Sunday, 17 April 2011

Berdegar, tapi menang sikit

300,000 

Blog orang yg terror-merror dah 10juta atau 3juta.
Pak chiq dapat 300,000 hari ni macam kena loteri halal, if there is such a thing.
Saya gunakan kiraan cara PageView, bukan Hits.
Apa beza? Saya pernah ngomel di sini.

And now onwards to, errrr, bukan 1juta. Tapi 500,000.
Terima kaseyyy kerana sudi mampir.

----------------------------------
POSTING ORI

Nak tahu kenapa - sedang kempen berdegar kuat 10 hari lalu - ramai orang sangka Taib Mahmud akan tumbang, dan Sarawak akan jatuh ke tangan pembangkang?
Saya pun sangka akan jatuh juga Pek Moh ni; kesian, baru kawin dah kena buang kerja, macam mana nak kasi makan anak bini.

Walhal dari hari pertama saya diberitahu "hanya berbelas" saja kerusi akan jatuh.
Hari terakhir sebelum mengundi saya tanya lagi orang-orang yang tahu. Ahem, tak 'yah beritahu siapa ler.
Jawapannya sama "hanya berbelas".
Saya tak percaya.

Keputusan: 55-15-1.
Dulu: 63-7-1. Hilang lapan kerusi saja.

Sebabnya: bila baca website pembangkang Malaysiakini (di Facebook), Malaysian Insider dan FreeMalaysiaToday = saya gemar panggil kinisidertoday = ah, kan betul tu!
Malah FMT ada cerita expert dari sebuah syarikat research, Taib akan kantoi.

Anwar Ibrahim hingga dah lantik Baru Gian, maaf Baru Bian, nak jadi CM.
Hari sebelum mengundi depa kata we are thinking far beyond getting just two-thirds. Wooi, dasyat.
(Lepas tu, hari mengundi beliau lari pulak nak kapalterbang ke London atau America kerana ada kerja lain).
Saya juga baca anilnetto, HarakahDaily, MSO (rakan saya Sayuti Omar) dan lainnya, fulamak, gerenti Taib kalah.
Semua yang beliau lakukan tak ada yang betul.
Taib ni macam devil incarnate untuk mereka.

BILA baca website pro-Umno AgendaDaily, Utusan serta yang lain seperti Marahku, Unspinners, Rocky, Kickdefella, ish!
Tak betullah! Mesti mereka ni spin. Kan pembangkang nak menang tu!
Beribu orang datang nonton superstars pembangkang bukak cerita.
Hari terakhir mengundi 20,000 orang wor, dengar pembangkang di bandar!


PENGAJARAN:

1) JANGAN JADI WARTAWAN MALAS
Yang jadi begitu, kerana begini: Saya diberitahu, ramai wartawan dari luar Sarawak hanya hang around kat bandar-bandar besar. Kuching (di hujung kiri), Sibu (di tengah), Miri (paling dekat dengan Brunei).
Maknanya, yang mereka nampak hanya pengundi Cina yang sedang marah.
Ergh, patut ler laporan semua panas terbakar.


Kalau nak buat kerja dengan betul, masuklah pendalaman sikit brader.
Tapi mungkin tak ada baget.


Mereka tak seperti bloggers pro-Umno yang saya baca dan lihat gambar, menjelajah ke LUAR bandar besar. Wah terror beb.



Wartawan ST masuk ke cerok, gi beberapa longhouse. Ada yang kena naik 4wheeldrive dengan monster tyres 3-4jam one-way! Balik sakit belakang.
Yang satu lagi sesat dalam perjalanan sebab banyak sangat tempat tu ada longhouse dan nak cari yang betul. Sesat sampai malam.
Payah nak baca orang Iban ni nak undi siapa.
Tapi walaupun payah, baru nampak lain pandangan. Bukan saja bright lights.

2) POLITIKUS KENA PANDAI MAIN MEDIA GAME
Cuma yang saya nak komplen: Bodoh orang BN ni tak mahu ajak wartawan asing ikut sama.
Kenapa? Takut orang nampak kamu lagi sogok pengundi? Jika betul itu yang dikhuatiri, bawalah wartawan ke tempat di mana kamu SUDAH sogok. Hahaha.
Wartawan cuma nak lihat pendalaman dan buat pemerhatian sendiri.
Pembangkang bagus. Anytime kamu nak ikut, come!

