Thursday, 28 April 2011

Ah Moi vs Ah Moi (minah Malaysia di tengah!)

PEMERHATI politik sibuk dengan pertarungan hebat di Aljunied *GRC, Bishan-Toa Payoh GRC dan Holland-Bukit Timah GRC, serta di dua *SMC pembangkang, Potong Pasir dan Hougang.
Seperti yang saya tulis di posting sebelum ini.

Tapi ada lagi satu pertarungan menarik yang diperhatikan rapi oleh ah pek-ah pek, dan dikhuatiri oleh nyonya-nyonya -- yang takut ah pek-ah pek akan lari ke Marine Parade GRC.
Dua pompuan dari Generasi Y (bukan Lelaki Y, please!) = Generation Y = Youth Generation, bersemuka.
Kawasanundi PAP ini lama dijaga oleh bekas perdana menteri Singapork, Goh Chok Tong. Beliau kini Menteri Kanan atau Senior Minister. Orang sini panggil SM.

Dalam team beliau terdapat ah moi 27 tahun yang saya dah ceritakan di sini, Tin Pei Ling, consultant di syarikat disegani Ernst & Young.
Heboh tentangnya baru selesai, kini ada problem lain untuknya.
Kerana beliau kini sering dibandingkan dengan ah moi yang lebih cantik dan lebih muda.
Nicole Seah, 24 tahun, eksekutif di advertising agency.
Beliau dari parti yang tak pernah menang kerusi di Parli dan agak muda usia berbanding seperti parti lama seperti PAP, Workers Party (WP) dan Singapore Democratic Party (SDP).
Pei Ling dan Nicole kini akan berentap di Marine Parade GRC.

Nicole dapat fans di Facebooknya seramai 20,000 hanya dalam enam hari. Kini dah 31,000 fans.
Facebook Pei Ling baru dapat 3,100 fans.
Ke mana saja Nicole gi, semua ah pek...opocot...wartawan kejar.

Kini dah ada pula sushi bernama Nicole Seah dan Pei Ling!!! Hahaha.
Aku yang berjuang macam nak kojol pertahan nusa dan bangsa takde pulak nasi lemak bernama 'Remgold special, samabl lebih'. Nasib, nasib.

TAPI yang lebih penting, saudara dan datin, ialah cara dua pompuan Gen Y ni berbicara. Lebih matang dari orang politik di negara yang saya cintai iaitu....errrr... apa nama....lupa.... ah, India.


AH MOI MATANG

Lihat cara Nicole menjawab - Are you just a pretty face?
Lihat juga cara Pei Ling menjawab bila ditanya kenapa kamu yang muda masuk parti Old Guard?
(Saya rasa ada problem dengan link. Jika video lain yang keluar, cari video bertajuk Nicole Seah dan Tin Pei Ling).

Yang tukang tanya soalan paling menarik ialah minah wartawan Maysia yang baru ini di Egypt dan Tunisia! Shahanaaz Sher Habib dari The Star (ada gambarnya di sini).

Nicole, ditanya perbandingan antara kamu dengan Pei Ling, katanya:
"There is really no need for comparison. This is an issue of little importance.
"We have more pressing national issues to face at hand, so let us focus on that instead".

Ini budak 24 tahun yang bercakap beb!



(*GRC = 4 hingga 6 kawasanundi disatukan, dengan 4 hingga 6 MP dari PAP ditentang oleh kumpulan dari pembangkang. Jika kamu menang di Group Representation Constituencies ni, kamu sapu semua sekali kerusi, bukan hanya satu.
(*SMC = single-member constituency, ialah kawasanundi biasa = satu lawan satu).

0 comments: