Bukan saya.
Saya masih di Kay El, baru habis nonton di rumah movie The Company Men.
Ben Affleck, Tommy Lee Jones, Kevin Costner - tapi dalam peranan yang sungguh berbeza dengan filem action mereka yang lalu.
Jika anda tak pernah kena retrenched dan lepas tu tak ada kerja berbulan-bulan, hingga makan ikan bilis dengan kicap dan nasi, nontonlah movie ini.
Ia mengenai kekecewaan, harga diri, tamak haloba, kekeluargaan dan hidup berjimat. Hingga ada yang bunuh diri.
BARU-BARU ini ada seorang pembaca blog yang anjurkan saya buka cerita lama-lama agar orang muda appreciate apa yang mereka kecapi sekarang.
Ini cerita saya:
Habis belajar tahun 1981.
Bekerja dari 1982 hingga 86, jadi mechanical draughtsman di tiga syarikat (tak tahu masih ada atau dah bungkus). Sebuah mechanical dan electrical (M&E) contractor Guthrie Engineering (dulu anak syarikat MCA yang ada branch di Temasek), lepas tu International Project Consultants, IPC (syarikat arkitek dan M&E engineers Australia), dan lepas tu syarikat kecik tempatan BH Tan Consultants (M&E consultants).
Pada 1985-86 Singapore dan Malaysia teruk habis kemeleSETAN, recession.
----------
GAMBAR: Remgold masih muda dan kurus kedengkik, dengan rambut ala-Deep Purple gondrong. Aiks, siap dengan cermin mata. Lupa siapa yang saya wawancara. Masa tu saya 28tahun - 23 tahun lalu!!!
Saya bongkar almari lama saya di KL (store room), jumpa gambar-gambar dan juga SETIAP artikel yang saya pernah tulis untuk Berita Harian Singapura dan agensi berita AP-Dow Jones (giler jugak aku nih).
Wooi! Ada pager you! Masa tu belum ada handset, jadi glamour wor jika syarikat kasi pakai pager!
----------
Kerana saya kerja dengan syarikat yang ada kena mengena dengan pembinaan bangunan, maka saya mulanya kena retrench dari IPC. Daripada kira-kira 80 pekerja (termasuk arkitek, engineers, draughtsman lain), kena buang hingga hanya 20 orang saja.
Rakan kerja saya carikan kerja dapat masuk BH Tan. Lepas tu kena retrench juga.
Gambar drafting table dan drafting pen dulu semasa saya jadi draughtsman/draftsman kata Amerika - kini semua pakai computer software.
MASA tu nasib baik dah kahwin dan ada flat kecik. Bini kerja di engineering department HDB (pemaju perumahan pemerintah, Housing & Development Board).
Saya tidak bekerja selama LAPAN BULAN.
Tulis surat beratus-ratus minta kerja itu dan ini. Jenuh gi interview dengan puluhan orang lain - sama macam dalam movie itu.
Hancur rasa harga diri.
Kalau orang offer gaji berapa pun saya akan ambil! Sebab dah desperate sangat.
Gaji terakhir saya masa tu ialah S$900. Besarlah juga, tapi tak mampu beli kereta walau double income sebab baru beli rumah flat HDB.
Masa tu bukan zaman Internet oi. Belum ada email applications for jobs!
Setiap surat tulis pakai PC gunakan sofwe WordStar (Microsoft Word baru nak lahir), print banyak-banyak. Tampal setem, masukkan dalam mailbox.
----------
GAMBAR: Bangga giler saya apabila nama saya keluar dalam The Asian Wall Street Journal, akhbar financial market terkemuka di Asia (bapanya ialah Wall Street Journal di Amerika, akhbar numero uno di negara itu dan sangat disegani). Mana ada anak malayos masuk dalam AWSJ zaman tu woi! Tahun 1994.
Saya ada simpan berbuku-buku - yang saya gunting dan tampal dan A4 scrap book - artikel-artikel ni.
Saya anggarkan pada satu period selama setahun, dua minggu sekali nama saya keluar dalam AWSJ.
----------
Bini nasib baik pemerintah PAP tak buang kerja!
Tapi semua kemudahan disekat kepada semua pegawai pemerintah. Dulu kerja 'garmen' ada tea break jam 10pagi dan 4ptg - semua ditarik balik pada recession 1985-86 nih!
Dan macam2 benda lagi kena tarik atau dikurangkan oleh syarikat lain - tak ada bonus, overtime, claims, hari cuti. Tak setuju, takut kena retrench pulak!
Kerana breadwinner tinggal satu (bini aku), maka ketakutan kami. Nasib baik belum ada anak.
Maka wang yang ada digunakan untuk mel surat kerja dan setem, saya duduk rumah boring. Wang baki disimpan untuk emergency lain - takut dua-dua kena buang kerja.
Nak jimat punya pasal, kami selama berbulan makan nasi berlauk ikan bilis dan berkuah kicap Cap Kipas. Nothing else.
The only jobs available at that time?
Whether good news or bad news, NEWS is always wanted. Jadi wartawan!
