Saturday, 9 April 2011

Sing$, Ringgit pijak Dolar US; Perak silau

Wooi, ni macam nonton tsunami landa Jepun sebulan lalu - takut-syiok.
Atau sedang nonton Shah Rukh Khan menyanyi kat TV tapi nak kena lari masuk toilet sekarang juga sebab dah tahan. Tak tahu nak buat mana satu dulu.
Hahaha.

Matawang Singapork melonjak ke tahap tertinggi dalam sejarah berbanding dolar Amerika.
Ringgit tertinggi dengan US dollar dalam setahun.
Dan Perak (silver) tertinggi dalam 31 tahun, Emas naik lagi ke rekod baru.
Platinum dan Palladium juga naik giler.

Singdollar kini di bawah 1.3 berbanding USD. Dulu nak turun dari 1.5 payah benar.


Ringgit pula di 3.02. Kita tentu ingat dulu zaman Mahathir dan currency controls, ia diikat di paras 3.80.
Semakin kukuh. Takde pulak orang yang puji.
Cuba jika esok ringgit jatuh - kerana apa sebab pun - tentu ada yang pekik-pekik.

Memang Dollar-Malay ni dalam chart nampak macam terbalik.
Kerana dolar Amerika ni matawang terbesar, maka pasaran dunia melihat matawang semua dari kacamata USD.

Ia dilihat begini: dulu US$1 = 3.80. Iaitu satu dolar Amerika boleh beli RM3.80.
Kini US$1 = 3.02. Satu dolar Amerika boleh membeli hanya RM3.02.
Maknanya, USD makin lemah. Atau ringgit lebih kuat.
Jadi jika kamu lihat CHART, seperti di bawah ni, USD lebih lemah.




Tapi jika tak puas hati, nak tengok Aku Makin Kaya, saya invert chart ni - di Bawah.
Nak main-main dengan Invert ni, atau detail pergerakan Dollar-Malay dalam 90hari, 180hari, gi kat sini.

Ah ah, orang pasaran panggil Dollar-Malay. Mereka nak jual beli dalam sesaat-dua, where got time nak kata - "Can you please sell US Dollar to Malaysian Ringgit at range of between 3.030 and 3.028".
Jawapan money broker: "OK sir, the order is done".
Ish! No time for all these!

Short form antara bank dealer dengan money broker, lebih kurang - "Sell dollar-malay oh-three, oh-two-eight".
Jawapan: "Yours!".
Tapi itu dulu, kalau pakai phone. Kini pakai taip kat keyboard saja buy and sell orders ni.
Eeks, harap Abang Zack baca ni dan betulkan. Depa tu dulu big time player kat Raffles Place. Sebab saya agak gitu ler perbualan kerana kerap juga dengar dealer-money broker pekik-pekik kat phone dulu. Takut cerita tak tepat.




TAPI Perak yang banyak buat saya menyesal. Tak beli banyak lagi dulu. Hanya kira-kira setahun lalu, ia berharga US$20 setiap ounce (atau ditulis ringkas oz.).
Kini dah double jadi US$40!!!
Maklumlah kita kena kumpul duit dulu sebelum membeli. But the market waits for no man! Saya baru nak beli satu silver coin, pelabur dari Sarawak dan Kastam beli 1,000 kilo.


Emas pula tak penat-penat. Dalam 10 tahun ini terus dan terus capai rekod tertinggi dalam sejarah. Saya pernah bual-kosong sejarah emas dan matawang dulu di sini.


Sebab ini semua berlaku?

Kata omputeh, the perfect storm - masalah berganda - untuk USD.

1) Mula-mula inflasi makanan yang menakutkan ramai pemimpin.

2) Lepas tu negara MENA berkocak. Ini bukan Minah Keramat, tapi Middle East and North Africa. Takut bekalan minyak terpotong - menjadikan inflasi satu dunia dan melemahkan ekonomi terbesar di dunia, Amerika, dan USD - orang lari keluar dari matawang US dan masuk Logam Mulia (precious metals = gold silver platinum palladium).
Bak kata omputeh - precious metals shine. Silver shines = perak silau (tak tahu ler bahasa melayu ni jitu atau tidak. Harap betulkan).

