Bursa saham Singapore, atau Singapore Exchange = pendek, SGX.
Sebenarnya tak kena dipanggil lagi bursa 'saham' sebab selain saham SGX juga menawarkan futures trading dan berbagai produk lain - seperti bonds (dipanggil fixed income securities), REITs, ETF, GDR, etc.
Anda boleh baca link yang saya beri tu.
Pada Oktober tahun lalu ia mengejutkan satu dunia kewangan apabila menyatakan mahu ambilalih (takeover) Bursa Sekuriti Australia, Australia Securities Exchange, atau ASX. Ah, pandai depa gunakan nama 'sekuriti' kerana nama itu meliputi pelbagai produk kewangan. Mereka pun offer macam-macam. Alamak apa benda ni SMSFs - first time saya dengar! Rupa-rupanya pooled funds, namanya dah diglamourkan.
Takeover deal itu jumlahnya ialah US$8 billion, donch pray pray.
Apabila saya terbaca berita ini dulu, saya terkejut al-gorilla (besar sikit dari terkejut al-berok dan terperanjat al-kucing).
SGX ni dah lama berkembang dan terus berkembang sehingga membantu menjadikan Singapork sebuah pusat dagangan kewangan yang teror-meror kat dunia.
Top financial centres in the world silih berganti ialah London, New York dan Singapore.
Lepas tu barulah Tokyo, Frankfurt, Hong Kong dan jauh lagi di bawah Paris, Milan, Shanghai dan Mumbai.
Sedangkan ASX pula, walau kita jarang dengar di dunia sebelah ini, menjadi hos kepada beberapa syarikat komoditi terbesar di dunia.
Ini termasuk nama-nama saham blue-chip komoditi yang disegani - BHP Billiton dan
Rio Tinto. Kalau ada mamat main korek-korek emas, perak, diamond, minyak, copper, mereka ni mesti ada kat situ.
Dan ASX ada nama-nama bank gergasi seperti Australia and New Zealand Banking Group (ada sekitar 20 peratus pegangan dalam AMBank Malaysia), Commonwealth Bank of Australia dan Westpac.
WOOI, bursa dari pulau kecik nak makan bursa dari continent besar!
Tapi selang beberapa bulan, deal tu tak jadi. Bulan lalu, menteri kewangan Aussie, Wayne Swan, berkata:
"Let's be clear here: this is not a merger. It's a takeover that would see Australia's financial sector become a subsidiary to a competitor in Asia."
"It was a no-brainer that this deal is not in Australia's national interest."
KASAR bahasa mat salleh ni.
Malu SGX, kini ada desas-desus jika dia khayal akan kena makan pula oleh bursa yang lebih besar.
Cerita mengenai deal SGX-ASX tu ditulis dengan detail cantik oleh Reuters di sini. Susah wor nak dapat info detail begini.
Dan jika tepat apa yang ditulisnya, ia menunjukkan bahawa SGX dan ASX kurang menggunakan PR consultants untuk membuat deal itu menjadi.
Kita bila dengar PR consultants hari ni macam jelek (sesetengah orang, mungkin) - teringat spin doctors zaman Pak Lah dulu, dan Apco zaman Najib.
Apa kerja mereka ni? Ia ada bersangkut paut dengan projek Lynas di Pahang tu dan projek email 1Malaysia, pada saya ler.
TULISAN Reuters tu berkata deal SGX-ASX tu dianggap sebagai business deal. Aku nak beli kamu. Aku ikut undang-undang takeover kamu, semuanya OK.
Erke, tak boleh gitu 'bang.
Mereka kurang gunakan khidmat orang perantaraan (menurut laporan) nak tanya orang politik dan businessmen - agaka-agak OK tak kami masuk?
Samalah jika SGX nak takeover Bursa Malaysia. Ko nak mampos main masuk tanpa lihat keadaan politik!?!?
Sama ada kita suka atau tidak, cara berita dilaporkan dah bertukar jauh dari dulu.
