Friday, 15 April 2011

Pink Rolls Royce

 


TAMBAHAN

Sebuah bom meletup di dalam sebuah masjid di HQ polis di Cirebon, Jawa Barat, Indonesia. Suicide bomber. Orang gila bunuh orang bersolat Jumaat sebab nak bunuh abang polis.
Inilah terjadi jika kebencian terhadap polis tidak dikekang.
Pertama kali bom dalam masjid di Indonesia.

-----------------------------------------
CERITA NEGARA SYRIA. OPOCOT, SARAWAKlah!

- Apabila yang memerintah naik pink Rolls Royce dah bertahun-tahun dah, sedangkan rakyat di pendalaman kena bayar tambang yang tinggi (berbanding pendapatan mereka) untuk naik bot sewa dan bas nak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, padah jawabnya.  
GAMBAR - STAMP LAMA - Kini bendera Sarawak dah tak ada salib lagi. Pompuan tu ialah Queen Elizabeth masih muda.


- Apabila keluarga orang-orang yang memerintah didapati begitu mewah dengan asset di dalam dan luar negara - yang terlalu jauh dari pendapatan rakyat jelata - kamu siaplah.
GAMBAR: PINK ROLLS ROYCE saya park kat garage. Kenapa? Tak percaya?

- Apabila kamu di atas tu dan tak mahu turun apabila dipujuk dengan baik, maka kamu akan di HosniMubarakkan dan di AliAbdullahSalehkan oleh rakyat.

Kita lihat Dr Mahathir, Muhammad Ali dan Kuan Yew. Apabila tiba masanya, kamu berundur. Always retire at the top.



Eh Kuan Yew kan masih dalam Kabinet? Siapa kata dah retire?  Walau tak terus duduk rumah, nasib baik beliau terus dalam Kabinet. Cerita bagaimana Singapork kini hampir serba-mencukupi dengan air - walau kamu tertawakan sebagai air jamban - bersangkut dengan kerjanya dalam Kabinet selepas turun dari takhta Perdana Menteri. Cerita Newater di sini dan sini. Kini teknologi air Singapork dah dijual di negara lain.

Kini antara kerja beliau ialah memikirkan: Jika dunia global warming, apa akan jadi kepada pantai-pantai Singapork? Tenggelam tak? Jika ini berlaku apa boleh buat? Tembok tinggi?

LKY menjadi strategis long-term negara: Kamu nampak bahawa lebih ramai para menteri Singapork yang gi ke Timur Tengah berbanding dengan Maysia? Mereka nak berbusiness, itu strategi juga, sebab Pak Arab banyak wang dan perlukan expertise banking dan education, pelabuhan dan teknologi.

Sama dulu macam Dr Mahathir. Pada saya, sayang sungguh beliau diketepikan oleh Pak Lah dan Khairy begitu saja.
Dr M tak mahu duduk dalam Kabinet sebab tak mahu ikut macam Kuan Yew kerana takut orang muak. Tapi bayangkan jika pengalamannya diceduk sebagai Adviser to the Cabinet dulu, atau apa title pun yang kamu nak beri. Atau jadi brand ambassador. Tentu Maysia boleh bergerak ke tahap lebih baik.
GAMBAR: Siri setem the three White Rajahs of Sarawak. Kini ada pulak Brown Rajah tak mahu turun takhta.


- MUNGKIN BN tak akan jatuh kali ini di Sarawak. Katanya yang jatuh dari 20 - 25 kerusi.
Sebab yang marah besar ialah warga Cina (34 peratus dari 2.4 juta rakyat Sarawak). Kaum yang paling mewah, tapi mereka fed-up dengan isu-isu federal termasuk corruption dan terhadap parti besar Umno - parti yang memerintah di pusat - yang tak mahu reform.

GAMBAR - WANG KERTAS LAMA Rajah Brooke.


