Monday, 18 April 2011

Berdegar, tapi menang sikit - Bah.2/2

HEBOH DALAM DIAM

Politik pulau - heboh brader, general election dah makin dekat.


-----------------------------
POSTING ORI

Bersambung dari Bah.1.

3) KEMARAHAN WARGA CINA MALAYSIA

Dalam buku mengenai Kuan Yew, Hard Truths, beliau ada menyatakan sesuatu yang membuat saya termenung dan pikiak lama.
Lebih kurang, katanya - apabila pemerintah dah buat sesuatu yang baik rakyat akan merasakan benda ni biasa. Mereka berterima kasih kejap, lepas tu dah lupa. Benda tu dah jadi sesuatu 'a given'. Sesuatu benda yang dah memang dirasakan mudah nak buat dan pastinya akan terus ada kat situ.
Macam kita semua lahir ada dua mata, dua kaki. A given.
Kalau tak ada dua mata, dua kaki, dirasakan pelik.

Tapi saya nak buka cerita dulu:

Semasa saya kecik dulu, tinggal di kampung di Pasir Panjang - dekat dengan tempat tarikan pelancong bernama Haw Par Villa atau namanya juga Tiger Balm Gardens.
Kini semua kawasan tu dah jadi bahagian tepi kampus National University of Singapork.


Kampung kami di selatan Singapura tu kita hidup bercampur -  rumah-rumah di tepi jalan raya banyak rumah Cina, di atas bukit semua rumah-rumah Melayu.
Ikut label hari ini, semua kami tinggal di banglo yang ada tanah besar.
Samalah macam rumah kampung di Kelantan atau Kedah.

Saya tumpang kat rumah nenek dan makcik saya, sebab emak saya kerja amah, bapa saya drebar. Bila malam, bapa datang dan bawa kami jalan dalam gelap tepi bukit kira-kira 30m ke bilik sewa yang kecil.
Miskin sakan: satu bilik tidur ramai-ramai, satu tiny living room, dapur pun kecik sangat. Toilet tu - kat tepi longkang kongsi satu kampung.
Nak mandi kena gi public bathroom di rumah pemilik kat sebelah. Mandi pakai gayung, cedok dari kolam air besar.
Rumah sewa tu macam rumah zaman P.Ramlee cerita Masam-Masam Manis. Kat atas tembok kayu tu melopong dan boleh dengar orang sebelah bergaduh atau nonton TV black and white.


Berbanding ini, rumah makcik saya (di mana nenek tinggal) orang sekarang kata sebuah banglo: ada lima bilik, dua living room, dua dapur - nenek dan makcik masak masing-masing.
Tanah besar sekeliling rumah. Ada pokok durian belanda, cermai, dan atok saya tanam pokok sireh. Buah cermai dan daun sireh dijual di kedai mama bila dah masak dan tumbuh besar. Kat belakang rumah pelihara ayam 10-20 ekoq.
Yang peliknya banglo ni jamban hanya satu dan bilik mandi pun satu. Yang tinggal kat situ 10 orang.
Kita hari ni kita jika tak ada paling kurang dua toilet tak cukup! Walhal yang tinggal satu rumah kadang hanya 4 orang. Orang zaman ni suka main taik agaknya, heehee. Sorry ah.
Tapi itulah yang dimaksudkan oleh Kuan Yew sebagai 'a given'.
It is a given that all houses must now have at least two loos.

GAMBAR ATAS: Sungai Singapura tahun 1960an. KL, tahun 1960an.


Saya nak ke sekolah dulu berjalan kaki. Jauh beb 1km. Iaitu jauh untuk orang sekarang! Untuk kami dulu, tak ada apa-apa.
It is a given we must now take LRT,MRT, bas ada aircon, atau emak hantar naik kereta ada aircon.
Maklumlah "cuaca panas". Walhal matahari tu tetap sama dari saya kecik hingga tua nak kojol ni.

