Tapi saya nak pamer kucing-kucing saya.
TENTANG isu video tu, nak komen dikit. Kita kata 'sikit', wak jawa kata 'dikit'.
Ia menjadi dilema besar untuk umat Maysia, negara yang - ramai tentu setuju - perlukan pembangkang yang kuat (sama macam di Singapork).
Jika betoi itu Mamat Y, oklah kamu tendang dia.
Maka siapa pengganti?
Hadi Awang? Kit Siang?
Nik Aziz? Tunku Aziz?
Azmin Ali? Khalid Ibrahim?
ATAU dari sudut lain, oklah ini Mamat Y, lalu ditolak rakyat.
Masalahnya ialah Umno-BN belum reform lagi.
Masih banyak kelemahan (ini saya gunakan understatement. Kalau saya kata masih corrupt dan kepala besar, kamu marah pula dan kata ' kenapa kamu tak bantai PAP'?).
Mungkin ada yang takut jika Umno-BN kuat sangat, parah pula rakyat yang mahu suara alternatif di Parlimen (sama macam di Singapoora).
ATAU sudut ketiga. Kerana isu ini kita kata - sah Umno-BN pembohong dan pemfitnah, maka kamu sokong pembangkang dan Anwar sepenuhnya.
Vote out Umno-BN! kata kawan-kawan Cheena saya.
Payah juga.
Sebab bila DAP kuat (seperti di Selangor dan Penang), orang Melayu tak selesa.
Antaranya DAP nak jual beer kat mana-mana, pubs pun makin banyak, dan mereka suka masuk surau berdakwah. Mereka masuk sebagai boss, sebagai da'i, orang khayal saja kata mereka masuk tu nak belajar tentang Islam.
PAS pula senyap ketakutan kalah undi.
Dan mungkin ada pula takut PAS akan gaduh dengan DAP dalam beberapa isu, menjadikan negara tak stabil.
Kalau PAS nak tutup casino kat Genting Highlands, umat M sokong atau tidak? Tanpa casino tu, revenue kerajaan akan berkurangan dengan banyak! Mana nak dapat revenue besar nak bayar gaji pekerja awam yang rata-rata Malayo?
Masuk PKR pula, maaf kata, takut ada member yang syiok berkuasa lupa daratan (ini understatement juga).
Dan Umno-BN, kononnya dah jadi pembangkang, tentunya tak akan diam, tapi akan mengasak (understatement) kedudukan Putrajaya Pakatan dan para pemimpin Pakatan.
Masih agak kusut.
Sebab tu saya tak gemar nak ngobrol topik ni sebab saya faham masih payah nak merungkai isu di utara. Nanti orang kata saya burukkan negara angkat saya.
Takpe, kita terus berdoa dan berusaha untuk diberi jalan keluar.
Indonesia dulu selepas Suharto pun panik beb, saya ingat pasti berpecah 10 negara itu. Antara yang nak independent dulu ialah Aceh, Timor Timor, Papua, Maluku, Kalimantan. Yang menjadi hanya Timor Leste, itupun ada di sana yang menyesal secara peribadi kerana ia berpecah dari negara besar menjadi pulau kecil yang payah nak membangun.
Kita tentu ingat pembunuhan dan 'peperangan' yang berlaku antara kaum-agama di Ambon dan Maluku, antara lain. Di Malaysia, gereja Melawati terbakar sikit kita semua dah taubat, baguslah.
Saya pernah tulis dulu tentang dua wartawan di Ambon, seorang Kristen dan seorang Muslim, yang menjadi pencetus keamanan dan bantu pulihkan keadaan. Baca sini.
Sampai hari ini Pak Lucky terus hantar SMS kepada saya dari masa ke semasa dan sempat bertemu ketika beliau membuat lawatan singkat ke Singgah-porr dua tahun lalu. Susah nak jumpa wartawan yang jadi hero. Sebab wartawan ni, maaf kata, selalu spin doctor rosakkan negara. Hahaha.
Tapi kini Indonesia stabil lepas kecoh 6-8tahun, jadi member G-20 negara terbesar dan dijangka terus berkembang maju.
Malaysia dah kecoh 3tahun sejak P'Raya March 2008. Esok lusa settle lah, ya? Amin.
GAMBAR: George Chan, macam Taib Mahmud, pun ada anak kucing kiut-miut. Ceritanya di sini.











11 comments:
Assalamualaikum w.b.t.
Saya mimpikan sebuah taman Raudhah, sebuah taman Raudhah bernama Raudhah Malaysia. Yang masjid nja melata-lata dan pabila azan berkumandang, berduyun org Islam menuju ke masjid dan selepas solat, berduyun mereka bekerja keras.
