Sunday, 15 May 2011

Ideos Iconia Palroid ViewPad Streak Xoom

 MEMORY DAN SENSOR-SIZE

Membeli komputer dan kamera selalu kita kena tipu rupanya.
Dikhayalkan dengan benda yang tak perlu.
Baca dulu ah, pak chick lagi sangkut belajar nak convert movies agar boleh masuk ipad. Susah pulak nak convert Avatar. Kamu pakai sofwe apa? Saya cuba videora (free) tak boleh pulak.

Macam mana student kat Stanford U (universiti Ivy League US) buat apps untuk facebook dan jadi kaya!
Jika ada pembaca yang boleh buat code-writing, beritahu saya apa komputer language mesti dipelajari untuk buat apps Apple dan Android.
Atau jika ada orang yang dah tahu.
Pak chick nak belajar nih sebelum tendang baldi atau tua nyanyok macam menteri mentor! Dan nak tunjuk anak sekali.
Saya sanggup ke tempat anda (di Singapork atay Maysia ler, takkan kat New York) nak lihat macam mana anda buat code ni. Always been a mystery to me!
Saya sanggup bayar untuk ilmu ini, bukan untuk dapat untung, tapi nak faham ilmu baru . Email saya.

-----------------------------------------------
POSTING ORI

Puas saya bermain dengan tablet computer sejak dua-tiga minggu ni - cuma sibuk citer pilihanraya tak sempat masuk topic lektronik.
Di Funan Digital Life (GAMBAR) - salah satu dari dua mall komputer terbesar di Temasek, yang lagi satu di Sim Lim Square - ada komputer chain terbesar di sini bernama Challenger.
Di tingkat paling atas Funan tu adalah HQ kedai Challenger ni - dari TV, telephone, PC, laptop, games dan utilities software dan juga barangan Apple dijual.
Di satu sudut tu kini Challenger letak semua jenis tablet komputer yang dah sampai di Singapork.


Saya dah belek-belek, tekan-tekan dan tunggang-terbalikkan
Huawei Ideos (China),
Acer Iconia (syarikat Taiwan),
Palladine Palroid (Singapore),
ViewSonic ViewPad (US),
Dell Streak (US),
Motorola Xoom (US),
Archos 70 (Perancis), dan
Samsung Galaxy Tab (Korea).

Amazon Kindle pun ada, tapi saya tak pegang sebab itu untuk baca buku dan skrin black-and-white.
Yang belum sampai hanya Blackberry PlayBook (Canada), NikAjis Is-le (Kelate), Najib 1KakMah (KayEl) dan KuanYew iQuit.

Sebelum itu, saya bermain dengan iPad2. Lebih ringan dari iPad pertama dulu. Tak tahulah saya lebih pantas or screen lebih clear sebab tak belum iPad tu dulu.
iPad2 ni di mana-mana cepat dah sold out. Di China orang beratur, tak sabar hingga bergaduh - maklum komunis mana dia pandai beratur, semua dia nak dulu.

Dari pengamatan saya - ramai orang berebut, jadi susah juga nak main lama-lama, yang boleh kita tolak tepi tanpa berfikir ialah:
- Archos = berat dan tak rasa syiok langsung benda ni. 10inch screen, sama saiz macam iPad. Jika tak salah gunakan sofwe Android Gingerbread atau Froyo.
- Iconia = ada dua mesin = yang 10inch dan 7inch. Dua-dua rasa tebal dan berat. Pakai Froyo. Iaitu, seperti Archos bukan Android 3.0.
- Huawei ialah jenama yang sedang naik dengan pantas, dengan handfonnya. Jangan tertawakan nama ni, sebab nama Cheena totok. Dulu kita tertawakan Lenovo, Samsung dan Acer pun, tapi kini kita tabik. Tapi tablet Huawei ni (Froyo) tak rasa syiok dibuat main.
- Palroid buatan Singapork. Namanya tak kena, macam Polaroid. Mesin OK tapi belum boleh bertanding di tempat atas (Froyo).