Bila tak ada kerja dulu, ke rumah jiran atas bukit. Tanah mereka lagi besar-besar -- banyak pokok gajus, jambu air, nangka.
Buah gajus tak sedap rasanya, tapi biji gajus bila kita dah bakar sendiri, wah syiok.
Kini, it is a given that biji gajus kita beli kat kedai. Semua kedai runcit ada jual biji gajus siap dibakar dari Thailand!

SETAHUN sekali, jumpa loktang!
Ada pesta Hungry Ghost Cina, dan mereka bawa loktang ke kampung dan pasar malam.
Syiok wor nonton atas pentas wayang pekji.
Lepas tu makan cheng-teng - air manisan yg hingga hari ini saya gemar. Agaknya ada minyak babi tak, sedap sangat, heehee.

 
ITULAH zaman kecik saya. Masa tu saya di sekolah rendah.
Clementi School, di Pasir Panjang Road.
Sekarang dah jadi pusat pemulihan dadah.

Dalam satu tahun ada tiga terms sekolah - satu term kira-kira empat bulan.
Di akhir setiap term ada peperiksaan. Di sekolah saya, maklumlah sekolah kampung, satu standard ada dua darjah. Satu darjah 40 orang, campur semua bangsa.
Saya ni kecik-kecik dulu terror-meror habis dalam pelajaran.
Satu sekolah segan dengar nama saya.
Nak tahu result saya setiap term, dari Darjah 1 hingga Darjah 6? Maknanya = 3 terms x 6tahun.
Ini kedudukan saya dalam standard dua kelas 80 orang.
Darjah 1: 15,2,1.
Darjah 2: 1,1,1.
Darjah 3: 1,1,1.
Darjah 4: 1,1,1.
Darjah 5: 1,1,1.
Darjah 6: 1,1,1.
Mulanya 15th in standard. Lepas tu second term, number 2 dalam standard.
Lepas tu tak payah ler nak lumba dengan saya.

HANYA setahun sekali dapat minum air dalam botol F& N. Berebut minum air oren, atau Fanta Grape - bila tiba Hari Raya. Kalau tidak minum air masak atau air paip.
Dan agaknya setahun hanya tiga kali, arwah bapa saya bawa kami makan sate tepi jalan - seperti bila dapat result peperikasaan yang baik. Nasib baik pandai jugak aku, kalau tidak mana orang dulu ada makan luar? Kita semua makan kat rumah, sebab tak ada duit nak duduk makan tepi jalan.

Kini, it is a given bila-bila kamu nak minum coke atau F&N, ada mesin jual air dalam tin kat dalam pejabat!
Kat luar sana tu, it is a given banyak sangat orang jual sate. Kita makan pun rasanya nothing special, malah rendah sikit kita rasa martabatnya dengan sushi, Macdonald's atau caesar's salad dari Starbucks.



SHORT-CUT: 
Itulah zaman dulu dengan zaman sekarang.
Anak kita kini yang di sekolah rendah lagi, ramai dah serba-serbi aircon.
Mandi mesti hot shower.
Kat rumah TV kalau tak 32inci belum maju, malah orang kini dah jadi a given hendak 42inci.
Rumah mesti ada dua jamban, paling kurang.
Dan di KL, middle class mesti ada dua kereta dan mungkin ada juga satu motor.


*Ayat Quran surah ArRahman (tak pandai tulis Arab) -

Then which of the Blessings of your Lord will you deny?
Jadi nikmat Allah yang mana yang kamu nak persoalkan?

(*Maaf ah, jadi ostaz 'jap. First time saya quote ayat dalam blog, sebab ini antara fav saya. Bila cerita nikmat dan kekayaan, selalu teringat ayat ni).

GAMBAR: City skylines, Singapore, KL, Miri.


BALIK CERITA ASAL

Untung kita anak zaman generasi ni.
Jika anda baca buku-buku futurologists, ramai juga yang kata selepas zaman ini, jika minyak-gas tak dijumpai penggantinya mungkin anak cucu kita akan jatuh miskin dan hidup payah.

TAPI itu juga masalah yang dihadapi pemerintah PAP di Singapura dan kerajaan Malaysia (baik di empat negeri Pakatan, mahupun kerajaan BN pusat).
Rakyat dah biasa mewah. Dah biasa aman.