3) Dan semalam ditambah lagi masalah ekonomi Eropah. Setelah Greece dan Ireland, Portugal pulak kena bail-out.
Tak tahu ler bila nak selesai masalah EU ni. Lepas ni mungkin Italy pula dan lepas tu Britain?

4) Matawang Singdollar juga naik sebab ramai pemain pasaran menjangkakan Monetary Authority of Singapore, bank pusat, akan naikkan interest rate tempatan nak kekang masalah inflasi di pulau ini.
Juga, jika dibandingkan, ekonomi Temasek dan Najibanwarland akan lebih kukuh dari eko-NO-money Amerika.
Dah beberapa hari ni, gaduh besar di Washington tentang Baget, walhal duit dah nak habis.


--------------------------------------------
CERITA ANAK THAI KAKI PUTUS 

Ini sambungan cerita semalam. Anak pompuan Thai 14 tahun yang malang. Dia terjatuh ke landasan keretapi MRT lalu kedua kakinya putus digilis tren.
Akhbar hari ini - bapanya tiba dengan bas dari selatan Thailand. Dapat jumpa anak.
Ibunya tak datang, rupanya. Kerana begitu terkejut. Dan saya rasa, mungkin tak cukup wang nak ke sini.
Nitcharee dulunya tak tahu nak jadi doktor atau peguam. Kini dah decide. Nak jadi doktor kerana jadi sedar setelah kemalangannya.
Kakinya akan dipasang kaki besi, tapi saya harap ada yang hulur wang jadi sponsor.
Ini gambarnya - dah ceria sikit sebab bapanya dah tiba.
Juga di sini.
Kerana tentunya kita khuatir akan berlaku kepada anak kita, kita harap pemerintah di Singapura dan KL-Selangor pasang ler pintu gelongsor di semua stesen di atas platform.

7 comments:

Q said...

Pak Rem, jgn tgk nilai tukaran mata wang USD je. Tuh harga minyak dah lepas tingkat 2 thn. Ini maunya menazakkan ekonomi dunia lg. Bahaya2.Kalau ikut trend tak turun, mmg smpi 150 dollar setong bulan 9 ni.

Anonymous said...

Reme

Dari kacamata anda sebagai editor, berapa teguh kah ekonomi US sekarang dalam nilai sebenar (dollar and sources ) dan bukan diatas kertas.

keadaan bagaimana ia boleh collapse atau bertahan.

jangan sentuh bab kuasa tentera dan veto US di UN.

remgold said...

Q,
ya tuanku, patek sedar tentang minyak ni. sebab makin pengsan hamba di kl kerana harga minyak terus naik.
menambah kpd inflasi. dan makin ramai orang lari masuk emas dan perak.
kerana takut minyak naik kpd usd150 setong tu lah maka orang lari ke logam mulia.

Anon,
ampun tuanku beribu ampun.
patek kurang paham ekonomoney amerika ni. sebab tak cover econ mahupun politik mereka.

tapi secara umum:
- amerika okay selagi dunia terus membeli bond amerika. dgn membeli bond amerika ni maknanya hutang piutangnya dibayar dunia, maka ini menyokong USD (kerana bond amerika dijual dgn dolar amerika saja).
selagi dunia terus kata: amerika ni governmentnya akan terus mampu bayar bond ni, maka ekonominya tak akan collapse.
jika esok satu dunia kata, let's get out of american bonds, because we dont think its govt can pay us the rates anymore, mampoi akan kiamat.
negara yg paling banyak berhutang ialah amerika! - setiap bom yg jatuh di iraq, perang mereka di afghanistan, etc dibayar oleh govt bonds.

kenapa ramai pegang bond amerika? sebab bayarannya lumayan. safe and steady. sama macam kita simpan duit di ASB.
lihat senarai pemegang bond amerika terbesar:
http://www.treasury.gov/resource-center/data-chart-center/tic/Documents/mfh.txt

- econ america akan terus kukuh selagi amerika terus menjadi ekonomi terbesar di dunia (no.2 ialah china, econ terbesar no3. ialah jepun).

