Thursday, 21 April 2011

Perdana Menteri baru dalam PAP....?

Susah sangat nak suruh orang Singapork undi selain *Petir - Parti Tindakan Rakyat, atau PAP.
(*Sebab tu ler depa pakai logo petir. Logo-logo parti - saya pernah tulis di sini).

Sebabnya gini: Walau macam mana pun marah dengan PAP, mereka tetap mahukan parti ini untuk terus memerintah Singapoora.
Jadi yang ditakuti ialah semua orang bangun tidor pada hari mengundi, lalu undi pembangkang. Maka dengan tidak sengaja, pemerintah PAP akan berakhir dan pembangkang - yang nampaknya hingga hari ini susah nak bersatu - akan memerintah pulau ini.

Maka pada Pemilupork 1991, pembangkang gunakan strategi baru - mereka gelar sebagai 'By-Election Effect' atau 'By-Election Strategy' - kesan pilihanraya kecil.

Pembangkang mulai 1991, tidak letak calon di 51 peratus daripada kerusi yang ditandingkan.
Jadi pada Hari Penamaan Calon (Nomination Day), PAP gerenti menang 51 peratus kerusi dan boleh jadi pemerintah semula....!
SO now you can all vote opposition dalam 49 peratus kerusi yang ditandingkan, tak payah takut lagi akan ada freak election results dan pembangkang jadi Perdana Menteri.
Strategi ini berjaya pada 1991 kerana EMPAT kerusi dimenangi pembangkang - rekod ramai pembangkang dalam sejarah moden Singapork (iaitu selepas tahun 1960an apabila ramai pembangkang).
Lepas tu hanya dua kerusi saja, setiap lima tahun.

Itulah yang berlaku sejak itu. Setiap Pemilupork ada By-Election Strategy = kamu undi pembangkang pun, tak payah takut, kerana pemerintah pusat tetap sama.

Tapi Pemilupork tahun ini, 2011, nampaknya mereka dah tak guna benda ni lagi.
Kena tunggu Nomination Day, tapi kata orang banyak sungguh kerusi yang nak ditandingi kerana:
1) Rakyat marah, maka ramai nak jadi calon pembangkang.
2) Ramai orang berpelajaran tinggi sertai barisan pembangkang.

Parlimen lalu ada 84 kerusi, dua pembangkang, satu NCMP, sembilan NMP.
Parlimen yang akan datang ada 87 kerusi.



DAN yang menarik, kerana di Singapork semua diatur dan teratur - whether you like it or not - maka sudah timbul desas-desus bahawa calon yang akan jadi Perdana Menteri Temasek yang keempat akan masuk parli kali ini.
Selepas Lee Kuan Yew, Goh Chok Tong, dan kini Lee Hsien Loong.

Tapi kerana PM baru kena mula belajar mulai hari ini, dan perlu seorang yang lebih muda berbanding barisan dalam Kabinet hari ini, maka hebohlah cerita bahawa antara enam high-flyers yang baru masuk, seorang akan dipilih jadi PM.
Tapi bukan untuk tahun ini, atau lima tahun dari sekarang pun. Cuma nak kena groom dulu ler.


Antaranya yang paling banyak disebut ialah Brigadier-General Tan Chuan Jin.
Titlenya kini ialah BG (NS) Tan. Yang 'NS' tu ialah untuk National Service. Sebab dah tak aktif lagi sebagai boss tentera, tapi masih boleh dipanggil ke dalam NS bila diperlukan.
Ini cerita calon-calon baru PAP - dari 24 ini, enam agaknya akan jadi Kabinet utama di masa depan. Everything is planned, whether you like or not. And of course you won't like it if you are NOT part of the plan!
PAP kini pakai video lagi. Kena practice ni beb, nak cakap gini. They all look very fake to me, tak macam video-video negara lain.

NAK tengok calon parti lain?
Semuanya di sini.