Jadi jika kamu bawa 'cerita orang tua' - kami dulu hidup susah, tak ada LRT/MRT, rumah tak ada aircon, mandi ramai-ramai pakai air sejuk dari kolam, jika hujan banjir satu kampung, gi sekolah jalan jauh-jauh - budak-budak muda tak faham.
Orang dah tak appreciate.

Mereka sudah anggap bangunan tinggi dan cantik, rumah selesa ada empat toilet (macam rumah saya di KL), iPhone, TV 50inci benda biasa!
Kamu nak bawa cerita tahun 1969 Cina gaduh dengan Melayu - baik di Maysia mahupun di Singapura - benda lama tu orang tak faham dah.
Kamu nak bawa cerita dulu ada perjanjian mulut antara Melayu dengan Cina bila Maysia ditubuhkan? Apa tu brader? Cerita usang untuk mereka.
Sama macam ibubapa saya dulu gemar cerita betapa payahnya hidup zaman Jepun 1945, saya pun tak faham, sebab sedang syiok minum cheng-teng dan jelir lidah dengan lok-tang.
Where got time? Who cares about your old stories, old man?

DI SINILAH, pada pandangan saya, antara sebab utama orang nak lari dari BN dan PAP.
Cantik cerita-cerita lama tu. Tapi ini macam cerita Zorro, Indiana Jones dan Combat.
Macam cerita Hang Tuah, Dang Anum, Demang Lebar Daun dan Wali Songo.

Dan kerana orang tak appreciate sejarah silam ni - walau baru 50tahun, malah 30tahun pun! - maka yang mereka nampak ialah skandal kerajaan BN dan keangkuhan pemerintah PAP.
Orang tak appreciate BN/PAP buat infra dan tumbuhkan kekayaan Maysia/Spork dengan kamu sekali. Hingga hari ini kamu selesa, kehidupan perkauman yang aman, nama negara dihormati di mana mana.
Kerana itu, pemerintah/kerajaan selalu kita lihat sebagai victims of their own success.
Ada ke orang appreciate Taib Mahmud buat jalanraya cantik dari Lundu ke Miri? It's a given.
Atau naikkan industri sawit agar ramai kat pendalaman dapat pekerjaan? It's a given.
Naikkan industri gas dan minyak (walau banyak kena kebas kerajaan pusat, kata pembangkang)? It's a given.

Ini payah beb. Jika negara di Zimbabwe dan di Egyptkan - pemerintah curi wang rakyat cara berterangan, rakyat terus papa dan disiksa, pun payah.
Yang kita ni pun susah juga (termasuk di empat negeri Pakatan).
Ya, reform pun reform. Bersihkan diri dan jangan terlalu angkuh.
Tapi ada lain yang kami semua mahu.
Rakyat hanya ada satu soalan - So what can you do for me NEXT?


BERSAMBUNG....

19 comments:

Anonymous said...

Wow! tersentak saya baca. Mmg betul apa saudara kata ni. It's the "Me" generation for us here in this part of the world. US dah melalu fasa ni.

Saya ni nak dikata penyokong gomen tak lah juga. Tapi kalau saya lihat kerenah pembangkang lagi naik mual. Semua tak kena. Yang saya sedar ia lah: Lebih senang membangkang dari memerintah.

Cerita saudara masa kecil dulu betul mcm jalan cerita P. Ramlee. Saya anak 70han jadi boleh kata hidup dah tau senang je. Terima Kasih kerana mengingatkan kita utk bersyukur.

ps,
I'm now reading "A kite in the evening sky" (found in a book bin!). It's about a boy's childhood in geylang serai of the late 50s. Mcm childhood saudara juga. Are u acquainted with this book and its author Shaik Kadir? Apparently this is a text for lower secondary.

salam, T. Azra

JohorMali said...

Mr Rem,
Amat menarik sekali saya membaca penceritaan sdra mengenai tanggapan masyrakat kala ini bahawa apa jua yang kerajaan/pemerintah buat, "its a given thing".

