Baca ni dan ni.
Isu besar yg dimainkan seperti yg saya dah tulis beberapa kali:
- Terlalu ramai FT, nak kerja sapu sampah orang China dan Bangla buat. Nak apply kerja jadi CEO dan MD mat salleh pun apply sama, nak kerja technician orang dari India bergaji rendah semua dah masuk.
- Harga rumah terlalu tinggi, anak muda zaman internet komplen tak mampu beli rumah.
- Inflasi - harga rumah, makanan, teksi, hospital semua tinggi. Walaupun ini sebenarnya ada kaitan dengan isu global.
- Pemerintah dilihat angkuh, lost touch dengan akar umbi. Gaji besar dan tinggi sedangkan rakyat suffer.
Ini antara isu yang dibawa pembangkang dan dari feedback pemerintah sendiri.
Saya tak setuju, sebab saya kerja dengan ST dan akan sokong PAP sampai kubur. Kahkahkah.
Hari penamaan calon April 27.
Undi (confirm) Mei 7.
Banyak detail lagi di sini.
TAMBAHAN MALAM
PETA kawasanundi di sini (scroll down).
Kawasanundi saya ialah GRC Bishan-Toa Payoh - kat tengah pulau tu. GRC lima kerusi dikepalai Menteri Wong Kan Seng (orang buat joke "Wong cant' sing").
Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Ang Mo Kio GRC. Ada enam kerusi.
Bapanya Lee Kuan Yew di Tanjong Pagar GRC (di mana terletak Tanjong Pagar train station).
Kampung lama saya, di Pasir Panjang Road - kini kampus National University of Singapore - terletak di West Coast GRC di selatan. Kampung menghadap laut! Semasa saya kecik masih ada orang Mandi Safar setiap tahun, kini dah tiada.
Dua kerusi pembangkang (ya, hanya dua) ialah di Potong Pasir dan Hougang. Single-seat constituency.
Video: At the Last Rally
1 hour ago



8 comments:
ish, teringin pulak aku nak menjawab isu-isu tu sikit
- FT, dulu pun dah ramai FT kat Singapura tapi bukan dari Bangla dan Indonesia la, dia orang naik motor seberang tambak je. Sekarang pun ramai lagi. Tak ada hal pun dulu.
- Rumah mahal, alahai, ada orang homeless ke kat Singapura. Aku ada la nampak sekali orang mintak sedekah kat Rochor, tapi rasanya bukan org Singapura la.
- Inflasi, apa kebendanya inflasi, aku pegi Orchard Road ramai orang shopping sampai tak cukup kedai, tu yang aku tengok orang Singapura ramai menyebuk kat JB sampai tempat murah kat KitMart Tampoi tu habis dia org conquer jadi mahal.
- Gaji pemimpin mahal - memang la kena mahal. Dia org tu ada Phd semuanya. Tak macam kat Malaysia, pakcik kerja jahit pukat kat Kuala Perlis pun boleh jadi wakil rakyat.
Chewah! Pandai juga aku defend kerajaan PAP. Amacam Remgold, aku mintak kerja jadi penganalisa politik ST boleh dapat tak?
Alhamdulillah, undi at last.
Looking forward to it :)
Salam Op Ed
Masa berkempen nanti, jangan pulak sampai PAP guna FT untuk gantung poster dan banner, bagi flyer dan jadi peraih undi. masak PAP nanti.
Dahlah ada beberapa orang MP dalam PAP yang ada tu FT berasal dari Malaysia.
Tolong update indepth both side hari hari bro, kalau tengok mood di bawah, mesti panas election kali ni.
Kalau tak tsunami, kurang kurang goyang juga sampan.
Apa ramalan awal (tak bias) Oped - sebagai seorang editor.
-malik-
Rasa mahu terbang ke Temasek, melihat orang membuang undi. Mungkin menarik ye? purrr....meow!