15 comments:

Anonymous said...

salam remgold

hri tu tgk kat CNA , ada iklan program INSIGHT , citernya " is BN in deep trouble after its worst Sarawak election result in 24 yrs ? "
bila ku tgk , politcal pundits alredi predict this , Najib tak ada terima apa2 kemarahan dari org ( chainis kat sarawak support najib , tpi sbb ia election negeri , kenalah buang taib dulu ) , buat apa CNA nak besarkan citer ni ? knapa ? mrka ingat finally anugerah tuhan tu finally jadi PM dan jdi boneka kpda Spork dan sekutu2 nya ?

tu lah sllu ku kata , CNA cuba nak jdi mcm BBC atau CNN tpi tak jdi ? sbb apa ? sbb bila nak besarkan isu kat asia ( especially msia , to them is a s***hole country to look at ) , tpi kat ngra sendiri , praise PAP for everything .

jdi PAP jgn ingat blh dpt 2/3 semudah tu lagi . tpi klau opposition dpt nafikan 2/3 , apakah respons CNA ? is a freak result and catch all the opposition MP ? tpi dlm keadaan tu , PAP dpt 2/3 dgn senang , opposition maksimum hnya dpt 10 kerusi je , semua GRC pegang olh PAP. klau ni semua jdi , tak tau lah msa depan utk average joe mcm ku ni .

Budak dari Jalan Besar

Anonymous said...

Singapore does not need general elections.For as long as LKY is still alive Singaporeans should leave their fate in his hands.

Ayuni said...

Pakcik Reme

agak nya bila lah PAP nak bagi chance kat orang Melayu jadi PM di Temasek ni ek.

Anak pakcik yang hemsemlawa macam abahnya tu pun berpangkat jugak dalam NS. Tak kan lah tak boleh calon kan dia ke. kurang kurang jadi DPM.

lagi satu kalau kita tak undi PAP, nanti kita kena petir. Jadi daripada kita mati kena petir, lebih baiklah kita hidup tak kena petir.

BUDAKJOHOR said...

remgold,
sorry la, aku ni kawin dgn cina singapore tapi tak berapa tahu beberapa perkara pasal politik singapore. engkau tolong jawabkan la 2 soalan ni -
1. Apasal kat Singapore orang Melayu Islam dia tak buat parti khusus untuk dia orang? 15 per cent tu ramai juga tu. Orang India kat Malaysia tak sampai 10 per cent pun melambak-lambak parti dia org. Tak boleh ke buat Parti Melayu Bersatu Singapura atau Parti Islam SeSingapura? Rasa aku la, kalau ikut logik orang Parti Islam SeMalaysia (PAS) susah la orang Islam Singapura nak masuk syurga sebab tak ada parti dia orang sendiri.
2. Ada tak kawasan pilihanraya kat Singapore yang Melayu majoritinya ramai sikit? Katalah 20 per cent ke?

d'enricher said...

Rem,

Pendekkan cerita, kalaulah ada Parti Alternatif kat Singapura tu, mesti lah ada peluang.

Gaji PM dan semua menterinya jadikan setiap mereka jutawan.

Yang penting mana ada kerajaan lagi, sementara adalah, yang ada PAP dan yang lain-lain. Kalau yang lain-lain belajar bersatu, baru lah boleh lawan dengan lebih teratur.

Macam kat Malaysia la, alternatif bertambah baik, mungkin PRU13, kalau tidak PRU14.

Tapi kalau kat Singapura tu, tak mula ... kira susah lah.

Apa pun selamat mengundi, cakap banyak pun yang layak ada satu undi aje.

A.Alshukor

kluangman said...

Singapura yang dimiliki oleh pemimpin2 PAP yang terpilih, tersusun, bersih, telus dan disayangi oleh rakyatnya wajar mengadakan pilihanraya 10 atau 20 tahun sekali atau ketika PM nya nak 'jalan' atau 'jalan jalan'.

Anonymous said...

Rem, what do you think about Yakult saying that Bahasa Melayu should be taught as a foreign language to Malays? How can the Native's language being taught as a foreign language to the Natives of the island?

Bahasa Melayu is Singapore's National Language, bahasa Nusantara, how come PAP wants it to be second class? What is the agenda behind this? They want the Malays, their culture, their language and their heritage links to the Malay Archipelago to disappear or what? This is ethnic cleansing in its subtlest form. (Sorry Rem, I know you like PAP a lot).