Kalau lah itu boleh dicapai di Malaysia (insyALLAH), bukan saja minyak dan gas melimpah ruah di lautan(insyALLAH), hatta emas sekali pun melilit-lilit ALLAH S.W.T naik kan ke muka bumi dari perut bumi bernama titiwangsa.
Di bukit kecil di pinggir Aspire Park Doha, saya termenung... ALLAH jadikan semenanjung kecil Qatar ini penuh dengan gas yang ditukar ke LNG, minyak melimpah di lautan dan di daratan Durkhan, berlapis-lapis. Minyak 700 bbl sehari dgn condensate insyALLAH akan mencecah 700 bbls sehari pada 2015, tak dikira LNG berjumlah 77 MTA. Untuk 300 ribu org penduduk asal... Entahlah... budaya lama pun mula berubah sedikit. Banyak pengajaran dari cerita Nabi dapat diambil disini.
Entahlah.
Saya rindu kan Raudhah. Sebuah Raudhah bernama Raudhah Malaysia.
Salam - Doha, State of Qatar
Kalau selepas penat kerja, balik rumah sendiri atau rumah persinggahan dapat main dengan kucing comel lote atau kiut miut tentulah penat tadi segera hilang terutama dalam ketika sedang berdepan dengan tekanan kerja dan politik pejabat.
Itu mungkin pendekatan yang selalu digunakan termasuk Anwar Ibrahi.
Apakah pemimpin2 lain di Malaysia (kecuali Chua Soi Lek )tidak ada ciri ciri sewaktu dengannya.
reme
ada orang suka bela kucing kampung sebab boleh lepas saja, senagn nak jaga dan tak ada orang nak curi.
ada yang suka bela kucing siam sebab gebu dan comel walaupun suka baring saja
ada yang suka bela kucing jantan sebab tak boleh beranak pinak.
ada yang lebih suka kucing parsi dari kucing sarawak sebab ada class.
Jadi, ikut citarasa masing masing lah Reme.
apa pun Wan Azizah cuma nafikan bab susuk tubuh sahaja, bab raut wajah tak di sebut langsung.
Salam Rem
Kalau awak bertanding di Keramat atas tiket bebas dan berhujah dengan cara membuka minda pendengar, insyaallah saya akan undi awak.
Jarang di Malaysia ceramah pembangkang menceritakan senario politik secara gambaran yang lebih jelas, besar, luas dan kehadapan sekiranya mereka memerintah.
Anwar cuma tahu menyerang - the best defensive tactic is to attack.
Penyokong taksub anwar sentiasa di sumbat dengan ideologi sempit - anwar sentiasa mewarwarkan kelemahan orang lain demi menutup kelemahan sendiri.
Selain dari itu, segala daya usaha pembangunan musuhnya akan di perlekehkan dengan pelbagai alasan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.
Sedangkan dirinya sendiri sewaktu dalam Umno tiada punya suatu program hasil usahanya sendiri yang membina Malaysia.
Yang paling jelas cuma memulakan trend bagi "bonus" kepada kakitangan awam dan juga "politik wang" dalam Umno
Dan kini bila dirinya diserang, dia terkapai kapai kerana tidak tahu bagaimana hendak menggunakan defensive mode.
Majulah Malaysia demi rakyat.
Bro, berdenyut kepala bila baca seorang lagi mati kat office MACC jalan cochrane.
This is puzzling.... ketika negara tengah heboh pasal video & pasal pilihanraya sarawak.
Ada benda yang tak kena... jauh disudut hati saya, ada orang nak Malaysia ni tak aman, menangguk di air yang keroh.
Your don't need to be rocket scientist... sama macam telahan saya pasal keputusan hakim 2-3 minggu lepas. Tapi berapa ramai orang kampung pakchik2 makchik2 akan memikir melakau apa yang ada di depan mata.
Kesian juga tengok Idris Jala berhempas pulas di amanahkan menyelesaikan masaalah bible. Habis masa.... siapa yang dah timing bawak masuk bible ketika umum tahu pilihanraya sarawak menanti masa.
Yang DiPertuan atau majlis Raja2 Melayu kena put this thing STOP kerana pada pandangan saya kerajaan dah tak mampu nak put control atas kaki-tangan yang dah mula khianat atau mungkin geng2 underground yang ada interest dengan puak2 politik.
Salam - Doha, State of Qatar
timur tengah,
saya nak cadangkan macc membina semula hq mereka menjadi bangunan satu tingkat, DAN tak ada tingkap.
biar selamat semua mala'un dan mala'ikat yg sedang diwawancara.
susah sangat ke nak pasang cctv?
susah sangat ke nak pasang grille kat tingkap tu, abang oi.
kalau betul pun teoh dan mamat kastam tu terjun sebab rahsia dah terbongkar, atau nak selamatkan nama keluarga pun, ada orang nak 'caya ke?
dengan isu-isu begini, susah kamu nak marah dengan rakyat yg mahukan umno-bn disepak ke tepi diambil pakatan.
geramnyer tgk kucing2 tu semua...commeyyyy....pakchic nak sekoq boleh?