Tapi sdra elak dari satu isu yang amat ketara sekali yang mungkin atau telah berlaku di Malaysia sekarang ini, iaitu "the divisive Malaysian population"

Memang ketara sekali bahawa majority (90%) kaum Melayu/Pribumi/Muslim tidak akan pangkah DAP dan majority (90%)kaum Cina tidak akan pangkah UMNO (BN).

It's about time that UMNO should prepare itself for any future elections on the premise that it will garner votes only from the Malay/Pribumi/ Muslim masses.

With this in mind , UMNO can be relieved from the unenviable task of cracking their skulls on how to appease the Chinese come election day.Leave this task to PAS and other pseudo liberal Melayus.
(I still can't fathom how DAP/Chinese can be so gullible about PAS)

On that premise, it is not impossible for UMNO to wrest control of not only Selangor but Penang as well. Winning a 2/3 majority is history. Just get a simple majority.

My take on this issue boils down to my utter exasperation on the demands of the Chinese. What more do they want?

They painted themselves as the underdogs,devoid of privelages and being subjugated by the Malays.

I have always been ridiculed by my non Malaysian friends on why the non Bumis are marginalised in the area of education and religion. It was only when I drove that friend from JB to Muar (along the coastal road) that I showed him the many SRJKs' and the to'kongs dotting among the Malay kampongs.

Granted that UMNO/Malay/government servants are always in the limelight
for certain misdeeds like corruptions, do tell me that the Chinese are as white and clean as Breeze? I think your share on immoral activities like rumah urut,DVD piracy and illegal gambling are more than the Malays.

I shudder to reflect on the past efforts of the Government to unite the population through propagandas like Bulan Bahasa and Rukun Negara,Bulan Muhibah, etc, etc
which has come to naught.

Ummie said...

'Then which of the blessings of your Lord you would deny?'
We grateful not of what we already have,
but we yearn & longing of what we don't.
Such are humans...

BaitiBadarudin said...

Sdr Rem,
Nampaknya nasib kita serupa - tempat tinggal sempit, tidur ramai-ramai tapi bahagia dan pelajaran cemerlang.
When kids nowadays say their life is 'tough', they don't know what 'tough' is.
Trying to make ends meet with MYR3000 a month and having to forgo 'hanging out' at Starbucks/Coffee Bean?
P.S. Kolam yang besar 'tu orang dulu-dulu panggil 'kolah' ;)

kluangman said...

Sory bro,

tauke kedai cina tak baca u punya tulisan, depa sebok jual beli dan mabuk kuasa nak rampas bumi ini

Melayu PKR tak baca u punya pandangan, depa sebok ternganga dengan teori konspirasi

Melayu PAS tak baca u punya catatan, depa dah penat diperkuda, diperkambing, diperanjing, diperbabi oleh DAP dan PKR

Yang baca rata rata akar umbi ahli UMNO yang diperdajai, dikhianati oleh pemimpin atasan mereka.

remgold said...

T.Azra,
tak pernah baca buku tu. jika google nama buku dan penulis, boleh jumpa gambar buku tu.
cerita lama tu! tentu syiok jika dibaca.

Ummie dan Baiti,
manusia ni kalau tak minta dan minta bukan manusia namanya.
macam orang dah billionaire ada banyak rumah satu dunia, bini muda hidung mancung, tapi terus nak jadi pemimpin atasan. saya pun tak paham kenapa.
bukan yg di maysia lah, yg di amerika tu! yg maysia suka duduk masjid.

JohorMali dan kluangman,
jadi cina tak mahu bn, tapi melayu, india dan dayak mahu.

yg saya tulis tu bahasa halus.
pada saya jika orang yg dapat banyak nikmat tak bersyukur, dah tiba masanya nikmat ditarik balik.

cerita sejarah baru:
1) di spork - pengundi kawasanundi Potong Pasir dan Hougang terus dan terus undi pembangkang. kedua2 kerusi pembangkang dlm parlimen spork itu dua saja.
pemerintah PAP dulu tarik bus services dari situ, dan last sekali baru bina MRT line ke dua tempat tu. padahal mrt dah 20tahun di temasek.
dan bila flat spork diupgrade - cantikkan kawasan sekeliling seperti buat park atau pasang shelter, Potong Pasir dan Hougang selalu dapat last.
tapi ni cara lama yg orang makin marah. 'kan kami juga bayar tax! apasal dianaktirikan!'
sama macam Kelantan yg dianaktirikan, dan Terengganu dulu yg diwang-ehsankan.