They say that this is to increase the fluency of the Malay language amongst the Malays but what about Mandarin? To what I know, Mandarin is more difficult to leaarn than Malay, how come we have 'Speak Mandarin' Campaigns year after year. No one asked that Mandarin be taught as a foreign language in Singapore........See how the PRCs feel so much at home in Singapore with their Mandarin. They can't be bothered to learn English.

I feel sad lah, Rem.

"Bahasa Jiwa Bangsa."

Tinky-Winky

keramatmali said...

Rem,

Hang kena nengok camna susahnya orang tahun 50an berkempen nak ajak rakyat mengundi.

Hang kena hayati video klasik ni.

http://youtu.be/xaKVGKHAQn8


ps kalau hang terrer cuba teka sapa penceramah yang lebih hebat dari
si-nuak brahim ni.

remgold said...

wait ah, later unkerr reply.
dewasa ni kerja shift 4ptg hingga 1-2pagi.
tak sempat nak main tembak-tembak dgn kalian.
tak apa. asalkan kita terus dapat blessings dari Father, Son and the Holy Goh - tiga PM pertama spork.

remgold said...

Budak Jalan Besar,
apa ni marah2. cina spork ada 5C - cash, condo, creditcard, car, countryclub. melayu spork ada 5M - minah/mat, marlboro, (heavy)metal, motor, menten balen. jadi kamu kenalah mentain balance jgn nak marah2.
kan betul bn memang in deep trouble. sebab dia ada dua FD akaun - akaun sarawak dan akaun sabah. yg satu dah habis kena kebas cina maysia. tinggal FD sabah saja.
kamu nak citer maysia atau spork nih!!! (ah kan pak chiq dah marah!)

Anon 1318, d'enricher, kluangman,
spore ni tak ada election pun tak apa - betul tu. kami ni demoKERASi bukan demokrasi.
spork, tidak seperti maysia dan indonesia, sebenarnya belum zaman reformasi dan kena sambar internet. baru kena sambar petir. tapi saya rasa 2011 ni depa akan kena sambar geledek, biar celik.

Ayuni, Budak Johor,
spork cainis is not ready for a non-malay prime minister. that one is true enuff.

http://remgold.blogspot.com/2008/11/singapore-ready-for-malay-indian-pm.html

sebabnya mudah: semua bangsa mahu orang sama kulit dan sama agama jadi pemimpin mereka, kalau boleh.
di maysia sebenarnya, lim kit siang tu lebih layak jadi pemimpin pakatan, bukan anwar. lebih cekap dan bijak berpolitik (saya tak kata beliau bijak; tapi bijak berpolitik). anwar dialibabakan. ini utk keselesaan melayu maysia dan orang pas. nak ambik orang pas, parti terbesar, jadi pemimpin pakatan, bahalol pulak.


tentang parti melayu di spork: masih ada anak umno di sini - parti kebangsaan melayu spura atau PKMS. kamu google dlm blog ini. mereka berpecah dua bergaduh tentang duit.
dan pernah masuk pilihanraya 20-30thn dulu, lawan di kawasan melayu, hancus. kini pkms menjadi sebahagian dari Singapore Democratic Alliance - gabungan tiga parti SPP, SJP dan PKMS.
malah dulu ada parti ISLAM di spork. betul! namanya Angkatan Islam, lihat di sini - logo warna hijau -
http://www.singapore-elections.com/political-parties.html

pernah bertanding kira2 30thn dulu. saya attend ceramah depa kat open carpark. yg datang 20orang - 10 drpdnya abang polis preman.
seorang peserta tanya - 'AI, kamu jika menang kerusi nak jaga kami cina sama rata ke?'
mamat calon kata: 'ya, sama rata'.
kalau gitu baik mereka undi pap.