Yang bangsa Dayak (39 peratus rakyat) pun dah makin marah. Saya pernah ke Belaga dulu selepas melawat Bakun Dam. Cerita di sini. Sedih pun ada, bingung juga lihat orang begitu daif dan miskin.
Mungkin Iban dan Bidayuh pendalaman masih nak undi Pek Moh, tak tahulah.
Tapi semua kerusi Dayak yang dekat dengan bandar besar pun dah reput juga, katanya.
GAMBAR: Second White Rajah of Sarawak (bermisai), Charles Brooke.





Untuk BN kini, hanya Melayu dan Melanau (29 peratus) yang masih penyokong tegar. Yang lain dah ramai dah lari, katanya.

- OKlah kita lihat bagaimana esok.
Tapi seperti di Singapura pun, orang dah mula muak dengan mainan orang di atas, dan mahu angin perubahan. Bukan nak undi keluar pemerintah, tapi nak kasi warning: Kami sayang kamu begitu lama, tapi nampak dah senget.
Sila perbetulkan.
GAMBAR: James Brooke, White Rajah pertama Sarawak.

Ada sejumlah 71 kerusi di Sarawak.                                                                       Nak kurangkan BN 2/3 kerusi, Pakatan kena menang 24 kerusi (kini pembangkang ada 7). Maknanya BN hanya menang 47 kerusi.                                                       Jika Pakatan nak kalahkan BN, kena menang setengah dari jumlah kerusi = 36 kerusi. Maka BN hanya pegang 35.                                                                                   Maaf ya, tapi saya ni sebenarnya tak selesa lagi dengan politik dan politikus Malaysia, sebab banyak sangat berpolitik dan dah kurang bekerja.                                        Maka pada saya siapa pun yang lebih banyak kerusi, yang menang besar ialah rakyat kerana akan dapat tunjukkan: Lu orang jangan main-main, gua lagi marah nih.                
GAMBAR BAWAH: White Rajah ketiga dan terakhir, Charles Vyner Brooke. Bila dia mati, keturunannya tak lama jadi Rajah Muda Anthony Walter Dayrell Brooke sebelum disingkir. Meninggal hanya bulan lalu di New Zealand.


UNTUK YANG DAH LUPA

- Mohammed Yaacob, Menteri Besar Kelantan 1978-1990, 12 tahun, lepas tu hancus.
- Wan Mokhtar Ahmad, Menteri Besar Terengganu, 1974-1999, 25 tahun, lepas tu hancus.
- Koh Tsu Koon, Ketua Menteri Penang, 1990-2008, 18 tahun, lepas tu kapal sink.

Sejarah akan berulang di Sarawak?



9 comments:

Bluearmoire said...

Salam Rem
-.......sebab Pak Arab banyak wang dan perlukan expertise banking dan education, pelabuhan dan teknologi.
Boleh kasi link2 yg sokong yr statemt.
Kalau ada mat Arab dah apply WP kat Spore, macam mana nak ambil peluang dari atas. Kasi idea Rem?
Thank you.

Sarawakian in desert said...

Salam Reme

FYI kalau awak pernah kerja dan duduk di middle east, Pak Arab prefer Mat Salleh to be their advisor or top management in their GLC. We'll be surprise kalau terjumpa mamat Asian duduk di post yang tinggi. Kira dia memang bagus.

second choice is Muslim, atau geng bawang ( Indian ) yang pandai pusing.

Chinese non Muslim is their last choice. so best whishes to Spore minister going to Middle East.

cerita pasal sarawak.

yang patut turun Taib Mahmud dan George Chan dan sewaktu dengan nya.

Cara awak bercakap seolah olah Najib & BN masih tak berubah dan berbeza dari Pak Lah and Geng.

Rakyat Bumiputera Sarawak harus belajar dari PRU 2008. Apajadi kepada bumiputera di Selangor dan Penang.

dan jangan lupa apajadi kepada nasib bumiputera di spore

Marah nyamuk jangan dibakar kelambu.

marah anak, tangan tangankan, tapi jangan sampai putus atau mati tidak boeh diganti.