2) pada 1999 lepas undi terkejut akibat reformasi di maysia.
orang melayu sokong anwar, orang cina sokong mahathir.
mahathir tidak punish orang melayu.
tapi mahathir REWARD pengundi cina. mereka dapat lesen universiti. unitar.
mereka kini boleh joget naga dan lion dance kat mana-mana.
upgrading chinatown.
tambah menteri cina.

pada saya cara mahathir ni lebih baik. ini kalo tanya sayalah, wartawan yg bawa agenda spork nak pecahbelahkan maysia. heehee.

REWARD our supporters, cold shoulder (not openly punish) our detractors.
sama juga dibuat di selangor dan penang, perak (dulu) dan kelantan serta kedah. cold-shoulder contractor umno-bn.
itulah yg saya akan buat jika saya orang politik.
kamu perkuatkan orang yg sokong kamu - projek jalanraya dan sekolah, surau dan kuil hindu.
jalan kat petaling street tu, ah sorry, nanti esok saya buat, tak cukup wang. nanti belanja banyak sangat kamu kata kerajaan bn membazir duit.
buat klinik dan projek api-air kat kawasan iban dan bidayuh, lampu jalan dan klinik kat sibu tu biar hancuq, kerana tak mahu membazir wang rakyat.

kalau saya nak jahat lagi, saya DOSkan semua berita pro-pembangkang ni kat internet. hah! mampos kau. kerana mereka tukang hasut, tak ada cerita baik di maysia ni, semua yg negatif aje bila bn-umno.

tapi nasib baik saya wartawan saja. tak ada kuasa.
dan kurang buat dosa serta banyak bersyukur. sentiasa berzikir dlm masjid.
cesssss-sabah.... eh bukan. kita kena kata cessss-sarawak!

Anonymous said...

Sdra Rem,

Maaf I'm off-topic. I see BaitiBadarudin has left a comment here. Please convey my salam to her. I enjoy reading her Hijrah stories immensely. Puan, if you are reading this, have you ever considered getting it published as a book?

And thank you, mr rem


T. Azra

KURVERS said...

terima kasih byk2 yerr pakcik rem.tersentuh betul hati bila baca...

jazakallahu kaisora jaza'

wassalam

KURVERS said...

oppss,,salah plak eje yg arab tu..

jazakallahu kasiran jaza'

Anonymous said...

Rem

Kalau result exam kamu macam begitu dan andai lah lah awak bersekolah di Malaysia, dah gerenti dapat MCKK ( Malay college Kuala Kangsar ) atau MRSM dan kalau nasib baik lagi, sekarang dah jadi pak menteri atau CEO mana mana GLC di KL sekarang.

Zaman tu berapa kerat lah budak Melayu yang boleh maintain result macam schumacher ni.

Anonymous said...

Rem,

apa komen news dibawah ni ? manusia ni mmg tak pernah puas.

BERNAMA Sunday, April 17th, 2011 12:47:00

KUALA LUMPUR: The police are investigating whether six hand grenades found in a budget hotel in Brickfields on Wednesday belonged to any terrorist group. . . "So far no arrest has been made and the case is being investigated under the Firearms Act" . . . Meanwhile, Bukit Aman Special Task Force director (Operations/Anti-Terrorism) Datuk Mohamad Fuzi Harun said initial investigations showed that the grenade cache was not associated to any terrorist group.

"However, we will continue the investigation to ascertain that the grenades do not belong to any," he said.

BaitiBadarudin said...

Salam T Azra,
Thank you for reading my blog. (Awat tak komen bila dah baca?)
Anyway, I am in the process of getting a publisher who can 'coach' me on the finer points of writing an award-winning literary piece, ha ha!
Thanks too for mentioning 'A Kite in the Evening Sky' (Marshall Cavendish). I've tracked the writer - he was a teacher at McPherson School - and have added him as an FB friend. Hopefully he'll respond to my request.
Wassalam.
And thank you, mr rem


T. Azra

bru said...