Jadi yang tinggal (yang saya suka) ialah:
4) - Samsung Galaxy Tab. Mesin 7inci screen ni dah lama keluar, jadi orang pun dah tahu. Kini ada version 2 yang gunakan Android 3.0 atau Honeycomb.




3) - Motorola Xoom (GAMBAR) = warna hitam macam Darth Vader. Gunakan Honeycomb. Jika saya nak beli PC machine (bukan Apple sofwe) yang saiz 10inci, inilah dia! Beratnya macam iPad lama. Iaitu iPad2 lebih ringan. Satu-satunya mesin kat situ yang gunakan Honeycomb - versi Android terbaru!
2) - Dell Streak (GAMBAR bawah). Wow! Ini yang paling saya syiok main. Kerana apa? Screennya yang terkecil!




Hanya 5inci screen Streak = iaitu besar sikit daripada iPhone. Atau mudah kata, sama saiz dengan Sony PSP anda, tapi ada touchscreen.
Kelemahannya? Pada saya kerana ia gunakan versi Android Froyo, bukan Honeycomb. Tertinggal satu zaman.
Mungkin untuk setengah orang kecik sangat screen ni nak buat baca buku atau main game.
Tapi senang boleh masuk poket atau beg tangan, boleh main game atau baca news sedang anda dalam LRT atau MRT atau bas (atau sangkut dalam jam semasa memandu). Jika dalam MRT anda main iPad atau Galaxy Tab, nanti orang kata dalam hati: Ye-eleh, dia nak action.
Streak nak buat masuk jamban pun ok, dapat sembunyi dari bos selama satu jam. Boleh main email, asal jangan nak hafal ayat Quran sudah.

TAPI sebenarnya kerana saya makan umpan, maka saya dah beli:
1) iPad2. 64GB, 3G dan WiFi. Harganya S$1,100 (RM2,640). Saya tak tahu sama harga atau lebih murah di Maysia Darul Kristen. Anda yang tahu, harap beritahu.
Kerana dah sold-out first day, saya order online, setelah 10hari baru tiba dengan DHL tadi.
Yahoo!
Kena power-up, nanti midnight baru boleh main.

JohorMali dan rakan lain, harap dapat beritahu saya apa utility yang bagus ya.
Saya tahu orang suka game Angry Birds.
Saya suka download buku: Mana nak beli?
Ada kat mana-mana lubok financial utility?
Eh, apa nama website apps Apple ni, itu pun saya tak tahu.
Mana nak dapat sofwe bagus yang free?
Saya ni news junkie - kena tahu berita terkini, maklumlah itu kerja saya.

Nanti kita ngobrol lagi, dengan bantuan anda.


------------------------------------------------
 RONNIE JAMES DIO. MATI

Umur 67 tahun. Stomach cancer.
Penyanyi utama Rainbow, Black Sabbath, Heaven and Hell, Dio.
Ini penyanyi tua era 1970an, semasa saya di bangku sekolah, gi sana sini naik bas 10sen dan minum air botol F&N setahun sekali.
Dulu nak dengar lagu ni kena beli vinyl record bulat, warna hitam, di Queensway shopping centre, album pirate = mahal oi, S$10 duit dulu. Kena kumpul berbulan! Maklumlah budak sekolah miskin.
Sekarang kita download free (masih pirate tu!) dari Internet, tak payah keluar rumah. It's a given we can download free all the hard work of other people!



"It meant the time had come
For the one to go to the
Temple of the King".










-------------------------------------------
TAMBAHAN PAGI 


Umat M ni bila nak START* (correction: BUKAN 'stop') jihad teknologi?
Lihat ni - saya baca sebulan lalu pun naik segan.
Ia antara sebab saya beli iPad2, bukan Xoom atau tunggu Playbook.
Rakan saya, editor Digital Life newspaper di SPH, kata Blackberry Playbook bagus. Tapi saya jawab: Ia gunakan sofwe Research In Motion (syarikat Canada pemilik Blackberry) sendiri, bukan Android. Nanti tak cukup apps - sofwe yang boleh didownload.