Lebih kurang ginilah hari ini:
Newsmaker di atas. Mereka yang bagi berita
|
|
|
v
Public kat bawah. Mereka penerima berita.
TAPI kat tengah tu ada macam-macam makhluk. Namanya PR consultants, lawyers, media relations executives, power brokers, publicists, lobbyists, malah wartawan.
Orang tengah ni perlu dilibatkan oleh Newsmaker, agar berita yang keluar kelak akan diterima baik.
Bukan menipu tak memberikan the best outcome untuk Newsmaker.
Macam makcik gi kenduri kahwin. Jika kita jumpa makcik ni gi pasar, selekeh - pakai baju usang, tudung 7tahun masih pakai, dan selipar buruk.
Tapi bila gi kenduri kahwin - wah! Pakai lipstick, gelang emas, kalung diamond, baru beli semalam, pakai kasut tumit tinggit enam inci. Showing your best side.
Tetapi.... tak semua orang kat tengah tu mahu outcome sedemikian untuk Newsmaker!
- Misalnya projek Lynas tu - takkan tak tahu bahawa ia akan menjadi kontroversi?
- Juga email 1Malaysia?
Jika dirasakan kontroversi, maka kena bawa masuk semua "stakeholders" berbincang di belakang tabir dulu.
Dan adakan soal-jawab yang boleh puaskan hati ramai - jika tidak semua - orang. Yang penting ialah soalan yang paling payah akan ditanya oleh members of the public boleh dijawab dengan mudah.
Bukan nak menipu dengan penerangan kelak, tapi agar dapat beri jawapan dengan baik.
Kalau dah announce baru lepas tu terkial-kial cari jawapan, maka payah semua orang.
Dan jangan sangka orang sekarang ni macam orang dulu, mudah kena spin atau ditipu.
DULU zaman Pak Lah beliau nak lancarkan projek Penang Global City, yang kononnya green project. Tak ada siapa pun yang percaya kecuali PR consultantsnya.
SAYA kebetulan kenal seorang lobbyist bagi sebuah kumpulan besar di negara besar.
Mereka dulu ada satu projek sulit - kita nak jatuhkan Orang Itu?
Detailnya begitu syiok. Kena rancang dulu.
Jika ini berlaku, macam mana nak lawan balik?
Jika wartawan tulis gitu, apa info kita ada nak keluarkan?
Jika gagal, apa akan jadi dengan reputation kita?
Projek itu berjaya besar. Hancus mamat yang jadi target. Satu dunia tak sangka ia boleh berlaku dalam enam bulan. Dan tak ramai tahu siapa tangan di belakang kejatuhan sebegitu pantas.
Kalau saya sebut nama Orang Itu, anda semua kenal.
YANG penting di sini ialah perancangan awal.
Bukan berita dah keluar, dah kena hentam baru nak cari jawapan.
Projek dah nak siap baru nak go-stan dan kaji semula?
Damage is done, baru nak kata bukan gunakan wang rakyat?
Video: At the Last Rally
1 hour ago







7 comments:
MrRem
Kerja PR ni hanya berjaya jika di telan bulat bulat oleh the gullibles. PR Apple susah saya tak jadi gullible, boleh tenganga you!
Zaman saya dulu PR dipanggil propaganda. Masih ingat lagi kecik kecik dulu pergi tengah padang tengok wayang pejabat penerangan ( TV belum ujud), macam macam PR gomen buat, hal TB lah, komunis, budak kena minum susu ( dengar lagu Zainal Alam) dll.
Jadi PR la ni hype nya yang lebih ( dan juga kosnya). Propaganda dulu lebih direct dan tak berbelit belit.
PR tu adalah penawar, dia jugalah racun.
PR kadang memercukan kejayaan tetapi ada juga menjunamkan semuanya ke longkang.
Ada PR ke tak ada PR, di Malaysia, duduk tepi tembok dah boleh telanjangkan orang dan boleh kritik atas bawah sebab masing2 ada penyokong untuk tukang booooooo...
Fakta dan penjelasan letak tepi, kem kroni emosi dan racis jadi keutamaan.
Sdr Remi,
Baru semalam, kawan PR saya merintih tentang kurangnya persiapan di kalangan pegawai tinggi sebelum menjawab soalan wartawan atau hos rancangan.
Yang terbaru tentang emel 1M yang kedengaran sukar dipertahankan oleh wakil MAMPU dan PEMANDU di temuramah melalui stesen radio bisnes.
Janganlah sampai yang ada gelaran dan ijazah kedoktoran kedengaran kurang petah bila bertikam lidah dengan hos rancangan yang mungkin hanya ada ijazah pertama atau diploma.
Bro Rem,
Link reuters tu patah (ni direct translation ni)la.
Iskandar,
patek dah sambung semula tuanku.
saya tak nampak banyak beza kerja orang dalam PR dengan Newspaper.
Kedua duanya kerja nak bagi their paymaster nampak cantik dan cover apa apa kelemahan yang dapat dilihat oleh orang luar.
cuma terms saja yang berbeza, tak ke gitu Rem.
Anon 22:10,
secara umum:
PR = siapa bayar gaji, orang itu akan ditunjuk ajar biar apa yang keluar kepada ramai ialah Berita Cantik.
Akhbar = keluarkan cerita yang orang nak baca. agar orang beli paper atau subscribe kepada online news kamu. gaji dibayar oleh Advertisers.
lebih banyak orang beli paper, lebih banyak wang dibayar oleh advertisers. Advertising rate lebih tinggi.
Tapi ini tidak bermakna akhbar tak boleh tulis cerita yg menghentam advertisers. misalnya jika pesawat FinnAir esok meletup kerana maintenance yg tidak baik, tidak bermakna akhbar tak lapor cerita itu kerana takut FinnAir tarik balik iklan (saya tulis airline ini. jika saya tulis SIA atau MAS, takut nanti orang sensitif). pernah banyak kali advertisers tarik iklan kerana tak suka kena hentam. apa nak buat, takkan cerita besar akhbar buat tak tahu?
jika misalnya Proton atau SingTel buat benda yg ramai orang complain, pasti akan keluar juga beritanya. tapi kena balancelah, takkan cerita rumour pun kamu besarkan, tapi tak nelpon syarikat yg diburukkan itu?
jika akhbar tak keluarkan dan heboh di internet, akan hilang credibility akhbar nanti! orang tak beli lagi. advertising rate pun jatuh.
orang akhbar jadi blogger murahan macam remgold tulis secara percuma!
cuma yg jadi masalah ialah di negara di mana pemerintah/kerajaan control paper. aha! macam di spore dan maysia.
jika zaman dulu, orang akhbar boleh buat donno jika ada berita buruk mengenai orang yg control mereka.
saya tak ingat cara akhbar main cerita pergaduhan kaum di spork dan maysia tahun 1969 dulu.
tapi kalau saya editor dulu, ini cakap kosong, saya mungkin tanam cerita tu kat pg 20, sebelah bawah. 5baris saja - ada sedikit demo kat bandar, 3cedera, keadaan terkawal (misalnya ler).
tapi ini pun bahaya utk akhbar, walaupun belum zaman internet, sms, twitter dan youtube - sebab orang kat luar tu dah heboh kerana 10 mati dan puluhan cedera (misalnya)! tak ada credibility jika akhbar buat donno.
tapi zaman internet ni, lagi dasyat.
baca cerita saya selepas ini - Sarah Palin, Meet Sarah Pei Ling.
di mana satu tayangan pendek di Youtube, jadi isu besar!
ye eleh, akhbar dan tv omputeh yg laungkan democracy dan freedom of speech sebenarnya pun kena control beb. siapa pemilik akhbar2 besar di banyak negara omputeh (UK, America, Australia) dan tv seperti Fox News? Rupert Murdoch.
Siapa control CNN? Ted Turner.
siapa pemilik AlJazeera? Qatar royal family.
takut kena saman, saya tak berani kasi detail. tapi kamu google sendiri dan cari apa yg pernah berlaku.
Post a Comment