Saya buat liputan by-election di Kelantan pada Disember 2005.
DUN Pengkalan Pasir.
Hanafi Mamat (BN) akhirnya menang 134 undi.
Kalahkan Hanifa Mat Yatim (PAS) dan Ibrahim mahakatak Ali, yang hilang deposit.
Kecoh beb, perlawanan sengit Melayu lawan Melayu lawan katak.
Saya menetap di Hotel Ren di KB tapi naik teksi sejam setiap hari ke Pasir Mas - **bandar kedua terbesar di Kelantan.
Bandar tu ada SATU saja kedai makan ada aircon, dan yang orang bandar macam saya berani makan. KFC.
Begitulah daifnya orang Kelantan.
(**RALAT: kluangman kata Tanah Merah ialah bandar terbesar kedua, bukan Pasir Mas. sila lihat komen beliau di bawah. Terima kaseyyyy ya akhi. Saya sekali saja ke Tanah Merah, tak ingat bentuknya bagaimana).
Anwar Ibrahim datang - stadium kecil Pasir Mas penuh sesak.
Timbalan PM Najib beri ceramah di kampung - yang datang cuma orang Umno saja. Sedikit sangat.
Wah, gerenti pembangkang menang, kata orang!
YANG menarik tentang pertandingan itu ialah apabila dah lain macam aje, maka pada malam terakhir PAS announce - kita nak hentikan pengundi hantu masuk malam ini. Mari kita ramai-ramai block jalan check semua kenderaan.
Hancus ler. Hanya 2jalan nak masuk ke Pasir Mas.
Traffic jam berkilo-kilometer. Saya sendiri selepas sangkut satu jam suruh teksi pusing balik.
Rakan saya yang memang tak keluar dari Pasir Mas dapat berada di sisi orang PAS yang suluh muka dalam kereta dan naik-turun bas nak check pengundi hantu.
Ada ler beberapa buah bas ramai pengikut Umno ditahan. Disyaki pengundi hantu. Kecoh.
SAYA juga di Ijok, Selangor pada April 2007.
K.Parthiban MIC lawan Khalid Ibrahim PKR.
Cikgu Parthiban akhirnya menang 1,851 undi.
Juga perlawanan sengit.
Yang ini BETUL-BETUL sengit - hari penamaan calon, kedua-dua BN dan Pakatan baling-baling botol, batu dan galah. Nasib baik tak ada yang cedera parah atau mati.
Orang Pakatan bawa patung submarine warna kuning dan pekik 'Altantuya! Altantuya!'
Budak Umno pekik: 'Sodomy! Sodomy!'
Pada hari mengundi pun bergaduh besar. Bertumbuk di beberapa tempat pengundi.
Maklumlah ada KJ kat situ, diprotect abang polis, kata penyokong pembangkang. Tak tahu benar atau tidak.
Yang peliknya semasa mengundi pun, peraih undi PKR dan pembangkang sempat stop beberapa buah bas yang dipenuhi apa yang mereka panggil pengundi hantu.
Sangat kecoh di bawah panas mentari. Orang tuduh-menuduh. Paksa bawa bas ke balai polis.
MAAF ler. Saya sebenarnya sebagai wartawan, gemar sokong orang kecil.
Reporters love to support the underdog.
The small man who is being hammered by big powers, big governments, big companies often find support among reporters. Opposition parties and opposition figures around the world are often supported by journalists, secara umum.
Kamu lihat sendiri di Algeria, Egypt, Libya tu dan bagaimana CNN, BBC, AlJazeera semua sokong pembangkang dan orang kecil.
Itu satu sifat wartawan yang banyak orang perlu tahu. Tak tahulah sifat ni baik atau tidak, tapi pembaca gemar baca cerita underdog fights big government/developer/bully. Dan bukan sebaliknya: Big government/developer/bully crushes orang miskin yg baghal.
Jika kamu orang kecil dibuli oleh kuasa lebih besar, haish, marah mamat reporter bila dengar.
TAPI pada saya mainan menipu yang dimainkan pembangkang Malaysia ni tak bagus.
Takkan BN sebodoh gitu nak bawa masuk pengundi hantu dengan bas?
Dahlah tu, bukan satu bas, tapi dua-tiga bas, kadang 10-15 bas!?!?!
Di Ijok, bodohnya BN jika bawa pengundi hantu berbas-bas pada siang hari, pada hari mengundi.
Saya tak kata tidak ada pengundi hantu di Malaysia. Baik yang memihak BN mahupun pembangkang.
Yang saya kata ialah biarlah main game dengan lebih bijak.
Saya tulis begini kerana saya lihat, Sarawak ni Pakatan dah tak menang sebagaimana yang dicanang, maka sudah timbul pun tuduhan pengundi hantu.