Baca ni: Tak lama lagi Apple akan keluar iMac touchscreen.
Cerita, cerita dan cerita.
iMac ialah desktop untuk siri komputer Apple.

Mampoi Microsoft dan pengeluar PC Windows. Bila kamu nak kejar brader!

Sebab tu saya beli iPad. Jika suka, saya kena buang Windows dan desktop PC yang saya gunakan dari dulu.

Umat M sampai bila tak akan kejar, sebab pemimpin sibuk gaduh benda tak tentu pasal.
Macam mana nak menang jihad pabila kita hanya tumpang teknologi orang? Tumpang daya pemikiran orang yang lebih bijak dan control 80 peratus ekonomi kamu?
Tak ada wealth creation.
Dengan hanya beberapa biji produk (iPod, iPhone, iPad, iMac, Macbook), Steve Jobs create wealth out of nothing, manfaatkan dunia, kayakan berjuta orang (dari Apple, suppliers, pembekal, orang yang hantar barang ni ke rumah saya DHL, orang yang jual accessories dan sofwe).
Kalau orang sebut nama Steve Jobs satu dunia tabik.
Jika orang sebut Os atau Ibrahim Ali, orang muntah benci.
Jika saya sebut Kit Siang, 100 peratus Cheena suka.
Jika saya sebut Anwar, 100 peratus Cheena suka.
Jika sebut NikAjis, 50 peratus Melayu benci, begitu juga jika sebut nama Najib.

Sigh. That Is Life.

15 comments:

JohorMali said...

MrRem,
Welcome to the club. You'll never regret acquiring this gadget if you dismiss the notion that it's another laptop/notebook.
Too many applications to describe, but for the one year using it, among useful utilities are, downbox, transfer, PDF reader, Quickoffice etc, etc. I download TOM TOM, lebih murah dari beli alat.Financial utility saya guna Bloomberg je, nak tengok up down market. U rayau rayau lah kat Apps Store nanti. Instead of books, I subcribe to Newsweek, murah dari TIMES. Terang dan jelas gambar dan font. Banyak suratkhabar saantero dunia boleh dilanggan, tapi bukan free ya! Saya guna mobile Quran
(rasa orang Tumasik yg develop) ganti hardcopy Quran bila nak baca. Games tok sah cakap lah, segala macam jenis. Saya banyak download education untuk cucu saya.
Boleh ganti tadika kalau rajin layan.
I gerenti after a week you'll be ipad savvy.

keramatmali said...

Pak Reme

sori gua bukan expert bab computer macam johormali - gua tau guna apa yang ada saja.

Tapi bab RJD ( Dio ) ni memang aku hapal sangat - heaven & hell, children of the sea, holy drebar, streets of dreams, cant let you go, starstruck, gates of babylon, kill the king, long live rock and roll, still I'm sad dan banyak lagi keset yang aku simpan tapi dah tak boleh guna sebab keset player aku dah rosak. nak beli player baru dah tak ada jual.

Dio - the best rock vocalist. suara dia memang mantop - macam karen carpenter

RIP.

remgold said...

Johor,
Hamba ni menaip ni gunakan ipad. rasa janggal taip atas gelas.
dan satu perasaan lain - sedih rasanya umat ni, termasuk aku, menumpang gunakan teknologi orang. dan terus menumpang.

keramat,
hey! ada member rupanya suka RJD. kira dia ni macam ramli sarip UK.
kini tinggal Ian Gillan.

Anonymous said...

Pak Chic Rem,

1. Ipad2 lagi murah di Malaysia (jangan lah sebut Darul Kristen, sedih saya kerana Islam agamaku. Takut jika perkara tak elok asyik di ulang ulang akan menjadi kenyataan, Nauzubillah). Harga untuk sama spec di sini ialah MYR2499. Tiada/minimal cukai untuk komputer and peripherals di Malaysia.

