Friday, 8 April 2011

Dua kaki putus digilis tayar MRT

Apabila terbaca cerita ini minggu lalu, saya menjadi trauma.
Too much detail. Hari ini baru rasanya boleh tulis.
Kamu baca sini, sini dan sini.
Menyanyat hati. Dan ngeri.


Seorang budak pompuan Thai, 14 tahun, sedang menunggu di platform MRT (Mass Rapid Transit) di Temasek.
Tiba-tiba rasa mabuk dan terjatuh atas rail line.
Datang train dengan pantas lalu menggilis dua kakinya. Satu putus on the spot. Yang satu lagi dah hampir putus, lalu dipotong di hospital.
Aiks.

GAMBAR: Selipar Nitcharee yang diselamatkan selepas kejadian. Anda boleh mengagak melihat gambar tu - platform MRT ini tak tinggi dari line MRT. Jika anda jatuh hanya kira-kira satu meter. Lihat gambar kedua. Tapi dah terjatuh tentunya terkejut.



STESEN Ang Mo Kio tu hanya satu stesen dari stesen rumah saya. Ia hanya enam stesen dari Stesen MRT di Orchard Road.

Nitcharee datang ke Singapore nak belajar Inggeris, dan tentunya mempunyai harapan besar nak jadi somebody. Kini tak tahu apa masa depannya.
Dia menetap dengan seorang rakan keluarga di sini.

Ibubapanya - orang kampung dari selatan Thailand - belum sampai lagi ke Singapura. Hari ini dijangka tiba.
Apabila dengar berita mereka terus naik keretapi dari kampung ke Bangkok = 700km! Seperti dari Perlis ke Negeri Sembilan.
Tapi dah sampai Bangkok baru teringat - eh, eh, terlupa passport. Alamak.
Kena patah balik 700km naik train.
Lepas tu nak ke utara lagi, dah tak boleh sebab selatan Thai banjir teruk.
Terpaksa ke Hatyai, dan dari situ dibantu sanak saudara untuk naik bas ke Singapore melalui Malaysia.

Ibubapanya terkejut dan kini hanya berbual seminit setiap hari dengan anak. Takdibenarkan berbual terlalu lama takut jadi trauma untuk anak.
Ibubapa juga nak cepat bawa anak keluar sebab bil hospital mahal. Dah S$13,000 (RM31,400) sejauh ini. Saya harap sungguh hospital kasi diskaun 90 per cent lah. Kasi free pun tak apa.

Dua kakinya yang putus, ikut cara Buddhist kena bakar. Tapi keluarganya tak mampu sebab harga bakar di sini ialah S$650. Alamak.
Nasib baik ah pek rumah bakar mayat kesian, kasi free.

SAYA menulis detail di atas ni menggunakan apa yang saya baca di akhbar saya hari ini Page1.
Maaf tak ada link sebab akhbar kami charge pembaca jika nak baca berita.

Untuk kita, baik di KL-Selangor atau Singapork, hati-hatilah. Yang dikhuatiri ialah waktu pagi, orang sesak, semua main tolak-tolak nak gi kerja cepat.

Mujur di Temasek ni, semua platform terbuka akan dipasang pintu bergerak = sliding doors. Dipanggil di sini sebagai Platform Doors = agar kejadian seperti ini tak berlaku lagi. Banyak stesen yang telah pun dipasang.
Untuk stesen bawah tanah, no problem - seperti stesen LRT di KLCC, siap dengan pintu sebab nak simpan aircon agar tak keluar masuk terowong.

GAMBAR: Stesen bawah ini, stesen belum ada platform doors. Eeks, kenapa berdiri dekat tepi nah!
Ada orang yang pernah terselamat setelah jatuh dan tak sempat lompat balik ke atas. Mereka lari ke sudut kiri tu - ada space kat tepi pagar, cuma takut kena kejutan letrik pulak.
Gambar kedua - lebih selamat setelah dipasang pintu yang hanya akan terbuka bila tren dah tiba. Pintu-pintu ni sama tinggi dengan orang dewasa, tapi selamat kerana jika orang senggol kita pun, tak akan jatuh ke bawah.




Ini bukan pertama kali orang terjatuh dari platform MRT Singapork. Malah beberapa orang dah mati sebab tak sempat mengelak. Badan terputus dua.
Ini belum termasuk orang yang sengaja terjun depan tren nak bunuh diri.


-----------------------------------------
MITSUI LABUR RM3.3BLN - TAKDE PULAK YG PUJI

Baca sini.
Malas nak kata banyak, nanti orang tuduh pro-Umno. Walhal saya cuma pro-Malaysia.

5 comments:

Are You Gonna Go My Way said...

Saya rasa semua stesen MRT,LRT kena ada glass wall..seperti di stesyen KLCC.....pintu train terbuka sama2 dengan pintu glass wall....

keadaan sekarang bahaya dan kalau nak bunuh org pun senang...train sampai tolak orang tu....

memang kejadian ni jarang berlaku..tetapi..tak rugi kalau berjaga2 demi keselamatan. 50 billion untuk MRT takan tak boleh masuk kos glass wall.

Anonymous said...

LRT (kelana jaya line) akan auto stop kalau ada halangan eg. kalau org terjatuh ke landasan. Dah lerr tak ada driver, full auto.. canggih tp tension bila brek down..

Ikan Sepat

remgold said...

Ikan Sepat,
boleh beritahu bagaimana tren ni boleh auto stop jika ada halangan? dia ada movement sensor kat depan tren? atau di landasan?
baru tadi terserempak rakan lama - depa kini senior engineer kat syarikat mrt ni.
boleh kita semua kongsi info.

My Way,
stesen berplatform tu tak ada pintu sebab nak galakkan airflow - sebab stesen tak ada aircon. tapi kerana membahayakan anak dan ibu kita, lebih baik jika dipasang pintu ni.

Anonymous said...

1. Kelana Jaya Line train guna program yang ada sensor dan juga cctv. tak perlu supir

operator kat HQ akan monitor semua.

memang betul, kalau system down esp train kat dalam tunnel, operator kat stesyen paling dekat pun susah nak bantu. kena tunggu HQ find out

2. Harap orang siam yang kerja kat spore dapat bantu budak pompuan yang malang tu. dia ke spore pun sebab nak belajor.

kalau Mercy Relief boleh bantu pun bagus jugak.

3. Definasi PUJI tiada dalam kamus politik Malaya.

Yang ada cuma KEJI sahaja.

sebab tu perangai depa ni ramai yang keji.


ikan bilis :-(

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

Mitsui telah berniaga selama 340 tahun! Selepas gempabumi dan tsunami Jepun perlu agresif melabur untuk menaikan semula ekonomi.

Mitsui was founded in 1671 as a merchant house at a time when society was controlled by shogun and samurai bureaucracy. When the Meiji modernization transformed Japan in 1868, Mitsui's long term purpose remained to serve the interests of government.