Posting ni bukan apa. Nak lawan dengan Kata Kama. Depa ingat kucing depa kiut-miut eh. Nasib baik saya ada simpan banyak binatang kat ranch saya.
Nanti saya tunjuk siri kucing-kucing saya sedang ngorok, baru kamu jeles. Itu Bah. 2 kelak.
SEMENTARA itu, jika nak tonton (Almost) Live Bidding matawang Indonesia, kunjungi blog Dr Arifin (yg saya tak kenal) di uang-kuno.com. Kadang tengok cara mereka ni bid, kita pun takut. Saya ada beberapa matawang dari nombor 28 ke bawah. Yang atas tu semuanya matawang lama, dan pada saya tak cantik sangat.
Lihat harga 1957 Seri Haiwan (Animal Series) - tentunya harga melonjak kelak sebab agak payah nak dapat - nombor 46 hingga 54.
Lebih lagi yang ada cop 'Specimen' tu; saya pun tak mampu yang itu.
'Specimen' Gajah (number 51) dengan serial number yang cantik 1000A0000 dan perfect condition UNC (uncirculated) harga pembukaannya 1.1juta rupiah (S$145/RM348). Saya rasa boleh naik 3kali ganda.









13 comments:
Hari ini saya penat begitu. Umur dah 62. Jam 7.30 pagi. Marah pd isteri kerana pinggang sakit tapi tak nak rehat. Terus pandu kereta pergi tanam jarak (jatropha) utk pagar dikawasan bekas lombong diteroka secara haram (apa peduli, kawasan itu penuh dengan kolam/tasik ikan haram Cina). Jam 10am baru makan roti canai minum air panas (jag cholestrol, dah 2 kali angioplasti). Beli pam akuarium (RM28) dan balik rumah. Mandi dan tidur.
Selepas dzuhor ambil tangki (plastik biru) ikan dikolam Lim. Pergi semula tanam jarak, kemudian menjala ikan tilapia ditasik lombong. Dalam perjalanan pulang 1 baldi berisi ikan hidup jatuh keatas jalan, 1 baldi lagi selamat. Masukan ikan dalam tangki tetapi banyak yang mati pulak. Peluh kuyup.
Mandi dan tidur. Tak sempat ke masjid utk magrib.
hee syioknya tangkap tilapia. lama tak makan. kat negeri tu, brader?
maaf tanya: jatophra tu boleh makan ke? yg saya tu utk green oil.
saudara reme,
bila lihat gambar dan soalan awak ni, teringat saya semula pada bekas PM Msia yang lalu.
Bukan lah kata rupa yang sama, cuma cara tertidor kepenatan sahaja yang lebih kurang sama.
Uncle Rem
boleh explain sikit pasal matawang lelang ini.
Rujuk pada uang siri 1940-43, bukankah waktu itu Jepang sedang menduduki Indonesia dan seperti di Malaya tempoh itu, bukan kah matawang daun pisang yang di gunakan.
dan selepas Jepang berundur, bukankah pihak Belanda telah di usir keluar dari Indonesia.
Jadi, bagaimana bisa pihak pemerintah guna wang Belanda sedangkan waktu itu, semua wang yang dicetak berdasar kepada simpanan emasnya. dan sudah pasti simpanan emasnya di simpan di Amsterdam.
mohon penerangan dari Uncle Rem.
Reme,
baru ekperimen bela tilapia dlm tangki, air tak perlu banyak sedalam 4inci. Mula banyak ikan mati sekarang agak stabil. Yang mati beri kpd jiran, orang asli selain masak sendiri. Malasnya nak siang ikan.
Buah jatropha (masak) minyaknya dipress utk biodisel. Institute ini sedang buat kajian cari baka yang berhasil tinggi.
Dr Save,
boleh post experiment anda memelihara tilapia dan besarkan jatophra?
boleh jadi pelajaran kpd kita semua, dan kita boleh link dgn blog anda.
the trials and tribulations. modal dan apa nak kena jaga jika nak bela ikan dan pokok.
we can learn new things rather than just talk politics and other rubbish all the time.
penyimpan uang,
wang jepun digunakan dulu di singapore, malaya, indonesia, filipina, burma. juga china.
kini di panggil JIM - Japanese Invasion Money.
http://en.wikipedia.org/wiki/Japanese_invasion_money
walau kena pakai JIM, sebab jepun penjajah yg dibenci, orang terus simpan wang lama.
walau bank pusat semua ditutup dan diganti dgn wang jepun, ramai orang terus sorok.
satu masalah lagi - jepun dah jajah, mereka print banyakkkkk sangat wang JIM ni. terus jadi hyper-inflation.