Chinese ni hidup mereka di dunia ni memang tak pernah puas.

malah bila mati pun, rumah, kereta, iphone4, ipad2 pun di bawa mati sekali. cuma patung isteri mereka saja yang belum ada lagi.

pernah dengar joke kenapa China antara negara paling besar dan paling ramai dalam dunia ?

kerana mereka tak pernah merasa puas dengan apa yang mereka ada.

Fikir fikir kanlah Reme dan juga saudara ku di Sarawak.

Anonymous said...

bom dalam masjid di jawa pulak dah.

ini lah cara penyelesaian jalan mudah oleh umat M, ala ala extremis PAS.

Melayu mudah lupa said...

UNTUK YANG DAH LUPA

- Nik Aziz, MB Kelantan 1990 - sekarang, 21 Tahun, terus hancus berkecus.

- Mohammed Yaacob, Menteri Besar Kelantan 1978-1990, 12 tahun, lepas tu hancus.

- Wan Mokhtar Ahmad, Menteri Besar Terengganu, 1974-1999, 25 tahun, lepas tu hancus.

- Lee Kwan Yew & PAP, Singapore 1965 - sekarang, 46 Tahun, identiti dan kuasa orang Melayu Temasek, terus hancus berkecus.

- DAP Lim Kit Siang & Lim Guan Eng, Karpal Singh dan Gobind Deo,
1966 - sekarang, 45 Tahun, semakin kuat pegang Parti yang kunun nya perjuangkan demokrasi dan Malaysia semakin hancus.

- PKR Anwar, Azizah dan Nurul Izzah, Azmin - 12 Tahun - kekuasaan
keluarga semakin terserlah dan Malaysia semakin hancus.

remgold said...

Blue dan Desert hornbill,
eeks singapork buat promo kat middle east tu bukan agar spore chinese dapat jadi ceo atau md kat negara sana.
bukan juga nak tarik mamat arab apply WP (work permit) nak kerja kat pulau temasek maha kecik.

tapi nak jual brand name.
lebih kurang: kami singapork ada banking system yg selamat, kami oil trading hub No.1 di asia walau tak ada minyak langsung yg dikorek, kami boleh jadikan air laut dan air jamban kamu air yg boleh diminum, sistem pendidikan kami baik dan terkenal (antara universiti asia, NUS dan Nanyang U kat paling top. dan banyak uni omputeh ada kampus di sini), harga hartanah kami terus naik kerana ramai orang kaya sedunia beli di sini (baik perompak atau businessmen saya tak tahu. tapi ramai dari msia, indonesia, russia, india, china, africa).
juga sistem pemerintahan efficient dan kamu boleh hantar kakitangan awam kamu training kat sini atau kami hantar trainer ke timur tengah.

dah lebih 10thn spork buat promo ni. ini cerita tahun 2007 dan 2009.
lihat dagangan yg terus meningkat dan jenis business yg dah menjadi dlm laporan lama ni.

http://www.sedb.com/edb/sg/en_uk/index/news/articles/middle_east_investments.html

http://www.sedb.com/edb/sg/en_uk/index/news/articles/singapore_s_business.html

selepas peristiwa 911, pak arab dah tak syiok sangat dgn omputeh ni. betul, mereka terus ikut cara barat dan lebih suka ke london paris newyork sebab boleh togok dan lebih dekat dengan negara mereka.
tapi dlm banking dan di mana mereka letak duit, mereka tak lagi semua letak di swiss, newyork atau london. takut nanti kena tuduh support terrorist, kena block account mereka!
jadi ramai masuk singapork, the second banking hub in the world selepas london.

saya pasti di maysia pun dapat kesan baik - kita lebih ramai nampak pak arab ni dgn isterinya berpakaian zorro pada bulan apa pun di kl, penang dan genting.
dulu hanya bulan ogos (sebab musim panas di arab dan musim cuti sekolah).
dan makin banyak bank arab buka cawangan di mana-mana di kl dan selangor!