Tinky Winky,
yaacob ibrahim kata gitu di sini:
http://www.sgpolitics.net/?p=6596
saya pun tak paham. senang je beb, kamu jangan undi orang ni. ini jawapan shortcut ler, if anyone doesn't make u happy, don't support her/him - bukan saja dlm politik, tapi dlm apa pun.

cuma orang melayu spork ni macam di kl pun, bahasa melayu kini BUKAN bahasa komersil, bukan bahasa business, bukan bahasa perantaraan. lebih lagi di spork di mana melayu minoriti yg tak ada kuasa politik lepas tu papa kedana lagi (tak macam cina maysia dan indonesia, malah di thailand dan filipina - kuasa politik ada sikit, tapi kaya raya).

jadi nak salahkan siapa? dulu mahathir dan anwar pun tak boleh naikkan bahasa melayu di maysia, apa lagi di spork.
pada saya - kamu mungkin tak setuju - asal islamnya kekal sudah. bahasa ni saya tak ambil pusing sangat.
yg pelik: anak jantan saya dulu di kl 15thn tak pandai berbual bahasa melayu sebab sekolah international. bila masuk NS di temasek campur banyak melayu pulak. hee, terbalik!

abeh melayu sibuk main politik bodoh, tak mahu design dan invent, create and expand, maka matilah bahasa itu dgn sendirinya. jangan salahkan pap dan yaacob saja.

maaf beribu maaf, saya kerja akhbar omputeh, jadi pada saya bahasa m saya tak pandang sangat.
'bahasa jiwa bangsa'. pada saya: 'ilmu teguhkan bangsa'. orang jepun, korea, china teguh bahasa sampai orang nak belajar, sebab design dan invent, create dan expand.

keramatmali,
suara ahmad nisfu kot.

Bluearmoire said...

Salam Rem
Setuju 'Ilmu Teguhkan Bangsa'
Jgn jadi 'katak bawah tempurung'. Dunia dah jauh kedepan (globalisasi) . Berlapang dada dan bersaing. Salahkan keliling dan meratap, apa yg dapat?

Anonymous said...

salam Op Ed

apakah apa yang kita lontarkan dan telagahkan disini akan dapat mengubah status politik dan kuasa bangsa Melayu di Singapura kelak ? sudah pasti tidak.

Oleh itu, Melayu Nusantara harus lah hayati kesah sejarah ini sebagai pengajaran masa depan.

-malik-

pengundi Senior said...

bila kita berkuasa, mereka meminta
bila kita memberi, mereka merasa
bila mereka berkuasa, bangsa kita hanya tinggal pada nama.

Fikir fikir kan lah.

Anonymous said...

Rem I lebih exited Perdana Menteri baru dari parti pembangkang dari pemerentah sekarang. Ini berdasarkan daripada tanda tanda pendapat dari rakyat jelata biasa yang tertekan !

Anonymous said...

Aku tahu benar perangai Melayu sombong, sombong pada bangsa, bahasa dan kadangkadang ugamanya sekali. Memandang rendah pada kaumnya sendiri. Melayu-melayu begini konon konon sudah maju, terpelajar, sudah 'at the top' lah katakan.

Aku tahu benar perangai Melayu sombong begini kerana aku pun tinggal di sebuah kampong dulu di Singapura, iaitu Kampong Wak Tanjong. Disana ada Melayu kaya, Melayu miskin dll. So, aku kenal lah minda bangsaku sendiri.

Ah, aku ini apa lah. 'Katak dibawah tempurung' katakan. Yalah, dengan pengalaman aku tinggal di luar negeri selama lebih kurang 20 tahun, dah 'master' at least 2 bahasa asing, dah kerja di negeri negeri Ostolia, Maysia, Indonesia, Perancis, Ingglen dll.....hah, tu kan aku ni bodoh, tak tahu globalisasi, tak tahu ilmu, meringik konon, komplen lah, tah apa apa lagi .....TAPI aku orang Melayu, jiwaku tetap Melayu, walau sudah lama merantau. Aku tengok mat salleh-mat salleh kat negeri aku duduk dulu semuanya menebal semangat rasa cinta bangsa dan jatidiri mereka.

Rata rata orang Singapura bukan Melayu lebih prihatin terhadap apa yang berlaku sekarang, bacalah kat TOC dan portal portal online yang lain. Mereka lebih simpati dari sesetengah orang Melayu sendiri.

Sayang kalau bangsaku terus hilang didunia ini dek terus kejarkan syorga keduniaan, konon konon kemajuan, sampai rasa jatidiri Melayu terus hilang.

Ingat ingat lah.

Tingky-Wingky.