2. Saya pun on wait list beli online, sama spec dengan yang Pak Chic beli. Kudos to this gadget. Beberapa kerat office mates saya sudah mula transfer email + office apps (words, excel and ppt) onto Ipad2 ni. Buang jauh jauh laptop berat office :-). Tapinya Pak Chic kena ke apple.com dan beli SW dari situ.

3. Adakah sudah beli Anti Glare HD screen saver? bagus untuk screen protection. Di sini di jual dalam MYR132.00. Di sana mungkin lagi murah.

4. Jangan lupa untuk subscribe beberapa majalah - di zinio digital magazines contohnya; kerana ianya jauh lebih murah dari beli hardcopy. Baca dalam Safari environment lagi cool.

Pak Chic sila beri product review lagi selepas menggunakan nya. Amat bermanfaat untuk pengetahuan.

Selamat datang ke dunia Apple :-)

Gina

Anonymous said...

Rem

ceh ceh ceh...Dapat apple, sepah di buang ya.

Jangan gitu en.reme, setiap benda ada kelebihan dan kekurangannya. Jangan dibuang terus yang lama. macam isteri jugak, yang lama tu lah yang banyak jasa walaupun dah slow, tapi tetap steady.

:-(

bill get said...

Mr Reme

wah wah wahhh.

baru sekali pakai apple dah terus nak buang sofwe kita ya. Ingat dulu masa awak baru kenal komputer, siang malam puji microsoft, sampai tidor malam pun ngigau sebut nama kita.

remgold said...

bros,
saya sebenarnya bukan menghina penyapu lama, bernama microsoft, tapi khuatir tentang datangnya penyapu baru sedangkan penyapu lama terus tidoq.
ni macam pakatan dan bn, workers' party dan pap.
cerita baru: tadi saya pertama kali ke Sim Lim Square dlm 3-4bulan, mall yg juga gah dengan baranga lektronik macam Funan Digital Life Mall. omyallah! terkejut besar saya.
ingat tak dulu anda: 20tahun lalu, semua depan kedai komputer jual PC dan desktop komputers (baik yang brand terkenal seperti HP dan Dell mahupun yg pasang sendiri di KL dan Singapork)?
Lepas tu kira-kira 10 tahun lalu, semua depan kedai-kedai ini mula jual laptop. Mereka masih ada PC dan desktop, tapi kat belakang.
Dan sejak 5-7thn ini, banyak betul kedai yang HANYA menjual laptop saja.
Tadi di Sim Lim, banyak sungguh kedai yg jual barangan Apple!!!! (Di Funan masih macam biasa - banyak kedai laptop yang gunakan Windows).
Di Sim Lim, ada tiga kedai Apple reseller baru, termasuk Green Light and nubox (dulu tak ada). Dan kedai-kedai lain banyak jual iPed (iPad buatan China), iPad yang diimport direct dari luar negara, dan juga tablet lain. Dan di kedai-kedai barangan 'pirate' ini juga banyak iPod dan iPhone. Dan juga case, skin ('baju') untuk iPad dan iPhone.
Begitulah kuatnya brand Apple ini kerana produk yang menggoncang dunia.
Microsoft? Kamu Google: Tahun DEPAN, 2012, baru nak keluar sofwe yg macam iPad. aduhai, dah mati ler kamu.
itulah yg membuat saya fikirkan: adakah masa depan utk MS (Microsoft) ni lagi?
Saya naik MRT setiap hari, 90pct orang kat situ - yang tua, yang muda, dan yang memerlukan - pakai iPhone. aku sorang pakai blackberry.

a Revolution is at hand!
Get ready to be swept off your feet.
saya sebenarnya gemar dgn Windows baru ni - sebab tak payah gunakan itunes untuk semua benda!
boleh download dgn mudah pakai usb!
tapi MS tidoq lah.