BN masih kempen cara lama - takut nak buka kepada media asing. Sama macam cerita Ali Abdullah Saleh, Hosni Mubarak, Muammar Ghadaffi etc.
Walhal yang boleh kasi balanced view ialah wartawan asing yang tak kisah kamu menang atau kalah.
Tidak seperti wartawan tempatan yang kena sokong BN, atau wartawan website pembangkang yang gerenti akan burukkan nama kamu.
Ish tak pandai main media depa ni semua.

Always bring foreign media into your confidence.
Bila mereka dah masuk, kerana apa yang mereka tulis dibaca orang luar dan juga orang dalam negeri, maka wartawan tempatan - mahu tak mahu - kena influence juga.
Wartawan website pembangkang - mahu tak mahu - akan diinfluence juga.

Misalnya dulu CNN, BBC tiap hari tunjuk gambar dari balcony di Tahrir Square itu.
'Reality' yang dipaparkan CNN tu menjadi sebagai cermin dunia untuk seluruh negara Mesir.
'Itulah yang terjadi di Egypt!' This is Egypt today. ONLY THIS is Egypt today.
Walhal jika kamu pusing camera, di tempat lain tak ada apa-apa sangat.
Dan pada permulaannya yang berkumpul di Tahrir Square hanya beberapa ratus orang!
Begitu kuat pengaruh media beb. Lu orang jangan main-main.




SAYA di agensi berita di KL dulu zaman Reformasi 1998-2000. Apabila hukum ke atas Anwar yang pertama jatuh pada tahun 1999 (kalau tak salah), bergaduh besar mereka dengan abang polis di sekeliling Dataran Merdeka, Jalan Syed Putra.
Penat saya dikejar polis dan hampir nak kena pukul. Bodoh abang polis nampak saya pakai press pass pun nak dipukul.

[Nasib baik kamu tak pukul. Jika kamu pukul atau tangkap wartawan asing, mampos kamu.

Breaking news: Malaysia police have detained a foreign reporter who was covering the riots in the streets of Kuala Lumpur.
Eye witnesses said remgold, 39, was beaten by police before he was chucked into a police truck full of police dogs.
The whereabouts of abang hensome and super-talented reporter, remgold, is unknown but he is believed to have been whisked to the dreaded police headquarters at the Hill of Peace (Bukit Aman ler).


Kamu kena berita gini, kantoi kamu].

Tapi jika kamu bawa camera 1km dari keliling mahkamah KL pada hari itu, negara sebenarnya semua aman! Dari Perlis hinggalah ke Sabah!
Yang buat kecoh tak sampai pun 300 orang.
Heboh berita satu dunia - termasuk dari agensi berita terbesar di dunia Reuters - bahawa Malaysia sedang kecoh kerana Anwar dihukum penjara.

Jika kerajaan pandai main game, mereka panggil wartawan dan beri their side of the story.
Tapi tak ada. Rahim Noor panggil press conference, katanya marah-marah reporter lagi.

SATU LAGI CONTOH
Di Temasek, saya dulu dengan agensi berita lain pada tahun 1990an.
Ish, payah nak dapat response jika kami tanya soalan. Sebab kami dipandang wartawan asing, dan tentunya wartawan asing ni nak burukkan negara - itu pandangan masa itu.
Hari ini, semua agensi dan kementerian pemerintah Temasek layan pemberita asing dan pemberita tempatan sama rata = Jika kamu tanya kami jawab. Dan kami jawab dengan cepat.

Sebabnya? Jika wartawan ST tulis berbunga manis dan nak bodek pemerintah pun, yang baca 5juta orang saja.
Jika agensi berita kewangan terbesar di dunia Bloomberg, mahupun Reuters, Dow Jones Newswires, AP, AFP tak diberi maklumat penuh = your side of the story = cerita yang tak lengkap akan keluar.
Dibaca oleh ratusan juta orang satu dunia!

SIKAP wartawan mudah saja: Kami dengar ada berita ni. Misalnya Menteri X ada rasuah. Kami kena tulis benda ni.
Maka menteri itu dan orang dikelilingnya akan dapat call.
Jika tak mahu confirm tak apa. Tapi berita akan keluar juga.

