Saya pernah tulis di sini tentang investment bank terkemuka Goldman Sachs menamakan Bangladesh sebagai salah satu dari 11 negara yang ekonomi akan berkembang kukuh.
The Next Eleven atau N-11, kata Goldman.
Bank Amerika ini jugalah yang memberi nama jolokan yang begitu popular di kalangan pelabur - BRIC (Brazil Russia India China).
Negara tu lahir dengan pahitnya.
Dulu sebahagian daripada India.
Kemudian menjadi Pakistan Timur, dikawal oleh Islamabad di Pakistan Barat, apabila India berpecah.
Setelah perang dengan Islamabad, Pakistan Timur jadi Bangladesh. Pakistan Barat jadi Pakistan.
Berjuta mati dalam perang kemerdekaan ini.
Hari ini, kita semua tentu kenal atau pernah bertembung dengan pekerja Bangla di negara kita, baik Maysia atau Singapork.
Mereka kerja buruh, seperti Indonesia.
Negara mereka ada seramai 165 juta manusia (berbanding Maysia 28juta, Indonesia 247 juta) industri terbesar ialah perkilangan kain dan pakaian. Mereka buat pakaian untuk jenama terkemuka seperti Nike dan Gap.
Di Singapoora, selain pekerja buruh dari China dan India, ramai mamat Bangla ni. Mereka biasanya kerja dengan kontraktor yang bersihkan blok-blok penghuni, HDB flats.
Bila hari Jumaat, ramai yang berkesempatan masuk masjid.
SEBENARNYA gelaran mereka yang betul ialah Benggali, bukan Bangla. Mereka tinggal di Telok Bengal = Bay of Bengal.
Air Sungai Ganges dari gunung Himalaya masuk India dan keluar ke laut di negara ini. Ganges Delta atau Mouths of the Ganges.
Saya pun silap sehingga sejak 5-6bulan ni ada minah Bangla, opocot, Benggali masuk kerja tempat saya.
Minahnya keturunan saja dari telok tu sebab beliau bawa pasport British dan cara percakapannya macam Princes Di.
Suaminya omputeh British juga wartawan di akhbar saya (tapi lain department).
Masa baru depa masuk saya kena tunjuk ajar cara kerja, tersasul saya panggilnya Bangla! Nasib baik depa siap dengan London accent tak faham saya panggil dia 'minah Bangla'.
Sekarang saya panggil mina 28-29tahun ni 'maam'.
Segan sekarang nak bual dengannya. Bayangkan perbualan kami -
Maam City of London (telo Princess Di): '**Remy, would like to join my husband and I for lunch at the *cafe upstairs later?'
Pak chic Ampang-Geylang (telo P.Ramlee): 'Kenot maam, I busy-busy work, you know. Wait work not finis, how? Kena scolding by boss, then I scared'.
(*Kita panggil canteen, maklumlah kat London semua ada kelas)
(**Nama saya yang 'Remeh-temeh' pun jadi glam bila pakai telo brit ni).
WALAUPUN kini beliau British, kerana neneknya dan atoknya dulu masuk ke sana, depa masih bangga datang dari Bangladesh. Dan kerap balik kampung, katanya.
Jadi bila beliau terbaca artikel ni, cepat beliau email kepada saya:
"Interesting article about Bangladesh for you, unkerr".
Bacalah di sini, sejuk juga hati saya baca cerita negara umat m miskin ni sedang pesat membangun.
Sama macam ekonomi Indonesia yang sedang membangun pesat.
BEGITU pesat naiknya negara Bay of Bengal ini sehingga seorang kenalan saya, pak chic tua macam saya, akan dihantar ke sana oleh sebuah syarikat besar nak kembangkan business.
Syarikat Eropah ni syarikat megah, namanya terkenal satu dunia dan semua orang mahukan barangan keluarannya. Jika syarikat ni nak kembangkan business tu, maknanya tentu nampak potensi yang baik. Maaf tak boleh namakan dulu, sebab tak minta kebenaran nak cerita banyak, tapi syiok saya nanti ada member kat sana, ada sebab nak jalan-jalan cari Bangla. Opocot, cari roti benggali.
GAMBAR: Dhaka = macam JB aje, heehee!
Lagi gambar di sini. Besaonya bandar abang benggali.
Video: At the Last Rally
1 hour ago






5 comments:
Saya dulu pernah interview satu grup bangla kat Petronsa, untuk tugasan assgnment.
Kat negara mereka ni, gaji mereka untuk lebih kurang RM64. Tapi tahun 2010 mereka minta gaji minimum RM125 sebulan.