betul tu mereka ni tetap suka kasi project dgn omputeh, tapi mungkin sebab kita kurang promo kebaikan kita dan apa yg kita ada.
ramai juga menteri maysia ke sana dulu. mungkin saya silap, tapi kini nampak kurang menteri dari kl ke sana, melainkan kak mah.

tapi sebenarnya maysia tak perlu sangat buat promo kat negara arab, berbanding spork, sebab nama dah begitu terkenal kerana nama dr m dulu dihormati mereka dan cara beliau memajukan negara.

antara business temasek yg dapat di sana:
- syarikat tempatan hyflux dapat projek buat loji air di algeria dan libya.
- uni baru di saudi di mana wanita dan jantan boleh duduk dlm satu kelas, dikepalai oleh warga spork. gaji usd2juta-3juta.
di bawah artikel ini:

http://remgold.blogspot.com/2010/05/saudi-raja-bergambar-dgn-wanita-di-dada.html

- banyak syarikat arab juai-beli petroleum products di spork (lihat artikel yg saya kasi link di atas tu).

tapi ikut stats, tak begitu ramai pak arab yg ke spork bercuti:

http://en.wikipedia.org/wiki/Tourism_in_Singapore#General_trends

not in the top 5 arrivals to spore.

tapi pak arab ramai ke maysia!
nak tahu senang aje. kamu pusing kat jalan bukit bintang - banyak tempat makanan arab.
masuk klcc tingkat paling atas - kedai buat rambut di sana semua ada tulisan arab - kami beri kamu privacy jika kamu set rambut di sini!
jika tak ramai takkan banyak kedai makan dan signboard gitu.
wooi ramai dari saudi, iran, uae datang maysia you!

http://corporate.tourism.gov.my/images/research/pdf/2010_kumulatif_new.pdf

pemerhati said...

Pak Rem,

Betul tu, saya ada perasaan BN akan kalah banyak kerusi. Walau macamana KM Sarawak putar pasal kekayaan dia, semua org masih nampak dia kaya raya sehingga mampu beristeri baru warga Lebanon. Tak lupa RolRois dia yang pastinya bukan mcm kancil regenye.
Kalo saya jadi org serawak pon saya akan undi PKR, walaupun tau Anwar camtu.

Ayuni said...

pakcik Reme

kita orang baru balik holiday kat sarawak.

Best jugak kalau Election kat Singapore macam kat Malaysia kan.

Baru gerek kan. nanti asyik muka dan parti lama saja. Kena guna slogan Mesti Berubah, macam DAP pakai kat kuching - baru best dan gempak. Baru ada challenge.

saya dan member-member first time nak voting nanti. KIta boleh pilih MP dan parti yang boleh bagi kita new dimension nanti. best.

liyas said...

semua jelas, terang lagi bersuluh..gunakan lah akal kan?

anti bohmau said...

my! my!

the long list of malaysian billionaires monopolised by who? taib & da gang? please be reasonable!
if without the stability in Malaysia, will there be these chinese billionaires, man? & may we know how they gather their richness when the bumis are only what, few among the few in that list?
majority of the bumis still need to be helped yet this brings about dissatisfaction among the the non-bumis. why they want the bumis to be in the ditch or what?
itupun pembangkang bukan main dengki lagi ka anak Tun seolah2 mohzani tu pengemis buta huruf yg tiba2 jadi kaya sekelip mata!
syed mokhtar bukhary pun mrk pernah kaitkan dgn Tun...
apa nak jadi melayu ni! bangsa lain kaya tak apa, jgn melayu kaya..berdosa besar! apa salahnya sama2 berlapang dada, mana tahu Allah SWT juga akan kayakan kita, kalau tidak dgn duit, dgn nikmat syukur dlm hati!!! aku pun kalu boleh nak tapi Allah SWT tak izinkan..adala hikmahnya tu...