Bro, a gem lah. Now and then, I think of West Coast Road, Batu 8, bas no 42 (i think) which stops at Bueno Vista, Jubilee Primary School, white sands in Pasir Panjang (sebelum jadi part of Keppel's extended family), Madrasatul Alsaediatul Alislamiah sekolah agama pondok yang kadang2 dilanda bah sebab terlalu dekat dengan bendung, pohon cermai Apek buta, air batu malaysia. sigh.

By the way, this Sunday kitorang anjur 1st Malaysia-Asean Bloggers Forum di Nikko (now InterContinental), 8-5pm, PM coming 11am with Tun Dr M.
Jom!
Ajak Baiti sekali.

Salam

remgold said...

Anon 0726,
maaf ya, saya action tunjuk result bagus bukan sebab apa. nak cilok theori kuan yew. ada satu pemahamannya yg saya TIDAK SETUJU LANGSUNG (ah kau, pakai capital letters lagi!). iaitu theori LKY mengenai Eugenics.
anda google, perkataan ini kini disamakan dengan Nazi Eugenics.
di temasek, kita tak guna term itu, tapi kita gunakan Nature vs Nurture.
kuan yew kata genes ibubapa kamu menentukan kamu jadi orang bijak atau bodoh. jadi menteri atau penyapu sampah.
it's NATURE's selection. you have no choice.
sama macam genes kamu tentukan kamu akan kena diabetes dan heart attack.

maka saya nak tunjukkan: saya keluarga miskin, tidur kat lantai ramai2, ibubapa tak ada pelajaran, malah atok-nenek pun tak ada pelajaran, tapi boleh dapat results bagus.
itu yg dipanggil NURTURE.

orang bodoh dan miskin mana pun, jika di pupuk/nurture, diajar di sekolah atau di rumah, diberi buku, boleh jadi pandai.

yg sayangnya, dulu selepas dapat result, pakcik saya kata kamu masuk Raffles Institution.
saya anak kampung, tak pernah dengar pun nama tu. sekolah semua sama, jawab saya, saya nak ikut kawan masuk Pasir Panjang Secondary School.
dulu belum ada Mendaki atau IMP, tak ada yg bimbing pelajar nak ke mana.
di sekolah menengah 1 hingga menengah 4, lebih ramai cina bijak, tapi saya selalu di top 3, dalam standard. dan di hujung sekali, GCE O - saya no.1 di technical stream yg saya pilih. OK ler.
seterusnya cerita lain kali. yg penting: anak kamu jika ada potential bawalah dia ke tempat yg paling tinggi. hari ini ada banyak badan kasi biasiswa dan tunjukkan career path. kita dulu main ikut kawan. nasib baik kawan saya semua rajin belajar - semua kerja lebih teror dari saya tapi saya takde mood nak jumpa mereka lagi dah, sejak dah jadi 'orang maysia' ni.

spore dah debate Nature vs Nurture dulu lagi hingga masuk parlimen.
kuan yew kata orang east asia (cina korea jepun) lebih bijak dari orang berkulit sawo matang (melayu dan mereka yg sewaktu dengannya). caucasian lebih bijak dari latinos dan negro.
ni macam kita tanya: team mana lebih baik Man U atau Chelsea? atau siapa baik jadi PM? Najib atau Anwar?
sampai kiamat pun masih bertekak.