Jika wartawan dan editor rasa tak boleh tulis, kami akan tunggu dua-tiga hari. Sebab berita panas gini gerenti akan tersebar.
Baik berita video Anwar mahupun Taib kawin muda.
Bila dah tersebar, kami akan contact lagi menteri tu dan orang dikelilingnya. Datuk nak komen? Dah banyak orang cakap ni.

JIKA dah terlalu panas, mahu tak mahu kami kena tulis juga. Jika kamu masih tak mahu kasi komen, hancus kamu.
Dan nak kasi komen, janganlah kasi komen bodoh - 'Saya tolak 100 peratus tuduhan ini' atau 'Saya akan saman siapa yang tulis!'.

Jika tak bersalah jawab dengan lebih manis:
'Wallah! Saya tidak bersalah dalam isu ini. Saya harap sungguh akan diadakan siasatan segera agar nama saya dapat dibersihkan. Saya sendiri akan cuba adakan pertemuan dengan Perdana Menteri nak jelaskan kedudukan. Berita ini pahit sungguh untuk saya sebab berok peliharaan saya baru lahir anak twins'.

Ah kau. Wartawan yang taip cerita pun bercucuran air mata!

BERSAMBUNG....

16 comments:

kluangman said...

Kebetulan 3 minggu sebelum pilihanraya, saya ada di kucing dan beberapa tempat, bercuti dan bisnes - 10 hari

Naik teksi di mana2 bandar atau pemandu hotel yang pasti pendapat mereka ialah DAP juara rakyat, Taib hampeh. Berbeza di kawasan yang agak terpencil, rata2 bersyukur di atas pembangunan yang sedang berjalan.

Pembangkang kuat memang diperlukan, malangnya DAP juara perkauman yang sukar diterima untuk masyarkat majmuk.

BUDAKJOHOR said...

Eleh, kat Singapore pun Press freedom bukannya best sangat. Tulis silap sikit kat internet pun nasib tak baik masuk dalam jugak. Rasanya lagi teruk dari kat Malaysia. Foreign Press kat singapore memang tak menyampah sangat dengan the government sebab dia orang pro-Western. Kat Malaysia memang kalau boleh dia orang nak hantam kaw kaw punya. Pemimpin diktator lah, corrupt lah etc etc. Mana ada dia org balance reporting sangat. Maklum lah Malaysia kan org Islam yang perintah. Masa reformasi tu sebenarnya budak-budak polis tu memang nak hantam engko org kalau ada peluang. Dia org menyampah kat korang sebab tulih lebih-lebih burukkan Malaysia. Dia org crowd control org demo engko orang kata belasah orang buta-buta. Kalau dia org buat baik dengan korang pun engko orang tulis macam tu juga. Kat Sarawak hari tu pun macam tu lah juga. BTW, reporter Malaysia pun masuk hutan juga la cari story. Engko ingat budak-budak Straits Times tu bagus sangat ke? Aku tengok kalau PC menteri dia org macam takut je nak tanya soalan kontroversi.

Anonymous said...

Seronok mengikuti pilihanraya Sarawak ni- aku pikir Anwar ibrahim lepas bermacam berita maha negative yg dihumbankan dlm media perdana akan mengakhiri kareer politik ni dgn praya di S'wak tapi tak disangka2, walau pelbagai usaha membunuh kareer nya sokongan terhadap partinya naik 300%...mesti Najib Mongol bengang...tapi sokongan padu masyarakat luar bandar/pendalaman yg hidup penuh kemiskinan tanpa maklumat dan berharap pada kerajaan BN lah membantu BN KALI Ni- OLEH ITU MAKIN BODOH RAKYAT MAKIN MUDAH LAH PUAK-PUAK PEMIMPIN KORUP NI MERAIH SOKONGAN tapi sape yg boleh halang pembangunan minda fizikal mereka ni supaya mrk terus jadi fix deposit BN...insyallah, satu hari BN kan kalah jugak..

remgold said...

budakjohor,
1) betul tu, wartawan st ni tak terror ke mana, kalau bijak dan tersohor takkan kerja dgn akhbar kecik dicontrol pap. mesti kerja dgn bbc atau new york times :-o

2) tentang wartawan duduk kat bandar besar tak masuk kampung - yg saya maksudkan ialah media pembangkang.