Itu yang puzzling Bro Reme. Tak kan nak suruh Najib pin point everything yang perlu dibuat. Lelah. Teringat saya kisah Tun M terkejut beruk tengok kereta MPV Proton Juara, tapi dah terlambat nak buat apa2 dah.
Kenapa kali ni yang mati orang Melayu... (angle Melayu Islam - dah ajal dia macam tu). Logik akal Islam Melayu juga mengatakan, jarang2 (p/s: umpama kat Aruah P.Ramlee... kadang2.. dalam filem Nujum Pak Belalang) jarang2 orang Melayu Islam nak pendek akal nak bunuh diri.
Ada benda yang tak kena... either someone in the MACC itself who want to swing the things to give the issue to PR, or the syndicate itself to cover-up, there are a lot of possibilities. Why it happening now... who import the bible knowing that S'wak election is around the corner. All that needed strategic thinking, not an ordinary stuff.
Saya mahukan perubahan /reform tapi bukan dengan cara creating negative perception, sebab perubahan yang datang dengan cara itu adalah kemenangan dalam laknat ALLAH S.W.T.
Biarlah sesiapa pun pun kalah, kalau kalah itu dalam rahmat ALLAH S.W.T dari sesiapa pun menang, tetapi menang dalam laknat ALLAH S.W.T. Itu tak membawa kita ke mana.
Sebab itu saya persistent dalam perlunya kuasa dikembali kan kepada 9 Raja Melayu. Tak kan dalam 9 Raja Melayu, semua buruk bad apples. Must be 2 or 3 mahu sistem adil, telus kepada semua orang melihat kepada keadaan 2 gajah berperang.
9 Raja Melayu boleh bersidang memilih antara rakyat jelata, siapa yang layak (layak sebenar benar layak) menjadi Interim PM dan membersihkan masaalah negara sekarang.
Rakyat boleh memilih MP/Parlimen sebagai satu sistem check & balance kepada Interim PM & kabinetnya yang dilantik oleh Raja2 Melayu.
Salam - Doha, State of Qatar
it's not about building safety or cctv.
bila anda sudah berada dalam cengkaman Cartel ini, susah anda nak lepas keluar.
luar pejabat dalam pejabat orang perhati anda.
Ini cerita Cartel International, serious multimillion dollar business.
bukan cerita kedai mamak atau ceramah politik atau jual mercun dan bunga api seludup setahun sekali.
ini bukan macam kes SLA boleh divert duit buat kerja sorang sorang.
Kes TBH tu kira cartel kecik saja.
Ini sudah sama level macam buku Gomorrah - sampai mamat penulis kena dapat 24hours police protection, hidup di dunia pun dah tak senang.
susah anda nak cari wartawan yang sanggup nak korek kes ini, sebab tahu susah hidup nanti.
baik cari isu politik, lebih mudah dan kurang bahaya.
Mungkin di Spore yang kecik susah nak buat, tapi banyak negara lain termasuk US dan UK juga punya isu yang sama.
Sebelum ni pun dah ade Akauntan yang kene cekup ngn MACC mati. Tahun lepas ada sorg. Ada bende besar dan terlampau kebetulan terjadi sekarang ni.Semuanya berkenaan Money Laundering Acitvity.
Someone needs money to fund the election.
That is their rat-hole.
Para pembara,
Banyak budak2 forwarding dan Kastam tahu Arwah Sarbani ini baik dan sering mengimami solat di Wisma Kastam.
Dia seorang Penolong Pengarah Kastam. Ranking dia kalau dalam polis setaraf DSP.
Dia pergi kepejabat sama macam dia pergi SPRM yakni naik motosikal.
Juga telah diberitau bahawa anak Arwah Sarbani menerima call dari SPRM menyerahkan phone keayahnya. Kemudian, ayahnya beritahu pada anaknya bahawa dia dikehendaki pergi ke SPRM. Sebabnya kes baucer RM30 ringgit bukan 30 juta, bukan 300 juta ringgit.
Lagipun arwah cuma sambung pencen untuk sampai 58 tahun. Kalau dah banyak duit tak perlulah dia sambung mencari nafkah yang halal.
SPRM pula dah ada kotor yang terpalit padanya. Mana ada orang yang berAmanah dan berdiplin disamping memikul tanggungjawab berat diSPRM, ada masa untuk daownload video lucah dan tengok benda yang tidak bermaruah.
Mana ada kalau beban benar2 dipikul, mereka boleh main ping pong semasa siasatan.
Pasti akan mendapat laknat Allah samada tempias diturunkan kepada generasinya atau mereka2 yang menganiaya ini mendapat sakit yang berbentuk azak di dunia ini.
Sedih.
Post a Comment