suria KLCC sebab aku yg bina.
bagaimana kamu nak selamatkan dunia? kerana kereta saya ialah ferrari, hanya ada dua bucket seats!?

Anonymous said...

kah kah kah...lawak pagi Selasa. takmo jawap ar teka teki pak chic..hadiah tak besh (mcm konfiden jek jawapanku betul.weee...)

enon said...

Mr Reme

saya bagi awak soalan pulak.
hadiah oneway teket to karimun. he he

ada sabuah kereta yang besar dan selesa, tapi kalau di beri percuma pun orang tak mahu. apakah dia.

JohorMali said...

Mr Rem,
Senang jer, hantarkan dia orang kat old folks home. Eloknya Nik Aziz dekat Jamik Mosque di Old Delhi so senang bagi takzirah dan fatwa pada pelbagai kumpulan tabligh disitu.
Harry Lee pulak buatkan Villa tengah forbidden city di Beijing, boleh hari hari berangan jadi Emperor with fully clothed.
Ha pasal Che Det pulak, susah sikit, tapi kalau hantarkan kat Wall Street New york, mungkin dia suka kot, boleh berinteraksi hari hari dengan mamat mamat finance disana!

Anonymous said...

angkut je la semua..kereta ada 3 seat tu..

Q said...

Kereta mayat, kahkah kihkih kuikui.

Beringat sebelum mati.

Anonymous said...

Op Ed

sila jawab teka teki ni.

Ada 2 negara - (dua dua banyak minyak), demonstrasi membabit kematian, satu sikit dan satu lagi ramai.

Hari ini 4 kapal navy US dah dekat dengan pantai L, tapi tak pula di hantar ke pulau B.

kenapa ekk ?

-malik-

remgold said...

nakal kalian semua,
syiok juga kadang2 buat lawak!

enon,
errr kereta tu Bentley Perdana kan? :-)

johor mali,
good answer!
anda menang tiket naik heli dgn kak mah ke tripoli. pingsan brader.

malik,
pandai mat salleh ni main politik. cara dia push pemerintah supaya resign. walhal yg support kian lama tu mereka juga.
cuma tak seperti di tunisia dan egypt, tak ada tentera kuat di libya.
takut jadi macam iraq. mamat gila saddam jatuh tapi ada power vaccuum, semua gaduh hingga rakyat menderita.
nampaknya libya ni akan terbahagi - paling kurang - kpd dua negara baru. satu di benghazi kerana puak kaum (tribe arab) lain dari yg di tripoli.
itulah yg dikehendaki oleh omputeh.
iraq mereka dah berjaya - sunni berbunuh dgn syiah.
sudan pun mereka dah berjaya.

tak ada pula media mereka yg salahkan amerika kerana sokong pemimpin2 'jahat' dan 'giler' sekian lama.

enon said...

Mr Reme & Mr Q.

jawapannya kereta api