jika china esok lusa jadi econ terbesar, maka lebih banyak orang mungkin akan switch kpd bond renminbi.
cuma masalahnya renminbi ni bukan matawang yg dagangkan secara bebas.
esok jika china kata - let our currency trade freely in international markets, maka parah ler USD ni.
(renminbi macam ringgit dan singdollar - TIDAK diperdagangkan secara bebas di dunia. sama macam tak boleh speculate dlm ringgit mahupun singdollar. anda boleh jual-beli jika sebab perdagangan, trade flows. termasuk beli ringgit oleh pelancong yg nak masuk msia. ataupun orang singapore jual singdollar dan beli USD sebab anak nak belajar di harvard).
sebab tu amerika ni nak tekan china sangat dlm bab ekonomi mahupun politik, baik jangan.
sebab china banyak pegang bond amerika.

- secara ringkas juga: selagi perbelanjaan rakyat amerika terus tinggi, maka ekonominya akan teruk.
mamat amerika suka belanja oi. mereka tak macam orang asia - suka simpan duit - termasuk duit yg govt kita paksa kita simpan dlm cpf dan epf.
di amerika jika gaji mereka usd5,000 sebulan, ramai yang belanja HABIS jumlah itu, atau mungkin belanja usd6,000, usd7,000.
mereka suka berhutang. pakai credit card.
atau mereka ada housing loan yg melebihi kemampuan mereka - sebab tu kita sering lihat dlm movie = rumah mereka banglo besar yg ada lawn kat depan.
di spork-maysia, jika kita ada honda 2litre kita action.
di sana honda accord 2litre dianggap kereta kecil. kereta mereka mesti 4litre, ah, baru namanya big car.

jika dibawa ke kl misalnya, kita paham ler: gaji aku rm5,000 maka rumah aku pangsapuri di keramat atau wangsa maju, atau kondo murah harga rm400,000 ke bawah.
tapi jika ikut cara amerika ni, gaji kamu rm5,000 tapi rumah semi-d dan banglo.
sebab tu terjadi krisis ekonomi amerika pada 2008 dulu.
hidup berlebihan gaji.
kaum tak pandai simpan duit.

lihat diri kamu: kamu suka tukar kereta? dah ipad1 nak tukar ipad2?
nak beli tv 50inci sedangkan yg 32inci tu baru beli 2thn lalu? beg tangan wanita di singapork ni saya lihat mesti bernama Kate Spade, Fendi, Gucci.
ini semua penyakit american consumerism yg kita dah terikut.
atok nenek kita dulu pakai barang sampai rabak.

remgold said...

erke. nampaknya chinese premier wen jiabao pun baca blog ini :-)
baru saya tulis bahawa matawang Renminbi (juga dipanggil Yuan) tidak boleh didagangkan secara bebas di luar negara itu.

kini china kata mereka sedang bincang nak benarkan matawang tu didagangkan di singapork.
ish ish ish.
baca cerita di akhbar kewangan yg paling disegani di dunia, wall street journal:

http://online.wsj.com/article/SB10001424052748704415104576251020400778258.html

ooi, bahaya ni utk econ dan bond america:
"A potential expansion of yuan trading into Singapore could help Beijing advance its goal of turning the Chinese currency into one that can be used for cross-border trade and investment. The Chinese central bank said last month that it hopes to allow all exporters and importers to settle trades in yuan by the end of this year."

Timur Tengah said...

Ada rumous yang OPR akan dinaikkan untuk mengekang kejatuhan dollar dipasaran tempatan dan mengelakkan inflasi.

Graph2 yang Bro Reme hantar tu saya dah tinjau 3-4 bulan lepas dan akhir saya buat keputusan tak boleh continue simpan hard saving dalam QR, merana.

Kalau kita gi Maidin (KL), Setopha (Singapore) dan Rawnab (Doha), kita garu kepala macam mana China hasil barang retail at that price, harga yang tak logik langsung. Memang tak logik...

Pada pandangan saya, China willing to drop the price far below market price just to grab USD Dollar. Then buy USD. Sama macam Pak Arab, pam minyak banyak2 beli USD reserve.

But slowly dalam jangka masa panjang USD akan continue dgn downtrends nya.

Kena cari kerja kat Terra Australis Incognita macam banyak Umat M Singapore.Tak jauh dari Nusantara conversion rates better than USD.

Salam - Doha, State of Qatar

Anonymous said...