Sometimes you have to accept the fact that you lost because of other factors. Mungkin faktor 'kotor' - suap wang dan benda lain kepada pengundi.
Tapi saya harap janganlah main tuduh pengundi hantu ni tanpa bukti. Malulah beb.
Jika ada bukti sila tunjukkan. Biar malu BN.
Jika ada bukti BN suap pengundi, tunjukkan gambar ler. Haish.
Tapi jika setakat main tuduh sebab kalah, tak gentleman.
Itu sifat penakut dan bodoh. Dan mereka sangka rakyat bodoh.
Maaf ya.
APA pun, seperti yang saya dah kata, yang untung ialah rakyat semua.
Kamu di atas, sila perbetulkan.
Kamu yang baru masuk DUN, tolonglah rakyat di pendalaman tu.
Kata adik dari Singapork yang baru balik dari Sarawak (di bawah Comments di posting sebelum ini) = the political dynamics dah bertukar.
And now, onto Singapork....
Undi bulan Mei.
Video: At the Last Rally
1 hour ago





13 comments:
Setakat ini berapa ramai pengundi hantu yang benar2 sah telah dikenalpasti? Telah berjuta kertas undi telah dikira sejak PRU pertama.
Salam Op Ed
Melihat keputusan PR Sarawak, minta komen awak sebagai wartawan yang pernah cover Malaysia :
- Trend peningkatan sokongan pengundi Cina keatas DAP dalam 2 PR negeri yang lalu di Sarawak dan juga PRU 2008. KIta sedia maklum kaum Chainis ni sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri mereka dalam apa jua keadaan. Apakah trend "jom berubah" ini akan berjangkit ke Spore terutama isu FT yg menjadi ancaman utama kepada periuk nasi mereka sekarang.
- saudara Reme berkata semua reporter suka cover cerita parti underdog kerana mereka kerap di buli oleh kuasa yang lebih besar. Bagaimana pendirian saudara yang bekerja di SPH terhadap isu yang diperjuangkan oleh parti lawan di spore.
salam.
-Malik-
*Bandar kedua terbesar Kelantan ialah Tanah Merah dan bukannya Pasir Mas.
Adat orang kalah memang macam tu...1001 alasan, kita dengar je lah sebagai 'penglipur lara orang politik'
Dan kadangkala untuk memberi jawapan, orang politik akan keluar negara untuk mencari ilham, stress boleh di atasi dengan 'seks' tanpa perakam.
Sambil tu streets shopping, kot kot terjumpa cincin atau jam tangan yang hampir serupa dengan yang hilang.
adf5650,
saya ini lebih ramai kawan pas dari kawan umno, tapi nak cerita ini juga sebab kadang tak logik cara rakan berpolitik -
cerita pengundi hantu yang paling dasyat pada saya ialah pilihanraya 2008, apabila terengganu jatuh kembali ke bn selepas hanya 4tahun dgn pas.
pas hanya menang LIMA kerusi.
lalu bekas MB terengganu hadi awang kata - saya terima kerusi saya dan empat lagi kerusi sebagai kemenangan, tapi kerusi yg kami kalah kami tak terima keputusan, kerana bn gunakan pengundi hantu!
hahaha. bila kalah salahkan hantu, bila menang terima.
tak consistent langsung.
malik,
wah kamu nak cucuk saya eh.
saya di Foreign Desk, tak buat cerita politik spork.
agaknya kalau kena buat kekok juga.
walaupun saya boleh terima pap sebagai pemerintah yg baik, tapi naluri 'suka underdog'. jadi payah sikit.
tapi ST sejak 10thn ni lebih baik main peranan - mereka tak lagi buruk2kan pembangkang macam dulu. cara tulisan lebih sophisticated. sebab yg baca semua orang educated.
tentang pengundi nak angin Ubah ni, dia bukan pasal cina atau melayu, pada saya.
tapi antara yg lebih educated atau urban (duduk di bandar dan lebih banyak sumber berita), dengan yg di kampung, yang senang bersyukur.
kebetulan di sarawak yg duduk bandar adalah cina.
di selangor dan kl, ramai melayu urban pun tak sokong umno-bn. sebab tu banyak kerusi dulu jatuh.
dan kini di spork ni pun dah nak sampai Tipping Point. makin ramai orang bijak2 masuk opposition.
ah chong ada masters, phd, orang kaya pun dah masuk nak tanding.
baguslah utk spork, yg perlukan pembangkang yg kuat.
macam di maysia, bukan kita benci kerajaan, tapi nak suara pembangkang lantang sikit biar sedarkan masalah rakyat. perbaiki governance.
Nak jadi Pembangkang , jadilah yg hormat perlembagaan.tak tahu perlembagaan a iska kan boreh
Salam Op Ed
sorry lah saya suka bagi soalan panas, kalau tidak, nanti saya tak dapat cungkil jawapan dari sudut yang lain dari awak yang lebih arif sebagai news editor.