3) tentang wartawan asing hentam maysia, pendapat saya (mungkin salah) bukan sebab kamu negara muslim, reuters dan bloomberg wartawan kaper harbee ada agenda israel.
yg masalahnya ialah baik kerajaan maysia atau banyak negara lain termasuk spork, apabila ada isu besar, kena ada yg pandai jawab. pegawai besar yg ada kredibiliti. terangkan kpd media asing ni pandangan kerajaan.
dan jika nak kredibiliti mesti kena buat baik dgn wartawan asing ni.

contoh yg semua wartawan kanan di maysia tahu: dulu anwar ibrahim jadi timbalan pm dan menteri kewangan - saya baru masuk KL tahun 1994. terkejut besar saya apabila diberitahu bahawa setiap bulan anwar akan ada lunch bersama semua wartawan asing kanan yg ada di maysia!!! saya tak dapat ikut sebab wartawan junior, tapi boss saya dan number 2 selalu gi makan dgn anwar.
depa pandai networking gini!

walau selalunya closed-door lunch, tak boleh laporkan apa yg dicerita, tapi kat situlah kamu boleh dodoikan wartawan dgn cerita kerajaan.
kerana kamu kasi mereka makan yg enak di restoran mahal, dan wartawan syiok dapat semeja dgn menteri, maka bila mereka tulis cerita karang - misalnya skandal itu dan ini - mereka dapat tulis: a government source said xxxx. atau it is believed that the govt sees it this way xxx.
ada pandangan dari sebelah kerajaan.
ada balancing view.
lebih baik dari: an aide to the prime minister refused to comment.
atau the minister, when asked at a press conference, refused to answer.

sebab tu bila anwar jatuh dulu, ramai wartawan asing marah! sebab eh eh menteri yg selalu makan dgn kita, dijatuhkan! = sedikit sebanyak tentunya terasa dlm hati, kerana kita semua manusia.

saya tak nampak ada menteri atau pegawai kanan kerajaan duduk semeja makan closed-door dgn wartawan - mungkin saya silap kot.
tapi saya tahu exco kerajaan pakatan di 4negeri tu selalu buat begitu.

5) maysia menang kat sini: satu perbezaan besar antara syarikat dan kerajaan maysia dan spork.
bila ada press conference, syarikat atau kementerian di maysia suka kasi wartawan makan minum sementara tunggu menteri/ceo tiba atau habis meeting. makin sedap makanan dan door gift, makin lunak cerita yg ditulis nanti. itulah PR namanya.
kita nak bantai kementerian dan ceo yg kasi kita makan sedap pun tak syioklah!
syarikat dan kementerian spork pelokek nak mampoi. kasi kopi kosong biasanya. ish. nak cerita yg manis pun tak best!

kamu baca balik cerita dongeng saya yg konon kena tangkap polis dan dibawa ke bukit aman.
saya sengaja selitkan perkataan yg kasar2, loaded words = 'riots', 'beaten', 'chucked', 'whisked', 'dreaded'.

oooi. wartawan kalau dah marah, perkataan gitu diselitkan dlm cerita.
perkataan yg lebih tepat ialah = 'demonstration' (riots digunakan bila orang bakar bangunan, pukul polis dan terbalikkan kereta), 'shoved around' (beaten maknanya teruk kena bantai oi), 'put into' (chucked tu maknanya dicampak!), taken (whisked tu macam diculik).
perkataan 'dreaded' ni lagi jahat dan tak harus digunakan.

sebab tu ada baiknya siapa pun orang kat atas, jaga hati wartawan. takut mereka tulis gunakan perkataan 'emo' seperti yg saya gunakan tu.
wartawan ni dah ler gaji kecik, tapi jika kamu anggap kami macam anak sultan, cerita pun akan neutral! hahaha.

remgold said...