Anonymous said...

Apple memang ok tapi x open kedekut dan takut dgn bayang orang. Sapa pakai apple kena duduk dunia apple baru selesa. Nak bukak flash x boleh, utube gambor x bersih. Nak copy x boleh masuk usb.

Anonymous said...

Op Ed

Seriously speaking awak tak perlu cari jauh jauh nak cari orang nak ajar komputer language ni.

kebanyakkan yang sanggup dan pakar buat program sofwe @ masukkan language @ command ni sofwe engineer dari India. Ramai yang dah bermastautin jadi FT atau PR di sekeliling Temasek.

Mat salleh dah malas nak buat benda ni, mereka cuma create design @ concept.

Cuma satu saya nak bagitau - contohnya MS Vista, mereka yang buat, sebab tu lah dia slow, banyak sangat command walaupun nampak impressive. That's why MS cepat keluarkan window7 sebab ramai orang marah

Kalau orang lain buat satu command 30 lines, dia buat sampai 50 lines - macam cerita hindustan.

Jangan mintak tolong saya ajar, sebab saya dah lama tinggal bab ni.

cuba cari jiran awak, mana tau mereka boleh explain kat awak masa weekend.

-Malik-

ps - ini lah salah satu sebab saya
marah sikit pada apple. tak mahu open platform mereka.

remgold said...

malik,
come and see me!
ngobrol - pak chicq belanja kopi or tea plus scones.
funan centre boleh? nak tanya tentang sofwe-makwe ni.

kenapa anak malayos taknak belajar?
tak nak jadi independent worker (jika tak kaya pun, at least kerja sendiri, drpd sibuk jadi wartawan tua macam aku).

1) kursus:
http://www.singaporeiphoneapps.com/iphone-development-singapore/

2) iphone apps made by singaporeans!
http://www.angryangmo.com/2010/04/07/25-best-free-iphone-ipad-apps-singapore/

Anonymous said...

cube kat web forum ni remegold

banyak gak maklumat you bley dapat

http://forum.lowyat.net/iPad

joho

Anonymous said...

Op Ed

Saya orang Malaya, nak turun Temasek mahal, semua kena x 2.45.

Lagipun saya dah out of touch tajuk ini. Belajar takat basic sahaja. Tambah pulak techno sekarang lagi canggih dari dulu.

En.Reme cari lah orang muda, mereka lebih updated - hari hari ngadap komputer.

-Malik-

remgold said...

malik,
oooo saya ingat awak orang selatan.
duduk kl? hujung bulan ni saya di kl jika sanggup jumpa bual citer orang tua.
jika tidak, satu soalan: apa compuer language depa ni semua pakai nak buat apps utk apple dan android?
nak cuba belajar atau sekurang kurangnya pandai tulis satu dua line, 'jadi balik alor setar orang tak boleh konon' (makcik dlm masam-masam manis).
dulu pandai tulis code BASIC sikit dah action.
dan jika senang nak galak anak saya belajar. bila dia kaya bapak boleh beli satu damansara saya duduk sorang.
so, apa nama language tu heh?

Anonymous said...

Op Ed

Saya tak tahu language apa yang android atau apple guna sekarang.

MS dulu kalau tak silap guna LINQ. tak tahu le sekarang dah pakai apa.

Saya dulu belajar basic tahun 80an - algorithm, semantic, syntax, C++, pascal, ML lebihkurang gitulah.

masuk zaman internet 90an, depa dah guna Unix, 4GL dan macam macam yang lebih canggih.

Macam saya cakap, 1000 apologize, dah out of touch bab sofwe language lepas tukar arah.

-malik-

Anonymous said...

Pak Cik Rem,

Untuk develop application iPhone/iPad kena download System Development Kit (SDK), boleh download kat URL ni

http://developer.apple.com/devcenter/ios/index.action

Most of the question oleh pak cik rem ada kat situ. Selamat belajar !


-yozx-