Budak J,
pandainya kamu mengolah. ok, tak payah jadi analyst st.
ko terus jadi presiden singapork. gaji sgd4.2mil setahun, atau (bahagi 13) = sgd323,000 sebulan. rm775,000 sebulan. mahu tak?
cuma WAJIB kamu jadikan saya press secretary dan driver bentley baru warna merah (warna spork,pap,dap). gaji press sec-drebar, sgd1mil. sebab susah beb bawa kereta besar, takut side parking terlanggar roi-rose taib mauhmud.
ummie, malik,
anak saya dlm NS dapat cash sgd700 pap kasi bulan mei, isteri dapat sgd600. saya sebab bekerja sgd100. pap pandai main politik tong khinzir (pork barrel politics).
sebelum ini anak pompuan saya dapat duit education fee sgd2,000. yang jantan sgd1,000 - jika belajar di temasek.
satu spore semua orang dewasa dapat duit!
api-air satu spore semua dapat diskaun 3 bulan, income tax pun diskaun. duit tv licence yg saya bayar tahun lalu dipulangkan sgd110.
ish banyak duit dapat, atas nama perkongsian kemewahan bersama rakyat kerana last year economy spork best in the world, grew 13pct.
hidup pap!
itulah, macam mana pembangkang nak menang?
cuma katanya GRC tu ada bahaya sebab opposition kini ramai ah chong pandai2 dan ah moi bijak dah masuk.
selain Potong Pasir dan Hougang yg saya rasa kekal dgn pembangkang, orang nak lihat GRC Toa-Payoh Bishan (5 kerusi) kerana Chiam See Tong nak lawan. akan bertembung dengan Wong Can't Sing, MP saya.
bishan-toa payoh ni ramai sungguh orang kaya - jarang orang kaya nak undi selain pemerintah yg kayakan mereka. tapi mungkin mereka nak lebih freedom to voice out? tak tahulah.
dan GRC Aljunied kerana boss Workers' Party Sylvia Lim nak lawan dgn 'A' Team mereka. tapi mereka bertembung dgn Foreign Minister George Yeo, a popular leader. Aljunied ni kawasan pasar Geylang, ramai melayu, tapi abang george ni popular among malays pun.
kita lihat dulu.
lepas nomination day mei27 akan lebih jelas nama2 siapa lawan siapa, baru boleh buat analisa lebih jelas.
Kucing Sydney,
datang ler ke sini. hanya 5thn sekali orang syiok sebab dapat boo PAP ramai2 dlm speech pembangkang. kalau tidak semua kecut.
the only time mereka dapat kumpul pekik2 politik.
cuma jangan terperanjat: pembangkang speech atas stage, walaupun attack pemerintah, mereka BACA TEXT kadang2!
sebab dulu dah terlepas cakap, esoknya kena saman dgn PAP!
ini bukan negara lain, boleh attack sebarangan, tuduh tanpa bukti, caci hamun nama pemimpin tak payah minta maaf.
nak book hotel saya selalu gunakan asiatravel.com. cuma kena jaga, hotel singapork ada 'plus plus' (meysia hanya 'plus'). harga hotel kamu di spork kena tambah +10 +7. sebab gst (7percent). jadi kena pastikan harga murah tu dah masuk gst atau tidak.
carilah hotel dekat MRT. jadi mudah nak nonton rallies.
remgold,
tak nak lah aku jadi president Singapura. Nanti jadi isu FT pulak. Kalau bini aku nak la dia. Dia tu patriot Singapura. Jenuh aku suruh dia jual kereta plet nombor Singapura dia tapi dia tak nak. Mana ada class nak pakai plet Johor. Tapi rasanya dia pun tak boleh jadi president juga sebab dia tak berapa pandai nyanyi lagu kebangsaan Singapura. Bahasa Melayu dia hancus. Tapi satu la aku paling suka Singapura ni. Transparent. Gaji president dia banyak tu, dia cakap banyak tu. Tak da pi cakap gaji kecik, tapi sebenarnya moonlighting buat pelik-pelik sampai boleh pakai roll-rose. Kat Malaysia kena macam ni juga lah. Yang aku tak suka Singapura ni, dia org semua nak berkira sangat. Letih nak layan. Jiran baik macam Malaysia pun dia orang tak boleh lebih kurang. Sikit-sikit nak pegi court je. Kena jiran garang macam Thailand harus jadi perang. Kesian juga aku tengok dia punya pembangkang. Nak menafas pun susah. Aku ada la dulu lepak sekali sekala dgn mendiang JB Jayaratnam masa dia duduk kat JB. Tak habis-habis dia komplain pasal kena saman dengan PAP.
I'm a S'porean too.
Sama-sama S$600
Salam Rem
Ada betul jugak Budak Johor cakap. Kadang2 ngeri tengok cara gomen Singapork tangani issue2 ngan Maysia. Tapi itu kerja kedua2 gomen kan (dia sama dia paham lah), kita org kebanyakkan hanya pandang kasar aja.
Jika di amati betul2, Maysia kalau peka, tak rugi pun (banyak hasil bumi). Spork ada apa ? Oh sori, Newater (ayer kitar j) ha ha ha :(
Post a Comment