sambungan...
6) tentang wartawan ST selalu takut nak tanya soalan dalam press conference. itu betul.
dulu saya kerja agensi berita, lantak nak tanya apa, dan dengan cara apa.
tapi akhbar spork lain beb.
nak tanya soalan yg 'mengganas' tak boleh sebab nanti dituduh oleh menteri dan wartawan tempatan pun - soalan ada agenda singapura!
misalnya jika saya dari akhbar spork tanya najib: 'pm, tentang isu altantuya ni, anwar bertanya kelmarin, kenapa datuk seri tak disoal polis?'
tak boleh saya tanya gitu! nanti marah pm! marah pegawainya dan lain kali tak boleh cover lagi!
dan marah wartawan utusan, tv3 dan nst sebab saya ni seperti bawa agenda spork nak laga2kan pemimpin dan burukkan maysia.

tapi bayangkan jika yg tanya ialah wartawan utusan: 'pm, tentang isu altantuya ni, anwar bertanya kelmarin, kenapa datuk seri tak disoal polis?'
soalan exactly the same. tapi kerana yg tanya utusan, maka ia dilihat oleh semua orang sebagai rakyat tempatan mahukan penjelasan penting dari perdana menteri yg maha tersayang dan menjadi payung satu maysia.

jika wartawan reuters atau afp bertanya: 'pm, on the altantuya issue, anwar said the other day, why is it that datuk seri has not been questioned?'
silap haribulan kena tikam wartawan ni, sebab bawa agenda israel dan nak burukkan negeri muslim bernama maysia. yg rosakkan nama harum negara.

itulah sebabnya orang terkejut bila saya bertukar dari reuters ke ST di kl dulu, tiba2 mamat remgold terus senyap kat belakang. jarang tanya soalan. orang dah tanya, baru saya buat follow-up question. takut dituduh bawa agenda kuan yew.
susah beb. cari makan. maklumkan berok peliharaan saya baru lahirkan anak kembar.

d'enricher said...

Rem,

Kira ok la, namanya demokrasi, suka tak suka dah undi, yang menang gembira, yang kalah cuba lagi.

Kalau BN tak menang tak ke haru, seluroh jentera Kerajaan Persekutuan, lawan Pakatan yang berberapa kerat tu.

Tak pasti pula, kalau 1 lawan 1, akan ada perbezaan.

Tapi kira TS Taib, kecut perut juga, takut PM Najib lantik orang lain orang lain jadi KM.

Apa pun kira orang Sarawak masih sayangkan TS Taib, isu lain tak penting la kiranya.

A.Alshukor

Anonymous said...

Salam Op Ed

Menarik ulasan kali ini, dapat tahu in-depth cara wartawan spore kerja.

cuma soalan panas saya hari ini, kalau anwar dan kerajaan PR belanja lunch wartawan asing dan tempatan di 6 star restoran tiap tiap bulan demi nak jaga public relation dan juga networking, itu bukan ke di kira rasuah ? dan En.Remgold kena tahu juga itu duit rakyat, bukan duit poket mereka sendiri.

salam

-malik-

anti bohmau said...

anon 14:25,

don't think that when we are in the kampong, on the verge of the jungle & we support the government, you consider us stupid! being the opposition doesn't mean that you are wiser than any of us. you might have seen some bad things but we've seen many good things done by the government, too many.
we want peace, stability & conducive environment to be able to pray to Allah The Al-Mighty daily! we also want to work without any chaotic conditions & retire in tranquility.
& even if we are in the remote area, internet access is available & we know much more than you know what's happening around us, about the world!

the opposition still see the kampong folks wearing 'cawat', right???? pity you guys!!


oped, you're definitely right! the government should let the foreign reporters follow them in all their campaigns & make them understand that people at large still appreciate what the government is doing for them..
only the desperate opposition members see this as a threat (mostly because they have grudges against the government for unable to seize power & grudges blind all)

remgold said...

malik,
hep! makan kat restoran 6star tu bukan rasuah.
ia sebahagian drpd kerja pemerintah nak pastikan sebaiknya utk negara.
ongkosnya jauh LEBIH MURAH dari pak menteri dan 20 orang (kadang dgn para isteri sekali) gi london, madris, paris, vienna atas nama nak belajar cara orang luar tanam pokok tepi jalan. atau nak lihat bagaimana negara lain pasang tv dan aircon.
atau gi washington, LA, 'frisco dan houston atas nama nak promote business utk negara. siap singgah disneyland.
walhal jika yg pergi 3 orang pun dah cukup. dan kenapa nak belajar cara negara lain tanam pokok kena gi jauh2. tanya pegawai bangkok dan jakarta cara mereka tanam pokok pun dah cukup.