sebab tu jaga sikit jika ada pihak terlalu pushy nak naikkan gaji pekerja dgn mendadak.
kena tahu basic economic theory - too much money chasing the same amount of goods.
misalnya kita gi kerja boss kata: 'gaji kamu rm1,000 tapi mulai hari ini kamu dapat rm10,000, sebab HQ bagi banyak wang'.
jika ramai sangat naik gaji gini, harga canai, kopi dan kain pelikat akan lompat dari rm1 kpd rm10.
macam zaman pak lah baru2 ini - kasi bonus kpd pekerja awam (atau naikkan gaji, saya ingat-lupa), jadi inflasi sebab penjual naikkan harga barang2.
yg kita tak jadi civil servants pun kena dgn inflasi ni, walhal yg dapat wang extra ialah pekerja awam.
Pak Remmmmmmmm,
Video dah masuk You Tube. Komen sket sebagai pemerhati politik dan wartawan Singapura.
Terima kasih.
Sdr Reme,
saya baru post 'Tilapia dan Jatropha' dalam blog SAVE. Terima kasih atas link.
Q,
cuba jika video ni keluar semasa anwar jadi timbalan pm. tentunya orang umno akan kata: 'eh! fitnah!'
dan tentunya pembangkang akan kata: 'sah! anwar!'
dulu kapal sink dan mat sabu kata anwar macam tentang isu seks dgn jantan ni. kini dah jadi rakan peluk2, najib dan altantuya pula dilagukan, walhal tak ada video mahupun gambar.
dan tak pula dihukum qazafkan dan minta empat saksi bila isu najib ni. walhal orang tu dah sumpah dlm masjid dua kali.
jadi saya tak mau panjangkan cerita. kita percaya apa yg kita nak percaya.
Dr Save,
terima kaseyy atas posting anda.
menarik. nanti saya nak cari kat singapore ni ada orang jual tilapia tak.
Bro,
Kekadang saya tertanya, tilapia ni memang asal perkataan Melayu ke? Kat sini ada sambutan yang agak baik terhadap ikan tilapia, tapi tak tahu pulak negara mana yang eksport ke middle east.
Kat papan tanda harga tu tertulis TILAPIA.
Salam - Doha, State of Qatar
Doha,
dulu saya mati2 ingat ni mesti ikan orang melayu maysia (kat spork tak pernah dengar dulu).
namanya pun nama melayu 'tilapia' - tak jauh dari nama Hamad Kama Piah.
lepas tu beberapa tahun lalu, kena buat story tentang manusia suka makan ikan hingga nak pupus semua species ikan di laut. jika ini berlaku apa jadi?
maka saya pun ke WorldFish Center di Batu Maung penang, interview bossnya, saintis besar oi.
http://www.worldfishcenter.org/wfcms/HQ/Default.aspx
ini adalah world class research facility di dunia yg terletak di maysia tapi kita jarang dengar, sebab kita lebih suka gaduh benda lain.
saya masuk dlm lobby nampak tank ikan besar - 'aiks, kenapa ada ikan melayu ni kat sini?' tanya pak chic. saya pun bertanya.
ceritanya: rupa2nya ikan ni dari afrika! dekat dengan negara hosni mubarak.
tapi yg kita kini pelihara di darat tu (dan yg disalai oleh dr save) - di maysia dan banyak negara lain, ialah sebenarnya genetically modified fish! (uh oh).
tilapia dah diperbaiki genesnya agar lebih lasak.
namanya GIFT Tilapia.
kata research centre ni (depa pakai american spelling centEr), GIFT Tilapia ni lebih cepat membesar, lebih lasak makan hampir apa saja, dan airnya pun tak bersih sangat depa boleh hidup. ini jika dibandingkan dgn tilapia afrika.
GIFT sesuai utk negara2 miskin yg tak cukup protein. dan rakyat nak pelihara jadikan business kecilan atau makan sendiri.
http://www.worldfishcenter.org/wfcms/HQ/article.aspx?ID=154
jika kamu Word Search 'tilapia' dlm website WorldFish Center ni banyak lagi cerita.
bacalah, syiok dapat ilmu baru.
ilmu ginilah yg patut dipupuk.
bayangkan: setiap orang yg makan ikan rekaan anda, anda tentu dapat pahala beb (itu jika tanya ulama spork, jika tanya kat utara tu sedang sibuk berpoco-poco dan menonton video).
Sdr Remgold
klu lalu Perak singgah bbq tilapia at address given.
Doc S,
insya allah!
ini artikel yg saya tulis tentang ikan nak pupus tu:
http://www.agri-biz.com/Singlenews.aspx?DirID=65&rec_code=85535
Post a Comment