Anon 0733,
orang pakai bom ni selalunya bila dia bodoh, genes dia dah rosak. jika betullah terrorists yg milik grenades tu.
selain warga palestin yg memang tak ada daya lain nak lawan - dan kita sibuk umno-vs-pas tak bantu (arab sibuk kira duit) - yg lain tu lawan pakai otak kan lebih baik.
kamu benci kaper harbee control maysia? control media dunia? ada cara nak lawan, tak payah pakai bom.
kamu rosakkan nama agama dan bangsa pakai bom ni.

di spore, jika saya jumpa budak melayu sedang nak letupkan bom kat chinatown depan kedai jual babi, saya cekik budak melayu tu sampai mati. sebabnya? bom itu akan membunuh nama agama dan bangsa kamu. akan jadi rusuhan kaum kerana satu bom itu. anak2 kita yg dah memang susah nak dapat kerja baik kerana kurang pelajaran berbanding anak cina, akan semakin teruk sebab tak akan ada tauke cina nak ambil jadi pekerja.

bru,
kata orang jawa, kepingin bapak nak sertai.
tapi semua cuti dan travel di SPH dah kena cancel. sebab dah dekat sangat general election.
katanya hari ini, rabu, mungkin depa announce election date. mungkin may7 mengundi.
spork kempen periodnya pendek, lebih kurang 7hari, agar orang tak buang masa discuss politik tak mahu kerja.
1000 apologies. kirim salam braders and bradees asean.

Bangsar's Most Wanted said...

Hi Sdr Remgold,

I think you have the best writing style of any blogs I've read. Too bad I cannot relate to most of the stories here as I am an 80s kid :).

But will ask my mom about the stories of Singapore. She lived in Kiam Hock road circa the late 60s before migrating to KL. Apparently the LKY administration was not too good to Malay senior civil servants such as my grandfather :)

BUDAKJOHOR said...

Remgold,
Aku try juga follow cerita Singapore nak pilihanraya. Aku tengok Channel News Asia. Tak berapa best la bro. Tak ada unsur-unsur sensasi dan berahi. Aku cakap kat bini aku, dia marah. Dia kata memang Singapore lagi bagus dari Malaysia, sebab tak ada gutter politics. Engkau tulis la yang juicy juicy sikit pasal pilihanraya Singapura tu. Aku teringin juga nak tau kisah-kisah disebalik tabir kat sana.

remgold said...

BudakJohor,
cara orang spore berpolitik lain dari maysia - tak semestinya lebih baik atau tidak.
di sini, depa suka contest of ideas, bukan contest of videos.

- so u think spore housing in v high, so how do u propose to lower it?
- so u think we bring in too many foreign workers? so how do u intend to keep spore growing fast n keep wages down, if u stop foreigners from coming in n sporeans dont want to work at construction sites and at cleaning toilets?
- so u think ministers n presidents should be paid lower salaries? how then do u stop corruption from creeeping in as these people could earn higher wages working their previous jobs rather than join politics?
- so u think the spore govt is not doing much to stop inflation? why would YOU do if u're the govt?

tersedak kamu kena jawab!

(baca website pembangkang, insider, hari ini - tulis pasal inflasi di maysia, walhal satu dunia pun masalah inflasi, bukan negara
umno saja. bodoh sakan tak kena tempat nak kritik kerajaan).

nak baca cerita 'what is important for spore's future' bacalah website election akhbar pro-pap saya:

http://www.straitstimes.com/GeneralElection/Home/Home.html

nak sensasi baca:

http://www.temasekreview.com/

http://theonlinecitizen.com/

BUDAKJOHOR said...

ya lah remgold, aku tengok debat dia org hari tu kat Channel 5. memang macam tu la. sangat ilmiah. kalau org tempatan Singapura mungkin exciting kut, tapi aku yg kat malaysia ni hampir nak tertidur menontonnya. Dulu ada sekali aku tengok pilihanraya umum Singapura 2003 ada juga la geng opposition yang ganas sikit provoke org PAP kat pasar. habis lepas tu kena saman. aku tak ingat dia bankrap ke tidak. kesian pulak aku. Tu agaknya sebab semua calon kat Singapura berhemah tu. Agaknya kalau main saman saman kat Malaysia, habis terlungkup semua kes kat mahkamah tak jalan sebab banyak sangat kes saman pilihanraya. Kat sini kita orang main bo je. Freedom of expression la katakan.

BaitiBadarudin said...

Salam Bru,
Thanks for the invite, should be good to mingle with like-minded people.
Unlike Rem, I don't have an election to cover :D
Syabas atas usaha menganjurkan acara!