kita lihat dari sudut lain pula kenapa perlu buat baik dgn wartawan:
a) spore (ST dan business times spork) - walau penduduk kecik, pulau ini banyak didiami oleh boss-boss syarikat serantau, antarabangsa dan MNC (multinational corporations). bank dari mana pun ada di spork ni kerana ia regional business hub.
jadi jika mereka kerap baca cerita yg manis2 dari sesuatu negara itu, takkan tak mahu melabur di negara itu?

saya pernah cerita - jika kamu naik plane dari changi pada ISNIN awal pagi ke KL atau Jakarta. kamu akan lihat ramai sungguh orang pakai suit. omputeh dan ah moi, ah chong dan muthu dgn laptop.
mereka business dia kl dan jak, tapi duduk di spork kerana regional office mereka di raffles place.

b) reuters, cnn, bbc, bloomberg - pembaca dan penonton berita mereka berjuta-juta di seluruh dunia.

c) aljazeera - penonton mereka di dunia arab bermilion-milion. ini yg cakap omputeh.

d) Associated Press and Agence France-Presse - banyak sungguh akhbar negara asia menjadi pembeli berita mereka. apa yg terjadi pun jika akhbar di asia pick up berita ini, adalah tulisan mereka ni.

berdasarkan ini saja, tak ke kita mahu maximum publicity dan publicity yg baik utk negara?
hanya makan minum sebulan sekali, satu kepala agaknya rm2,000 (termasuk sewa sebuah hall kecil di hotel x 10 wartawan kanan = rm20,000.
atau jika saya salah kira, letaklah rm50,000 pun.
menteri belajar tanam pokok tu, flight dia seorang saja dah lebih dari ini, sebab dia tentu nak naik first class.

BUDAK JOHOR said...

Alamak, aku posting tadi hilang lah. Salah tekan.
Remgol,
Terimakasih lah bagi aku jawapan yg komprehensive tu. Aku saja je geletek engkau sikit. Betul la kena baik dengan Press, local atau foreign. Cuma kat Malaysia masaalahnya foreign Press reporters kat sini macam dari mula lagi dah tak berapa suka government kita orang. Sebab sebenar aku tak tau la. Tadi tu aku bo je. Mungkin sebab sebenar kat Malaysia ni fashionable kalau anti-establishment kut. Tak macam kat Singapore. Orang-orang yang macam pandai-pandai kat sini biasanya macam tu la. Pasal reporters Singapore macam tak berani soal yg controversial kat menteri tu maksud aku menteri Singapore, bukan menteri Malaysia. Kalau Menteri Malaysia aku tengok berani juga la dia org. Aku ada la dua tiga kali kat PC kat Singapore. Kat Istana pun pernah juga. Banyak soalan PR je la. Jangan salah paham pulak ya, aku ni tak anti-Singapore. Bini aku pun Cina Singapore. Kat malaysia ni dia sokong DAP, kat Singapore dia sokong PAP. Biasa la tu. Aku suka lepak kat taman depan rumah in-law aku kat Serangoon. Tempat tu pokok-pokok dia cantik. Bersih dan tersusun. Daun pun nampak macam plastik. Tu je lah aku nak komen sikit. Cheers bro.

urkolog said...

salam Mr Rem....

posting yg amat sy tunggu-tunggu..

kalau lah sy menjadi seorg pemimpin masyarakat di masa hadapan nanti...Mr Rem akan sy senaraikn dlm think thank team sy nnti...