Thanks for your views.
pendapat saya hal politician ni kita kena layan mereka macam anak kita. Jangan di manjakan sangat, nanti dia lupa diri dan kita pun nanti tidak dihormati.
dan jenis yang suka sangat membangkang sebab pengaruh kawan kawan, kena di denda dengan cara yang wajar supaya dia sedar dalam rumah pun ada rules dan siapa yang sebenarnya in charge dalam keluarga.
Nanti bila mereka dah berkeluarga dan masih tak berdisplin, dah terlambat kita nak hukum kecuali tegur sahaja. jadi macam anak ku sazali.
-malik-
Dulu aku pun sama menyokong pembangkang. Yelah, siapa tak suka kalau negara kurang rasuah, kurang seleweng etc.
Tapi lepas pembangkang dah menang 3-4 state ni, dah boleh nilai samada dulu tu yg di jaja fakta atau auta.
Kalau dulu tuduh kerajaan korup, double standard ... penyakit sama dah merebak kat penyokong pembangkang. Malah, kadang2 fanatik nya sampai luarbiasa.
Pemimpin pakatan buat salah takpe, pemimpin kerajaan buat tak boleh.
Khabar angin dari geng pakatan ditelan bulat2, khabar dan bukti dari pihak lawan dituduh fitnah etc.
Jgn jadi macam Iraq sudah. Nak pergi kenduri orang kawhin pun mati kena bom.
Untuk kebaikan rakyat, mana mana negara di dunia pun perlukan pembangkang yang kuat mencari dan menegak kebenaran.
Singapura akan jadi lebih lebih baik jika ada pembangkang yang kuat.
Sesuatu yang perlu di hakis ialah pembangkang yang terlalu kuat perkauman dan fanatik ugama.
salam semua...
paneh.... paneh.... semua minggu ni citer pasal PR Sarawak...
aku minat pas... tapi jika pm najib bole buat lebih islam dari pas, aku sokong dia la pulak!
1. Bsyukur jika rosmah pakai tudung,
2. Pagi ni nak gi kolam renang bawa anak.. tapi dia kata kena pakai seluar katok. suar trek x bole la ayah..issk..nak pi laut P.D jauh plak.
3. yahudi memang advance...
wassalam.
qo_ka'ot..
rem,yg u quote hj hadi tu pru 2004 ke 2008?bn regained t'ganu in 2004,which was also the best GE for bn since '78.mase tu,pak lah bru naik..org duk feel good lg,..
n who thought bn did d worst a term later,in GE 2008?..ironic,hehe..
tapi saye igt lagi isu pengundi hantu panas gila thn tu d parlimen marang,kwsn hj hadi..
hari mgundi,8 mac,penyokong pas blok sume kete di kwsn dpn masjid hj hadi..
luckily for me,d bus i took went past freely,mayb bcos it was late noon already..mlm tgk brite,bru thu cite sbnr..anak hj hadi antara yg dtahan krn cetus provokasi..
but i dont blame d opposition for tht..perhaps their paranoia is justifiable
maarof chan,
ampun tuanku beribu ampun.
pak chiq dah tua salah quote tahun!
pas menang terengganu 1999.
lepas tu kalah tahun 2004 bila pak lah baru masuk. aku ni dah nyanyuk dan nyanyu.
terima kasih.
ish banyak sangat Ralat. lama2 masuk tg rambutan jugak nih otak dah mereng.
oped & kluangman,
sapa yg start cerita 'pengundi hantu' ni?
sesetengah pembangkang di Malaysia ni kadang2 tak tahu ujung pangkal isu yg diperdebatkan. kerja nak bangkang sj walaupun pada perkara2 yg membawa kebaikan. bab pertahanan negara, pendidikan & ekonomi rakyat yg nak dimajukan, banyak yg mrk tak paham tapi nak bangkang jugak2.
"aku bangkang sbb aku tak setuju!
aku tak setuju sbb tu aku bangkang"!
tu la modal pembangkang.
asal tak setuju ja, bangkang!
asal bangkang ja, tak setuju!
takde benda lain!
yg bagi cadangan konkrit takpa la jugak. tapi kalau bangkang sebangkang2nya tanpa cadangan bernas, apa paedah?
cantik ending you, kluangman!
Di negara-negara yang lebih maju, pembangkang bekerjasama dgn kerajaan dalam berbagai hal. Mereka berlumba-lumba memberi idea yang bernas. Contoh terbaik adalah Obama yang bekerja dibawah kedua-dua parti Democrat dan Repeublican semasa beliay menjadi senator Illinois.
Di Malaysia amat berbeza kerana pembangkang hanya layak di panggil PEMBANGANg sahaja.
Post a Comment