Thursday, 17 March 2011

Quake-nami - Jepun mengajar Umat M

Apabila demo di Egypt berlaku untuk jatuhkan Mubarak dulu, tentunya ramai daripada kita berasa lega.
Walaupun setiap malam gambar di TV seluruh dunia tunjuk umat M dalam apa yang mereka sukaaaaaaaaa sangat buat -- pekik ramai-ramai di tepi jalan, genggam tangan dan ada yang bertakbir.
Umat emo dan cepat baran.
The typical Western audience knows only this image of Muslims.

Lagi satu imej yang kerap ditunjuk ialah sedang menonggeng waktu solat ramai-ramai.
'They ask for peace one minute, and then they shout blue murder the next! Giler punya agama, gila punya umat'.

Umat M bukan group yang kerap ditunjuk depan kamera sedang duduk dalam kelas meningkatkan ilmu - seperti rakaman TV rakyat China, Australia atau Singapork.
Bukan juga sedang berbaris nak masuk pub atau sedang berdansa, taking life easy seperti gambar TV dari negara Barat.
Atau sedang buat presentation produk terbaru mereka macam mamat eksekutif Am'rika.
Tidak juga imej kurus kedengkik nak mati dengan perut kembong seperti imej dari negara Afrika.

SAH! Fairly or unfairly, imej umat M ialah manusia yang suka ke tengah jalan pekik-pekik dengan fists raised, terik Allahuakbar - yang begitu menakutkan orang lain kerana ia dilihat sebagai kumpulan yang tak siuman.
An unthinking group. A mob.
Pada kita takbir itu tunjuk naikkan semangat dan cekalkan hati, pada orang luar ia menunjukkan umat M fanatik agama dan gila nak bom semua omputeh sampai hancus.

MUJUR kerana pertukaran politik di Egypt tu tak ramai yang bertakbir depan kamera, ramai umat Mesir tu diwawancara di CNN, BBC, Fox pandai cakap omputeh slang Am'rika.
Dan kerana keseluruhannya terjadi dengan aman ('Silmiya! Silmiya!' Peaceful! Peaceful!, mereka laung), bukan saja Soft Image dan Brand Name negara Egypt menjadi baik, tapi imej umat M yang suka emo pun telah diubati sedikit.
Dan apabila TV seluruh dunia tunjuk umat Egypt solat Jumaat bertonggang-tonggek di Medan at-Tahrir tu, mujur mereka semuanya aman.
Imej ni begitu penting.


Whew, so there ARE some Muslims who are not crazies and bombers.
There ARE Muslims who can bring about change peacefully, by wanting democracy and talking sense.
Ini tentu bermain dalam benak omputeh di seluruh dunia dan juga negara lain yang nonton tanpa henti peristiwa Mubarak jatuh tu bulan lalu.

Sebab dari kacamata luar, imej kumpulan, negara, agama, atau bangsa apa yang ditonton di kacamata TV.
Dan apa yang mereka baca kat media massa.
Orang biasa tak payah diberi olahan apa-apa: Jika gambar tunjuk setiap hari ada kumpulan genggam tangan kerana marah, pekik-pekik tepi jalan - maka itulah imej yang menakutkan mereka.
TERIMA kasih Mesir kerana menunjukkan umat M boleh membawa pertukaran politik dengan aman.


KINI KE JEPUN 

Kini walaupun Libya dan Bahrain kecoh, orang dah tak kisah sangat. Nasib baik beb. Sebab saya khuatir imej yang dah pulih ni akan rosak semula.
Sebab menunjukkan imej kedua kerajaan negara itu - ini belum masuk Saudi, Yemen, Iran, Morrocco - dalam warna hitam.
Iaitu 'Dahlah rakyat M ni emo dan giler! Kerajaan pun bila bernama kerajaan Muslim berkuku besi dan bunuh rakyat sewenangnya'.
Itulah imej umat M.


SATU dunia kini sedang menonton apa yang berlaku di Jepun.
Imej Jepun sebelum ini - anda pun tentu setuju - ialah group yang berdisiplin, satu hati, kerja kuat, dan pandai merekabentuk produk yang digunakan dunia.
Dan walaupun dulu imejnya, hanya 60 tahun lalu, ialah kumpulan bengis yang conquer negara2 kita dengan pekikan 'Banzai!' dan 'bagero!', kini imej mereka ialah negara yang mengajar dunia untuk tunduk hormat bila membuat greeting, makanan mentah yang enak (sushi dan sashimi), dan jenama menggoncang dunia dari Toyota dan Honda, Sony dan Sharp, Panasonic dan Canon.