Mr Rem...teruskn meluahkan pendapat anda walau di hentam kemek camner pun... bg pembaca yg pemikirannya masih local mungkin agak susah hendak menerima apa yg Mr Rem syorkn..tp bg pembaca yg terbuka ada nilai2 posiitif (nasihat/saranan) yg boleh di ambil iktibar...

hermmm lepas nie kena lebih baik ngan agensi luar...yup true dr berlawan dgn musuh...lebih baik buat musuh mcm kawan...

remgold said...

anti bohmau,
eeks apa yg saya baca di setengah blog dan website buat saya marah - kurang ajar sungguh mereka yg maki iban, bidayuh dan kaum dayak lain yg undi bn.
satu orang tulis - 'hanya bangsa pakai cawat saja yg masih sokong bn'.
itu cara argument bahalol.
kenapa semua mesti lihat dari satu perspektif iaitu pembangkang?
ataupun hanya kacamata kerajaan saja?

kalau saya nak puji taib:
- kuching adalah bandar terbersih di maysia.
sungai kat kuching tu jika kamu lihat - payah nak nampak sampah. bandingkan dgn sungai klang dan sungai gombak dekat rumah saya di kl.
di kuching sungai tu masih ada buaya, maknanya air masih ok.
di kl, air sungai beracun, semua buaya naik ke darat masuk politik. ah kan!

- di sarawak tentu payah utk buat jalanraya dan infra lain dari lundu hingga ke miri.
payah nak pastikan semua bangsa di sana (ada 32 kaum?) tidak benci membenci, malah sama2 bekerja sama - sama macam di semenanjung.
di spork lebih mudah nak pastikan racial peace sebab cina 75peratus! satu kaum dominant, yg lain ikut sajalah.
tapi di maysia susah beb.
dari bab sini saja, slogan tourism tu tepat: malaysia, truly asia. banggailah negara kamu! tak ada negara lain di dunia macam gini. di indonesia banyak bangsa2, tapi 80peratus muslim. lebih mudah nak control negara.

nanti bah2. saya tulis pandangan saya (bukan mesti betul, hanya pandangan) tentang satu sudut kenapa warga cina undi yg lain, iaitu selain taib ni dah lama sangat kat atas tu.
kerana saya lihat ia sama kenapa warga spork pun nampaknya dah lebih ramai nak lari dari pap kali ini.

BudakJohor,
ampun tuanku. jika di temasek nanti, email saya. boleh ngobrol jika mahu.
di serangoon ada mall manyak musat. namanya ialah Nex (di atas mrt serangoon). kita lepak kat sana.

tapi macam benda lain kat spore: semuanya kena control! kamu ada nampak pokok atau rumput tumbuh sebarangan di estet perumahan? tak boleh! impossible!
semua govt yg tanam beb. sebab tu antara satu pokok dgn yg lain jaraknya sama, pokok bunga pun dipilih jenis apa yg nak ditanam.
bunga dan daun nak tumbuh sebarangan takut kena saman dgn pap, maka tumbuh dgn cantik macam plastik ler! aish.

salah satu sebab mengapa ramai anti-establishment, termasuk media asing dan orang educated ialah salah kerajaan bn juga ler. banyak sangat skandal. takkan orang tak marah.
duit hilang berbilion dan banyak kes2 problem, tapi tak ada yg kena cekup sumbat dlm jail. semua lepas lari. semua disapu masuk bawah carpet deepak.
banyak guruh di langit tapi hujan tak turun.

kat spork pulak masalahnya ialah govt dirasa arrogant sangat. dia tak ada kes2 problem, jadi dia ingat buat apa2 rakyat mesti setuju.
orang marah kamu bawa banyak sangat pekerja asing ni dan gaji terlalu besar utk orang atas. gaji president spork baru dinaikkan sgd800,000 kpd sgd4.2juta setahun! sedangkan pekerja cuci jamban nak dapat kerja payah sebab ramai pekerja china dan bangla kamu bawa masuk!
jadi makin ramai orang anti-establishment sebab pemerintah dilihat terpesong.
kalau gitu baik saya jadi presiden: gaji sgd420,000 setahun cukup! rakyat save 90percent gaji!

tentang wartawan spork tanya menteri soalan PR = sama ler beb jika wartawan maysia ada press conference (PC) dgn menteri maysia.
tanya ganas sangat nanti kena transfer - baik di kl mahupun di spore. atau menteri nanti nelpon boss kita dan komplen!
sebab tu saya bersyukur tak cover local news.

tapi mereka salah jika rasa kerana soalan semua yg selamat dan mudah dijawab, maka rakyat bahagia.
the most stupid govt is the one who believes in its own PR.
macam dulu najib hampir kalah undi di pekan (tahun 1999?). ditanya kenapa hampir kalah tok, beliau jawab lebih kurang: bila saya tanya wakil saya di pekan, jawapannya 'everything is ok, tok'.
zaman internet bro.
zaman dah susah nak bohong lagi.

urkolog,
jika ada think tank panggil saya ya.
gaji murah beb, rm420,000 setahun. ringgit some more!

