Wednesday, 27 April 2011

Gay video, isu agama & politikus menangis


Orang politik. Baru saya puji di posting sebelum ni bahawa *Pemilupork akan dijalankan secara gentleman, dah keluar isu gay dan video rahsia = eeee, syiok 'bang. Ko nonton vid ni dulu. Lepas tu, dah tak paham, baru baca posting ni seterusnya!

Taklah syiok macam video di Maysia, tapi bagi Singapork ia hot, baby.
(*Pemilupork? Orang Indonesia panggil pilihanraya umum mereka Pemilihan Umum atau Pemilu. Dan saya panggil pulau yang saya cintai Singapork. Nak short form Singapore general election, saya panggil Pemilupork. OK kan?)

SEMUA group pembangkang ada 'A' Team masing-masing - iaitu team untuk GRC seramai empat hingga enam orang yang dijangkakan mempunyai harapan paling cerah nak tumpaskan team PAP.
Untuk kumpulan pembangkang Singapore Democratic Party, 'A' Team mereka akan lawan di GRC Holland-Bukit Timah (selepas kampung diroboh, saya membesar di tingkat 17 flat kecik di Holland Drive).

Team itu empat orang.
- Diketuai oleh social worker Dr Vincent Wijeysingha (GAMBAR).
- Tapi yang menyeramkan PAP ialah seorang lagi 'A' Team ni, Tan Jee Say (GAMBAR kedua), bekas PPS Menteri Kanan Goh Chok Tong, masa tu Timbalan PM.
(PPS = Principal Private Secretary, setiausaha sulit utama).
Beliau belajar di Oxford sebagai seorang 'government scholar'. Di pulau ini, jika kamu digelar 'government scholar' maknanya bijak giler (tak macam blogger yang baru ni mengaku pandai hanya kerana dapat No.1 di sekolah kampung).
Pelajaran gomen scholar dibayar dari hujung ke hujung di uni - biasanya top uni luar negara - dan setelah habis belajar akan diberi kerja yang baik. Periuk nasi dijaga pemerintah hingga kamu tak habis makan sebab periuk besau.

Selepas tinggalkan gomen, Tan masuk investment bank Morgan Grenfell. Oooo, top sungguh bank ni dulu dan saya respect financial research mereka (Tapi Morgan Grenfell dibeli oleh Deutsche Bank, lepas tu namanya dimatikan).
- Orang ketiga dalam team itu juga teror-meror, seorang bekas gomen juga, doktor dalam Angkatan Tentera, SAF (Singapore Armed Forces).
- Yang keempat ialah seorang wanita, juga bekas gomen official.
Cerita mereka di sini.

Tak lemas PAP beb.
Korek punya korek, jumpa video yang di atas tu. Forum Gay di Singapork.
Yang berbual atas pentas tu (baju kuning) ialah lawyer M.Ravi.

Tak jadi hal kalo seorang gay kat sini.
PM Lee dan pemerintah kata kamu jadi gay dan masuk jadi orang gomen, tak apa. No problemo.
Mereka diberi penghormatan, bukan kena hantar sekolah anti-gay kat hujung Maysia.

Dalam video tu, Dr Wijeysingha ialah Lelaki Y yang bertanya soalan pertama. Dengar apa yang dikatakannya.
M. Ravi kata "the first gay MP in Singapore, from Singapore Democratic Party".
Dan kemudian Dr Wijeysingha bersuara.... bahawa isu gay ini ialah "our issue".
Wah, baru orang tahu Dr W ni gay.

Dan mereka kata nak challenge section 377A. Apa tu?
Baca section 377A di dalam Perlembagaan Temasek. Basically ia kata jika dua jantan ada hubungan jenis, itu satu kesalahan.


YANG mengenengahkan isu ini ialah PAP Team yang nak lawan SDP 'A' Team di Holland-Bukit Timah GRC (di Temasek, jika kamu mention Holland, Bukit Timah sama seperti kamu kata saya tinggal di Bangsar atau Damansara Heights. Kawasan orang kaya. Cuma saya dulu tinggal di flet biasa untuk orang miskin, di tepi kawasan rumah orang kaya raya).