KERANA semua mata dunia menghala ke Jepun selepas quake-nami, maka kita akan terus melihat sama ada imej-imej lama itu akan terus kekal.

Sejauh ini, pada hemat saya, yang positifnya:
1) Begitu banyak saya baca, mereka digelar sebagai 'stoic people' - kaum yang menghadapi cabaran dengan penuh kesabaran. Umat yang tabah.
Baca laporan mengenai sifat rakyat ni yang malu ler aku baca, sebab umat ni sampah sarap suka demo-emo - sini, sini, sini dan sini antaranya.

Sejak quakenami seminggu lalu, saya di pejabat nonton NHK World dalam bahasa Inggeris, nampak sungguh stoicism mereka.
NHK ni ialah TV pemerintah, macam Bernama TV, TV3, atau Mediacorp dan Channel News Asia.
Tapi tak ada tunjuk cerita yang nak menipu rakyat - orang politik di depan kamera dan kata Everything Is AOK. Atau Don't Worry Everything Will Be OK.
Dan tak ada mereka (mungkin sejauh ni belum lagi) yang di depan kamera tu memaki hamun kerajaan.
Saya nak nangis orang tua macam ibu, yang hanya tinggal sehelai sepinggang di sebuah hospital, saya berkata: 'Saya kesejukan dan ada diabetes tapi tak ada ubat. Saya harap pemerintah dapat tolong tak lama lagi.'
Begitu juga dengan interview yang lain.
Juga jika anda nonton CNN dan BBC. Mereka komplen dengan cara hormat.
Mereka lebih Islam dari umat yang bernama M dari segi ini.

Saya ingat lagi apa kata-kata yang dikatakan oleh orang politik dan manusia yang tercepit apabila Bukit Antarabangsa ada tanah runtuh beberapa tahun lalu. Anda juga tentu terbaca. Yang pasukan penyelamat jadi pasukan perompak, katanya lah. Orang politik semua datang nak tunjuk muka, rakyat cepat baran.

Itulah Brand Name negara ini yang baru - A Stoic People.

2) Mamat Jepun terus beratur di LUAR 7-Eleven nak membeli barang!!! Walhal tahu jika lambat, makanan dan air akan habis.
Malu aku.
Kita tahu perkara yang sama tidak akan berlaku di negara mana pun di dunia ini beb.
Orang Malaysia dan Singapork suka potong queue. Ini belum emergency lagi!
Enough said.

3) Ada 50 orang pekerja yang masih terus berada di Fukushima reactor No.1, terus bekerja walau tahu tentu akan mati kena radiation. Itulah namanya jihad, jika kamu tanya saya.
Tak payah pekik-pekik emo. Tanpa mereka hancus satu negara, biar aku mati asal dapat berbakti kepada negara.
Seorang isteri kepada mamat pekerja paling tua di situ memberitahu suaminya: 'Abang terus buat kerja 'bang, agar rakyat rasa lega'.
Mamat ni berusia 59 tahun, lagi enam bulan dah retire.


Ada seorang pekerja di hospital dekat nuke plant tu yang diarah lari, tidak mahu. Terus nak stay kerana ramai orang tua di situ yang tak dapat lari.
Makanan tak cukup, air dah nak habis.


Yang negatif:
1) Kita nampak sendiri bahawa Tokyo Electric Power Company atau Tepco ni dah boleh kawal apa yang berlaku di nuke plant mereka.
Tapi begitu susah nak suruh mereka cepat-cepat minta pertolongan orang lain - termasuk pakar antarabangsa!
Mereka begitu bangga dengan sigat berdikari (ini yang positifnya) sebab dulu apabila dah kalah World War 2, mereka sama-sama bangun sendiri.
Tapi sifat ini membahayakan dunia!
Jika rare earth plant di Gebeng Kuantan tu meletup, saya pasti kita semua akan calibut, jauh, maki kerajaan kuat-kuat, dan cepat-cepat panggil konsultan omputeh supaya pulihkan keadaan!

SIFAT ini sifat yang harus dikikis, tapi pemerintah negara lain tak mahu paksa Jepun, kerana faham sentimen mereka sendiri. A proud nation that has survived the defeat of World War 2.

2) Kita semua hormat teknologi Jepun. Tapi selepas nonton tiap hari loji nuklear nak meletup dan mereka nampaknya tak tahu apa nak buat, maka imej mereka akan jatuh.
Bahalol jugak si nakasone ni! Aku ingat semua dia boleh control.
Jadi sebab tu mereka ni sebenarnya biar cepat pulihkan benda ni.

