Sunday, 8 May 2011

Abang punya Hammer besar! PAP *81-6

(*Dah malam mata kuyu = correct results 81-6. Bukan 86-1, bodohnya aku. Maaf, that was a huge mistake by me! Aish).

Workers' Party menang besar.
Enam kerusi - lima di Aljunied GRC dan satu di Hougang (kekalkan kubu mereka di kawasan Teochew).
Parti yang bawa simbol tukul, majalah mereka bernama Hammer, makin kuat.
Orang kerja pakai tukul beb, ko ingat pakai komputer aje ke!

They hammered the PAP!
PAP's worst defeat in modern Singapore. Or the opposition's best performance.

Dua menteri, Menteri Luar George Yeo dan Menteri Kedua Kewangan Mrs Lim Hwee Hua (kasihan kawan saya), dari PAP, tewas. Hilang kerja.
Juga tewas ialah menteri Malayo yang kedua paling kanan, Senior Minister of State for Foreign Affairs Zainul Abidin Rasheed (MP Malayo paling senior selepas Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Yaacob Ibrahim. Dalam PAP ada 12 MP malayos-muslim).




Workers' Pardy! Workers' Pardy! Workers' Pardy! (mereka pekik slang Amerikan, 'pardy' bukan party).
Ribuan di stadium Hougang buat masa ni, celebrate kemenangan parti baju biru.


Nampaknya result akhir, belum rasmi, *81-6. Melainkan ada last-minute surprise.

Dan nampaknya Singapore Democratic Party pimpinan Chee Soon Juan (yang tidak dapat bertanding kali ini, kena saman govt), Singapore People's Party pimpinan Chiam See Tong (dah 76 tahun, kena stroke dua kali, isterinya tak dapat pertahanakan Potong Pasir) akan malap.

Yang turut naik ialah Nicole Seah Party....eh salah.... National Solidarity Party. Kasi ah moi jadi ketua ler, yang lain nampaknya pun tak pandai jawab isu.


THIS IS IMPORTANT

Puluhan ribu orang tak keluar mengundi!!!!
Dari beberapa GRC - 15,000 tak keluar di satu GRC! 7,000 di GRC lagi tak undi! Dan di satu tempat lain, 10,000 ponteng! - ini dikatakan oleh presenter Channel News Asia tadi.
Sedangkan mengundi adalah wajib.
Total keluar mengundi 83 peratus, bukan 95 peratus ke atas.
Rakyat marah tak!?!?
Betullah tadi ada pembaca yang tulis bahawa undi rosak akan banyak kali ini.

Jika kamu di Singapork dan tak undi tanpa sebab yang baik (sakit kat hospital, kaki patah kat rumah) maka nama kamu kena delete. Jika kamu nak undi lain kali, kena explain apasal lu 5tahun dulu ponteng?
Kena saman S$50. Lece punya kerja.

----------------------------------------
3 PAGI.

Jumlah undi PAP 60.1 peratus.
Tahun 2006: 66.6.
Jatuh 6.5 percentage-points.
Teruk tu untuk Petir.
60.1 peratus tu yang terendah dalam sejarah PAP! 
Lowest vote ever received by PAP in an election! Mak oi.

Jumlah orang keluar undi: 93.06 peratus.
Maknanya 6.94 peratus ponteng.
Jumlah pengundi 2.2 juta (dari 5juta penduduk, termasuk 1juta FT).
Maknanya 152,700 orang tak keluar undi. Nanti kena check ini nombor biasa-biasa atau paling rendah kali ini.
Undi rosak: 2.17 peratus (ini biasa saja).

Undi PAP dari dulu:
1988 - 63.2 peratus (PM Lee Kuan Yew) [1 pembangkang].
1991 - 61 (PM Goh Chok Tong). [4].
1997 - 65. [2].
2001 - 75.3. Wahhhh. [2].
2006 - 66.6 (PM Lee Hsien Loong). [2].
2011 - 60.1. [6 pembangkang].


SAYA menang Betting Hadhari (ada had, dan ada harinya) di tempat kerja.
Saya ramal 81-6 dan PAP dapat 58.4 peratus.
Paling terdekat.
Dapat S$300, saya dah janji nak derma kepada Leukemia Lymphoma Foundation (blood cancers help group). Maklumlah duit halal-hadhari.
Ini undi antara Foreign Deskers ST. Betting syiok sendiri.

Betting lagi satu - jumlah S$1,600 - untuk seluruh ST, yang menang dua ekoq wartawan, kena bahagi S$800 each.

PRESS CONFERENCE PM Lee baru dimulakan. Live on TV. 3.20pagi.


WELL, not quite Reformasi or Revolusi.
Tapi Evolusi.