Kat Malaysia, mereka kerja atendan pam petronas. Gaji termasuk OT masuk RM1000 juga. Penginapan free, makan sendiri tapi segala kemudahan siap sedia dlm rumah.
Kat Qatar,
1. Imam ramai Pak Arab dari negara2 Arab.
2. Muazin/Bilal mixed dari Indonesia, Filipina Selatan dan pelbagai negara lain.
3. Tok Siak ramainya dari Bangladesh.
Tapi saya rasa, panggilan Mat Bangla tu short-form dari Bangladesh (nama negara), istilah demonym Bangladeshi.
Kalau pakat panggil Benggali, keliru pulak nanti dengan Kaum Sikh / Punjabi sebab dah beratus tahun dari zaman kesultanan Melaka panggil Kaum Sikh / Punjabi sebagai Benggali. Portugis dipanggil Benggali Putih.
Sini (Doha) banyak baju jual kat kedai2 terkemuka i.e. Mark & Spencer, datang dari Bangladesh. Saya tengok nipis dan mahal, quality + harga... better beli kat Malaysia beb made in Malaysia, jauh berkualiti. Sekadar pandangan peribadi saya.
Masa kat atas kapal (offshore support vessel) dgn atas platform, tali jut tu yang berkualiti datang dari Bangladesh.
Salam - Doha, State of Qatar
Rem
Criter klakar.
Mase kerja kahwin, adalah 5-6 mat2 ni tolong jadi busboys. Rajin & boleh harap. Cuma silap bapak pengantin tak teringat nak kasi uniform (T putih pun kira OK kan). Takut kemeja basah dek peluh nanti tetamu loya tekak, diorng pun tanggalkan, tinggal T lengan kodong.Budak2 muda ni kerja angkat batu. Bayangkan. Muka satu2 pulak mcm SRK atau Salman.
Jemputan terpesona seh ha ha ha
Pak Malau
OpEd ...
Yang inipun ada yang tersirat.
Maklumlah jika bandingan dibuat dengan negara2 yang kita ambil masuk buruh. Tak kiralah, Indonesia ke, Bangladesh maupun Myammar. Ketiga2 ni dah maju mendadak.
Terimakasih. Suka saya baca 'link' berkenaan pengusaha Bangladeshi, Mizanur Rahman yang dipaparkan...
" ...On my last trip to Bangladesh, I visited a company called PHP (Peace, Happiness and Prosperity) in the port city of Chittagong. I was doing research for my next novel, and the company's chairman, a charming, eccentric Sufi named Mizanur Rahman, was my host for the day. He decided to take me on a tour, so we visited his steel rolling mill, his glass factory and his aluminium siding plant. As we drove to one location after another, he sat beside me in his car and gave me advice about my life, my career and my marriage. He often whispered "Alhamdullillah" (Praise Allah), "Inshallah" (God willing) and "Sobhan Allah" (Thanks be to God) between sentences. Hearing I was recently married, he wrote down a prayer in my notebook. "Repeat after me," he said, ignoring my feeble protests. "If you say this prayer, you will have sons."
Later, trying to find ways to reverse what I feared was a hex on my future children, I thought about Rahman's company. Each time we entered one of his factories, he would stand in front of his workers and announce the call to prayer. Once inside, he greeted every man with an embrace, from workers at the rolling mill to the Chinese glassmaker to the south Indian floor manager. His factories were spotless and technologically advanced. His devout religious practice did not seem to have adversely affected the way he ran his business. He was a very rich and important man, yet he had spent all day with me, calling me "daughter", ladling food on to my plate and insisting I take home a bag of oranges from his garden. I learned something important that day, about the way things can sometimes be comingled in Bangladesh – the religious, the civic, the secular, the entrepreneurial. Peace, Happiness and Prosperity. ..."
Dua malam lepas saya di 'outlet' McDonald di Amp**g Po**t menikmati sundae sambil menunggu isteri dan anak membeli keperluan dapur di Pasaraya bersebelahan. Lebih setengah jam di situ tak satu pelangganpun yang membawa dulang dan bahan buangan ke tempat buangan tersedia sebelum meninggalkan outlet tersebut. CIVIC juga CIVIL bukan amalan. Hanyalah amalan kedai mamak.
Salam,
Kebetulan saya juga bekenalan dengan seorang rakan sejawat semasa di Oman. Namanya Manzur Rahman dari Dhakar, bersekolah menengah di Teheran dan berkelulusan sarjana dari LSE dan Westminster. Jarang sekali saya dapat berbincang dengan rakan sejawat, baik lelaki mahupun wanita, tentang falsafah, politik, ekonomi, agama dan masyarakat sivil sehingga saya bertemu beliau. Tapi sayang, dua bulan kemdian saya pulang ke tanah air.
Post a Comment