3) Ada juga bisikan - saya terbaca di beberapa laporan - bahawa Tepco ni syarikat problem. Pernah buat laporan palsu tentang keselamatan dan bahaya di loji nuke mereka.
Tadi baru baca kononnya ada buat lobi agar loji-loji di Fukushima ini, yang dah 50 tahun, dilanjutkan terus. Walhal ikut undang-undang semua loji kena tutup selepas 50 tahun. Katanya, mereka diberi lepasan selepas melobi dan gan gunakan argument bahawa selagi belum ada loji nuke baru dibuat di Jepun (sebab rakyat bantah), maka teruskan saja gunakan loji yang kini nak meletup tu.

Aish! Jepun pun pandai buat laporan palsu dan lobi-melobi macam kat negara, ahem, lain?
Soft Image mereka beb, jika tak dijaga boleh rosak.

9 comments:

Timur Tengah said...

Salam Bro Reme,

Komen 1 - Pasal "Lagi satu imej yang kerap ditunjuk ialah sedang menonggeng waktu solat ramai-ramai.
They ask for peace one minute, and then they shout blue murder the next! Giler punya agama, gila punya umat."

Saya tahu Bro tak maksudkan Agama Islam ni sebagai "Giler punya agama" tapi kotonasi tulisan Bro tu boleh bawak salah anggap. So proof read sikit lah Bro. Nanti tersilap. Minta Bro berlapang dada dengan teguran saya. Dan saya tahu maksud Bro - tanggapan dari orang non-muslim yang tak tahu pasal Agama Islam kita ni, tapi kotonasi ayat tu yang merisaukan saya.

Komen 2 - Pasal "Orang Malaysia dan Singapork suka potong queue. Ini belum emergency lagi!"

Saya tak setuju statment tu. Statement saya Orang Malaysia dan Sing akan ikut que selagi semua orang ikut que dan akan memulakan system que itu sendiri.

Pengalaman saya disini dan pengalaman saya dengan org Taiwan, mungkin Org India, mungkin Tamil Sri Langka, mungkin Paki, mungkin Nepal, dan kawasan2 yang sama waktu dengannya, campur Pakcik makcik Arab modern - yang tak peduli dgn system que... semua main terjah.

Kenapa banyak mungkin dah (kat atas)... sebab appearance puak ni sama aje, so susah nak differentiate dari negara mana i.e. India ke, Sri Langka ke, Paki ke, Nepal ke. Campur Taiwan campur Pakcik2 makcik2 Arab modern... main terjah kat depan2 tak peduli orang yang dah berbaris panjang2.

Salam - Doha, State of Qatar

Q said...

Dah masuk Al-jazeera pun ketidak-telusan TEPCO tu. Tak taulah berita kabel laen.

Anonymous said...

Bang Reme

Kalau hang google news 2-3 hari lepas, engineer yang design reaktor neuklar tu dah admit bahawa design reaktor and system back-up nya dah tak mampu bertahan lebih lama lagi.

Aku tak heran kalau reaktor ni masih di biarkan beroperasi lepas 50 tahun.
Siapa kata Jepun ni bersih dari corruption walau secanggih mana pun teknologi mereka. Menteri dan PM mereka pun pernah kantoi kena tangkap rasuah.
Cuma rakyat jepun ni sahaja yang aku tengok berdisplin.

Yang suka potong barisan ni jenis Ahso yang datang AGM kat spore dan KL. Nak tengok dividen dan lepas tu makan dan tapau balik makanan hotel bagi anak cucu makan. tu hak mereka jawab mereka kalau kau tanya ahso tu.

Tapi reme, tak semua yang dari Jepun tu bagus kalau kau kenal betul typical jepun style.

Yang baik saja lah kita ambil.

Anonymous said...

Bro Reme

Saya rasa awak jangan ambil hati dengan teguran Timur Tengah. Ada betulnya apa yang dia cakap.

Chief Editor awak kena hantar awak lebih banyak assignment kat oversea supaya tengok sendiri the real life dan tak 100% harap news dari orang lain.

orang tua kata jauh berjalan luas pandangan. memang tak sama dengan apa yang kita baca atau nonton.

Anonymous said...

kejutkan saya bila dah habis inzal

FC

Anonymous said...

Salams Tuan,
Umat M perlu d beri kounseling n banyak beSABAR dalam menangani dunia ler ni.Sifat lembut perlu ada apabila beriteraksi sesama manusia.EQ wajib d atasi.Adios!Shukran.

wawa

Anonymous said...