----------------------------------------
By the way,
Jika kamu belum nonton movie Thor, gi nonton.

11 comments:

kluangman said...

Hidup tak selalunya indah !

Banyak kali sangat rem sebut ramai yang sayangkan PAP sama seperti yang rem pangkah pagi tadi (pagi semalam !)

Anonymous said...

saudara remgold , blh ku lepaskan kemarahan kat sini ? i will like to said this :

THIS ELECTION IS A BLOODY JOKE !!!!!

budak sedih

Anonymous said...

rugi towkay macam ni kalau jual ubat kat singapore ni.

yang datang dengar kempen punyalah ramai, yang berani beli cuma berapa kerat aja

ada lagi baik la aku pi jual pasir kat arab badwi, dah tentu tak laku.

remgold said...

baca ni:
http://remgold.blogspot.com/2011/04/berdegar-tapi-menang-sikit.html

spork ni kan sama dengan sarawak. berdegar tapi menang sikit.
masa sarawak tu punyalah rioh sehingga hero islam anwar ibrahim pun berkata - we are going beyond 2/3rds.
ish ish ish.

itulah namanya demokrasi.
one person, one vote.
lainlah kamu nak tukar: siapa marah dgn pemerintah sesuatu negara dapat tiga undi.
siapa yg sokong dapat satu undi.

setiap negara ada cara perbetul diri.
di msia kita baru nampak - perlu undi pembangkang ramai2 hingga gaduh dah tiga tahun, baru govt nak buat kerja.
di indonesia dasyat lagi - ribuan terbunuh di ambon, aceh, timor, papua, sulawesi, jakarta.
di thailand hingga hari ni belum selesai antara red shirts dgn yellow shirts (nampaknya pilihanraya thai bulan june ini).

di spork - saya gerenti kamu - walaupun kalah hanya 6 kerusi (the worst performance for pap ever!) - pap akan lebih besarkan telinga, kecilkan mulut.
it has no choice.

dan saya sebut tadi - ribuan di temasek TIDAK keluar mengundi! ini problem utk pap.
di bishan-toa payoh grc - kawasanundi saya - 10 peratus orang (9,000) tak mengundi!
kenapa? mereka tak suka wong kan seng ke? kerana tak resign bila mas selamat terlepas?

di aljunied 9 peratus tak keluar (10,000).

di tempat nicole seah, marine parade grc, 9 pct (12,000).

di kawasanundi pm lee hsien loong pun, 6pct (10,000) orang tak mengundi!
undi wajib di spork, bukan sunat atau mubah.

wooh bahaya tu jika orang menyampah, atau torn betw two lovers.
mungkin saya silap dan mereka tak keluar undi kerana sibuk kerja atau gi holiday ramai-ramai.
tapi dah jelas: reform or people will vote in more from workers' party next time.

Anonymous said...

sdr,
bawah bendera tukul itu masih 86-1.
- azam

ipv6 said...

why used the term 12 MP malayos-muslim? Ada MP malayos-no muslim ka?

remgold said...

azam,
tak tidoq ke brader!
tk!

among what he said, press conference pm lee:
- the malay votes were with us this time.
- (question: first time malay in opposition - Faisal Manap from WP) let's see what he does. our malay MPs (12 orang) play dual roles too. he has to know that most of his voters are not malay.

ipv6,
memang ada! tak ramai tapi asal mereka tak kaco kita kita tak kaco mereka.

tapi di sini pemimpin dipanggil Malay-Muslim dan bukan Malay saja kerana peranan masyarakat india-muslim, paki-muslim, chinese-muslim penting. juga kini ramai FT-muslim (pekerja asing = foreign talent).
macam saya ni pun rojak juga - keling mughal makan kari, malayo geylang jilat belacan, thai moslem hirup tom yam gung.

jadi tak boleh ler sebut Malay MPs saja.
sebab tu kini di masjid2 spork kena khutbah bahasa malayos-inggeris, takut ada yg tak paham, termasuk ramai pekerja bangla.

BaitiBadarudin said...

Dan langit pun tidak selalu cerah bagi PAP. Syabas WP, suara rakyat marhaen!

Anonymous said...

Op Ed

What ever the result, a clear message was send.

A large percentage drop ( more than 10%) and a declining trend in the last 2 General election is a slap in the face to PM LHL.

who's faults ?

-malik-

keramatmali said...

apa lah reme, ada ke pagi buta keluar tajuk macam begini - ngantuk ke.

nanti marah de facto leader pkr tu.

apakah nasib sudara ku di temasek akan berubah dengan keputusan ini ?

Timur Tengah said...

Salam Reme,

Selamat berehat dan tidur secukupnya Reme.

Kurrrrr kurr.....

Regards - Doha, State of Qatar