Team PAP itu diketuai oleh bekas surgeon jantan bernama Dr Vivian Balakrishnan (GAMBAR), seorang menteri.
Ini yang dikatakan oleh Dr Balakrishnan, dan respon Dr Chee Soon Juan, kepala SDP. Dr B raised the issue - kamu ada agenda rahsia ke? Dr Chee kata no.


KRISTIAN MELENTING?

Dr B kata Dr W nak jadi gay tak jadi hal, tapi apakah beliau nak bawa Gay Rights debate ni masuk Parlimen?
Eeks, bahaya beb untuk Singapork orang discuss begini.
Kerana apa? Di pulau ni isu agama dan isu kenegaraan tidak dibenarkan bercampur - ini theori ler.
Bila Dr B bahawa isu ini ke tengah, yang dikhuatiri ialah, komuniti Kristian di sini - ramai yang anti-gay - akan bangkit bersatu nak pastikan mereka tak undi SDP.
Iaitu dengan sengaja atau tidak, 'isu agama' dibawa masuk dengan menunjukkan bahawa jika SDP menang, Singapura akan ada 'the first gay MP'.

SAYA pernah tulis di sini tentang kumpulan wanita AWARE diambil alih oleh grup Kristian setelah kecoh tentang isu gay dan lesbian.
Sehingga dapat warning dari pemerintah - jangan bawa isu agama ke tengah masyarakat kerana kita masyarakat berbilang kaum dan agama.
Keep religion out of the public space.

KINI ada satu email hangat yang sedang berligar di cyberspace tentang isu 'Vincent Wijeysinga gay' ni, kamu carilah sendiri.
Saya kena stay neutral, sebab baik PAP atau Pembangkang dalam keadaan ultra-sensitif kerana berkempen pilihanraya.
Takut pula saya masuk terlalu dalam mengenai isu ni, dituduh oleh pihak itu atau yang ini sebagai menyokong pendirian mereka.
Saya cuma nak melaporkan baha di Temasek pun, kita ada main video gay, you.

Hari Rabu 27Mei = hari ini, iala Hari Penamaan Calon. Nomination Day.
Baru kita tahu siapa lawan siapa, di mana. Dan berapa daripada 87 kerusi dipertandingkan.
Dalam Parlimen yang baru dibubarkan, ada 84 kerusi, pembangkang hanya ada dua. Satu oleh Chiam See Tong (SPP) di Potong Pasir, dan satu lagi oleh Low Thia Kiang dari WP di Hougang.


BURUK, JIKA ORANG POLITIK NANGIS

Akhir sekali, dua MP PAP nangis diretirekan.
- Pengerusi PAP Lim Boon Heng sedih kerana buka casino.
- Menteri dalam PM Department Lim Swee Say nangis bila nyanyi lagu selamat tinggal bungaku.
Dan seorang MP pembangkang nangis pabila ceritakan bagaimana beliau hampir kena cerai kerana join opposition.
- WP candidate Watson Chong.

LAGU sedih Goodbye yang saya minati di sini.
Saya dengar pun nak nangis.

OK, mari kita rilek:
GAMBAR HIASAN: The world's first stamp made from beads. Nonya beads, to celebrate the Baba and Nonya culture in Singapore. Peranakan stamps - see the whole beautiful set here, the bead stamp has become one of the most-expensive modern stamps in Singapore, as it is unique.
See a more beautiful detailed picture here. Amazing!
The presentation pack was sold for SGD6.60 (RM15.80) when released in 2008, and the price has kept on rising and rising in just three short years.
You pay me RM150, I will sell you one from my collection. Susah nak dapat benda ni sebab semua orang yang dah beli tak mahu jual.

7 comments:

apisfires said...

boleh la bang nuar jadi PM kat singapore jika pembangkang spore menang... hehehehe

Goose & gander said...

Salam Rem
These Friedaes bukan calang2 org. Educated tapi tak sabar, ramming their 'rights' onto peoples throat ( ingat tak party kat Sentosa Nation 03 - I called Sentosa apasal tak warned public awal2) . What abt my rights? Cancelled program pi Sentosa kelmarin.
LGBTs shud channel MORE energy to the Aids cause (medications mahal, educating etc.) first.
Gays are allowed in gomen. Gomen cakap 'say yr inclination to yr bosses so org tak boleh expose and threaten u'. Ade tak gomen lain cakap macam ni.
Kalau ye pun sabar lah. Yr time will come ...... lepas tu kiamatlah dunia.