Brader,
Your main points are well understood and agreed about the 2 different scenarios between the Japs and Umat M.
Tapi, Japs ni memang terlalu secretive dan proud people. Mungkin sebab dia dulu pun maju kerana ambik teknologi orang lain. So pengajarannya, dia pun takut jugak orang buat benda yang sama pada dia. Bahyak jugak corruption dan benda tak betul orang Japs ni buat. Malah melalui pengalaman, diorang ni lagi licik sebenarnya.
Anyway, simpati pada Japsa ni dan dengan sikap yanf ada pada diorang ni, for sure diorang akan cepat recover balik.
BILLY

remgold said...

tetuan dan tepuan,
seronok saya apabila kita melenting kerana umat m dihentak kepalanya di bendul.
kita sayang ler tu. tapi itulah imej kita.
yg saya gunakan bahasa kasar tu bukan saya yg kata gitu. saya suka masuk dengar lagu omputeh di youtube. budak2 kat situ suka gaduh tentang agama (walaupun lagu katy perry, celine dion mahupun led zeppelin atau cat stevens). itulah antara perkataan kasar mereka = raw feedback.
'why did he (cat stevens) join the worst religion on earth?' tanya seorang.
itulah pandangan ramai orang terhadap kita dan agama kita.
sama juga jika kamu baca website jika pandangan secara Anonymous (seperti jakarta globe, bbc, cnn, malah malaysia today dan malaysia insider).

bangsa lain bukan baik sangat.
= jepang - siapa kata dia tak corrupt? lihat saja cara Keidanren buat business. ini gabungan syarikat2 besar jepang. mereka selalu pakat pastikan mereka menang berganti2 dgn harga yg tinggi.
tapi mereka pandai jaga imej.
di khalayak ramai satu hati, bukan berpecah. jika isu bible melayu dan allah, kamu masih berpecah, hancus.

= omputeh - siapa kata dia tak corrupt? lihat saja bush, cheney masuk iraq. projek2 pembaikan dibagi crony, dibayar dgn duit minyak iraq.
tapi depan tv, mereka gunakan perkataan intelektual dan penjelasan licik kenapa iraq diserang.

= omputeh pandai? lihat krisis greece, ekonomi italy dan france (ini negara2 g-7! ekonomi2 terbesar di dunia!).
tapi mereka pandai jaga imej.

= siapa kata semua omputeh tu designer? hardware dan software kebanyakannya keluar dari am'rika. apple, dell, hp. rim blackberry dari canada. sofwe microsoft dan norton, open office dan anti-virus lain.
barangan elektronik lain dari jepun, korea dan taiwan.
eropah ada ikea, nokia, dan nasib baik ada kereta jerman (merc, bmw, porsche, vw, audi). yg lain tak cantik dan mahal (peugeot, citroen, vauxhall, volvo pun).

= entertainment? musik dari amerika, media (movies, NYT, time magazine, cnn, fox, hbo dan banyak lagi channels), permainan? gameboy, psp, nintendo (jepang).

dari sini saja kita boleh lihat dari negara mana kita boleh pelajari ilmu.
kita masih hantar anak belajar ke britain (bekas colonial master). utk spork, ramai scholar - student bijak yg dibiayai pemerintah - ke US. itulah negara yg banyak latest designs = termasuk best submarines, fighter planes, spy satellites.
kita masih hantar anak ke australia (murah) walhal mamat ni hanya jual daging korban dan tak lama lagi export rare earth. syarikat telekom terbesar australia milik singtel, bursa sahamnya tak lama lagi kena takeover singapore exchange. pandai apa?

kita tak hantar anak ke germany sebab bahasa payah. juga tidak mencari ilmu hingga ke china (yg membina aircraft carrier, stealth fighters). kita hantar ke saudi, yemen, syria nak hafal quran dan 'belajar agama'.

sayang saya miskin dan tak ada sponsor dan memang tak bijak mana pun! jika tidak buat apa jadi wartawan songsang pro-pap. dah tua pun masih ingin belajar di harvard, mit, ucla atau nyu.
mahu saya dapat assignment ke china, germany. juga negara africa, MENA.
rakan di spork belajar di harvard (masters). setahun saja. dulu wartawan biasa, dah lama berhenti. networknya begitu baik sehingga jadi... rahsia. tapi cepat mindanya berfikir dan para pemimpin atasan dan businessmen top di beberapa buah negara ambil ideanya jika ada masalah.
kini depa keluar masuk washington macam saya gi kl. sebab ramai di sana jadi networknya juga.
my apologies jika anda marah ler.

abahryan said...

terbaek dari tuan...!!