LimauManis said...

""hanya makan minum sebulan sekali, satu kepala agaknya rm2,000 (termasuk sewa sebuah hall kecil di hotel x 10 wartawan kanan = rm20,000.
atau jika saya salah kira, letaklah rm50,000 pun.""

makan apa nie? sampai rm2,000 satu kepala? makanan kat hotel dikl mahal sangat ke????

pak menteri ada entertainment expenses or miscellaneous expenses saya gak, they would rather spend their 'entertainment expenses' with their kaki at karoke lounge ....

remgold said...

LimauManis,
saya teka saja tuan. maaf tak pernah sewa conference room kecil untuk 20 orang, di hotel 5star.
mungkin terlalu tinggi kot!?!?! atau terlalu rendah?
yg buat mahal bukan makanannya, tapi sewa bilik meeting ni.

makannya - misalan biryani gam marriott dengan 5 jenis kueh manis dan kopi-teh, serta syrup merah ice.
dan empat waiter.
jika salah, maaf ah. saya teka saja.

ye eleh, wartawan ni kalau kamu kata jumpa kat kedai mamak pun kat bangsar pun, asal ada menteri duduk semeja, akan datang ramai2.
kamu sewa satu bilik aircon, order makanan utk 15 orang, saya rasa rm1,000 saja.

yg penting bukan berapa mahal makanan itu atau kat mana, tapi wartawan kembang kuncup jika dia dapat ngaku: eh man, tadi kan, aku lunch dgn najib di marina mandarin.

atau wooi, kamu tak tahu ke? tadi kami dinner dgn anwar di restoran teratai di westin.

atau eh minah, abang tadi kan, makan durian satu jam dgn ustaz hadi awang, duduk atas carpet deepak kat jln tuanku abdul rahman.

saya teringat cover shahidan kassim semasa beliau MB perlis dulu.
datang ke sana nak buat story sebab beliau kata nak adakan curfew 10mlm utk semua pelajar. eh gila ke apa MB ni.
dah wawancara beliau, pegawainya bawa ke kantin kat luar pejabatnya ajak sarapan, dan dibayar. lepas tu nak bayar duit hotel saya lagi - maklumlah hotel milik kerajaan di kangar tu.
saya kata terima kasih tapi nanti boss saya marah.
tapi sikapnya yg nampak macam ambil berat - eeks susah beb, nak tulis cerita 'mb perlis gila'. lawan dah dijadikan kawan.

di amerika, kamu lihat presiden, atau menteri luar hillary clinton atau spokesman mereka: bila press conference mereka kenal wartawan dan akan kata - 'yes, john from newsweek (misalnya) - what is your question?'
atau 'lou, you have something to ask?'
atau 'let me answer a question from the back row - yes alice!'
wah, depa buat macam member! kembang kuncup wartawan.

pemimpin kita kat sebelah sini anggap wartawan macam bathroom mat - dipijak bila perlu, kalau tidak tak sedar pun kita ada di situ.

BUDAKJOHOR said...

Ok lah remgold
Nanti aku turun singapore aku cari engkau. Kadang-kadang nak juga aku escape dari mertua aku tu kalau balik sana. Letih aku nak layan dia org sembang Teow Chew. Aku reti sikit je. Tu pun sebab bini aku paksa belajar. Aku selalu sakat dia kata pempuan cina singapore garang. Nanti aku mintak nombor telepon engkau dari Carolyn Hong atau Leslie Lau. Rasanya dia org ada simpan nombor engkau kut. Malas aku nak email engkau. Nanti macam kerja kat pejabat straits time pulak, nak sembang dgn kawan pun kena hantar email. Tak rock langsung. Ok, selamat.

Anonymous said...

like like like

nasib baik takde button like mcm facebook :D

semoga sihat abg remgold sekeluarga sihat di sana.