Recession proof, kata orang!!!
Itulah yang sebabnya saya masuk jadi wartawan. Kerana terpaksa nak cari makan setelah lapan bulan kat rumah.
- Saya masuk Berita Harian Singapura. Tiga tahun. Terima kaseyyyy BH!
- Lepas tu jadi Penolong Editor di syarikat penerbitan British-Bahrain, Oil & Gas News, Building & Construction News, Hotel & Catering News. Tiga tahun.
- Lepas tu baru masuk AP-Dow Jones jadi Financial Correspondent - milik syarikat Amerika, Associated Press dan Dow Jones Publishing, pemilik indeks saham Dow Jones dan juga Wall Street Journal (termasuk Asian Wall Street Journal dan Wall Street Journal Europe). Kini namanya dah tukar jadi Dow Jones Newswires, milik Rupert Murdoch. Juga tiga tahun!
- Lepas tu lah masuk Reuters di KL, jadi Equities Correspondent. Masa tu syarikat berita terbesar di dunia, syarikat British. Kini dah jadi Thomson Reuters, milik syarikat Canada. Lima setengah tahun termasuk dihantar ke Singapore enam bulan = gaji besar malaun, kerja senang tapi boring!
- Dan kini dengan akhbar terbesar di Asia Tenggara, The Straits Times.
Dah 11 tahun.
Dan dah tua.
Jalan dah tempang.
Mata dah rabun.
Rambut pun dah bersalji dan pendek-botak.
Nasib baik masih hensome macam pomelo setengah masak Ipoh Mali.
*Ayat Quran surah ArRahman -
Then which of the Blessings of your Lord will you deny?
Jadi nikmat Allah yang mana yang kamu nak persoalkan?
(*Maaf ah, jadi ostaz lagi).
Mayat Rentung Disahkan Nurul Nadhirah
1 hour ago







15 comments:
Blessings in disguise. Semua ada hikmahnya.
Would you have done anything differently?
Ninotaziz,
Ma'am no updates in ur blog for some time?
Tentang would I hv done things differently, tak tau pulak. Sebab yg penting ialah cari makan, tak ada pilihan lain ams a tu.
Agaknya jika orang kata masuk politik dapat gaji masa tu saya dah masuk! Things were desperate after eight months at home and feeling really useless.
Maaf saya sering ulang kerja di mana, sebagai apa. Hanya nak tunjuk bahawa tanpa qualification tinggi dan tak kira warna kulit jika berani redah orang akan bagi Jalan.
Masa masuk ap-dj tu, segan sungguh saya. Maklum syarikat glam Dow Jones, nak masuk bukan senang. Test payah dan dah masuk tengok rakan lain - kebanyakan mereka adalah graduates in journalism dari sekolah kewartawanan terkemuka Columbia University. The whispers were that ramai boss DJ dan WSJ ada degree dan masters journalism dari Columbia jarang mereka ambil mamat chow kit macam remgold ni. Dah rezeki ma'am.
Cerita yg saya tulis di singapore di edit di Tokyo hingga jam 3ptg lepas tu di edit di London hingga 9mlm. Kemudian di pass kpd editing desk New York hingga 7pagi waktu spore. Segan mulanya tapi kemudian kita sedar mereka pun berdiri sama tinggi dgn kita. Cuma kita makan canai, mereka makan scones dan burger.
Scones and burger. That is telling.
No blog updates, almost no new poetry. Utusan commissioned me to do a book on Legends of Asia. Ear and eye deep in Japanese, Korean, Persian, Vietnamese, Laotian, Jataka and researched syair lama - Bidasari, Ken Tambuhan and Dandan Setia - that was awesome! For the last four months, I did nothing else but. And now I am kind of burnt out.
Also changed jobs recently. And volunteering for MyIndians.com - helping displaced children get their MyKads. Turun naik JPN every week...
Ninot,
Gee I didn't know there's a fellow malay poet around. Do visit my poetry page and share thoughts.
Leman
Hidup tidak selalunya indah
sebab tu lah politician susah nak terima hakikat bahawa bila pengundi dan pengikut dah tak mahu mereka lagi, mereka tahu bahawa kerjaya dan periuk nasi mereka sudah tamat.
itu yang ramai yang liat nak turun.
nasib baik lah Rem ni jenis tabah dan liat, janji untuk cari rezeki halal demi keluarga.
Kamu kena cerita pengalaman ni kat generasi muda sekarang. mereka sekarang jenis manja dan cepat give up especially those young parents.
"....Cerita yg saya tulis di singapore di edit di Tokyo hingga jam 3ptg lepas tu di edit di London hingga 9mlm. Kemudian di pass kpd editing desk New York hingga 7pagi waktu spore. Segan mulanya tapi kemudian kita sedar mereka pun berdiri sama tinggi dgn kita. Cuma kita makan canai, mereka makan scones dan burger..."
Thanks...
Pak Rem..
Saya suka baca posting ni.. terutamanya sampai part yang last:
*Ayat Quran surah ArRahman -
Then which of the Blessings of your Lord will you deny?