Reme

Tq for the explaination.

soalan tambahan :

Dalam keadaan sekarang, berapa lama ekonomi US boleh bertahan ( untuk tarik pelabur beli bond US ) dari langkah seterusnya gomen Cina untuk dagangkan RMN di luar negara mereka.

Dalm short term ( 3-5 years ) investment apakah dan destinasi mana kah secara global yang agak selamat dan stabil

anon

remgold said...

timur t,
bila ada peluang nak kerja lain, lompat bro. nanti dah tua macam aku menyesal dulu tak kerja london paris new york, pun dah tak guna.
tentang OPR (overnight policy rate) maysia, gerenti naik tahun ni. sebab bank negara nak kekang inflasi.

tentang wang negara arab, saya tak ada reading langsung sebab terkeluar dari pengamatan.

china ni main game lihat pandangan jauh. bukan macam politik maysia.
strategi pandang jauh: become a superpower.
siapa akan block? tentunya satu2nya superpower, america. macam mana nak lawan?
china dah beli banyak2 bond amerika. jadi washington nak tekan mereka - raise your renminbi level! open your economy! dont bully taiwan! dont become a superpower!
dah payah.
u talk much brader, i sell your bonds.
macam kita nak marah orang sebelah sebab kucing dia berak depan rumah kita. tapi dia kasi pinjam kita rm100,000 belum bayar, sebab dia kasi kita bayar ansuran (sama macam bond ler).
ngobrol lama saya tentang china rising:
http://remgold.blogspot.com/2011/01/sejarah-china-5000-years-rising-bah-22.html

Anon,
econ US tak seperti eropah dlm satu segi yg SANGAT penting. sebab tu saya rasa mereka akan terus superpower, dan bond mereka terus laku, dlm 20thn pun.
daya kreatif mereka masih no.1 in the world. depa tak macam apa yg ulama kita ajar - ditekankan semua tak boleh. mereka di amerika ditekankan semua boleh, jadi macam2 benda baru terus dicipta. selagi ekonomi itu dipacu oleh orang bijak dan pencipta, maka mereka terus menjadi Wealth Creators no.1 di dunia.
jika mereka ada wealth, kita semua nak sokong ekonomi itu dgn membeli bond mereka - iaitu pinjamkan duit. kerana kita tahu pulangan bond itu menarik, dan mereka mampu bayar.
jauh berbeza dgn bond UK atau Spain misalnya - what have they created recently that has created Wealth out of nothing? iphone? ipad? HP and Dell? the best stealth jets? best tanks and submarines? weapons? facebook? google? youtube? best movies? best songs? cnn? wall street journal? new york times?
semua amerika beb.
cuma design kereta amerika ni kalah dgn jepun dan germany. dan barang elektrikal rumah pun mereka kalah - semua barangan jepun, korea dan taiwan.
eropah ada julalah - design houses dari italy dan wine dari france, italy, spain.

yg lain semua amerika, sebab tu senang nak jual agama mereka satu dunia.
umat m nak jual agama as 'the best religion', tapi apa yg mereka boleh offer kpd dunia? suicide bombing pun kita copy drpd tamil tigers.
minyak negara arab yg korek omputeh. nasib baik ada abang hensome petronas juga, ya timur t?

jadi jika nak tanya bila bond US nak collapse, saya pun tak tahu. cuma lagi lama juga kot.
investment paling selamat pada saya (shhh, nanti bank negara tangkap saya sebab tak ada lesen investment advisor), ini cakap kosong ya!, ialah logam mulia. ini utk orang biasa macam saya. beli sekeping silver coin kini sgd60. lebih kurang rm150, modal tak tinggi sangat.
atau jika kamu boleh beli, masuklah ASN atau ASB tu. setahun 7.5pct, tak boleh kaya beli merc atau kondo depan klcc. tapi lebih selamat dari simpan dlm FD.

atau jika kamu di spork, dah mula jual bond dlm matawang RMB (renminbi)! atau tunggu - gerenti ada lagi peluang nak melabur bond RMB (dipanggil Dim Sum Bonds).

http://www.bloomberg.com/news/2011-04-07/barclays-to-offer-dim-sum-bonds-in-singapore-on-china-potential.html