Sunday, 26 June 2011

AWAS! Website lelong yang kelentong

Masuk bab technology sikit.
Di dunia ni, sedang musim Penny Auction Sites = website lelong murah.

Mereka ni tak seperti ebay - di mana anda register nama dan alamat serta letak number credit card (agar dapat bayar pembelian melalui PayPal = electronic payment).
Jika anda nampak sesuatu yang anda suka nak beli di ebay, anda click dan 'Buy Now' produk itu - sama ada gold coin, iPad, video, malah pakaian dan kasut.
Beberapa click kemudian, dan anda sudahpun membayar melalui PayPal - credit card anda akan rekod pembelian.

Dalam 1 hingga 4minggu, barangan anda itu akan tiba melalui khidmat pos.

Di Singapura, pulau kecik, saya kerap beli (dan kadang2 jual) barang dengan Self-Collect.
Kita jumpa penjual (atau pembeli) di MRT station, belek benda yg diorder. Jika suka, bayar cash dan case closed.

ATAU anda masuk ebay dan 'Bid' untuk membeli barangan yang diingini.
Misalnya, anda nak beli silver coin gambar dragon, tapi benda ni popular satu dunia. Maka harga barangan itu akan terus naik kerana semua orang letak bid masing-masing = harga yang dirasanya berpatutan.
Anda tidak payah keluar satu sen pun, jika anda kalah.


TAPI kini musim auction sites pula = website lelong.
Mereka bukan lelong macam yang kita faham seperti ebay ini atau delcampe.net (website ni rosak buat masa ini) mahupun BidStart.
delcampe dan BidStart popular untuk collector stamp dan poskad di Eropah.

NAK beli barang melalui lelong site, anda KENA BELI 'bid packages' dari pemilik website. Kena bayar WANG dulu oi.
Mereka pandai - buat promo bahawa anda boleh dapat beli iPad, handphone, TV dan barang elektronik lain dengan murah. Murah sungguh, kata mereka.
Baca cerita di sini.
Aiks, LiLo (aktress mabuk Lindsay Lohan) pun masuk game ini!

Tapi sebenarnya bezanya jauh dengan ebay.

1) Sebelum anda masuk dan bid sebarang benda pun, anda dah kena keluar wang dulu untuk membeli bid packages atau membeli credits  - harganya S$15 paling murah, di Singapork.
Di ebay, kamu masuk percuma dan bid secara percuma. Jika kamu bid iPad S$500, tapi ada orang lain letak bid S$510, kamu kalah. Tapi tak rugi satu sen pun.

Di auction sites ni, jika anda membayar wang masuk bid, jika anda kalah, wang itu dipungut oleh pemilik website.

2) Setelah beli credit atau package ini, baru boleh masuk.
Tapi AWAS, nak beli seuatu benda - terutama yang popular - mungkin makan berjam-jam sehingga awal pagi.

Contoh: iPad diletak harga S$1 (ada benda lain diletak harga S$0) dan lelong akan ditutup dalam 20 minit.

Wah!
Maka ramailah orang masuk letak bid. Satu bid harganya 15 Singapore cents.

Anda click, harga naik S$1.15, masanya hanya 20minit lagi.
Tapi jika ada orang lain click nak beli, harganya akan naik kepada S$1.30. Yang problem besar ialah - WAKTU lelong ditutup akan BERTAMBAH setiap kali orang click nak beli.
Jadi harganya kini S$1.30, dan masa lelong akan tutup naik kepada 20minit dan 10 saat (contoh).
Lepas tu, jika ada orang lain click, harga akan naik S$1.45, masa naik kepada 20minit dan 20saat!!!!

OI, bila nak habis kalau gini!
Orang yang betul rasa iPad ni masih murah kerana harga hanya S$1.45 akan terus click dan click dan click, maka masa akan terus bertambah.
Orang selalunya tunggu sehingga masa dah tinggal 60, 30saat, lepas tu mereka click dan click nak masuk. Berjam-jam pun anda tak dapat produk tu.


Lelong akan tutup jika tidak ada lagi orang click main game ini!
Tentunya masa paling best nak masuk ialah jam 4pagi hingga 5pagi!
Untuk orang lain, kantoi. Buang masa dan rugi wang!

TAPI ia begitu popular di kalangan orang muda - yang tua macam saya jam 9.30mlm dah ngantuk.
Awas anak anda tak habiskan wang pagi-pagi buta sedang kita ngorok mimpi jumpa jongkong emas depan Istana Bersih 2.0.

Lihat di bawah ini tiga auction sites popular di Singapork.
Kamu perhatikan masa dan wang bid - masa terus tertambah setiap kali bila jatuh!

blick.sg

sgauction.com.sg 

BidDeals.com.sg

Letih.
Pandai mereka - a good way to make money untuk pemilik website.

7 comments:

luahfikiran said...

SALAM,
TKASIH ATAS PERKONGSIAN

seketul emas said...

pak rem,

Saya selalu bid kat website lelong dot com dot my aje. senang dan sama konsep macam ebay, kalah bid tak rugi sesen pon. Tapi saya pilih2 jugak, kalo seller tu buyer banyak yang komen negative tak mau la saya bid kat seller itu.
Lelong generasi baru yang pak rem ceritakan ni bunyinya macam ada unsur-unsur gamble aje.. kalah rugi duit, menang dapat adiah.

Asrul.Rae said...

pak reme, saya ingat stail ni sama la dengan stail malaysia.

bisnes bid kat sini pun pakai cara sama gak, tapi dengan cara sms.

harga satu barang start rm1, katalah. kalau minat barang tu kena bid lah. mereka akan letak barang pujaan ramai, macam ipad, laptop, tv lcd.

cara nak bid, kita kena letak harga bid kita dan hantar ke no XXXXX, 5 angka. kalau ada orang bid lagi tinggi, sms akan dihantar pada kita untuk kasitau harga terbaru.

setiap sms hantar akan dicaj rm2. setiap sms terima pula akan dicaj rm5.

last sekali masuk beribu juga. huhuh,

koloGnyer said...

ini mcm pun ado.....fuhh bab kelentong mengentong org memang superb ar dia org nie....

Anonymous said...

Alamak Bro Remy, ni mcm dah judi ni... kita letak duit harap, kita yang menang.. kita tak tahu sama ada kita menang ke kalah ni... masa untuk majlis fatwa keluarkan fatwa lee....

Azura (Tupperware Director) said...

Hi,
early of this year I kena kelentong dgn mamat dari China SGD400 from website Trade Key..
Baru semalam kene kelentong dgn Mamat Beruk Hitam dari Mudah.Com RM600..Mervin Edward..
I google his name..kes dia nie dari tahun 2009 dan dah banyak report polis dibuat..tapi sampai sekarang akaun si Beruk Hitam ni masih aktif..Polis Malaysia tak kerja ke??? Makan gaji buta??? Kalo I yang buat kerja ni in 1 week dah sumbat Beruk Hitam ni dalam Lokap

Anak Perelih said...

lelong macam ni kat geekybids.com dan pennyauction.com.my