Jadi nikmat Allah yang mana yang kamu nak persoalkan?
Semoga kite semua tak menjadi hamba yang kufur nikmat.
Bukan calang orang dapat masuk Asian Wallstreet tu. Tahniah. As the saying goes, extreme situations requires extreme measures; when the going is tough the tough gets going!
Salam Reme,
Lama tak mencelah dalam blog hang. Tak perlu maaf untuk jadi ustaz Bro dalam bab saling pesan dan berpesan ni, saling ingat mengingat selaras dgn Surah Al-'Asr (Masa).
Lagi satu bidang yang tak turun2 - oil & gas. Seronok tengok anak2 Msia dapat tempat pasaran kerja diserata dunia dalam bidang ini i.e. middle east, european countries, Ostalia, etc.
Singapore (SLNG) pun tengah ayat ramai MLNG (Petronas) dan staff Msia kat QatarGas dgn RasGas. Open secret...
Bukan O&G ni tak de pengganti dia, tapi I tak pikir Amerika akan bagi jalan senang2.
Imagine that ExxonMobil ranap, ConocoPhillip berkecai, Shell gila meroyan, Petronas jadi 3 suku... so dgn izin ALLAH S.W.T rezeki akan ada.
Dalam O&G banyak cabang, pesan aku pada orang muda (berdasarkan lesson learnt aku /kesilapan aku belas2 tahun dulu, p/s: tapi tak juga kesilapan aku, itu Qada' dan Qadha ALLAH S.W.T), young graduates yang nak masuk O&G ni, gi line drilling, well completion, reservoir engineering, geologist, seismologist, geophysics, etc.
Majoriti line mat salleh pegang... tapi cakap senang lah..., hakikatnya nak masuk line payah beb, nak ada daya tahan pun payah beb. Aku suruh anak sedara aku pun, dia tahan seminggu je duduk atas rig. Lepas tu mampuih dia lari sebab tunang dok tunggu nak kahwin cepat2. Itu masaalh dgn tempting orang muda...
Drilling engineer yang ada double digit punya years of experience senang2 insyALLAH boleh dapat USD1,000 per day daily rates that is equivalent to RM66,000 for 22 working days per month, kerja kat office. Pokok duit tu halal beb - janji buat kerja 8 hours tak curi tulang, tak payah auta sama pengikut parti yang dok julang kita kiri dan kanan.
Mrs aku O&G juga - Obst & Gynae Doc, demand kat Msia tak turun2 juga.... La ni musim cuti bulan May, banyak kenduri kahwin, cukup 9 - 10 bulan (~ Mar, Apr & Oct), wad bersalin mula penuh akibat 'buatan orang'.
Salam - Doha, State of Qatar
You quoted Surah ArRahman,
" Nikmat Allah yang mana satu kamu dustakan ? "
this verse is repeated 30 times in Surah ArRahman.
Every muslim should be grateful for all the blessings ....
tiap kejadian itu ada hikmah disebaliknya.
kena terus bersyukur dgn apa yang ada dan dlm masa sama kena terus berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri, keluarga dan masyarakat.
so true, bila dah ditarik nikmat, baru menyesal
citer saya bukan pasal kena buang keje. tapi cite about ada time saya tak keje 7 tahun.
mak saya sakit, saya balik kampung jaga dia. pejam celik sampai 7 tahun. lepas tu dapat keje dgn nst bangsar. now dah keje dgn oil company.
tulah pengalaman saya.
Company men just the right movie for me.
Saya kena retrenched dari State GLC di Malaysia for almost 3 bulan. Sebab retrenched more of political reasons since stakeholder kami memang politician.
Semua elemen dalam filem tu sama pengalaman emosi saya. Tamak dan dikhianati, ketidak adilan sebab tamak. Pertembungan nilai, harga diri dipijak sewenang-wenang oleh kuasa establish dan macam-macam. Cuma dalam reason retrenchment dalam filem tu jauh lebih lojik(business performance) dari reason yg saya kena. Kes saya terang-terang bias sebab political direction yg perlukan orang-orang utk disembelih. Sejarah hidup saya melihat kegilaan manusia abuse power untuk peribadi.
Saya dibuang dari company bermasalah yg saya bertungkus lumus membangunkan dari mula sehingga keluar dari hutang dan mampu menghasilkan beberapa subsiadiari dan peluang pekerjaan kepada ramai. Tak sangka sudah berjaya, dalam sekelip mata manusia berubah dan sanggup mengkhianati sesama sendiri.
Memang diluar nampak ok saje. Tapi dalam kadang2 terlintas jugak nak bunuh diri masa sebulan pertama diretrench selepas 11 tahun membangunkan syarikat.
Bila kita dah sebahagian elemen pengurusan penting dan kita sendiri akhirnya dibuang atas alasan bodoh, sukar untuk tidak menghadapinya tanpa emosi yang agak ekstrem.
Anyway saya terus move on dan reset to new life. Tapi memang bukan senang nak mula dari bawah balik pada umor 35 dengan impak kewangan peribadi yg dah lebur.
Post a Comment