JohorMali said...

Mr Rem,
Beri ruang orang utara municipality anda untuk mengomel bab pemilupork yang mendatang.
Nampak gaya PAP tetap akan maitain tapuk pemerintahan - more than 2/3 majority seats no problemo
- yang akan menjadi tumpuan pemerhati adalah popular votes yang dapat diraih.
Isu isu yang dibangkit tak de yang boeh dianggap serious atau menggugat PAP.
Para pembangkang S'pork tidak begitu all out menembak peluru rasuah, cronyism,nepotism terhadap PAP.( mungkin pakai pistol air aje kot!)
Lihat sahaja pembangkang utara municipal anda- they can get away with murder!
The Sarawak election proved how the divisive issue of race decided the outcome in certain areas. PAP had cleverly engineered the population distribution that race will never be the issue come election day.
Tapi kedua pihak (and perhaps MrReme too) kurang membicarakan tentang kegusaran (apprehension) masyarakat peringkat sederhana dan kebawah- yang mana Melayu yang ramai dalam kelompok ini- dalam menghadapi keperitan sara hidup seharian.
Tapi tak semua Melayu yang susah. Dalam pemerhatian saya di pasar tani JB ramai Melayu Temasik punya purchasing power tapi kebanyakan nya gulongan berumur
50 an keatas. Saya boleh tafsirkan mereka gulongan guru / kakitangan pencen dan lepas dari tanggungjawab bela anak.
Tapi apa yang dirisaukan adalah gulongan umur 20-40 dimana pekerjaan tak menentu selain masuk Polis,Cisco, SCDF dan pemain bola S-league. Walaupun ada kerja adakah gaji yang diterima boleh bawa comfort dalam kehidupan seharian?Mungkin persepsi saya salah walaupun rungutan ini dibawa oleh sedara sedara saya yang tiggal di municpal tu.
Lim Boon Heng nangis memang genuine. Sudahkah dibuat kajian tentang impak sebenar keatas warga Temasik selepas Kasino di buka?
Semalam ADB baru sebut yang akibat kos semua barang (food and non food) naik mencacak orang Asia akan terjejas.
Singapore with no hinterland and having to import food 100% remain in such a precarious situation as compared to Malaysia, and perhaps for this reason the people of Singapore can afford to be entertained by the videos and gay issues , but still clinging to the PAP skirts for their survival .

fatahkhairi said...
This comment has been removed by the author.
remgold said...

braders and sistahs,
boss besar saya baru hantar email mengingatkan kami yg main social media (blogs, twitter, facebook, etc) supaya hati2 apa yg ditulis. takut nanti dituduh sokong satu pihak.
jadi jika dalam sembilan hari berkempen ni saya buat macam dungu, jangan marah ah!
kita bual topik setem dan coin, banknote dan poskad lama, lagi selamat.
:-)
atau mungkin kita bual topik politik maysia. eeks boringnyer.

apisfires said...

alahai tak best r.. takpa kite layan politik malaysia, macam cite hindustnkan, ada joget ramai2, ada nangis ramai2, ada gaduh ramai2.. Malaysia is very open country, hentam depan belakang takda siapa marah.. jika marah haaaa betul la buat benda tuduhkan.. hehehehe Saya lihat semua pemimpin Malaysia dari pembangkang ke kerajaan, masing2 suka robohkan rumah sendiri, satu2nye didunia kot politik negara semacam ni... Rindu betul pada zaman Dr M, aman damai sentoa, semua senang cari makan, aahh bende yang lalu usah dikenang.. harungi zaman sekarang penuh seribu daya mencari rezeki..

A Malay Dah-Lah-Lama said...

MrRem,
If afraid big wave hit...
Don bilt house beside east coast parkway....
Come bilt at Bukit Beruntung....
Very safe now.. No more tigers or fierce animals to bite you...