Saturday, 30 April 2011

PAP sapu 87-0? Atau kena petir 75-12?

Maaf eh pak chic berihat beberapa hari dari blog.
Susah kena kerja 4ptg hingga 1pagi ni. Bangun lewat pagi mabuk, balik dah 2pagi takde mood nak menaip ngobrol.

Kempen berjalan lancar untuk pilihanraya Singapork, atau Pemilupork.
Hari ni, Sabtu saya dapat off satu hari.
Lalu malam tadi, gi ke ceramah WP (Workers Party) di stadium Bedok (Lihat GAMBAR). Ini untuk Aljunied GRC. Ada 15,000 tu.
Lepas tu ke ceramah SPP (Singapore People's Party) di padang terbuka di Potong Pasir. Lebih kurang 5,000. Tapi maaf jika salah - sebab tak ada blok tinggi dekat situ, saya anggar dari bawah saja. Sebab padang kosong sebelah Stesen MRT Potong Pasir tu kecil betul.
Wooi, seram....


RAMAI sungguh orang nonton pembangkang ni.
Jika anda baca akhbar mainstream seperti akhbar saya, apa lagi website alternatif seperti temasekreview (Lihat di bawah Snippets & Events) dan theonlinecitizen, nampak banyak lagi gambar dari hari pertama kempen dimulakan Rabu lalu.
Semua parti dapat lesen kempen begini dari 7 hingga 10 malam.



Abang polis sibuk di luar jaga trafik - terima kaseyyyy - agar tak jam satu kampung. Yang kelakarnya saya nampak ramai 'Makcik Saman' kat situ bawa saman-meter depa.
Mereka kerja town council (jika tak salah), dan jika kamu park tepi jalan atau di tempat yang tak dibenarkan, terus dapat tiket.

SAYA tak mahu tulis tentang message pihak-pihak yang berlaga sebab dah banyak tulis dan anda boleh baca sendiri di ST online mahupun website alternatif.

YANG penting ialah yang dibisik oleh orang di sini....
Ramainya penonton di ceramah pembangkang (opposition rallies) tidak memeranjatkan. Memang orang Singapork ni - sebab hanya seminggu dalam lima tahun ada election - suka keluar ramai-ramai dan pekik slogan pembangkang.
'Workers pardy! Workers pardy!'
'SPP! SPP! SPP!'
'SDP! SDP! SDP!'
'Chiam See Tong! Chiam See Tong!'
'Nicole Seah! Nicole Seah!' (ah moi muda ni dah jadi celeb besar beb!)

DAN syiok ramai-ramai boo bila nama menteri dan dasar pemerintah yang orang tak suka di sebut.

TAPI bila mengundi, tak semua yang undi pembangkang. Sama juga macam di negara lain termasuk Malaysia.
Ribuan orang datang ke stadium atau tanah lapang tak bermakna BN akan kalah teruk di Sarawak. Baru terbukti baru ini.
Jika jumlah undi yang diraih anda ukur dari berapa ramai orang datang ke ceramah kita, maka kita akan buat salah ramalan.


DAN sama macam BN di Malaysia, rallies PAP ni depa kena bawa orang datang naik bas!


Tapi tak semestinya ini bermakna sokongan mereka dah jatuh teruk.

JADI yang disesas-desuskan oleh orang ialah - dari 84 kerusi Parlimen yang baru bubar, hanya dua pembangkang.
Chiam See Tong di Potong Pasir. Dan Low Thia Khiang di Hougang.
Kini Chiam bagi Potong Pasir SMC kepada isterinya, sedangkan beliau sini dengan empat yang lain bertanding di kawasanundi saya, Bishan-Toa Payoh. Ini 'A' Team SPP.
Ada 87 kerusi ditandingkan kali ini.

Low pula pass Hougang kepada orang kanannya (yang saya tak pernah dengar namanya sebelum ni), sedangkang beliau masuk ke Aljunied GRC bersama empat lain. Ini 'A' Team WP.

Jadi ramai orang betting - mungkin pembangkang hancus terus: kalah 87-0.
Atau mungkin mereka kekal dua kerusi lama tu, tapi kalah di tempat lain, 85-2.
Worst case scenario ialah PAP kalah di PPasir dan Hou, dan kalah juga di Al-J dan Bish-TP. 75-12!

Atau mungkin, ini ramalan saya - PPasir kekal dengan SPP, sedangkan Al-J dimenangi oleh WP. 81-6.
Walaupun yang jatuh satu GRC, akan jadi psychological boost untuk pembangkang, sebab mereka tak pernah menang dalam pertandingan GRC ni = 4 hingga 6 MP menang atau kalah sekaligus.
Dan di Aljunied ada dua menteri PAP yang akan hilang pekerjaan, dan seorang MP kanan Melayu, Zainul Abidin Rasheed (timbalan menteri kanan ehwal luar).


Kata Lina Chiam tadi: "Do you want Lightning to strike again? Or do you want to see a Rising Star?" Steadylah nonya!

Saya mungkin tukar pendapat, tapi itu ramalan saya sejauh ini.
81-6.
Ada lagi satu kayu pengukur.
Pada Pemilupork 2006, PAP menang 66.6 peratus undi. Kali ini?
Saya ramal 58.4 peratus.

ANDA pula bagaimana?
Sayang saya tak dapat gi lebih banyak rally sebab masuk kerja 4ptg dalam beberapa minggu ini. Jadi ini ramalan seorang armchair critic.

4 comments:

Tpg2Sg said...

My Guess:

PAP 81 OPP 6 ( WP Aljunied GRC & Hougang SMC) or

PAP 86 OPP 1 (WP Hougang SMC)

PAP% vote will drop to 60%

Anonymous said...

PAP 69 - OPP 18
Overall PAP down to 53%

remgold said...

Anon 11:26,
ish ish ish.
kalo hang tepat, hamba nak alamat dan phone number. nak ISAkan kamu! hee.
pap nampaknya sedang gentar beb.

Tpg2Sg said...

Haha, Bingo!